SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Dalam Bahasa Inggeris) 2011 TAJUK : Bercerita Sains Tahap 1

OBJEKTIF : a. Memupuk minat murid terhadap Sains. b. Mempertingkat kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris. c. Mempertingkat keyakinan murid untuk menyampaikan idea. d. Mempertingkat kreativiti murid dan guru. SYARAT PERTANDINGAN a. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 1 sahaja. b. Setiap daerah diminta menghantar satu orang peserta sahaja. c. Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah dan dipersembahkan di dalam Bahasa Inggeris. d. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan adalah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :a. Permulaan 1 kali b. Minit keempat 1 kali c. Minit kelima 2 kali d. Markah tidak akan dikira selepas loceng terakhir dibunyikan. Jika peserta mengambil masa terlalu lama selepas loceng tamat, pihak hakim boleh memotong markah. e. Peralatan sains yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem pembesar suara dan meja-meja yang difikirkan sesuai. f. Peserta tidak dibenarkan membawa “prop” atau alat-alat lain yang diletak atau digunakan semasa persembahan. g. Peserta hanya dibenarkan memakai pakaian atau kostum yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa. h. Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :a. Mesej dan isi 30% b. Penyampaian/Persembahan 30% c. Bahasa 15% d. Kreativiti 15% e. Penghayatan dan penampilan 10% i. Jika berlaku seri, maka keputusan adalah kepada markah mesej dan isi, kemudian markah persembahan dan seterusnya. j. Keputusan pengadil adalah muktamad k. Hadiah dan sijil penyertaan akan diberi kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Peserta yang lain akan menerima sijil penyertaan sahaja. l. Pemenang tempat pertama akan mewakili kelompok 1 untuk pertandingan peringkat zon.

www.skhjmahmud.blogspot.com