You are on page 1of 5

PENGENALAN

Perlembagaan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah negara, Ia


merupakan satu set perundangan yang mengatur perhubungan antara pemerintah dan
rakyat, juga antara rakyat dengan rakyat yang bersifat majmuk seperti Malaysia.
Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang
dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai
organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.
Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu
dokumen. Perlembagaan tidak bertulis pula merupakan semua prinsip perlembagaan
yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang –undang yang diluluskan
oleh parlimen dan keputusan –keputusan mahkamah.

Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan


sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub
sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah
sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh
dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan
adalah:

• Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta


prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada
kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara
• Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga
tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.
Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
• Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan
pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur,
ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada negara.
Negara kita mengamalkan perlembagaan bertulis, di mana badan perundangan ,
kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan
Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Ia menyentuh bidang
kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman , kedudukan agama Islam , kewarganegaraan ,
bahasa kebangsaan , kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan
Sarawak. Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber
undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi
keluhurannya. Di Malaysia , tidak ada insitusi yang boleh mengatasi ketertinggian
perlembagaan Malaysia. Malah ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan , kehakiman,
eksekutif) dan Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
Contohnya kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk
kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Undang –undang persekutuan
atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah
jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana ,
perlembagaan memperuntukan dengan nyata dalam Perkara 4(1) : Perlembagaan
Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang –
undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal
setakat mana yang berlawanan.
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan


British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut
digubal berikutan penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan
Union telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan
perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini
adalah kerana banyak perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British
berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah
mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi sejak zaman
Kesultanan Melaka lagi.

Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan
satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan
yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-
nilai tradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah:
Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan
Bahasa.

Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan itu.

Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong


Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai
kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32,
perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41.

Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen
penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival
orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah
berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan
dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan
negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

2. Agama Islam
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi
Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11).
Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau
disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes
Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah
menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan
falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka
perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara
tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada
ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa
pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang
berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa
diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan
persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan
agama.

3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu


Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah
dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan
bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang
Ekonomi – Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu,
kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam
peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan
Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu
dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini
tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan
penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu
diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih
banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orang-
orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi
membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan
berbanding kaum lain.

4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk
digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152
(6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau
kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi
negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu
telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di
sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk
memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi
sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.