Kemunculan tamadun Islam pada abad ke-7 Masehi menandakan bermulanya era pencerahan umat manusia dan keunggulan ilmu

pengetahuan. Menyedari hal ini Mulyadhi Kartanegara mengatakan bahawa renaissans pertama sebenarnya bermula pada abad ke-7 oleh umat Islam, renaissans kedua berlaku pada abad ke-16 oleh masyarakat Eropah dan diharapkan umat Islam pada abad ke 21 akan melakukan renaissanse yang ketiga.[1] Bertentangan dengan tanggapan golongan sekular, Islam pada hakikatnya sinonim dengan kemajuan sains dan teknologi. Islam mengajar manusia untuk berfikir dengan cerdas. Mengkaji alam semesta dan menjadikannya bermanfaat untuk kehidupan. Menyedari hal ini hinggakan Muhammad Iqbal berkesimpulan bahawa kelahiran Islam sebenarnya adalah kelahiran berfikir secara induktif.[2] Pemikiran induktif inilah yang melahirkan sains dan teknologi. Sebenarnya Islam dan umat Islamlah yang memperkenalkan kaedah berfikir secara saintifik dan objektif. Walaupun sumbangan saintis-saintis Muslim terhadap perkembangan tamadun Barat kurang diberikan perhatia n oleh Barat sendiri, namun beberapa sarjana Barat yang telus, seperti Robert Briffault (1876 -1948), telah mengakui hal ini: ³science owes a great deal more to the Arab culture, its owes its existence´. Pemerhatian secara mendalam terhadap ajaran Islam semestinya akan membawa seseorang kepada kesimpulan bahawa Islam adalah agama ilmu. Kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan pada generasi awal Islam menunjukkan bahawa sains dan agama tidak bertentangan. Malahan Islam mendukung dan mendorong pengkajian ilmiah agar misi kekhalifahan dapat tercapai. Misi kekhalifahan itu sendiri sebenarnya merupakan wawasan ketamadunan. Berbeza dengan peradaban sebelum dan sesudah Islam, visi peradaban Islam meletakkan pembangunan manusia (human development) seutuhnya atau meminjam istilah Ibn Khaldun¶µumran bashari¶ sebagai matlamat utamanya. Oleh kerananya dapat disimpulkan bahawa tamadun Islam telah berjaya mentamadunkan umat manusia, mencerahkan dan mengangkat darjat mereka agar kehidupan mereka menjadi lebih bermakna dan maju. Untuk melakukan hal ini tamadun Islam telah menghapuskan apa yang dinamakan musuh musuh peradaban.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful