Ahmad Farid Bin Mohamed

REFLEKSI INDIVIDU Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnian-Nya tugasan ini dapat diselesaikan jua. Kerja kursus Budaya dan Pembelajaran ini amatlah berguna kepada saya sebagai bekalan untuk menjadi guru kelak. Antara kekuatan yang saya dapat semasa melaksanakan tugasan ini ialah saya dapat belajar dengan lebih lanjut mengenai kepelbagaian budaya masyarakat terutamanya di dalam negara kita ini. Saya juga dapat menambahkan pengetahuan saya tentang implikasi sosiobudaya ini kepada murid, guru, dan juga sekolah. Ini amat penting bagi saya agar saya dapat menyesuaikan diri di mana-mana sahaja saya berada. Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya ini akan membantu saya nanti untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan corak budaya dan juga latar belakan murid. Selain itu, dalam melaksanakan tugasan ini juga, ianya dapat meningkatkan juga kemahiran saya dalam menulis sesuatu bahan penulisan ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang telah dikenal pasti dalam proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah bahan yang dirujuk adalah terhad kerana saya kekurangan sumber rujukan. Justeru saya mestilah meningkatkan lagi kemahiran dalam membuat sesuatu tugasan dan juga lebih rajin untuk mencari bahan sebagai rujukan supaya ilmu pengetahuan dan pengalaman saya akan bertambah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful