Cara cara untuk menangani masalah mat rempit yang sering berlaku kepada remaja pada zaman ini

adalah,Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka merasai diri mereka dikasihi dan dihargai. Jangan terus membiarkan anak-anak menjadi liar disebabkan kegagalan ibu bapa memberi perhatian secukupnya. Luangkan sedikit masa untuk bersama dengan anak-anak. Bertanyakan masalah, mendengar luahan dan rintihan hati mereka.. Selain daripada itu,Penguatkuasa undang-undang memang perlu untuk membendung virus ini. Di sarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal mereka terima.Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus ini.Jangan terus memberi tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian masyarakat. Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan golongan remaja ini, jangan memperlakukan diri mereka seperti budak kecil. Kesimpulannya,kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari kepada golongan remaja. Sebaliknya kita sebagai individu dewasa, bantulah golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful