Tempoh Peralihan Monsun : Mac 2011 – Mei 2011

1.

Pendahuluan

Keadaan cuaca yang tidak menentu di banyak negara dipengaruhi oleh keragaman dan perubahan iklim, fenomena La Niña serta fenomena Ayunan Artik yang menyebabkan musim sejuk yang melampau di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia. Malaysia juga turut mengalami kesan tersebut di mana Monsun Timur Laut telah bermula lebih awal berbanding biasa di beberapa kawasan terutamanya di utara Semenanjung, Kelantan, Johor, Pantai Barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah mengalami keadaan cuaca lembap.

Pada bulan Januari 2011, kebanyakan kawasan di Semenanjung mengalami keadaan cuaca yang lembap dengan jumlah hujan melebihi purata kecuali kawasan di Kedah, Perak dan Selangor yang menerima hujan di bawah purata. Di Sabah, hampir semua bahagian menerima jumlah hujan melebihi purata kecuali Bahagian Kudat yang menerima hujan di bawah purata. Manakala, di Sarawak kebanyakan bahagian menerima hujan yang normal kecuali bahagian Miri dan Limbang yang menerima hujan melebihi purata.

Pada bulan Februari 2011 kebanyakan kawasan di Semenanjung telah mengalami keadaan cuaca yang agak kering dengan jumlah hujan kurang dari purata. Sementara itu, kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak masih mengalami keadaan cuaca yang lembap dengan jumlah hujan melebihi purata.

Fenomena La Niña yang sedang berlaku pada tahap sederhana/kuat dijangka beransur menjadi lemah mulai bulan Mac dan diramalkan akan berakhir pada bulan Mei 2011. Tempoh Monsun Timur Laut juga dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan Mac 2011 dan disusuli dengan tempoh peralihan monsun. Peralihan monsun seringkali dicirikan oleh angin lazim yang lemah dengan arah dari pelbagai hala dan lazimnya akan berakhir pada pertengahan bulan Mei 2011. Kesan daripada fenomena La Niña, ribut petir yang lebih kuat daripada biasa boleh berlaku semasa musim peralihan monsun.

Berbanding dengan tempoh akhir Monsun Timur Laut, cuaca yang lebih lembap lazimnya berlaku pada musim peralihan terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan kawasan-kawasan pedalaman negeri Kelantan dan Pahang. Semasa tempoh peralihan monsun ini, kawasan-kawasan tersebut akan mengalami cuaca yang baik pada sebelah pagi, 1

mendung pada awal petang dan ribut petir yang kadangkalanya beserta dengan hujan lebat dan angin kencang pada lewat petang dan senja. Ekoran dari peristiwa-peristiwa ribut petir berserta dengan hujan lebat, banjir kilat berkemungkinan boleh berlaku di kawasan-kawasan rendah dan pembangunan yang pesat.

Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, cuaca semasa monsun peralihan lazimnya adalah kurang lembap berbanding dengan monsun timur laut. Semasa tempoh ini, kedua-dua negeri akan mengalami cuaca yang baik pada sebelah pagi, mendung pada sebelah petang dengan kadangkalanya berlaku ribut petir atau hujan terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman dan pergunungan pada lewat petang dan senja.

2.

Statistik Hujan Bulanan dan Jumlah Hujan Kebelakangan Ini

Jumlah hujan bulanan untuk tempoh Oktober 2010 hingga Februari 2011 yang dicatatkan di stesen-stesen meteorologi utama di seluruh negara adalah seperti di tunjukkan dalam Rajah 1(a) dan 1(b). Jumlah hujan bulanan adalah diwakili oleh turus berwarna biru dan hijau untuk tahun 2010 dan 2011 masing-masing manakala garis lengkung berwarna merah pula mewakili min jangka panjang hujan bulanan.

Pada bulan Oktober 2010, kebanyakan kawasan di Semenanjung mengalami taburan hujan kurang berbanding purata kecuali di utara Kelantan dan utara Terengganu yang telah menerima taburan hujan melebihi purata. Walau bagaimanapun, menjelang penghujung bulan Oktober 2010, kejadian hujan lebat dan juga banjir telah melanda Negeri Kedah, Perlis dan sebahagian negeri Kelantan dan Terengganu ekoran berlakunya lekukan tropika yang merentasi kawasan utara Semenanjung. Lebih 53,000 penduduk (masing-masing seramai 39,447 di Kedah, 13,786 di Perlis, 18 di Terengganu dan 502 di Kelantan) telah dipindahkan ke pusat pemindahan pada awal 1 November 2010.

Bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, hampir semua bahagian telah menerima taburan hujan yang biasa kecuali Bahagian Pedalaman yang telah menerima taburan hujan melebihi purata. Manakala di Sarawak, seluruh bahagian telah menerima jumlah hujan yang purata kecuali Bahagian Sri Aman yang telah menerima jumlah hujan melebihi purata pada bulan Oktober 2010.

2

Manakala di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima taburan hujan melebihi purata. seluruh bahagian menerima taburan hujan melebihi purata mengakibatkan beberapa kawasan di di barat dan tengah Sarawak dilanda hujan lebat dan banjir telah berlaku. beberapa tempat terutamanya di sekitar Bahagian Kudat dan Sandakan telah dilanda kejadian hujan lebat dan juga banjir.8mm. Pada bulan Januari 2011. Lebih daripada 57. Di Sarawak juga. di Negeri Sarawak kebanyakan bahagian menerima jumlah hujan yang biasa kecuali bahagian Sri Aman dan Limbang dengan taburan hujan melebihi purata. 3 . 4.545 di Melaka dan 2. Akibat daripada keadaan cuaca lembap yang berterusan. Manakala. hampir semua bahagian telah menerima taburan hujan yang normal kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Pantai Barat Sabah yang telah menerima jumlah hujan melebihi purata. seramai 3.481 di Negeri Sembilan. Di Negeri Sabah. kebanyakan kawasan di Semenanjung telah menerima jumlah hujan di bawah purata. Dalam kejadian ini. Stesen Meteorologi Kuching dengan bacaan 842. beberapa stesen meteorologi telah mencatatkan rekod hujan bulanan tertinggi bagi bulan Januari iaitu Stesen Labis (Johor) dengan bacaan 1046. Walau bagaimanapun. rata-rata semua kawasan di Semenanjung menerima hujan yang biasa kecuali utara Semenanjung dengan jumlah hujan melebihi purata. Di Sabah. Meskipun di Sarawak menerima taburan hujan di bawah purata.2 mm dan Stesen Meteorologi Kuala Krai dengan bacaan 524.4 mm.265 di Pahang) dengan lima kes kematian telah dilaporkan.838 penduduk di Johor.Sepanjang tempoh November 2010 dan Disember 2010. keadaan cuaca yang kering dengan taburan hujan di bawah purata telah dialami di kawasan pantai barat Semenanjung.000 mangsa banjir telah dipindahkan (masing-masing 47. kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya di selatan Semenanjung masih mengalami keadaan cuaca lembap yang berterusan dengan jumlah hujan melebihi purata dan telah menyebabkan beberapa kejadian banjir besar berlaku. Pada bulan Februari 2011. Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut kali ini. semua bahagian telah menerima jumlah hujan melebihi purata.791 mangsa banjir telah selamat dipindahkan dengan lima kes kematian dilaporkan. 2. ianya masih lembap daripada biasa.

Laut China Selatan 6U 4U Selat Melaka 2U PETUNJUK JUMLAH HUJAN BULANAN (OKT – DIS 2010) JUMLAH HUJAN BULAN (JAN – FEB 2011) PURATA HUJAN BULANAN 100T 102T 104T Rajah 1(a): Min Bulanan dan Jumlah Hujan Bulanan (mm) bagi Semenanjung 4 .

Rajah 2(a) menunjukkan corak keadaan SPL yang lazimnya berlaku di tropika Lautan Pasifik.5°C di bawah keadaan biasa di timur-tengah tropika Lautan Pasifik. USA). (Sumber: Climate Prediction Centre.PETUNJUK JUMLAH HUJAN BULANAN (OKT – DIS 2010) JUMLAH HUJAN BULAN (JAN – FEB 2011) 6U PURATA HUJAN BULANAN Laut China Selatan 4U 2U 110T 112T 114T 116T 118T Rajah 1(b): Min Bulanan dan Jumlah Hujan Bulanan (mm) bagi Sabah dan Sarawak 3. National Centers for Environmental Prediction. NOAA/National Weather Service. Semua model ramalan menunjukkan magnitud La Niña mula melemah pada bulan Mac dan fenomena ini dijangka akan tamat pada bulan Mei 2011 diikuti dengan keadaan ENSO-neutral pada Mei-Jun-Julai 2011. Rajah 2(b) menunjukkan bahawa keadaan SPL di sepanjang kawasan tropika Lautan Pasifik adalah di bawah normal dengan kawasan yang lebih sejuk tertumpu di tengah dan timur kawasan tropika Lautan Pasifik (SPL berjulat di antara 1°C hingga 2°C di bawah normal). 5 . Analisis purata SPL bulanan (°C) dan perbezaannya dari klimatologi (°C) bagi bulan Januari 2011 adalah seperti dalam Rajah 2(a) dan 2(b). Keadaan SPL yang lebih sejuk iaitu di bawah 25°C adalah dominan di bahagian tengah dan timur kawasan tropika Lautan Pasifik. Keadaan Suhu Permukaan Laut Terkini dan Tinjauan bagi Tempoh Mac – Mei 2011 Suhu permukaan laut SPL terkini menunjukkan bahawa fenomena La Niña sederhana/kuat semakin melemah dengan purata suhu permukaan laut di antara 1°C dan 1.

Rajah 2(a): SPL (°C) Bulanan Januari 2011 Rajah 2(b): Anomali SPL (°C) Bulanan Januari 2011 Berdasarkan Rajah 3(a) yang menunjukkan anomaly SPL di Lautan Hindi dan kawasan tropika Lautan Pasifik.2°C hingga 2.0°C di bawah 6 . kawasan sepanjang Lautan Pasifik dijangka menjadi lebih sejuk dengan kawasan yang lebih dominan ialah di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik dengan SPL berjulat antara 1. diramalkan untuk tempoh tiga bulan bagi Mac-April-Mei oleh model JAMSTEC (Sumber:Japan Marine Science Technology Centre).

kawasan-kawasan 7 . Di Lautan Hindi secara keseluruhannya SPL adalah sedikit sejuk daripada normal.normal. Keadaan ini menunjukkan kekuatan fenomena La Niña semakin berkurangan dalam tempoh tersebut. Tinjauan Cuaca bagi Tempoh Peralihan Monsun Berdasarkan kepada kebanyakan model ramalan cuaca bermusim dari pusat-pusat iklim terkemuka dunia. Rajah 3 (a) : Jangkaan Anomali SPL (°C) bagi tempoh Mac-April-Mei Rajah 3 (b) : Jangkaan Anomali SPL (°C) bagi tempoh Jun-Julai-Ogos 4. adalah diramalkan bahawa bagi tempoh Mac-April-Mei. Rajah 3(b) yang menunjukkan anomali SPL di Lautan Hindi dan kawasan tropika Lautan Pasifik diramalkan untuk tempoh tiga bulan Jun-Julai-Ogos masih menunjukkan kawasan sepanjang Lautan Pasifik adalah sedikit sejuk dari normal dengan kawasan yang lebih dominan ialah di bahagian pertengahan Lautan Pasifik iaitu 0. Sementara itu.6°C hingga 1. Aliran SPL ini menunjukkan keadaan La Niña sederhana akan terus berlaku dalam tempoh tersebut. di Lautan Hindi secara keseluruhannya SPL adalah normal.5°C.

Pendalaman dan Kudat. Di Semenanjung pada bulan Mac 2011. Bagi Negeri Sabah pada bulan Mac 2011. seluruh Negeri Sabah dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata. Limbang dan Miri dijangka akan menerima jumlah hujan sehingga 20% di bawah paras purata. Pada bulan April. 5(b) dan 6(b) pula menunjukkan jangkaan peratusan anomali hujan bulanan bagi Mac 2011 hingga Mei 2011. Manakala pada bulan April jumlah hujan dijangka pada paras purata. Manakala negeri-negeri di pantai timur Semenanjung dan Johor diramalkan akan menerima jumlah hujan melebihi paras purata. taburan hujan antara 20% hingga 30% melebihi purata dijangka dialami di Bahagian Pantai Barat. Lain-lain tempat dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata. seluruh bahagian dijangkakan mengalami jumlah hujan pada paras purata. Bagi bulan April 2011. Di Wilayah Persekutuan Labuan dijangka mengalami taburan hujan antara 20% hingga 30% melebihi purata pada bulan Mac 2011. Meskipun seluruh Sarawak dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata dalam bulan Mei 2011. Di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.di pantai barat Semenanjung dijangka akan mengalami jumlah hujan pada paras purata. Begitu juga pada bulan Mei 2011. seluruh Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata dengan kejadian ribut petir pada sebelah petang terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Bagi bulan Mei 2011. Seluruh Negeri Sarawak dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata pada Mac hingga April 2011. 8 . kawasan di pantai timur dan selatan Johor dijangka akan menerima jumlah hujan antara 20% hingga 30% di atas purata. namun Bahagian Bintulu. Rajah 4(b). seluruh Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata. Rajah 4(a). Manakala Bahagian Sandakan dan Tawau dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata. Taburan hujan sehingga 20% di bawah paras purata dijangka dialami pada bulan Mei 2011. Bahagian Pantai Barat. Manakala Bahagian Sandakan dan Tawau dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata. Di Sarawak. seluruh bahagian diramalkan menerima jumlah hujan melebih paras purata. 5(a) dan 6(a) masing-masing menunjukkan jangkaan hujan bulanan bagi Mac 2011 hingga Mei 2011. Pendalaman dan Kudat dijangka menerima taburan hujan sehingga 20% di bawah paras purata.

hujan bulanan yang tertinggi dan terendah. sisihan piawai dan min bilangan hari hujan untuk bulan Mac hingga Mei bagi Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Lampiran 1 dan Lampiran 2 masing-masing menunjukkan maklumat terperinci statistik hujan bulanan terkini yang terdiri daripada min jangka panjang. 9 .Jadual 1 dan Jadual 2 masing-masing menunjukkan ringkasan dan keterangan terperinci tinjauan cuaca mengikut negeri-negeri di Malaysia bagi tempoh Mac 2011 hingga Mei 2011.

Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan Mac 2011 Rajah 4(a): Jangkaan Hujan Bulanan Bagi Mac 2011 Rajah 4(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi Mac 2011 10 .

Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan April 2011 Rajah 5(a): Jangkaan Hujan Bulanan Bagi April 2011 Rajah 5(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi April 2011 11 .

Jangkaan Hujan Bulanan dan Peratusan Anomali Hujan Pada Bulan Mei 2011 Rajah 6(a): Jangkaan Hujan Bulanan Bagi Mei 2011 Rajah 6(b): Jangkaan Peratusan Anomali Hujan Bagi Mei 2011 12 .

Jadual 1: Ringkasan Tinjauan Cuaca dari Mac 2011 Hingga Mei 2011 Negeri Jangkaan Jumlah Hujan Bulanan (mm) 100 – 150 Tempoh Tinjauan Cuaca (Berkaitan dengan Hujan) Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Perlis 150 – 220 130 – 200 100 – 160 Tanah Besar Kedah 160 – 240 170 – 260 100 – 130 Langkawi 160 – 240 170 – 260 90 – 170 Pulau Pinang 160 – 250 160 – 280 100 – 230 Perak 130 – 320 80 – 260 200 – 340 Selangor 230 – 390 150 – 290 120 – 180 Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 170 – 250 90 – 140 230 – 340 260 – 390 190 – 290 13 .

Jerantut. Bachok. Maran. Tanah Merah. Gua Musang. Pasir Puteh. Raub. Temerloh 14 . Kota Bharu. Pekan.70 – 100 Labuan 170 – 250 180 – 240 120 – 180 Negeri Sembilan 150 – 230 140 – 200 120 – 180 Melaka 150 – 230 140 – 200 Pasir Mas. Machang 140 – 200 80 – 120 90 – 140 210 – 240 Terengganu 80 – 120 90 – 140 210 – 250 130 – 190 150 – 230 130 – 190 140 – 210 140 – 210 180 – 270 Tanah Tinggi Cameron 220 – 330 210 – 320 90 – 140 70 – 110 90 – 140 Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Sedikit Atas Paras Purata Paras Purata Sedikit Bawah Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Sedikit Atas Paras Purata Paras Purata Paras Purata Sedikit Atas Paras Purata Paras Purata Paras Purata Sedikit Atas Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Kuantan. Kuala Krai Kelantan Tumpat. Rompin Pahang Lipis. Jeli.

Kota Tinggi 100 – 140 110 – 170 160 – 230 180 – 270 130 – 200 260 – 310 190 – 280 170 – 250 280 – 410 Kuching Samarahan 230 – 340 200 – 300 250 – 370 Sri Aman Betong 220 – 340 190 – 290 250 – 380 230 – 340 190 – 280 220 – 320 Kapit Bintulu 200 – 310 190 – 280 120 – 180 Miri Limbang 140 – 210 120 – 160 Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Sedikit Atas Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Sedikit Atas Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Johor Kluang. Nusajaya Sarawak Mukah Sarikei Sibu 90 – 110 Sabah Pedalaman Pantai Barat 100 – 150 130 – 180 Mac April Mei Sedikit Atas Paras Purata Paras Purata Paras Purata 15 . Batu Pahat. Johor Bahru.170 – 200 Mersing. Ledang Pontian. Segamat. Muar.

150 – 220 mm pada April dan 130 – 200 mm pada Mei. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 di kawasan tanah besar termasuk Pulau Langkawi dengan jumlah hujan bulanan di antara 100 – 160 mm bagi tanah besar manakala 100 – 130 mm bagi Pulau Langkawi pada Mac. 160 – 240 mm pada April dan 170 – 260 mm pada Mei. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 200 – 340 mm pada Mac. 230 – 390 mm pada April dan 150 – 290 mm pada Mei. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 120 – 180 mm pada Mac. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 90 – 170 mm pada Mac.130 – 160 Kudat 50 – 70 70 – 90 150 – 220 Sandakan 90 – 130 110 – 160 80 – 120 Tawau 90 – 130 120 – 170 Mac April Mei Mac April Mei Mac April Mei Sedikit Atas Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Paras Purata Jadual 2: Keterangan Terperinci Tinjauan Cuaca dari Mac 2011 hingga Mei 2011 Negeri Tinjauan Cuaca Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 100 – 150 mm pada Mac. 170 – 250 mm pada April dan 90 – 140 mm pada Mei. 160 – 250 mm pada April dan 160 – 280 mm pada Mei. Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Putrajaya 16 . 130 – 320 mm pada April dan 80 – 260 mm pada Mei. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 100 – 230 mm pada Mac.

Hujan sedikit di atas paras purata dijangka pada Mac 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 210 – 250 mm manakala pada April dan Mei 2011 dijangkakan menerima hujan pada paras purata dengan jumlah hujan bulanan di antara 80 – 120 mm pada April dan 90 – 140 mm pada Mei. Tanah Tinggi Cameron dijangkakan menerima jumlah hujan bulanan di antara 180 – 270 mm pada Mac. Kota Tinggi. Di Mersing dan Kota Tinggi jumlah hujan bulanan dijangka di antara 170 – 200 mm pada Mac. Segamat. Bachok. Hujan pada paras purata dari Mac hingga Mei 2011 kecuali Mersing. Di kawasan Kuantan. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 120 – 180 mm pada Mac. Raub. Pekan dan Rompin yang dijangka menerima jumlah hujan sedikit di atas paras purata semasa Mac 2011. Muar dan Ledang jumlah hujan bulanan 17 Negeri Sembilan Melaka Kelantan Terengganu Pahang Johor . Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 120 – 180 mm pada Mac. 150 – 230 mm pada April dan 140 – 200 mm pada Mei. 260 – 390 mm pada April dan 190 – 290 mm pada Mei. Batu Pahat. Pontian. Gua Musang dan Kuala Krai dengan jumlah hujan bulanan di antara 90 – 140 mm pada Mac. 150 – 230 mm pada April dan 140 – 200 mm pada Mei. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 di kawasan Pasir Mas. Maran dan Temerloh dijangkakan menerima jumlah hujan bulanan di antara 130 – 190 mm pada Mac dan 140 – 210 mm pada April dan Mei. Manakala dari April hingga Mei 2011. Jerantut. dijangkakan menerima hujan pada paras purata dengan jumlah hujan bulanan di antara 80 – 120 mm pada April dan 90 – 140 mm pada Mei. Kota Bharu. Johor Bahru dan Nusajaya yang dijangka akan menerima jumlah hujan sedikit di atas purata pada Mac 2011. 130 – 190 mm pada April dan 150 – 230 mm pada Mei. Di kawasan Lipis. Pekan dan Rompin dijangkakan menerima jumlah hujan bulanan di antara 210 – 250 mm pada Mac. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 di majoriti kawasan di Pahang kecuali kawasan Kuantan. 70 – 110 mm pada April dan 90 – 140 mm pada Mei. Di Kluang. Jeli. 100 – 140 mm pada April dan 110 – 170 mm pada Mei. Hujan sedikit di atas paras purata dijangka pada Mac 2011 di kawasan Tumpat.Kuala Lumpur Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 dengan jumlah hujan bulanan di antara 230 – 340 mm pada Mac. 220 – 330 mm pada April dan 210 – 320 mm pada Mei. Tanah Merah. Pasir Puteh dan Machang dengan jumlah hujan bulanan di antara 140 – 200 mm.

Pantai Barat. 100 – 150 mm pada April dan 130 – 180 mm pada Mei. 190 – 280 mm pada April dan 170 – 250 mm pada Mei.dijangka di antara 160 – 230 mm pada Mac. 90 – 130 mm pada April dan 110 – 160 mm pada Mei. Di Bahagian Sri Aman dan Betong jumlah hujan bulanan dijangka di antara 250 – 370 mm pada Mac. Di bahagian Tawau jumlah hujan bulanan dijangka di antara 80 – 120 mm pada Mac. Di bahagian Pedalaman dan Pantai Barat jumlah hujan bulanan dijangka di antara 90 – 110 mm pada Mac. Semasa Mei 2011 dijangkakan Bahagian Pedalaman. Hujan pada paras purata dijangka dari Mac hingga Mei 2011 di semua bahagian di Sarawak kecuali di Bahagian Bintulu. 140 – 210 mm pada April dan 120 – 160 mm pada Mei. Di Bahagian Kapit dan Bintulu jumlah hujan bulanan dijangka di antara 220 – 320 mm pada Mac. 230 – 340 mm pada April dan 200 – 300 mm pada Mei. 170 – 250 mm pada April dan 180 – 240 mm pada Mei. Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan menerima jumlah hujan sehingga 20% di bawah paras purata. 200 – 310 mm pada April dan 190 – 280 mm pada Mei. 220 – 340 mm pada April dan 190 – 290 mm pada Mei 2011. Hujan pada paras purata dijangka pada Mac hingga Mei 2011 di Sabah kecuali di Bahagian Pedalaman. Johor Bharu dan Nusajaya jumlah hujan bulanan dijangka di antara 260 – 310 mm pada Mac. Pantai Barat. 90 – 130 mm pada April dan 120 – 170 mm pada Mei. Di bahagian Sandakan jumlah hujan bulanan dijangka di antara 150 – 220 mm pada Mac. 180 – 270 mm pada April dan 130 – 200 mm pada Mei. Limbang dan Miri yang dijangka menerima jumlah hujan sehingga 20% di bawah paras purata semasa Mei 2011. 50 – 70 mm pada April dan 70 – 90 mm pada Mei. Di Wilayah Persekutuan Labuan jumlah hujan bulanan dijangka di antara 70 – 100 mm pada Mac. Di Bahagian Miri dan Limbang jumlah hujan bulanan dijangka di antara 120 – 180 mm pada Mac. Di Bahagian Kuching dan Samarahan jumlah hujan bulanan dijangka di antara 280 – 410 mm pada Mac. Di Bahagian Mukah. Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka menerima jumlah hujan sedikit di atas paras purata semasa Mac 2011. Sarikei dan Sibu jumlah hujan bulanan dijangka di antara 250 – 380 mm pada Mac. Di Pontian. Sarawak Sabah 18 . 230 – 340 mm pada April dan 190 – 280 mm pada Mei. Di bahagian Kudat jumlah hujan bulanan dijangka di antara 130 – 160 mm pada Mac.

Sedikit Atas Paras Purata : Peningkatan sebanyak 20% hingga 40% daripada purata jumlah hujan jangka panjang. Paras Purata : Peningkatan atau pengurangan kurang daripada 20% daripada purata jumlah hujan jangka panjang.Nota: Pengkelasan Jumlah Hujan Bulanan Atas Paras Purata : Peningkatan melebihi 40% daripada purata jumlah hujan jangka panjang. Sedikit Bawah Paras Purata : Pengurangan sebanyak 20% hingga 40% daripada purata jumlah hujan jangka panjang Bawah Paras Purata : Pengurangan melebihi 40% daripada purata jumlah hujan jangka panjang 19 .

Hari Hujan Sisihan Piawai Mei Hujan Bulanan (mm) Terendah Tertinggi Min. Highlands Sitiawan Subang Petaling Jaya KLIA Melaka Batu Pahat Kluang Senai Kota Bharu K. Hari Hujan April Hujan Bulanan (mm) Terendah Tertinggi Min.Lampiran 1 Statistik Hujan Bulanan bagi Semenanjung Mac Hujan Bulanan (mm) Sisihan Piawai Terendah Tertinggi Stesen Min Min. Terengganu Temerloh Kuantan Batu Embun Muadzam Shah Mersing 108 129 131 116 144 197 227 129 250 287 152 149 195 197 217 113 116 172 161 176 156 204 142 316 304 405 251 365 426 496 362 545 514 324 361 353 610 522 560 427 577 429 657 410 581 468 11 7 1 12 2 20 85 24 89 35 33 27 107 28 28 1 11 9 32 4 25 14 0 85 83 77 60 86 94 103 78 95 112 84 73 64 131 121 125 89 162 97 151 100 133 110 10 10 10 12 13 15 19 14 18 19 15 14 17 17 16 8 12 10 13 12 14 14 12 201 183 202 207 208 265 266 161 292 326 211 189 226 225 233 90 102 100 179 161 174 188 120 378 399 483 582 390 630 517 473 611 610 438 391 422 436 405 379 231 242 414 335 308 361 332 21 18 38 27 17 95 44 9 71 124 32 13 76 46 49 0 20 1 14 2 41 9 5 77 88 103 104 86 99 117 74 117 113 114 83 89 92 82 84 60 64 86 91 70 86 66 15 15 16 16 17 18 20 15 20 20 17 16 18 18 18 8 11 9 14 13 14 14 13 215 161 214 197 234 219 267 122 191 238 116 169 167 179 211 114 150 117 176 189 175 134 141 372 339 440 399 506 470 554 268 508 566 189 427 335 381 388 283 351 319 363 390 367 236 316 86 42 54 40 64 38 109 27 46 67 28 25 50 51 66 5 30 11 74 28 51 52 48 17 16 17 16 17 17 21 13 16 16 12 15 14 14 18 11 15 11 14 15 15 13 14 20 . Bil. Bil. Hari Hujan Sisihan Piawai 78 77 91 88 109 102 84 61 117 135 53 78 79 78 87 61 79 70 81 83 75 51 58 Min Min Langkawi Chuping Alor Setar Butterworth Bayan Lepas Ipoh C. Bil.Krai K.

Hari Hujan Sisihan Piawai Mei Hujan Bulanan (mm) Terendah Tertinggi Min.Lampiran 2 Statistik Hujan Bulanan bagi Sarawak dan Sabah Mac Hujan Bulanan (mm) Sisihan Piawai Terendah Tertinggi Stesen Min Min. Bil. Hari Hujan April Hujan Bulanan (mm) Terendah Tertinggi Min. Hari Hujan Sisihan Piawai 75 92 88 104 88 126 100 82 73 80 Min Min Kuching Sri Aman Sibu Bintulu Miri Labuan Kota Kinabalu Kudat Sandakan Tawau 345 308 316 270 147 123 80 111 184 102 748 572 598 681 365 320 409 472 557 324 149 75 34 34 8 0 0 0 5 1 130 129 116 143 80 81 78 120 138 67 16 20 20 18 14 11 9 10 13 11 282 279 283 257 173 209 123 57 111 108 503 432 513 568 398 534 323 160 376 382 85 118 97 62 5 27 7 0 0 15 96 82 100 113 85 123 88 45 86 70 18 20 19 18 15 15 11 7 10 11 255 240 233 235 196 299 222 109 135 143 432 437 487 473 377 590 492 337 366 491 87 95 50 60 27 77 30 9 15 7 18 18 19 16 15 17 16 10 12 13 21 . Bil. Bil.

my 22 . Kamsan Hamdan Pengarah Pejabat Meteorologi Kuantan Batu 9. Azemi Daud Pengarah Pejabat Meteorologi Gong Kedak Pengkalan Udara TUDM Gong Kedak 22000 Jerteh. 7.gov.my Laman web: http://www.gov.gov. Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang 64000 Sepang.gov.my En.gov. CHE GAYAH ISMAIL Timb. Abdul Razak Abd Malek Pengarah Pejabat Meteorologi Subang LT Sultan Abdul Aziz Shah 47200 Subang.met.my Pegawai Meteorologi bertugas boleh dihubungi melalui: Tel: 03-79678116 Faks: 03-79578052 atau 03-79588221 PEJABAT-PEJABAT RAMALAN En.my EN. Abd Malik Tussin Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah Tkt.my En.JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA SENARAI ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON IBU PEJABAT DR. Pulau Pinang Tel: 04-6438301 Faks: 04-6446804 e-mel: pghblepas@met. SAW BUN LIONG Pengarah Ramalan Tel: 03-79678118 e-mel: sawbl@met. Lim Boon Seng Pengarah Pejabat Meteorologi Butterworth Pengkalan Udara TUDM 13050 Butterworth. YAP KOK SENG Ketua Pengarah Tel: 03-79678001 e-mel: yks@met.my En. Selangor D.gov. Loh Eng Kee Pengarah Pejabat Meteorologi Pulau Pinang LT Bayan Lepas 11900 Bayan Lepas.gov. MUHAMMAD HELMI ABDULLAH Pengarah Marin dan Lautan Tel: 087-423110 e-mel: helmi@met. Ketua Pengarah (Ramalan) Tel: 03-79678003 e-mel: cgayah@met.gov. Jalan Gambang 25150 Kuantan. Selangor D.my En.my En. Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93667 Kuching. P. 1.my En. Pahang Tel: 09-5381216 Faks: 09-5381273 e-mel: pghkuantan@met. Sarawak Tel: 082-257358 Faks: 082-422854 e-mel: pghkuching@met.gov.my EN. Ketua Pengarah (Aplikasi) Tel: 03-79678002 e-mel: alui@met. Wisma Dang Bandang 88000 Kota Kinabalu.Pinang Tel: 04-3314633 Faks: 04-3319897 e-mel: pghbworth@met.gov. Md.gov.my En. Tel: 03-87872360 Faks: 03-87871019 e-mel: pghklia@met. ALUI BAHARI Timb.gov. Ab’Llah Che Cob Pengarah Pejabat Meteorologi Utama KLIA Tkt.gov. Tel: 03-78463951 Fax: 03-78464982 e-mel: pghsubang@met.gov.E. Terengganu Tel: 09-6902462 Faks: 09-6902461 e-mel: pghgkedak@met. 14.my PN. Wong Teck Kiong Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sarawak Tkt. Sabah Tel: 088-256054 Faks: 088-211019 e-mel: pghkkinabalu@met.E.my EN.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful