You are on page 1of 3

SEJARAH PANDU PUTERI DI DUNIA

Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul


sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini
dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini. Sejarah
tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan
itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord
Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini
telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell memilih nama "Girl
Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu
Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910,
adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk
kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Pada
tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh
masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk
Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan
seterusnya berkahwin dengannya. Mereka merupakan pasangan yang
mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United
Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan
Pandu Puteri di seluruh dunia. Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di
Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini
ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah
bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam,
lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan
cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan
Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan
menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu
Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Pertumbuhan pesat ini adalah
disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan
berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk
pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di
Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte
(pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.
Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931,
keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang
pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap
Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh
peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus
berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada
masa itu.

SEJARAH PANDU PUTERI DI MALAYSIA

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada


tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di
Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai
Baharu, Kuala Lumpur.Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen
melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui
penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa
dan masyarakat sejagat.Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah
organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan
Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti
yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin
berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program
kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan
formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk
memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.
Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan
dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk
memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan
program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu
Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk
perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan
murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui Program kepanduan yang
mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama
pergerakan kepanduan seluruh dunia. Program kepanduan yang digubal untuk ahli
adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya
seseorang ahli itu boleh dipercayai dan sentiasa taat dan setia, suka menolong
orang lain, bersahabat dengan semua orng dan Pandu Puteri yang lain, sentiasa
bersopan santun, sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar,
sentiasa menurut perintah, bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan,
sentiasa berjimat cermat dan suci dalam fikiran,perkataan serta perbuatan. Asas
program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri,
sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program
kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani,
emosi, kerohanian dan kognitif. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan
untuk ahli adalah melalui program kepanduan yang mengutamakan sistem
kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh
dunia.

You might also like