Pegawai Staf 3 Bantuan Alatganti Markas Tentera Darat Jabatan Arah Pasukan Udara Tentera Darat Tingkat 14, Wisma

Kementah 50634, KUALA LUMPUR Tel : 019-3369476 Mac 2011 MKTD/G5-PUTD/PERS01/2011 Pegawai Turus Trafic Cops Bukit Aman Ibu Pejabat Polis,Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman KUALA LUMPUR. RAYUAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR SAMAN YANG TELAH DIKELUARKAN KEPADA KAPTEN MOHD KHAIRUL NAZRI BIN MOHD GHAZMI T3009476 YBhg Tuan, 1. Adalah dimaklumkan kepada YBhg Tuan, saya ialah seorang anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia, dan sedang berkhidmat di JABATAN ARAH PUTD, MARKAS TENTERA DARAT MALAYSIA. 2. Di sini juga ingin memaklumkan kepada YBhg Tuan, saya merayu untuk dikurangkan kadar saman yang telah dikenakan ke atas saya disebabkan beberapa perkara seperti berikut: a. Saya menghadapi masalah kewangan yang serius, serta saya juga menanggung keluarga dalam membantu ibubapa dan adik saya yang masih belajar di institut pengajian tinggi. b. Kebanyakkan saman yang telah dikenakan ke atas saya adalah sewaktu saya sedang menjalankan tugas dan urusan rasmi kerajaan. c. Saya juga berjanji kepada diri saya sendiri dan kepada YBhg Tuan untuk tidak mengulangi kesalahan yang telah saya lakukan di masa hadapan. 3. Sokongan rayuan dan pertimbangan dari YBhg Tuan amatlah saya hargai serta diiringi dengan ucapan jutaan Terima Kasih. Sekian.

MOHD KHAIRUL NAZRI BIN MOHD GHAZMI Kapt PS 3 Bantuan Alat Ganti