Soalan :BAGAIMANAKAH

INSTITUSI

PENTADBIRAN

TEMPATAN

DAPAT

MEMPERKUKUH INTEGRASI NASIONAL DI NEGARA KITA?

Institusi pentadbiran tempatan memainkan peranan yang penting untuk menjana integrasi nasional di negara kita. Contohnya seperti Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Oleh itu, nilai-nilai patriotisme perlulah diterapkan dalam diri kakitangan institusi pentadbiran tempatan.

Sebagai seorang kakitangan institusi pentadbiran tempatan, nilai patriotisme yang mesti diterapkan dalam diri masing-masing adalah berbangga dengan sejarah negara (1). Hal ini demikian kerana rakyat tempatan akan menjadikan mereka sebagai contoh teladan.

Selain itu, pihak-pihak ini perlu bertanggungjawab kepada bangsa dan negara (2) dalam menjalankan tugas. Dalam hal ini, kakitangan awam mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amanah dan tidak terlibat dalam kancah rasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Oleh itu, jika rasuah dihapuskan, rakyat akan mempercayai sesebuah institusi pentadbiran tempatan dalam sesebuah pentadbiran.

Di samping itu, kakitangan sektor awam juga perlu bersefahaman dan bermuafakat bersama-sama (3) dengan masyarakat. Contohnya, Majlis Perbandaran boleh mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan petempatan. Aktiviti ini sudah tentu akan melibatkan semua lapisan masyarakat. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mengukuhkan integrasi nasional di negara kita.

setiap kakitangan mesti menguasai pelbagai bahasa bagi memudahkan komunikasi antara rakyat dan pihak institusi pentadbiran tempatan. Mereka tidak boleh bersikap diskriminasi. institusi pentadbiran tempatan ini perlu mengatasi masalah yang melibatkan dua kaum yang berbeza dengan adil dan saksama (4) tanpa mengira kaum. seseorang kakitangan perlulah berkomunikasi menggunakan bahasa yang sesuai mengikut keperluan. Oleh itu. negara kita dapat mencapai keamanan dan kemakmuran. Sehubungan dengan itu. hal ini dapat mengelakkan ketegangan kaum yang dapat mengukuhkan integrasi nasional. Konklusinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang membabitkan undang-undang. Sebagai contoh. jika institusi pentadbiran tempatan dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme ini. Malaysia dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020.Bukan itu sahaja. Kakitangan institusi pentadbiran tempatan juga perlu memastikan setiap tindakan yang dilakukan adalah wajar (4). Justeru. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful