You are on page 1of 12

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

PKK – minggu 10
Artikel masalah sosial emosi
punca dan cara mengatasi

Siti Nursa`aidah Subri


Norhidayah binti Mohmad
MATEMATIK KUMPULAN 2
PISMP SEM 1
AMBILAN JANUARI 2011
PENGABAIAN KANAK-KANAK
MASALAH
1. Takut berhadapan dengan
orang lain
2. Berkelakuan ganjil
3. Sentiasa mengasingkan diri
4. Gangguan emosi dan personaliti
PUNCA
1. Ibu bapa yang tertekan
2. Ibu bapa mengabaikan kanak-kanak
-tidak menjaga keselamatan
-tidak memberikan makanan yang berkhasiat
-tidak memberikan pendidikan
-tidak memberi rawatan kesihatan
-tempat kediaman yang tidak sempurna.
3. Melakukan penderaan kanak-kanak
4. Tidak dilayan oleh ahli keluarga
5. Pergaulan disekat
6. Ibu bapa kurang didikan agama
CARA MENGATASINYA
1. Kempen anti-penderaan
2. Jabatan kebajikan masyarakat
pantau setiap aduan yang
dikemukakan.
3. Mewujudkan talian NUR
4. Mengetatkan dan melaksanakan
undang-undang.
5. Kelas bimbingan bagi pasangan
yang ingin berumah tangga.
KURANG PERHATIAN
MASALAH
1. Tidak mampu mengawal nafsu
dan emosi
2. Tidak berfikir panjang
3. Perasaan ego
4. Pergaulan bebas
PUNCA
1. Ibu bapa tidak peduli aktiviti anak.
2. Terlalu memberikan kepercayaan.
3. Tidak memberikan kasih sayang.
CARA MENGATASI
4. Ibu bapa perlu beri kasih sayang
walaupun sibuk.
5. Sentiasa pantau pergerakan anak-anak.
6. Berikan pendidikan agama.
Autisme
Masalah
1. Lambat bercakap.
2. Banyak menggunakan bahasa tubuh.
3. Mengelakkan diri daripada
bersemuka dengan orang lain.
4. Tidak suka dipeluk.
5. Tidak suka didekati apabila bermain.
6. Menangis/ marah / ketawa tanpa
sebab
PUNCA
1. Autisme merupakan masalah dalam mental
penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan
dalam perkembangan kognitif mereka.
2. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,&
Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya
menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini
mengalami masalah separa buta akal. Mereka
kurang memahami konsep pemahaman yang
difikirkan oleh orang lain. 
CARA MENGATASI

Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan
pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar
bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.

Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah
pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk
lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.

 Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau
susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam
barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi
yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila
permintaannya tidak dipenuhi.
•Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat
awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu,
mengikut keupayaan kanak-kanak.
• Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu
menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan
ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak
itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun
mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah
kenali konsep masa.
•Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau
‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu
mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak
autisme mendengarnya.
• Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak
autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal,
kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-
kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas
dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

• Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika


selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan
barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak,
kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini
perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah.
Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan
ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.

•  Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja
dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka
membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau
buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
• Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan.
Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin
ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan
pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata
dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu
bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.

•  Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan


mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan
baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai


pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah
kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,”
katanya.

You might also like