23 Mac 2011 Mohd Hafiz Bin Zaini 403 Blok D 3, Apartment Nuri, 68100 Batu Caves, Selangor.

Tuan/ Puan, JEMPUTAN MESYUARAT VALIDASI KURIKULUM MODULAR KEBANGSAAN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) telah melantik Empire Putra College sebagai konsultan yang bertindak sebagai pembangun dan pengubahsuaian kurikulum yang digunapakai sediaada di dalam kolej komuniti. 3. Bagi tujuan ini kami bersama Jabatan Pengajian Kolej Komuniti berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat Validasi kurikulum seperti di bawah. Tujuan Validasi ini adalah untuk mendapat maklumbalas daripada syarikat/ industri mahupun badan-badan yang berkepentingan di dalam bidang ini dengan memberi input-input bagi tujuan penambahbaikan.

4.

Mesyuarat Validasi ini akan dilangsungkan seperti maklumat dibawah :Bidang : Tarikh Masa Tempat SMK Rombak Rawat Enjin Berbilang Selinder : 31 Mac 2011 : 11.30 Pagi – 1.30 Tengahari : Residence Hotel @ UNITEN KM 7, Jalan Kajang-Puchong, 43009 Kajang, Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami lampirkan borang jawapan kehadiran, borang hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya 25 Mac 2011 sebelum jam 5 petang bagi tujuan pengrekodan kami. Tuan/puan boleh menghubungi kami di talian 03 2287 5007 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sokongan dan penglibatan tuan di dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang benar, EMPIRE PUTRA COLLEGE

k : Pengarah Bahagian Dasar & Kurikulum JPKK .Zulfaizal Noordin Pengarah S. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful