LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada pihak -pihak berkepentingan

sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga mempunyai beberapa kekangan atau kelemahan. Antaranya : 1. apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain, pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai kaedah untuk menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata kewangan. Misalnya untuk penilaian inventori, ada syarikat meng gunakan kaedah MDKD dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan nilai inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat.

2. data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna keputusan yang akan dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah berdasarkan kepada prestasi lepas. 3. penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui anggaran contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini

mengakibatkan pengiraan menjadi tidak tepat.

4. bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah seperti pusing ganti inventori adalah tidak selaras.

5. masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai -nilai untuk dianalisis dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama.

6. kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis.

7. firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang be rbeza walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat dibandingkan sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula

.aset pada tahun tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat penilaian semula asetnya pada tahun yang sama.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful