You are on page 1of 19

DUA GELIGA HIKMAT

Ali Haji Ahmad (Penyelenggara)

Ahli Kumpulan:
1. Suffiah BT Gungkin
2. Jacqueline G. Lobinjang
3. Selfin
4. Lisa BT Roslie
SINOPSIS
PP:

Inderaputera berjalan di tepi Tasik Semendera Jin. Dia


terlihat banyak mayat di bawah sebatang pohon kayu. Salah
satu mayat itu memberitahu Inderaputera bahawa raksasa
yang keluar dari tasik menyebabkan kematiannya. Raksasa itu
menindihkan kepala pada dirinya menyebabkan dirinya tidak
boleh bangun lagi lalu menjadi mayat. Tidak lama kemudian,
keluarlah peri dari tasik. Apabila peri itu hendak menindih
Inderaputera, dia melompat lalu menangkap rambut peri itu.

Peri memberikan Inderaputera batu geliga bernama Mayan


Bedi sebagai pampasan untuk melepaskan diri. Peri menerima
Inderaputera sebagai cucunya.Inderaputera memberitahu peri
bahawa dia hendak pergi ke Berma Sakti. Peri menceritakan
bahawa Berma Sakti ialah taman yang amat indah, tempat
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran datang bermain-main.
Walaupun diberitahu bahawa tuan puteri telah bertunang
dengan Raja Mengerna Lela Dewa, Inderaputera masih ingin
melihat tuan puteri itu. Peri memberitahunya bahawa tuan
puteri akan mandi di tasiknya iaitu Tasik Semendera Jin dalam
masa tiga hari lagi.
JAC:

Inderaputera mesti menyembunyikan baju tuan puteri dan


apabila tuan puteri merayu, Inderaputera bolehlah bersyarat
dengannya. Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran kelihatan
pucat kerana bermimpikan naga yang mematuknya. Naga itu
kemudiannya menelan gemala milik tuan puteri yang
tersimpan di puncak istana.

Setelah tiga hari, Inderaputera pergi ke tepi tasik. Dia


bersembunyi di dalam sebuah lubang di tepi tasik, menunggu
kedatangan tuan puteri. Apabila fajar menjelang, tuan puteri
dan rombongan sampai ke tasik. Mereka menanggalkan
pakaian lalu mandi di tasik. Inderaputera mengambil baju
mereka lalu menyembunyikannya di dalam lubang. Kemudian,
Inderaputera masuk ke dalam tasik dan berenang ke tempat
tuan puteri mandi lalu mencubit pinggang tuan puteri. Tuan
puteri segera keluar dari tasik. Dia menyangka bahawa dia
dipatuk ular. Inderaputera keluar dari tasik. Apabila tuan puteri
dan rombongannya ternampak akan Inderaputera, mereka
mencari-cari baju mereka. Tuan puteri bersembunyi di sebalik
pohon kurma.
SEL:

Selepas beberapa lama mencari baju, tuan puteri


mengesyaki Inderaputera menyembunyikan baju mereka. Tuan
puteri juga mengesyaki Inderaputera yang mencubit
pinggangnya. Berkali-kali bidadari meminta baju daripada
Inderaputera tetapi dia mengatakan bahawa dia tidak
menemukan baju-baju itu. Akhirnya tuan puteri pergi berjumpa
Inderaputera. Inderaputera meminta gemala hikmat yang
tersimpan di puncak istana sekiranya tuan puteri ingin baju-
bajunya dikembalikan.

Tuan puteri bersetuju lalu mengajak Inderaputera pulang


dengannya ke istana untuk mendapatkan gemala hikmat
tersebut. Inderaputera disuruh duduk di atas talam. Tuan
puteri dan bidadari mengiringinya memakai baju layang yang
dipulangkan Inderaputera. Mereka terbang pulang dan talam
itu ikut di belakang. Mereka sampai ke Padang Belantara
Hairani, tempat letaknya istana tuan puteri. Talam itu tidak lagi
terbang dan tuan puteri serta bidadarinya pun ghaib.
LIS:

Inderaputera berjalan ke arah istana Tuan Puteri Seri Ratna


Gemala Nehran. Dia dapat melepasi gajah hikmat, harimau
hikmat, singa hikmat, badak hikmat, naga berkepala tujuh,
geroda hikmat, dan raksasa hikmat yang menjaga pintu istana.
Tuan puteri amat kagum dengan kebolehan dan kebijaksanaan
Inderaputera lalu menyuruh bidadari yang keempat untuk
menjemput Inderaputera ke taman ghairah.

Inderaputera diminta mandi di dalam kolam di taman.


Selepas memakai pakaian yang disediakan oleh tuan puteri,
Inderaputera yang kelihatan amat kacak dibawa ke istana. Di
istana, tuan puteri makan dan minum dengan Inderaputera. Air
minuman Inderaputera dibubuh sesuatu supaya Inderaputera
mabuk dan kejujurannya dapat diuji. Pada malam itu,
Inderaputera tidur di Balai Rangga Puspa Berahi yang amat
indah. Pada keesokan harinya, tuan puteri menyerahkan
gemala hikmatnya kepada Inderaputera. Tuan puteri
menerangkan cara-cara menggunakan gemala hikmat
tersebut.
TEMA
PP:

Kebolehan, kebijaksanaan,
keberanian, dan ketabahan
seseorang putera raja untuk
mendapatkan dua geliga
hikmat
PERSOALAN
JAC:

Kelicikan & kebijaksanaan seorang putera raja untuk


mendampingi puteri yang diminatinya.

Keberanian seorang putera raja

Kuasa istimewa batu hikmat

Janji yang dikotakan

Ketaatan & kesetiaan kepada golongan pemerintah


WATAK
&
PERWATAKAN
INDERAPUTERA
SEL:

Berani - berhadapan & menentang binatang2 buas yg


mengawal pintu istana Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

Jujur – tidak pernah menyembunyikan identiti sebenarnya


daripada Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

Bijaksana – dapat mencari jalan utk menewaskan binatang2


buas yg mengawal pintu istana tuan puteri.

Tidak mudah mengalah – walaupun tahu bahawa tuan puteri


sudah bertunang, Inderaputera masih ingin mendampingi tuan
puteri.
TUAN PUTERI SERI RATNA
GEMALA NEHRAN
LIS:

Lemah-lembut – bertutur kata dengan amat bersopan


& lembut sekali kepada bidadarinya & juga kepada
Inderaputera.

Berpegang kepada janji – seperti yg telah dijanjikan,


tuan puteri telah memberikan gemala hikmatnya kpd
Inderaputera.

Tidak mudah mempercayai orang yg baru dikenali –


membubuh sesuatu ke dlm minuman Inderaputera utk
memabukkannya supaya kejujuran Inderaputera dapat
diuji.
LATAR
PP:

LATAR MASA :
Pada zaman dahulukala – terdapat kehadiran jin,
penggunaan batu hikmat, dan makhluk yg dapat
terbang ke udara.

Malam – Inderaputera tidur di Balai Rangga Puspa


Berahi

Pagi – Tuan Puteri mandi di tasik dgn bidadarinya.


LATAR
JAC:

LATAR TEMPAT :
Taman – Inderaputera mandi & menyalin pakaian
di taman ghairah.

Padang Belantara Hairani – Tempat letaknya


istana tuan puteri.

Tasik Semendera Jin – Inderaputera mengikut peri


masuk ke dlm tasik.
LATAR
SEL:

LATAR MASYARAKAT :
Masyarakat kerabat diraja/istana

Masyarakat jin– Jin-jin dapat diseru daripada batu


hikmat.

Masyarakat haiwan– Binatang buas yang hikmat


menjaga pintu istana tuan puteri. Burung paksi
melayani Inderaputera yg tidur di taman.
PLOT
LIS:
PERMULAAN - Inderaputera diberikan geliga hikmat setelah mengatasi peri di
Tasik Semendera Jin.

PERKEMBANGAN – Peri memberitahu Inderaputera ttg Berma Sakti. Peri


mengajar Inderaputera cara2 utk melihat tuan puteri & mendapatkan geliga
hikmat yg dimiliki tuan puteri.

KONFLIK - Inderaputera menyembunyikan baju layang tuan puteri. Tuan


puteri terdesak utk mendapatkan baju layangnya dgn bersetuju utk
memberikan geliga hikmatnya kpd Inderaputera.

KLIMAKS – Inderaputera berhadapan dgn pelbagai binatang buas & juga


raksasa yg mengawal pintu tuan puteri. Dia berjaya mengatasi halangan
tersebut.

PENUTUP – Tuan puteri memberikan geliga hikmat miliknya kpd


Inderaputera.
TEKNIK PLOT
PP:

Teknik Pemerian – diperihalkan binatang buas yg


menjaga pintu istana tuan puteri & cara2 Inderaputera
mengatasi cabaran itu.

Teknik Saspens – Tatkala Inderaputera menghadapi gajah


hikmat, badak hikmat, harimau hikmat, singa hikmat,
raksasa hikmat, geroda hikmat, dan naga berkepala tujuh.

Teknik Dialog – Maka sahut oleh Inderaputera, “


Sebenarnyalah kita bersaudara juga. Maka ujar tuan puteri,
“ Pulangkanlah baju kita dahulu, apa2 kehendak saudaraku
hambalah beri.” (hal.70)
GAYA BAHASA
JAC:

SIMILE – Maka rambutnya Tuan Puteri pun hampalah ke


tanah sperti mayang di atas talam rupanya. (hal.65)

BAHASA ISTANA – …”Mandilah engkau supaya beta


mandi.” (hal.79)

PERSONAFIKASI – Maka bayan pun bersyair & tiung


bernyanyi & nuri pun berurita terlalu ramai suaranya itu.
(hal.79)

IMEJAN – Maka dilihatnya oleh Inderaputera ada sepohon


kayu beringin batangnya daripada emas manikam yang
merah. (hal.74)
NILAI & PENGAJARAN
SEL:
Berani – Kita hendaklah berani seperti Inderaputera yg berani
melawan binatang buas yg mengawal istana.

Mengotakan Janji – Kita mestilah mengotakan janji seperti peri &


tuan puteri yg memberikan geliga hikmat kpd Inderaputera seperti yg
telah dijanjikan.

Bijaksana – Kita mestilah menggunakan kebijaksanaan utk


menyelesaikan masalah seperti Inderaputera yg dapat mengatasi
binatang & raksasa buas yg hikmat itu.

Tabah– Kita perlulah tabah menghadapi dugaan kehidupan sperti


Inderaputera yg tabah berjalan menuju ke arah istana tuan puteri
walaupun mendapati istana tuan puteri itu seperti gunung berapi.
TAMMMAT

You might also like