CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN

1.0 PENGENALAN

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia itu memahami tentang peranan dan tanggungjawab guru terhadap diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling yang mereka diami serta terhadap keesaan Yang Maha Pencipta. Dari segi konsep, profesionalisme didefinisikan sebagai kepakaran tinggi dalam pekerjaan seseorang. Profesionalisme meliputi beberapa nilai kerja seperti keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan dari beberapa segi contohnya sikap dan nilai guru dalam pengajaran yang akan mempengaruhi minat, sikap dan dan nilai pelajar. Mutu pendidikan dilihat menerusi keberkesanan dalam penggunaan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan serta pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Ia juga berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Sistem pendidikan negara Malaysia mengalami perubahan yang sangat pesat. Perkembangan pendidikan pada hari ini adalah berasaskan pencapaian tertentu. Ini dapat dilihat melalui pengurusannya yang bercorakkan budaya korporat dan pengurusan bisnes di mana ia mementingkan kawalan mutu menyeluruh dan pengurusannya pula adalah menuju ke arah mewujudkan keadaan tanpa cacat atau lebih dikenali sebagai zero defect.

1

serta bahasa – bahasa asing seperti Bahasa Inggeris. Ini dapat dibuktikan apabila stail hidup. Antara yang dapat dilihat adalah ciri – ciri individualisma yang semakin menular di mana kekayaan material sangat penting malah keutamaan tujuan hidup bermasyarakat adalah kejayaan hidup seseorang yang dilihat dari segi kekayaan yang diperolehi. Jepun dan Perancis juga penting untuk diajar oleh pendidik. Dalam bidang pendidikan. Globalisasi meninggalkan pelbagai kesan dalam kehidupan warga Malaysia secara langsung dan tidak langsung. sains dan politik. impak globalisasi meninggalkan kesan – kesan seperti berikut : a) Pengajaran sains dan teknologi menjadi semakin penting b) Perubahan merupakan prasyarat kemajuan c) Inovasi dan kreativiti penting di peringkat pelaksanaan dan konsep pendidikan mahupun di peringkat output atau pengeluaran pendidikan d) Kurikulum sekolah perlu mengambil kira perkembangan yang berlaku di persekitaran. 2 . Subjek – subjek seperti kajian alam sekitar.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN Antara faktor utama yang yang menentukan perubahan dalam sistem pendidikan hari ini ialah impak globalisasi dan usaha sama antarabangsa terutama sekali di bidang ekonomi dan politik. sistem nilai dan amalan hidup yang berubah dengan ketara.

0 CABARAN – CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN Malaysia boleh berbangga kerana sistem pendidikan pada hari ini mempunyai falsafahnya sendiri. Sistem pendidikan negara kita mempunyai matlamat dalam jangka masa pendek iaitu 5 tahun mahupun dalam jangka masa panjang iaitu untuk 20 tahun akan datang. 3.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN 2. 5. Ini termasuklah : 1. pendidikan di Malaysia masih menghadapi banyak cabaran untuk dihadapi.cabaran ini diperincikan bagi memberi gambaran yang jelas kepada golongan yang terlibat dengan pendidikan khususnya sistem pendidikan di negara kita. 3 . Cabaran penambahan bilangan murid – murid terutama pelajar – pelajar di institusi pendidikan 2. Namun begitu. Tujuan utama adalah untuk menyediakan peluang – peluang pendidikan kepada semua warga dan memupuk potensi setiap murid. Ini jelas termaktub dalam dokumen – dokumen rasmi kerajaan seperti dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. Imej dan usaha gigih guru – guru dan pengajar atau pendidik Orientasi dan tujuan pendidikan yang dijalani Kesemua cabaran . Pengekalan kualiti sistem pendidikan Keperluan model atau mod – mod baru dalam sistem mengajar dan belajar 4.

Bilangan murid semakin besar jika kita menerima cadangan bahawa pendidikan pra sekolah harus diberi kepada semua warga tanpa mengira latar belakang keluarga dan tempat kediaman. Cabaran penambahan bilangan murid – murid terutama pelajar – pelajar di institusi pendidikan Hal ini dapat dilihat melalui bilangan murid atau pelajar sudah pasti bertambah selari dengan pertabahan atau populasi negara. 2.1. Bilangan pelajar membesar lagi sekiranya mod atau saluran pendidikan secara jarak jauh. alat – alat dan tempat pendidikan. maka isu kuantiti pendidikan menjadi semakin runcing. Dari segi demografi. tidak salah jika dikatakan bahawa masyarakat di Malaysia hari ini lebih cenderung digelar sebagai masyarakat muda. Pelbagai aspek harus diberi perhatian sewajarnya seperti ruang. Selisihan makro mencakupi ketidakseimbangan pada 4 .CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN 2. Lebih ramai penduduk terdiri daripada golongan muda daripada golongan tua. Berasaskan penekanan yang diberi oleh kerajaan bahawa masyarakat harus belajar seumur hidup serta menjadikan umur bukan kriteria penentu untuk seseorang itu terus belajar. iaitu boleh dikatakan berumur 40 tahun ke atas.2 Pengekalan kualiti sistem pendidikan Cabaran kedua melibatkan usaha membaiki selisihan yang wujud dalam sistem pendidikan sama ada pada peringkat makro mahupun pada peringkat mikro. luar kampus atau program – program kembar (francais) diambil kira.

Kajian dan analisis harus dijalankan bagi mengesan kelas dan tahap ketidakimbangan dalam sistem pendidikan agar langkah diimbangi semula dan alternatif dapat dirumuskan serta dilaksanakan sebaik mungkin. bangsa dan budaya. megahkan pencapaian negara termasuk pengiktirafan yang diperolehi oleh pemimpin – pemimpin negara dan sebagainya. Kedua – dua jenis selisihan ini perlu dihalusi martabatnya. kesesuaian dan kebergunaan ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada sekolah dan institusi – institusi pengajian tinggi. motivasi terhadap pelajaran pada pelajar. Ia merangkumi standard atau taraf pembelajaran. kelicinan pengurusan. perasaan banggakan negara. Selisihan mikro pula merangkumi komponen lembut sistem pendidikan seperti kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. tertiar) dan pada peringkat perancangan (bagi matlamat sosial dan ekonomi). Pendek kata aspek kuantiti perlulah selari dengan pembangunan dari segi kualiti pendidikan. peringkat pendidikan (rendah. perasaan yakin diri untuk bertanding.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN peruntukan kewangan. Secara terperincinya. menengah. 5 . istilah kualiti atau mutu pendidikan tidak asing lagi bagi kita. daerah. kepuasan kerja di kalangan guru – guru dan murid – murid. jenis sekolah. Hal ini meliputi aspek peningkatan prestasi. sikap. nilai.infrastruktur dan guna tenaga pada peringkat negeri. keberkesanan pengajaran. terhadap pengajaran pada guru serta terhadap keberkesanan organisasi pada kakitangan pengurusan.

serta ketinggalan zaman. infrastruktur.3 Keperluan model atau mod – mod baru dalam sistem mengajar dan belajar Sebuah negara yang maju adalah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang boleh mengadaptasi dan merubah perjalanan sistem pengajaran dan pembelajarannya. Jika dianalisis secara rapi. semua aspek sistem pendidikan. Keengganan membuat membaharui atau kadangkala keperluan bagi pembaharuan merupakan satu sikap ortodoks yang merugikan. bukan sebahagian kecil sahaja selepas sesuatu tempoh jangka masa panjang amat perlu bagi membasmi seluruh penyakit dan kelemahan yang wujud dan mencengkam sistem itu. agihan tenaga kerja. Inovasi juga adalah sinonim dengan globalisasi. reka cipta atau kreativiti bukan lagi merupakan istilah janggal dalam proses mengajar dan belajar. prosedur. objektif dan prosedur yang baru supaya kesemua ini dapat memperkukuhkan lagi apa yang sudah terasas. Pembaharuan penting supaya sistem menjadi relevan dan tidak lapuk. Jangkaan hidup pada zaman moden. kepesatan perkembangan teknologi dan perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang memerlukan formulasi falsafah. Inovasi. matlamat.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN 2. Pembaharuan perlu melibatkan komponen struktur. proses dan penekanan agar dapat melahirkan satu sistem baru yang mampu bertahan dalam sesuatu tempoh jangka masa panjang yang melihat akan datang. Merevolusasikan seluruh sistem pendidikan. 6 .

Perubahan paradigma dan ‘mind set’ guru dan pihak pentadbir amatlah diperlukan kerana ia merupakan penggerak utama sesuatu idea baru dan inovasi tersebut.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN semua aspek sistem pendidikan perlu dubah atau diinovasikan. bahan alat mengajar. corak pengukuran dan penilaian serta cara pemikiran dan pemerhatian guru. Namun begitu. konsep ini kekal tercatat di dalam dokumen – dokumen rasmi jika ia tidak dioperasikan. ia tidak dapat memberi sebarang kesan positif serta tidak menimbulkan apa – apa perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia. 2. Awal tahun 1997.4 Imej dan usaha gigih guru – guru dan pengajar atau pendidik Guru – guru merupakan tonggak kejayaan murid – murid dan para pensyarah di institusi – institusi pengajian tinggi serta berpengaruh dalam melahirkan golongan intelektual dan profesional yang diperlukan oleh 7 . Tanpa pelaksanaan dan perubahan amalan. Ini selari dengan perkembangan di negara – negara maju yang lain. Aspek – aspek ini termasuklah sistem disiplin murid. bersedia mendengar dan berganding bahu untuk cuba keluar daripada amalan atau garis bertindak paradigma yang lama. Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mempopularkan konsep sekolah bestari atau ‘smart school’ iaitu satu konsep persekolahan yang inovatif. Guru – guru dan pihak pentadbir/pengurus perlu bersikap lebih terbuka. kepimpinan guru besar. murid dan pihak pengurusan.

sesi pagi dan petang. Fenomena kekangan masa dan sindrom exam – oriented merupakan antara sebab utama kekakuan dalam pembelajaran murid – murid dalam pengajaran guru serta dalam perancangan skop bidang pelajaran. Namun. rata – rata merasakan khidmat mereka tidak dinilai setimpal dengan penghargaan dan penilaian yang diberikan oleh pihak swasta. tidak akan memberikan ganjaran yang diharapkan kerana sebahagian besar daripada sistem itu masih pada bentuk dan identiti yang lain. status dan penghormatan masyarakat terhadap golongan pendidik tidak mencerminkan kepentingan peranan yang mereka mainkan. Keberatan masalah ini ditambah oleh skop bidang pelajaran yang luas. Akibatnya murid – murid dan guru terlalu sedar akan kesuntukan masa belajar atau berinteraksi dalam bilik darjah dan sekolah. 8 . sememangnya memendekkan masa persekolahan harian. Amalan persekolahan dua sesi.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN negara. Faktor masa persekolahan harian merupakan faktor utama yang mendesak penglibatan murid – murid dan guru. Ini dapat dilihat apabila guru dianggap berada di hirarki pekerjaan yang paling rendah. terutama bagi bidang – bidang kritikal seperti bidang perubaan dan kejuruteraan. sedangkan pensyarah di institusi – institusi pengajian tinggi pula. misalnya kepada komponen lembut seperti kurikulum sahaja. Penampalan superficial ke atas sebahagian kecil daripada sistem. yang telah berjalan sejak lebih daripada 25 tahun yang lalu.

minat. 9 . Seterusnya. kepuasan dan motivasi kerja di kalangan guru juga tidak berada di tahap optimum atau maksimum.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN Sindrom exam – oriented menekan murid – murid dalam proses pembelajaran kerana mereka belajar untuk mendapatkan kredit yang baik dalam peperiksaan. Ramai guru yang berasa kecewa dengan berleluasanya gejala sosial di kalangan remaja dan yang menyedihkan sebahagian daripada mereka masih berada di bangku sekolah lagi. Pelajaran dipelajari secara hafalan dan sikap positif dalam mencari ilmu seperti sikap suka membaca kian pupus mengikut masa di mana semakin lama mereka bersekolah semakin lemah keyakinan mereka terhadap matlamat pembelajaran dan persekolahan. Selain daripada ganjaran material. Akibatnya murid – murid tidak mempunyai semangat ‘belajar untuk menimba ilmu dan menjadi orang yang terdidik’. Sungguhpun begitu. para guru harus berfikir sejauh mana mereka akan terus kekal berkidmat cemerlang dan penuh iltizam serta dedikasi di bidang perguruan seandainya status dan imej mereka dipertingkatkan. Mereka lebih tertekan apabila masyarakat menudung jari dan mempersalahkan para guru yang silap memberi didikan formal kepada anak – anak muda zaman sekarang. murid – murid kurang motivasi. dedikasi dan inovasi semasa mereka belajar di sekolah.

Inilah ujian yang paling getir bagi sistem pendidikan di Malaysia. produktiviti dan kecemerlangan ini diukur melalui mutu dan bilangan murid yang dihasilkan oleh sistem persekolahan. malahan turut yakin pada diri. gejala punk. Hasil dari didikan di sekolah. tidak bersopan santun dan sebagainya. sistem pendidikan negara perlu dikaji semula 10 . Cabaran ini menjadi penting untuk dihadapi kerana ia menyentuh isu tamadun dan jati diri atau maruah bangsa. Ukuran ini hanyalah ukuran sementara dan kurang tepat. murid – murid menjadi individu yang bukan sahaja berkembang mindanya dan terasah kemahiran vokasinya.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN 2. tahu berfikir secara rasional melihat alam sekeliling secara positif dan optimis serta bangga dengan warisan yang dipusakai. Seperti yang diketahui umum. matlamat pendidikan negara terus dipersoalkan.5 Orientasi dan objektif / tujuan pendidikan yang dijalani Secara umumnya. pesonaliti dan identiti individu. Dengan banyaknya gejala anti disiplin dalam tingkah laku. masyarakat yang pesat membangun adalah masyarakat yang produktif dan cemerlang. Ukuran terakhir sesuatu hasil pendidikan adalah perubahan dan pembentukan sahsiah. Dalam proses pendidikan. semua murid mempunyai potensi dan bakat keindividuan yang perlu digalak serta dipupuk Secara unggul. tindakan tidak bermoral. Oleh itu.

11 . Antara isu yang sering dibangkitkan diringkaskan seperti berikut :  Permintaan sosial yang tinggi terhadap sistem pendidikan negara  Fenomena pengangguran siswazah yang meruncing akibat kemelesetan ekonomi dunia dan negara  Perkembangan teknologi moden yang memerlukan tenaga kerja profesional dalam bidang teknologi tinggi. moral.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN selaras dengan perkembangan sosial dan ekonomi semasa. agama dan kemasyarakatan. khususnya dalam bidang perindustrian  Aspirasi masyarakat untuk melahirkan siswa siswi generasi akan datang yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga terdidik dalam soal – soal estetika.

bekesan dan licin.0 KESIMPULAN Dalam era globalisasi. Mereka inilah yang bertanggungjawab menggubal. cemerlang serta berupaya menimbulkan pembaharuan. pembangunan sistem pendidikan bergantung kepada pembangunan barisan pengurusnya.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN 3. Dalam hal ini. Langkah – langkah untuk menangani yang 12 . Tujuan utama usaha – usaha ini ialah untuk menentukan agar sistem pendidikan itu relevan dengan kehendak semasa. memupuk budaya kerja moden. merubah dan mengubahsuai dasar pendidikan. Strategi – strategi utama termasuklah menstrukturkan semula sistem pengurusan di semua tahap kerja. melaksana. memperbanyakkan program latihan dan meluaskan kajian di bidang yang berkenaan. Oleh kerana terdapat pertalian antara pembangunan baik dari sektor ekonomi. peranan dan keberkesanan pendidikan adalah persoalan utama di kalangan ibu bapa dan masyarakat. mengadaptasi dan menginovasi sistem serta proses pendidikan. politik dan sosial dengan institusi pendidikan. bersikap proaktif dan terbuka sahaja yang boleh menentukan sistem pendidikan ini tidak ketinggalan zaman. maka tumpuan diberi terhadap usaha – usaha untuk menilai semula. Pentadbir yang memahami sepenuhnya matlamat wawasan negara.

13 . Untuk itu. sistem pendidikan negara memikul satu tanggungjawab yang amat berat.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN diterapkan pula menentukan inovasi dan adaptasi dalam gaya pengurusan. pelaburan dalam bidang pendidikan perlu mengambil prioriti paling utama walaupun kadar pulangan hasil jangka pendeknya tidak jelas. Perancangan dan penilaian kolektif harus dipergiatkan bagi memperkemas dan mempertingkat keberkesanan fungsi setiap komponen dalam sistem pendidikan negara. pendekatan pengajaran serta penilaian sistem pendidikan. Justeru itu. iaitu membangunkan dan memajukan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan bersesuaian dengan peredaran zaman dan perkembangan ilmu.

2003. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Bhd. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 14 . Subang Jaya. Bhd.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN 4. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Mok Soon Sang. Subang Jaya. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI – Sekolah Rendah (Komponen 1 & 2). 1979. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3). Saleh Lebar. 2003. 1988.0 RUJUKAN Mok Soon Sang. Laporan Kabinet Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Penyata Jawatan-Kuasa Pelajaran. Mohd. Kuala Lumpur : Caxton Press Ltd. 1956.

& Kelly.K. Zahid Mohd. 1993.) Reformasi Pendidikan di Malaysia. Noordin. 1991. Johor Bahru : Badan Cemerlang Sdn Bhd. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. R. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. P. Noordin. “Reformasi Pendidikan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah : Isu dan Cabaran”. Dalam Idris Jauzi (Ed. Abd. Rahim Selamat. Wan Mohd. 1993. Cooper. Communication for the Classroom Teacher. 1995. 2000. Step – By – Step Problem Solving. P. Chang.Y.CABARAN – CABARAN UTAMA DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN Wan Mohd. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. London : Kogan Page 15 . Arizona : Gorsuc Scarisbrick. Zahid Mohd. Pengurusan Sekolah Bestari.