You are on page 1of 6

Khairaummah.

com

Relevansi Tasawwuf Dalam Pembangunan Ummah
Disumbang Oleh khairaummah
Thursday, 11 January 2007

RELEVANSI TASAWWUF
DALAM PEMBANGUNAN UMMAH*

Khalif Muammar
Pendahuluan

Secara umumnya tiada seorang pun yang dapat menafikan kepentingan tasawwuf dalam tradisi Islam. Tasawwuf
terbukti sangat berkesan dalam mendidik jiwa manusia, memberikan ketenangan hati dan mengisi kekosongan jiwa.
Sehingga setelah memahami kepentingan tasawuf, ramai sarjana Muslim mengatakan bahawa ia adalah salah satu
aspek penting ajaran Islam. Bahkan Seyyed Hossien Nasr mengatakan bahawa tasawwuf “serupa dengan nafas
yang memberikan hidup. Tasawwuf telah memberikan semangatnya pada seluruh struktur Islam, baik dalam perwujudan
sosial mahupun intelektual.”

Sebagai aspek dalaman (esoteris) ajaran Islam (al-janib al-‘Atifi min al-Islam),[2] tasawwuf kerap kali dikatakan
sebagai hakikat sedangkan aspek luaran (eksoteris) dikatakan sebagai Shari‘ah. Kedua-dua hakikat dan
Shari‘ah ini mempunyai peranan dan kepentingan masing-masing yang tidak dapat dipisahkan daripada ajaran
Islam yang syumul. Oleh kerananya kedua-dua aspek ajaran Islam ini tidak boleh dilihat secara dikotomis, terpisah dan
dipertentangkan.
Namun pada kenyataannya tasawwuf merupakan salah satu subjek yang sering disalahfahami oleh ramai orang, baik di
kalangan Muslim sendiri mahupun orang bukan Islam. Hal ini berlaku di antaranya adalah kerana tasawwuf telah melalui
evolusi dan perkembangan yang jauh setelah ia diperkenalkan kepada generasi awal Islam.
Dunia tasawwuf adalah dunia kerohanian (spirituality). Adalah sesuatu yang mustahil memahami dunia ini jika seseorang
itu hanyut dalam alam material dan keduniaan. Pada hari ini, di mana kehidupan masyarakat didominasi oleh worldview
sekular, tasawwuf menjadi sesuatu yang asing dan terpinggir. Malahan, ramai yang beranggapan bahawa orang-orang
yang mengamalkan tasawwuf adalah orang-orang yang pelik, berfikir ke belakang dan konservatif.
Justeru, menurut penulis, ketika dunia semakin hanyut dengan materialisme dan hedonisme, peranan dan kepentingan
tasawwuf dirasakan amat signifikan dalam usaha mengatasi permasalahan dan dilema yang dihadapi oleh masyarakat
hari ini. Semakin dominan falsafah sekularisme dan immanentisme dalam kehidupan masyarakat semakin ramai orang
yang tercari-cari akan ‘makna’ dan hakikat kehidupan. Gejala ini dapat dilihat dengan sambutan luar biasa
masyarakat Barat terhadap ajaran-ajaran yang bersifat kerohanian-baik itu ajaran Buddha mahupun ajaran tasawwuf.
Sehinggakan masyarakat sekular Barat bimbang jika fenomena ini berlanjutan pada beberapa dekad akan datang
Eropah akan menjadi negara Islam.
Jalan sufi adalah jalan yang ditempuhi oleh seorang Muslim yang serius dan yang bersungguh-sungguh meraih
keredhaan Allah s.w.t. Hakikatnya jalan ke syurga dipenuhi dengan onak duri dan jalan ke neraka pula dipenuhi dengan
perhiasan. Seorang Sufi betul-betul menghayati hadith yang menyebut bahawa dunia adalah penjara bagi orang Mukmin
dan Syurga bagi orang kafir. Maka seorang sufi adalah seorang yang sanggup melepaskan kenikmatan dan perhiasan
dunia jemudian sanggup menempuhi kepahitan, kekurangan dan kehinaan demi mencapai keredhaan Tuhannya dan
bertemu dengan Sang Kekasih.
Di sebalik keseriusan, kepahitan dan kehinaan yang diharungi oleh seorang sufi, ia dapat merasakan kenikmatan,
ketenangan dan kebahagiaan dalaman yang tidak dapat dirasakan oleh orang yang selesa dengan nikmat dunia. Oleh
itu tasawwuf sebenarnya menawarkan kebahagiaan dalam kepahitan sedangkan dunia menawarkan kesengsaraan
dalam keselesaan. Realitinya dalam dunia ini kita selalu berhadapan dengan paradoks: seorang yang mencari
kebahagiaan dengan mengumpulkan harta benda, berseronok dan bersuka-ria tetapi di akhir pencariannya dia
mendapati semuanya tiada berguna dan tiada memuaskan. Seorang yang tawadu‘ (merendah diri), zuhd (tidak
materialistik), qana‘ah (merasa cukup), seringkali mendapati dirinya bebas, tenang, dan damai. Memang agak
aneh tetapi itulah kenyataannya kehidupan dunia ini sebagaimana digambarkan dalam al-Qur’an seperti sarab
(baying-bayang):
“Dan orang-orang Yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata Yang
disangkanya air oleh orang Yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak
didapati sesuatu pun Yang disangkanya itu; (Demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya
sebagaimana Yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan
hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisabNya.(Surah al-Nur: 39)

Oleh kerananya, Allah s.w.t. telah mengingatkan bahawa kadangkala apa yang manusia fikirkan baik sebenarnya tidak
baik, dan kadangkala yang manusia fikirkan buruk pada hakikatnya adalah baik.[3]
Allah telah memperingatkan beberapa kali bahawa akhirat itu lebih baik daripada dunia:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit
http://khairaummah.com Menggunakan Joomla! Generated: 31 March, 2011, 12:18

w. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.&rdquo.&rdquo. Baginda bersabda: &ldquo. harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. Ia melakukan sesuatu bukan kerana inginkan sesuatu dari orang yang berkaitan tetapi melakukannya dengan ikhlas kerana Allah s.w. Hadith di atas menunjukkan bahawa sifat yang baik pada seseorang itu adalah apabila ia tidak mengharapkan apa yang dimiliki oleh orang lain. &ldquo.[4] Walaupun dari definisi yang dinyatakan oleh al-Ghazzali ini tampak bahawa beliau mengisyaratkan perlunya dunia itu ditinggalkan untuk mendapatkan akhirat.. Seseorang berkata: &ldquo. menggunakan kenderaan yang buruk atau tidak berkenderaan langsung.&rdquo.. Dunia dengan segala kesenangan dan perhiasannya bersifat menggiurkan.t.a. sebagai tempat dan alat ia sepatutnya dilihat sebagai sesuatu yang neutral.. Ini kerana.&rdquo. tetapi penolakan tersebut tidak sama sekali bermaksud meninggalkan dunia. (al-Taghabun: 15) Walaupun dunia ini dikatakan perhiasan yang menipu dan fitnah (cubaan) yang dapat menguji keimanan seseorang tetapi dunia tidak dikatakan hina.Kecintaan terhadap dunia dan ketakutan akan mati. manusia yang kurang teguh imannya akan terpedaya dan menjadikannya lalai lalu meninggalkan perintah Tuhannya. Di bawah ini akan dijelaskan konsep zuhud sebenar untuk menunjukkan bahawa zuhud tidak bererti meninggalkan dunia sepertimana disalahfahami oleh ramai orang. Imam al-Ghazzali mendefinisikan zuhud dengan: &ldquo. dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya). dan berzuhudlah engkau dengan apa yang ada pada manusia nescaya engkau akan disukai oleh manusia&rdquo.Imran: 185) Al-Qur&rsquo. (al-Nisa&rsquo. orang yang menerima konsepsi zuhud seperti ini telah menyifatkan Islam dengan kemunduran dan anti dunia. Ini kerana al-Ghazzali sendiri sering menekankan perlunya dunia dan segala apa yang terkandung digunakan sewajarnya.an sebagai perhiasan yang menipu (mata&lsquo.an mengingatkan orang beriman agar tidak tertipu dan terhalang oleh harta benda dan keluarga dalam mencari keredaan Allah s. beberapa kali mengingatkan bahawa hubb al-dunya merupakan faktor sebenar kepada kelemahan dan kerapuhan umat Islam: &rlm.. 2011. Benarkah zuhud itu sinonim dengan kemunduran dan anti dunia? Selain dari itu. muktabar dalam ilmu tasawwuf dan akhlak seperti al-Ghazzali dan Miskawayh? Dalam usahanya menerangkan apa yang dimaksudkan dengan zuhud. Jadi secara tidak langsung.Dikhuatirkan akan datang kepada kamu bangsa-bangsa asing sebagaimana pemangsa-pemangsa mendatangi makanannya&rdquo.berzuhudlah engkau dengan dunia nescaya Allah akan menyayangimu.Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Sememangnya zuhud berkait rapat dengan penolakan terhadap dunia. ia adalah tempat ujian untuk menguji keimanan hamba-hamba-Nya.: &ldquo. dan mencampakkan kelemahan dalam hati kamu&rdquo.Apakah disebabkan jumlah kami yang kecil&rdquo. 12:18 .Sesungguhnya. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Perbuatan baik yang diiringi dengan adanya udang di sebalik batu akan menjadikan orang curiga akan niat seseorang yang berbuat baik dan boleh mengakibatkan hilangnya kepercayaan sesama Muslim.&rdquo. sifat seperti ini akan menyebabkan masyarakat cenderung untuk tidak berbuat http://khairaummah.com sahaja. dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. terdapat juga hadith Rasulullah s. Khairaummah. (&rsquo.w. Lebih-lebih lagi.t. Di samping itu. tidak berlebihan agar ia tidak menjadi penghalang kepada penghambaan diri kepada Allah s.Justeru jumlah kamu pada masa itu banyak.: 77) Dunia juga digambarkan oleh al-Qur&rsquo.Ali &lsquo.. Seseorang berkata: &ldquo.a. Baginda bersabda: &ldquo. Rasulullah s. tetapi kamu seperti buih di lautan. al-ghurur). pada hakikatnya dunia dijadikan oleh Allah sebagai tempat untuk manusia mengabdi. &ldquo. yang bermaksud: &ldquo. Allah akan cabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu. Kecintaan terhadap dunia ini perlu dikawal dan ditundukkan kerana jika tidak ia akan menghanyutkan dan menyesatkan seseorang. persoalan yang lebih mencabar lagi adalah benarkah konsepsi tersebut bersandarkan kepada karya-karya ulama&rsquo. tidak memiliki harta benda dan rumah yang selesa.w.tindakan seseorang yang menolak sesuatu yang diingininya untuk mendapatkan sesuatu yang lain yang lebih berharga. Dengan konsepsi zuhud seperti ini maka konsep zuhud disinonimkan dengan kemunduran dan sikap konservatif.com Menggunakan Joomla! Generated: 31 March..Apakah kelemahan itu wahai Rasulullah&rdquo. Memahami Semula Konsep Zuhud Kebanyakan masyarakat hari ini memahami zuhud sebagai cara hidup yang meninggalkan dunia. patut ditinggalkan dan dijauhi sepenuhnya sepertimana dalam sesetengah agama.t. dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. makan dan minum ala kadarnya -tidak berkhasiat. dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.w. namun penulis berpendapat apa yang dimaksudkan oleh al- Ghazzali adalah meninggalkan kecintaan terhadap dunia untuk memastikan seseorang itu mendapatkan habuan di akhirat. berpakaian lusuh. Yang ditolak adalah kecintaan terhadap dunia (hubb al-dunya). (dan akhirnya akan lenyap).

dan beberapa ilmu kebatinan yang lain. manusia diciptakan dengan kedua-dua unsur. di akhirat. Islam menginginkan agar manusia mencapai kebahagiaan sejati. kering. namun jelas bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara tasawwuf dengan mistisisme. seorang tokoh sufi terkenal abad ke-20. sebagai panduan hidup manusia. Sebagai alat dan bukan matlamat.Arabi. 2011.Hendaklah kamu menyerahkan diri kamu sepenuhnya kepada Shaikh seperti mayat yang diserahkan kepada pembersih mayat. Sebagaimana tiada istilah manusia suci (maksum) kecuali Rasulullah. kebahagiaan dunia dan akhirat. Ibn Taymiyyah adalah di antara ulama&rsquo.&rdquo. Tanpa kawalan dan keseimbangan seseorang yang tertumpu pada alam kerohanian akan terasyikkan dan akhirnya hilang (menghilangkan diri) dan asyik dengan dunianya sendiri.Arabi tidak dapat dipungkiri dan beliau mendapat kedudukan yang istimewa di kalangan ulama&rsquo. Kehidupan yang didominasi oleh falsafah materialisme adalah kehidupan yang kasar. 12:18 . Bagi Sufyan al-Thawri. Kecenderungan untuk menumpukan pada aspek kerohanian dan meninggalkan pembangunan material menyebabkan ketidakseimbangan dan kemunduran.w. Kebahagiaan manusia semestinya terhasil apabila kedua-dua unsur ini diberikan perhatian yang seimbang. kerana kebesaran dan ketinggian maqam mereka.Arabi. Lebih daripada itu seorang yang materialistik pada kemuncaknya sanggup melakukan perkara yang menjijikkan demi memenuhi keinginan nafsunya. Kemajuan dan pembangunan yang tertumpu pada aspek fizikal dan material akan melahirkan manusia yang pincang. dunia tidak patut memesongkan manusia daripada tujuan hidupnya. kecintaan terhadap dunia atau pun mementingkan keduniaan. maka tidak mungkin mereka tersilap. seorang tokoh sufi yang ulung. maka pada hari ini istilah yang sesuai untuk memperkenalkan kembali zuhud dengan wajah yang segar adalah bahawa ia adalah lawan kepada sifat materialistik. dan yang selalu mengutamakan pengabdian kepada Allah atas segala sesuatu yang lain.w. Zuhud dalam erti kata hilangnya hubb al-dunya dalam diri seorang Muslim bukan satu pilihan melainkan satu kemestian. Alam kerohanian sememangnya amat luas. yang terang-terangan menentang penyelewengan kaum sufi di zamannya. justeru itu pembangunan kedua-dua unsur ini adalah sangat penting bagi manusia. Islam mengajarkan umatnya agar melihat dunia sebagai alat yang digunakan untuk meraih keredhaan Allah s. jasmani dan rohani. Islam.w. Ramai yang tertarik untuk berguru dengan seorang &ldquo. kekebalan. Fungsi Tasawwuf: Penyeimbang Tasawwuf tidak boleh dilihat hanya berfungsi sebagai memenuhi keperluan dalaman dan kerohanian manusia. Dalam menanggapi persoalan mengenai wahdat al-wujud yang dipertahankan oleh Ibn &lsquo.w. Ini menunjukkan bahawa sifat materialistik (nafsu) telah memenjarakan dan memperhambakan dirinya. akan dapat menilai seeorang itu benar-benar menghambakan dirinya kepada Allah s.[7] Sehingga saat ini. Sa&lsquo.id al-Nursi. Zuhud yang selama ini dilihat sebagai suatu cara hidup yang khas dimiliki oleh para sufi atau &lsquo. yang kadang-kadang keterlaluan (ekstravaganza) sebenarnya adalah satu bentuk ajaran yang keterlaluan (ekstrim). atau menghambakan dirinya kepada hawa nafsunya. antara keperluan material dengan keperluan spiritual. Tasawwuf juga sebenarnya berfungsi sebagai penyeimbang kepada keharmonian hidup manusia. Hakikatnya manusia tidak seperti malaikat. Golongan yang terlalu asyik dengan alam kerohanian ini seringkali lupa akan tanggungjawabnya di dunia. tasawwuf dan sufi amat sinonim dengan mistisisme.wali&rdquo.com seseuatu yang baik jika tidak ada keuntungan yang boleh didapati hasil daripada perbuatannya itu.t. penuh dengan konflik.t. Islam tidak mungkin memaksakan manusia untuk melakukan sesuatu dan menjadi makhluk yang bertentangan dengan fitrah semula jadi dirinya. muncul setelah tasawwuf mula diselewengkan oleh beberapa aliran tasawuf. lebih luas dan dalam berbanding alam material. kehebatan dan kelebihan shaikh tariqat menutupi kelebihan dan kehebatan Rasulullah s. kepentingan. ia http://khairaummah. dan menutup hati dari segala ambisi keduniaan. Tariqat-tariqat sufi yang menumpukan pada bentuk-bentuk zikir. Kaum sufi juga telah menjelaskan ciri-ciri orang yang benar-benar memiliki sifat zuhud: orang yang tidak bergembira dengan mendapatkan keduniaan. sehingga terkesan.t. antara keperluan material dan keperluan spiritual.tidal) antara pembangunan jasmani dan pembangunan rohani. permusuhan dan kebencian. zuhud adalah perbuatan hati yang menyerahkan segala sesuatu demi mencapai keredhaan Allah s. khususnya yang berkaitan dengan kuasa luar biasa (paranormal) atau ilmu ghaib (occult). untuk mendapatkan kuasa luar biasa. Dunia memang diciptakan menarik dan menggiurkan kerana dengan itu Allah s. maka dalam Islam kesalehan seseorang tidak bergantung kepada ketidakterlibatannya dengan urusan dunia. Seseorang yang zuhud sebenarnya adalah seseorang yang tidak ada dalam dirinya sifat materialistic. pada hakikatnya materialisme telah merendahkan martabat manusia kepada makhluk yang rendah. Islam tidak pernah mengajarkan penganutnya membenci dan meninggalkan dunia. serendah binatang yang hidupnya hanya untuk memuaskan nafsu kebinatangannya.t. hanya sahaja dengan berbagai pengalaman batinnya yang tanpa kontrol. sebenarnya suatu cara hidup yang diinginkan oleh Islam untuk diamalkan oleh setiap penganutnya. telah memberikan jalan keluar bagi kepincangan dan ketidakharmonian kehidupan manusia. dan seterusnya tamadun yang pincang. Islam menyuruh umatnya menyeimbangkan antara dunia dengan akhirat.com Menggunakan Joomla! Generated: 31 March. tidak juga sedih dengan kehilangannya.[5] Oleh kerana zuhud adalah lawan kepada hubb al-dunya. Walaupun orientalis tidak membezakan tasawwuf dengan mistisisme. Masih ramai kaum sufi yang memberi pembelaan terhadap al-Hallaj dan Ibn &lsquo. iaitu berbanding dengan agama Nasrani yang melihat dunia sebagai sesuatu yang hina dan untuk menyucikan diri ia patut ditinggalkan.w. Mistisisme. Zuhud yang diinginkan oleh Islam bukanlah dalam erti kata meninggalkan dunia.a. tidak merasa seronok dengan pujian dan terancam dengan kritikan dan cacian. Khairaummah.[6] Terdapat juga doktrin sufi yang menjadikan ketaatan terhadap shaikh tariqat sebagai sesuatu yang absolut: &ldquo. mengatakan bahawa ketinggian Ibn &lsquo. di alam Melayu. sebagai khalifah dan agen perubahan dan pembangunan umat manusia. wirid dan hizb.golongan agama&rsquo. Oleh itu. Bahkan pada sesetengah tariqat. Solusi yang diberikan oleh Islam adalah keseimbangan (i&lsquo.

kejujuran.w.Arifin (maqam yang tertinggi dalam tatanan sufi) adalah konsep yang tidak berasas sama sekali. dsb.Arabi terletak pada keyakinannya bahawa pantulan dari gambar entiti yang masuk ke dalam cermin tersebut sebagai entiti itu sendiri. menumpukan pada aspek perundangan semata (the ten commandents) dan umat Nasrani yang telah memperkenalkan kerahiban (rahbaniyyah). para saintis telah mengakui bahawa kejayaan seseorang dalam kehidupan bukan sahaja ditentukan oleh ketinggian IQ tetapi juga ketinggian EQ (emotional quotient) dan SQ (spiritual quotient)[13] atau pun oleh sarjana Muslim disebut sebagai kecerdasan rohaniah (transcendental intelligence). Ibn Khaldun membincangkan perkembangan tasawwuf dengan cukup rinci dan ilmiah termasuk beberapa penyimpangan yang dilakukan oleh kaum sufi. Ibn Khaldun juga mengatakan bahawa konsep qutb ataupun ra&rsquo. reformis.w. Umat Islam sewajarnya adalah umat pertengahan (ummatan wasatan) di antara umat Yahudi yang rigid. kerana tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan kemampuan akal manusia. Persoalan utama yang ingin diatasi olehnya adalah bagaimana mengeluarkan tasawwuf dari &lsquo.ah lainnya.s al-&lsquo.w. Ungkapan yang menggambarkan keperibadian para sahabat di zaman Rasulullah s.Êliyyah dari puak Shi&lsquo. Dalam menggambarkan hal ini. Seorang Muslim sejati adalah yang memainkan peranan sebagai aktivis. yang menjelaskan salah satu gambar-Nya. Kecerdasan rohaniah menghasilkan kawalan dalaman dan taqwa (self-restrain) yang dapat menghalang seseorang Muslim daripada melakukan perbuatan maksiat. Seseorang yang dekat dengan Allah s.t. pekerjaan yang dipilihnya. Inilah gambaran sebenar seorang Muslim yang benar-benar mengikuti ajaran Islam. sehingga ia dapat menjadi kekuatan yang menggerakkan. al-Attas mengatakan bahawa seseorang itu mesti dapat membezakan antara aspek positif tasawwuf daripada aspek negatifnya.a. literal. Setelah mengkaji dengan mendalam.[15] Al-Attas mendefinisikan tasawwuf sebagai pengamalan Shari&lsquo. Sa&lsquo. Rasulullah s.ah kerahiban.[17] Muhammad al-GhazAlÊ menjelaskan bahawa konsep ihsan yang ditekankan dalam hadith tidak seharusnya dibatasi pada ibadah khusus sahaja. jahat dan tercela walaupun tiada pengawasan dan kawalan luaran. keikhlasan. Berangkat daripada hadith ini Muhammad al-Ghazali mengatakan adalah tanggungjawab setiap Muslim untuk memastikan segala tindakannya.Arabi &ldquo.ah yang sememangnya mempunyai kepercayaan tersebut. bidang yang diceburinya dilakukan dengan sebaik mungkin http://khairaummah.[9] Di sini al-Nursi berpegang dengan prinsip akidah Ahlu&rsquo.com Menggunakan Joomla! Generated: 31 March.gua pertapaan&rsquo. Pendedahan yang apresiatif sekaligus kritis perlu diperkenalkan kepada para pendidik. Hakikatnya.w. Bagi al-Nursi. dengan maksud segala yang wujud pada realitinya adalah Tuhan. pendidik dsb.ah dalam maqam ihsan. pemikir. Islam menyuruh umatnya mengambil jalan tengah. pentadbir. kekentalan. Beliau menolak pandangan tokoh-tokoh sufi yang berbicara tentang al-hulul dan wahdat al-wujud dan mengatakan bahawa ia adalah hasil pengaruh IsmA&lsquo.Arabi tidak menghalangnya untuk bersikap kritis terhadap tokoh tersebut. Baginya tasawwuf membentuk dimensi dalaman Islam di mana organ yang digunakan juga adalah organ spiritual (fu&rsquo. Seseorang yang merasakan dirinya dekat dengan Tuhan akan sentiasa berbuat baik.t. Seseorang yang hanya dibekalkan dengan kekuatan minda amat rawan kekecewaan dan putus asa.Yang ada hanyalah Dia&rdquo. berkahwin dan tidur malam. Muqaddimah. Menurutnya aspek negatif tasawwuf sebenarnya tidak merujuk kepada tasawwuf yang sebenar. 12:18 .com telah melampaui batas dan berseberangan dengan majoriti ulama&rsquo. adalah mereka itu seperti para rahib di waktu malam dan pasukan berkuda pada waktu siang &ldquo.. Di samping itu kemantapan rohani merupakan bekal yang penting dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba. oleh kerananya tidak sama. Revitalisasi Tasawwuf Tasawwuf perlu diperkenalkan semula kepada masyarakat dengan pendekatan yang baru.s- Sunnah wa&rsquo.a. sebenarnya dia telah tertipu.id al-Nursi mengatakan bahawa kata-kata Ibn &lsquo. meninggalkan dunia demi menyucikan diri.&rdquo. seorang sufi meyakini bahawa setiap entiti alam ini merupakan cermin daripada salah satu nama Allah s.ah bahawa setiap sesuatu mempunyai eksistensi (kewujudan) yang sendiri-sendiri dan hakikat segala sesuatu bersifat tetap. Sebagai cermin. representasi daripada gambar asal. kesabaran.[8] Penghormatan al-Nursi terhadap Ibn &lsquo. qalb). Hadith lain menuntut bahawa Allah s.[10] Penilaian kritis terhadap perkembangan tasawwuf juga dilakukan oleh Ibn Khaldun dalam karyanya. integriti.[11] Di antara dua ekstrim yang tidak bersesuaian dengan ajaran Islam tersebut. pengurus. tasawwuf adalah ilmu yang mengalami perkembangan yang luas dan terkadang tidak terkawal.ruhbanun fi al-layl wa fursanun bi al-nahar. semestinya adalah orang yang banyak berbuat dan bukan hanya berharap. gambaran yang terhasil agak berbeza dari segi hakikatnya dengan gambaran yang asal.w. Kekeliruan Ibn &lsquo.w. Dengan demikian umat Islam terlepas dari satu keburukan yang terdapat dalam agama lain iaitu bid&lsquo. 2011.[12] Sejak awal lagi Rasulullah s. Pendekatan yang menumpukan pada substansi dan bukannya bentuk (form). mewajibkan hambanya berlaku ihsan pada setiap perkara yang dilakukan. Walhal ia hanyalah wadah.ad. telah memperingatkan bahawa dalam Islam tiada kerahiban: lA rahbaniyyata fi al-Islam. Dimensi dalaman ini menuntut seseorang pergi lebih jauh daripada sekadar pengamalan luaran.a. Tasawwuf tidak sesekali memundurkan seseorang. Seorang yang dekat dengan Tuhan tetapi juga seorang yang beraksi dan bukan hanya penonton.[16] Muhammad al-Ghazzali juga telah cuba melakukan tajdid terhadap tasawuf. Mereka adalah golongan yang dirasakan akan kehadiran mereka oleh umat ini dan merasa kehilangan dengan ketiadaan mereka. sebaliknya menyuruh mereka mengikuti sunnah baginda yang menjalani kehidupan seperti manusia biasa. berbakti kepada masyarakat demi mencapai keredaan Sang Kekasih dan mengharapkan ganjaran-Nya di akhirat kelak.[14] Kecerdasan rohaniah mampu membekalkan semangat.l-Jama&lsquo. Khairaummah. Tidak seperti ilmu SharÊ&lsquo.t. memarahi sebahagian orang yang cuba beribadah dengan meninggalkan makan minum.

Khairaummah. Kekeliruan ini menyebabkan timbulnya gejala khumul. kerana ingin lari daripada dunia yang membebankan dan mengecewakan. 12:18 .[19] Sa&lsquo. mujahadah.Umar mengatakan inna al-sama&rsquo. Seorang sufi tidak terfikir untuk melepaskan dirinya dari tunduk kepada Shari&lsquo. manusia yang unggul.[18] Dengan demikian tidak ada alasan umat Islam ketinggalan dalam bidang sains. Seorang sufi melihat segalanya berasal daripada Allah s. Nyata sekali bahawa beliau melakukan penggabungan antara tasawwuf dan fiqh al-harakah. Kerana apabila wujud sikap untuk berbuat yang terbaik (ihsan) dalam melakukan setiap perkara maka umat Islam tidak akan ketinggalan dan mundur seperti sekarang ini. dan hakikat ketuhanan dalam setiap amal perbuatannya.ain. Dengan memurnikan tasawwuf dari segala penyimpangan dan penyelewengan tersebut di atas maka ia akan dapat menjadi sumber kekuatan umat Islam dan bukan sebaliknya. Keselesaan dan tempat perlindungan palsu seperti inilah yang seharusnya diruntuhkan oleh umat Islam agar umat Islam dapat hidup di alam nyata dan bukan di buai mimpi- mimpi indah.t. Sebagai seorang da&lsquo. Tasawwuf tidak menjadi tujuan tetapi alat untuk membentengi diri dan memperkuat barisan. pembangunan yang bersifat holistic dan mengarah kepada keseimbangan jasmani dan rohani. pelaksanaan fardu kifayah tersebut akan menentukan setiap Muslim dapat melaksanakan fardu &lsquo. Tasawwuf yang disahkan oleh para ulama&rsquo. Kesimpulannya. Di Nusantara. justeru dia akan sentiasa memelihara diri daripada perkara-perkara yang ditegah oleh Shari&lsquo.at beliau menerangkan rahsia setiap ajaran Islam dan hikmah di sebalik setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah s. Ia juga berperan untuk menyeimbangkan kehidupan manusia kerana keseimbangan jasmani dan rohani sahajalah yang dapat menjamin kebahagiaannya di dunia dan di akhirat. Tasawwuf menjadi tempat yang selesa bagi mereka kerana memberikan tempat pelarian dan justifikasi akan segala tindakan mereka. Muhammad al- Ghazali dan Yusuf al-Qaradawi adalah tasawwuf yang menghasilkan akhlak mulia dan meningkatkan ibadah dalam erti kata yang luas.. teknologi.i sebelum mereka berperanan sebagai pembimbing masyarakat. Kerana tasawwuf tidak hanya tertumpu pada zikir.t. tidak progresif dan budaya pasrah.[22] Sebagai kesimpulan Hamka menyarankan agar tasawwuf dikembalikan kepada pokok pangkalnya iaitu Tawhid. Namun.[20] Dalam menanggapi hal ini antara lain Hamka mengatakan: &ldquo. Ibn al-Qayyim. pengasas al-Ikhwan al-Muslimin.i tasawwuf dapat menjadi sumber kekuatan. Kesimpulan Terdapat kekeliruan dan penyelewengan dalam memahami tasawwuf sehingga ia lebih sinonim dengan ilmu kebatinan. sememangnya tuduhan bahawa tasawwuf adalah punca kemunduran adalah tuduhan yang tidak berasas. ternyata ada ketikanya tasawwuf memberikan tempat perlindungan dan keselesaan bagi orang-orang yang menyerah kalah dan hilang daya juang. agar umat Islam mampu menjalankan misinya sebagai khalifah Allah di samping menjadi hamba-Nya. memperkenalkan sistem usrah untuk menjadikan tarbiyyah ruhiyyah sebagai asas pembangunan pejuang dakwah. Jelas sekali hal ini bertentangan dengan ajaran Islam. *Artikel ini dikutip dari buku Pendidikan Sebagai Wahana Pentamadunan Ummah Kajang: Kolej Dar al-Hikmah. ini perbuatan seperti itu adalah syirik.t. Tasawwuf pada hari ini semestinya dikembalikan kepada fungsinya yang asal iaitu sebagai satu kaedah untuk membina manusia rabbani.[21] Menurut Hamka. kerana inginkan kelainan dan kepuasan dalaman. Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) menyedari bahawa perkembangan Islam di Indonesia dan di dunia Islam umumnya telah dipengaruhi oleh ajaran tasawwuf yang menyeleweng. http://khairaummah. dan akan kembali kepada Allah s. semangat dan daya juang yang sangat diperlukan dalam mengharungi cabaran dakwah.ah.l-Latif al-Minangkabawi yang mengajar di Mekah.Abdu&rsquo.id al-Nursi telah berjaya meyakinkan bahawa tasawwuf masih lagi relevan pada abad ke-20. sehingga terhadap golongan seperti ini Sayyidina &lsquo.w. sosial dan politik. Suatu jalan yang merapatkan hubungan insan dengan Tuhannya dan masyarakat sekelilingnya.com untuk menjamin kualiti dan tahap kecemerlangan yang tertinggi. Beliau mengatakan bahawa wahdat al-wujud bertentangan dengan prinsip Tawhid yang menjadi asas ajaran Islam..w.com Menggunakan Joomla! Generated: 31 March. salasilah dan kuantiti ibadah khusus yang banyak tetapi yang lebih penting adalah kefahaman dan penghayatan terhadap hakikat ajaran tasawwuf. Dalam Lama&lsquo. ekonomi dsb. Beliau telah menentang keras amalan-amalan ahli tariqat terutamanya tariqat al-Naqshbandiyyah yang merabitahkan atau menghadirkan guru-guru tariqat ketika permulaan suluk. lan tumtira dhahaban (sesungguhnya langit tidak akan menurunkan emas) dan menyuruh mereka untuk berusaha dan mencari rezeki sendiri. Yang menjadi kaedah dan parameter dalam pembangunan insan.ah. luaran dan dalaman. Terdapat juga aliran yang menumpukan pada ritual (upacara-upacara peribadatan). satu pendekatan yang mampu meyakinkan kepentingan tasawuf dalam zaman materialistik ini. Bahkan menurut beliau. Hakikat tasawwuf ialah hidupnya hati nurani dan jiwa manusia yang sentiasa sedar akan hakikat dirinya. Tasawwuf yang menyimpang inilah yang dinyatakan oleh al-Faruqi sebagai salah satu penyebab kemunduran umat Islam. dengan kuasa Allah s.t. kerapkali timbul kerinduan ummat hendak melepaskan fikiran dari pengaruh kenyataan. orang pertama yang menyerukan tajdid tasawwuf di Nusantara adalah Ahmad Khatib bin &lsquo. telah muncul seorang ilmuwan besar yang telah mencuba untuk memurnikan ajaran tasawwuf. 2011.Di dalam zaman kekacauan fikiran. ketenteraan. Dr. Wujud sebahagian orang yang ingin mengamalkan tasawwuf kerana ia memberikan keseronokan. Prof. perubatan.w. Menurut ulama&rsquo.[23] Perlu juga dijelaskan bahawa dalam seseorang itu mempelajari tasawuf ia tidak semestinya bertariqat. Tasawwuf yang ingin diketengahkan di sini bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan mendidik jiwa para da&lsquo.w. lantaran kacaunya ekonomi. lalu masuk ke dalam daerah khayalan Tasauf&rdquo.. mu'tabar seperti Imam al-Ghazzali. suluk. Pendekatan al-Nursi ini sangat digemari oleh masyarakat Turki ketika itu kerana sangat praktikal dan mudah difahami. 2006. Hasan Al-Banna.

AllÉmah Ibn KhaldËn. 2004. 1995. 1979. Kuala Lumpur: Department of Publication University of Malaya. Al-GhazÉlÊ. Rutherford: The Light. S. &lsquo. t.t. JundullÉh ThaqÉfatan wa AkhlÉqan. Jakarta: Pustaka Firdaus. Herndon. 1989. Kecerdasan Rohaniah (transcendental Intelligence).N. http://khairaummah. The Positive Aspects of Tasawwuf. al-Iskandariyyah DÉr al-Da&lsquo. 1975. Nasr. Pratiknya. 2004. Kaherah: Maktabah Wahbah. 2003. Al-FarËqÊ. Jakarta: Gema Insani Press.M.. Rahman. Perspektif Qur&rsquo. Kuala Lumpur: ISTAC. t.. Hamka. Fazlur. Tasauf: Perkembangan dan Pemurniannya. IhyÉ&rsquo. Jakarta: Murai Kencana. Seyyed Hussain.ani: Siri Wacana Tematik.UlËm al-DÊn. Kuala Lumpur: ASASI. 2001. 2005. Kajang: Biro Dakwah dan Tarbiyah ABIM Pusat. 2003.id al-Nasafi. Islam. penterjemah Abdul Hadi. Al-Attas. Siddiq Fadzil. 1988. MuÍammad. Risalah untuk Kaum Muslimin. The Ethics of al-Ghazali: A Composite Ethics in Islam. ________. YËsuf. Key Concept in the Practice of Sufism. Said.com Menggunakan Joomla! Generated: 31 March. Tasawuf Dulu dan Sekarang. Jakarta: DDI. Toto Tasmara. Muqaddimah al-&lsquo. Al-QaradÉwÊ. 1991. Beirut: DÉr &lsquo. Isma&lsquo.com Rujukan Abul Quasim.il Raji. 12:18 . Ibn Khaldun. Beirut: DÉr al-Fikr. Nursi. 2001.AmmÉn: Maktabah FayyaÌ. Virginia: International Institute of Islamic Thought.wah. Chicago: University of Chicago Press. Al-GhazzÉlÊ. Pesan Perjuangan Seorang Bapak.AmmÉr. Khairaummah. Jakarta: Pustaka Panjimas. Petaling Jaya: diterbitkan oleh penulis. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the Aqa&rsquo. Said. &lsquo. 1981. Menikmati Takdir Langit (Lama&lsquo. diterjemahkan oleh Fauzy Bahreisy dan Joko Prayitno. Fethullah M. al-JÉnib al-&lsquo. 2011. Hawwa.ÓÏifÊ min al-IslÉm: BaÍth fÊ al-Khuluq wa al-SulËk wa al-TaÎawwuf. Al-TawÍ+d: Its Implication for Thought and Life. Muhammad. Gulen.t. cetakan ke-20. 1990. ________.Ét). 1996. ThaqÉfat al-DÉ'iyah. AbË ×Émid.