You are on page 1of 4

SEK.KEB.

BANDAR 2 ,PALOH HINAI, PEKAN PAHANG


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
KALI 1/2010

Tarikh : 7 Januari 2010


Hari : Khamis
Masa : 1.15 petang
Tempat: Makmal J-Qaf

Kehadiran :
1- Ust.Hasmadi Azlan b. Mohammad ( KP PAI sek.men )
2- Ustzh.Norizan bt.Ibrahim ( KP PAI sek.ren)
3- Ust.Sazali b.Sarwan ( J-Qaf)
4- Ust.Fayroz b.Udzir (GPI )

Tidak hadir :

1. Ustzh Nik Marniwati bt Jusoh (Cuti sakit)

Agenda :
a- Ucapan Pengerusi
b- Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
c- Perkara berbangkit
d- Huraian sukatan Pelajaran
e- Semakan hasil kerja murid
f- Penggunaan BBM
g- Pelaksanaan kursus
h- Persatuan Agama Islam
i- Penyelenggaraan makmal J-qaf dan surau
j- Pengendalian peperiksaan dan ujian bulanan
k- Perancangan program tahunan Panitia Pendidikan Islam
l- Hal-hal lain

Bil Agenda Tindakan


01 Ucapan Pengerusi
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan Ummu Kitab.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi
hadir dan memaklumkan GPK tidak dapat hadir kerana ada
masalah yang tidak dapat dielakkan.

1.2.Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan


perancangan Panitia Agama Islam yang meliputi pelbagai perkara
sepanjang tahun 2010 ini.

0.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat


2.1.Pengesahan minit mesyuarat yang lalu dicadang oleh Ust.Sazali
dan disokong oleh Ust.Fayroz.
03 Perkara berbangkit
3.1. Pengerusi menyatakan segala masalah atau perancangan tahun KP PAI
lepas semua berjalan dengan baik kecuali masalah tirai,sejadah
dan waktu solat berbateri sahaja yang belum selesai.
3.2.Semua permasalahan tahun lepas boleh dirujuk pada minit
mesyuarat yang bertarikh 8 April 2009.
04 Huraian Sukatan Pelajaran
4.1. Pengerusi meminta semua huraian sukatan pelajaran mesti di Semua GPI
kemas kini mengikut perkembangan terbaru untuk disimpan
dalam fail Panitia.
4.2.Setiap guru agama mesti memiliki huraian sukatan pelajaran
terkini untuk disimpan dalam buku rekod mengajar sebagai
panduan guru.

05 Semakan hasil kerja murid


5.1. Pengerusi mengatakan ada borang penyemakan kerja murid yang
Semua GPI
telah disediakan oleh pihak sekolah hanya untuk KP sahaja.GPI
diharap memberi kerjasama yang sewajarnya.
5.2. Semakan kerja murid boleh dilakukan sekurang-kurangnya 4 kali
setahun, yang mana setiap kali penyemakan dibuat mestilah
disertai dengan buku latihan murid kepada KP untuk disahkan.
5.3.GPI perlu mengemaskini bilangan murid Islam untuk panduan KP.

06 Penggunaan BBM
6.1.Pengerusi meminta GPI mencari atau membaik pulih BBM subjek Semua GPI
Pendidikan Agama Islam yang sedia ada untuk digunapakai
semasa proses P&P.Malah GPI juga digalakkan membuat BBM
sendiri mengikut kreativiti tersendiri.
6.2.Proses P&P tidak boleh dilakukan secara lisan 100%, kerana
tidak boleh menarik minat murid untuk belajar.
6.3.P&P boleh dilakukan mengikut kreativiti guru masing-masing
bagi merangsang minat murid untuk belajar.

Pelaksanaan kursus
07 7.1.Pengerusi memaklumkan kursus pada tahun ini dikurangkan sebab
peruntukkan yang disediakan tidak mencukupi.
7.2.Kursus dalaman masih lagi dilaksanakan supaya guru tidak
ketinggalan mendapatkan info-info yang terkini dari masa ke
semasa.
08 Persatuan Agama Islam
8.1.Persatuan Agama Islam pada tahun ini diketuai oleh Semua GPI
Ustzh.Norizan sepertimana yang ditetapkan dalam buku sekolah.
8.2.Pengerusi meminta Persatuan Agama Islam membuat takwim
untuk tahun ini bagi menjalankan aktiviti bagi kegiatan Ko-Kum.
Takwim yang dibuat hendaklah seiring dengan takwim sekolah,
bagi mengelakkan sebarang masalah.
09 Penyelenggaraan makmal J-qaf dan surau
9.1.Pengerusi meminta makmal J-qaf perlu diceriakan walaupun tiada
peruntukkan diberikan, bagi keselesaan dan kesenangan murid. Guru J-qaf
9.2.Peralatan yang sedia ada sekarang tidak mencukupi seperti;
9.2.1- langsir perlu ditambah
9.2.2- peralatan untuk membersih tidak ada
10 Pengendalian peperiksaan dan ujian bulanan
10.1.Pengerusi meminta semua GPI membuat analisis setiap kali Semua GPI
peperiksaan atau ujian bulanan dijalankan.
10.2.GPI juga diminta membuat TOV dan ETR bagi setiap kelas yang
diajar sebelum peperiksaan atau ujian sebenar dilaksanakan.
10.3.Pengerusi juga memaklumkan soalan peperiksaan dan ujian bagi
sekolah rendah dihantar oleh PPD masing-masing.

11 Perancangan program tahunan Panitia Pendidikan Islam


11.1.Pengerusi memaklumkan pada tahun ini semua kategori dalam
Semua GPI dan
MTQ perlu disertai kerana ini arahan guru besar.Untuk itu
latihan dan pemilihan murid perlu disegerakan. guru-guru Sk.
11.2.Panitia Agama Islam juga perlu menyambut setiap hari kebesar- Bandar 2
an Islam dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian.
a) Ihya Ramadhan
b) Israk Mikraj
c) Maulidur Rasul
11.3.Mengadakan Kem Bestari solat sebanyak 4 kali setahun yang di-
kendalikan oleh guru J-qaf dengan kerjasama GPI yang lain.
11.4.Mengadakan bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana bagi murid
tahun 6 dan tingkatan 3 yang dilaksanakan pada setiap minggu.
11.5.Majlis Khatam Al-Quran diadakan setiap tahun bagi menarik
minat murid untuk mempelajari dan menghayati Al-Quran.
11.6.Minggu Pendidikan Islam;
a) Kuiz perdana
b) Penjualan teka silang kata bertulisan jawi
c) Pertandingan lafaz azan
d) Pertandingan mewarna tulisan khat
11.7.Menambahbaik dan mencerikan laluan ilmu PAI.

Hal-hal lain
12 12.1.Ust.Fayroz mencadangkan supaya diadakan aktiviti celik jawi
sepanjang tahun untuk memastikan murid-murid mahir membaca
dan menulis jawi.
12.2.Ust.Sazali mencadangkan ujian amali solat dilakukan kepada
murid beragama Islam diluar waktu P&P bagi membantu Kem
Bestari Solat.
12.3.Pengerusi mencadangkan supaya Asmaul Husna dipasang me-
lalui radio sekolah dan juga dilaungkan semasa perhimpunan
mingguan.
12.4.GPI perlu memastikan PAFA diadakan sepanjang tahun bagi
memudahkan murid diambil markah semasa tahun 6 nanti.
12.5. Murid tahun 1 hingga 5 PAFA mengikut sukatan pelajaran.
12.6. Murid tahun 6 hendaklah dinilai dari awal hingga akhir ber-
pandukan buku PAFA yang disediakan oleh Kementerian.
12.5.Pengerusi meminta supaya fail-fail Panitia dikemaskini dari
masa ke semasa untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku
sekiranya nazir datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang, dan disudahi dengan tasbih kifarah serta
Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

…………………
(Norizan Ibrahim)
Setiausaha
Panitia Pendidikan Islam

Disemak oleh,

…………………………..
(Hasmadi Azlan Mohamad)
Ketua Panitia
Pendidikan Islam

Disahkan oleh,

……………………..
(Zulkharnane Hassan)
GPK Pentadbiran
SK Bandar 2,Paloh Hinai Pekan Pahang.

You might also like