You are on page 1of 53

Pengajian Melayu PM 2311

Perisytiharan integriti

Kami dengan ini menyatakan bahawa tugas kami adalah karya asli daripada kerja yang dibuat
oleh diri kami sendiri dan kami tidak menyalin atau mempalagiat mana-mana daripada bahagian
kertas yang kami hantar ini.

1) Dengan ini kami mengakui bahawa: Amir Han Bin Latuwo.


2) Telah mengakui semua kerja-kerja dan idea dalam penyelidikan kami diambil dari
sumber yang dicetak dan ditebitkan secara elektronik.
3) Tidak menyalin atau meniru hasil kerja pelajar-pelajar lain.
4) Tidak membenarkan pelajar lain meniru hasil kerja kami.
5) Mengikut pandangan atau nota yang ditulis daripada penulis itu sendiri.

Oleh sebab itu,kami memahami bahawa jika ada diatas yang didapati tidak benar,universiti
terbuka Malaysia mempunyai hak dengan sepenuhnya untuk mengambil tindakan disiplin
berdasarkan ‘Buku Panduan Pelajar’.

Nama: Amirhan Bin Latuwo

No. kad pengenalan: 920514-12-6113

No. matrik: 0610/1808

1.1 Penghargaan
1
Pengajian Melayu PM 2311

Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah
kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus bahasa Melayu ini. sekalung
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Rosilawati Binti Ahmad
@ Abdullah, Encik Hasan Bin Haris, dan Encik Hamdan Bin Yaakub selaku pensyarah
pembimbing saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara
saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu ini. Dengan tunjuk ajar beliau
bertiga dapatlah mempermudahkan kerja saya dalam memahami segala perkara yang perlu
dilakukan. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin kami
akan dapat menghasilkan satu hasil kertas kerja yang baik.

Penghargaan khusus dirakamkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan
segala kerja pembelajaran dengan baik. Terima kasih atas segala bantuan seperti bantuan
kewangan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat mebantu dalam
melaksnakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang
banyak membantu dalam memudahkan penghasilan kerja ini. Segala tunjuk ajar rakan dan
bantuan sangat mebantu dalam pelaksanaan tugasan.

Akhir sekali, dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
semua pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam membantu
saya menyiapkan tugasan ini.

1.2 Pengenalan

2
Pengajian Melayu PM 2311

Tugasan kerja kursus kali ini meminta kami untuk memahami dengan lebih mendalam
berkaitan aspek morfologi, sintaksis dan kebudayaan Melayu. Pelajar perlu memahami setiap
aspek agar dapat menganalisis petikan daripada sebuah majalah dengan baik dan teliti. Secara
amnya, tugasan ini akan dapat membantu pelajar untuk lebih memahami konsep serta
mengingatinya setelah dapat mengaplikasikannya dalam proses penganalisaan petikan.

Morfologi ialah bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan dan cara-cara
pembentukannya. Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan iaitu, kemungkinan adanya
perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Sintaksis pula
ialah satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk.
Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa. Seterusnya kebudayaan Melayu boleh ditakrifkan sebagai cara hidup
kumpulan manusia atau masyarakat orang Melayu. Dalam konteks sosiologi, budaya Melayu
merupakan cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama kalangan orang Melayu.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita, maka dengan tugasan seperti ini
dapatlah kita mengetahui dengan lebih mendalam keindahan bahasa dan bangsa kita sendiri.

2.0 Morfologi

3
Pengajian Melayu PM 2311

2.1 Definisi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata
dalam bahasa Melayu.

Menurut tatabahasa dewan, morfologi ialah Bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata,
bentuk kata dan penggolongan kata (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008)

Menurut pula Abdullah Hassan (2006), morfologi merupakan bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan.

struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi
unit bahasa yang bermakna. Contoh: aku dan perakuan

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat
empat bentuk kata dalam bahasa Melayu iaitu Kata tunggal, Kata terbitan, Kata majmuk, dan
Kata ganda

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk


dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan.Sekiranya kata tidak
bolehdipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri
daripada satu unit atau satu morfem. perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

 Morfem terbahagi kepada dua jenis.

 
Bebas
 
Morfem
 

  Terikat

Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan

4
Pengajian Melayu PM 2311

 Dapat berdiri sendiri,  Bentuk imbuhan, misalnya, mem,


misalnya,minum, cuti, sekolah, per, kan, ber
periksa  Tidak mempunyai makna, tapi
 mempunyai makna sendiri mempunyai fungsi tatabahasa atau
nahu. Boleh mengubah makna
sesuatu kata, dan seterusnya makna
ayat.

proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut
peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembetukan perkataan
melibatkan pengimbuhan.

2.2 Bentuk kata

5
Pengajian Melayu PM 2311

2.2.1 Kata tunggal

Kata tunggal : Bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang
tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Merujuk kepada perkataan-
perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Terbahagi kepada dua jenis :

Kata tunggal yang


Kata tugas : Unit yang tidak
merupakan unit yang bebas
dapat berdiri sendiri dan
dan dapat berdiri sendiri
memerlukan satu unit bebas
sebagai satu sukukata

2.2.1.1 Persukuan kata tunggal

Kata tunggal boleh terdiri daripada 1,2,3,4,5 dan 6 suku kata.

 Boleh terdiri daripada :


o Satu vokal sahaja
o Satu vokal yang disertai satu konsonan
o Satu vokal dengan beberapa konsonan

Konsonan boleh hadir di hadapan, belakang atau serentak di hadapan dan di belakang.. Ada
konsonan yang boleh hadir bergugus.

Kata tunggal satu suku kata

6
Pengajian Melayu PM 2311

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad, iaitu kira-
kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutama bahasa
Arab dan bahasa Inggeris. Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu
adalah seperti berikut:-

Suku kata Contoh

KV ru, ya, yu

VK am

KVK sen, bah, tin, lap, roh, dan.

KKVK stor, pruf, dril, gred, skel, brek, krim, trak, draf, dram, skor, skop.

KVKK teks, bank, volt, harp, kord, seks, zink, golf

KKKV Skru

KKVK skrip, straw, strok, skrin.

Kata tunggal dua suku kata

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku
kata. Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut :

Suku kata Contoh

V + KV aku , apa ,itu , ubi .

V + VK air, aur, ais.

V + KVK adik, emas, ubat, ikan, izin, ulat, ekor.

VK + KV undi, erti, inti, unta, asli, abdi.

VK + KVK ambil, umpan, empat, indah, embun, ombak, iblis.

7
Pengajian Melayu PM 2311

KV + V Dua, doa, tua, dia, bau

KV + VK Jauh, buah, kuil, diam, buih, kuih, liar.

KV + KV Jala, pasu, buku, guru, kita, saya, rata.

KV + KVK Kapal, telur, sikat, hiris, pukul, jarum, bakul, mulut.

KVK + KV lampu, janji, sendi, pintu, tentu, jumpa, jambu.

KVK + KVK Jemput, sandar, bantal, pintal, bandar.

 Kata tunggal tiga suku kata Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak sedikit.
Perkataan-perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Antara
pola-polanya ialah :-

Suku kata Contoh


KV + V + KV cuaca, biasa, biola
KV + V + KVK siuman, tualang
V + KV + V usia, idea, urea
KV + KV + V mulia, barua
KVK + KV + V tempua, mentua
KV + KV + VK sekian, haluan, seluar
KVK + KV + VK mendiang, tempias
V + KV + KV utara, ilahi, asasi

V + KV + KVK ijazah, amaran


VK + KV + KV indera, isteri, umpama
KV + KV + KV delima, budaya, teruna
KVK + KV + KV menteri, penjuru
VK + KV + VK ilmiah, ikhtiar
V + KV + VK elaun, akaun, ideal
KV + KV + KVK belukar, binatang, selaput
KVK + KV + KVK matlamat, sembilan
KV + KVK+ KV belanja, terumbu, royalti
KVK + KVK+ KV sempurna

8
Pengajian Melayu PM 2311

KV + KVK+ KVK belimbing, selumbar, kelompok


 Kata tunggal empat suku kata dan lebih

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata ataupun
lebih , Kebanyakannya merupakan kata pinjaman

Suku kata Contoh


KV + KV + VK + KV keluarga, biduanda
KV + KVK + KV + KV sederhana, belantara
KVK + KV + KV + KV laksamana, sandiwara
KVK + KV + V + KV sentiasa
KV + KV + KV + KV bidadari, serigala, sanubari
KV + KV + KV + KVK salasilah, perajurit
KVK + KV + KV + KVK sentimeter
KVK + KVK + KV + KV singgahsana, dispensari
KV + KV + V + KVK mesyuarat, nasional
V + KV + KVK + KV + KV universiti
KVK + KV + KV + KV + KVK cenderawasih, kosmopolitan
KV + KV + KV + KV + KV + KV maharajalela

2.2.2 Kata terbitan

Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhanPengimbuhan bermaksud


menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan merupakan morfem terikat manakala kata
dasar adalah morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.terdapat 4 jenis imbuhan :-

Awalan Akhiran Apitan Sisipan


Hadir pada awal hadir pada akhir kata hadir pada awal dan Hadir di celahan kata
kata dasar. dasar. akhir kata dasar. dasar.
Awalan Kata Nama Akhiran Kata Nama Apitan Kata Nama Sisipan Kata Nama

Contoh : Contoh : pakaian, Contoh : persalinan, Contoh : kelabut,


mahasiswa, prakata sosialisme kedukaan keruping

9
Pengajian Melayu PM 2311

Awalan Kata Kerja Akhiran Kata Kerja Apitan Kata Kerja Sisipan Kata Kerja

Contoh : Contoh : turuti, Contoh : menakutkan, Contoh : gerodak,


memperhamba, besarkan memvariasikan semerbak
diperoleh
Awalan Kata Apitan Kata Adjektif Sisipan Kata Adjektif
Adjektif
Contoh : teruncing, Contoh : berlanjutan, Contoh : jelajah,
secantik kehausan gelegak

2.2.3 kata majmuk

Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan perkataan yang
terhasil membawa makna tertentu. Bertindak sebagai satu unit dan biasanya dieja terpisah. Kata
majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :
 Rangkai kata bebas

cita rasa jalan raya

janji temu meja tulis

alat tulis terima kasih

menteri besar ketua menteri

 Istilah khusus

reka bentuk reka cipta

10
Pengajian Melayu PM 2311

uji kaji atur cara

kertas kerja kaji selidik

mata pelajaran urus niaga

 Simpulan bahasa atau kiasan

Buah hati bulan madu

Duit kopi kaki judi

Pilih kasih hati batu

Kata majmuk mantap

Terdapat kata majmuk yang penggunaannya sudah mantap sebagai perkataan yang utuh
walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Dieja sebagai satu perkataan.

penggandaan kata majmuk

hanya melibatkan pengandaan unsur pertama sahaja. Manakala apabila unsur itu telah mantap,
seluruh unsur perlu digandakan

Kata majmuk mantap penggandaan kata majmuk


 antarabangsa  mata-mata pelajaran
 setiausaha  perdana-perdana menteri
 bumiputera  pegawai-pegawai tadbir
 jawatankuasa  pesuruhjaya-pesuruhjaya
 kakitangan  kakitangan-kakitangan
 matahari  setiausaha-setiausaha

2.2.4 kata ganda

Bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada
kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu, dan dengan imbuhan
atau tanpa imbuhan. Kata ganda terbahagi kepada tiga iaitu :-

Pengandaan penuh.

Ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Contoh :-

11
Pengajian Melayu PM 2311

Cepat – cepat

Kanak – kanak

Pengandaan separa

Terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri
daripada :

 Kata ganda yang berasal daripada kata tunggal yang pengulangannya berlaku pada suku
kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata dalam suku kata tersebut
kepada vokal e pepet.

Contohnya : lelaki, sesiku

 Kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi penggandaan hanya berlaku
pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Hanya berlaku pada kata kerja dan
kata adjektif sahaja.

Contohnya : berlari-lari (belakang kata dasar), cinta-mencintai (hadapan kata dasar)

Pengandaan berentak

menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu:- pengulangan vokal, pengulangan
konsonan dan bebas.

Jenis Penggandaan berentak contoh

 penggandaan berentak pengulangan kuih-muih


vokal
selok-belok

lauk-pauk

12
Pengajian Melayu PM 2311

gotong-royong

 penggandaan berentak pengulangan gunung-ganang


konsonan
bukit-bukau

mandi-manda

batu-batan

 penggandaan berentak bebas anak-pinak

saudara-mara

lintang-pukang

titik-bengik

13
Pengajian Melayu PM 2311

2.3 penggolongan kata


2.3.1 Kata nama
Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam struktur-
struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

Kata nama khas

Kata nama khas diberi kepada orang, binatang, tempat, atau benda. Nama khas ditulis
huruf awalnya dengan huruf besar. Contoh:- Ahmad, Sang kancil, dan Tawau.

Kata nama am

Kata nama am adalah nama umum yang diberikan bagi menyebut segala benda, perkara,
proses, kejadian, keadaan, dan konsep yang abstrak. Contoh :- polis, kambing, dan rumah.

Subgolongan ciri jenis contoh


Nama khas Hidup Manusia Ali, Fatimah, Tun
Abdul Razak, Hang
 bernyawa Jebat, Aziz Osman
Bukan manusia Bujang senang, Si
Tompok, Pak
Belang
Tak hidup   Gunung Kinabalu,

 Tidak Gua Musang, Sabak


bernyawa Bernam, Proton
Saga, Waja, Wira.
Nama am Konkrit   Kepala, meja,
pelajar, ketua, kapal
 Dapat terbang

14
Pengajian Melayu PM 2311

dilihat,
dirasa,
disentuh, dan
didengar

 
Abstrak   Harapan, kemahuan,
kecuaian,keberanian,
 mujarad kesenangan, dengki.

Kata ganti nama

Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis iaitu :

 kata ganti nama orang


Kata ganti nama orang adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti nama orang
seperti saya, dia, mereka, kami, awak, dan lain-lain.
Orang pertama Saya, beta, aku, patik, kami, kita
Orang kedua Awak, kamu, engkau anda, saudara, saudari,
tuan hamba.

Orang ketiga Ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

 kata ganti nama pertanyaan


Kata ganti nama pertanyaan adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti perkataan nama
dalam ayat tanya seperti apa, siapa, dan mana.

 kata ganti nama umum


Kata ganti nama umum adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti nama umum yang
tidak tentu seperti apa (bagi benda atau barang), siapa (bagi orang), mana (bagi keupayaan
atau perolehan), bila (bagi masa), bagaimana (bagi hal atau cara).

15
Pengajian Melayu PM 2311

 kata ganti nama penunjuk


Kata ganti nama penunjuk adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti nama
benda yang ditunjuk atau yang dirujukkan itu. Kata ganti nama penunjuk dalam bahasa
Melayu ialah perkataan itu dan ini.

 kata ganti nama hubungan


Kata ganti nama hubungan adalah perkataan yang menggantikan perkataan nama dalam
rangkaikata atau ayat. Kata ganti nama dalam bahasa Melayu ialah yang.

2.3.2 Kata kerja


Kata kerja ialah kata yang menyatakan perbuatan atau pelakuan tentang sesuatu atau terhadap
sesuatu. Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis, iaitu :
Kata kerja transitif aktif
Kata kerja transitif pasif
Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap

Kata kerja transitif aktif

Kata kerja transitif aktif adalah kata kerja yang berhubung langsung dengan unsur objek
atau penyambut (frasa yang bergaris) dalam predikat frasa kerja. Kata kerja ini dinamakan kata
kerja transitif aktif. Contoh:-

 Dia membaca buku cerita itu


 Mereka membersihkan bilik darjah

Kata kerja transitif pasif

Perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Contoh:-

 Buku cerita itu dibaca oleh dia.

16
Pengajian Melayu PM 2311

 Bilik darjah dibersihkan oleh mereka.

Kata kerja tak transitif


Kata kerja tak transitif tidak mengunakan sebarang objek atau penyambut selepas kata kerja
tersebut. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu:-
1. Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap yang berupa sama ada kata nama, kata adjektif atau kata
sendi nama bagi melengkapkan frasa tersebut. Contoh :-
 Mereka akan melawat ke Johor.
 Dia memarahi Abu.
 Orang menangani masalah dengan sabar
2. Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap
Ia boleh diri sendiri sebagai sebagai predikat atau sebagai unsur inti dalam frasa kerja. Kata kerja
ini boleh juga diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk menberi maklumat tambahan.
Contoh:-
 Dia ingin melanjutkan pelajarannya.
 Budak itu menangis.

2.3.3 Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata
nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat
sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh dan sangat. Kata
adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis Contoh
Sifat Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas,
kejap, secantik, terkuat
warna Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar,
sebesar, terpanjang, ternipis

17
Pengajian Melayu PM 2311

bentuk Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.


waktu Lama, lambat, lewat, segera, suntuk,
lampau, lalu, silam.
jarak Dekat, hampir, jauh
cara Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap,
lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas,
payau
-          rasa
Buruk, hodoh, jelita, cantik
-          pandang
Bising, senyap
-          dengar
Busuk, wangi, hangit, hapak
-          bau
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
-          sentuh
Adjektif perasaan Takut, seram, benci, rindu, marah, senang,
gembira.

Darjah Penghabisan

Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dinyatakan dengan menggunakan cara-cara


berikut:

1) se + kata adjektif + gandaan + kata nama


2) yang + ter- + kata adjektif
3) paling + kata adjektif
4) kata adjektif + sekali
5) yang + ter + amat atau sangat
6) amat atau sungguh atau sangat + adjektif + sekali

2.3.4 Kata Tugas

18
Pengajian Melayu PM 2311

Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.

Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok iaitu :

kata penyambung ayat


kata praklausa
kata prafrasa

Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis
iaitu ayat majmuk.

Berikut diberikan beberapa contoh:

dan, atau, lalu, tetapi, serta, malahan, sambil, kemudian, kerana, sekiranya, kalau, hingga,
sementara, ketika, walaupun, agar, semoga, andai kata, setelah, jikalau, sungguhpun, supaya,
semasa, sewaktu.

Kata Praklausa

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang
terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Tugas
perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengayaan atau sebagai
penerang pangkal kepada klausa. contoh:-

Kata praklausa Contoh


 Kata Seru aduh, cis, wah, aduhai, amboi, oh, eh, wahai.
 Kata Tanya berapa, bila, bagaimana, apa, siapa, mana.
 Kata Perintah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap.
 Kata Pembenar ya, benar, betul.
 Kata Pangkal Ayat maka, adapun, alkisah, arakian, hatta.

Kata Prafrasa

19
Pengajian Melayu PM 2311

Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja atau
frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan,
memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Contoh :-

telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum, mahu, hendak, harus, mesti, boleh, dapat,
terlalu, paling, agak, sekali, amat, sangat, sungguh, kah, tah, lah, juga, pun, sahaja, bukan, tidak,
ialah, adalah.

2.4 Akronim

Akronim merupakan kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf pertama atau
suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Mengikut Tatabahasa
Dewan, kata akronim juga tergolong sebagai kata tunggal.akronim juga terbahagi kepada empat
jenis, iaitu:-

20
Pengajian Melayu PM 2311

Kata akronim cantuman huruf awal perkataan.

KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia


IPGM – Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kata akronimcantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan.

Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara


Proton – Perusahaan Otomobil Nasional

Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

Tadika – Taman Didikan Kanak-kanak.


Pawagam – Panggung Wayang Gambar.

Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam
perkataan yang mengikutinya.

Debunga – debu bunga


Purata – pukul rata

2.4 Analisis Morfologi dalam cerpen


Bentuk kata

Kata tunggal

Kata tunggal satu suku kata

Suku kata Contoh perkataan

21
Pengajian Melayu PM 2311

KVK Teh cop pun kes hal yang sah

KV Ya ke

Kata tunggal dua suku kata

Suku kata Contoh perkataan


KV + KVK Hitam malam
KV + KV Baju hati
V + KVK Urat
KVK + KVK Pantas lembut
KVK + KV Tinggi
KV + VK Paip siang
VK + KVK Indah
V + VK Air
V + KV Aku itu
KV + V Bau

Kata tunggal tiga suku kata

Suku kata Contoh perkataan


KV + KV + VK Jemaah meriah
KV + KV + KV Wanita kepala
KV + KV + KVK Sarapan, sedekah ,sabotaj
KV + V + KV Suara
KVK + KV + KVK Tenggorok wartawan
V + KV + KVK Alasan
KVK + KV + KV Jendela gergasi
KV + KV + V Dunia
VK + KV +KV Istana

Kata tunggal empat suku kata dan lebih

Suku kata Contoh perkataan


KVK + KV + V + KV Sentiasa
V + KV + KVK + KV + KV Universiti
KV + KVK + KV + KV Peristiwa demokrasi sayembara
KV + KV + KV + KV Fenomena

22
Pengajian Melayu PM 2311

KVK + KV + KV + KVK Tandatangan


KV + KV + V +KVK Mesyuarat
KV + KV + KV + KVK Panasaran

Kata terbitan

Kata terbitan awalan

Awalan kata nama Awalan kata kerja Awalan kata adjektif


Perlahan Berjubah Sebesar
Peniaga Dipakai Teratur
Pemeluk Berjalan Sejengkal
Pengiring Memanggil-manggil Terkejut
Peminta Mendengar Sepotong
Penguatkuasa Melekat Tersorok
Pembesar Bertindak Seorang
Pengawal Berharga Sebulan
Pendeta Membaham Sehari
Penyunting Menelan Terzahir
Penakut Merenung Secangkir
Pelapor Menghirup Sekujur
Pentadbir Didandan Terpalit
Pensyarah Dipandang Terhimpit
Pengarang Bertukar Sekeping

Kata terbitan akhiran

Akhiran kata nama Akhiran kata kerja


Bahagian Suapkan
Kawalan Koyakkan
Alasan Kepungan
Belaian Belaian
Pakaian
Huluran
Longgokan
Bangunan
Barisan
Santapan
Rantingan
Ratapan
Bebanan
Luaran
Pilihan

23
Pengajian Melayu PM 2311

Kata terbitan apitan

Apitan kata nama Apitan kata kerja Apitan kata adjektif


Pemandangan Berkicauan Kemanisan
Kekeruhan Dijernihkan Keindahan
Kekacauan Melunjurkan Kesempitan
Pertanyaan Menghiraukan
Kelihatan Mengarahkan
Dilepaskan
Merapati
Berhampiran

Kata majmuk

Kata majmuk Wajah alam, sekujur tubuh, murung durja


Tas tangan, haba panas, pilihan raya
Pihak atasan ,pembesar suara,
Rutin harian ,tengah hari ,ketua sindiket
Sebatang kara, tandas awam
Peminta sedekah ,tengah malam
Pembesar negara ,pengawal keselamatan

Kata ganda

Kata ganda penuh Indah-indah .akhir-akhir. marah-marah ayat-


ayat. tanda-tanda. demam-demam sihat-sihat

Kata ganda separa Pepohon .beberapa. meminta-minta

24
Pengajian Melayu PM 2311

Kata ganda berentak Haru-biru. gerak geri

Pengolongan kata

Kata nama

Kata nama am Kata nama khas Kata ganti nama


Borang Kamarul arifin Berapa
Kawan PTPTN Kau
Duit Bahtera merah Aku
Jubah TNC Kami
Ayah Hal ehwal pelajar Mereka
Bonda Lentera jingga Ini
Dekan fakulti Dr zain Itu
Kepala Dr latifah Dia
Tandatangan Sitma
Pihak Masjid nabawi
Demokrasi Negro
Kampus Siti marriyam
Wanita Afrika
Penguatkuasa Hurairah
Lokap Nabi besar
Jemaah PRK
Rumah
Kucing

Kata kerja

Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif


Aku baru dapat dua riyal sedekah daripada Malam membaham siang
jemaah berpakaian serba putih semasa aku
menadah tangan di sampingnya sebelum dia
melangkah masuk ke babul uthman ibni affan
tadi
Tangan hitam yang kulitnya berkedut seribu itu Beburung berkicauan di atas rantingan
memegang sebuku roti kosong dan dingin pepohon
Siti mariyyam mengambil air zamzam dari Mata tidak lagi merenung keindahan dunia
paip yang disediakan di luar bangunan masjid
"mama, lihat di sana. Ada orang berpakaian Dia melunjurkan kaki, berehat seketika,

25
Pengajian Melayu PM 2311

dari sutera mahal, telekungnya penuh sulaman meregangkan tubuhnya yang tegang
Semua pilihan raya kampus dijalankan hampir
cantik, mengerlap dengan perada bersepuh
serentak
perak membawa tas tangan keemasan
Suatu ketika dulu kami pernah digelar gergasi
lentera jingga
Dia membaca seluruh isi rencana pengarang
yang aku tulis
Dia bertindak seperti ibu memastikan sitma
mendapat makanan setiap kali tiba waktu
makan
Wanita sebatang kara itu mencium pipi sitma
kanan kiri
Sitma menyorok di sebalik tiang sebesar dua
pemeluk lelaki dewasa

Kata adjektif

Hitam ,lusuh, tebal, pesek, halus, galak


Kata adjektif kemerahan, segar ,hanyir, tinggi ,besar lembut,
perlahan, nyaring, kasih, saying manis, ketat
,bersih ,indah, resah ,pudar sugul ,kesal.

Kata tugas

Kata penyambung ayat Yang walau untuk lalu dan atau

Kata praklausa Apakah ya jangan bagaimana berapa

Kata prafrasa Oleh pernah di seluruh pada pun ke boleh


Seribu tidak setiap akan dari bawah atas
Beberapa

26
Pengajian Melayu PM 2311

Akronim

PRK Pilihan raya kampus


HEP Hal ehwal pelajar
MPP Majlis perwakilan pelajar
PTPTN Perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional
LenJa Lentera jingga

3.0 Sintaksis
3.1 Definisi
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang
bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara
penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat
melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

3.2.1 Frasa

Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu

27
Pengajian Melayu PM 2311

patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih. Frasa
digunakan bagi membina ayat. Frasa mempunyai inti dan penerang tetapi tidak mempunyai
subjek dan predikat seperti klausa..

3.2.2 Binaan Frasa


Binaan frasa terdiri daripada empat frasa iaitu:-
 Frasa nama
 Frasa kerja
 Frasa adjektif
 Frasa sendi nama

3.2.3 Frasa nama


Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan
boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:

Inti + Penerang
i. Inti + Penerang Nama
Contoh: askar Melayu, budak perempuan, gelang kaki, bilik

mesyuarat

ii. Inti + Penerang Bukan Nama


Contoh: seekor burung, kasut baharu, rumah di kampung

Inti + Inti
Contoh: datuk nenek, kampung halaman, pinggan mangkuk,

teruna dara

3.2.4 Frasa Kerja

Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan
tak transitif (tanpa objek).

 Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama).
 Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua).

28
Pengajian Melayu PM 2311

Frasa kerja Tanpa Objek


i. Frasa kerja tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan) .Contoh:-
Datuk sedang mandi (di sungai itu)

Emak sudah pergi (ke pasar)

ii. Frasa kerja tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan) Contoh:-
Ali berada di dalam rumahnya

Sarimah menjadi penyanyi

Frasa kerja Dengan Objek


i. Frasa kerja dengan satu objek .Contoh:-
Saya menjawab surat itu

Penumpang itu menaiki feri

ii. Frasa kerja dengan dua objek .Contoh:-


Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya

Kakak memasak makanan untuk kami.

3.2.5 Frasa Adjektif

Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai:

Frasa Adjektif sebagai predikat .Contoh:-

Suara penyanyi itu merdu

Warna bajunya kemerah-merahan

Frasa adjektif sebagai unsur keterangan (KK) .Contoh:-


Mereka pulang segera

Kereta bergerak terlalu laju

29
Pengajian Melayu PM 2311

Frasa adjektif sebagai penerang KN dalam predikat .Contoh:-


Nasi lemak masakan popular

Usman Awanag Pensyair Agung

Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:

i. Penguat Hadapan: paling, terlalu. Contoh:-


Suasana di stesen bas itu terlalu bising

ii. Penguat Belakang: sekali, benar, nian .Contoh:-


Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali

iii. Penguat Bebas: amat, sungguh .Contoh:-


Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani sungguh

3.2.6 Frasa Sendi Nama

Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti Frasa nama Antara binaan
Frasa Sendi nama:

I. Sendi Nama + Frasa Nama


Contoh: ke sekolah rendah

daripada kayu jati

II. Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama


Contoh: ke luar jendela

dari dalam hatinya

III. Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara

30
Pengajian Melayu PM 2311

IV. Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam

ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan

Tugas Frasa
Subjek
ialah frasa yang terletak dihadapan predikat dalam susunan ayat biasa.bahagian subjek diisi oleh
frasa nama. Subjek boleh terdiri dari unsur-unsur berikut:-
kata nama
kata nama yang menduduki subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas atau
kata nama terbitan. Contoh:-

Subjek predikat
Kambing Itu berada dikandang.
Encik hassan Berkerja sebagai pensyarah.
Kebaikannya Membuatkan ramai menghormatinya.

Kata ganti nama


Kata ganti nama diri dan tunjuk juga voleh menjadi unsur subjek. contoh:-
Subjek predikat
Kami Akan pergi dari sini.
itu Rumah yang cantik

Kata kerja yang berfungsi kata nama


Kata kerja yang mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek.contoh:-
subjek predikat
bersenam Menyihatkan badan
Menonton televisyen Dapat menhiburkan hati

Kata adjektif
Kata adjektif yang mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek.contoh:-
subjek Predikat
periang Sungguh orang itu.
Sopan santun Amat penting dalam hidup.

Predikat

31
Pengajian Melayu PM 2311

Frasa yang hadir selepas subjek dalam susunan ayat biasa.


predikat Frasa nama
Terdiri daripada kata nama am,kata nam khas atau kata nama terbitan.
subjek predikat
kakaknya Seorang guru
Ceritanya itu Dongengan belaka

predikat Frasa kerja


Terdiri daripada kata kerja tak transitif,kata kerja transitif atau kata kerja terbitan.
Subjek Predikat
Budak itu Tertidur
Semua pekerja Memperdalam tasik itu.

predikat Frasa adjektif


terdiri daripada kata adjektif asal atau kata adjektif ganda.
Subjek Predikat
Budak perempuan itu Gemuk.
Semua barang kemas itu cantik-cantik.

predikat Frasa sendi nama


terdiri dari pada kata sendi nama yang di ikuti frasa nama.
Subjek Predikat
Dia ingin Ke bandar.
Hadiah ini Untuk ibu kesayangan

Objek
Objek ialah bentuk kata nama atau senderetan kata nama yang menjadi penyambut kepada kata
kerja transitif. Objek terdiri daripada kata nama am, kata nama kahas atau kata ganti nama.
Terdapat dua jenis objek:-

Objek tepat
Bentuk kata nama yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja.
 Pelajar itu menyusun buku di rak.
 Ali bermain bola di padang.

32
Pengajian Melayu PM 2311

Objek sipi
Bentuk kata nama yang menjadi penyambut tidak langsung kepada kata kerja.
 Ibu menbuatkan adik semangkuk sup.
 Dia menghadiahi adiknya sebuah buku.

Unsur keterangan
Unsur ini lazimnya terdapat dalam frasa kerja. Unsur ini bertugas untuk menerangkan kata kerja
dengan lebih lanjut. Ia hadir selepas kata kerja tak transitif atau selepas objek bagi kata kerja
transitif.unsur ini terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

subjek Frasa kerja keterangan


Kata kerja Objek
Pelajar itu mencari buku Di blik darjah.
Mereka Bermain Bola Ketika hujan.
Seorang budak jatuh - Di tepi parit.

Unsur keterangan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan maknanya:-

Jenis keterangan Makna contoh

Keterangan tempat atau arah Menerangkan lokasi atau arah Di, dari, ke , kepada, pada,
sesuatu peristiwa atau perkara daripada.
menggunakan kata sendi nama.
Keterangan waktu Menerangkan waktu berlaku Pada, dalam , sejak, dan
peristiwa atau kejadian hingga.
menggunakan kata sendi nama.
Keterangan tujuan atau Menerangkan maksud sesuatu Demi, untuk, dan bagi.
harapan perbuatan atau kejadian
menggunakan kata sendi nama.
Keterangan cara Menerangkan cara perbuatan Dengan
berlaku iaitu yang terdiri
daripada kata adjektif atau
kata sendi nama.
Keterangan alat Menerangkan alat atau Dengan
perkakasan yang digunakan
bagi melakukan sesuatu
menggunakan kata sendi nama.
Keterangan penyertaan Menerangkan maksud ikut Dengan
serta atau turut bersama-sama
dengan menggunakan kata

33
Pengajian Melayu PM 2311

sendi nama.
Keterangan hal Menerangkan Hal atau keadaan Tentang, mengenai, dan
menggunakan kata sendi nama. terhadap.
Keterangan bagai Menerangkan persamaan atau Seperti, bagai , sebagai dan
ciri keserupaan menggunakan bak.
kata sendi nama

Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. Frasa tidak mungkin
menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa
mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat. Sebagai unsur
ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas.

Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri
sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:

Klausa Ayat
Subjek Predikat Subjek Predikat
budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio
ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali. Ayat dimulai dengan huruf besar dan
diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas

 Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek
dan predikat.

Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun,
apabila, tatkala dan sebagainya.

34
Pengajian Melayu PM 2311

Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas
ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.


Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.

Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa
tak bebas.

Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa
Melayu.

Ayat

Definisi ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan
beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri
dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986)

Binaan ayat

Pola Ayat Dasar

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama

Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja

35
Pengajian Melayu PM 2311

Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif

Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu
konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Contoh :

Ibu Fatimah doktor.

Mereka membaca majalah itu.

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara- cara tertentu sehingga menjadikannya ayat
baharu. Ayat Majmuk terbahagi kepada empat:-

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu
dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti
dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya.

Contoh:- Ayat Majmuk Gabungan Berurutan

i) Beliau memandang saya sambil tersenyum.

ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.

Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan

i) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.

36
Pengajian Melayu PM 2311

ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil
lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

Ayat Majmuk Pancangan Relatif

i) Saya membeli baju yang berwarna hitam.

ii) Mereka menonton wayang yang amat lucu.

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

i) Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi.

ii) Murid itu pulang untuk membaca buku.

Contoh:- Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

i) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.

ii) Anak itu menangis kerana ia lapar.

Ayat Majmuk Campuran


Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-
bagai jenis ayat majmuk.

Ayat Majmuk Campuran

i) Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama
tidur.
ii) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu penting dan mereka
menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan-
peraturan itu mesti dipatuhi.

37
Pengajian Melayu PM 2311

Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Pasif Gabungan

i) Aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi.

Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

ii) Aktif : Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.

Pasif : Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

Ayat Majmuk Pasif Relatif

i) Aktif : Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.

Pasif : Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.

ii) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

Pasif : Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.

Ayat Majmuk Pasif Komplemen

i) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.

Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.

ii) Aktif : Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di India.

Pasif : Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh akhbar itu.

Ayat Majmuk Pasif Keterangan

i) Aktif : Abu akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.

Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ayah membenarkannya.

ii) Aktif : Sungguhpun badannya letih Ahmad tetap menghadiri majlis perayaan itu.

Pasif : Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Ahmad.

Jenis Ayat

38
Pengajian Melayu PM 2311

Ayat Penyata

Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. contoh:-


 Mereka berkumpul di padang sekolah.
 Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu

Ayat Tanya

Untuk bertanya atau menyoal. Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:-
Ayat tanya tanpa kata Tanya .contoh:

 Dia ke kedai lagi?


 Dr. Mahathir ke White House?

Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama .contoh:-

 Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel)


 Saudari tinggal di mana?

Ayat Perintah

Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orang kedua. Umumnya tindak balas dapat
diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan. Untuk tujuan suruhan, larangan,
silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila,
jemput, minta, tolong dan sebagainya.

Ayat Silaan
Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini
menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila. contoh:-
 Sila jawap surat ini sekarang
 Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)

39
Pengajian Melayu PM 2311

Ayat Permintaan

Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan
minta. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.

Ragam ayat

Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif.

Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa
nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

Contoh :

Ahmad membaca buku. (aktif transitif)

Dia menangis sepanjang hari. (aktif tak transitif)

Ayat pasif

Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:-

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan
ter-.

Contoh :

40
Pengajian Melayu PM 2311

Buku itu belum diambil oleh Fauzi kelmarin.

Televisyen itu dibeli oleh ibu malam tadi.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar
disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan
pasif di-.

Contoh :

Rumah itu sudah saya catkan semalam.

Hutang itu belum kamu jelaskan sepenuhnya.

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima awalan. Frasa nama objek boleh juga digugurkan.

Contoh :

Kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa.

Aminah kena tipu oleh penjual jualan langsung.

41
Pengajian Melayu PM 2311

Analisis Ayat dalam cerpen


Ayat 1
beburung berkicauan di atas rantingan pepohon.

Subjek predikat
FN FK
KN KK pelengkap KSN
Beburung berkicauan KSN KAr FN
di atas rantingan pepohon
Ayat 2
Rumah lapang itu terasa sempit.

42
Pengajian Melayu PM 2311

Subjek predikat
FN FK
KN KA KPen KK pelengkap KA
Rumah lapang itu terasa sempit

Ayat 3
Akalnya keras memikirkan sesuatu.

Subjek predikat
FN FK
KN KA KK keterangan
Akalnya keras memikirkan sesuatu

Ayat 4
sitma melompat ke atas ribaan siti mariyam.

Subjek predikat
FN FK
KN KK pelengkap FSN
Sitma melompat KSN KAr FN
Ke atas ribaan siti mariyam
Ayat 5
Sitma tidak suka menipu.

43
Pengajian Melayu PM 2311

Subjek predikat
FN FK
KN KNafi KA KK
Sitma tidak suka menipu

Ayat 6
Air itu dingin dan manis.

Subjek predikat
FN FA
KN KPen KA KHbg KA
Air itu dingin dan manis

Ayat 7
Abang yakin kamu semua berani.

Subjek predikat
FN FA
KN KA KN KBilangan KA
Abang yakin kamu semua berani
Ayat 8
Alat penghawa dingin seperti tidak berfungsi

44
Pengajian Melayu PM 2311

Subjek predikat
FN FA
KN KK KA KSN KNafi KA
Alat penghawa dingin seperti tidak berfungsi
Ayat 9
Mereka menunggu perkataanku sebagai ketua pengarang

Subjek predikat
FN FK
KN KK KN Pelengkap FSN
mereka menunggu perkataanku KSN FN
sebagai KN KN
ketua pengarang

Ayat 10
Bualan petang itu mengheret jendela waktu ke Magrib.

Subjek predikat
FN FK
KN pelengkap KN KPen KK KN KN Pelengkap FSN

Bualan petang itu mengheret jendela waktu KSN KN


ke Magrib
Ayat 11

45
Pengajian Melayu PM 2311

Wanita kurus itu menberi mama lima riyal.

Subjek predikat
FN FK penerang KN
KN KN KPen KK KN Kbilangan KN
Wanita kurus itu memberi mama lima riyal
Ayat 12
Semua pilihan raya kampus dijalankan hampir serentak.

Subjek predikat
FN FK
Kbilangan KN KN KN KK pelengkap KN
Semua pilihan raya kampus dijalankan hampir serentak

Ayat 13
Gerimis senja itu sudah lama juga berhenti.

Subjek predikat
FN FK
KN KN KPen KBantu penerang KA KPenguat KK
Gerimis senja itu sudah lama juga berhenti
Ayat 14
Wanita itu petah berbicara.

46
Pengajian Melayu PM 2311

Subjek predikat
FN FA
KN KPen KA KK
Wanita itu petah berbicara
Ayat 15
cicak-cicak mula menyanyi di tembok.

Subjek predikat
FN FK
KN KBantu KK Pelengkap FSN

cicak-cicak mula menyanyi KSN KN


di tembok

4.0 kesusasteraan , kebudayaan dan kesenian melayu

4.1 Tema

Tema ialah idea utama atau persoalan terpenting yang diungkapkan pengarang dalam
menghasilkan sesuatu karya. Dalam erti kata lain, Tema ialah gagasan pemikiran utama yang
mahu dikemukakan oleh penulis sama ada secara eksplisit (langsung) atau secara implisit (tidak
langsung). Tema hanya dapat dikesan selepas selesai membaca.

4.2 Persoalan
Persoalan ialah isu-isu sampingan tetapi penting yang mempunyai kaitan dengan tema.
Gabungan beberapa persoalan akan membentuk satu tema yang utama.

47
Pengajian Melayu PM 2311

4.3 Analisis Tema Dan Persoalan Dalam Cerpen

Tema dalam cerpen


Tajuk : Sitma Mama

Tema yang ingin disampaikan oleh penulis dalam cerpen ini ialah tentang kehidupan
peminta sedekah yang penuh perasaan sayang dan yang sanggup berbuat apa sahaja untuk
mencari rezeki di dunia yang penuh pancaroba. Sitma dan ibu angkatnya, siti mariyam
menjalani hidup di tanah arab dengan meminta sedekah dari pada Jemaah yang datang ke
kawasan itu.

Terdapat beberapa persoalan yang ditemui dalam cerpen ini salah satunya mengenai
kasih saying sesame insan yang kukuh. Dalam cerpen ini, kita boleh lihat siti mariyam sangat
menyayangi sitma.walaupun sitma bukan anak kandungnya dia sangat menyayangi sitma anak
kandungnya sendiri. Hal ini kerana siti mariyam hidup bersendirian dan tidak mempunyai anak
perempuan sebelum dia menjumpai sitma.

Selain itu, usaha mencari rezeki dengan apa cara sekalipun juga menjadi persoalan dalam
cerpen ini. Siti mariyam berusaha mencari rezeki walau dengan apa cara sekalipun. Dia sanggup
menadah tangan dan meminta – minta pada orang ramai. Sebenarnya banyak lagi cara yang
boleh digunakan untuk mencari rezeki selain meminta sedekah. Namun siti mariyam tetap ingin
meminta sedekah kerana itu saja cara yang dia tahu untuk mencari rezeki. tambahan pula, sejak
dulu lagi dia hanya tahu meminta sedekah.

Persoalan seterusnya ialah kekayaan budi baik dalam menbantu orang lain tanpa mengira
hubungan ikatan sesama insan. Persoalan ini telah ditunjukkan oleh penulis dalam cerpen ketika
Sitma dan siti mariyam menjumpai seorang wanita kaya yang diiringi oleh pengawal–pengawal.
Walau pun wanita itu sangat kaya tetapi dia sedia menbantu sitma dan siti mariyam dengan
memberi wang untuk perbelanjaan mereka. Pada pendapat siti mariyam ,kebanyakkan orang –
orang kaya semua kedekut, tetapi wanita kaya yang dijumpai oleh siti mariyam jauh sekali
dengan tanggapan dia terhadap orang-orang kaya.

48
Pengajian Melayu PM 2311

Kesimpulan

Kedudukan Bahasa Melayu di negara kita amat tinggi sehinggakan bahasa ini dijadikan
bahasa rasmi negara kita. Maka sebagai rakyat Malaysia yang sejati dan cinta akan negara, kita
seharusnya menganggap subjek ini sebagai satu subjek yang sangat penting demi memartabatkan
bahasa kita pada masa akan datang.

Sistem Bahasa Melayu adalah lengkap dan mempunyai sistemnya yang tersendiri yang
menampakkan menjadi lengkap dan tepat. Susunan perkataan serta ayat melambangkan bahawa

49
Pengajian Melayu PM 2311

Bahasa Melayu sebenarnya sangat sistematik terutamanya dari aspek tatabahasa. Bahasa Melayu
kini menunjukkan perubahan dan perkembangan yang pesat terutamanya dalam bidang kosa kata
dan yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Kemajuan ini sangat dibanggakan bagi
pencinta ilmu Bahasa Melayu agar ianya tidak akan lupus kelak.

Kebudayaan Melayu dianggap remeh oleh kebanyakan remaja sekarang. Namun, tidak
sewajarnya para remaja memikirkan yang sedemikian kerana keindahan bangsa Melayu terletak
pada kebudayaan dan kesusateraan Melayu yang telah lahir sejak lama dahulu sejak zaman
Kerajaan Melayu Melaka lagi. Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa.
Maka sebab itulah Malaysia kaya dengan adat resam serta kepercayaan yang dianggap unik oleh
negara luar terutamanya dari segi aspek kebudayaan Melayu.

Sebagai warga Malaysia kita haruslah sentiasa berusaha untuk memartabatkan dan
mendaulatkan bahasa kita ini agar ianya sentiasa hidup dalam kalangan masyarakat di negara
kita sekarang dan pada masa akan datang.

Refleksi

Amirhan Bin Latuwo

Syukur kehadrat Illahi, kerana dengan rahmat dan petunjuk-Nya dapat juga menjayakan

kerja kursus Pengajian Melayu Akademik 1 bawah bimbingan Encik Hasan Bin Haris, Encik

Hamdan Bin Yaakub Dan Puan Ros Silawati Binti Ahmad @ Abdullah selaku pensyarah

Pengajian Melayu Akademik 1.

50
Pengajian Melayu PM 2311

Sewaktu peringkat awal penyerahan tugasan kerja kursus Pengajian Melayu Akademik 1,

saya mengandaikan bahawa tugasan ini sukar dilakukan. saya juga sukar untuk memulakan

tugasan yang ingin dilakukan kerana merasakan banyak perkara perlu dilakukan dan

dititikberatkan untuk melaksanakan tugasan ini. Pada masa yang sama kerja kursus bagi subjek

lain juga perlu di buat pada ketika itu. Hal ini menambahkan lagi tekanan yang saya hadapi.

Saya memulakan langkah untuk menbuat kerja kursus ini dengan mencari maklumat

tentang morfologi, sintaksis dan kesusasteraan melayu seperti yang diterangkan. Walaupun

maklumat ada, namun saya masih tiada idea untuk langkah seterusnya. Setelah lama merenung

kertas soalan, saya cuba untuk memahami kehendak soalan dan membuat sedikit catatan. Saya

bertanya dengan kawan-kawan dan berbincang untuk mengetahui cara membuat tugasan ini.

Saya juga telah membuat kolaburasi dengan pensyarah Pengajian Melayu Akademik 1, Encik

Hasan Bin Haris, Encik Hamdan Bin Yaakub Dan Puan Ros Silawati Binti Ahmad @ Abdullah

bagi menjelaskan lagi kehendak soalan. Selangkah demi langkah kerja kursus ini berjalan

dengan lancar.

Bagi memantapkan lagi kerja kursus ini, Saya dan rakan saya telah pergi ke perpustakaan

untuk mencari pelbagai bahan untuk dijadikan rujukan. Penggunaan internet juga amat penting

namun seperti yang kita sedia maklum tidak semua maklumat dalam internet boleh diguna pakai.

Setelah berberapa hari proses perlaksana in dibuat., akhirnya kerja kursus Bahasa Melayu

dibawah bimbingan , Encik Hasan Bin Haris, Encik Hamdan Bin Yaakub Dan Puan Ros Silawati

Binti Ahmad @ Abdullah telah berjaya disempurnakan dengan mantap. Walaupun saya banyak

menghadapi kesulitan dan halangan dari pelbagai aspek seperti aspek emosi, fizikal dan mental

dalam proses perlaksanaan kerja kursus ini. Saya tetap berusaha melaksanakan kerja ini dengan

51
Pengajian Melayu PM 2311

menggunakan daya pemikiran kritis dan kreatif untuk mengharungi halangan dan kesulitan yang

dihadapi.

Pelbagai ilmiah dan kebaikan yang saya dapat melalui proses perlaksanaan kerja kursus ini.

Salah satunya saya dapat mempelajari dan mengetahui tentang morfologi, sintaksis dan

kesusasteraan melayu dengan lebih mendalami. Selain itu saya juga dapat mempelajari cara

menganalisis cerpen berdasarkan aspek morfologi, sintaksis dan kesusasteraan melayu.

Berdasarkan apa yang telah kami laksanakan dan pelajari, saya mendapati bahawa subjek

Pengajian Melayu amat penting untuk memartabatkan lagi bahasa kebangsaan kita dipersada

global. Ini kerana ramai masyarakat mulai lupa akan bahasa kebangsaan kita. Lebih – lebih lagi

dengan kehadiran bahasa asing iaitu bahasa inggeris telah menjadi bahasa komunikasi seharian

di tempat kerja mahupun di rumah bagi masyarakat sekarang.

Kesimpulannya, saya berasa sangat berpuas hati dengan hasil tugasan kami dan berharap

agar kami dapat mengekalkannya atau melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.

Bibliografi

Abdullah Hassan (2006), Morfologi, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hajah Noresah et al. (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nik Safiah Karim et al. (2009), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008), Bahasa Melayu 1, Shah Alam, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jenis-jenis Ayat Bahasa Melayu, Dilayari pada 26 Januari 2010 di URL


http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu

52
Pengajian Melayu PM 2311

Ayat Aktif dan Ayat Pasif, Dilayari pada 26 januari 2010 di URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htm

53

You might also like