P. 1
RPH MT

RPH MT

|Views: 45|Likes:
Published by pavy89

More info:

Published by: pavy89 on Mar 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/31/2011

pdf

text

original

Rancangan Pengajaran Harian

Nama Matapelajaran

: Saraswathy Subbarao : Matematik : 13) Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50, Secara Mengumpul Semula.

Tarikh Hari Kelas Masa Kemahiran

: 03 February 2011 : Khamis : 2 Cendana : 9.00a.m. – 10.00a.m : 13.1. Menolak sebarang nombor satu digit daripda dua digit.

Penggabungjalinan Isi Kandungan : Bacaan, Kiraan, Penaakulan. Penyerapan Nilai : Kerjasama, Keberanian Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, Membanding beza, Membuat ramalan

Ajith 9. Membina. Set Induksi (5 minit) 1. Vijay 8. Surya Kumpulan 3 7. laptop. ii. Prem 2. susu. batu-bata. Guru menanyakan beberapa soalan seperti berikut: i. Sneha Pengalaman sedia ada : i. Murid dapat membaca sekurang-kurangnya lima perkataan KV + KV. bola.kain. Murid dapat melengkapkan suku kata berdasarkan gambar. LCD. Mereka juga pernah menggunakan perkataan KV + KV dalam pergaulan harian mereka. Nisha 5. Hasil P&P Pada akhir P&P murid dapat : i. Guru akan memulakan pengajaran pada hari itu setelah murid menjawab soalanya. .Perkara Nama Murid Kumpulan 1 1. Kavitha 3. Aneesh 6. membaca. ii. iii. menulis perkataan KV + KV ABM Kad-kad gambar. Kad. Nantha Kumpulan 2 4. buku. Guru menunjukkan bahan tersembunyi dalam kain dan meminta murid-murid meneka bahan tersebut. kertas mahjong. ii. 2. Murid pernah membaca suku kata KV sebelum ini. Apakah nama bahan ini? Cuba mengeja perkataan yang kamu sebut tadi? 3. baju.kad suku kata.

2. Kemudian. kembali perkataan yang telah diajar oleh guru. Seterusnya. Maka. guru akan menyediakan sekeping kertas mahjong yang telah siap dilekatkan gambar-gambar dan juga suku kata awalan. 3. kata yang berlainan yang terdiri daripada suku kata KV + KV. dikehendaki murid menampal kesemua kad-kad huruf . Kemudian. 3. Murid diberi kad-kad suku Kumpulan 2 Kumpulan 3 1. Guru membetulkan sebutan murid sekiranya salah selepas murid membaca perkataan.Langkah 1 (15 minit) 1. perkataan dibina dengan yang oleh gambar murid telah mereka yang dikehendaki menyuaikan disediakan. Guru menunjukkan satu persembahan multimedia yang terdiri daripada gambar serta lapan perkataan KV + KV. 4. Guru membimbing murid menyebut perkataan yang ditunjukkan skrin berserta dengan bunyi. perkataan suku kata mengingat murid akan melengkapkan perkataan KV + KV dengan suku kata akhiran yang sesuai secara bergilir-gilir.perkataan yang dipaparkan tanpa bunyi dan tanpa bimbingan guru.perkataan itu. Langkah 2 (20 minit) Kumpulan 1 1. murid menyebut perkataan . 4. 2. Murid membina daripada dengan dikehendaki 2. Bagi kedua-dua kumpulan ini.

Dalam lembaran kerja itu. Murid akan menunjukkan dikehendaki yang baharu kad-kad membina perkataan KV + KV berdasarkan harus menyebut perkataan KV + KV berdasarkan gambar tanpa suku kata tersebut. masing-masing. Murid akan diberi satu lembaran kerja. Seterusnya. 4. 2. 3. Murid juga akan menulis perkataan dalam KV buku + KV latihan bimbingan guru. 2. guru kad-kad gambar. Murid bagi membolehkan daripada perkataan KV + KV yang telah diajar di papan hitam. Murid di papan membina suku 1. 5. Penutup (5 minit) 1. Seterusnya. diajar perkataan KV + KV sekali lagi murid menguasai sekurangkurangnya lima perkataan. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dengan menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kognitf dan sosial . Murid akan perkataan daripada kata KV + KV yang ditampal di papan hitam berdasarkan gambar yang diberi dalam suatu lembaran kerja. Langkah 3 (15 minit) 1. 3. murid itu dikehendaki melengkapkan kosong gambar. guru akan menampal suku kadkad selain kata tempat berdasarkan 1.dan juga kad-kad gambar di kertas mahjong yang disediakan hitam.

labu ) Refleksi : ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ REFLEKSI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN . (bahan-bahan yang lain seperti bapa. budu. Apakah yang telah kita belajar pada hari ini? ii.seperti berikut: i. Cuba nyatakan nama-nama bahan yang guru tunjukkan ini.

Apabila. Set induksi kami adalah dengan menunjukkan bahan yang disembunyikan dalam kain dan murid akan meneka apa nama bahan itu. Murid akan bertolak ansur sesama mereka untuk menyiapkan tugasan yang kita berikan. sifat keberanian akan muncul sama ada untuk menjawab soalan ataupun mengeluarkan pendapat. Di sini. pengajaran secara seluruh kelas akan dijalankan. Apabila. Murid akan menghubungkaitkan gambar-gambar yang ada pada mereka dengan perkataan KV + KV untuk mendapatkan jawapan yang betul. Guru akan menayangkan satu persembahan multimedia yang terdiri daripada perkataan KV + KV serta . Tajuk ini telah digabungkan dengan ketiga-tiga isi kandungan iaitu lisan. Nilai yang telah kami terapkan dalam rancangan mengajar ini adalah kerjasama dan keberanian. Apabila murid dapat meneka dengan betul. manghubungkait. Apabila kita sembunyikan sesuatu. Tajuk utama yang ingin kami ajar kepada murid pemulihan adalah Perkataan KV + KV. Sifat kekerjasamaan akan muncul apabila guru memberikan sebarang aktiviti kumpulan. Sifat keberanian pula akan timbul apabila guru memberi dorongan kepada murid yang ingin menjawab soalan guru. bacaan serta tulisan pada setiap kali kita mengajar. kemungkinan besar murid akan dapat mengatasi masalah-masalah dalam ketiga-tiga kemahiran ini. bacaan dan juga tulisan. Mereka juga akan membanding beza di antara satu gambar dengan gambar yang lain bagi memilih perkataan yang sesuai. ia akan menambahkan lagi minat dan keinginan murid untuk melihat bahan yang disembunyikan itu.Selamat sejahtera. saya ingin menerangkan tentang Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan oleh kami bertiga. maka guru akan berbincang dengan murid dan mulakan pengajaran pada hari tersebut. murid pemulihan lemah dalam ketiga-tiga kemahiran tersebut. Aktiviti yang dijalankan pada set induksi akan membolehkan murid untuk meneka tentang bahan-bahan yang ada pada tangan guru serta mereka akan membuat ramalan apa yang mereka akan belajar pada hari itu. Seterusnya. kebanyakan murid pemulihan hanya akan mendiamkan diri. Dalam Langkah Satu. kita memberikan aktiviti yang berkaitan dengan lisan. Ini adalah kerana sebagaimana yang kita ketahui. Apabila guru menanyakan sesuatu soalan. guru memberi dorongan maka. Kemahiran berfikir yang telah kami terapkan ialah membuat ramalan. menghubungkait serta membanding beza.

Kumpulan 1 akan membuat aktiviti secara berasingan dan kumpulan 2 dan 3 akan digabungkan dalam aktiviti. guru akan menyebut perkataan – perkataan tersebut dan meminta murid mengulanginya. Langkah ketiga adalah penilaian dan pengukuhan. Dalam langkah kedua pula. Murid dikehendaki membina perkataan daripada suku kata dengan mengingat kembali perkataan yang telah diajar oleh guru. Bagi kumpulan 2 dan 3 pula. murid itu dikehendaki melengkapkan tempat kosong berdasarkan gambar. murid akan melengkapkan perkataan KV + KV dengan suku kata akhiran yang sesuai secara bergilir-gilir. ‘ba’. Bagi kumpulan 1. murid akan menjalankan aktiviti secara berkumpulan. guru akan menampal suku kata seperti ‘la’ . Guru akan menyemak jawapan tersebut dan berbincang dengan mereka. Pada akhir aktiviti ini. Seterusnya. Bagi kumpulan 1. Ia juga telah disertakan dengan bunyi supaya murid dapat mendengar dan mengulanginya dengan betul. murid dikehendaki menyuaikan perkataan yang telah dibina oleh mereka dengan gambar yang disediakan. ‘pa’ dan murid akan membina perkataan .aktiviti ini. Kemudian. Ini adalah untuk mengetahui sejauh mana seseorang murid itu telah menguasai perkataan – perkataan tersebut. Bagi kedua-dua kumpulan ini. murid dikehendaki menyebut perkataan tanpa bunyi dan bimbingan guru. aktiviti yang diberikan haruslah berlainan supaya murid dapat menguasai aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. guru akan menyediakan sekeping kertas mahjong yang telah siap dilekatkan gambar-gambar dan juga suku kata awalan. Murid dikehendaki membina perkataan KV + KV yang baharu berdasarkan kad-kad suku kata tersebut. ‘bu’.kad suku di papan hitam kata selain daripada perkataan KV + KV yang telah diajar. murid akan diberi kad-kad suku kata yang berlainan yang terdiri daripada suku kata KV + KV. murid daripada kumpulan 1 dikehendaki menampal kesemua kad-kad huruf dan juga kad-kad gambar di kertas mahjong yang disediakan di papan hitam. murid akan diberi satu lembaran kerja. Seterusnya. Maka. Seterusnya. Kedua-dua aktiviti ini adalah berbeza kerana selalunya murid pemulihan semuanya tidak sama tahapnya di antara satu sama lain. Guru juga akan berbincang dengan murid dan menyemak jawapan murid-murid yang dilekatkan di papan hitam. guru akan menampal kad. Dalam lembaran kerja itu.gambar yang sesuai dengannya. Contonya . Maka.

mama. guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dengan menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kognitf dan sosial seperti “Apakah yang telah kita belajar pada hari ini?”. adalah tanggungjawab bagi guru pemulihan untuk memberi peluang kepada murid untuk menguasai apa yang telah diajar dengan mengajarnya kembali. Murid juga akan menulis perkataan KV + KV dalam masing. Murid harus menyebut perkataan KV + KV berdasarkan gambar tanpa bimbingan guru. Seterusnya. Setelah diajar. buku latihan masing- Bagi kumpulan 2 pula. Suku kata yang ditampal adalah suku kata yang sama yang telah diajar oleh guru sebelum itu. murid akan membina perkataan daripada suku kata KV + KV yang ditampal di papan hitam berdasarkan gambar yang diberi dalam suatu lembaran kerja. Dalam bahagian penutup pula. guru dapat menilai sejauh manakah kefahaman kumpulan ketiga dalam aktiviti pada hari tersebut. Maka. Ini adalah untuk mengetahui apakah reaksi murid terhadap aktiviti yang dijalankan serta mengimbas kembali pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Dengan ini. guru juga akan menunjukkan bahan-bahan atau gambar-gambar yang lain seperti labu. REFLEKSI KENDIRI . Ia adalah kerana barulah guru boleh mendapat tahu sama ada murid telah menguasai perkataan-perkataan tersebut atau tidak. Bagi kumpulan 3. murid akan diajar perkataan KV + KV sekali lagi bagi membolehkan murid menguasai sekurang-kurangnya lima perkataan. Murid akan menyebut nama bahan atau gambar tersebut dan guru akan membetulkannya lalu menamatkan pengajaran pada hari tersebut. budu. jala sebagai persediaan awal untuk pengajaran yang akan datang. guru akan menunjukkan kad-kad gambar.daripadanya. Ini adalah kerana kumpulan tiga ini selalunya lemah dalam setiap pembelajaran.

Saya telah banyak berfikir untuk membuat suatu rancangan yang berkesan serta sesuai untuk murid pemulihan. kami telah dapat memperbaiki kesilapan kami dalam penghasilan rancangan tersebut dan beliau juga telah menyelasaikan masalah serta keraguan yang kami hadapi dalam kerja kursus ini. Dengan ini. Semasa saya membuat rancangan mengajar ini. beliau telah meluangkan masa untuk membetulkan rancangan pengajaran harian kami.Saya Saraswathy Subbarao ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 1 ini dengan baik dan sempurna. Semasa saya membuat rancangan pengajaran ini. Sebelum kami memulakan tugasan ini. rancangan pengajaran bagi kelas pemulihan adalah berbeza daripada rancangan pengajaran yang biasa. Seperti yang kita ketahui. Semasa kami mencari maklumat . telah tercetusnya banyak idea-idea baru untuk membuat aktiviti bagi murid pemulihan hasil perbincangan daripada ahli kumpulan serta rakan sekelas yang lain. Idea-idea ini akan membantu saya sebagai seorang bakal guru pemulihan untuk menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif pada masa hadapan. saya Saraswathy Subbarao. Sangeetha Marimuthu dan Sangitha Sadayan. pensyarah kami. Tambahan lagi. Sebelum kami memulakan tugasan ini. Selepas mengumpul segala maklumat yang diperlukan. saya telah sedar betapa pentingnya kesediaan membaca bagi setiap murid pemulihan. Seterusnya.maklumat sebegini. kami telah mencari maklumat dari pelbagai sumber tentang definisi kesediaan membaca. saya telah mempelajari banyak perkara-perkara baru. Zakarria Khalid telah memberi penerangan yang cukup jelas tentang tugasan ini yang berkaitan kesediaan membaca kanak-kanak pemulihan dan juga penghasilan rancangan pengajaran harian. En. Tambahan lagi. kami telah mula membuat bahagian-bahagian masing-masing. faktor-faktor yang mepengaruhinya dan yang menghalang kesediaan membaca serta langkah-langkah mengatasinya. saya merasakan bahawa maklumat-maklumat yang kami dapati ini sangat penting bagi saya sebagai bakal Guru Pemulihan. Penjelasan yang beliau berikan menjadikan kami lebih faham tentang kehendak soalan tugasan ini. Saya . kami telah membahagikan kerja-kerja di antara ahli kumpulan kami iaitu.

daripada mula sehinggalah sekarang. menerusi subjek ini. kami juga diberi peluang untuk membuat amali iaitu membuat pengajaran mikro di dalam kelas kami. saya telah mendapat banyak faedah serta pengetahuan yang baru yang akan membantu saya kelak. saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan daripada tugasan yang diberikan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Maka. rakan-rakan sekelas saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugsan ini dengan baik. saya juga telah mendapat banyak idea baru untuk mengatasi masalah kesediaan membaca murid pemulihan melalui maklumat-maklumat yang saya tolong carikan untuk rakan –rakan sekumpulan saya. beliau membuat pengajaran dua hala dan kami banyak diberi peluang untuk berkongsi pendapat. Cara penyampaian pengajaran oleh pensyarah kami telah menambahkan lagi minat saya khususnya untuk mempelajari subjek ini. Bukan setakat rancangan pengajaran tersebut sahaja malah. Jadi. ahli-ahli kumpulan. En.Zakarria Khalid. Saya berharap tugasan ini akan menjadi panduan . Ahkir kata. Bukan itu sahaja. Saya berterima kasih kepada IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana menawarkan subjek yang amat berguna ini bagi guru pelatihnya. Saya amat gembira kerana subjek ini akan membantu saya semasa pengajaran dan pembelajaran saya sama ada di kelas biasa ataupun kelas pemulihan. sudah semestinya saya gagal menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Ini adalah suatu pengalaman yang akan membantu kami pada masa hadapan. Bukan setakat itu. Saya berjanji bahawa akan melaksanakan langkahlangkah ini di sekolah kelak sekiranya murid pemulihan di kelas saya mengahadapi masalah ini. Tanpa kerjasama daripada mereka. Saya telah mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kesediaan membaca dan langkah-langkah bagi mengatasinya. saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya.berharap rancangan pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah sesuai dan berkesan dengan masalah kesediaan membaca murid pemulihan. Beliau bukan setakat membuat pengajaran sehala tetapi. pengajaran yang dijalankan oleh pensyarah kami iaitu En Zakarria Khalid daripada Jabatan Pengajian Melayu sangat bermanfaat kepada kami. Kami telah diajar secara bersungguh-sungguh oleh beliau.

. Saya juga berharap hasil tugasan ini akan berguna kepada saya dan juga yang lain untuk dirujuk pada masa yang akan datang.kepada semua guru pelatih termasuk diri saya sendiri untuk melaksanakan sesi pengajaran yang berkesan di kelas pemulihan mengenai aktiviti kesediaan membaca. terima kasih.. Sekian.! Saraswathy Subbarao .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->