P. 1
Esei-Malayan Union ster

Esei-Malayan Union ster

|Views: 2,541|Likes:
Published by Nell Huriean

More info:

Published by: Nell Huriean on Mar 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/25/2013

pdf

text

original

TH10203 Sejarah Malaysia

1.0 PENGENALAN Setelah Jepun menyerah kalah secara rasmi

1

pada 22 Februari 1946 di

Kuala Lumpur, banyak kesan positif dan negatif1 dari aspek sosial, ekonomi, dan politik yang berlaku terhadap penduduk Tanah Melayu. Kesan penting adalah berlakunya pergaduhan antara kaum terutamanya antara orang Melayu dengan orang Cina. Pendudukan Jepun telah menyebabkan munculnya Parti Komunis Malaya (PKM) yang mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) yang juga dikenali sebagai ‘Bintang Tiga’. MPAJA telah mendapat sokongan dari British dari aspek bantuan menyerah senjata kalah, semasa MPAJA bersenjata pemerintahan telah pada bulan Jepun. Jun Akibatnya, kesempatan 1948 dengan selepas tujuan Jepun untuk mengambil melancarkan

pemberontakan

menubuhkan sebuah Republik komunis di Tanah Melayu 2. Lebih kurang dua minggu di antara masa penyerahan Jepun dengan ketibaan Pentadbiran Tentera British (BMA), hampir 70 peratus bandar, pekan dan kampung di Tanah melayu telah dikuasai oleh MPAJA dengan menjalankan pemerintahan rejim komunis. MPAJA juga telah mengambil kesempatan dengan menjalankan sabotaj dan keganasan. Mereka melakukan pembunuhan terhadap pengurus ladang dan lombong, menyerang balai polis dan pusat kawalan pasukan keselamatan, membalas dendam dengan membunuh orang Melayu dan orang yang dianggap sebagai tali barut Jepun. Dianggarkan, MPAJA telah membunuh lebih kurang 2,542 orang Cina, Melayu dan India dan lain-lain yang diangap sebagai tali barut jepun.3 Keadaan yang semakin memuncak itu menyebabkan darurat diisytiharkan pada petang 16 Jun 1948, oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Edward Gent. Kerajaan Tanah Melayu dan Singapura kemudiannya mengharamkan PKM pada 23 Julai 1948 dan gerakan politik berhaluan kiri yang lain. British sedar kekalahannya di tangan Jepun dalam masa yang singkat

adalah disebabkan oleh kelemahan mereka dalam pentadbiran di Tanah melayu. Akibatnya, pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah
1

Shahlin Ali. 2005. Sebab-Sebab dan Kesan-Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Meniti Catatan Sejarah Koleksi Artkel 2002-2003.Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur. hlm 61 2 Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Universiti Malaya.Kuala Lumpur .Hlm 15 3 Ibid hlm 11

TH10203 Sejarah Malaysia

2

Melayu selepas perang tamat. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan Malayan Union. Pada mulanya kerajaan British telah merancang untuk menggabungkan negeri-negeri kesultanan Melayu, Negeri-Negeri Selat, Sarawak, Borneo Utara dan Brunei ke dalam satu kesatuan. Tetapi pada akhirnya, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura dikeluarkan daripada rancangan mereka dan hanya dijadikan sebagai tanah jajahan British menjelang Julai 19464. Menurut kajian James Allen, sebab Malayan Union diperkenalkan adalah untuk mempersiapkan negeri-negeri Melayu ke arah berkerajaan sendiri (bukan diberi kemerdekaan), untuk menentukan bahawa Semenanjung Tanah Melayu dapat dipertahankan daripada serangan luar dan British tidak begitu yakin terhadap bangsa Melayu. Mungkin sebab pertahanan dan niat British untuk menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri boleh diterima kerana ada bukti yang nyata tetapi perasaan kekecewaan British terhadap bangsa Melayu tidak dapat diperoleh. Tetapi dasar British untuk memperkenalkan Malayan Union tidak bermakna British berniat untuk memberikan kemerdekaan kepada negeri-negeri Melayu.5

4 5

Barbara Watson Andaya and Leonard Andaya. 2001. A History Of Malaysia. Hlm 265 Ariffin Omar. Dari Malayan Union ke 13 Mei.Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. hlm 323

TH10203 Sejarah Malaysia 3 2. Selain itu. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin- pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. kecuali Singapura yang dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan. kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan pelbagai lagi faktor yang . Bagaimanapun. Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura ke dalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura.0 Faktor penubuhan Malayan Union Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas tamatnya Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan di antara Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat. Namun begitu.

6 Terdapat pelbagai faktor yang mendorong British untuk menubuhkan Malayan Union. Ini dapat di buktikan kerana perkembangan ekonomi di Negeri6 http//ms. Perlis. Corak pemerintahan ini juga adalah tidak seragam.Wikipedia. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal. ia akan memudahkan mereka untuk menyusun strategi peperangan yang lebih berkesan. amat sukar sebelum Perang Dunia Kedua meletus. Selangor. penubuhan Malayan Union ini juga adalah bertujuan untuk memudahkan pihak bagi mereka British menyusun strategi pertahanan. British ingin menyatukan ketiga-tiga corak pemerintahan ini di bawah satu pemerintahan pusat. British berpendapat bahawa dengan penyatuan negeri-negeri ini di bawah Malayan Union. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak. Seterusnya. Hal ini kerana pihak British mendapati. mereka akan dapat menghasilkan satu jentera pentadbiran yang lebih selaras dan licin malah akan dapat menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Di samping itu. Corak pemerintahan yang di maksudkan ialah corak pemerintahan Negerinegeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) . Sebelum perang meletus di Tanah Melayu. Terengganu). perkembangan ekonomi antara negeri-negeri di Tanah Melayu adalah tidak seimbang. Kelantan. Jika di lihat sebelum ini terdapat tiga corak pemerintahan yang berbeza di Tanah Melayu. untuk menyusun strategi pertahanan di Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung oleh British. James V. Oleh itu mereka berpendapat bahawa sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik.TH10203 Sejarah Malaysia berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British 4 untuk mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.org/wiki/Malayan_union . Malayan Union yang di tubuhkan juga bertujuan untuk mengimbangi perkembangan ekonomi. Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu (Kedah. Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak kelemahan. Antara sebab utama ialah pihak British ingin mewujudkan satu pentadbiran pusat yang lebih berkesan.

Maka. Tanah Melayu akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai dengan Piagam Atlantik 1945. Selain itu Malayan Union juga bertujuan untuk mengenang jasa orang-orang Cina. banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Mereka mengatakan bahawa sebelum hasrat ini tercapai. Pada hemat pihak British. Majoriti orang Cina telah menjadi anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan telah bersama-sama dengan pihak British dalam usaha untuk mengusir tentera Melayu. penduduk Tanah Melayu akan dilatih untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran dengan lebih cekap. Sebab yang lain mengapa Malayan Union ditubuhkan adalah sebagai persediaan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Allen juga mendakwa penubuhan Malayan Union adalah bertujuan untuk mengenang jasa orang Cina yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Piagam tersebut menganjurkan masa depan sesebuah negara ditentukan oleh rakyatnya sendiri. ia akan dapat mengimbangi perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.TH10203 Sejarah Malaysia 5 negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah lebih maju dan pesat jika di bandingkan dengan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu. satu bentuk pentadbiran yang cekap perlu di adakan dan pentadbiran yang di maksudkan adalah Malayan Union. Ini secara tidak langsung akan dapat memajukan ekonomi Tanah Melayu secara menyeluruh. James V. Di mana. British berpendapat bahawa jika semua negeri-negeri ini di gabungkan di bawah satu unit politik. Malayan Union yang di tubuhkan adalah sebagai persediaan orang melayu ke arah berkerajaan sendiri. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun Jepun dari Tanah menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka'. pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Melalui Malayan Union. Bagaimanapun. ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah .

terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan yang menjadi tonggak kepada negara. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan bahawa sejak kekalahan pihak British di tangan Jepun. amat merugikan orang-orang Akibatnya. James V.7 Selain itu.org/wiki/Malayan_union . Pihak British berharap bahawa dengan pemberian kerakyatan yang longgar menerusi prinsip Jus Soli. penubuhan perlembagaan Malayan Union adalah untuk melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu bertujuan dalam terutamanya kalangan orang-orang Cina dan India di Tanah Melayu. Menerusi perlembagaan Malayan Union. perlembagaan Malayan Union secara tidak langsung akan dapat membendung semangat kebangsaan orang-orang melayu. pihak British telah mengambil langkah awal untuk mematahkan hasrat orang melayu ini dengan merangka perlembagaan Malayan Union. Justeru itu.TH10203 Sejarah Malaysia 6 Melayu. orang Cina dan India akan menumpukan taat 7 http//ms. iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union. majoriti pegawai British adalah bersikap anti-Melayu kerana mereka kecewa dengan tindakan dan orang Melayu yang telah bekerjasama dengan tentera Jepun. sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu. Hal ini kerana taat setia dalam kalangan orang-orang Cina dan India masih lagi kepada negara asal mereka. Seterusnya. perlembagaan Malayan Union yang dirangka dilihat merupakan salah satu langkah pihak British untuk menghalang usaha orang melayu untuk menuntut kemerdekaan. Sultan hanya mempunyai kuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan Hal Ehwal agama Islam dan adat resam orang melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing. Tanah Melayu akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British. Selain menghalang usaha untuk orang melayu menuntut kemerdekaan.Wikipedia. perlembagaan Malayan Union adalah Melayu itu sendiri. orang-orang melayu telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Sebab lain yang menyebabkan Malayan Union ditubuhkan ialah untuk membalas dendam terhadap orang Melayu kerana orang-orang Melayu telah menyokong tentera Jepun. Sejak pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu. Melalui perlembagaan Malayan Union sultan tidak mempunyai kekuasaan dalam aspek pentadbiran.

asp? TID=4755&PN=1 9 http//ms. Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad. pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union.Wikipedia. Akhir sekali. tetapi tidak termasuk Singapura. Sebaliknya. akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. iaitu berkaitan hal ehwal agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja.0 Perlembagaan Malayan Union 8 Malayan Union Aplikasi atas talian di http://www.0 Ciri-Ciri Malayan Union Rancangan Malayan Union yang melibatkan Negeri-Negeri Selat. serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurangkurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultansultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor.com/bb/forum_posts.8 3.org/wiki/Malayan_union . Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu.tuitionplaza.TH10203 Sejarah Malaysia setia mereka 7 kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara Malayan Union kelak. termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama. Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura. kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'. Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran.9 4.

1) Melayu. Setiap komponen akan diwakili oleh tujuh orang ahli. Jelas gabenor mempunyai kuasa yang selama ini menjadi hak istimewa raja-raja. Majlis ini juga dianggotainya oleh lima orang ahli tidak rasmi. Merdeka. Baginda akan melantik ahli-ahli Majlis tetapi mesti mendapat pengesahan gabenor. Mereka yang layak mendapat kerakyatan. Majlis ini akan menasihatkan sultan dalam semua perkara berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Menurut perlembagaan Malayan Union Negeri-Negeri Melayu. 2) Cina.10 Kemerdekaan tidak akan diberi selagi kaum-kaum tidak bersatu. 1984. Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah itu. Majlis Eksekutif terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ketua Setiausaha. Negeri-negeri pula mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh sultan. British Rule and the Struggle For Indepence in Malaya. 37.TH10203 Sejarah Malaysia 8 Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat kabinet oleh kerajaan Parti Buruh pada bulan Julai 1945. 3) Eropah. Peguam Negara. 1) Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura 10 Khong Kim Hoong. Ketua pentadbiran kerajaan kesatuan ialah gabenor dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan perundangan. Bagi menjaga kepentingan imigran. pemberian kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa manakala hak istimewa orang Melayu ditarik balik. Walaupun pemerintahan dipusatkan kerajaan negeri akan diberi kuasa menguruskan halehwal tempatan dengan persetujuan pusat. . hlm. British berpendapat kesatuan perlu kerana sebelum ini tiap-tiap dan sukar untuk menyeragamkannya. Eurasian dan sebagainya. India. Dengan ini ahli tidak rasmi akan mempunyai majoriti dalam dewan. Pulau Pinang dan Melaka akan disatukan di bawah satu pentadbiran. Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli yang akan ditentukan oleh gabenor. Majlis Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan dianggotai oleh sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Majlis perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi dan ahli tidak lebih daripada dua puluh satu orang. Bagaimanapun hal ini perlu dirujuk kepada Pesuruhjaya Residen dan mendapat persetujuan residen. Ahli-ahli tidak rasmi akan dilantik mewakili tiga kumpulan kaum wanita. Rancangan kerajaan oleh diumumkan pada Oktober 1945 dan isi kandungannya dikeluarkan dalam warta kerajaan “Kertas Putih 6724” bertarikh 22 Januari 1946. Kewarganegaraan akan diberi atas nama Malayan Union.

Selain itu. Menerusi Malayan Union. ada pula perjanjian menyerahkan kuasa yang ditandatangani oleh sultan-sultan ini yang tidak sah dari segi perlembagaan negeri. Fasal 15 dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan: “Raja itu tiada sekali-kali boleh menyerahkan atau berbuat sebarang perjanjian atau ikhtiar hendak menyerahkan akan negeri atau sesuatu bahagian daripada negeri dan kerajaan Johor itu kepada sebarang kerajaan atau kuasa bangsa Eropah atau sebarang lain kerajaan atau bangsa…. seorang wakil khas kerajaan British.” . tidak membenarkan sultan dengan cara bersendirian.0 Syarat-syarat Malayan Union Perlembagaan Malayan Union menukar taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri-negeri yang bernaung menjadi tanah jajahan British. Britian telah menghapuskan kedaulatan sultan-sultan Melayu. Sebagai tanah jajahan. Perlembagaan negeri Johor pada masa itu misalnya. 5. Britian telah mengambil alih kuasa sultan-sultan Melayu apabila Sir Harold MacMichael. 4) Rakyat British boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa hilang kerakyatan British 5) Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union. misalnya Sultan Kedah. MacMichael telah datang ke Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945. Britian akan berkuasa penuh di seluruh Tanah Melayu. menyerahkan negeri Johor kepada mana-mana kuasa luar. telah Berjaya mendapatkan tandatangan sultan-sultan untuk menyerahkan kedaulatan mereka kepada Britian. Sebenarnya cara beliau mendapatkan tandatangan sultan-sultan ini boleh dipersoalkan kerana ada sultan yang diugut. Perlembagaan negeri Johor pada masa itu dari segi perlembagaan negeri.TH10203 Sejarah Malaysia 9 2) Mereka yang menetap selama sepuluh tahun daripada lima belas tahun yang lalu 3) Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama lima tahun.

1 Penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya Oleh kerana tindakan British itu terlalu menghinakan bangsa dan tanahair mereka. maka orang Melayu tidak dapat lagi menahan sabar dan membiarkan diri tertindas dan kedaulatan bangsa ternoda.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.11 6. Sungguhpun orang Melayu menentang Malayan Union dengan hebat tetapi usaha mereka tidak padu. Beliau mentadbir secara langsung dan tidak lagi menjadi penasihat kepada sultan seperti sebelum Perang Dunia Kedua dahulu. Keadaan inii adalah ganjil kerana seorang yang beragama Kristian menjadi pengerusi majlis yang mengendalikan hal agama Islam. biarpun sebahagian kecil daripadanya.hlm 276-278 .. Majlis yang membincangkan hal agama Islam dalam Malayan Union dianggotai oleh sultan-sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya. maka ia berhak menerima hak kerakyatan dengan senang. Perlembagaan Malayan Union cuba memberi hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip Jus Soli. Sultan-sultan cuma jadi raja kehormat sahaja.0 SUMBANGAN MALAYAN UNION KE ATAS PERKEMBANGAN SEMANGAT KEBANGSAAN RAKYAT 6. Ini bermakna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union ditubuhkan. Perlembagaan Malayan Union juga memerlukan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Pusat. Malayan Union diperintah oleh seorang Gabenor British yang berkuasa penuh. Ahli Majlis Penasihat Pusat ini dilantik oleh cadangan untuk mendapatkan ahli Majlis menerusi pilihanraya. semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan pusat. Mereka bangkit dan mengorak langkah untuk menghapuskan penghinaan dan pencabulan yang dilakukan ke atasnya.TH10203 Sejarah Malaysia 10 Mengikut Perlembagaan Malayan Union. Beberapa pandangan yang telah dikemukakan dalam akhbar supaya orang Melayu bersatu menentang Malayan Union supaya 11 Zainal Abidin Abdul Wahid et.al. Tiap-tiap negeri dalam Malayan Union mempunyai mempunyai seorang Pesuruhjaya Residen yang menjadi ketua pentadbir di peringkat negeri. Singapura tidak dimasukkan.1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan .

Apabila orang Melayu mendengar tujuan British hendak mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 12 Ibid. Dato’ Onn bin Jaafar telah dilantik menjadi pengerusinya. tetapi. Malah cara kerajaan British mendapatkan tandatangan beberapa orang sultan juga dipersoalkan kesahihannya. Kongres juga merasakan tindakan kerajaan British hendak menubuhkan Malayan Union itu sebagai tidak adil. . Kesatuan Melayu Melaka. Jadi. Hlm. Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor. pihak British mencabul kedaulatan raja-raja Melayu dan menodai hak politik orang Melayu. Kesatuan Melayu Pulau Pinang. Sebaliknya. dari 1 hingga 4 Mac 1946 ialah satu kempen hebat bangsa Melayu menentang penjajahan. Persetiaan Muslim Teluk Anson. menyatakan keazamannya melaksanakan Malayan Union pada 1 April 1946. 279. pada 1 Mac 1946.TH10203 Sejarah Malaysia 11 lebih berkesan. Oleh itu. Persatuan Melayu Kelantan. Wakil-wakil yang hadir telah bersetuju menggabungkan pertubuhan Melayu ini. Kesatuan Melayu Singapura. Kesatuan Melayu Kedah. 12 Persidangan itu dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu termasuk juga Persatuan Orang Melayu. Persatuan Melayu Pahang. satu persidangan pertubuhan Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan tenaga orang Melayu. Orang Melayu merasakan bahawa kerajaan British selepas Perang Dunia Kedua sepatutnya datang meminta maaf kepada penduduk Tanah Melayu kerana ia telah tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu apabila diserang oleh Jepun. Kongres berpendapat bahawa langkah kerajaan British hendak memaksakan Malayan Union di Tanah Melayu adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi kerana orang Melayu tidak bersetuju menerimanya. fasal yang berkenaan dengan hak kerakyatan telah digantung buat sementara. kongres meminta kerajaan British menarik balik rancangan Malayan Union dan mengekalkan Tanah Melayu kepada keadaan sebelumnya. Sungguhpun Kongres Melayu Se-Malaya telah menyatakan tentangannya terhadap Mac rancangan kerajaan Malayan British Union telah tetapi pihak British tidak begitu hendak mempedulikannya. Antara persatuan yang telah menghantar wakil ialah Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Persidangan pertubuhan Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Perikatan Melayu Perak. Persatuan Melayu Terengganu dan Parti Kebagsaan Melayu Malaya. Persatuan Melayu Negeri Sembilan. Kampung Baru. Dalam satu perbincangan di Dewan Rakyat British pada 8 1946.

. Malaysia Warisan Dan Perkembangan. orang Melayu telah bersatu dan menentang Malaya Union secara hebat walaupun tidak padu. Kerajaan Inggeris tidak menghiraukan bantahan orang-orang Melayu. Hal ini adalah disebabkan kerana melalui penubuhan ini. ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan tidak menghadiri upacara tersebut. Britian tidak menjangka kesedaran politik orang Melayu begitu hebat sehingga mereka boleh bersatu padu secara menyeluruh. Kongres telah mengambil keputusan:  Bersatu padu menentang Malayan Union  Memulaukan upacara berhubung dengan penubuhan Malayan Union  Memulaukan sebarang upacara berhubung dengan pelantikan Gabenor Malayan Union. Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor pertama Gagasan Malayan Union. bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi termasuk juga sultan-sultan. 195. Hlm. Orang-orang Melayu seolah-oleh berkabung dengan melilitkan kain putih di songkok sebagai simbol kematian selama tujuh hari. Edisi Kedua.13 Kesimpulannya. mereka semangat sedar pewira yang jika tercetus mereka dalam Kongres terus Kebangsaan Melayu Se. maka akan hilanglah pusaka bangsa dan padah yang akan menimpa pada masa hadapan lebih buruk dari sekarang. Kongres Melayu Se-Malaya telah mengambil keputusan untuk mengadakan mesyuarat tergempar pada 29 dan 30 Mac 1946 di Kuala Lumpur.TH10203 Sejarah Malaysia 12 1946. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union tambah berkesan.  Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah memulaukan majlis tersebut dan menarik diri dari sebarang perlantikan jawatan kuasa  Berkabung selama tujuh hari sebagai tanda bantahan terhadap Malayan Union dengan melilitkan kain putih pada songkok Walau bagaimanapun. dan bertambah-tambah bahawa berjuang mengembalikan hak-hak kedaulatan bangsa. Kuala Lumpur. Tindakan Kongres Melayu SeMalaya ini agak mengagumkan. 13 Zainal Abidin Abdul Wahid. Penubuhan Kongres Melayu Semalaya telah menjadi pencetus kepada kebangkitan semangat nasionalisme kepada rakyat pada masa itu. Sultan-sultan.Malaya itu telah menjiwai perjuangan umat Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Dimensi Politik Melayu 1980 – 1990 : Antara Kepentingan dan Wawasan Bangsa. Anak Kalimantan. 1993.TH10203 Sejarah Malaysia 6. Selangor. pihak British telah mengkhianati bangsa Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union dan mereka telah mencadangkan cara untuk memperbaiki semula antara orang14 Ramlah Adam. Ini adalah berdasarkan ucapan wakilwakil persatuan negeri-negeri Melayu di mana tidak seorang pun yang menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Kedah. orang Melayu sudah mempunyai parti atau persatuan yang berselerak di seluruh Tanah Melayu dan tidak bersatu akibat dasar pecah perintah pihak British. Kuala Lumpur. hlm. hlm. Dato’ Onn Jaafar merupakan presiden UMNO yang pertama. API. KMM (yang diharamkan oleh pihak Inggeris sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu) dan berbagai-bagai lagi persatuan yang bersifat kenegerian atau kesukuan seperti Persatuan Anak Jawa. Bagi mereka. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu.2 Lahirnya UMNO (United Malaya National Organisation) 13 UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hasil daripada kesedaran politik orang Melayu menentang pengenalan Malayan Union sejak Disember 1945. Seberkas. UMNO menerima semua orang Melayu daripada pelbagai ideologi dan fahaman untuk sama-sama berjuang di bawah satu slogan “Hidup Melayu”. UMNO tidak muncul sebagai sebuah pertubuhan yang inginkan kemerdekaan. Insaf. iaitu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di bawah payung UMNO. 1. Melalui kebimbangan mereka akan kehilangan negeri. Tetapi sebelum 11 Mei 1946. bangsa dan kebudayaan mereka. Menurut Mohd. 15 Ahmad Atory Husain. penyatuan orang Melayu menjadi begitu jelas dan bermakna sekali.15 UMNO merupakan sebuah parti yang merangkumi beberapa persatuan dan pertubuhan dari negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah bergabung untuk menentang Malayan Union. 1. Sumatera dan sebagainya telah bertekad meleburkan identiti sempit mereka masing-masing dan seterusnya menyamakan identiti di bawah satu parti politik yang sama.14 Ketika ditubuhkan. Pertubuhan Melayu Perak. Kuala Lumpur. 1998. . Universiti Malaya. Mereka cuma melaungkan perasaan kesal terhadap perubahan dasar British yang akan menggabungkan negeri-negeri Melayu dan juga memberi taraf kerakyatan kepada beribu-ribu kaum pendatang yang tidak ada sebarang kaitan dengan Tanah Melayu. Johor. Isa Othman. Ia bolehlah dianggap sebagai satu kemuncak nasionalisme Melayu itu sendiri. Perkemam.

Kuala Lumpur. Bagaimana hendak menjalankan kerajaan jika kita sendiri tiada orang?”17 Ketika UMNO di ambang permulaan perjuangannya..TH10203 Sejarah Malaysia 14 orang Melayu dengan pihak British ialah dengan mengembalikan semula keadaan politik seperti sebelum tahun 1941. Kata beliau: “Saya ada mendengar beberapa pihak berkehendakkan kemerdekaan penuh. atas tuntutan itu hendaklah kita tunjukkan kebolehan kita supaya barang yang sudah kita pegang itu tidak terlepas daripada tangan kita… saya bertanya seorang daripadanya bagaimana caranya merdeka. Wakil-wakil Melayu pada masa itu dengan terus terang menjelaskan bahawa mereka tidak menginginkan kemerdekaan tetapi hanya naungan daripada pihak British agar kedudukan bangsa Melayu tidak terancam. Saya yang akan jalankan pemerintahan itu. .. Antara kejayaan UMNO selain menumbangkan Malayan Union ialah mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berjaya memulihkan kedaulatan raja-raja Melayu. hlm. mereka hanya menggunakan pendekatan yang sederhana dan tidak bercorak radikal. orang Melayu belum cukup terlatih untuk mentadbir negara yang merdeka. Isa Othman. masyarakat Melayu hidup dalam keadaan miskin. hlm. keselamatan dan sebagainya?. Adakah cukup dengan seorang yang dipertua sahaja? Bagaimana menterinya. 17 Ramlah Adam. Namun cadangan ini tidak dapat diterima oleh British. 18.. Apa yang mereka miliki hanyalah cita-cita untuk menghalau penjajah dari Tanah Melayu. UMNO telah mendapat kerjasama daripada raja-raja Melayu dalam pemulauan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pada 1 April 1946. Sejarah Malaysia (1800 – 1963). 1998. Utusan Publication & Distributors Sdn. pangkat dan harta kekayaan. sudahkah disusunkan? Adakah orang-orang Melayu itu sudah cukup layak menjadi Menteri Besar dan menteri-menteri keamanan. UMNO juga mendapat kerjasama orang-orang Melayu dengan melakukan perkabungan selama 7 hari 16 Mohd. daif dan serba kekurangan. 328. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu.16 Dato’ Onn juga ada menyatakan alasan mengenai UMNO yang menolak kemerdekaan penuh ke atas Tanah Malayu kerana bagi beliau. Universiti Malaya. Bhd. Selangor. Ahli UMNO ketika itu hanya berbekalkan semangat waja dan tidak mempunyai sebarang kepentingan seperti jawatan. 2002. pelajaran. Pada peringkat awal juga.

mulai Mei 1946 pihak British mula berbincang dengan raja-raja Melayu dan UMNO. Di mana jawatankuasa ini telah berjaya merangka sebuah perlembagaan baru bagi mengantikan Malayan Union. 8. semua orang Melayu walaupun berbeza ideologi dan fahaman telah bersatu dan bangkit menentang Malayan Union yang dilihat menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.3 Tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Penentangan orang Melayu bagi menggantikan Malayan Union di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar telah menghasilkan sebuah jawatankuasa kerja yang terdiri daripada raja-raja Melayu. wakil kerajaan British dan UMNO. hlm. 1998. 11. anggota parti Konservatif Britain yang mengecam bahawa Malayan Union merupakan satu tindakan yang akan memusnahkan orang Melayu. Penubuhan UMNO telah mendapat sokongan daripada bekas pegawai British seperti R. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu.18 Akhirnya. 19 Ibid.19 Di sini dapat kita lihat bahawa penubuhan UMNO adalah satu aspek penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat pada masa itu kerana melalui UMNO. Selain dari itu. Mereka turut meminta agar pihak British mengkaji bantahan orang-orang Melayu secara dekat. hlm.TH10203 Sejarah Malaysia 15 dan memakai songkok putih yang berlilit kain hitam sebagai tanda kematian hak mereka. Oleh itu. Raja-raja Melayu mula sedar kesilapan mereka menyerahkan semua kuasa pentadbiran dan kedaulatan dalam perjanjian MacMicheal. Penentangan UMNO terhadap Malayan Union turut menarik perhatian raja-raja Melayu pada akhirnya. Universiti Malaya. Winsted dan Frank Swettenham. Melalui perpaduan orang Melayu dalam UMNO ini telah berjaya membuatkan pihak British untuk berunding dengan Raja-raja Melayu dan UMNO bagi membincangkan semula mengenai perlembagaan Malayan Union ini. 6. . UMNO berjaya membuatkan pihak berkuasa Malayan Union untuk berunding.O. Kuala Lumpur. UMNO juga dilihat menjadi titik tolak dalam tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Perlembagaan ini di kenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan 9 buah negeri dan Negeri-Negeri 18 Ramlah Adam.

Utusan Publication and Distributors Sdn. Kuala Lumpur.. Tetapi Singapura kekal sebagai tanah jajahan Inggeris yang berasingan. Bhd.22 Langkah menubuhkan negeri persekutuan itu bolehlah dikatakan bahawa ia lebih daripada langkah bertolak ansur dalam pertikaian politik Tanah Melayu. (a) Iaitu sama ada (i) Ia telah dilahirkan dalam mana-mana negeri dalam persekutuan dan telah tinggal dalam satu atau lebih negeri-negeri itu selama 8 tahun daripada tempoh 12 tahun.TH10203 Sejarah Malaysia 16 Selat. 91.21 Buat pertama kalinya. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. NegeriNegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. 91. Dengan peruntukan seperti itu.hlm. tetapi dasar kelayakan mereka itu telah terbentuk. hlm. 22 Ibid. Sultan telah menjadi raja yang berdaulat di negeri masing-masing tetapi tetap di bawah lindungan British. . namun ia berjaya menyatukan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri Selat di bawah satu pentadbiran. anak-anak yang belum cukup umur boleh menjadi rakyat dengan syarat-syarat yang ditetapkan. dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memulakan satu undangundang kerakyatan meliputi seluruh negara dan membolehkan penduduk bukan bumiputera menjadi warganegara Tanah Melayu.20 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan beberapa kesan di mana raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-hak utama. di Tanah Melayu sudah tidak wujud lagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sungguh pun British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah tanah jajahan. 87 21 Ibid. Oleh itu. hlm. kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing seperti sebelumnya. 20 Mohd Idris Saleh. Ini bermakna kedaulatan raja Melayu telah dikembalikan semula. iaitu Melaka. Sungguhpun kelayakan yang dikehendaki untuk menjadi warganegara adalah terhad. Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie. Negeri-Negeri Perlembagaan Melayu iaitu Persekutuan 1948 telah membentuk satu bentuk kerakyatan baru yang selama tidak terdapat kerakyatan penerimaan orang dagang sebagai rakyat Tanah Melayu. Mengikut Fasal 25. telah membentuk satu konsep negara bangsa Tanah Melayu yang ini tidak lagi bersifat dalam tradisional tradisi Melayu sepenuhnya. Persekutuan yang dibentuk dalam Perjanjian Persekutuan 1948.1994. Kerakyatan Persekutuan. Pulau Pinang dan Singapura.

Persekutuan yang dibentuk oleh Persekutuan 1948 telah membentuk satu konsep negara bangsa Tanah Melayu yang moden dan tidak lagi bersifat tradisional Melayu sepenuhnya. Universiti Malaya. kuasa autonomi yang tertentu bagi negeri dan Persekutuan. 6. 23 Dengan ini. 24 Ibid. bermulalah era pembentukan satu negara bangsa Tanah Melayu yang moden yang menggabungkan unsur tradisional dan baru bagi melahirkan satu negara Tanah Melayu yang baru. serta perlembagaan negeri bagi tiap-tiap negeri. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk pada tahun 1948 itu telah menjadi asas negara moden Malaysia. hlm. 218. . Dengan meletakkan asas konsep kerakyatan kebangsaan dan termeterainya konsep raja berperlembagaan. (b) Berkelakuan baik (c) Mempunyai pengetahuan atau fasih dalam berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.4 Hubungan Kaum 23 Ramlah Adam. peranan dan fungsi Majlis Raja-raja yang jelas dan bertulis. (d) Telah membuat pengakuan untuk tinggal menetap (e) Jika permohonannya diluluskan. Dengan itu. 217.24 Persekutuan Tanah Melayu telah membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat pada masa itu untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah yang selama ini hanya menindas dan mengeksploitasikan sumber ekonomi untuk mengaut keuntungan bagi kepentingan mereka sahaja. Kuala Lumpur. hlm. mesti angkat sumpah kerakyatan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga telah membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat agar mereka yakin untuk memerintah negara sendiri melalui pemilihan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang bercorak demokrasi. 1998. maka sistem birokrasi moden dengan meletakkan Menteri Besar sebagai wakil eksekutif pentadbiran negerinegeri Melayu dengan mengetuai Majlis Mesyuarat dan Eksekutif Negeri.TH10203 Sejarah Malaysia (ii) 17 Telah tinggal selama 15 tahun daripada 20 tahun daripada tarikh permohonannya.

Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila rata-rata orang bukan Melayu terutamanya orang Cina menyambut baik rancangan Malayan Union kerana mereka diakui sebagai warganegara dengan kedudukan yang sama rata dengan orang Melayu. Rata-rata mereka hidup berkelompok dalam kumpulan mereka. Kehidupan. hlm. 130. Universiti Malaya. 2004. 128.25 Hubungan antara kaum di Tanah Melayu dirumitkan lagi dengan pengenalan rancangan Malayan Union pada 1 April 1946. hlm. orang Cina dilayan dengan buruk kerana orang Cina telah memberikan sokongan dan bantuan kepada China dalam perang menentang pencerobohan Jepun ke atas China pada tahun 1937. pentadbiran Jepun telah menggariskan pembahagian yang jelas iaitu layanan yang agak baik kepada orang-orang Melayu dan orang India. 2004. Darurat 1948 – 1960 : Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun. Peruntukan hak kewarganegaraan Malayan Union telah memperhebatkan lagi perasaan perkauman yang sedang meluap-luap ekoran pendudukan Jepun dan kebangkitan MPAJA. Kuala Lumpur. Tetapi. Kuala Lumpur. Sebaliknya. Pada pandangan orang Melayu. pekerjaan dan sistem persekolahan yang berbeza tidak memungkinkan kaum Melayu. Rancangan itu diterima dan disambut baik oleh kebanyakan orang Cina dan India kerana menjanjikan persamaan taraf dengan orang Melayu. Cina dan India dapat berintegrasi antara antara satu sama lain. . 25 Ho Hui Ling. 26 Ho Hui Ling. Mereka telah memainkan peranan dalam membangkitkan perasaan perkauman antara orang Melayu dan Cina. Universiti Malaya. Mereka bimbang akan menjadi masyarakat minoriti dan melihatnya sebagai satu penjajahan ke atas Tanah Melayu. hubungan antara kaum terpisah oleh faktor ekonomi.TH10203 Sejarah Malaysia 18 Sebelum Perang Dunia Kedua.26 mengenai kewarganegaraan adalah longgar dan menyatakan bahawa sesiapa yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura boleh memperolehi hak kerakyatan Malayan Union. Antara sebabnya Syor ialah hak kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu dan dilihat boleh menjejaskan kedudukan serta istimewa mereka. rancangan itu mendapat bantahan hebat daripada orang hak Melayu. syarat kewarganegaraan Malayan Union akan menjejaskan hak dan kepentingan politik mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Darurat 1948 – 1960 : Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengamalkan dasar perkauman untuk memenangi sokongan daripada sebahagian penduduk tempatan. tempat tinggal dan sistem pendidikan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.29 Kerajaan British mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa jua dasar di Tanah Melayu dan ini telah mengakibatkan kedaulatan negeri-negeri Melayu yang terletak di tangan rajaraja Melayu berpindah ke tangan pihak British. Usul baru ini juga jelas menunjukkan suatu percubaan politik British untuk menguasai Tanah Melayu. Selangor. hlm. hlm.TH10203 Sejarah Malaysia 19 Orang Melayu menentang Malayan Union dan menimbulkan perasaan tidak senang terhadap orang bukan Melayu. Hidup melayu. Cina dan India pada mulanya. 131. Utusan Publication & Distributors Sdn. 163 29 Mohd. 2002. Biografi Dato’ Onn. Seterusnya hubungan antara kaum telah menjadi baik setelah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu didrafkan. hlm. .5 Kedudukan Raja-raja Melayu Malayan Union telah mengakibatkan kekuasaan dan kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan oleh British. Akhbar Majlis telah mentafsirkan kedudukan raja-raja sebagai mufti dalam negeri mereka dan dalam urusan hal ehwal agama Islam pun kuasa mereka terletak di bawah kawalan Gabenor Malayan Union. 6. Sejarah Malaysia (1800 – 1963). 325. Raja-raja Melayu tidak lagi mempunyai peranan sebagai ketua kerajaan negeri masing-masing dan pengaruh mereka hanya dihadkan dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang-orang Melayu.. Bhd. kesan penubuhan Malayan Union dilihat menjadi pencetus semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat pada masa itu tanpa mengira bangsa dan agama serta bersama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan. 2005. Tindakan pihak British dalam usaha untuk melaksanakan rancangan Malayan Union telah dipersoalkan oleh orang-orang Melayu kerana cara yang digunakan untuk memperoleh tandatangan raja-raja Melayu dalam persetujuan 27 28 Ibid. Bangi. Oleh itu. Tetapi harus dingat juga bahawa Malayan Union diwujudkan adalah untuk membolehkan orang Cina dan India yang ramai bilangannya memasuki kehidupan politik Tanah Melayu supaya tumbuh perasaan dan semangat ”Malaya”28 di hati penduduk bukan Melayu. dan akan jadilah mereka itu rakyat Tanah Malaya yang mempunyai taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Malaya.27 Malayan Union telah menjejaskan hubungan kaum di antara Melayu. Ia mengandungi langkah ke arah pemerintahan secara langsung oleh British dan peruntukan hak kewarganegaraan ini dilihat sebagai usaha memperbaiki kedudukan politik orang bukan Melayu. Anwar Abdullah. Isa Othman.

31 Ibid. Isa Othman. . 2002. Isa Othman mengatakan bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah orang Melayu.TH10203 Sejarah Malaysia 20 rancangan tersebut telah membuktikan bahawa pihak British tidak jujur. Oleh sebab itulah orang-orang Melayu bangun dan membantah tindakan raja-raja mereka yang menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada pihak British. Selangor. hlm. 5 dan 6 Januari 1946. Raja-raja Melayu telah menyedari bahawa mereka telah kehilangan kuasa mutlak dan pihak British juga sedar yang raja-raja tidak dapat memujuk rakyat 30 Mohd. hlm. Utusan Publication & Distributors Sdn. raja-raja dikritik kerana telah menggadai hak rakyat mereka kepada pihak British untuk kepentingan kedudukan masing-masing. raja-raja Melayu diingatkan bahawa mereka tidak boleh bertindak untuk satu pihak bagi membuat sesuatu keputusan yang akan melibatkan rakyat dan negeri tanpa mendapat persetujuan daripada rakyat terlebih dahulu. raja-raja hampir dipulaukan oleh rakyat mereka sendiri. 328. Akibatnya. Berdasarkan kepada rencana-rencana tulisan Ayub Abdullah yang diterbitkan dalam akhbar Majlis pada 4. 372. Raja-raja Melayu dan pihak British telah menghadapi tekanan yang serius daripada orang Melayu. raja-raja Melayu dianggap mengkhianati rakyat mereka sendiri dan orang-orang Melayu tidak lagi percaya dan berharap kepada kerajaan British. rancangan Malayan Union akan mengubah rupa bentuk negerinegeri Melayu serta ciri-ciri kemelayuan akan hilang sama sekali dan akan digantikan dengan ciri-ciri yang disebut sebagai “Malayan”. Sultan atau raja-raja diugut dan tidak diberi peluang untuk berunding dengan rakyat untuk membuat keputusan yang begitu penting dan mempunyai kesan yang serius terhadap masa depan orang Melayu. Sejarah Malaysia (1800 – 1963). Bagi mereka. Bhd.. Mohd. Sultan mesti akur kepada kehendak rakyat kerana bukan raja sahaja yang berdaulat. Warta Negara dan Utusan Melayu.31 Peristiwa daripada Malayan Union telah menunjukkan dengan jelas bahawa orang-orang Melayu telah menghadapi perubahan dari segi ideologi politik di mana raja-raja tidak lagi dianggap sebagai kuasa monopoli dalam kegiatan politik bangsa Melayu. membuktikan bahawa orang Melayu tidak lagi dikongkong oleh sikap feudal dan taat setia tanpa soal. Menurut Ayub Abdullah. tetapi daulat rakyat jauh lebih tinggi daripada daulat raja.30 Berdasarkan daripada rencana-rencana yang diterbitkan dalam akhbar Melayu seperti Majlis.

Walaupun imej Sultan Ibrahim dapat dipulihkan tetapi kedudukannya sebagai seorang raja yang berkuasa penuh telah hilang sama sekali. Orang Melayu telah bersatu bagi menentang rancangan Malayan Union dan akhirnya telah menghasilkan kejayaan yang besar. Sultan Ibrahim telah dipulau oleh rakyatnya setelah didapati baginda menandatangani persetujuan rancangan Malayan Union tanpa berbincang dengan pegawaipegawai kerajaannya. . pelajar melakukan 32 33 Isa Othman. bercerai kita roboh.TH10203 Sejarah Malaysia 21 mereka untuk menerima sebarang dasar yang diperkenalkan oleh British jika ianya tidak mendapat persetujuan daripada rakyat. Kuala Lumpur. Kerjasama sangat penting dalam sesebuah masyarakat kerana melalui kerjasama barulah perpaduan dapat dicapai dan segala rancangan dapat dilaksanakan. Sebagai contoh. 328. Misalnya sultan Johor.32 Baginda hampir digulingkan kerana telah melanggar Fasal 15. 7. hlm. 2) Kerjasama Nilai kedua yang dapat kita ambil ialah nilai kerjasama.0 NILAI-NILAI MURNI 1) Bersatu kita teguh. Cit.33 Sumbangan Malayan Union terhadap perkembangan semangat kebangsaan di kalangan rakyat dari aspek kedudukan Raja-raja Melayu ialah membangkitkan semangat berjuang untuk mempertahankan hak istimewa dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Nilai pertama yang boleh diterapkan melalui tajuk ini ialah bersatu kita teguh. hlm. Undangundang Tubuh Johor 1895 yang menyatakan bahawa Sultan Johor yang menyerahkan sebarang kawasan Johor kepada kuasa luar patut digulingkan. 5. Ramlah Adam. Hal ini dikuatkan lagi bagi mempertahankan ‘ketuanan Melayu’ kerana rancangan Malayan Union dilihat akan mengubah rupa bentuk negeri-negeri Melayu serta ciri-ciri kemelayuan akan hilang sama sekali dan akan digantikan dengan ciri-ciri yang disebut sebagai “Malayan”. Pepatah ini bermaksud bahawa perpaduan sangat penting dalam sesebuah masyarakat agar menjadi lebih bersatu padu bagi menjayakan sesebuah rancangan. Nilai ini penting diterapkan kepada pelajar kerana setiap hari pelajar terlibat dengan aktiviti yang memerlukan kerjasama. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Nilai ini jelas dapat dilihat dalam penubuhan Kongres Melayu SeMalaya dan penubuhan UMNO. bercerai kita roboh. Op. Universiti Malaya.

TH10203 Sejarah Malaysia 22 perbincangan kumpulan ataupun sebarang aktiviti. Cara-cara penubuhan yang tidak di persetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat Melayu telah . 8. 4) Saling bertolak ansur Nilai keempat yang kita boleh belajar melalui tajuk ini ialah saling bertolak ansur bagi menikmati faedah dan kebaikan bersama. Penentangan terhadap Malayan Union bertitik tolak akibat ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat melayu kerana Malayan Union telah menidakkan hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Terdapat banyak faktor yang membawa kepada penubuhan Malayan Union ini oleh British. kita harus mengakui dan menghormati ketuanan Melayu selaras dengan peruntukkan yang telah termaktub dalam perlembagaan. 3) Menghormati Nilai ketiga yang dapat kita lihat melalui sumbangan Malayan Union ke atas perkembangan semangat kebangsaan di kalangan rakyat ialah perasaan menghormati. Nilai ini sangat penting bagi mewujudkan semangat perpaduan dan suasana harmoni di kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Hal ini seiring dengan gesaan kerajaan ke arah mewujudkan perpaduan kaum melalui kempen 1Malaysia. kerjasama sangat penting dalam sesebuah organisasi tidak kiralah sama ada organisasi sekolah. namun terlihat bagaimana British menubuhkan Malayan Union ini adalah semata-mata demi kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Iktibar yang boleh diambil akibat peristiwa ini ialah walaupun kita terdiri daripada bangsa lain. Oleh itu. masyarakat mahu pun negara. agama dan budaya. Walau pun pihak British cuba berselindung yang kononnya demi kepentingan penduduk Tanah Melayu.0 KESIMPULAN Malayan Union adalah satu titik tolak atau pencetus yang membawa kepada tercetusnya semangat kebangsaan di kalangan rakyat di Tanah Melayu dan seterusnya membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan.

Bagi mengagalkan perlaksanaan Malayan Union ini.TH10203 Sejarah Malaysia 23 membawa kepada banyak penentangan yang akhirnya berjaya mengagalkan perlembagaan Malayan Union ini daripada di laksanakan sepenuhnya. Antara sumbangan Malayan Union ke atas perkembangan semangat kebangsaan di kalangan rakyat pada masa itu ialah penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya. Daripada peristiwa Malayan Union ini. lahirnya UMNO (United Malaya National Organisation) dan tertubuhnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. dapat di lihat kesan peristiwa Malayan Union yang telah banyak mengubah corak dan mempengaruhi politik. Sumbangan lain Malayan Union ialah hubungan kaum serta kedudukan Raja-raja Melayu. budaya dan sosial Malaysia khususnya Tanah Melayu. pemimpin-pemimpin Tanah Melayu serta rakyat telah melakukan banyak bentuk penentangan yang rata-rata penentangan ini berlaku untuk memastikan Malayan Union tidak di laksanakan. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->