1.

0

PENGENALAN
Bahasa Melayu kini sedang berkembang dengan pesat dan digunakan dalam pelbagai bidang

ilmu, kehidupan dan pekerjaan di Malaysia.Rakyat negara ini sudah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tidak berbelah bagi.Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras disemua sekolah rendah dan menengah.Bahasa Melayu berperanansebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadapbahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, jugaberperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah airyang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dandiperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dankomunikasi.Oleh itu, pengetahuan yang menyeluruh dalam penggunaan Bahasa Melayu adalah sangat penting bukan sahaja kepada para pelajar, tetapi juga kepada semua warga Malaysia.

2.0

OBJEKTIF
Tujauan kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan memahami salah satu aspek yang terdapat

dalam Bahasa Melayu iaitu Sinonim agar para bakal guru dapat mengaplikasikan Bahasa Melayu dengan baik dan dalam tujuan pengajaran terhadap murid agar bakal guru dapat melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasibagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan danpekerjaan..

1

3.Selain itu.0 BATASAN Kajian ini hanya menumpukan dalam kajian berkaitan bidan ataupun matapelajaran dan penggunaan Bahasa Melayu sahaja. 4.0 KAEDAH Kaedah yang digunakan dalam menghasilkan kajian ini adalah dengan menjalankan kajian leteratur iaitu dengan merujuk buku-buku yang berkaitan dalam penghasilan kajian ini yang terdapat di perpustakaan. pembacaan melaui artikel juga dilakukan untuk melengkapkan lagi kajian ini. Oleh itu. 2 . bidang lain yang tidak berkaitan dalam penggunaan bahasa Melayu tidak termasuk dalam aspek kajian ini.

kerana dalam bahasa Melayu ada juga kata abah sebagai kata lain bagi ayah dan bapa. +universiti. +manusia. Penuntut : +kata nama. Jika seseorang murid yang menjawab soalan mencari sinonim bagi kata penuntut. Berdasarkan pencirian seperti ini. ayah-abah. Sebenarnya struktur leksikel ibu dan emak tidaklah seratus peratus sama. Kita sudah pun mengenal pasti bahawa indah berkongsi ciri-ciri leksikel yang sama dengan cantik. +manusia. +berguru. Murid : +kata nama. Mahasiswa : +kata nama. +universiti. maka kata yang bersinonim dengannya juga harus mempunyai struktur leksikel yang sama. Kata sinonim diterjemahkan sebagai kata seerti. +sekolah.0 ISI Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani Kuno. -haiwan. maka kita tidak boleh mengatakan bahawa jawapannya salah. +sekolah. Ini disebabkan peluasan makna yang dialami oleh ibu. Dalam kes ini. kesinonimanya adalah dalam enam arah. Misalnya. +dewasa. +objek konkrit. 3 . +jantina lelaki. meletakkan jawapannya siswa atau mahasiswa. maka bapa boleh dikatakan sinonim bagi ayah.5. Ini bermakna bahawa kata-kata yang bersinonim mempunyai struktur leksikel yang sama. yang maknanya lebih kurang sama dengan ungkapan lain. +maktab. iaitu onoma yang bererti µnama¶ dan syn yang beerti µdengan¶. hendaklah mempunyai struktur leksikel yang sama semuanya. +berguru. Walaupun ciri-ciri nahu dan makna pada asasnya sama. +dewasa. +kanak-kanak. +perempuan. Jika kita ambil contoh murid-penuntut-mahasiswa. frasa atau ayat. Kesinoniman tidak terhad kepada pasangan atau hubungan dua arah sahaja. Dalam memperkatakan sinonim. Ibu : +kata nama. +manusia. +dewasa. -objek konkrit. Maksud sinonim ialah ungkapan. +berguru. +kawasan. -kawasan. +manusia. +kanak-kanak. kata-kata yang terlibat secara unggulnya. +manusia. Sebagai contoh. +manusia. +-melahirkan anak. kata akan berbeza dari segi penggunaannya dan juga peluasan maknanya.Hal yang sama berlaku pada kesinoniman cantik dan molek. yang bermakna sesuatu kata dianggap sebagai sinonim bagi sesuatu kata lain jika keduaduanya mempunyai makna yang sama. +punya anak. kita akan dapati adanya ciri-ciri pembeza antara ketiga-tiganya seperti berikut. +betina/perempuan. sinonim bagi bapa tidak terhad kepada ayah. +haiwan. bapa-abah . +melahirkan anak. yakni t ga i pasangan :bapa-ayah . iaitu perkataan. jika sesuatu kata mempunyai struktur leksikel yang dapat dikategorikan sebagai +kata nama. Emak: +kata nama.

Perbezaan kata murid-penuntut-mahasiswa dapat dijelaskan berdasarkan konteks sosial dan alamiah. Apabila abad dan kurun digunakan dalam bahasa Melayu. bukan sahaja dengan kata nama manusia. Bahasa Melayu sudah mempunyai nahu. atau seumpamanya. (7).Dalam pasangan suami-isteri dan laki-bini terdapat perbezaan yang berasaskan konteks sosial yang jelas menunjukkan peringkat kecanggihan peradaban. kesinoniman seratus peratus wujud apabila kata baru daripada bahasa asing dimasukkan sebagai pilihan lain untuk kata yang sedia ada.Pasangan (1) dan (2) mempunyai kata akar yang berasal daripada bahasa Arab. sama ada sosial. ibu asrama. benda. Antara pasangan sinonim semu ialah (1) abad-kurun. (5) mawar-ros.Sinonim yang mempunyai persamaan seratus peratus dari segi maknanya jaih lebih sedikit daripada sinonim yang bertindihan sebahagian daripada ciri ciri maknanya.(6). Begitu juga tamadun dan peradaban. Hubungan sintagamatik bagi bagi emak adalah terbatas. (3) nahutatabahasa.Berdasarkan struktur leksikelnya. kepercayaan alamiah. kedua-duanya mempunyai makna yang sama. (4) anggerik-orkid. ibu sungai.Mungkin dalam bahasa Arab sendiri. ibu roti. ibu roti. tetapi juga dengan kata nama haiwan.Jenis yang pertama boleh dinamakan sinonim sejati. sedangkan jenis yang kedua sinonim semu. yang pada imbasan pertama kelihatan seperti seerti tetapi pada hakikatnya bukanlah betul betul seerti. ibu negeri. anggerik. Misalnya. Berkenaan dengan pasangan (3) . iaitu seratus tahun. abad dan kurun bukan sinonim sejati walaupun ada pertindihan makna.Sinonim semu timbul apabila terdapat anjakan ciri makna untuk keperluan konteks.Kata ini khususnya digunakan untuk merujuk kepada wanita yang melahirkan anak. ibu suami saya. 4 . dan pasangan sinonim untuk setiap satunya datang kemudian. ibu kunyit. melati. (2) tamadun-peradaban. (6) melur-melati. ibu kambing. kata ibu boleh wujud dalam hubungan sintagamatik. mawar. dan kawasan.

Persoalannya di sini. Kata emak diberikan erti µorang yang melahirkan seseorang¶. apakah perkataan-perkataan yang dikatakan bersinonim benar-benar mendukung pengertian dan makna yang sama. Walaupun pada lasimnya kedua-dua kata ini dianggap mempunyai erti yang sama. Bahagian besar (induk. tetapi tidaklah sedemikian jika diteliti erti kedua-dua perkataan tersebut dari sudut makna atau semantik. II. III. kerana setiap kata ada komponen atau ciri-ciri maknanya sendiri yang tidak dimiliki oleh kata lain. Misalnya. kata ibu ada dua lagi komponen makna yang tidak terdapat dalam kata emak seperti yang dinyatakan di atas. kata hitung tidak boleh disinonimkan dengan bilang dalam ayat.1 Sinonim yang bukan sinonim The World Book Encyclopedia (1992) menerangkan sinonim sebagai µkata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama seperti dalam kata yang lain¶. Makna bagi sesuatu kata tidaklah tetap kerana maknanya akan berubah-ubah mengikut konteks penggunaan dan amalan kebudayaan masyarakat penuturnya. utama. Panggilan hormat terhadap wanita yang telah berumur atau wanita yang bersuami.Dengan yang demikian. kata ibu dan emak dikatakan bersinonim. Apakah kedua-dua kata ini mendukung pengertian yang sama tepat sehingga pengunaannya boleh ditukar ganti dalam ujaran atau penulisan? Bolehkah kata ibu digantikan dengan emak dalam ungkapan ibu pejabat. manakala bagi kata ibu terdapat tiga entri makna seperti yang berikut : I. Justeru. Umpamanya dalam masyarakat kampung. pusat dan lain-lain) daripada sesuatu (seperti pejabat dan lain-lain). kata sungai dalam ujaran yang berikut : ³ Saya nak ke sungai´. ibu mithali atau ibu ayam menjadi emak pejabat. Orang yang melahirkan kita. dan dapatkah kata -kata tersebut ditukar ganti dalam ujaran atau tulisan? Tentulah sukar untuk berbuat demikian. Sementara itu. Kita perhatikan entri makna yang terlibat dalam Kamus Dewan (1994) bagi kedua-dua kata tersebut. tidaklah tepat jika dikatakan kata emak bersinonim dengan ibu. 5 .5. Demikian juga dalam masyarakat Sabah bilang membawa erti µcakap¶ atau µbicara¶ dan tidak membawa erti µmenghitung¶. emak mithali atau emak ayam?Sudah tentu kurang tepat atau agak janggal kalau digunakan emak dalam ungkapanungkapan tersebut. mambawa erti µmembuang air besar¶ bukan µtali air¶.Sementara itu. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan sinonim sebagai kata-kata yang sama maknanya atau kata-kata yang sama maknanya dengan kata lain atau kata seerti. ³Dia bilang dia mahu pulang sekarang´. Kalau diteliti komponen makna bagi kedua-dua kata didapati bahawa kata emak dan ibu hanya µorang yang berupaya untuk melahirkan anak atau orang yang melahirkan kita¶.

iaitu anggun. segak. menawan. lawa. Dengan yang demikian. menjadi ³Anak kecil Lekshmi kacak sekali´ kerana mongel lazimnya merujuk kepada anak kecil atau bayi yang tidak kira jantina. tetapi bukan semua kata ini dapat mendukung makna atau pengertian yang sama dengan yang lain. cantik. nyatalah bahawa setiap kata ada mendukung makna yang tersendiri. ganteng. molek). Untuk itu. kirana. tampan (pakaian. angkuh. mongel. Oleh itu. molek. jelita. c. jambu. tampan. perhatikan beberapa daripada kata yang disenaraikan di atas dan komponen maknanya untuk melihat persamaan dan perbezaan maknanya. makna yang disampaikan ialah µPraveena ialah seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik¶. Dalam ayat kedua ini. ii. tampan. elok. juita. berupa. dalam ayat ³ Anak kecil Lekshmi mongel sekali´. ii. da nada yang berlainan daripada makna yang didukung oleh kata lain dalam kelompoknya. iaitu kata cantik menurut Tesaurus Umum Bahasa Melayu(1990). benda. Tegasnya. menarik hati (anak) Apabila diteliti komponen makna yang dimasukkan se bagai entri bagi kata-kata di atas. Cantik : sangat menarik apabila dipandang (berkenaan) orang perempuan. makna empat perkataan yang bersinonim. dan yang penting ialah mengambil kira komponen makna yang tercakup dalamnya. manis. setiap kata mempunyai maknanya sendiri yang tidak dimiliki oleh kata yang lain.Perhatikan satu lagi contoh bagi sinonim. kecil. kacak. Kacak : i. gombang. ayu. dan anggun. Antara kata-kata itu adalah seperti yang berikut : indah. Makna sebenar kata-kata ini. laksemi. Walaupun mempunyai pilihan sebanyak 27 kata sinonim bagi kata cantik. walaupun pada lazimnya kedua-dua kata ini dikelompokkan sebagai kata-kata yang bersinonim. kacak. amat bergantung pada situasi penggunaannya. jombang. sedangkan yang hendak dimaksudkan dalam ayat pertama ialah µPraveena memakai pakaian yang cukup elok dipandang¶. bergaya. sama ada lelaki atau perempuan. menarik. Demikian juga tidak tepat maknanya jika ayat ³Praveena cukup anggun dengan pakaian baharunya´. segak. rupawan. bongkak. Umpamanya. cantik. dan mongel diberikan di bawah : a. Anggun : elok. 6 . kelihatan gagah. gaya) b. pemandangan dan lain-lain sangat elok (bagus. tidak boleh dikatakan bahawa kata anggun bersinonim dengan cantik. bagus. rupa muka . kata-kat ini perlulah digunakan dengan teliti dalam ayat atau ujaran. manakala kacak pada kebiasaannya digunakan untuk lelaki yang dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun. bangunan. Sekadar contoh. kecil molek. Mongel : i. d. tingkah laku. terdapat 27 kata yang dikatakan bersinonim dengan kata cantik.

Selain itu. 7 . dalam ayat. mongel atau kacak. Misalnya. kata cantik tidak boleh disinonimkan dengan kata lain seperti anggun. ³Banyak cantik kerja kamu!´. si penutur tidak bermaksud bahawa kerja orang yang dilawan cakap itu cantik. ada ketika kata cantik digunakan untuk membawa makna yang berlawanan dengan makna yang didukungnya. Jadi. dalam ayat ini. tetapi sebenarnya memberitahu bahawa kerjanya tidak cantik ataupun hodoh.

sebar herdek . jimat cipta .reka condong .maksud hampas . hamun.pad B bahagi .longkang pecat .jasa bangga .cucuk syor ± cadangan T ampal .rebut rancak .saksama akibat .timbalan nilai ± taksir P parit .takjub.ombak girang ± riang H hairan . lucut U usir ± halau W wajah -muka wajar .pemuda jirus .siram. sendat serang .sukar. tengking I nsan . susah S empit . niat hebah .ketawa gelojoh .rata dakap ± peluk F faedah -manfaat faham ± tahu G ganggu .sopan adil .lebih.insaf suntik .malap kacak .agih baki .huruf adab .mahir cerita .lekat tanggal .buang R ramal -teka rampas .helah datar .tegah. kagum hajat .sisa hasrat .ramai basmi .lawat.senget conteng ± coreng D dalih . payah.lena lokek ± kedekut M ewah ± makmur N naib .patut wanita ± perempuan Y yakin ± percaya Z zalim -kejam ziarah . kunjung A abad kurun abdi .sangkut gelak .kisah cermat .serbu sesal . usik gantung .siar.hamba abjad .sudi rendang .tarikh.rimbun rumit .kacau.megah banyak .tujuan.hapus bebas ± lepas C cahaya sinar cegah .giat rela . larang cekap .biasa lelap .tampan kandas .jala jejaka .teliti.marah.lahap gelombang . curah johan ± juara K kabur .tenggelam kekal ± abadi L azim .5.2 Contoh-contoh perkatan yang bersinonim J aring .ketat. sisa bakti .gagal karam .manusia isyarat ± tanda 8 .

tidak ada sinonim yang seratus peratus sama dengan kata yang dikelompokkan dengannya seperti yang dihuraikan di atas. Walaubagaimanapun. Oleh sebab kata mempunyai banyak makna atau pengertian. Pertamanya.Bidang yang dimaksudkan ialah bidang kajian makna.6. manakala makna konotasi tidaklah tetap dan sentiasa berubah-ubah mengikut konteks penggunaan kata itu dan sosiobudaya sesuatu masyarakat. Kini memandangkan makna menjadi amat penting dalam struktur bahasa. Kedua.Makna denotasi ialah makna yang lazimnya ditentukan dalam kebanyakan kamus. kata-kata sinonim tetap memainkan peranan untuk memperkaya sesuatu bahasa kerana membantu penutur dan penulis mengelak daripada me nggunakan perulangan kata yang sama sehingga membosankan pendengar atau pembacanya. iaitu makna denotasi atau makna literal. yang menjadi satu komponen penting dalam nahu.0 PENUTUP Daripada perbincangan diatas. dan sinonim menjadi salah satu perkara yang tidak kurang penting dalam bidang semantik. atau ilmu semantik. sesuatu kata itu lazimnya mempunyai pelbagai makna. Dengan kata lain. dan makna konotasi. dapatlah dibuat beberapa kesimpulan tentang sinonim. 9 . maka penggunaan kata -kata yang sinonim untuk menggantikan kata tersebut haruslah dilakukan dengan berhati-hati supaya kata yang digantikan benar-benar mendukung pengertian yang sama. maka sudah timbul keperluan bagi meneliti dan membicarakan aspek ini. kesamaan maknanya tidaklah bersifat mutlak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful