Curriculum Planning & Development Division Ministry of Education 2002

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (RENDAH)
Malay Language Syllabus
Primary
Bahagian Perancangan Dan Pengembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Singapura Tahun pelaksanaan bermula dari 2002 Hak cipta terpelihara

DAFTAR ISI

DAFTAR ISI
2 5 9 17 25 40 49 59 68

Pengenalan Teori, Pendekatan dan Kaedah Matlamat Pengajaran Tema dan Tajuk Pengajaran Tatabahasa dan Peribahasa Kemahiran dan Fungsi Komunikatif Bahasa Pengujian dan Penilaian Lampiran 1 Hasilan Ketara Pembelajaran Mengikut Peringkat Lampiran 2 Hasil Pendidikan Yang Diingini

1

PENGENALAN
1. Mengikut Sistem Pendidikan Sekolah Rendah, murid-murid akan mengikuti pendidikan rendah tahap asas selama empat tahun. Setelah itu, mereka akan disalurkan ke Kursus EM1, EM2 dan EM3 selama dua tahun lagi. Tahap selama dua tahun ini dinamakan tahap penyesuaian. Sukatan Pelajaran ini adalah untuk kedua-dua tahap pendidikan dan untuk semua kursus. Sukatan ini juga akan membolehkan guru memperoleh perspektif yang menyeluruh mengenai program pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Selain itu, seseorang guru biasanya mengajar lebih daripada satu aliran/kursus. Oleh itu, adalah sesuai jika sukatan pelajaran ini merangkumi pelajaran di semua peringkat dan kursus. 2. Sukatan pelajaran ini tidak membahagikan kandungannya kepada peringkat-peringkat P1 hingga P6. Ini disebabkan sebahagian besar daripada sukatan pelajaran yang digubal ini dibina berdasarkan konsep kesepaduan yang mengutamakan bahasa daripada segi penggunaannya dalam konteks komunikasi. 5. Dengan kata lain, kecekapan murid menggunakan bahasa untuk pelbagai tujuan adalah fokus utama sukatan ini dan kurang memberikan tumpuan kepada hukum-hukum tatabahasa. Walau bagaimanapun, pada akhir sukatan ini disediakan satu senarai hasilan ketara sebagai panduan umum kepada guru untuk mengetahui tahap pencapaian murid-murid mengikut tahap dan kursus. 3. Mengikut dasar penyaluran, Kursus EM1 adalah untuk murid-murid yang berkebolehan; Kursus EM2 untuk murid-murid yang sederhana dan Kursus EM3 untuk murid-murid yang kurang berkebolehan. Untuk Kursus EM3, 65% masa kurikulum diperuntukkan bagi membina dan mengembangkan kemahiran pendengaran dan lisan; 25% untuk kemahiran pembacaan dan 10% untuk kemahiran penulisan. 4. Pengajaran Bahasa Melayu yang akan disampaikan kepada muridmurid meliputi aspek-aspek yang lebih luas iaitu aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai. Aspek pengetahuan merujuk terutamanya kepada pengetahuan bahasa seperti konsep, kosa kata, tatabahasa, peribahasa yang diajarkan berdasarkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sesuatu tema. Kemahiran pula merujuk kepada kemahiran berbahasa seperti kemahiran-kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain kemahiran berfikir. Dalam konteks sikap dan nilai, sukatan ini cuba memupuk sifat yang murni dalam diri murid. Aspek sikap dan nilai diserapkan dalam sukatan pelajaran ini memandangkan setiap mata pelajaran berkaitan dengan kedua-dua perkara itu. Nilai-nilai itu merangkumi nilai-nilai murni dan nilai-nilai sejagat dan susila rakyat. Sikap dan nilai-nilai yang positif itu dipupuk dalam diri murid secara langsung dan tidak langsung melalui kandungan pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu tema atau tajuk terutamanya hal-hal kemasyarakatan melalui aktiviti-aktiviti pemelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid serta melalui kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa sehari-hari. Satu panduan umum yang boleh digunakan ialah guru boleh mengaitkan bahan pelajaran/pembelajaran dengan pengetahuan dan

2

PERNYATAAN

PENERIMAAN

pengalaman murid-murid serta menimbulkan kesedaran mereka mengenai sikap dan nilai yang berkaitan dengan aktiviti pemelajaran terutamanya jika aktiviti berkumpulan dijalankan. Sikap dan nilai jati diri mencintai tanah air boleh diserapkan melalui penerapan Pendidikan Nasional yang merupakan salah satu daripada tiga inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan dalam menghadapi alaf baru ini yang penuh dengan pelbagai cabaran. Cabaran ini berpunca kerana terdedahnya negara dan bangsa kita kepada pelbagai pengaruh masyarakat dan dunia antarabangsa untuk memenuhi keinginan kita mengamalkan semangat dan ciri kesejagatan atau globalisasi. 6. Kemahiran berfikir perlu dipupuk dan dikembangkan dalam diri murid melalui pelajaran bahasa. Kemahiran berfikir dan kemahiran berbahasa dalam banyak perkara tidak dapat dipisahkan. Melalui pengajaran bahasa, seseorang guru itu pada masa yang sama juga mengajar murid berfikir. Dengan menggunakan bahasa, seorang kanak-kanak boleh mengembangkan keupayaan kognitifnya dengan menambahkan konsep-konsep dan menggunakan kemahirannya berfikir dalam konteks komunikasi secara lisan atau penulisan. Kedudukan peranan berfikir dalam keseluruhan proses berkomunikasi dapat dilihat dengan jelas dalam rajah 1. 7. Fungsi bahasa sebagai alat komunikasi diberikan penekanan penting dalam sukatan pelajaran ini. Semasa merancang dan melaksanakan pengajaran, fungsi tersebut perlu diterapkan di samping guru memberikan pertimbangan dan perhatian

P E N U L I S A N

Menulis

Membaca

Berfikir
L I S A N

Bertutur

Mendengar

Rajah 1: Model Tradisional Penggunaan Bahasa

terhadap aspek-aspek lain seperti penggunaan alat bantu mengajar, matlamat pengajaran dan lain-lain lagi. Penggunaan alat bantu mengajar yang dimaksudkan di sini ialah pengamalan penggunaan cakera padat, video cakera padat, lut sinar, carta dinding, slaid dan sebagainya dapat dipermudahkan lagi dengan penerapan teknologi maklumat (IT) yang serba canggih dengan CD-Rom, internet dan sebagainya. Dalam sukatan ini ada lima fungsi komunikasi yang disenaraikan. Pengajaran perlu dirancang agar setiap fungsi itu mendapat tempat dalam program pengajaran Bahasa Melayu. Fungsi-fungsi itu adalah seperti berikut .

3

Fungsi menyampaikan maklumat seperti penerangan yang disampaikan seseorang guru kepada muridnya, pemandu pelancong kepada para pelancong. Fungsi melahirkan atau menyatakan perasaan atau tanggapan seperti seseorang melahirkan reaksi emosinya terhadap sesuatu kejadian (bencana alam, kemalangan jalan raya); perbuatan (kecurian) atau rancangan (siaran tv). Fungsi mencipta dunia imaginasi seperti bercerita, menulis puisi, cereka dan lain-lain.

M

persekitaran sosial yang menjadi latar kepada sesuatu wacana. Dengan kata lain, murid perlu menguasai pelbagai bentuk bahasa yang berbeza mengikut konteks yang berlainan. Akhir kata, program Bahasa Melayu yang dijalankan di sekolah rendah diharapkan dapat memberikan sumbangan bagi mencapai tujuan-tujuan sistem pendidikan di negara kita; khususnya untuk mengembangkan potensi murid-murid dengan membekalkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran serta membentuk keperibadian mereka agar menjadi warganegara yang baik. Masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Melayu di pelbagai peringkat adalah seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah :

9.

10. • Fungsi mempengaruhi fikiran atau perbuatan orang lain seperti seorang pembahas menyampaikan hujah-hujahnya dan pengedar atau pengeluar yang mengiklankan barangannya di radio/tv. Fungsi memelihara hubungan dan kebiasaan sosial seperti menyampaikan ucap selamat, bertanya khabar dan sebagainya.

8. Kemahiran menggunakan bahasa dengan berkesan memerlukan penguasaan tatabahasa yang baik dan seterusnya menggunakannya dalam konteks wacana dan konteks sosiolinguistik. Penggunaan bahasa dalam konteks wacana bermaksud keseluruhan pelahiran bahasa penutur atau penulis yang meliputi juga unsurunsur non-verbal (bukan bahasa) yang menjadikan pertuturan atau tulisan itu lebih bermakna. Penggunaan bahasa dalam konteks sosiolinguistikpert pula bermaksud penggunaan bahasa yang sesuai dengan

as a dal am sat Peringkat u (ja P1 m)

Masa dalam satu minggu (jam) 6.5 5.5 4.5 - 5 4 5 4 2

P2 P3 P4

P5-P6 (EM1) P5-P6 (EM2) P5-P6 (EM3)

4

TEORI, PENDEKATAN DAN KAEDAH
tersebut merupakan dasar yang penting. Teori yang menjadi pegangan sukatan ini terdiri daripada dapatan-dapatan dalam bidang linguistik, psikolinguistik, sosiolinguistik, pedagogi dan psikologi pendidikan. Antara lain, dapatan-dapatan yang menjadi landasan pembinaan sukatan pelajaran ini : • Pengajaran bahasa yang berdasarkan konsep kesepaduan akan menjadikannya lebih bermakna, menarik, mencabar dan dapat menimbulkan rangsangan dalam diri murid. Kesepaduan mencakupi aspek perkaedahan dan penyerapan unsur-unsur pengetahuan daripada pelbagai bidang. Pengajaran yang lebih mementingkan murid-murid menggunakan bahasa untuk berbagai-bagai tujuan dalam pelbagai konteks dapat meningkatkan kemahiran mereka menggunakan bahasa daripada mengkaji dan mencerakin struktur bahasa itu sematamata. Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pengetahuan mengenai struktur bahasa tidak akan memberikan sebarang sumbangan terhadap pengajaran bahasa. Bahasa bukan sahaja merupakan satu sistem berstruktur atau satu sistem lambang-lambang, tetapi yang lebih penting bahasa adalah alat komunikasi yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain.

TEORI
Teori ialah pendapat asas yang menjadi dasar pembentukan dan pengembangan sesuatu pengetahuan. Teori juga boleh menjadi dasar pengambilan keputusan dan penentuan arah serta bentuk tindakan. Dalam konteks menggubal sukatan pelajaran, teori amat penting kerana teori merupakan prinsip organisasi dalam pembentukan sukatan itu. Dengan adanya teori, berbagai-bagai bahagian sukatan dapat dihubungkaitkan supaya menjadi satu keseluruhan yang bermakna. Teori itu membina satu kerangka konseptual yang mengaitkan dan menyesuaikan bahagian-bahagian yang berbeza agar tidak bercanggah. Dalam konteks pengajaran bahasa, teori membolehkan seseorang guru memperoleh perspektif yang luas dan menentukan arah yang lebih jelas terhadap pengajarannya bagi menjadikan pengajarannya lebih bermakna. Yang lebih penting, teori boleh memberikan jawapan kepada soalan `mengapa'; seperti mengapa seseorang guru menggunakan sesuatu strategi, mengapa dia menggunakan sesuatu jenis soalan dan sebagainya. Teori mengenai bahasa dan pengajaran serta seharusnya dinyatakan dengan jelas kerana hal-hal pembelajarannya

5

Pendekatan
• Motivasi untuk mempelajari bahasa dapat ditingkatkan jika muridmurid mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan berhubung dengan tajuk dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan dapat mengembangkan daya berfikir dan kreativiti mereka. Penggunaan pelbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai secara berkesan akan menjadikan proses pengajaran dan pemelajaran lebih menarik serta memudahkan pencapaian matlamat pengajaran. Bacaan tidak hanya dianggap sebagai satu proses pemahaman idea-idea yang cuba disampaikan penulis semata-mata tetapi merupakan satu proses interaktif atau konstruktif yang juga melibatkan penggunaan pengetahuan, pengalaman dan merangsang daya berfikir pembaca. Pengajaran yang mengambil kira dan disesuaikan dengan kebolehan, minat dan gaya pemelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid akan lebih berjaya. Pemelajaran yang melibatkan murid-murid untuk saling bertukar pendapat, pengalaman atau maklumat secara berkumpulan atau berpasangan akan dapat memberikan peluang kepada mereka untuk menggunakan bahasa dengan lebih luas dan yakin. Pendekatan dibentuk berdasarkan teori yang berkaitan dengan hakikat bahasa, pengajaran bahasa dan pemelajaran bahasa. Dengan kata lain, sesuatu pendekatan itu menggambarkan satu konsepsi mengenai sifat bahasa, bagaimana bahasa itu dikuasai, bagaimana bahasa itu digunakan dan difahami penggunanya. Pendekatan juga akan menentukan bagaimana bahasa itu seharusnya diajar dan dipelajari. Dapatan-dapatan yang dinyatakan dalam bahagian teori banyak menyentuh tentang pemelajaran bahasa murid-murid. Pendekatan yang menjadi dasar sukatan ini mengutamakan pemelajaran bahasa muridmurid. Dalam konteks ini, bahasa lebih dilihat daripada sudut fungsional dan interaktif; dan pengajaran lebih berpusat pada murid. Namun ini tidak bererti bahawa murid menentukan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Sebaliknya, gurulah yang menentukan arah pengajaran dan pemelajaran dengan memberikan perhatian yang besar kepada keperluan murid dalam pelajaran bahasa. Pendekatan seperti ini memberikan peluang kepada murid-murid menggunakan bahasa untuk pelbagai tujuan dan situasi atau konteks. Guru perlu memainkan peranan dengan berkesan dan tidak memberikan kebebasan sepenuhnya kepada murid memandangkan bilangan murid yang tidak memungkinkan guru memberikan perhatian yang khusus kepada setiap murid secara individu. Guru perlu merancang pengajarannya agar sedapat mungkin setiap murid mendapat latihan atau pengalaman pembelajaran yang sesuai.

6

Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan yang utama kerana murid belum dapat menguasai kemahiran berbahasa untuk menjalankan kesemua fungsi komunikasi. Terdapat fungsi-fungsi komunikasi yang tidak dapat dijalankan murid dengan berkesan tanpa bimbingan guru. Pendekatan yang dianjurkan oleh sukatan ini disebut pendekatan holistik yang pada asasnya didasarkan pada proses pemerolehan bahasa ibunda. Satu lagi pendekatan yang disarankan ialah pendekatan konstruktivis sosial yang didasarkan pada psikologi kognitif. Mengikut pendekatan ini, pemelajaran adalah hasil interaksi antara empat komponen iaitu guru, pelajar, tugasan dan konteks. Guru memilih tugasan untuk pelajarnya dan pemilihan ini dipengaruhi kepercayaan atau tanggapan guru tentang pengajaran dan pemelajaran. Pelajar akan memberikan penafsirannya sendiri mengenai tugasan yang diberi guru. Guru akan berinteraksi dengan pelajar, perlakuan dan tindakan guru akan dipengaruhi nilai-nilai serta kepercayaannya. Konteks pula merujuk pada suasana yang terdapat dalam bilik darjah termasuk suasana fisikal, emosi, budaya dan lain-lain. Keempat-empat komponen itu memainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesuatu pengajaran.

berinteraksi di kalangan murid, kaedah yang digunakan mestilah memperlihatkan dinamika proses interaksi yang menarik, bermakna dan menyeronokkan. Kaedah pengajaran yang disarankan : • Pengajaran hendaklah menggabungjalin beberapa kemahiran seperti mendengar, berfikir, bertutur, membaca dan menulis. Guru boleh menggabungjalinkan dua kemahiran atau lebih bergantung pada objektif, masa pelajaran, penggunaan alat-alat bantu mengajar dan lain-lain. Perkara penting yang perlu ditentukan dahulu ialah apakah kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu pelajaran dan kemudian memikirkan apakah kemahiran sampingan yang bersesuaian yang dapat diterapkan dalam pelajaran. Guru juga boleh mengajar dengan memberikan penekanan kepada satu kemahiran jika guru merancang pengajaran berfokus seperti program pemulihan dan pengayaan. Bagi murid-murid dalam kursus EM3, penekanan yang lebih diberi kepada kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. • Penyerapan unsur-unsur pengetahuan daripada pelbagai bidang dapat mewujudkan suatu situasi yang membolehkan murid menggunakan bahasa dengan realistik dan bermakna. Ini akan lebih berkesan jika unsur-unsur pengetahuan itu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. Pengajaran aspek-aspek bahasa seperti ejaan, kosa kata, tatabahasa, peribahasa dan tanda baca tidak diasingasingkan dengan diadakan masa pelajaran yang khas dan tetap

KAEDAH
Berlandaskan teori dan pendekatan yang telah diterangkan di atas, kaedah pengajaran yang dianjurkan dalam sukatan ini mestilah bersesuaian dan tidak saling bertentangan. Oleh sebab fungsi berkomunikasi dalam sesuatu konteks melibatkan proses

7

dalam jadual pelajaran. Sebaliknya, pengajaran aspek-aspek itu akan diterapkan ke dalam pengajaran salah satu daripada keempatempat kemahiran berbahasa. Dengan kata lain, pengajaran aspekaspek itu dijalinkan dalam sesuatu konteks sama ada dengan menggunakan bahan bacaan, rakaman atau lain-lain. • Kaedah pengajaran bahasa secara komunikatif juga bersesuaian dengan pendekatan yang dianjurkan. Dalam pengajaran bahasa secara komunikatif, pengajaran lebih tertumpu pada kandungan atau maksud interaksi dan kurang pada ketepatan penggunaan bentuk bahasa.Ini dirasakan sesuai bagi pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Walaupun demikian, ini tidak bermakna pengajaran tatabahasa tidak dipentingkan langsung. Tanpa penggunaan bahasa yang benar dan baku akan mencacatkan dan mengganggu kelancaran berkomunikasi yang berkesan. Pengajaran bahasa yang menggunakan teknik komunikatif mengandungi jurang maklumat, unsur pilihan dan maklum balas; iaitu situasi pembelajaran yang menyerupai keadaan sebenar dan mengandungi kepelbagaian tugasan. Kaedah pengajaran mestilah bersesuaian dengan objektif pengajaran. Sebagai panduan umum, jika objektif pengajaran untuk membolehkan murid memahami atau memperoleh maklumat atau pengetahuan, kaedah pengajaran secara langsung boleh digunakan. Sebaliknya, jika objektif pengajaran untuk memupuk nilai dan sikap atau kemahiran-kemahiran tertentu, kaedah pengajaran secara tidak langsung lebih sesuai digunakan.

Sebaliknya, jika objektif pengajaran untuk memupuk nilai dan sikap atau kemahiran-kemahiran tertentu, kaedah pengajaran secara tidak langsung lebih sesuai digunakan.

Berdasarkan pendekatan dan teknik pengajaran yang dianjurkan, satu model pengajaran dapat memperlihatkan perkaitan antara komponenkomponen seperti dalam rajah 2.

MURID

Rajah 2: Model Penggunaan Bahasa Secara Fungsional

8

MATLAMAT PENGAJARAN
Matlamat pengajaran membolehkan atau membantu guru untuk memusatkan pengajarannya pada apa yang harus diketahui atau dapat dilakukan murid-muridnya pada akhir kursus atau pada akhir sesuatu pelajaran. Dengan mengetahui matlamat-matlamat pengajaran, muridmurid juga akan dapat memahami dengan jelas mengenai apa yang harus diketahui atau yang dapat dilakukannya. Matlamat boleh diumpamakan sebagai 'peta' yang berupa panduan kepada guru bagi membuat keputusan berhubung dengan apa yang hendak diajar, aspek yang hendak diberi penekanan dan pengalaman pembelajaran yang akan dirancang bagi murid-murid. Ini disebabkan terdapatnya kemungkinan-kemungkinan berhubung dengan kandungan atau isi pelajaran, pembelajaran dan pengajaran sehingga guru menghadapi masalah membuat pilihan berkaitan dengan aspek-aspek yang telah disebutkan tadi. Dalam program pengajaran bahasa Melayu, matlamat pengajaran dapat dinyatakan pada tiga peringkat iaitu matlamat program atau tujuan, matlamat unit dan matlamat rancangan pelajaran. Matlamat program menggariskan apa yang akan dicapai murid pada akhir kursus pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Matlamat program mempunyai ciri-ciri seperti berikut: skop (tajuk, konsep, kemahiran yang akan diajar); kesinambungan (peluang yang berterusan untuk mengajar kandungan pelajaran dan aktiviti serta kemahiran yang dianggap penting); pemeringkatan (perkembangan kumulatif pengajaran dan pemelajaran tema/tajuk, konsep dan kemahiran); integrasi (perkaitan isi sesuatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain). Matlamat di peringkat unit ada kalanya disebut matlamat am pelajaran. Matlamat ini menyatakan arah bagi pengajaran tetapi tidak terlalu bersifat khusus sehingga menyekat guru meneliti teknik, aktiviti dan pemilihan alat bantu mengajar yang akan digunakan dalam pelajaran. Di peringkat rancangan pelajaran, matlamat khusus atau objektif pengajaran digunakan oleh guru. Objektif pengajaran pada peringkat rancangan pelajaran menyatakan perlakuan yang diharapkan dapat dicapai murid daripada segi isi atau kandungan pelajaran, kemahiran dan sikap serta hasilan daripada segi peringkat pencapaian. Walaupun terdapat perbezaan antara matlamat unit dan objektif rancangan pelajaran, terdapat juga ciri-ciri persamaan antara keduaduanya seperti kedua-duanya bersifat 'pembangunan' (developmental); menyatakan perlakuan yang dikehendaki dan bersifat realistik iaitu dapat dicapai murid-murid.

9

Matlamat-matlamat yang disenaraikan dalam sukatan ini tidak disusun mengikut tata tingkat kerana keempat-empat kemahiran berbahasa bertumpang-tindih (overlap). Matlamat-matlamat yang dinyatakan di sini merupakan matlamat-matlamat tamatan yang menunjukkan atau menyatakan tahap pencapaian pada akhir kursus pendidikan di sekolah rendah. Matlamat-matlamat itu diikuti dengan penjelasan lanjut bagi membolehkan guru memahaminya dengan lebih jelas. Matlamat yang bertanda * adalah tambahan untuk Kursus EM1.

Bercakap mengenai isu-isu yang mudah dengan lancar, menyatakan pendapat, bertanya serta memberikan penjelasan yang relevan dan mengikut peraturan yang diterima umum. Menilai dan menghargai unsur-unsur budaya Melayu khususnya dan budaya kaum-kaum lain amnya. Menyerapi nilai-nilai murni dan bersikap positif terhadap konsep, idea atau gagasan. Menghargai bahasa sebagai alat perhubungan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tujuan atau Matlamat Program
Matlamat program ini ialah untuk membolehkan murid : • Mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan betul dan berkesan. Berfikir secara kritis dan kreatif melalui penggunaan bahasa. Berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan bertulis mengenai perkara sehari-hari. Memperoleh maklumat, idea dan pengetahuan melalui pendengaran dan/atau pembacaan dalam berbagai-bagai konteks.

PENDENGARAN
Membina kecekapan murid untuk mendengar pelbagai jenis teks dalam bentuk tulisan atau lisan yang sesuai panjangnya dan tidak terlalu susah kepada murid-murid. Kemahiran-kemahiran yang diharapkan dapat dicapai oleh murid-murid adalah seperti berikut : • • • Melakukan arahan yang disampaikan. Mendengar dengan teliti dalam jangka waktu yang tertentu. Mengingat secara terperinci sesuatu perkara.

• •

10

Memilih fakta atau informasi yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Memahami dan mengingati idea-idea yang terkandung dalam bahan penerangan dan sebagainya. Mendengar dan mengikuti perbincangan kumpulan dengan penuh perhatian. Mendengar dengan penuh perhatian dan dapat memberikan respons terhadap cerita, puisi atau penerangan yang telah didengar. Mengenal pasti tujuan yang tersirat dalam ucapan penutur, pembicara, guru dan sebagainya. Mendengar rakaman yang mengandungi informasi atau hasil karya imaginatif dengan tujuan memberikan respons yang berupa: . . . . Ramalan Takbiran Perbandingan Perkaitan

PERTUTURAN
Membina kecekapan murid untuk bertutur bagi pelbagai tujuan dan dalam pelbagai situasi. Murid diharapkan dapat mencapai kemahirankemahiran yang berikut : • Menyampaikan sesuatu, misalnya : . Pengumuman . Pengenalan • Bertanya tentang sesuatu dan memberikan respons dengan sewajarnya. • Bertutur secara bersungguh-sungguh untuk menyampaikan pendapat dalam kerja kumpulan atau berpasangan. • Menerangkan proses-proses yang berkaitan dengan sesuatu perkara. • Berucap dengan dialog yang sesuai melalui pelbagai jenis lakonan. • Membaca teks sastera dengan gaya, tekanan dan intonasi yang sesuai. • Menyampaikan laporan dengan gaya dan bahasa yang bersesuaian dengan tujuan, dan kumpulan sasaran.

*•

Menilai ucapan, perbualan dan perbincangan yang didengar.

11

Boleh mewawancara dengan mengemukakan soalan-soalan yang relevan. Menilai prosa dan puisi yang sesuai dengan peringkat, minat dan kematangan murid. Bertutur dalam berbagai-bagai situasi pertuturan dengan mengambil kira tujuan, suasana dan khalayak.

*• *•

Membaca secara kritis dan imaginatif sesebuah teks. Menikmati dan menilai bahasa dalam sesebuah teks.

*•

PENULISAN
Membina kemahiran menulis berbagai-bagai jenis karangan berdasarkan pelbagai tajuk dan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi. Murid-murid diharapkan akan dapat mencapai kemahirankemahiran yang berikut : • • Menulis dengan jelas dan betul supaya mudah dibaca. Mengisi borang-borang seperti jadual, borang soal selidik dan lainlain. Menulis untuk pelbagai tujuan seperti untuk menyatakan perasaan, keinginan, menyampaikan maklumat dan idea; mempengaruhi orang lain; menerangkan tentang sesuatu situasi atau prosedur; dan memberikan komen tentang sesuatu. Menulis semula sesebuah teks untuk sesuatu tujuan. Menulis semula teks dalam bentuk yang berlainan.

PEMBACAAN
Membina kemahiran membaca dan memahami pelbagai teks tulisan dalam pelbagai bentuk dan daripada pelbagai sumber untuk tujuan mendapatkan maklumat, kenikmatan dan pengajaran. Murid-murid diharapkan akan dapat mencapai kemahiran-kemahiran yang berikut : • • Menyesuaikan bahan bacaan dengan tujuan dan tugasan. Menggunakan berbagai-bagai strategi termasuk membuat inferensi tentang makna perkataan-perkataan mengikut konteks penggunaannya. Memberikan respons secara imaginatif dan kreatif terhadap teks bacaan di pelbagai peringkat kefahaman. Membaca pelbagai jenis karangan termasuk karya sastera yang sesuai dengan peringkat murid.

• *•

12

Menggunakan pendekatan proses untuk menulis mengenai sesuatu tajuk. Meringkaskan sesebuah karangan yang sesuai dengan tahap kecekapan murid. Menulis surat, laporan mudah dan lain-lain yang sesuai dengan keperluan murid.

Sedar tentang unsur-unsur bahasa dan bukan bahasa (nonverbal) dalam situasi komunikasi. Memahami dan dapat menyatakan perbezaan-perbezaan antara bahasa tulisan dan bahasa lisan. Memahami dan dapat menyatakan perbezaan antara sebutan yang baku dengan sebutan yang tidak baku. Menyedari tentang pentingnya peranan tanda baca untuk menyampaikan maksud dengan jelas. Memahami unsur-unsur prosodi dan 'supra-segmental' seperti intonasi, tekanan dan lain-lain.

*•

*•

PENGETAHUAN MENGENAI BAHASA
Membina pengetahuan murid untuk menyedari tentang struktur bahasa Melayu agar dapat ditanamkan kesedaran 'metalinguistik' (hubungan antara faktor bahasa dan bukan bahasa di kalangan masyarakat). Muridmurid diharapkan akan dapat mencapai kemahiran-kemahiran berikut : • Mengeja perkataan-perkataan dengan betul berdasarkan bunyi suku kata. Mengetahui unsur-unsur bahasa seperti perkataan, golongan kata, frasa dan ayat. Mengenali unsur-unsur bahasa dan dapat menggunakannya dengan betul.

KEMAHIRAN BERFIKIR
Membina kemahiran murid berfikir secara kritis dan kreatif sebagai tindak balasnya terhadap kandungan pelbagai teks sama ada yang berbentuk tulisan atau lisan. Murid-murid diharapkan akan dapat mencapai kemahiran-kemahiran berikut:

Berfikir Secara Kritis :
• • Membuat ramalan. Mengelaskan data atau ciri.

13

• • • • • • Menggunakan bukti untuk menguatkan hujah. Membuat rumusan atau kesimpulan. Menyusun informasi atau data. Menganalisis bukti yang ada. Menyelesaikan masalah yang antara lain melibatkan : . Mengumpul dan menilai data atau fakta. . Mengadakan alternatif atau cara-cara . menyelesaikan masalah. . Memilih cara yang terbaik. . Menilai kesan daripada cara atau tindakan yang diambil itu. • Menetapkan kriteria atau ukuran untuk menilai sesuatu perlakuan atau idea. Membezakan fakta dengan pendapat. Mengenal pasti tanggapan propaganda dalam iklan. Mengubah pandangan atau sikap dengan adanya fakta-fakta yang baru. • • •

Dapat membezakan antara nilai dan sikap yang positif dengan yang negatif. Membuat keputusan secara induktif (dari yang umum kepada yang khusus) dan deduktif (dari yang khusus kepada yang umum). Dapat menilai baik buruknya sesuatu idea, konsep atau pendapat.

Berfikir Secara Kreatif :
• • • Melahirkan idea-idea yang asli atau istimewa. Mengaitkan idea-idea yang berlainan atau berbeza. Menggunakan pengetahuan yang sedia ada untuk tujuan yang berlainan. Menyatakan idea dalam satu bentuk ke dalam bentuk yang lain seperti menyatakan laporan dalam bentuk puisi. Melihat sesuatu masalah, isu atau sebarang perkara dari sudut yang berbeza. Memikirkan atau menilai kembali sesuatu perkara yang dianggap lumrah atau telah diterima umum.

• • •

*•

14

Dapat memahami implikasi-implikasi sesuatu tindakan, masalah atau isu. Tidak menolak idea yang dianggap aneh.

Melakukan tugas yang telah diberi sebaik mungkin.

PENDIDIKAN NASIONAL

NILAI BUDAYA
Memupuk sikap dan nilai yang murni sesuai dengan budayanya sendiri dalam konteks negara berbilang bangsa dan budaya. Murid-murid diharapkan akan dapat mencapai kemahiran-kemahiran berikut : • • Menggunakan bahasa sebagai alat pembentuk sikap dan nilai. Menunjukkan sikap positif terhadap budaya-budaya lain seperti yang digambarkan atau dipancarkan melalui teks tulisan atas secara lisan. Memberi dan menerima kritik-kritik yang membina dalam konteks. Menerangkan kelainan atau perbezaan unsur-unsur budaya dan sedar perlunya memperbaiki keadaan hidup. Mengenal pasti nilai-nilai sejagat seperti keadilan, tanggungjawab, persamaan dan lain-lain.

Bagi memupuk sikap kecintaan terhadap tanah air dan mengukuhkan jati diri sebagai warganegara yang kesetiaan mereka tidak berbelah bagi, penerapan Pendidikan Nasional dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa hendaklah disemai secara tidak langsung. Penyerapan Pendidikan Nasional hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Enam perutusan Pendidikan Nasional : #1 Singapura adalah tanah air kita; di sini tempat kita. Kita mahu mengekalkan warisan dan cara hidup kita. #2 Kita mesti mengekalkan keharmonian kaum dan agama. Walaupun kita terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, kita memburu satu nasib. Kita mesti mendukung meritokrasi dan sifat amanah. Ini bermakna peluang bagi semua orang, mengikut kebolehan dan usaha mereka.

• •

#3

15

#4

Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura. Kita mesti mencari jalan sendiri untuk bertahan dan mencapai kemakmuran. Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura. Tiada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan kita. Kita mempunyai keyakinan terhadap masa depan kita. Dengan bersatu, berazam dan bersedia, kita akan membina masa depan yang cerah bagi diri kita sendiri.

Penerapan Teknologi Maklumat tidaklah bermakna tugas guru semakin mudah malahan tugas guru semakin mencabar untuk menjana warga negara yang terhasil daripada wawasan pendidikan negara yang dicitacitakan yakni ‘Sekolah Berdaya Fikir, Negara Penimba Ilmu’. Perlu diambil perhatian oleh para guru, bahawa penerapan Teknologi Maklumat ini hanya merupakan alat bantu dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dengan alat bantu ini diharapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat membantu murid-murid membiasakan diri menimba ilmu melalui alat canggih. Murid-murid dapat meningkatkan pengetahuan berbahasa mereka sendiri dengan bantuan komputer pada bila-bila masa sama ada di dalam: • • • • kelas, sekolah, perpustakaan, rumah dan sebagainya.

#5

#6

TEKNOLOGI MAKLUMAT
Untuk menghadapi cabaran-cabaran alaf baru, penerapan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah merupakan salah satu daripada tiga inisiatif pendidikan. Dengan penerapan Teknologi Matlumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu diharapkan agar murid-murid lebih terdedah kepada pengajaran dam pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Selain menjadikanpembelajaran bahasa lebih bermakna, murid-murid akan rasa lebih seronok mempelajarinya. Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemampuan serta dapat menguasai bahasa Melayu yang digunakan di rantau ini dan di dunia umum.

16

TEMA DAN TAJUK
Dalam sukatan pelajaran ini, beberapa tajuk yang berkaitan dengan tema diserapkan dengan tujuan supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa mempunyai konteks dan latar. Tema yang ditetapkan merupakan unsur-unsur ilmu pengetahuan yang diserapkan daripada berbagai-bagai bidang yang dianggap sesuai bagi peringkat perkembangan murid. Pemilihan tema dan tajuk untuk sesuatu peringkat boleh dibuat berdasarkan beberapa prinsip agar pengajaran dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Beberapa prinsip yang boleh dijadikan pegangan adalah seperti berikut: • Guru memilih tajuk-tajuk yang kandungannya sedikit sebanyak diketahui murid. Dengan cara ini, pelajaran akan bermula daripada apa yang diketahui kepada yang tidak diketahui. Borang soal selidik yang mudah dan sesuai dengan peringkat kematangan murid boleh disediakan. Borang tersebut bertujuan untuk mengetahui pengalaman, minat, hobi dan bahan bacaan kegemaran murid-murid. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru memilih tajuk-tajuk untuk sesuatu peringkat. • • Tajuk yang dipilih itu diminati murid atau jika tidak diminati, guru hendaklah berusaha supaya murid meminatinya melalui beberapa cara seperti mengaitkannya dengan diri atau pengalaman murid. Sikap guru terhadap sesuatu tema dan tajuk juga memainkan peranan penting. Hal tersebut dicerminkan oleh guru melalui pengajarannya. Guru yang mengajarkan sesuatu tajuk dengan darjah kesungguhan yang tinggi akan menggalakkan sikap positif di kalangan muridnya dan menjadikan mereka belajar dengan bersungguh-sungguh juga. Tajuk dan aktiviti yang berkaitan; yang dirancang dapat membuahkan rasa kepuasan dan kejayaan dalam diri murid apabila dilaksanakan dalam pengajaran di kelas. Pada pandangan orang dewasa, kejayaan itu mungkin kecil tetapi bagi murid di sekolah kejayaan itu mungkin mempunyai pengertian yang besar.

Berikut disenaraikan tema dan tajuk yang berkaitan dengan kehidupan yang difikirkan sesuai untuk merangsang minat dan meningkatkan pengetahuan murid-murid. Tajuk-tajuk yang dinyatakan di sini hanyalah cadangan sahaja. Guru boleh memilih tajuk-tajuk lain yang dianggap sesuai untuk murid.

17

Lima tema utama yang telah dipilih adalah seperti berikut : • • • • • Alam Perhubungan Peribadi. Alam Kemasyarakatan dan Kenegaraan. Kawasan Serantau dan Dunia.

• • •

Harapan dan aspirasi. Nilai-nilai peribadi. Minat dan pengalaman.

1.2 Alam Kebudayaan dan Tradisi.

Keluarga dan sanak saudara : • Kehidupan seharian bersama keluarga. Tempat kediaman. Sambutan perayaan istimewa (Contoh: hari ulang tahun). Hubungan kekeluargaan dan salasilah. Tugas dan tanggungjawab. Sistem panggilan di kalangan ahli keluarga. Ikatan budaya, nilai tradisi (Contoh: keluarga sebagai unit asas kehidupan bermasyarakat; ikatan kekeluargaan, tanggungjawab terhadap orang tua, kasih pada ibu bapa, sikap hormat-menghormati).

Alam Imaginasi. •

Tema 1: Alam Perhubungan Peribadi
Tajuk dan subtajuk : 1.1 Diri sendiri : • • • Latar kehidupan. Rupa, watak. Sikap dan perlakuan.

• • • • •

18

1.3

Sahabat : • • • • Memilih sahabat.

penjagaan dan perhatian kepada warga tua dan orang-orang yang kurang bernasib baik). • Ehwal semasa.

Pengalaman bersahabat. 2.2 Kepentingan bersahabat. • Tatacara bersahabat. • Pakaian. Rumah. Kejiranan. Diri. Kebersihan:

Tema 2: Alam Kemasyarakatan dan Kenegaraan
Tajuk dan subtajuk : 2.1 Kejiranan/masyarakat : • • • • Sekitaran fizikal. Kemudahan-kemudahan riadah. Perpaduan sosial. Perkhidmatan kebajikan/kemasyarakatan (Contoh: Pusat Polis Kejiranan, Kelab Masyarakat, Rumah Tumpangan dan sebagainya). Penduduk/penghuni di sekitaran. Nilai-nilai hidup bermasyarakat (Contoh: Tolak ansur dan sikap saling menghormati, kehidupan harmoni, tanggungjawab sivik, 2.3

• •

Kesihatan – Mengamalkan cara/gaya hidup sihat: • • • Latihan jasmani. Pemakanan. Beriadah.

2.4

Negara : • Sejarah (Contoh: warga masyhur, peristiwa-peristiwa bersejarah). Geografi (Contoh: tempat-tempat kunjungan ramai, barangan keluaran negara).

• •

19

• •

Budaya (Contoh: cara hidup, upacara-upacara keagamaan). Nilai-nilai kebangsaan seperti yang terserlah melalui ikrar negara, bendera dan lagu kebangsaan. Pelajaran. Pekerjaan. Kegiatan waktu senggang. Perhubungan. Pelancongan. Kependudukan. Pertahanan. Pemerintah dan pemerintahan. Ehwal semasa (Contoh: kanak-kanak dan permainan komputer).

Tema 3: Kawasan Serantau dan Dunia
Tajuk dan subtajuk : 3.1 Jiran : • Mengenali negara jiran kita (Contoh: geografi, sejarah, ekonomi, penduduk, budaya). Kerjasama serantau.

• • • • • • • • •

• 3.2

Warga dunia : • • • Persefahaman dan kerjasama antarabangsa. Orang-orang yang terkenal. Cerita-cerita rakyat daripada negara-negara asing.

3.3

Kesan daripada negara lain : • • • • • Cara hidup. Fesyen. Media massa. Teknologi. Ekonomi.

20

• • 3.4

Politik. Kerantauan dan globalisasi.

• • • 3.8

Sains perubatan. Perindustrian. Bidang-bidang lain seperti sukan, seni dsb.

Penemuan dan penciptaan : • • Benda (Contoh: telefon, kereta, jam) dsb. Ubat-ubatan (Contoh: cara pencegahan dan mengubat penyakit). 3.9

Alam semula jadi. • Benda-benda di sekeliling kita (Contoh: tumbuh-tumbuhan dan binatang, hutan, bukit, kerikil dan terumbu karang).

3.5

Mesin : • • • Penciptaan (Contoh: komputer, stetoskop). Kegunaan mesin.

Keprihatinan terhadap sekitaran : • Pencemaran (Contoh: pencemaran bumi, air, udara, bunyi dsb.). Pengekalan dan pemugaran (Contoh: menghalang pemusnahan kawasan hutan dan pemupusan haiwan).

• Cara bekerja. 3.10

3.6

Kerjaya : • • • • Perburuhan. Karyawan. Perniagaan. Perkhidmatan.

Bencana alam : • • • Bumi (Contoh: gempa bumi, ledakan gunung berapi). Laut (Contoh: ribut, ombak). Unsur cuaca (Contoh: taufan, banjir, kebakaran hutan).

3.7

Orang-orang yang masyhur dalam :

21

3.11

Kejadian alam yang menakjubkan : • • • Pelangi.

Irama (Contoh: keroncong, dondang sayang, dikir). Pemuzik dan penyanyi terkenal. Seni kata lagu.

• Ombak. • Salji. 4.3 3.12 Kejadian alam semula jadi • • • • siang dan malam Serangga. Tumbuh-tumbuhan. 4.4

Tarian dan drama : Jenis tarian tradisional (Contoh: wayang kulit, bangsawan, ronggeng, zapin, seni kuda kepang).

Pakaian : • Pakaian (Contoh: baju kurung, kebaya, selendang, kain samping, tanjak). Hiasan (Contoh: dokoh, subang, kerabu, anting-anting).

Tema 4 : Alam Kesenian dan Kebudayaan
4.1 Sastera : • • • 4.2 Puisi dan prosa. Penulis-penulis terkenal. 4.5

Kraf tangan : • Anyaman (Contoh: tikar, rombong, ketupat, lekar, tudung saji, terendak). Ukiran kayu dan logam. Tenunan (Contoh: songket, kain). Lukisan (Contoh: batik, figura, pemandangan).

• Unsur-unsur nilai dalam cerita. • Muzik : • • Alat-alat muzik (Contoh: hadrah, kompang, nafiri, angklung).

22

• • • 4.6

Seramik. Gubahan janur, kain, bunga dsb. Senjata (Contoh: keris, lembing) dsb.

4.9

Adat istiadat dan adab kesopanan : • Peringkat bayi dan kanak-kanak. (Menyambut kelahiran, menamai anak, tatasusila sebagai kanak-kanak dsb.) Perkahwinan. (Contoh: merisik, meminang, bertunang, bernikah, bersanding, bertandang dsb). Adab berziarah. (Contoh: melawat ke rumah teman, berziarah semasa Hari Raya, berziarah/melayat semasa kematian). Adab semasa bersama keluarga dan lain-lain seperti makan, berbual-bual dsb. Adab sapaan atau sistem panggilan.

• Sukan dan permainan : • • Sukan (Contoh: lumba kolek, jong) dsb. Permainan (Contoh: layang-layang, congkak, canang, gasing, sepak raga, sepak takraw, batu seremban, masakmasak). •

4.7

Seni mempertahankan diri : • • • • Silat. Tae Kwan Do. Karate.

4.8

Masakan dan makanan : • • Kuih-muih. Lauk-pauk.

23

Tema 5: Alam Imaginasi
Tajuk dan subtajuk : 5.1 Misteri : • Dunia angkasa lepas. (Contoh: pengembaraan lepas, makhluk angkasa lepas dsb.). Kejadian-kejadian misteri. Keajaiban. (Contoh: peristiwa-peristiwa yang menakjubkan tentang pengubatan penyakit dan kejayaan-kejayaan lain). angkasa

• •

5.2

Peristiwa-peristiwa luar biasa : • • • Cereka. (Contoh: cerita rakyat, legenda, cereka sains). Aliran bawah sedar. (Contoh: mimpi, fantasi, angan-angan). Perjalanan dan pengembaraan.

24

PENGAJARAN TATABAHASA DAN PERIBAHASA
Tatabahasa ialah kajian dan sistem penggunaan bahasa yang baik. Tatabahasa mengkaji bentuk morfologi dan sintaksis. Dengan kata lain, tatabahasa mengkaji bagaimana perkataan-perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu disusun supaya menjadi ayat. Penggunaan tatabahasa yang baik akan menghasilkan komunikasi yang lebih berkesan. Daripada keterangan di atas, jelaslah bahawa bahasa Melayu yang diutamakan dalam pendidikan di sekolah ialah bahasa Melayu yang gramatis; yakni bahasa yang sempurna daripada segi bentuk dan maknanya. Tatabahasa diajar secara tidak formal dari peringkat Darjah 1-2 kerana pada peringkat tersebut kebolehan murid menambah kosa kata dan menggunakan bahasa secara keseluruhan seperti membina ayat dan wacana lebih diutamakan. Tajuk-tajuk yang bertanda dwipangkah ( # ) hendaklah diajar bagi Darjah 1-2 secara tidak formal tanpa menitikberatkan konsepnya. Mulai dari Darjah 3, konsep tatabahasa boleh diperkenalkan secara formal. Selain aspek-aspek yang dikhaskan untuk sesuatu kursus, terdapat aspek-aspek bahasa yang lain yang diberi tanda bintang (*). Aspekaspek tersebut seharusnya diberi penekanan dalam pengajaran bagi kursus-kursus tertentu seperti yang dinyatakan sebagai yang berikut : * Darjah 3,4 * Darjah 5, 6 (EM2) * Darjah 5, 6 (EM1) Tatabahasa dan peribahasa tidak diajar kepada murid-murid dalam kursus EM3. Tatabahasa tidak seharusnya diajarkan dengan cara guru menyuruh murid-murid menghafaz kelas kata, fungsi imbuhan dan sebagainya. Sukatan pelajaran ini menganjurkan agar pengajaran tatabahasa dijalankan berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut sesuai dengan pendekatan yang menjadi pegangan : • Murid-murid belajar melalui bahasa dan mengenai bahasa dengan cara menggunakan bahasa itu. Pengajaran tatabahasa seharusnya bersifat 'penerokaan' iaitu memberi murid peluang untuk membuat atau melakukan pelbagai latihan yang kreatif. Dengan cara yang demikian, murid akan dapat memahami bagaimana perkataan-perkataan disusun dengan pelbagai cara untuk menyampaikan maksud. Tatabahasa juga perlu dipelajari dalam sesuatu konteks yang bermakna dan dapat difahami oleh murid-murid. Dengan cara yang demikian, murid-murid akan dapat mengetahui bagaimana perkataan dan struktur bahasa digunakan dalam pelbagai situasi.

25

• Aktiviti pemblajaran yang menarik perlu dirancang dengan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada tatabahasa. Aktivitiaktiviti yang dijalankan dapat memberi murid-murid peluang untuk menggunakan tatabahasa yang betul; baik bagi aktiviti yang bercorak lisan mahupun tulisan. • Aspek tatabahasa perlu dipentingkan dalam pengajaran karangan, terutamanya dalam kegiatan yang memerlukan murid-murid menyemak kerja mereka sendiri dan hasil kerja rakan sebaya (peer correction/peer editing). Dalam konteks ini, unsur-unsur tatabahasa perlu diberi penekanan selain unsur-unsur leksikal, mekanis dan sebagainya.

berbeza pada frasa 'telur itik saya' dalam ayat: 'Telur itik saya besar' dapat memberikan makna yang berbeza-beza pada maksud ayat tersebut.

PENGAJARAN PERIBAHASA
Peribahasa tidak seharusnya diajar dengan menyuruh murid menghafaz maksud setiap peribahasa yang disenaraikan. Strategi-strategi pengajaran yang menjadikan pelajaran peribahasa lebih bermakna, menarik dan lebih mencabar perlu digunakan seperti menggunakan peribahasa secara kontekstual iaitu menggunakan peribahasa dalam karangan sama ada naratif, rencana dan sebagainya. Murid-murid akan dapat memahami maksud sesuatu peribahasa dengan lebih jelas dan mengetahui bagaimana peribahasa itu digunakan dalam karangan. Strategi kognitif juga sesuai digunakan untuk peribahasa yang maksudnya dapat difahami dengan menggunakan daya berfikir. Murid-murid juga patut digalakkan supaya menggunakan peribahasa dalam kegiatan lisan seperti main peranan, berlakon, bersyarah dan sebagainya.

INTONASI
Intonasi adalah naik turun nada suara apabila seseorang itu berbicara dengan orang lain. Nada suara itu jarang mendatar. Sebaliknya, ada kalanya, suara meninggi dan ada kalanya merendah. Intonasi juga penting bagi bahasa Melayu sebab dapat membezakan bahagianbahagian ayat khususnya subjek dan predikat. Tingkat nada boleh ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 untuk nada yang paling rendah dan angka 4 untuk nada yang paling tinggi. Berdasarkan tingkat nada ayat: 'Pegawai itu pengurus' boleh menjadi ayat penyata atau ayat tanya. Intonasi pada frasa juga dapat membezakan maksud yang terdapat pada sesuatu ayat. Sebagai contoh, tingkat nada yang

26

A.

GOLONGAN KATA
ITEM TATABAHASA 1. Kata Nama 1.1 Kata Nama Am 1.2 Kata Nama Khas (#) Darjah 1-2 (* ) Darjah 3-4 (*) Darjah 5-6 (EM2) (*) Darjah 5-6 (EM1) CONTOH PERKATAAN / AYAT • • • • • • • • • • • • • • • • • Ali gemar membaca buku. Bapa saya akan ke luar negeri. Kucing Fatimah sedang mengejar tikus. Singapura sebuah negara merdeka. Encik Rahmat sudah tiba dari Sabah. Mereka belajar di Sekolah Rendah Sentosa. Saya sedang belajar . Kamu membaca buku. Dia ayah kawan saya. Bayi itu anak siapa? Yang mana satu abang awak? Orang muda itu suka makan apa? Harga barang-barang itu tidak mahal. Rumah ini lebih besar daripda rumah kita . Normah budak baik. Meja itu hijau. Orang lambat selalu rugi.

2. Kata Ganti Nama 2.1 Kata Ganti Nama Diri 2.1.1 Orang Pertama 2.1.2 Orang Kedua 2.1.3 Orang ketiga 2.2 Kata Ganti Nama Diri Tanya 2.3 Kata Ganti Nama Tunjuk 3. 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Kata Adjektif Sifatan Warna Cara Ukuran Bentuk Waktu Pancaindera Jarak Perasaan

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

27

ITEM TATABAHASA

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT

4. Kata Kerja

• • • • • • • • • • • • • • •

Bayi itu tidur di atas katil. Kami bersenam di padang sekolah . Cik Jamilah pandai menjahit baju kurung . Mahani membaca surat itu. Yahya suka mendengar radio. Pelayan kantin sedang menyapu sampah . Hujan turun. Sudin tersenyum. Perempuan itu menangis. Buku itu ada pada Ramu. Salim berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Ahmad tertidur di kerusi kerana terlalu letih. Suyin dan Zaharah berbual-bual di kantin. Awak hendak minum kopi susu atau teh susu ? Dia gemar menonton bolasepak tetapi isterinya lebih suka menonton drama. Jika saya tidak silap, harga barang itu tujuh dolar. Apabila loceng berbunyi , kami pun masuk ke kelas. Perangainya berubah semenjak dia mengidap penyakit darah tinggi.

4.1 Kata Kerja Transitif

4.2 Kata Kerja Tak Transitif

5. Kata Tugas : 5.1 Kata Sendi 5.2 Kata Hubung : 5.2.1 Kata Hubung Gabungan Kata Hubung Pancangan

5.2.2

• • •

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

28

ITEM TATABAHASA

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT

5.3. Kata Seru

• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Amboi , cantiknya pakaian kamu ini! Eh , mari kita mencari tempat berteduh . Oi, jangan duduk di bawah pokok kelapa itu! Dua hari lagi , saya akan ke rumah nenek. Semua murid tidak dibenarkan bercuti. Setengah bahagian keknya diberikan kepada adiknya. Buku itu di atas meja. Mereka bersembunyi di bawah katil. Kita tidak berjalan di hadapan orang tua. Tolong simpankan buku ini. Jemput masuk! Jangan buang sampah di sini. Itu bukan buku saya. Saya tidak pandai memanjat pokok. Ahmad akan ke sana esok. Baju itu belum dijahit. Saya hendak ke Madrasah pagi ini. Ambillah buku yang kamu inati. Bolehkah orang itu datang besaok pagi? Orang pandai tidak dikehendaki apatah lagi orang yang kurang pandai ! Sungai itu agak dalam. Pokok itu sangat tinggi. Perangai budak-budak itu baik sekali.

5.4 Kata Bilangan

5.5. Kata Arah

5.6. Kata Perintah

5.7. Kata Nafi

5.8. Kata Bantu

5.9. Kata Penegas

5.10. Kata Penguat

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

29

B. PEMBENTUKAN KATA
ITEM TATABAHASA (#) Darjah 1-2 (* ) Darjah 3-4 (*) Darjah 5-6 (EM2) (*) Darjah 5-6 (EM1) CONTOH PERKATAAN / AYAT

1. Imbuhan 1.1 Awalan 1.1.1 PeNContoh : pe, pem, pen, peng, pel, penge, per 1.1.2 meNme, mem, men, meng, menge 1.1.3 beRber, bel, ter, di, se, ke,

pelari, penyanyi,peramah, pen(t)ulis, pem(p)ukul, pembeli, pembaca, pemberi, pembesar, pendengar, pencukur, penjaja, pendaki, pengikat, pengangkat, pengikut, pengurus, pelajar, pelbagai, pengecat, pengepos, pengecam, pengecap, pengepam, perbesar, perluas, persempit, perkecil

melawat, memasak, menanti, meng(k)arang, men(t)ari, memberi, membantu, membilas, membaling, mendengar, mendayung, mencari, mencuci, mengajuk, mengusik, menghisap, menggali, menghantar, mengecat, mengepos, mengecam, mengecap, mengepam beratur, berbaris, bertanya, bercakap, berbuah, berbaju, belajar, belayar,bekerja terambil, terbawa, tercangkul, terpanjang, terbesar, termuda, dibuka, ditulis, diangkat, dimarah, disuruh, setinggi, sebesar, seindah, sepandai, secantik, ketua, kehendak, kekasih ( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

1.1.4

30

ITEM TATABAHASA 1.2 Akhiran : an kan i 1.3 Apitan : peN-... an meN... kan di...kan ke...an meN-...i beR-...an

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT

makanan, pakaian, tulisan, lukisan, mainan, tanama, ambilkan, angkatkan, bacakan, buatkan, tutupkan, dekati, sayangi, baiki, naiki, hormati

peperiksaan, pembaringn, penjualan, pengiklanan, pengeboman menamakan, mencampakkan, membalingkan, menggantikan didirikan, disamakan, dijadiakn, diberikan, disejukkan ketakutan, kelemasan, kesejukkan, kenamaan, kesakitan mendiami, mengharungi, meliputi, membasahi, memasuki bersahutan, bertebaran, bersalaman, berkejaran, berserakan • • • • • • • • • • Pagi-pagi lagi, Ani sudah pergi ke stesen keretapi. Buku-buku cerita Ahamad tersusun rapi di atas almari. Rumah-rumah di kawasan perumahan itu sangat teratur. Kanak-kanak biasanya gemar akan teka-teki. Daripada gerak-gerinya, saya tahu dia gadis yang sopan. Bukit-bukau di kawasan itu kelihatan indah sekali. Budak lelaki itu sedang membaca majalah. Kami bersiar-siar di tepi pantai sambil berbualbual. Kami tolong-menolong membersihkan kelas. Jejari pengantin itu diinai.

2

Kata Ganda :

2.1 kata Ganda Penuh

2.2 Kata Ganda Berentak

2.3 Kata Ganda Separa

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

31

ITEM TATABAHASA

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT

3. Pemajmukan / Penggabungan Kata : 3.1 Rangkai kata Bebas 3.2 Istilah Khusus

• • • • • •

Jalan raya di bandar itu lebih bersih. Keluarga kami naik kapal terbang ke Surabaya. Sebelum pulang, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah. Sakit tekak yang dihidapi penyanyi itu telah merosokkan pita suranya. Pensyarah itu telah menyampaikan kertas kerjanya dalam seminar bahasa. Saya makan di restoran layan diri. Kisah tersebut sudah menjadi buah mulut rakanrakannya. Badan Pencegah Rasuah ditubuhkan untuk mengurangkan perbuatan tumbuk rusuk. Oleh sebab mahu cepat kaya, dia menjadi bakhil sehingga digelar tangkai jering oleh temantemannya.

3.3 Kiasan

• • •

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

32

C. PENJODOH BILANGAN

ITEM TATABAHASA

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT

1. Tahap Asas

baris, biji, bilah, buah, butir, buku, bentuk, ekor, hidang, jambak, kawan, kotak, kuntum, keping, longgok, orang, pasang, potong, pohon, patah, pintu, pucuk, rangkap, sisir, tandan, tangkai, utas bidang, das, gelung, gugus, gulung, ikat, kaki, kajang, kerat, laras, lembar, naskhah, papan, pucuk, rawan, ruas, ulas, untai, urat angkatan, bungkal, berkas, carik, gerombolan, ketul, mayang, pasukan, rumpun, susun, titik ( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

2. Tahap Penyesuaian

3. Tahap Lanjutan

33

D. SINTAKSIS ITEM TATABAHASA (#) Darjah 1-2 (* ) Darjah 3-4 (*) Darjah 5-6 (EM2) (*) Darjah 5-6 (EM1) CONTOH PERKATAAN / AYAT

1. Pola Ayat – Ayat Dasar 1.1 FN + FN ( Frasa Nama) ( Frasa Nama)

• • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Ali + guru. Itu + buku. Dahlan + doktor. Dia + kurus. Hafiz + rajin. Jaafar + pandai. Ibu + ke pejabat. Buku Saya + pada Aminah. Rumahnua + di Pasir Ris. Adik Mary + belajar. Pokok kelapa + tumbang. Mereka + mendengar radiao. Rogayah + membaca surat khabar. Hujan lebat. Dia suka makan durian. Bayi itu sihat dan comel. Kereta itu mahal ? Nakalkah adik Salmah ? Dapatkah kamu menjawab soalan yang payah itu?

1.2 FN + FA ( Frasa Nama) ( Frasa Adjektif)

1.3 FN + FS ( Frasa Nama) ( Frasa Sendi)

1.4 FN + FK ( Frasa Nama) ( Frasa Kerja)

2. Jenis Ayat 2.1 Ayat Berita / Penyata

2.2 Ayat Tanya

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

34

ITEM TATABAHASA

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT • • • • • • • • • • • • Adoi, sakitnya kakiku ! Wah, berani sungguh budak itu ! Ah, sudahlah, jangan disebut-sebut lagi perkara tersebut ! Alihkan almari ini ke sana ! Jemputlah masuk ke rumah saya ! Sila duduk di kerusi yang telah kami sediakan ini ! Abang saya guru matematik. Umurnya tiga puluh lima tahun. Dia pernah menuntut di Amerika Syarikat. Emak dan bapa mengajak saya mendengar syarahan. Puan Syarifah hendak membeli ikan atau daging lembu ? Fatimah suka menggubah bunga tetapi tidak suka memakainya. Datuk Kamal sihat walaupun usianya sudah lanjut. Murid-murid berdiri apabila pengetua masuk ke kelas. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh jikalau hendak mempelajari bidang komputer. Suraya pergi ke poliklinik sementara ibu dan bapanya ke stadium Bedok kerana menghadiri majlis syarahan. Semenjak Adi menjadi pengurus syarikat tersebut, pelbagai projek telah diadakan untuk kepentingan para pekerjanya tetapi sambutan mereka tidak menggalakkan. Ramli dan Syamsudin menziarahi keluarga mereka di Pulau Pinang sementara Aziz hanya melawat tempat-tempat yang bersejarah di sana.

2.3 Ayat Seruan

2.4 Ayat Perintah

3. Bentuk Ayat 3.1 Ayat Tunggal 3.2 Ayat Majmuk Gabungan

3.3 Ayat Majmuk Pancangan

• • •

3.4 Ayat Majmuk Campuran

• •

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

35

ITEM TATABAHASA

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT

4. Ragam Ayat 4.1 Ayat Aktif

• • •

Ibu bapa murid-murid yang menghias pentas. Guru kami selalu memuji murid-murid yang sopan. Salina sedang menyiapkan sarapan untuk keluarganya. Murid-murid yang sopan dipuji (oleh) guru kami. Pentas dihias (oleh) ibu bapa murid-murid. Sarapan untuk keluarganya disiapkan (oleh) Salina. Predikat buku. sekolah. pandai. Predikat sedang menangkap menendang memperbaiki Objek ikan. bola. komputernya.

4.2 Ayat Pasif

• • •

5. Bahagian Binaan Ayat 5.1 Subjek - Predikat

Subjek Ini Itu Borhan Subjek Nelayan itu Fandi Bapa Hashim

5.2 Subjek - Predikat - Objek

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

36

ITEM TATABAHASA

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT

6. Peluasan Ayat 6.1 Peluasan pada subjek ( Frasa Nama - SFN) 6.2 Peluasan pada Predikat ( Frasa Kerja - PFK)

Pejabat itu bersih. Pejabat baru itu bersih. Pejabat baru abang saya itu bersih. Ghazali belajar. Ghazali belajar bersungguh-sungguh. Ghazali belajar bersungguh-sungguh setiap hari. Buah mangga itu manis. Buah mangga itu sangat manis. Buah mangga itu manis di bahagian pangkalnya. Mereka ke Ipoh. Mereka ke bandar Ipoh pada petang tadi. Mereka ke bandar Ipoh pada petang tadi dengan bas. ( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

6.3 Peluasan pada Predikat ( Frasa Adjektif - PFA)

6.4 Peluasan pada Predikat ( Frasa Sendi - PFS)

37

ITEM TATABAHASA

(#) Darjah 1-2

(* ) Darjah 3-4

(*) Darjah 5-6 (EM2)

(*) Darjah 5-6 (EM1)

CONTOH PERKATAAN / AYAT

7. Cakap Asal dan Cakap Pindah 7.1 Cakap Asal

• • • • • • • •

Ali berkata, “ saya hendak pergi ke sekolah.” “Amboi, cantik sungguh baju awak, Nora!” Kata Ani. “Selepas berenang, awak hendak ke mana pula, Jamil?” Kata Nora. “Jangan bermain bola di jalan raya,” kata Cikgu Basir kepada murid-muridnya. Ali menyatakan yang dia hendak pergi ke sekolah. Ani kagum akan kecantikan baju Nora. Nora bertanya kepada Jamil bahawa dia hendak pergi kemana selepas berenang. Cikgu Basir melarang murid-muridnya bermain bola di jalan raya.

7.2

Cakap Pindah

( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

38

E. TANDA BACA ITEM TATABAHASA (#) Darjah 1-2 (* ) Darjah 3-4 (*) Darjah 5-6 (EM2) (*) Darjah 5-6 (EM1) CONTOH PERKATAAN / AYAT

1. Tanda Titik 2. Tanda Koma

Adam tinggal di Pasir Panjang. Dia membeli buku ( , ) pensel ( , ) pena dan kayu pembaris. Apakah nama benda ini ( ? ) Wah, tingginya bangunan pencakar langit itu ( ! ) Atan bertanya kepada Aman , ( “ ) Awak hendak membeli komputer yang mana satu , Aman ? ( “ ) ( # ) Diajar secara tidak formal ( * ) Diajar secara formal

3. Tanda Tanya 4. Tanda Seru 5. Tanda Petik

39

KEMAHIRAN DAN FUNGSI KOMUNIKATIF BAHASA
Dalam bab ini disenaraikan kemahiran dan fungsi komunikatif bahasa. Kedua-dua unsur itu mestilah digabungkan atau diintegrasikan dalam pengajaran di kelas. Adalah tidak realistik atau kurang berkesan jika pengajaran kemahiran bahasa iaitu pendengaran, pertuturan, bacaan dan penulisan, diasing-asingkan. Pengajaran akan bersifat mekanikal dan kemungkinan akan kurang menarik minat murid-murid. Pengajaran berfokus kepada sesuatu aspek kemahairan bahasa boleh dijalankan hanya untuk mengatasi sesuatu kelemahan di kalangan murid. Tahap penguasaan bahasa di kalangan murid di sesuatu peringkat berbeza. Oleh yang demikian, guru disarankan agar bersifat fleksibel dan menjalankan tugasnya di kelas dengan mengambil kira kebolehan, tahap keupayaan, minat dan tahap pencapaian murid-muridnya yang berbeza agar murid yang lemah dapat dibantu dan murid yang baik dapat ditingkatkan penguasaan bahasanya. Kemahiran bahasa dan fungsi komunikatif yang disenaraikan dapat diajar di pelbagai peringkat kompleksiti. Pada umumnya, murid di peringkat tinggi dapat menggunakan bahasa yang lebih kompleks daripada murid di peringkat rendah atau peringkat permulaan. Sebagai contoh, murid dalam peringkat Primari1boleh diminta untuk menceritakan semula secara ringkas sementara murid dalam peringkat Primari 5 boleh diminta untuk menyatakan ringkasan cerita dengan membina beberapa potong ayat. Adalah penting kemahiran bahasa dan fungsi komunikatif diajar dalam konteks yang bermakna dan bertujuan. Guru perlu merancang dan mewujudkan situasi yang menghendaki murid menggunakan kemahiran bahasa yang bersesuaian dengan situasi itu. Jika situasi yang sangat hampir dengan situasi sebenar dapat diwujudkan, ini akan menjadikan penggunaan bahasa lebih bermakna, menarik dan jelas kepada murid-murid. Sebagai contoh, pada hari lahir seorang murid, murid yang lain boleh disuruh memberikan ucapan kepada murid yang menyambut hari lahirnya. Senarai kemahiran dapat digunakan guru untuk membina senarai semak yang dapat digunakan untuk mengetahui kemajuan muridmuridnya. Maklumat yang didapati dengan menggunakan senarai semak boleh dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam ujian formatif.

40

9

Mengingat dan dapat menyatakan isi-isi penting tentang apa yang telah didengar. Menyatakan perasaan tentang cerita, puisi atau bahan-bahan pendengaran yang lain. Memberikan komen atau menilai bahan yang telah didengar.

10

SENARAI KEMAHIRAN MENDENGAR
1 2 Menyesuaikan bunyi dengan gambar, skrip atau teks. Mendengar dan melaksanakan arahan-arahan mudah yang diucapkan dengan kadar kecepatan biasa dan dengan intonasi yang betul. Mendengar dalam jangka waktu yang agak lama mengenai sesuatu yang menarik minat. 3 4 5 Dapat mengeja apa yang didengar. Menyatakan semula rancangan atau berita yang telah diikuti melalui radio dan televisyen. Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai intonasi yang digunakan untuk (a) penyataan (b) arahan (c) pertanyaan (d) permintaan. Bertindak balas terhadap cerita atau puisi yang sesuai dengan peringkat murid. Mendengar dengan penuh perhatian supaya dapat mengemukakan soalan-soalan dan menjawab soalan-soalan. 4 11

BERTUTUR
1 Bercakap dengan jelas dan lancar dengan sebutan baku yang betul. Bercakap tentang manusia, tempat, barang, gambar, peristiwa dan pengalaman. Bercerita dengan yakin; dengan sebutan yang jelas serta intonasi yang betul. Mengemukakan soalan-soalan dan bertindak balas dengan cara yang sesuai. Meminta penjelasan apabila ragu-ragu mengenai perkara yang diperkatakan. Memberikan arahan dan pesanan yang mudah termasuk pesanan melalui telefon.

2 3

6

5

6 7

8

41

7 8 9

Bercakap dengan tidak menyinggung perasaan orang lain. Bercakap dengan jelas semasa main peranan. Membaca syair, pantun dan sajak dengan tekanan, nada dan rentak yang betul. Menyampaikan laporan lisan atau penerangan ringkas. Membincangkan dan menyatakan pendapat mengenai sesuatu tajuk dalam kerja berkumpulan atau kerja berpasangan. Menerangkan peristiwa-peristiwa sama ada yang sebenar atau rekaan kepada khalayak yang berbeza. Meringkaskan kandungan sesebuah teks atau petikan karangan yang telah didengar atau telah dibaca. Bercakap dengan yakin di depan khalayak dengan menggunakan laras bahasa, nada suara dan kata sapaan yang betul. Menggunakan ekspresi wajah, gerak-geri tangan dan 'bahasa badan' yang sesuai.

MEMBACA Bacaan Mekanis :
1 2 3 Membunyikan huruf dalam perkataan. Membunyikan suku kata dalam perkataan. Membatang (mengeja sambil membaca) suku kata terbuka dan tertutup dalam perkataan. Memadankan perkataan yang tertulis dengan perkataan yang dituturkan. Mengajuk/meniru bacaan guru daripada bahan bacaan. Membaca dengan terang dan jelas ayat-ayat yang terdapat dalam petikan karangan. Membaca kenyataan-kenyataan yang selalu dilihat. Membaca pantun, syair, sajak dan cerpen dengan intonasi yang betul. Membaca dialog dengan intonasi dan perasaan yang betul. Membaca pelbagai bahan dengan kepantasan yang sesuai mengikut tujuan dan sifat bahan itu.

10 11

12

4

13

5 6

14

7 8

15

9 10

42

Kefahaman Membaca :
1 Menyatakan maksud sesuatu ayat yang mempunyai intonasi yang berlainan. Menceritakan semula cerita yang telah dibaca.

11 12

Membezakan pernyataan yang benar dengan yang tidak benar. Membaca pantun, syair, sajak, cerita dan lakonan untuk mendapatkan kenikmatan. Membuat inferensi/takbiran berdasarkan kandungan bahan bacaan. Membuat inferensi/takbiran berdasarkan atau dengan menggunakan ilustrasi, gambar, gambarajah dan lain-lain yang terdapat dalam bahan bacaan. Mengenal pasti perkataan dan frasa yang berkaitan dengan sesuatu tema dan tajuk bagi membina kosa kata. Membuat ringkasan mudah daripada bahan yang telah dibaca. Membaca untuk menjawab soalan berbagai-bagai peringkat taksonomi : pengetahuan, kefahaman, penggunaan, takbiran/inferensi, penafsiran dan penilaian. Meluaskan jawapan dengan memberikan keterangan dan pendapat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan kandungan bahan bacaan. Menerangkan maksud unsur-unsur bunga bahasa yang terdapat dalam bahan bacaan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, bandingan semacam dan lain-lain.

2 3

13 Menggambarkan isi bahan bacaan dalam bentuk yang lain seperti carta, gambarajah dan lain-lain. 14 4 Menerangkan perbezaan yang terdapat antara watak dalam bahan cerita, dialog atau lakonan. Memahami unsur-unsur bukan bahasa yang terdapat dalam bahan bacaan seperti graf, carta dan sebagainya. Mengenal pasti dan memilih maklumat atau informasi yang diminta berdasarkan bahan bacaan. Menyatakan moral yang tersirat dalam bahan cerita. Memberikan tajuk yang sesuai untuk sesuatu petikan cerita, berita atau rencana yang pendek. Menggunakan tajuk-tajuk kecil, frasa atau penerangan ringkas sebagai rumusan kandungan bahan bacaan. Menerangkan maksud yang tersirat dalam lakonan. 19 15

5

6

16 17

7 8

18

9

10

43

MENULIS
1 2 Menyalin perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

13

Menggunakan tanda baca seperti tanda koma, titik, tanda tanya dan lain-lain dalam karangan. Menulis catatan ringkas mengenai sesuatu lawatan di luar sekolah. Menulis cerita bagi menunjukkan pemahaman murid tentang struktur dan urutan. Menulis pesanan, arahan, tunjuk cara dan tentang prosesproses yang mudah. Menulis karangan sama ada secara bebas atau dipandu berdasarkan gambar, carta, gambarajah, komik dan lain-lain. Menulis secara kreatif dan imaginatif sebagai pernyataan diri. Menulis secara kreatif dan imaginatif mengenai tajuk yang diberi. Meneliti dan mengenal pasti kekuatan dan kekurangan dalam karangan teman sedarjah. Menulis setelah mengumpulkan idea daripada sumbang saran, perbincangan, penerangan lisan dan lain-lain. Menulis dengan menggunakan pengetahuan tatabahasa (pemilihan perkataan, frasa, ayat) dan laras bahasa yang sesuai.

14 Menulis dengan cara dan gaya yang betul serta dengan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Menggunakan huruf besar dengan betul. Meluaskan ayat dengan menambah perkataan atau frasa yang sesuai dalam ayat. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar tunggal dan gambar bersiri. Menulis isi-isi penting daripada ucapan, lakonan atau berita yang diperdengarkan. Menulis kenyataan untuk sesuatu pengumuman. Menulis berita berdasarkan sesuatu maklumat atau kejadian. 20 9 10 11 12 Menulis karangan deskriptif, naratif dan fakta. Menulis surat tak formal kepada kawan atau ahli keluarga. Menulis surat/kad jemputan, pesanan, ucapan dan laporan mudah. Mengarang pantun, syair dan sajak. 22 21 16 15

3 4

5 6

17

18 19

7 8

44

PENGETAHUAN MENGENAI BAHASA
1 Mengenal pasti golongan kata (Kata Nama, Kata Ganti Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan lain-lain) dan menggunakan sesuatu jenis kata dengan betul. Mengenal pasti pola ayat dasar, jenis ayat , bentuk ayat dan ragam ayat serta bahagian bacaan dan peluasan ayat. Mengeja dan menggunakan suku kata dengan betul untuk membina perkataan. Menyatakan fungsi atau tugas tanda baca dan dapat menggunakannya dengan betul. Mengenal pasti perkataan, frasa, ayat, perenggan dan teks. Menyedari bahawa makna perkataan diketahui daripada maknanya sendiri dan daripada konteks penggunaannya. Menyedari bahawa kosa kata dapat diluaskan melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Menyedari bahawa makna perkataan boleh berubah melalui proses pengimbuhan. Menambah kosa kata melalui kata berlawan, kata seerti/seiras dan lain-lain. Membezakan bahasa lisan, bahasa pasar dan bahasa baku.

10

Menggunakan gerak isyarat yang sesuai semasa menyampaikan sesuatu secara lisan. Mengamalkan norma-norma perbualan atau perbincangan yang diterima umum seperti tidak bercakap apabila orang lain sedang bercakap, tidak meninggikan suara atau bercakap terlalu perlahan dan menggunakan kata sapaan yang sesuai.

11

2

3

4

4 5

6

7

8

9

45

KEMAHIRAN BERFIKIR
1 2 Meneliti persamaan dan perbezaan. Membuat hipotesis berdasarkan maklumat dan pengetahuan sedia ada. Menyatakan dengan khusus sesuatu masalah atau idea. Menyusun faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah atau isu mengikut kepentingan tiap faktor. Memberikan sebab-sebab bersetuju atau tidak bersetuju terhadap sesuatu idea atau cadangan. Membezakan maklumat atau kenyataan yang relevan dengan yang tidak relevan. Membuat takbiran/inferensi dan tekaan atau jangkaan yang munasabah. Sedar atau mengakui bahawa perasaan dapat mempengaruhi ketetapan atau keputusan yang dibuat. 9 Menggunakan perkataan, kenyataan atau idea untuk melahirkan idea baru.

3 4

10 Menggabungkan idea-idea yang tidak berkaitan untuk melahirkan idea yang asli. 11 Mencabar atau menentang sesuatu idea untuk mendapatkan idea baru. 12 Menerangkan dan meluaskan sesuatu idea.

5

13 Menggunakan sesuatu konsep atau idea bagi situasi yang berlainan.

6

7

8

46

NILAI BUDAYA
1 Menggunakan sistem panggilan yang betul mengikut situasi komunikasi dan peserta-peserta dalam sesuatu situasi. Menggunakan bahasa isyarat seperti gerak-geri tangan atau kepala yang diterima umum dan sesuai semasa berkomunikasi dengan orang lain. Mendengar dengan memberikan perhatian penuh semasa orang lain sedang bercakap serta menunjukkan rasa hormat. Bertindak balas dengan berbudi bahasa dalam berbagai-bagai situasi. Menanam sikap positif terhadap idea, cadangan dan syor yang membina serta nilai-nilai murni. Memperlihatkan kepekaan terhadap orang lain yang berlainan budaya atau pendapat yang bertentangan semasa berkomunikasi dengannya.

• • • • • •

Meminta diri. Mengucapkan tahniah kepada orang lain. Bertanyakan tentang kesihatan. Menyampaikan undangan, menerima atau menolak undangan. Bertanyakan khabar. Menyampaikan salam atau pesan.

2

3

2 Menyampaikan dan Mengumpul Informasi/Maklumat:
• • • • • • • • Mendapatkan atau menerima informasi Melaporkan sesuatu kejadian, peristiwa dan lain-lain. Memberikan kebenaran. Bertanya untuk mendapatkan penjelasan. Meminta atau menyatakan pendapat. Menyatakan persetujuan atau sebaliknya. Bertanyakan dan menyatakan harapan atau keinginan. Bertanyakan atau menyatakan pendapat tentang kebolehan.

4

5

6

Fungsi Komunikatif 1 Menjalin Hubungan Sosial :
• • Menyapa orang lain berdasarkan umur dan kedudukannya. Melafazkan ucap selamat kepada orang lain.

47

3 Menyatakan Perasaan dan Sikap :
• • • • • • • • • • • • • Suka atau gembira. Keghairahan atau kekaguman. Persahabatan. Pujian atau galakan. Berminat. Tidak puas hati. Kehampaan atau kekesalan. Mengkritik. Meminta maaf. Mengapresiasi/menghargai. Kepuasan dan keseronokan. Mengucapkan takziah. Kebanggaan dan taat setia.

4 Melakukan Sesuatu :
• • • • • Memberikan dan meminta bantuan. Memberikan cadangan atau idea. Bertindak balas terhadap tawaran, permintaan dan cadangan. Membuat rancangan/persediaan. Mengingatkan orang lain agar berhati-hati ketika hendak melakukan sesuatu. Menasihati orang lain untuk melakukan sesuatu yang baik. Mengingatkan orang lain mengenai pekerjaan, janji dan lainlain. Mengarahkan orang lain untuk melakukan sesuatu tugas. Memujuk atau meyakinkan orang lain untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

• •

• •

48

PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Penilaian merupakan aspek yang penting juga dalam proses pengajaran. Guru mestilah merancang dan menetapkan objektif sebelum sesuatu pengajaran disampaikan. Sehubungan dengan ini, guru perlu menentukan keberkesanan pengajaran melalui pengujian dan penilaian yang diberikan kepada murid-muridnya. Alat ukur atau penilaian hendaklah ditentukan berdasarkan objektif pengajaran. Dengan kata lain, penilaian mestilah mencerminkan objektif pengajaran. • Untuk merangsang mereka supaya meningkatkan pencapaian proses pemelajaran.

Bagi guru :
• Untuk mengetahui keberkesanan pengajaran mereka dan membuat penyesuaian jika perlu. Untuk memastikan adanya perkaitan antara pengajaran dengan pengujian/penilaian. Untuk menjadikan asas bagi membuat laporan mengenai kemajuan murid. Untuk menganjurkan program pemulihan dan pengayaan jika perlu.

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Bagi murid :
• Untuk mengetahui sejauh mana mereka telah mencapai objektif pengajaran/pemelajaran yang telah ditetapkan guru. Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka. Untuk membolehkan murid-murid mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Untuk membandingkan pencapaian di kalangan mereka. •

• •

JENIS-JENIS PENILAIAN
Penilaian terdiri daripada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Kedua-dua jenis penilaian perlu untuk memperoleh gambaran atau profil yang lengkap mengenai tahap keupayaan murid dalam pelajaran bahasa dan meninjau keberkesanan pengajaran guru.

49

Penilaian formatif dijalankan bagi mengumpul maklumat mengenai murid semasa proses pengajaran masih berjalan dan maklumat tersebut boleh digunakan untuk membantu murid atau untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Pada umumnya, penilaian formatif dijalankan dengan menggunakan teknik-teknik penilaian tidak formal. Penilaian sumatif pula bertujuan mengumpul maklumat mengenai tahap pencapaian murid pada akhir pengajaran mengikut masa yang ditetapkan. Penilaian sumatif dijalankan dengan menggunakan teknikteknik penilaian formal. Penilaian sumatif boleh berbentuk peperiksaan semester yang diadakan pada akhir penggal kedua dan keempat, dan peperiksaan nasional seperti Peperiksaan Penyaluran Primari 4 dan PSLE. Penilaian formal mempunyai kesan yang mendalam terhadap kaedah pengajaran dan gaya pemelajaran di bilik darjah. Penilaian formal tidak dapat memberikan gambaran yang lengkap mengenai tahap kelakonan seseorang murid tetapi dapat mengukur pencapaian murid bagi tujuan menyampaikan laporan kepada waris, kenaikan darjah, pemberian hadiah/anugerah, biasiswa dan sebagainya. Penilaian tidak formal yang dijalankan secara berterusan (seperti harian, mingguan, bulanan dan sebagainya) dapat mengukur keberkesanan penyampaian guru, merancang pengajaran pemulihan, merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan dan sebagainya.

Penilaian tidak formal boleh dijalankan dengan menggunakan teknik atau 'alat-alat' pengujian yang berikut : • Pemerhatian secara informal prestasi lisan seseorang murid yang menjalankan gerak kerja secara individu atau secara interaktif termasuk perbincangan dengan murid atau temu duga. Guru boleh menentukan tahap prestasi murid berdasarkan ukuran tersebut. Ujian darjah boleh diberikan kepada murid setelah murid mempelajari sesuatu unit pelajaran atau pada akhir setiap bulan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid yang gagal dalam ujian bagi sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang berlainan yang dianggap lebih sesuai. Gerak kerja di bilik darjah boleh dijadikan 'alat' atau sampel sesuatu penilaian tidak formal dalam keseluruhan proses pembelajaran. Sampel atau hasil kerja yang dipilih itu boleh diambil daripada gerak kerja karangan, kefahaman membaca, kosa kata dan lainlain lagi. Projek yang disiapkan murid boleh dimasukkan ke dalam penilaian tidak formal. Berbagai-bagai perkara dalam pelajaran bahasa boleh dijalankan murid dalam bentuk projek seperti memilih bahanbahan yang berbentuk gambar, potongan akhbar dan benda-benda tertentu yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Projek yang diberikan guru mestilah sesuai dengan kematangan, minat dan keupayaan berbahasa murid-murid.

50

Penilaian kendiri yang dibuat murid mengenai diri mereka sendiri berkaitan dengan kemajuan mereka dalam proses pemelajaran bahasa adalah salah satu kaedah penilaian tidak formal. Melalui kaedah ini, murid dari semasa ke semasa, meneliti kemajuan mereka secara bersendiri dan perbincangan mereka secara individu dengan guru dan dengan teman-teman sedarjah. Guru boleh membantu murid dengan menyediakan senarai semak, menyuruh murid menulis diari atau dengan menggunakan gambarajah, lukisan atau pelekat.

UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA
Interpretasi yang boleh dilakukan terhadap markah yang diperoleh dalam sesuatu pengujian membolehkan pengujian dikelaskan kepada ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Guru banyak menggunakan ujian rujukan norma yang bertujuan membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid-murid lain di dalam kelas atau peringkat. Untuk tujuan tersebut, soalan-soalan dalam ujian ini berbeza daripada yang mudah kepada yang payah. Dengan ujian ini, guru dapat membezakan peringkat pencapaian murid dan dapat memberikan pangkatan (gred) kepada mereka daripada yang tinggi kepada yang rendah. Ujian rujukan kriteria pula merupakan satu kaedah untuk membandingkan pencapaian seseorang murid dengan kriteria atau ukuran yang telah ditentukan. Ujian ini berdasarkan pendapat bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu mata pelajaran yang diajar sekiranya mereka diberikan masa yang mencukupi. Dari segi peringkat kesukaran soalan, soalan-soalan yang dimasukkan dalam ujian rujukan kriteria mempunyai peringkat kesukaran yang hampir sama. Ini disebabkan tujuan ujian jenis ini adalah untuk menentukan tahap penguasaan murid sebelum unit pelajaran yang lain diajar guru. Kedua-dua jenis ujian ini mempunyai peranan tertentu atau tersendiri dalam konteks pemelajaran dan pengajaran di sekolah. Jika guru ingin mengetahui taraf pencapaian yang berbeza antara murid-murid, guru perlu menggunakan ujian rujukan norma. Namun, jika guru ingin mengetahui penguasaan kemahiran setiap murid, guru mestilah menggunakan ujian rujukan kriteria.

PENILAIAN TIDAK FORMAL: SATU CADANGAN
Guru-guru yang mengajar di sesuatu peringkat boleh berbincang dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara yang berikut : • • • • Jenis gerak kerja murid yang mahu dipilih. Bilangan setiap jenis gerak kerja itu. Peruntukan peratusan bagi setiap kerja itu. 'Alat' pengukuran bagi menilai gerak kerja tersebut.

Ketetapan yang dibuat itu mestilah sesuai dengan keupayaan kemahiran berbahasa murid supaya kegiatan-kegiatan penilaian tidak formal itu memberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan mereka.

51

CIRI-CIRI UJIAN DAN PENILAIAN YANG BAIK
Sesuatu ujian boleh bertujuan untuk membandingkan pencapaian seorang murid dengan murid-murid yang lain. Ujian juga boleh dijalankan dengan tujuan diagnostik; untuk merangsang murid-murid supaya lebih tekun belajar; untuk tujuan pensijilan atau sebagainya. Ujian dan penilaian yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

2

Kebolehpercayaan
• Kebolehpercayaan adalah ciri ujian yang merujuk kepada ketekalan. Ujian dikatakan mempunyai ciri ini jika markah yang diperolehi seseorang calon peperiksaan atau murid tidak berubah walaupun ujian yang sama atau setara diberikan kepadanya pada masa yang lain. Banyak faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan seperti panjang pendek ujian, faktor-faktor guru dan murid, pentadbiran ujian dan lain-lain.

1

Kesahan
• Ujian ini mempunyai darjah kesahan yang tinggi. Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. Dengan kata lain, ujian itu benar-benar mengukur perkara-perkara yang hendak diukur dan bukan perkara lain. Terdapat beberapa jenis kesahan; tetapi bagi para guru sekolah, kesahan isi perlu diberatkan. Isi ujian dikatakan sah jika guru telah mengambil kira tujuan ujian, penyelarasan kandungan bahan ujian dengan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran dan peringkat objektif pelajaran bagi setiap tajuk. Secara ringkas, sesuatu ujian mempunyai kesahan isi jika ia merupakan sampel yang mewakili dengan baik kandungan sukatan pelajaran dan objektif-objektif pelajaran.

3

Keobjektifan
• Keobjektifan adalah satu lagi ciri yang perlu ada pada ujian yang baik. Keobjektifan sesuatu kertas ujian dilihat daripada dua sudut; iaitu penafsiran terhadap soalan-soalan dan pemberian markah bagi jawapan yang diberikan oleh muridmurid. Jika soalan-soalan yang disediakan adalah jelas dan tepat dan sesiapa saja yang membaca soalan-soalan itu memberikan tafsiran yang sama, kertas ujian itu mempunyai ciri keobjektifan. Begitu juga dalam pemberian markah bagi jawapan yang diberi. Jika sekiranya bahan-bahan ujian dan pemberian markah tidak berat sebelah terhadap unsur-unsur seperti jantina, kaum, paras, latar belakang sosio ekonomi dan sebagainya, kertas ujian itu mempunyai ciri keobjektifan. Ramai pakar penilaian berpendapat bahawa keobjektifan mungkin dapat dicapai dalam ujian jenis objektif dan kurang

52

dalam ujian subjektif. Walaupun demikian, langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk meningkatkan keobjektifan ujian jenis subjektif dan pemarkahannya.

BEBERAPA CARA PENGUJIAN KEMAHIRAN LISAN 1 Catatan Deskriptif
Guru boleh menyediakan sebuah buku untuk tujuan merekodkan komen tentang kemahiran lisan murid-murid. Komen yang ditulis boleh berupa nota sahaja dan guru merujuk nota itu apabila diperlukannya. Nota yang ditulis sebaik-baiknya mencakupi berbagai-bagai aspek kemahiran lisan.

4

Kebolehtadbiran
• Kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan pentadbiran sesuatu ujian dan pelaksanaan kegiatan-kegiatan susulannya. Kebolehtadbiran meliputi faktor kos seperti masa, tenaga dan wang. Ujian yang akan dijalankan mestilah tidak menggunakan masa, tenaga dan perbelanjaan yang berlebihan.

2

Senarai/Jadual Semak
Senarai atau Jadual Semak merupakan sebuah borang dan guru hanya perlu menandakan dengan tanda ( • ) atau gred seperti contoh di bawah ini:

Nama Mohd Ali Rasyid Khalid Mohd Nor Surip

Keyakinan Kejelasan A (Tarikh) B (Tarikh) C (Tarikh) D (Tarikh) C: Sederhana D: Lemah

Intonasi B (Tarikh)

Kefasihan

Gerakan C (Tarikh)

A: Kepujian B: Baik

Senarai Semak

53

Bagi guru yang mengajar murid yang ramai tidak mungkin setiap ukuran atau kriteria yang dinyatakan itu dapat digunakan bagi setiap murid dalam satu atau dua masa pelajaran. Oleh itu, guru perlu menentukan unsur ukuran yang akan dipilih dan dinyatakan dalam Jadual Semak yang telah disediakan. Bagi mengetahui perkembangan murid dari semasa ke semasa guru boleh mencatatkan tarikh.

1. Adakah suara saya sedap didengar? 2. A da ka h se t ia p ra ka n d ap a t memahami apa yang saya katakan? 3. Ada ka h sa ya sesuai ka n tingg i r en d a h su a ra sa ya d e n g a n keadaan? 4 . Adakah saya mence lah semasa kawan saya sedan g b ercaka p? 5. Ad a kah saya b erf iki r da h ul u sebelum saya bercakap? 6. A da k ah s ay a me ng g u n a ka n perkataan-perkataan dan ayat-ayat y a n g s es u a i d a n l e n g ka p ? Borang A

3

Penilaian Kendiri
Murid-murid boleh disuruh membuat penilaian tentang diri mereka sendiri. Dengan berbuat demikian, mereka akan menjadi lebih sedar tentang tahap kemahiran lisan mereka. Penilaian dijalankan dengan menyuruh murid-murid mengisi borang-borang yang sesuai dan mudah difahami mereka. Masa yang diperlukan untuk mengisi borang itu juga singkat. Sebagai contoh mereka boleh menandakan di dalam ruangan 'Ya' atau 'Tidak' dalam Borang A:

54

Murid-murid boleh disuruh sama ada menandakan, menggariskan perkataan atau membulatkan perkataan atau frasa dalam Borang B di bawah ini :
Ucapan/Syarahan Setelah menyampaikan ucapan/syarahan, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan menggariskan/membulatkan peringkat pencapaian. 1 2 3 4 5 6 Adakah saya memulakan ucapan/syarahan dengan baik? Adakah ucapan/syarahan saya difahami kawan-kawan? Adakah saya menyusun idea dengan berkesan? Adakah saya berjaya menarik perhatian kawan-kawan? Adakah saya mengakhiri ucapan/syarahan dengan baik? Sejauh manakah, saya menggunakan suara dengan baik dan berkesan? Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah Baik Cemerlang Baik Cemerlang Baik Cemerlang Baik Cemerlang Baik Cemerlang Baik Cemerlang

Bagi tujuan ini, borang yang digunakan untuk penilaian kendiri boleh diubahsuai.

5

Pemerhatian Sistematis
Guru boleh menjalankan pengujian lisan secara tidak formal melalui pemerhatian sistematis. Guru menggunakan soalansoalan tertentu untuk mengetahui perkembangan penguasaan kemahiran lisan murid-murid. Sebagai contoh, soalan-soalan di bawah ini boleh digunakan bagi kemahiran mendengar : Adakah seseorang murid itu : a) b) c) d) e) f) Mempunyai tujuan ketika menyertai aktiviti mendengar? Melihat orang yang bercakap dengannya? Menunjukkan minat? Memberikan perhatian? Berfikir dahulu sebelum memberi respon? Mengemukakan soalan-soalan yang relevan?

4

Penilaian Rakan Sebaya
Penilaian rakan sebaya boleh dijalankan di dalam bilik darjah dengan menyuruh rakan sedarjah menilai prestasi seseorang murid.

55

Bagi kemahiran berbual/berbincang, soalan-soalan di bawah ini boleh digunakan : Adakah seseorang murid itu : a) Dapat berbual/berbincang dengan lancar? b) Menunjukkan kesedaran bahawa perbualan/perbincangan mestilah bersilih ganti? c) Memberikan ucap selamat kepada guru dan rakan-rakan menurut cara yang sesuai? d) Seorang pendengar yang peka? e) Bersifat atau bersikap toleransi terhadap pendapat rakan lain? f) Sedar tentang keperluan orang lain dalam perbualan/perbincangan?

Secara umum, penilaian tidak formal yang dijalankan dari masa ke masa dapat memberikan gambaran yang lebih baik dan menyeluruh mengenai kemahiran mendengar murid. Penilaian secara tidak formal meliputi pemerhatian guru terhadap daya pendengaran murid dan penilaian diri (self-evaluation) murid sendiri dalam berbagai-bagai situasi. Pemerhatian guru dan penilaian diri murid semasa dan sesudah sesuatu aktiviti pendengaran dilakukan atau dijalankan dengan menggunakan senarai semak. Contoh senarai semak yang digunakan murid diberikan di bawah:
Apabila saya mendengar, adakah saya … : 1 2 3 4 Mendengar apa yang dicakapkan/dibincangkan? Memfokuskan perhatian saya? Bercakap-cakap? Mengetahui sebab saya mendengar? Melihat murid yang sedang bercakap? Memikirkan apa yang hendak disoal? Menyatakan semula apa yang telah didengar? Mengingat idea/fakta? Senarai Semak Untuk Pendengaran Ya Tidak Kadang kadang

UJIAN PENDENGARAN
Pendengaran adalah satu aspek kemahiran bahasa yang payah dinilai. Apabila kemahiran pendengaran dinilai sama ada secara formal atau tidak formal dan murid disuruh menjawab secara lisan atau bertulis, kemahiran menulis, membaca atau bertutur juga secara tidak langsung mempengaruhi penilaian pendengaran. Sebagai contoh, jika murid disuruh mendengar bacaan sebuah petikan karangan dan setelah mendengarnya murid disuruh menulis isi-isi penting petikan itu. Jika apa yang ditulis murid itu tidak menepati kehendak, ini mungkin disebabkan murid menghadapi masalah ejaan, tulisan yang tidak jelas dan payah dibaca atau murid tidak dapat menyusun idea dengan baik. Oleh itu, guru harus sedar tentang pengaruh unsur-unsur lain ini.

5 6 7 8

56

Contoh senarai semak di atas adalah sebagai cadangan sahaja. Guru boleh menggunakan ciri-ciri lain yang bersesuaian dengan objektif pengajaran atau kemahiran-kemahiran khusus yang guru mahu murid kuasai.

berinteraksi bagi kemahiran bertutur dan mendengar. Sebagai contoh, daya berfikir boleh dijadikan kriteria umum atau asas untuk menilai keseluruhan penguasaan bahasa murid melalui aktiviti-aktiviti berikut:

Membuat Ramalan :
• • Meramalkan akhir cerita dalam kerja kumpulan. Meramalkan perlakuan seorang watak dalam lakonan.

PENILAIAN KESELURUHAN
Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh dinilai secara berasingan untuk mengetahui kemajuan murid dalam tiap kemahiran tersebut. Sebenarnya, perkembangan tiap kemahiran berkaitan antara satu sama lain dan saling mempengaruhi. Guru tidak akan mengetahui perkembangan dan kemajuan keseluruhan penguasaan bahasa murid jika keempat-empat kemahiran itu dinilai secara berasingan walaupun penilaian khusus sesuatu kemahiran ada peranannya dalam program pengajaran bahasa. Lebih penting lagi ialah guru perlu menilai sejauh mana murid berjaya mengadun dan menggabungjalin kemahiran-kemahiran itu dalam proses berkomunikasi. Jika murid-murid, melalui kerja kumpulan, disuruh memberi komen, menilai dan membuat cadangan membina terhadap karangan yang mereka tulis, tugasan seperti ini memerlukan mereka membaca, mendengar, berbincang dan menulis. Tugas-tugas tersebut adalah lebih bermakna dan menarik daripada menjawab soalan-soalan yang bersifat mekanikal yang sebahagian besarnya berupa ayat-ayat yang tidak berkaitan dan tidak mempunyai konteks. Untuk mengadakan penilaian keseluruhan guru boleh menggunakan kriteria penilaian yang umum bagi kemahiran-kemahiran tertentu seperti membuat ramalan bagi kemahiran membaca dan mendengar; daya

Mengumpul Bukti :
• Mengenal pasti fakta atau bukti untuk mengetahui sama ada ramalan yang telah dibuat tepat. Menemu ramah seorang pakar untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan. Menulis nota untuk digunakan dalam laporan.

Berinteraksi :
• Membaca sebuah rencana dan memberikan reaksi kepada penulisnya. Memberitahu teman sebab ideanya disetujui atau tidak disetujui. Mendengar hujahan teman sebelum menyatakan bersetuju atau tidak bersetuju.

• •

57

Menyemak :
• Mengubah ramalan setelah membaca muka surat pertama sebuah buku cerita. Menyatakan idea sekali lagi dengan menggunakan kata-kata lain tetapi lebih jelas maksudnya. Menambah butir perincian untuk meluaskan perenggan.

Merenung (reflecting) :
• Membaca sekali lagi untuk mengetahui bagaimana pengarang mencipta suspen. Menceritakan pengalaman peribadi yang memberi pengajaran. Menulis dalam jurnal sebab seseorang murid berasa tersinggung.

• •

Daya berfikir yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang telah disenaraikan di atas adalah sebagai cadangan sahaja. Guru boleh menggunakan faktor atau unsur lain sebagai fokus penilaian. Setelah penetapan faktor atau unsur, guru perlu menentukan pula aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang dapat dijalankan. Semasa aktiviti-aktiviti itu dijalankan guru perlu memerhatikan kemahiran murid menggunakan keempat-empat kemahiran supaya dapat dinilai penguasaan bahasa murid secara keseluruhan.

58

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH HASILAN KETARA PEMBELAJARAN MENGIKUT PERINGKAT
Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan KEMAHIRAN MENDENGAR Murid dapat mendengar pelbagai teks dan dapat menyatakan pemahaman melalui tindak balas sama ada secara lisan atau bukan lisan. Secara khusus murid akan dapat : • • • • • memahami dan melaksanakan arahan yang diberi memahami dan mengingat isi-isi utama mendengar dan membezakan pelbagai pola intonasi mendengar dan memilih isi yang dikehendaki memahami dan menilai lagu, cerita dan drama kanakkanak memahami perbuatan mengenai peristiwa sehari-hari dan perkara-perkara mudah dan sesuai memahami ucapan-ucapan ringkas serta mudah mengenai perkara yang berkaitan dengan keluarga dan sekolah Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2 Darjah 5-6 EM3 Tahap Penyesuaian

LAMPIRAN 1

Darjah 5-6 EM1

59

Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan • memahami rancangan / berita radio dan televisyen yang sesuai (sebagai contoh: rancangan dan berita mengenai sukan, kemalangan dan lain-lain) memahami perbincangan ringkas mengenai perkara sehari-hari menjawab soalan-soalan pelbagai peringkat taksonomi berdasarkan teks yang didengar mengenal pasti pelbagai teks/situasi lisan dan respons dengan cara yang sesuai memahami dan menilai ucapan, perbincangan mengenai tajuk-tajuk dengan keluarga, sekolah, masyarakat perbualan dan yang berkaitan Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2

Tahap Penyesuaian Darjah 5-6 EM3 Darjah 5-6 EM1

• • • •

KEMAHIRAN BERTUTUR Murid dapat bertutur dengan jelas dan dapat difahami melalui pelbagai cara yang sesuai dengan situasi mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengan minat dan kepentingannya pada murid. Secara khusus, murid akan dapat : • • bertutur dengan jelas, terang dan dapat difahami bercakap mengenai perkara yang diminati dan yang akan diminati

60

Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan • • • • • menyampaikan arahan bercakap mengenai manusia, tempat dan benda menceritakan cerita kanak-kanak bertutur dengan jelas semasa main peranan mengambil bahagian dalam mengenai tajuk-tajuk mudah perbincangan singkat Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2

Tahap Penyesuaian Darjah 5-6 EM3 Darjah 5-6 EM1

meringkaskan secara lisan isu-isu utama sesebuah teks yang telah didengar atau dibaca bertutur dengan lancar, jelas penyebutannya serta dengan rentak dan intonasi yang betul berbincang dan melahirkan pandangan mereka mengenai tajuk-tajuk yang mereka minati menggunakan bahasa Melayu baku yang sesuai dengan situasi pertuturan bertutur dalam berbagai situasi pertuturan dengan mengambil kira tujuan, suasan dan khalayak

• • •

61

Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan KEMAHIRAN MEMBACA Murid dapat membaca pelbagai teks serta dapat memahami dan menilainya, perkara-perkara itu dapat dinyatakannya melalui respons yang sesuai secara lisan dan / atau bukan lisan. Secara khusus murid : • membaca dengan nyaring sesebuah teks • membaca sendiri teks yang mudah untuk mendapatkan pengetahuan dan penghayatan membaca dan memahami arahan, pesanan, lagu kanakkanak dan sebagainya mengenal pasti idea-idea utama sesebuah teks serta idea-idea sokongan membaca dan memahami makna perkataan, peribahasa, simpulan bahasa yang terdapat dalam teks membaca dan memahami iklan-iklan dan nota-nota mudah memahami teks pada peringkat pengetahuan, interpretasi dan inferensi menggunakan penunjuk, struktur perkataan dan pengetahuan sedia ada untuk meneka maksud perkataan payah menikmati dan menilai bahasa yang digunakan dalam teks Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2

Tahap Penyesuaian Darjah 5-6 EM3 Darjah 5-6 EM1

• • • •

62

Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan • • membaca secara kritis sesebuah teks yang sesuai peringkat kepayahannya membaca secara imaginatif untuk membuat ramalan Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2

Tahap Penyesuaian Darjah 5-6 EM3 Darjah 5-6 EM1

KEMAHIRAN MENULIS Murid dapat menulis pelbagai teks dengan jelas dengan tulisan sambung mengenai tajuk-tajuk umum yang sesuai dengan tahap kecekapan berbahasa murid. Secara khusus murid : • • • • • • • menulis dengan jelas dan mudah dibaca menulis perutusan, arahan dan nota yang mudah-mudah mengisi borang-borang mudah seperti jadual, borang soal selidik dan sebagainya membina ayat-ayat mudah dengan perkataan-perkataan yang diambil dari teks menulis jawapan bagi soalan –soalan mengenai teks yang didengar atau dibaca menlis nota ringkas, pesanan, kad jemputan dan surat peribadi menulis cerita mudah atau cerita kanak-kanak yang didengar atau dibaca

63

Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan • menulis karangan deskriptif mudah mengenai benda, tempat dan manusia • • • menulis puisi mudah seperti pantun menulis surat, laporan mudah, arahan dan mengenai sesuatu proses mudah menulis semula teks dalam bentuk atau format yang berlainan Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2

Tahap Penyesuaian Darjah 5-6 EM3 Darjah 5-6 EM1

PENGETAHUAN MENGENAI BAHASA Murid dapat memperoleh pengetahuan mengenai sistem dan struktur bahasa Melayu sebagaimana bahasa itu digunakan untuk pelbagai situasi. Secara khusus murid : • • • • mengenai pasti unsur-unsur asas Bahasa Melayu seperti perkataan, frasa, ayat membezakan antara bahasa baku dengan yang bukan baku mengenal pasti golongan kata yang penting membezakan antara unsur bahasa dan unsur bukan bahasa dalam situasi komunikasi membezakan antara sebutan baku dan variasi-variasi yang lain memahami dan dapat membezakan antara bahasa tulisan dengan bahas lisan

• •

64

Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan KEMAHIRAN BERFIKIR Murid dapat berfikir dengan luas secara kritis dan kreatif mengenai tajuk-tajuk yang sesuai serta dapat menunjukkan kemahiran itu melalaui kemahiran lisan dan menulis.Secara khusus murid : • • • • membuat inferensi daripada teks yang telah didengar atau dibaca membuat ramalan-ramaln mudah melahirkan pendapat mereka menilai perkara yang bersesuaian dengan peringkat penguasaan bahasa dan kematangan mereka membuat keputusan atau penetapan mengenal pasti persamaan dan perbezaan membezakan fakta dengan pendapat mengelaskan data atau ciri menyelesaikan masalah mengikut cara yang sistematis mengaitkan idea yang berbeza melihat sesuatu masalah, isu atau sebarang perkara dari sudut yang berbeza Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2

Tahap Penyesuaian Darjah 5-6 EM3 Darjah 5-6 EM1

• • • • • • •

65

Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan NILAI BUDAYA Murid dapat meresapi nilai-nilai dan sikap yang sesuai dengan budaya sendiri dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan budaya. Secara khusus murid : • menggunakan bahasa membentuk sikap untuk meresapi nilai dan Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2

Tahap Penyesuaian Darjah 5-6 EM3 Darjah 5-6 EM1

berpandangan dan bersikap positif terhadap budaya lain melalui bahasa

melahirkan dan sedia menerima kritik membina dalam konteks berkomunikasi

mengenal pasti nilai-nilai sejagat melalui bahasa

menggunakan sistem panggilan yang betul berdasarkan konteks

bertindak balas dengan berbudi bahasa dalam pelbagai situasi

66

Tahap Asas Tahap & kursus Hasilan PENDIDIKAN NASIONAL Murid dapat meresapi nilai-nilai dan sikap yang sesuai dengan semangat Pendidikan Nasional bagi memupuk sikap mencintai tanah air dan mengukuh jati diri sebagai warganegara yang kesetiannya tidak berbelah bagi. Secara khusus murid : • • • mengekalkan warisan dan mengamalkan cara hidup kita mengekalkan keharmonian kaum, agama, budaya dan sebagainya mendukung meritokrasi , bersifat amanah serta berpeluang mencapai kebolehan diri dan usaha masingmasing mempertahankan cara hidup yang mnejadi amalan dan kemakmuran negara bersedia mempertahankan negara demi keselamatan dan kesejahteraan bersama berazam, bersatu dan bersedia membina masa depan yang cemerlang bagi diri, keluarga, masyarakat dan negara Darjah 1 - 2 Darjah 3 – 4 Darjah 5-6 EM2

Tahap Penyesuaian Darjah 5-6 EM3 Darjah 5-6 EM1

• • •

67

HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI

LAMPIRAN 2

Pada akhir pendidikan di sekolah rendah, murid seharusnya :

• • • • • •

Dapat membezakan antara yang betul dan yang salah Telah belajar berkongsi dengan rakan lain dan mengutamakan orang lain dahulu Dapat bersahabat dengan orang lain Mempunyai sifat ghairah ingin tahu mengenai berbagai-bagai perkara Dapat berfikir dan menyatakan apa yang difikirkan Berasa bangga dengan hasil kerja mereka

• Telah menyemai tabiat-tabiat yang sihat • Rasa cinta pada Singapura

68

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful