DENDAM!

Hasil nukilan Shariza A Rahman

Sinopsis
Along tidak menyukai adiknya, Angah. Dia berdendam terhadap adiknya itu. Barang-barang miliknya selalu dirosakkan oleh Angah. Selain itu, Along juga marah kepada Angah kerana selalu dimarahi oleh ibu dan ayahnya walaupun Angah yang melakukan kesalahan itu. Along tidak mengambil kira bahawa Angah jauh lebih muda daripadanya. Apabila kertas dokumen milik ayah mereka dikoyakkan oleh Angah, Along juga disalahkan. Menurut ayahnya, Along mesti menjaga Angah.

Oleh sebab Along sering disalahkan, maka Along memberontak. Pada suatu hari, Angah memasuki bilik Along kerana mahu meminta maaf. Angah menyatakan kasihnya kepada Along tetapi Along menolaknya. Dendam Along telah mengatasi perasaan kasih sayang antara adik-beradik. Pada suatu hari, rantai mutiara milik ibu mereka putus. Sebenarnya, Along sengaja memutuskan rantai itu. Akhirnya, Angah dituduh. Oleh sebab tiada sesiapa mungkin melakukan kesalahan itu, maka ayah mereka menghukum Angah. Angah dipukul dengan kuatnya. Angah menangis.

Along berasa kasihan dan simpati kepada Angah. Dia menemui Angah. Sebenarnya Along melakukan perbuatan itu kerana mendendami Angah. Apabila Angah dihukum dengan beratnya, muncul perasaan simpati yang kemudiannya mengakrabkan dua beradik itu.

Tema
Perasaan dendam yang menyebabkan hilangnya pertimbangan.

Layanan yang tidak adil terhadap anak-anak Hubungan adik beradik perlu dijaga dengan baik

Perasaan dendam sebagai akibat ketidakadilan yang terjadi Persoalan

Keinsafan setelah timbul perasaan belas kasihan

Fitnah yang menyebabkan seseorang teraniaya

Watak dan Perwatakan

Along

Angah  Anak yang masih kecil  Anak kedua dan bongsu dalam keluarga  Suka merosakkan barangbarang  Amat disayangi oleh ibu dan ayahnya  Bersimpati terhadap kakakanya  Pandai mengambil hati kakaknya 

Anak sulung dalam keluarga  Bersekolah di sekolah berasrama  Pendendam  Berani mengutarakan pandangan  Selalu bersedih kerana berasa dilayani secara tidak adil

IBU

AYAH 

Sangat menyayangi Angah  Bersikap pilih kasih terhadap anak-anak  Sangat sayang akan rantai mutiaranya  Masih percaya pada tilikan 

Kerjaya sebagai hakim  Bersikap keras terhadap anak-anak  Menghukum anak walaupun tidak cukup bukti  Masih percaya pada tilikan

Latar

Latar masa

uti penggal persekolahan

Latar Tempat

Di dalam rumah

Latar masyarakat

Keluarga Melayu yang berpendidikan dan intelek

Plot

Permulaan

Along sangat marah apabila melihat buku latihan fizik yang baru dibelinya semalam telah diconteng dan dikoyakkan Angah. Along mengimbas kembali kejadian buku-buku yang dikoyakkan Angah sebelum ini

Perkembangan

Along bertindak memarahi dan menolak Angah yang telah mengoyakkan bukunya. Kejadian ini diikuti peristiwa ibu mereka memarahi Along dan seterusnya ibu menunjukkan rasa kasih kepada Angah. Ayah mereka turut memarahi Along setelah mendapati kertas kerjanya telah dikoyakkan.

Klimaks

Along menyatakan protes terhadap ayah kerana baginya ayah bersikap berat sebelah. Berlaku pertengkaran mulut antara Along dengan ibunya pula. Di dalam bilik, Angah yang tidak mengerti apa-apa ingin memujuk Along tetapi dimarahi Along. Ibu begitu sedih apabila mendapati rantai mutiaranya putus. Along berpura-pura tidak mengetahui apa-apa. Angah dituduh memutuskan rantai itu. Angah disebat dengan ayah dengan menggunakan tali pinggang.

Peleraian

Along berasa kesal kerana memfitnah Angah. Kasih sayang Along terhadap Angah mula berputik. Hilanglah dendam terhadap Angah selama ini.

Gaya Bahasa 
Metafora. Contoh : putik-putik berdendam  Simile. Contoh : tangkai jantungku bagai direntap, seperti tongkang pecah  Hiperbola. Contoh : tangkai jantungku seolaholah terputus lalu dimamah dengan begitu lahap oleh api dendam yang membara

Nilai 
Kasih sayang  Keinsafan  Bersimpati  Keadilan

Pengajaran 
Kita janganlah berdendam kepada adik-beradik  Ibu bapa hendaklah berlaku adil dalam melayani anak-anak  Kita janganlah percaya sebarang ramalan atau tilikan  Kita hendaklah berbaik-baik dengan adik -beradik

Terima Kasih!

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful