You are on page 1of 2

Bunyi-bunyi konsonan asli

Dalam Bahasa Melayu, terdapat 19 bunyi konsonan asli termasuk 2 separuh vokal.
Bunyi-bunyi tersebut ialah:

1. Konsonan letupan bibir tidak bersuara [p]


2. Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]
3. Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]
4. Konsonan letupan gusi bersuara [d]
5. Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
6. Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]
7. Hentian glotis [?]
8. Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]
9. Konsonan letusan lelangit keras bersuara [j]
10. Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
11. Konsonan getaran gusi bersuara [r]
12. Konsonan geseran glotis bersuara [h]
13. Konsonan sisian gusi bersuara [l]
14. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]
15. Konsonan sengauan gusi bersuara [n]
16. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]
17. Konsonan sengauan gusi-lelangit keras bersuara
18. Separuh vokal dua bibir bersuara [w]
19. Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi-bunyi konsonan pinjaman

Dalam Bahasa Melayu, terdapat 8 bunyi-bunyi konsonan pinjaman iaitu:

1. Konsonan geseran bibir-gusi tidak bersuara [f]


2. Konsonan bibir-gusi bersuara [v]
3. Konsonan geseran gigi tidak bersuara th [θ]
4. Konsonan geseran gigi bersuara dh [∂]
5. Konsonan geseran gigi-gusi bersuara [z]
6. Konsonan geseran lelangit keras-gusi tidak bersuara sy [š]
7. Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara kh [x]
8. Konsonan geseran lelangit lembut bersuara gh [α]

You might also like