You are on page 1of 5

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TAHUN PERISTIWA CATATAN/TOKOH


1905 Sebuah badan perundangan pusat Sungguh pun begitu MMP
yang dikenali sebagai Majlis tidak mempunyai kuasa ke
Mesyuarat Persekutuan (MMP) atas hal ehwal agama Islam
ditubuhkan. Semua undang-undang dan kedudukan Raja-raja
yang dibuat oleh mana-mana negeri Melayu.
mestilah bersesuaian dan tidak
bertentangan dengan undang-
undang yang dibuat oleh MMP.
1927 Melalui pindaan Perjanjian
Persekutuan bagi anggota-anggota
MMP, MMP diberi kuasa untuk
membuat undang-undang bagi
seluruh negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak
lagi mengambil bahagian dalam
perbincangan MMP. Ini menjadikan
kuasa kerajaan pusat menjadi kuat.
Sementara itu kedudukan Dewan
Negeri diperkuat dan beberapa
kuasa yang dulunya dijalankan oleh
Ketua Setiausaha (Pegawai British)
diserahkan kepada Dewan Negeri.
Jawatan Ketua Setiausaha ditukar
kepada Setiausaha Persekutuan.

Julai 1943 Malayan Planning Unit (MPU) Diketuai oleh Mejar-General


telah ditubuhkan di London Ralph Hone.
untuk merangka perlembagaan
baru yang sesuai dijalankan di
Tanah Melayu selepas tamat
Perang Dunia II .
31 Mei 1944 Kabinet perang telah
meluluskan syor penyatuan
politik Tanah Melayu yang
dikemukakan oleh MPU
Oktober 1945
Setiauaha Pejabat Tanah
Jajahan British, George Hall,
telah mengumumkan
parlimen mengenai
penyatuan politik Tanah
Melayu yang dikenali
sebagai Malayan Union (MU).
Pada 11 Oktober 1945,
Harold MacMichael dihantar
ke Tanah Melayu untuk
mendapatkan tandatangan
Sultan-sultan bagi
mempersetujui penubuhan
MU.
1946
Malayan Union ditubuhkan pada 1
April 1946 di King's House
(Carcosa Seri Negara)
selepas Perang Dunia
II merupakan sebuah
gabungan Negeri-Negeri
Melayu dengan Negeri-Negeri
Selat (tanpa Singapura) untuk
menjadi pengganti British Malaya.
1948
Malayan Union kemudiannya Malayan Union
telah dimansuhkan dan dimansuhkan akibat
digantikan dengan tentangan orang
perlembagaan baru iaitu Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu
1948.
Persekutuan Tanah
Melayu diuruskan oleh
tiga orang pegawai tinggi
Inggeris yang digelar Ketua
Setiausaha atau Setiausaha
Kerajaan, Peguam Negara
dan Setiausaha Kewangan.
1951
Pesuruhjaya Tinggi Britain, Sir Henry
Gurney telah mengumumkan senarai
nama mereka yang telah dilantik untuk
menganggotai 'Sistem Ahli'. Sistem ini
merupakan satu sistem pemerintahan
secara kabinet dan memberi peluang
kepada pemimpin-pemimpin tempatan
memperolehi pengalaman dalam usaha
membentuk sebuah kerajaan sendiri di
Tanah Melayu. Di bawah sistem ini,
ahli-ahli dalam Majlis Undangan
Persekutuan telah dilantik mengetuai
urusan pentadbiran beberapa buah
Jabatan Kerajaan. Oleh kerana mereka
adalah ahli-ahli yang dilantik, maka ahli-
ahli ini hanya bertanggungjawab kepada
Pesuruhjaya Tinggi. Perlantikan yang
diumumkan oleh Sir Henry Gurney pada
hari ini dalam tahun 1951, terdiri
daripada 4 Ahli Rasmi, 7 Ahli Tidak
Rasmi dan 3 ex-officio. Mereka ialah:-

En. Onn b. Jaafar - Ahli bagi Hal Ehwal


Dalam Negeri

En. O.A.Spencer - Ahli bagi Hal Ehwal


Ekonomi

En. D.C.Watherston - Setiausaha


Pertahanan

En. R.P. Bingham - Setiausaha Hal


Ehwal orang-orang China

YM. T. Yaacob Ibni Sultan Abd. Hamid


- Ahli bagi Pertanian dan Perhutanan

Dr. Lee Tiong Keng - Ahli bagi


Kesihatan

Dato E.E.C Thurai-Singham - Ahli bagi


Pelajaran

Dato Mahmud b. Mat - Ahli bagi Tanah,


Lombong dan Perhubungan

En. J.D. Mead - Ahli bagi Kerjaya dan


Perumahan

En. J.O. Sanders - Ahli bagi Keretapi


dan Pelabuhan

Manakala ex-officio terdiri daripada


Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan
Setiausaha Kewangan. Perlantikan yang
diumumkan pada hari ini dalam tahun
1951, berkuatkuasa pada 9 April 1951.
Sesungguhnya, perlantikan ini
memberikan harapan baru kepada
penduduk Tanah Melayu dalam usaha
membebaskan tanah air dari belenggu
penjajahan.

1952 Pilihanraya Majlis Tempatan yang


pertama telah diadakan di Kuala
Lumpur pada Februari 1952. Dalam
pilihan raya ini, Parti Perikatan iaitu
gabungan UMNO dan MCA berjaya
memenangi sembilan daripada dua
belas kerusi yang dipertandingkan.
PartiIMP (Independent Malayan
Party) pimpinan Dato’ Onn menang
sebuah kerusi dancalon bebas
menang dua kerusi. Ketika itu
Pesuruhjaya Tinggi Templer telah
menerimacadangan Parti Perikatan
untuk melantik beberapa ahli UMNO
dan MCA supayamenganggotai
Majlis Perundangan Persekutuan.
1954 Satu rang undang-undang
berkenaan Laporan Perlembagaan
1954 mengenai PersekutuanTanah
Melayu untuk mengadakan
pilihanraya telah diluluskan.
1955 Pilihanraya umum pertama diadakan
bagi memilih anggota-anggota Majlis
Perundangan Persekutuan –
mengandungi 52 anggota yang
dipilih, 34 anggota yang dilantik dan
12 pegawai kerajaan, dan seorang
Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya
Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Mac 1956 Jawatankuasa Perlembagaan telah Lord Reid


dibentuk yang diketuai oleh Lord
Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas
merangka Perlembagaan
Persekutuan bagi mewujudkan
sebuah kerajaan
pusat.Jawatankuasa ini mula
menjalankan tugasnya pada Jun
1956, dan telah menggemukakan
laporannya pada Disember 1956.
Laporan ini dikaji, diteliti dan
kemudiannya digubal menjadi
Perlembagaan Persekutuan
5 Ogos 1957 Penggubalan Perlembagaan Tanah
Melayu Merdeka. Rundingan ini
dipengerusikan oleh Lord Lennox
Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan
British dan satu persetujuan
telahdicapai mengenai tarikh
kemerdekaan Tanah Melayu.
31 Ogos 1957 Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Di mana Tanah Melayu telah
menjadi sebuah negara yang
berdaulat, mengamalkan konsep
demokrasi berparlimendan raja
berperlembagaan yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman sebagai
PerdanaMenteri yang pertama
1962 Suruhanjaya Cobbold telah
ditubuhkan bagi meninjau
pandangan penduduk negeri-
negeri tersebut. Suruhanjaya itu
dipengerusikan oleh Lord Cobbold
dan dianggotai olehdua wakil
Kerajaan British, Sir Anthonv Abell
dan Sir David Watherston,
sementarawakil Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu pula
terdiri dari Datuk Wong Pow Nee
danEncik Mohamed Ghazali Shafie
manakala Mr. H. Harris bertindak
selaku Setiausaha.Pada 18 April
1962, laporan lengkap mengenainya
telah disiapkan dan
diserahkankepada Kerajaan Tanah
Melayu dan British pada Jun 1962.

Jun 1962 Wujud sebuah Perlembagaan


Malaysia untuk memberi jaminan
hakkeistimewaan terhadap Sabah
dan Sarawak setelah memasuki
Malaysia.
Julai 1963 Perjanjian Malaysia ditandatangani
di London oleh kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak.
Mengikut perjanjian ini Parlimen
British akan meluluskan satu
undang-undang untuk memberi
kemerdekaan kepada Singapura,
Sabah dan Sarawak yang masing-
masing akan mempunyai
perlembagaan baru. Bagi
Persekutuan Tanah Melayu,
Parlimen Persekutuan akan
meluluskan satu undang-undang
yang dipanggil Akta Malaysia untuk
meminda Perlembagaan
Persekutuan. Akta Malaysia ini telah
diluluskan pada 26 Ogos 1963

You might also like