P. 1
MAB-teori main nota

MAB-teori main nota

|Views: 14,685|Likes:
Published by queenthechess112263

More info:

Published by: queenthechess112263 on Mar 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/18/2013

pdf

text

original

Sections

  • TOPIK 1 : KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK
  • TOPIK 2 : PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK
  • TOPIK 3 : KONSEP AMALAN YANG BERSESUAIAN DENGAN PERKEMBANGAN KANAK- KANAK
  • TOPIK 4 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
  • TOPIK 5 : TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH

TOPIK 1

:

KONSEP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1.

Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Kefahaman asas terhadap kanak-kanak adalah perlu diketahui oleh pendidik yang ingin menceburi dalam bidang awal usia ini. Amalan yang bersesuaian dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak adalah meliputi berbagai aspek perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Amalan yang bersesuaian perlu difahami oleh pendidik dan menjadi landasan kepada pelaksanaan program kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Kefahaman dan kesedaran tentang pendidikan awal kanak-kanak akan meningkatkan kualiti pengajaran Konsep adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Konsep-konsep prasekolah bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yan berumur empat hingga enam tahun. Pengajaran ialah semua yang dipelajari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak pendapat berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Antara konsep-konsep penting dalam pendidikan prasekolah dan menjadi prinsip atau hukum dalam mendidik kanak-kanak adalah: • • • • • • Belajar melalui bermain Naluri ingin tahu Perkembangan menyeluruh Penerapan nilai murni Kreativiti Kecerdasan pelbagai

1

2.

Belajar Melalui Bermain

Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitu belajar melalui bermain. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan berdisiplin. Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah:


menggalakkan perkembangan kognitif menggalakkan perkembangan fizikal menggalakkan kestabilan emosi menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial menggalakkan perkembangan bahasa menggalakkan kreativiti memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak


• • • •

3.

Merangsang Naluri Ingin Tahu

Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman sbenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat, mendengar, menyentuh merasa dan bau. Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan

• • • • •

Memerhati : tarik perhatian kepada pelbagai objek Kasifikasi : galakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut kriteria. Eksperimen : kemukakan soalan seperti “Apa akan jadi?” Menjangka : cuba atau teka hasil atau apakah yang akan berlaku. Menyoal : tanyakan soalan terbuka seperti “Mengapa kamu fakir…..”

2

• •

Penyelidikan : tunjuk bagaimana hendak dapatkan maklimat Komunikasi : jelaskan pengalaman

Selain itu, peranan guru membantu kanak-kanak menjelajah dan mencari sendiri sesuatu maklumat dengan cara berikut: • • • • Memberi motivasi kepada kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan. Mengenal pasti apa yang kanak-kanak tahu dan apa yang ingin tahu,kemudian pilih tajuk dan aktiviti yang sesuai. Melibatkan semua kanak-kanak dengan memilih aktiviti yang mereka dapat lakukan sendiri ataupun dalam kumpulan kecil. Berikan masa dan kebebasan yang diperlukan untuk kanak-kanak menjelajah Hormati perbezaan individu kanak-kanak. Cara kanak-kanak menyelesaikan masalah tidak sama dengan cara orang dewasa. Kanak-kanak belajar dengan kadar yang berbeza-beza. Oleh itu mereka mungkin tidak faham sepenuhnya sesuatu konsep yang diajar. • • • • Tanyaka berbagai soalan terbuka dan terima pelbagai jawapan mereka Kerap berikan maklum balas dan peneguhan kepada kanak-kanak semasa proses pembelajaran. Kembangkan pelajaran dengan membuat lawatan, bercerita, melihat filem atau menjemput penceramah. Tunjukkan model sikap positif dan guru berkongsi minat ataupun semangat dan kekaguman bersama kanak-kanak berkaitan dunia di sekeliling mereka.

4.

Perkembangan Menyeluruh

Pembelajaran bukan terasing, tetapi perlu dihubungkan dan digabungkan dalam semua bidang kurikulum. Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual kanakkanak.

3

Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua aspek ini adalah penting dan saling berkaitan. Tidak ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada suatu aspek yang paling penting. Contohnya, seseorang kanak-kanak yang membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi, rohani dan intelektual di samping lima aspek lain seperti sosial dan kreatif. Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara menyeluruh. Pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua aspek perkembangan sangat penting. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan tidak terpisah.

5.

Penerapan Nilai Murni

Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni. Terdapat 16 nilai-nilai untuk Pendidikan Moral dan Kerohanian telah dinyatak dalam Buku Garis Panduan Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalah ketuhanan, baik hati, berdikari, hemah tinggi kerjasama dan sebagainya. Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dijelaskan berkenaan pembentukan insan seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, aspek penting yang difokuskan dalam FPN ialah pembentukan individu berakhlak mulia. Menurut ahli falsafah dan psikologi, masa yang paling baik bagi menerapkan nilainilai murni adalah di peringkat prasekolah kerana pada ketika ini kanak-kanak mudah menerima sesuatu yang diajar, dilhat dan didengar. Ada pendapat mengatakan nilai-nilai tidak dapat diajar kepada kanak-kanak. Ini tidak bermakna nilai-nilai tidak dapat dipupuk dalam diri mereka. Nilai-nilai dapat diperolehi oleh kanak-kanak secara tidak langsung melalui beberapa cara iaitu: • • • melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Moral dan Kerohanian merentas kurikulum, dalam semua mata pelajaran secara tidak langsung ataupun dikaitkan dengan topik tertentu. melalui aktiviti-aktiviti harian di sekolah.

4

5.

Kreativiti

Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada manusia. Terdapat beberapa aspek kreativiti yang perlu diberikan penjelasan iaitu: • Hubungan kreativiti dengan seni kecerdasan a. kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat buntuk merangsangkan kreativiti ialah seni. b. kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina dan dilatih jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai. • Ciri-ciri seseorang kreatif a. kebolehan menghadapi risiko b. berdikari c. berkeyakinan mencuba d. kesanggupan menahan ketegangan 5.1 Peranan guru membina kreativiti

Guru memainkan peranan penting bagi membuna kreativiti kanak-kanak. Memberi motivasi dan mencipta suasana tidak memadai tanpa disertai sikap guru. Sikap guru adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativiti. Oleh itu guru perlulah bersikap positif seperti: • • • • Menghargai idea dan soalan kanak-kanak. Menggalakkan kanak-kanak bercakap dan bercerita. Memberikan komen yang ikhlas. Memahami kanak-kanak. Memberikan pandangan yang menggembirakan kepada hasil kerja mereka. Mewujudkan suasana menggalakkan.


5

Mendisiplinkan kanak-kanak dengan memberi arahan yang jelas dan betul semasa hendak menggunakan alat-alat.2 • • Merancang aktiviti yang berkualiti dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi dan selamat digunakan. dapat dibina jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai. Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang merangsangkan. Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat.3 • • • • Ciri-ciri seorang yang kreatif Kebolehan menghadapi risiko Berdikari Berkeyakinan mencuba kesanggupan menahan ketegangan 6. Howard Gardner (1983) melalui Theory of Multiple Intelligences menjelaskan. kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya.• • • 5. 6 . Perlulah dikenalpasti kekuatan kanakkanak bagi mempertingkatkan pembelajaran kanak-kanak dalam semua bidang dengan lebih berjaya. Hubungan kreativiti dengan seni dan kecerdasan Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk merangsangkan kreativiti ialah seni. Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakan bagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental yang berasingan atau bebas. 5. Kecerdasan Pelbagai Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. iaitu kecerdasan.

pemain sukan dan seni pertahanan diri. termasuk pemikiran secara heuristik. perbendaharaan kata. ucapan formal.1.2 Kecerdasan Logik . keseimbangan dan kelenturan badan.4 Kecerdasan Visual . pola abstrak. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol. sebab dan akibat (logik). latihan fizikal. mengkategori. termasuk – keboleban memanipulasikan ayat. main peranan. bacaan.Matematik Kebolehan menggunakan nombor. perhitungan dan pengujian hipotesis. gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. membuat inferens. Kecerdasan Verbal . mengenal pasti pola abstrak. penyelesaian masalah. jurnal. aktiviti jasmani. Contoh aktiviti: Tarian kreatif. jenaka dan bercerita. urutan nombor.Linguistik Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan. Contoh aktiviti: Perbahasan.Kinestatik Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi. 6. 6. rumus. puisi.Spatial 7 . penulisan kreatif. menaakul. induktif dan deduktif.Melibatkan pemikiran saintifik. pengurusan grafik dan pengiraan. 6. drama. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. perkaitan. generalisasi. diari.3 Kecerdasan Fizikal . perkaitan sebab dan akibat (logik).Berikut dijelaskan pelbagai jenis kecerdasan bagi membantu guru-guru mengenal pasti kecerdasan yang ada pada diri kanak-kanak di dalam kelasnya : 6.

melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. imaginasi aktif. proses emosi. motivasi. nyanyian dan drama lagu. taakulan tahap tinggi. bunyi instrumental. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi. bunyi vokal. Contoh aktiviti: melukis. Contoh aktiviti: Persembahan muzik.5 Kecerdasan Muzikal-Ritma Kemampuan untuk menggemari. 6.Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. rentuk dan ruang. 6.6 Kecerdasan Intrapersonal Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. mencipta gambaran mental. disiplin diri dan amalan pemusatan. Berkepekaan terhadap warna. kemarahan. mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. mengecat. 8 . strategi pemikinm.7 Kecerdasan Interpersonal Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri. kesedaran terhadap mood dalaman. garis rentuk dan ruang. menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. 6. skema warna. kehendak. garis. peta minda.

bahasa. Jadual 1. Pendidik perlu mengenal pasti aspek perkembangan dengan peringkat umur sebagai garis panduan amalan yang bersesuaian untuk disesuaikan dengan perancangan kurikulum dan pengajaran. memahami dan mengatur contoh-contoh dalam persekitaran semulajadi. Perancangan kurikulum yang berkualiti perlu bersandarkan kesesuaian umur kanak-kanak sebagai garis panduan untuk menentukan matlamat kurikulum yang akan dicapai. Aspek yang disenaraikan adalah garis panduan secara umum mengikut peringkat umur. kognitif dan sosial. 3. Keupayaan kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur. Setiap aspek perkembangan dilalui oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut umur. Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal. latilhan ernpati. menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Melibatkan kebolehan memerhati.1 berikut menunjukkan peringkat perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal. strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama 6. Setiap peringkat perkembangan kanak-kanak memberi gambaran keupayaan kanakkanak dari aspek fizikal.1: Peringkat Perkembangan Kanak-kanak 9 . kognitif dan sosial. bahasa. Peringkat umur juga mempengaruhi kesediaan belajar kanak-kanak. rnernberi maklurn balas. kognitif dan sosial.8 Kecerdasan Naturalis Mengenali.Contoh aktiviti: komunikasi antara individu. latihan kolaboratif. Jadual 1.

Bahasa boleh difahami dan mengandungi ayat yang panjang. 5 tahun 6 tahun Perbendaharaan kata bertambah banyak. melompat objek. Kreatif dan bijak. menunjuk kebolehan fizikal seperti 'stunt'. komplek. berdiri. Mencipta perkataan di luar bahasa komunikasi. Menampakkan kecanggihan dan keyakinan berbahasa.Perkembangan Fizikal Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun Kesediaan Pembeiajaran Memegang. motor halus dan aspek keupayaan kendiri. berbuai di buaian. Berfikiran logik dan bersistematik. boleh mengenalpasti dan menerima pendapat orang lain Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun Perkembangan Sosial Kesediaan Pembeiajaran Memulakan kemahiran sosial. Boleh memahami tolak ansur dan kebaikan bekerjasama. kemahiran motor yang cekap. Memperlihatkan perkembangan fizikal yang lengkap. belum memahami giliran dan berkongsi mainan. bergilir dan main bersama. menggabungkan tiga patah perkataan atau lebih. Menguasai pergerakan asas seperti memanjat. tidak melibatkan berkongsi dan bekerjasama Menghadapi masalah bersosial. struktur ayat jelas dan tatabahasanya betul dan sebutan yang baik.Bermain dengan bahasa dan sering menguji untuk latihan keyakinan diri. menggelak halangan semasa berlari. Boleh menyesuaikan perkongsian alat mainan. duduk. Pergerakan terkawal dan suka kepada aktiviti motor halus. P rk m a g nB h sa e e bna a a Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun Kesediaan Pembeiajaran Boleh memahami arahan mudah. tersentuh dengan deria humor Berupaya memahami keupayaannya lebih jelas dan bertindakbalas mengikut kesesuaiannya. Memerlukan rakan sebaya dan membina persahabatan yang rapat (rakan sebaya jantina yang sama) 10 . 5 tahun 6 tahun Aktiviti motor lebih meyakinkan. Bahasa sebagai alat untuk bersosial dan keperluan kongnitif. berlari Pengimbangan dan kawalan badan meningkat pada motor kasar. Menguasai bahasa dengan baik seperti orang dewasa dan suka menggunakan kemahiran bahasa. Umur 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun 6 tahun Perkembangan Kognitif Kesediaan Pembeiajaran Menggunakan objek untuk mewakili objek lain (contoh kerusi untuk bas) Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya.

Keadaan ini perlu diberi perhatian oleh pendidik dalam melaksanakan kurikulum di kelas prasekolah. Kebanyakan kanak-kanak mempunyai minat dan keperluan secara individu. Manakala kanak-kanak lain lebih cepat belajar secara berkumpulan. Ketegasan berpegang kepada aturan kronologi mengikut umur dan kumpulan keupayaan kanak-kanak adalah tidak bersesuaian. minat dan keperluannya yang tersendiri.4. Kebanyakan kanak-kanak didorong untuk belajar oleh minat yang tinggi untuk menyatakan deria dunianya yang tersendiri dan meningkatkan kemahiran yang dikehendaki oleh sosial dan budaya. Kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza. 5. Minat dan Keperluan Individu Kanak-kanak adalah individu yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan itu dapat dilihat menerusi kelebihan. Kelebihan. Pembelajarannya dan pembentukan keyakinan dirinya yang diperolehi menerusi pengalamannya bersama keluarga. Amalan yang bersesuaian menghormati perbezaan kanak-kanak sebagai individu yang berbeza antara satu sama lain. Mereka belajar sepanjang masa walau pun pembelajarannya tidak mengikut seperti yang dinyatakan di dalam kurikulum yang diajar oleh guru. Pengaruh keluarga dan keyakinan dirinya dibawa ke 11 . Semasa di tadika guru hendaklah melihat kanak-kanak belajar dari dua sudut iaitu keadaan kanak-kanak dan pengaruh sosial dan budayanya. minat dan keperluannya. Apabila kanak-kanak meningkat usianya mereka sudah memahami batasan keupayaan dirinya. Kadangkala terdapat seseorang kanak-kanak belajar lebih cepat daripada kanak-kanak lain tentang sesuatu perkara yang diminatinya. Amalan yang bersesuaian hendaklah fleksibel atau anjal terhadap kanak. Terdapat kanak-kanak yang kesediaan belajar. Latar belakang sosial dan budaya mempengaruhi gaya pembelajaran kanak-kanak. Amalan yang tidak membezakan keupayaan kanakberusia 6 tahun mempunyai keupayaan seperti kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan 8 tahun dari segi kanak dan memberi masa untuk kanak-kanak meningkatkan keupayaan mengikut rentak dan keselesaannya adalah digalakkan. Setiap kanak-kanak secara individu mempunyai perbezaan kelebihan. Latar keluarga memainkan peranan dalam pendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak sebelum ke tadika.kanak sebagai individu. Perkaitan Sosial dan Budaya Sosial dan budaya merujuk kepada latar belakang keluarga kanak-kanak.

Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak-kanak guru perlu mengetahui aspek perkembangan kanak-kanak dan Semestinya menyesuaikan aspek ini dengan konten dan strategi yang digunakan dalam prasekolah. 12 . Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud.dalam kelas prasekolah. fahammemahami dan percaya pada kemampuan dan kebolehan kanak-kanak untuk berubah. Terdapat banyak prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah. TOPIK 2 : PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK 1. Kanak-kanak merasakan satu penghargaan apabila guru atau pendidik menghormati nilai budaya keluarga. Pengenalan Prinsip adalah hokum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupn tindakan sesuatu perkara. Mereka juga perlu dilayan dengan rasa saling hormat-menghormati. keyakinan dirinya yang dibentuk oleh keluarga dan kemahirannya. Sikap terbuka pendidik terhadap gaya pembelajaran kanakkanak berdasarkan sosial dan budaya dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru perlu mendekati kanak-kanak sebagai individu dan bukannya sebagai satu kumpulan. Bagaimanapun prinsip-prinsip asas yang perlu diberi perhatian adalah: • • • Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak Prinsip-prinsip arah perkembangan pembelajaran kanak-kanak 2. hukum atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada dalam • dirinya sendiri (intrapersonal) ataupun antara kanak-kanak lain (intrapersonal). pengajaran kanak-kanak secara menyeluruh ndalam program prasekolah adalah penting.1 Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh Perkembangan estetik.1. sosial dan fizikal adalah saling berkait. Contohnya. Peringkat prasekolah adalah masa yang terbaik bagi perkembangan kanakkanak. 2. bahasa. Berdasarkan prinsip ini. kanak-kanak yang mendapat penjagaan fizikal yang mencukupi di rumah tetapi tidak mendapat perhatian yang cukup aripada segi sosial dan emosi. 13 . dalam program prasekolah. tidak ada satu aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada satu aspek yang paling penting.1 • • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Aktiviti dan jadual dibentuk supaya mengandungi semua aspek perkembangan kanak-kanak.Antara prinsip perkembangan kanak-kanak adalah: • • • Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh. kognitif. fokus guru adalah kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh tidak terpisah. • Pengagihan masa dalam sehari perlu difikirkan dan melibatkan semua aspek kerana semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah sama penting. masalah akan timbul jika satu aspek perkembangan sahaja diberi tumpuan dan mengetepikan perkembangan yang lain. Guru perlu memikirkan bagaimana mata pelajaran yang diajar dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Oleh itu. Oleh itu. 2.

Perubahan sedemian tidak sama keadaannya. Seseorang kanak-kanak memerlukan sama ada lebih ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku. mengenal nombor dan menulis.• Menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah mustahak. Hal ini melibatkan integrasi aspek perkembangan. membentuk saripada satu huruf kepada perkataan dan seterusnya. mata pelajaran dan tanggungjawab. Kanak-kanak yang lain pula mungkin tidak mengikut urutan sedemikian kerana tidak sesuai dengan keadaannya. 2. berdiri dengan bantuan. untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kanak-kanak mungkin bergerak ke depan atau ke belakang sedikit.2. Contohnya.1 • • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Memerhati dan membaca berkenaan kanak-kanak membantu pendidik mengenalpasti pelbagai urutan standard. kemudian duduk. Bagi kanak-kanak yang mula belajar memeang pensil dan menulis di atas kertas. iaitu meliputi semua aspek perkembangan. dank e depan semula. 2. diikuti dengan berjalan dan seterusnya berlari. • Elakkan daripada terlalu mempercepatkan progress kanak-kanak melalui urutan standard tertentu seperti yang berkaitan dengan mengeja. Pengetahuan berkenaan urutan perkembangan kanak-kanak dapat digunakan bagi menentukan cara yang mencabar kanak-kanak dalam kelas dam ekspektasi yang sesuai untuk individu. sebelum dapat menulis mereka cuba membentuk cakaran. Kemudian beralih perlahanlahan kepada pengulangan pergerakan. Urutan standard didapati berkait dengan pergerakan. Kanak-kanak di seluruh dunia menhadapi corak perkembangan yang sama. bayin bermula dengan mengakat kepala.2 Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard Perkembangan adalah beruruta dalam perubahan berlaku daripada semasa ke semasa mengikut atruran tertentu. 14 .

Hal ini adalah contoh kepada perkembangan intrapersonal.3 Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza Setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnya sendiri. Kepelbagaian interpersonal juga berlaku. Oleh itu kanak-kanak yang sama tarikh lahir mempunyai tingkahlaku dan pemahaman yang berbeza. 2. Pendidik perlu elakkan daripada memberi tumpuan kepada satu perkara sahaja sebagau ukuran pencapaian atau potensi kanak-kanak secara menyeluruh. Guru atau pendidik menggunakan pengetahuan ini untuk pengajaran individu dan bukan mengajar semua kanak-kanak perkara yang sama dengan menggunakan cara yang sama pada masa yang sama.1 • • • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Kanak-kanak di adalam kelas prrasekolah mempunyai kebolehan yang jauh berbeza-beza. Pemerhatian yang teliti ke atas kanak-kanak mendedahkan corak tingkah laku individu daipada pelbagai aspek perkembangan. Sebagai contoh. peringkat bayi adalah peringkat pembesaran yang paling cepat. intrapersonal iaitu dalam dirinya sendiri dan interpersonal iaitu kanak-kanak lain. Setiap kanakkanak tidak sama antara satu sama lain. Perbezaan ini dapat ditunjukkan daripada dua aspek. Kecepatan kanak-kanak mengikut urutan standard adalah berbeza. perkembangan fizikal agak lambat berbandingh dengan perkembangan penggunaan bahasa yang begitu pesat.Kepelbagaian aspek intrapersonal dapat manggambarkan tentang ketidaksamaaan antara kanak-kanak. Bagaimanapun ketidaksamaan dalam perkembangan adalah dalam jangkaan. tetapi apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Pelbagai aspek perkembangan adalah penting pada masa yang berbeza sepanjang peringkat awal kanak-kanak.3. Kepelbagaian ini adalah normal dan perbezaan boleh didapati merentasi semua aspek perkembangan. Walaupun perkembangan bahasa agak lambat.• kebolehan guru menjelaskan urutan standard dapat membantu mereka memahami dengan jelas berkenaan perkembangan kanak-kanak dan bagaimana amalan dan tujuan di dalam kelas dapat membantu pembelajaran kanak-kanak 2. 15 .

Kanak-kanak seharusnya diberi pengalaman yang menggalakkan perkembangan pada ketika ini.• Jadual harian yang memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktiviti mengikut kemampuannya sendiri dapat membantu kanak-kanak berbanding dengan jadual yang telah ditetapkan lebih awal ataupun kanak-kanak dikehendaki mengikut pusingan daripada datu aktiviti kepada aktiviti yang lain. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang tidak diberi peluang sedemikian menjadi kurang sanggup memulakan pembelajaran dan berlatih kemahiran motor asas pada 16 . pada tahap ini. Perubahan-perubahan ini adalah berkaitan dengan interaksi yang kompleks. membaling. • Standard perkembangan dapa berubah-ubah. melompat dan berlari. Pada ketika ini kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif berbanding dengan masa-masa lain. Kanakkanak ini akan menggabungkan kemahiran tersebut dengan kemahiran yang lebih kompleks.4 Peringkat prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanakkanak Peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah masa terbaik berlaku perubahanperubahan yang penting. iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak. Sebagai contoh. serta pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan sosial. Kanak-kanak tidak boleh dilabel sebagai “cepat” ataupun “lambat” berbanding dengan kanak-kanak lain dalam kumpulan. kanak-kanak prasekolah secara biologi cenderung mengembangkan kemahiran motor asas seperti menangkap. kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dan sanggup menghabiskan masa dengan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kemahiran mereka. 2. agar mereka kekal bermotivasi dan berjaya mencapai potensi. • Aktiviti kelas yang meliputi pelbagai objektif pembelajaran berbanding satu objektif memberi banyak peluang kepada kanak-kanak untuk dicabar dan untuk mengalami kejayaan. Rancangan boleh disesuaikan dan digubah bagi memenuhi keperluan individu dalam kumpulan.

membentuk satu halangan yang menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti fizikal dan permainan. Kekurangan kemahiran dan kesanggpan. kanak-kanak belajar melalui pengalaman fizikal. 2.4. Prinsip-prinsip Arah Perkembangan Pembelajaran Kanakkanak 17 . Hal ini membuatkan pendidikan peringkat awal kanak-kanak sebagai masa terbaik untuk kanak-kanak mencapai kecekapan motor. Tindakan ini berkumpul dan selalunya mempunyai kesan sepanjang hayat. 3. Kanak-kanak belajar melalui semua deria. interaksi. Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh sifat semula jadi dan pandangan di peringkat awal. 4. sosial dan refleksi. • • • • • • • • • Prinsip-prinsip Pembelajaran Kanak-kanak Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh kesediaan dan kematangan. Dengan itu. iaitu di sekolah rendah. kanakkanak tersebut dikatakan tidak mempunyai bakat yang diperlukan untuk berjaya. Kecerdasan pelbagai perlu digalakkan. sikap dan kemahiran asas kanakkanak berkiaitan dengan fizikalnya perlu ditingkatkan. • Guru seharusnya berupaya menjelaskan sifat semula jadi yang kritikal untuk tahun-yahun awal kanak-kanak yang berkaitan dengan semua aspek perkembangan.masa akan datang. Stail pembelajaran kanak-kanak berbeza. Pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Pada pertengahan sekolah rendah. Kanak-kanak berbeza latar belakang dan individu.1 • Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak Prinsip berkenaan masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-kanak menunjukkan program pengajaran mementingkan proses dan kemampuan yang meliputi cara-cara yang menggalakkan perkambangan kanak-kanak.

18 . Bayi dapat mengawal kepala dan otot leher lebih awal daripada menguasai otot kaki. Oleh itu apabila bayi dilahirkan. Prinsipprinsip arah perkembangan kanak-kanak menunjukkan kemajuan kehadapan ataupun keluar. Perubahan ini mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak sepanjang berada di prasekolah dan sekolah rendah. Arah perkembangan pembelajaran bergerak daripada: • • • • • • • • mudah kepada susah tahu kepada tidak tahu diri sendiri kepada orang lain menyeluruh kepada bahagian konkrit kepada abstrak menyelidik atau menjelajah kepada mempunyai tujuan kurang tepat kepada lebih tepat. Bahagian kepala mempunyai otak. Terdapat titik permulaan perkembangan dan kemajuan pembelajaran berlaku. desakan kepada terkawal. Begitu juga dengan jantung dan organ-organ dalaman lain yang mempunyai koordinasi sepenuhnya. Tanda arah perkembangan sedemikian adalah jelas dan hal ini penting diketahui oleh para pendidik. kepalanya adalah lebih besar daripada badan.Perkembangan pembelajaran kanak-kanak bergerak mengikut arah yang dijangka. iaitu tempat bergantungnya kehidupan dan bahagian yang lebih berkembang daripada bahagian-bahagian yang lain. sedangkan koordinasi tangan dikuasai lebih lambat. proses pembesaran dan kematangan tubuh bayi bergerak daripada atas ke bawah iaitu kepala ke kaki dan daripada tengah ke luar. Contohnya.

Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza Perkembangan adalah berterusan Perkembangan adalah berperingkat-peringkat Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran Kanak-kanak adalah pelajar aktif Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar 19 . • • • • • • • • • Prinsip ABP Perkembangan domain kognitif. Perkembangan berlaku mengikut urutan. PENGENALAN Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) adalah satu amalan dan proses pembelajaran yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur. perkembangan diri. bakat dan minat murid. afektif dan psikomotor saling berkait dan mempengaruhi antara satu samalian. kebolehan.TOPIK 3 : KONSEP AMALAN YANG BERSESUAIAN DENGAN KANAK PERKEMBANGAN KANAK- 1. 2.

2.3 Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari segi minat. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut urutan dengan diikuti oleh kemahiran.4 Perkembangan adalah berterusan 20 . 2. emosi. afektif dan psikomoto saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain. Implikasi Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran.1 Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan kanak-kanak Perkembangan domain kognitif. personaliti. Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan dalam domain lain. keperluan. Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal. 2. Guru harus menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai sengan mereka. Implikasi Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain. emosi dan kognitif yang saling berkitan antara satu sama lain. gaya pembelajaran.• • 2. Implikasi Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. kekuatan. pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. pengalaman dan latar belakang keluarga.2 Perkembangan berlaku mengikut urutan. sosial. pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya.

21 . Implikasi Guru harus menyediakan aktiviti untuk murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman sebenar menggunakan pelbagai media seperti membina.Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memebri kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka. dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran bermakna. melkis.7 Kanak-kanak adalah pelajar aktif Kanak-kanak adalah pelajar aktif dan memahami perekitaran dunia mereka darpada pengalaman di rumah. 2. bermain peranan . Implikasi Guru harus peka akan pengalaman sedia aada murid. berbual dan melakar.5 Perkembangan adalah berperingkat-peringkat. 2. komuniti dan masyarakat setempat yang saling berkaitan antara satu sama lain.6 Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran murid iaitu berlaku dalam kontek sosio budaya keluarga yang berbeza. Implikasi Guru harus mempelajari dan memahami sosi budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran muris tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke peringkat optima. 2. Perkembangan kanak-kanak berlaku dalam konteks sosio budaya mengikut arah yang lebih komplek. di tadika dan dalam komuniti.

Implikasi Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka. emosi. 22 .10 Kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya pembelajaran Murid boleh menunjukkan pelbagai cara mengenai apa yang mereka tahu daripada pengalaman pembelajaran mereka. Implikasi Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai. 2.8 Konsep main penting pada perkembangan kanak-kanak Konsep bermain sambil belajar adalah penting sebagai alat untuk meningkatkan perkembangan sosial. rohani.9 Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar Proses perkambangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang untuk melatih kemahiran. Kemahiran-kemahiran yang baru atau menjalankan aktiviti yang kebih mencabar. Implikasi Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat yang optimum. dan kognitif seseorang kanak-kanak. Implikasi Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan merangsang minda murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka. 2. auditori atau kinestetik. Mereka menunjukkan pelbagai gaya pembelajaran seperti visual. 2.

kekuatan. perkembangan diri. Penutup Pelaksanaan ABP adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur. bakat dan minat di kalangan murid-murid.2. keperluan. 23 . Implikasi Guru haris memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan. dihargai dan keperluan dipenuhi.11 Penglibatan Komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanakkanak Perkembangan dan pemgalaman pembelajaran murid berlaku dengan baik dalam kontek komuniti di mana mereka berasa selamat. kesihatan dan keselamatan murid. kebolehan. 3.

Oleh itu. sama ada secara kelas. kummpulan ataupun secara individu 2. guru perlu menyediakan aktiviti dan bahan yang konkrit dan menarik supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kebolehan. Oleh sebab murid merupakan adalah pembelajar yang aktif. PENGENALAN Dalam pendidikan prasekolah. PENDEKATAN Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri. empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu : • Pendekatan Belajar Melalui Bermain 24 .TOPIK 4 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH 1. bakat dan minat serta latar belakang murid. keperluan. aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti an sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran. Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut: • • • • • • aktiviti yang menggembirakan penerokaan dan interaksi dengan persekitaran permainan bebas dan terancang kelonggaran masa percubaan idea sendiri peluang memberi tumpuan dan perhatian Semasa melakukan aktiviti bermain. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping meningkatkan kepupayaan kognitif. penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang sama mereka belajar menerusi main. • Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Pendekatan ini diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. kemahiran motor kasar dan motor halus.1 Belajar Melalui Bermain Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam kn keupayaan kognitif. Main bagi 25 . serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina serta membantu perkembangan ke tahap optimum.• • • Pendekatan Bertema Pendekatan Bersepadu Penggunaan ICT dalam pembelajaran 2. Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Melalui bermain mereka dengan gembiran dan senang hati membuat penerokaan. suasana yang mengembirakan dan bermakna. penglihatan. keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu. bau.

Sekiranya tenaga ini tidk dikeluarkan boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesaa dan boleh mengganggu kesihatan mereka. aktivitimain tidak terhad. • Teori Instinct Alam kanak-kanak merupakan tempoh seseorang menyediakan diri ke arah kedewasaan. 2. Main menjadi latihan berimaginasi dan menjadi alat untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran serta membantu perkembangan kognitif. 2.orang dewasa ialah untuk beriadah. • Teori Psikodinamik Bermain akan dapay mengurangkan kebimbangan dan rasa takut dengan membawanya ke peringkat sedar. • Teori Relaxation Manusia kehabisan tenaga jadi ianya perlu diganti. Kehidupan moden menyebabkan manusia mengalami tekanan. badminton dan golf.1. Dalam tempoh ini pengalaman bermain dan lain-lain merupakan latihan membantu mencapai kematangan.3 Konsep belajar melalui bermain 26 . Permainan perlu untuk melegakan dan mengganti tenaga.2 • Teori-teori main Teori Tenaga Berlebihan Tenaga yang berlebihan perlu dikeluarkan. • Teori Perkembangan Kognitif Dilihat dari sudut intelek.1. Ada pula yang menjadikan main sebagai profesion seperti main bola sepak. Main pula bagi kanakkanak dua perkara akan bertaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial dan kognitif.

terancang dan selamat.• Sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang murid-murid melahirkan perasaan. Di sebaliknya kanak-kanak yang bertanding untuk membina kereta menggunakan bongkah dianggap tidak bermain. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanakkanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. menyeronokkan dan berorientasikan proses. Kanakkanak yang disuruh menggunakan bongkah berwarna merah sahaja masih dianggap bukan bermain.1. Mereka bermain kerana sukakannya. Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan orang dewasa. penggunaan bahan dan peralatan. Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain. Bebas. 2. Semua berdasarkan deria realiti kanak-kanak. Kanak-kanak akan membina kefahaman sesuatu konsep menerusi bermain sama ada konsep sosial atau kognitif. peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. • Murid dapat meneroka. Ini bermakna aspek di luar masa. mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatau kemahiran. wang atau makanan. Terdapat dua pandangan tentang peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji iaitu: 27 .5 Peringkat perkembangan main Kanak-kanak belajar menerusi main. Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian Membantu mengembangkan pertumbuhan darisegi kognitif dan psikomotor. Sebenarnya kanak-kanak bermain tidak memerlukan ganjaran pujian. persekitaran. Pada masa yang sama main dapat memberi manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif.1. • • • 2.4 Kepentingan main dan permainan Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang daripada motivasi sendiri. Kanak-kanak yang disuruh untuk melabelkan warna pada lakarannya tidak dianggap bermain.

• main pemerhatian (onlooker play) . Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. 28 . dan • main koperatif (cooperative play) .kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan. Beliau melihat aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya.(a) Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932) Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari aspek sosial.kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. (b) Kategori Main Kognitif Mengikut Sara Smilansky (1968) Manakala Sara Smilansky (1968) melihat main dari aspek kognitif. Main dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanakkanak menggunakan bahan atau peralatan mainan itu sendiri. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanakkanak menerusi main. • • main selari (parallel play) main asosiatif (associative play) . Pandangan Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepada pengkelasan yang telah dibuat oleh Parten. • main tidak sendirian (solitary play) - kanak-kanak bermain sendirian.kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut: • perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior) .kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktivitimain.

kanak-kanak ini bermain melibatkan mencipta sesuatu objek. Permainan ini melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik. buaian. Alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir. Ia juga melibatkan fantasi dan imaginasi kanak-kanak. • main konstruktif (constructive play) .kanak-kanak ini bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan di pusat pembelajaran. jongkang jongkit. orang dewasa dan bahan yang disediakan. dan • main dengan peraturan (games with rules) . mengubahsuai bermain melibatkan penerimaan peraturan dalam permainan. • main dramatika (dramatic play) . Dengan itu kanak-kanak tersebut mempelajari dan mengalami banyak pembelajaran semasa menjalankan interaksi dengan rakan sebaya. (d) Permainan luar Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan terkawal.Kategori main mengikut Smilansky: • main berfungsi (functional play) .kanak-kanak ini pandangan. tidak formal dan tidak berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. bekas main air. terowong. rangka besi dan gelungsur adalah untuk 29 . (c) Permainan Bebas Permainan bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan. (d) Permainan lakonan atau olok-olok Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam permainan tersebut.kanak-kanak ini menggunakan objek mainan untuk menggantikan sesuatu imaginasi.

2. otot besar. tinggi dan rendah. Keadaan ini menyebabkan dia perlu membina persamaan antara gelas kepunyaannya sebelum ini dan gelas yang baru dilihatnya. perkembangan bahasa. kanak-kanak dapat mempelajari beberapa konsep seperti imbangan. tarikan gravity. Kanak-kanak perlu membina persamaan antara sekeping jigsaw puzzle dan ruang jigsaw puzzle. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu menyediakan main bercorak konstruktif selain dari bersosial. Di dalam kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun kanak-kanak bermain untuk membina konsep. mengikut giliran. Apabila dia datang semula di meja terdapat dua gelas air sirap.3 menunjukkan contoh bagaimana aktiviti pengajaran yang dikendalikan dapat membantu murid-murid membina konsep menerusi pemerhatian dan pengalaman.membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan. Contoh yang lain seorang kanakkanak meletakkan segelas air sirap di atas meja kemudian bermain di sudut pembelajaran. 30 . Aktiviti permainan luar ini melibatkan perkembangan otot kecil. Dia tentunya akan tertanya-tanya yang manakah gelas miliknya. bekerjasama. Pengenalan melibatkan antara dua penglihatan terhadap objek yang sama. Kanak-kanak kerap berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti persamaan antara objek dan peristiwa. Contohnya untuk meletakkan sekeping jigsaw puzzle di atas papan jigsaw. berat dan ringan. tolong-menolong. Terdapat dua jenis persamaan iaitu pengenalan (identity) dan kesetaraan (equivalence). Semasa bermain dengan alatan tersebut. Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar. Manakala kesetaraan melibatkan persamaan dua atau lebih objek. bersikap sederhana dan hormatmenghormati.6 Main dalam pembelajaran kanak-kanak Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelumnya main adalah proses pembelajaran kanak-kanak untuk memahami sesuatu konsep. Melalui penerokaan dan membina semula konsep menerusi main dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang ingin diketahui.1. ayunan serta konsep banyak dan sedikit. koordinasi tubuh badan. Rajah 1. interaksi sosial dan kreativiti. membanding dan membezakan.

Manakala kesetaraan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dan jigsaw puzzle. Kesimpulannya persamaan terbina sama ada antara dua penglihatan objek atau peristiwa. dan tahap dapatan sebenar. Kanak-kanak terpaksa membanding beza dua objek untuk disesuaikan. tahap penolakan tahap darjah berhati-hati. Dia tidak dapat membezakan gelas miliknya. Sebagai contoh air (rupa asal permulaan) boleh diubah kepada warna merah (rupa akhir) dengan meletakkan sirap merah (perubahan). Peranan guru sebagai pendorong mencetuskan pembinaan pemikiran konstruktif kanak-kanak terhadap sesuatu konsep. Piaget telah mengenal pasti enam tahap keupayaan kanak-kanak memikirkan tentang perubahan dari usia 1 hingga 7 tahun.Pengenalan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dengan gelas air minuman. Perubahan adalah sesuatu yang kanak-kanak mahukan. Mungkin mereka boleh menggunakan kain menapis warna atau pun menambah air ke dalam bekas. Manakala kanak-kanak menyesuaikan kemahiran dan konsep yang perlu dibina menerusi aktiviti main konstruktif. tahap fungsi. Jika kanak-kanak ingin mengubahnya ke rupa asal permulaan mereka perlu tahu sesuatu tentang cara air menjadi merah. Setiap perubahan melibatkan tempat permulaan dan tempat berakhir. Perubahan berlaku di antara tempat permulaan dan tempat berakhir. Guru menyediakan persekitaran dan bahan/peralatan pembelajaran. Hal ini penting untuk memahami penemuan oleh kanak-kanak sewaktu percubaannya menyelesaikan masalah. Berdasarkan pandangan teori yang dikemukakan oleh Piaget main konsruktif dianggap sesuai untuk aktiviti penerokaan dan penemuan. Main di kelas tadika/prasekolah boleh dibahagikan kepada: 31 . Secara umum enam aras perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) tahap berbeza sepenuhnya. antara objek yang berbeza atau peristiwa. tahap kepelbagaian.

benar dan bermakna disediakan Bahan yang digunakan mengalakkan komunikasi dan imaginasi Permainan menarik minat dan menggembirakan murid Faedah pendekatan belajar melalui bermain Melalui main sambil belajar. pendekatan dan aktiviti melibatkan unsur main sebagai intipati keseluruhan pembelajaran kanak-kanak. dan.1.guru menyediakan peralatan permainan di sudut- sudut tertentu untuk dipilih oleh murid.8 Hasil pembelajaran yang ingin dicapai perlu ditentukan. model. Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa Meningkatkan kemahian emosi 32 . Kesimpulannya main merupakan aspek penting dalam kehidupan kanak-kanak.1. Main dalam konteks pembelajaran kanak-kanak adalah suatu proses pembelajaran secara keseluruhan. Germain juga merupakan suatu rangsangan untuk kanakkanak belajar. (b) main main terancang . Kanakkanak belajar menerusi main.7 Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain Sebelum mekasanakan pendekatan ini. Kenyataan yang mengatakan 'bermain sambil belajar' atau 'belajar sambil bermain' bermaksud keseluruhan konsep pembelajaran kanak-kanak yang menekankan adanya unsur main dalam pembelajaran kanak-kanak. Meningkatkan keupayaan kognitif. murid-murid boleh: • • • • Mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spasifik. guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: • • • • • 2. Biasanya aktiviti ini dijalankan semasa rutin atau sementara menunggu aktiviti pembelajaran bermula. Setiap program.guru merancang pembelajaran dengan memasukkan unsur dalam aktiviti pembelajaran. Bahan dan peralatan boleh digunakan sebagai alat bantu yang mengukuhkan sesuatu konsep yang dilakukan menerusi main. 2. Bahan perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid Bahan konkrit.(a) main pilihan sendiri .

33 . Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topic-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkaa yang sama.• • • Mengukuhkan perkembangan fizikal Menguasai kemahiran manipulatif Melahir dan menyatakan perasaan 2. Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. membac. Tema boleh diangap sebagai rangsangan kearah pembelajaran. pendekatan ini memberi peluang kepada murid meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. sebagai contoh haiwan sebagai tema. Selain itu. berfikir dan emosi serta sosial. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanakkanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidan pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. asas matematik. Selain itu. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami.2 Pendekatan Bertema Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa. tempat. minat dan latar belakang murid. Tema yang dipilh dijadikan sebagai wahana untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur. menulis.

34 .2.2 • Boleh merentas semua komponen Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid Bersesuaian dengan situasi.Namakan Bunyi Menyanyikan lagu “cicak” HAIWAN Membilang haiwan di rumah Melukis haiwan di ladang 2.2.1 Faktor-faktor pemilhan pendekatan bertema Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut: • • • • • • 2. masa dan peristiwa Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Guru berminat terhadap tema yang dipilih Pemeringkatan tema dari mudah kepada yang lebih mencabar Kepentingan pendekatan bertema Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahanan untuk menghubungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan.

• Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang. Oleh itu pendekatan bersepadu digunakan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan lebih daripada satu komponen dalam aktiviti pembeajaran.3 Pelaksanaan pendekatan bertema Sebelum melaksanakan pendekatan ini.2. Selain daripada kesepaduan antara komponen. pendekatan ini melibatkan juga kesepaduan antara: • • • Beberapa kemahiran Kemahiran dan nilai murni Aktiviti dalam kelas dan luar kelas 35 . Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dan tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza. guru perlu: • • • • • Mengenalpasti tema yang hendak digunakan Menjana idea berkaitan tema Membina peta minda tema yang mengandungi komponen yang berkaitan dengan tema Menyediakan senarai aktiviti kepada setiap komponen yang berkaitan dengan tema merancang iklim dan menyusun persekitaran kelas dan ousat oembelajaran supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan tema. 2. sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaan dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.3 Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. 2. Dalam kehidupan sebenar.

kanak-kanak dapat merasakan tekstur pasir seperti kasar. Guru perlu Pendekatan menggunakan pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kemahiran dan nilai murni yang berkaitan antara satu sama lain. emosi. hasil pembelajaran adalah kemahiran membaca dan hasil pembelajaran adalah menulis.• • Aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid Pelbagai kaedah dan teknik Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan murid peluang : • Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza dari segi perkembangan. halus. kemahiran membina timbunan pasir mengikut urutan menaik ataupun menurun. rohani dan intelek. Pendekatan bersepadu boleh menggabungkan beberapa kemahiran mendengar. konsep seperti kering dan basah. Merujuk jadual di bawah. Lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar. Semua deria kanak-kanak terlibat secara langsung dalam pelbagai situasi yang dapat merangsang pembelajaran di dalam atau di luar kelas. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi Meningkatkan nilai murni bersepadu boleh digunakan dalam aktiviti seharian. konsep. minat dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang. Kanak-kanak memperoleh ilmu. Contohnya dalam permainan pasir. bertutur dan menulis atauoun menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani. • • • • • Meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam. Ilmu pengetahuan yang dipelajari mesti diamalkan. Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti secara aktif. serta memupuk nilai murni seperti bekerjasama. Topik Komponen Kandungan Hasil Pembelajaran Aktiviti/Peralatan 36 . membaca. Kaedah pendekatan ini menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Pengajaran dan pembelajaran adalah tidak formal. bertolak ansur dan berdisipli.

1 • • • Membantu proses pengajaran dan pembelajaran Memperoleh maklumat Berinteraksi dengan bahan untuk bekajar sendiri dan bersama rakan sebaya Memperkayakan pengalaman pembelajaran Kepentingan penggunaan ICT Membantu membentuk persepsi pemikiran murid. Pendekatan ini digunakan untuk : • • • • 2.1 Mengenal bentuk huruf 3. Poster besar huruf kecil dan huruf menulis 4.2. ICT sebahagaina daripada kehidupan masa kini Boleh dijadikan bahan bantu mengajar 37 .4 Menulis huruf mengikut cara yang betul Membaca abjad dan abjad.1 Membina kemahiran menulis 2.1.1 • • • • • 2.Abjad Bahasa Melayu 3.3 Mengenal bentuk huruf kecil dan huruf besar 4.4.4 Pendekatan bersepadu melibatkan Kesepaduan antara komponen Kesepaduan kemahiran dan nilai murni Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan murid Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik Penggunaan ICT dalam pembelajaran Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana ianya memberi peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang berbeza-beza untuk memenuhi keperluan setiap individu.3. Murid boleh menggunakan computer secara berpasangan untuk menggalakkan mereka sama-sama meneroka dan memperolehi pembelajaran.

2 • • • • • • • • • • • Prinsip-prinsip penggunaan ICT Kesesuaian umur Kepentingan Kawalan kanak-kanak Arahan jelas Penggunaan berdikari Tanpa keganasan Berorientasikan proses model yang sebenar Ciri-ciri teknikal Boleh ditranformasikan Kepelbagaian bahasa 38 . Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat 2.• • • • Boleh diprogramkan dengan perisian khas Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan.4.

1 Sebelum demontrasi a) Guru hendaklah menentukan topik. Tunjuk cara Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. 2. PENGENALAN Di bawah konteks pendidikan. Oleh itu teknik tunjuk cra juga dikenali sebagai demonstrasi.TOPIK 5 : TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH 1. b) Alatan hendaklah disediakan dan disusun mengikut langkahlangkah demonstrasi yang ditentukan.1. objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. 2. teknik pengajaran ditakrifkan sebagai kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat murid. mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.1 Prinsip-prinsip tunjuk cara Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara sengan berkesan guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjukcara berikut 2. 39 .

c) Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikannya dengan jelas. guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya. e) Jika masa mengizinkan. 2. 2. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota. Ini akan memastikan bahawa muridmurid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul. guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi. e) Sebelum memulakan demonstrasi. c) Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. d) Pastikan keselamatan sebelum mengunakan alat. b) Sekiranya murid menunjukkan kerahuan. b) Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka membuat rumusan. menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian semua murid dapat melihat demonstrasi serta d) Pastikan mendengar penerangan guru dengan jelas.1. atau bahan yang meungkin boleh menyebabkan kemalangan. 2.1.2 Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara 40 .2 Semasa demonstrasi a) Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.3 Selepas demonstrasi a) Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian demomonstrasi yang penting. guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya tanpa membuat sebarang kesilapan. c) Guru murid.

pelaksanaan. Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid. Meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid. antaranya ialah: • • • • Menjadikan murid aktif Membangkitkan minat dan tumpuan murid.1 Perancangan a) Penentuan topik dan objektif. 3. c) Penggunaan alat mengikut langkah-lankah yang disediakan. Menyoal semasa pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa tujuan. b) Guru membetulkan kesilapan murid. 2. b) Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang berkaitan.4 Penutup a) Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. latihan dan penutup. d) Penyusunan tempat demonstrasi 2.Pengajaran mengunakan tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti perancangan.2.2.2. Kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara penyoalan guru dengan pencapaian pelajar (Turney et. 2.3 Latihan a) Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran. b) Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup. al 973). Penyoalan Teknik penyoalan merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadang menjadi dominant dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. 41 .2 Pelaksanaan a) Penerangan tujuan demonstrasi. b) Perancangan langkah-langkah demonstrasi c) Persediaan alatan. d) Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian.2. 2.

respons kepada soalan guru. • • • • • Betul daripada tatabahasanya supaya maksudnya lebih jelas. Dikhususkan supaya lebih jelas. Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada Kemukakan soalan dahulu. jawapan pelajar seolah-olah guru menjawab soalan sendiri. tidak berbelit-belit. Pendek. soalan. Soalan Sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan urid dalam bilik b) Cara menyoal • • • • • • • • • • Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah. Releven dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Pelbagaikan aras dan jenis soalan.1 Prinsip menyoal a) • darjah.2 Tujuan menyoal mengikut peringkat dalam pengajaran Paintal (1980) menjelaskan tujuam sseorang guru menyoal mengikut langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut : Peringkat a. Elakkan daripada guru bercakap terlampau banyak. Pengenalan Tujuan menyoal: • • • membantu set induksi guru mengetahui apa yang murid tahu mengulang pelajaran lepas 42 . 3. Dorong dan cungkil jawapan daripada murid yang tidak mampu memberi Elakkan mengulang-ulang soalan. Elakkan daripada menjawab soalan sendiri atau menyusun semula Elakkan daripada mengulang-ulang jawapan pelajar. kemudian menyebut nama murid. Melayan jawapan yang salah dengan baik. Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab.3.

• mengemukakan masalah yang berkaitan dengan topik pengajaran. memberi bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat yang dirancang melaluisatu proses yang panjang. konsep fasilitator merujuk kepada usaha-usaha untuk: • • • • • • • Menjadikan senang Menggalakkan Memudahkan Mempercepatkan Membantu Memajukan Menolong 43 . Pemudahcaraan Pemudahcaraan adalah teknik yang digunakan guru untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun. memimpin murid membuat pemerhatian dan inferen d. Aplikasi • • • fokus dan penjelasan menghilangkan kesukaran dan membantu individu murid. memujuk. Penyampaian • • • mengekalkan minat dan tumpuan murid menggalakkan penaakulan dan pemikiran logik mengetahui murid. membimbing. setakat mana kefahaman c. Secara mudah. Penutup • • • mengulang isi utama menguji kefahaman murid mencadangkan masalah dan isu berkaitan 4. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik. b. mengukuh.

tepuk tangan. ulang dan kembangkan jawapan murid. memahami sesuatu konsep dan pengukuhan.1 Teknik-teknik pemudahcaraan 1. • • • • • • • • Penyoalan Bertujuan untuk memperluaskan idea Berfokus daripada soalan umum kepada khusus Mengikut aras pengetahuan Menggalakka pemikiran semula Jelas dari segi aras dan frasa Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir Sebaran kepada semua murid-murid Layanan jawapan sama ada memberi pujian atau galakkan 2. Gerak isyarat seperti senyum. 44 . Renung kembali • • • • Menggalakkan murid merenung. angguk. Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid lalui. hubungan mesra dan yakin kerana dihargai. murid-murid menjadi lebih positif. bahu atau bahagian belakang. Sentuhan kepala. • Tidak menghukum salah dan betul/ 3. Layan dan damping • • • • • • Memberi perhatian dengan komunikasi mesra Menggunakan bahasa yang memujuk. Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid. ‘bagus’. tidak menyergah atau mengancam. disiplin kelas terkawal. ‘ha’. melihat ke depan dan belakang. Sesuai digunakan apabila melakukan tajuk baru. Libatkan lisan seperti ‘ya’. tulis jawapan di papan hitam atau mengangkat ibu jari. imbas kembali pengalaman.4. Dapat meninggalkan kesan semangat ingin belajar. sebutan ‘baik’.

5. Melibatkan struktur pemikiran. • ZPD merupakan lingkungan di mana kanak-kanak dapat berfikir melebihijangkaan usianya hasil daripada interaksi degan orang dewasa yang kebih kompeten. Pensrukturan kognitif • • • • • • • Membantu murid memahami konsep dan menggunakan potensi kognitif yang ada. Berkongsi untuk menyelesaikan masalah. • • • Guru memberi galakan berinteraksi. Memberi pembayang. 45 . Penyoalan perlu terancang dan mengikut aras. Merangkumi alam fantasi murid-murid menjelaskan sesuatu konsep yang sesuai dengan pengalaman mereka. Guru sebagai pemangkin dalam kumpulan. Pembelajaran berlaku dengan sangat efektif apabila berlakunya interaksi antara kanak-kanak dengan orang dewasa yang kebih kompeten. Melibatkan penerokaan persamaan yang terdapat pada sesuatu konsep atau idea. 6. Memperkukuhkan idea murid. Melibatkan pengalaman sedia ada dan penerokaan idea. Menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah/tugasan. memberi motovasi dan memberi dorongan. Kongsi dan bina bersama • • • • • • • Berkongsi bersama guru dan murid dalam mencapai objektif ssuatu aktviti. Memberi bantuan dan solongan dalam bentuk verbal. tindakan dan kepercayaan individu. Berkongsi selesaikan masalah. Dapat mendfinisikan sesuatu.4. Scaffolding • Scaffolding adalah ciri yang dikemukakan oleh Vigotsky dam Zon of Proximal Development (ZPD). Guru mencadangkan idea/petunjuk dan murid buat keputusan.

2 Kepentingan kemahiran teknik pemudahcaraan a) b) c) Memotivasikan murid supaya sentiasa mempunyai dorongan yang kuat Membantu murid-murid mencari penyelesaian yang dihadapi dalam Membimbing murid-murid dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan untuk belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik. Apabila guru mendengar apa yang ingin disampaikan oleh muridnya. baik dan berkesan. Memupuk kemahiran bahasa kanak-kanak denga bertutur.7. Mendengar • • Guru sebagai pendengar yang aktif. 9. berbual. 8. Pengembangan bahasa dan idea • • • • • Teknik memperkembangkan bahasa dan perbendaharaan kata murid seta meningkatkan kemahiran berfikir. bercerita. bersoal jawab dan galakan bertanya. Guru dapat menilai dan mengesan kelemahan murid. • • • Guru perlu memahami apa yang ingin disampaikan oleh murid dan melayani setiap soalan dan pandangan yang diberikan oleh murid dengan adil. 4. Memupuk keyakinan diri. Murid berasa diri mereka dihargai dan diterima apabila idea mereka didengar oleh orang lain. Satu siri layanan guru untuk mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki. Meningkatkan kemahiran bertutur. Banyak memberi pemujukan . beliau telah mewujudkan situasi penerimaan terhadap kanak-kanak dan idea yang disarankan. Memperluaskan perbendaharaan kata. 46 . Galak dan saran • • • • Guru lebih banyak membuat pengesyoran sebagai alternatif. pembelajaran. Banyak memberi pandu arah supaya sesuatu aktiviti lebih jelas dan tersusun.

Melaluinya dapat dorasakan apa yang dirasakan oleh orang lain (empati).2 Langkah mendengar a) Menerima • • • • Memberi tumpuan kepada kata dan gerak geri badan. tidak terancam. e) Mendengar untuk menolong. Mendengar juga adalah suatu pengiktirafan.d) e) f) g) h) i) Meneguhkan pembelajaran murid-murid dengan menggunakan ganjaran Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih mencabar dan Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan Menyediakan murid-murid untuk mencari dan menambahkan dan pujian. c) Mendengar untuk mempengaruhi agar dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku. 5.1 Fungsi mendengar a) Mendengar untuk belajar memahami orang lain. tidak menghukum dan mesra. Meneguhkan tingkah laku positif. Aktiviti seperti gurau senda. b) Mendengar untuk menjalin hubungan dan seterusnya boleh mencipta kasih sayang. Bagaimanapun mesti dapat membandingkan antara bergurau dengan serius. d) Mendengar untuk berseronok. diri sendiri dan alam. 5. menyeronokkan. pengetahuan. dan sentiasa membiarkan seseorang menghabiskan percakapan sebelum kita pula yang bercakap. 5. penumpuan perhatian. Menumpukan perhatian . dan menyeronokkan bagi mencapai aktiviti pengajaran. Mendengar Kemahiran mendengar merupakan suatu proses aktiviti komunikasi yang penting dan berkesan. Mendengar apa yang dikatakan dan tidak dikatakan. Menghindarkan tingkah laku negatif secara terbuka. Jangan suka mencelah 47 .

Kenalpasti sama ada ucapan itu adalah fakta. Kenalpasti sebarang prasangka e) Memberi respons • • • 5. Sentiasa bersikap jujur. Meminta lebih banyak pengalaman. b) Memahami • • • • • Mengaitkan apa yang dikata demngan apa yang kita ketahui. pendapat peribadi atau andaian sahaja. Apabila tidak setuju. 48 . Jangan mengganggu orang yang sedang bercakap. baru membuat penilaian.” Langkah kemahiran mendengar yang berkesan a) Gunakan lebih masa untuk mendengar daripada bercakap. Memahami apa yang diperkatakan dari sudut pandangan individu yang bertutur. Mengukangi apa yang dikatakan oleh individu berkenaan dengan menggunakan perkataan sendiri. tunggu sehingga mereka menghabiskan percakapan.3 Tunjukkan sikap dukungan dan gerak geri mengangguk. minta penjelasan yang lebih lanjut. Menunggu sehngga habis percakapan. Mengulang nama dan perkara penting d) Menilai • • • • • Elakkan daripada menilai sebelum seseorang itu habis bercakap/ Perlu mengandaokan seseorang itu berniat baik. b) Cari sesuatu yang lebih baik atau menarik. Meringkaskan apa yang telah diucapkan. c) Mengingat • • • Mengenalpasti pekara penting. Gunakan ayat-ayat “saya setuju” dan “saya fakir….• Jangan memperdlikan gangguan semasa mendengar.

d) Mencelah atau manyampuk e) Fikiran yang merewang f) Tertidur 49 . ia akan membantu untuk menghasilkan sesuatu keputusan. b) Mengkritik percakapan individu lain. g) Bekerja dan memberi tumuan semasa mendengar.4 Pendengar yang berkesan g) Berhati-hati. adalah penting untuk mewujudkan penerimaan dan meningkatkan rasa saling mempercayai serta menghargai.6 Pendengar yang pasif a) Beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik. b) Menilai kandungan ucapan . tapis dan timbang setiap pendengaran.5 Pendengar yang aktif a) Cari perkara yang menarik minat pendengar.c) Jangan mengganggu orang yang seang bercakap. c) Mendenar pendapat-pendapat yang dikemukakan dan menjiwai apa yang diperkatakan oleh seseorang. 5. bukannya cara penyampaian. Selain itu. d) Dengar dengan teliti kerana kadang-kadang apa yang dicakapkan bukan apa yang dimaksudkan. c) Medengar secara memilih. Jangan terus membuat Thomas Gordon (1970) menjelaskan bahawa pendengaran yang aktif merupakan kemahiran komunikasi yang dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah. f) Ambil kedudukan yang sesuai apabila sedang mendengar. d) Meredakan perasaan diri. Apabila wujudnya suasana komunikasi yang terbuka. kesimpulan. Pendengar akan terlibat dengan kehendak penghantar maklumat semasa berkomunikasi. h) Sentiasa menolak gangguan 5. e) Bersikap fleksibel f) Menyedari maklumat bukan lisan. 5. e) Ambil catatan tentang apa yang didengar apabila perlu dan sesuai.

d) Menggunakan bahasa yang mudah dan difahami oleh murid. 6.1 Faktor-faktor penggunaan modeling a) Membimbing murid membina identiti. Guru yang mempunyai kemahiran modeling dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang. e) Sibuk bercakap. c) Membuat penilaian. b) Menunjukkan rasa menghargai murid. e) Menyebut setiap perkataan denga jelas.2 Ciri-ciri modeling yang baik a) Demonstrasi cara menyelesaikan masalah. c) Bersedia untuk membetulkan kesalahan murid. f) Tidak minat mendengar. b) Pura-pura mendengar. Kemahiran modeling perlu ada pada setiap guru kerana ianya dapat menarik minat murid terhadap isi pelajaran dan membina kemahiran berkomunikasi sesame pelajar dan guru. 6. d) Sibuk memikirkan apa yang ada dalam fikiran sendiri.5. dan bukannya sibuk mendengar. 6. c) Menggalakkan murid berfikiran kritis. 50 . b) Murid akan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. d) Murid berani mengemukakan pendapat. Modelling Modelling merupakan suatu proses demonstrasi bagi menggambarkan sessuatu dengan berkesan. e) Murid dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik.7 Halangan mendengar a) Hanya mahukan maklumat yang boleh digunakan untuk mengkritik individu itu semula.

51 .f) Melibatkan semua murid dalam aktiviti dengan menggunakan arahan yang jelas. terbuka dengan murid. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga harus disediakan. guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.1 Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita Untuk menguasai kemahiran bercerita. 7. e) Guru meminta pendapat murid tentang isi-isi berita yang diperlukan. semasa. c) Alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan. guru harus memahami dan mematuhi prinsipprinsip panduan berikut: a) Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat. d) Guru menunjukkan cara menulis berita menggunakan transparensi. c) Ketua kumpulan membacakan rumusan yang dibuat dan guru membimbing murid mengenai ciri-ciri berita yang baik. guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu. b) Sebelum sesi bercerita. patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. 6. umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. g) Masalah-masalah yang timbul ketika membuat tugasan dibincangkan secara h) Tidak mengganggu murid ketika mereka menunjukkan pemikiran yang rasional. kad-kad gambar. b) Murid membaca berita yang sama dan membuat rumusan berita tersebut dalam kumpulan. kebolehan. Bercerita Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Melalui kaedah bercerita. f) Murid menulis karangan jenis berita di dalam buku masing-masing. g) Guru akan memberi reespon sekiranya ada masalah yang timbuk dari masa ke 7.3 Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran a) Guru memperdengarkan rakaman berita.

m) Selepas bercerita. i) j) Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas. 7. h) Pastikan suara jelas dan lantang. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan oengalaman murid. Cara ini sangat berkesan Pada peringkat ini guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai. k) Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh murid. misalnya aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita tersebut. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat mengembangkan daya imaginasi mereka. Kemahiran variasi rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watakwatak dan suasana cerita. l) Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semulajadi. e) Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita. untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan. f) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi. kad gambar atau topenhg-topeng yang perlu digunakan untuk 52 . Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang sukar. Semasa sesi bercerita. Selepas cerita dipilih.d) Sebelum memulakan sesi bercerita. Aktiviti lakonan guru harus dielakkan. Di samping itu. Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid untuk menjalankan aktiviti lakonan. guru perlu menyediakan alat bantu engajar seperti kad perkataan. Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni. guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. aktiviti susulan harus diadakan. guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri.2 Perancangan dan persediaan g) Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. Panjang atau pendek crita hendaklah sepada dengan peruntukan masa. sekorang-kurangnya sekali. selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru.

Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid selepas bercerita. 7.3 Sesi bercerita Langkah pelaksanaan sesi bercerita ini hendaklah dimulakan dengan set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Di antaranya ialah : a) Menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan. 53 . Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu.murid-murid berlakon selepas bercerita.4 Penutup Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita. b) Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan mengunakan perkataan sendiri. guru boleh menggunakan suara. 7. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita. guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalansoalan membimbing nereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup. gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup bercerita ini. c) Berbincang dengan nurid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. Semasa bercerita. d) Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan. Sebelum mula bercerita.

• Main selari (parallel play) – kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. • Main asosiatif (associative play) – kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main. • Main pemerhatian (onlooker play) – kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak permainan. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut: • Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) – kanak-kanak bergerak di dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam 54 .Main Sosial. dan • Main koperatif (cooperative play) – kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. • Main sendirian (solitary play) – kanak-kanak bermain sendirian.Teori Mildred Parten (1932) Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial.

kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contohnya. bersama-sama dengan kumpulan berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal Mereka jawab juga yang secara tidak langsung ahli dapat merangsang mereka perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak. mereka bersama-sama berbincang 55 . fizikal. kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Contohnya dalam permainan ini. bahasa. belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seperti daya kreatif. (a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan masa ‘untuk memainkannya’ dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. sosioemosi dan moral. kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya.1 Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak Secara umumnya. nilai wang. 2. dan urusan jual beli di pasar atau pun pasar raya. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan. Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak. Untuk bermain dengan jayanya. Melalui permainan ini. Kanakkanak akan mendapat pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang.

kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. (d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur. Dalam permainan ini. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu. Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua bagi kumpulan mereka. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang. (e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual. 56 . Apabila permainan berlangsung. Dalam permainan ini.untuk mencari jalan penyelesaian. Kanak-kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaikbaiknya. setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masingmasing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui. masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->