Adab : Analisis Budaya Berbahasa dalam Strata Sosial Muhammad Jailani Abu Talib JEA080708 Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Pengenalan

Adab memainkan peranan yang besar dalam konteks budaya masyarakat Melayu. Malahan, ukur tara yang digunakan bagi mengukur konsep µorang¶ dalam diri seseorang itu antaranya menitikberatkan nilai adab dalam diri seseorang. Sehubungan itu, adab sebenarnya merangkumi suatu nilai yang begitu tinggi darjatnya dalam weltstanchaung Melayu dan Is lam serta berpangkalan daripada nilai-nilai yang diajarkan dan ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam hal ini, penonjolan adab bagi seseorang muslim merupakan keupayaan untuk menonjolkan ciri-ciri tertentu pada waktu-waktu yang sesuai. Nescaya, pemilihan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul yang diutuskan buat umat Islam pada akhir zaman antaranya ialah untuk menyempurnakan adab pada diri manusia. Tidak terlepas daripada hakikat tersebut merupakan sumbangan baginda terhadap umat Melayu yang secara tekal membudayakan konsep dan nilai peradaban Melayu.

Perbincangan berkenaan adab seterusnya membawa pengkaji untuk meneliti perkembangan bahasa Melayu dalam persekitaran hari ini bagi merungkaikan perkembangan atau kemunduran nilai adab dalam masyarakat Melayu hari ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji akan merumuskan kajian ini dengan hipotesis berkenaan dengan fenomena yang berlaku dalam meneliti nilai tersebut.

1

Sesuai pula dengan konteks kajian yang dijalankan, pengkaji akan meneliti gabungan sampel yang dikutip sama ada secara lisan mahupun tulisan.Bagi merungkaikan fenomena tersebut pula, pengkaji akan mendekati karya tersebut dengan berlandaskan pendekatan sosiolinguistik yang akan diperkenalkan kepada pemba ca dalam bahagian lain kertas kerja ini.

Latar Belakang Kajian

Kajian ini telah diusahakan atas kesedaran bahawa evolusi zaman dan persekitaran telah membawa perubahan-perubahan tertentu dalam

perkembangan psikologi dan peradaban manusia. Jelasnya, perkembangan jati dan nilai dalam masyarakat Melayu turut menerima kesan daripada perubahan landskap tamadun dunia yang sekali gus mengubah pola pemikiran, nilai, dan norma sesuatu bangsa. Sehubungan itu, korelasi antara nilai adab dan bahasa serta penelitian berkenaan dengan perkembangannya dalam konteks zaman belum pernah dikaji secara eksplisitnya oleh mana-mana pengkaji. Biarpun begitu, pengkaji bertanggapan bahawa hal tersebut sewajarnya dikaji dan diteliti secara serius memandangkan penelitian yang dibuat boleh menghuraikan masalah masalah yang dihadapi serta menggagaskan dan mengusulkan tindakan tindakan lanjut yang boleh diambil perhatian oleh p ihak-pihak tertentu. Bertolak daripada kesedaran tersebut, pengkaji akan menggunakan gabungan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan bagi

mendapatkan bahan kajian yang diperlukan. Selain itu, kajian ini akan

2

Dalam hal ini. penelitian akan dikecilkan fokusnya dengan meneliti teks teks dialog sahaja. fokus kajian ini akan meneliti unsur stratifikasi sosial dalam budaya berbahasa. Metodologi Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis tertumpu. Hal ini berekoran daripada persekitaran konteks yang berbeza. yakni dengan dialog-dialog antara dua kelas sosial yang berbeza dalam persekitaran zaman yang pelbagai. Permasalahan Kajian Usaha mengkaji dan meneliti perkembangan budaya berbahasa dalam evolusi zaman dirundung hakikat bahawa zaman-zaman lampau tidak mungkin dapat diteliti dengan saksama lewat penelitian gaya percakapan masyarakat hari ini. Daripada itu. Selain itu. sekalipun mereka berusia. Sesuai pula dengan landasan yang digariskan Labov. pengkaji telah membuat penelitian budaya berbahasa dalam zaman lampau lewat penelitian bahasa dalam filem dan teks-teks persuratan Melayu lampau. kajian ini turut menggunakan 3 .meneliti korpus kajian dengan bersandark an teori hubungan kelas sosial yang digagaskan William Labov (1966 & 1966b). Sehubungan itu. Analisis tertumpu dilakukan dengan memberikan perhatian kepada bahan teks dan rakaman video bagi mewakili zaman tertentu. pengkaji akan mengeluarkan sepuluh contoh dialog yang merentas zaman.

huruf apa tu huruf ini? Dia ada tangan. Tuanku.. ada ekor. karena ragam orang Indrapura bukan Melayu? Sunggu h beta Melayu kacukan juga. Sesuai dengan gagasan tersebut.. bukan seperti Melayu Melaka sungguh´ ± Hikayat Hang Tuah ³Orang Melaka gerangan Melayu kacukan. sastera Melayu tradisional. sastera Melayu moden.kaedah kualitatif serta merujuk kepada pendekatan William Labov(1966 & 1966b) sebagai asas kerangka fikiran dalam menghuraikan unsur-unsur yang dibincangkan dalam kertas kerja ini. Ragam apa yang diperhamba palu ini. Aku ceraikan Tipah kerana kau As. tesis yang dikemukakan Labov tentang kehadiran strata -strata sosial tertentu dalam masyarakat digunakan sebagai premis bagi menggerakkan seluruh kajian. lelaman sesawang facebook. ³. bercampur dengan Jawa Majapahit! Dayangpun satu sebagai hendak mengajuk beta pula´ ± Hikayat Hang Tuah ³Encik Ramlee. dan ada satu mata di tengah-tengah. filem-filem Melayu. Korpus Kajian Data kajian ini diperolehi daripada pelbagai sumber yang antaranya termasuklah dalam teks ungkapan adat. Siapa nama kau?´ ± Penarik Beca (1955) ³Siapa nama adik kembar awak tu?´ ± Guru Badul (1988) ³Itu lebih mudah dari melupakan kau. Dalam hal ini. dan persekitaran semasa.´ ± 4 .´ ± Bujang Lapuk (1959) ³Hmmph.Baiklah. penentuan strata sosial dalam masyarakat akan diperhalusi dengan pandangan Soejono Soekanto (1982) terhadap matriks ruang sosial.

& «. Mamon merujuk pada Naib Canselor. Tapi kali ini kau dah melampau!´ ± Suami.Ali Setan (1985) ³Dengar sini Salma. Dalam hal ini. pertengkaran antara Fatah (Duda) dan Salmah (Janda) (1996) ³Benda ini kalau jatuh. kesopanan. Kita yang membayar yuran ini dihina di khalayak ramai. kalau rosak. Isteri.´ ± Ucapan seorang sahabat kepada rakan yang baharu bernikah (2011) Konsep Kajian Dalam rangka kajian yang ditetapkan. Selama ini memang aku rasa aku bersalah. Pengkaji daripada itu akan merungkaikan ketiga-tiga perkara seperti berikut : Adab Secara asas. kalau tercalar. tingkah laku. iaitu adab. (2011) ³Slmt pengatin baru boy! Smg mjadi suami mithali dan bertanggung jawab mcm aku. macam mana? Benda ini bukan saya punya. sistem kata ganti nama diri dan Sosiolinguistik . adab turut merupakan 5 . adab merupakan tuntutan daripada diri setiap manusia yang bertamadun serta merangkumi segala perbuatan.´ ± Perbualan antara seorang sahabat lelaki dan seorang sahabat perempuan dalam Arca Kaseh (2000) "Memang mamon tak sedar dek untung. dan ketatasusilaan yang dapat diterima sesebuah kelompok masyarakat dalam sesebuah ruang masa tertentu. terdapat dua perkara penting yang mendasari kajian berikut." ± Lelaman sesawang Facebook peribadi pensyarah.

adab pada diri seorang manusia diukur pada nilai-nilai yang bersangkutan dengan ajaran agama tersebut atau pada rasul-Nya. Jelasnya. Peri penting menanamkan nilai adab dalam diri manusia Melayu malahan dimanifestasikan dalam bentuk ungkapan dan pantun a dat yang antaranya dizahirkan dalam konsep budi. bagi diri manusia Melayu sebagai suatu bangsa yang telah lama menerima Islam sebagai bahagian yang integral dalam perkembangan ketamadunannya. Sayugia. tunjuk ajar. dan adat. Antara ungkapan yang dimaksudkan berbunyi : ³apalah tanda pisang lidi bila dimakan terasa perisa apalah tanda orang berbudi hatinya rendah berbudi bahasa´ 6 . Adab merupakan suatu sistem kompleks yang tidak diajarkan secara formal lewat institusi-institusi tertentu namun disebarkan dan kemudiannya diperolehi lewat interaksi antara manusia atau masyarakat sosial. kesopanan. dan ketamadunan yang tinggi. kebaikan. Selaras itu. akhlak. sekiranya seseorang dianggap beradab pada individu yang lain. adab mencakupi tingkah laku yang berakhlak serta gerak geri yang diisi dengan nilai-nilai kemuliaan. dapatlah beliau mengharapkan adab yang setimpal atau sama tinggi nilainya dengan adab yang dihulurkannya. tertib.suatu tuntutan terhadap hubungan antara manusia pada muka bumi.

yakni sebagai elemen yang berupaya untuk mendekatkan diri manusia dengan kesempurnaan dan tuhan. usia. kamu. 7 . hamba. Bergantung pada faktor -faktor ekstrinsik yang telah disebutkan di atas.anda. kita. adab berasal daripada bahasa arab yang dimanifestasikan sebagai suatu konsep ideal yang sewajarnya hadir pada diri setiap individu. kata ganti nama diri dapat dikaitkan sebagai bentuk sapaan yang merujuk pada kaedah yang digunakan masyarakat Melayu untuk memberikan sapaan-sapaan tertentu dalam keadaan rasmi mahupun tidak rasmi. keturunan. Hal tersebut kemudiannya sama ada diguna pakai dalam konsep budaya Melayu atau dikenali sebagai budi y ang turut membawa makna yang sama. t uan hamba). budi dan adab merupakan dua perkara yang sinonim dalam konsep pandangan dunia orang Melayu. terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri. dan kata ganti nama diri ketiga (dia. Hal ini antaranya dipengaruhi pelbagai faktor ekstrin sik seperti pengaruhnya terhadap masyarakat. patik dan beta). pingat dan penganugerahan terhadapnya. yakni kata ganti nama diri pertama (saya. beliau.Dari sudut etimologi. Kata Ganti Nama Diri Masyarakat Melayu. seperti tamadun-tamadun lain dalam dunia mempunyai sistem rujukan dan kata ganti nama diri yang khusus serta menempatkan individu-individu tertentu pada tempat dan darjat yang sesuai. Dalam hal ini. Sehubungan itu. dan sebagainya. mereka.aku. sistem rujukan yang sesuai akan diberikan pada individu yang dirujuk. Dalam erti kata yang lain. kata ganti nama diri kedua (awak. nya).

iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak. 2007:1)´. sosiolinguistik merupakan gabungan dua perkataan yang merujuk pada dua bidang yang berasingan sifatnya. Dato¶ dan sebagainya hanya sesuai digunakan bagi individu yang tinggi darjatnya manakala kata rujukan seperti saya. sosiolinguistik berasal daripada perkataan sosiologi dan linguistik. Misalnya..concerned with the correlation between such social facto rs and linguistics variation (Hickerson. Datuk. mempunyai sifat-sifat intrinsik tertentu. 1980:81) . Yang Mulia. sistem kata ganti nama dir i bahasa Melayu yang terdiri daripada dua bentuk utama. perkembangan. Jelasnya. Yang Bahagia. Dalam hal ini. Sosiolinguistik Dari sudut etimologi. bidang sosiolinguistik berminat terhad ap pengajian bahasa dalam lingkungan masyarakat yang tertentu serta meneliti penggunaan. Toh. variasi-variasi tertentu dan segala fenomena yang berkaitan 8 . hamba. viewing variation or its social context. patik. beta. Hal ini selaras dengan pandangan ilmu sosiolinguisti k sebagai ³developing subfield of linguistics which takes speech variation as it¶s focus. tuanku.Sehubungan itu. Tun. Dalam erti kata yang lain. dan Yang Hina lebih sesuai digunakan bagi individu yang berdarjat rendah. dapatlah dirumuskan bahawa sosiolinguistik berkaitan erat dengan ilmu sosiologi dan linguistik serta dapa t dirumuskan sebagai ³kajian tentang bahasa yang dikaitkan dengan kondisi kemasyarakatan (dipelajari oleh ilmu-ilmu sosial khususnya sosiologi) (Sumarsono.

interaksi sosial ataupun proses untuk menjalinkan hubungan telah berlangsung. bahasa standard dan tidak standard dan sebagainya (Puteri Roslina Abdul Wahid & Nor Hashimah Jalaluddin. Interaksi sosial merupakan hubungan antara peribadi. 2003:32). 9 . Dalam hal ini. bahasa hadir dalam suatu ruang matriks yang amat terpengaruh dan bergantung pada kehadiran elemen -elemen lain yang antaranya termasuklah elemen masyarakat sosial serta hubungan antara manusia. Hal ini secara langsung turut selaras dengan gagasan sosiolinguistik sebagai ³cabang ilmu linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat.dalam sebarang hubungan antara masyarakat sosial dan bahasa. sikap masyarakat pada bahasa..´ Hakikatnya. dan anta ra individu dengan lingkungannya. Hal ini kemudiannya dapat ditelusuri dalam matriks sosial sebagaimana yang digariskan Soejono Soekanto (198 2) yang memecahkannya pada enam ruang utama. yakni : i) Interaksi Sosial Ruang yang pertama berlangsung ketika seorang individu berhadapan dengan individu-individu lain seperti rakan-rakan. yakni antara individu dan kelompok masyarakatnya.antara tumpuan kajian ialah kumpulan masyarakat.

manusia menciptakan pelbagai alat perlindungan. benar. Sementara itu. Hal tersebut dilahirkan bagi memberikan landasan kehidupan bagi manusia serta menjauhkan diri dari kekecohan. Hal -hal tersebut seterusnya mempengaruhi penilaian sesebuah masyarakat berkenaan apa yang dianggap sebagai baik. Nilai sosial merupakan sesuatu yang bersifat abstrak dan hadir dalam bentuk prinsip. Segala bentuk kebudayaan material mahupun non-material yang diciptakan manusia. dan berharga. manusia melahirkan tabiat-tabiat atau perkara-perkara tertentu bagi melindung dirinya di samping memenuhi nafsu dalaman hidupnya. untuk melindungi dirinya daripada ancaman binatang buas. Dalam hal ini. nilai sosial 10 . nilai dan norma sosial bertujuan untuk membendung kekecohan tersebut. merupakan bahan kajian yang diteliti dalam ilmu sosiologi. bagi melindungi diri dari iklim dan cuaca.ii) Kebudayaan Sebagai makhluk yang secara fitrah memiliki akal dan budi. Sementara itu. dan keyakinan -keyakinan tertentu dalam sesebuah masyarakat. Contohnya. manusia menciptakan pakaian pakaian dan rumah. termasuk hakikat -hakikat sosial. iii) Nilai dan Norma Sosial Masyarakat manusia melahirkan peraturan -peraturan tertentu untuk dipatuhi sesama umatnya. anggapan.

status sosial sebenarya berkait rapat dengan pera nan sosial yang bersifat lebih dinamis. dan hukuman. dalam suatu status tertentu. Misalnya. peranan sosial merujuk pada tingkah laku yang dituntut daripada individu yang memiliki status tersebut. Sebagai contoh.merupakan sesuatu yang dihadirkan dalam bentuk peraturan. kaedah. Sebagai contoh. golongan bangsawan dan marhaen. kedudukan tersebut menuntut hak-hak dan kewajipan tertentu. seseorang individu yang berstatus sebagai mahasiswa mempunyai hak untuk memperolehi ilmu di samping wajib menekuni bidang yang dipelajarinya dengan sebaik mungkin. Hakikatnya. Pengkelasan-pengkelasan tersebut merangkumi jurang strata antara guru dan murid. Sehubungan itu. tingkah laku yang diharapkan seseorang 11 . masyarakat moden dan tradisional. iv) Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial membincangkan pengkelasan -pengkelasan sosial dalam masyarakat. vi) Status dan Peranan Sosial Status sosial dapat disamakan seperti kedudukan. Dalam hal ini. dan sebagainya. darjat dan posisi seseorang dalam masyarakat. manusia sering mengelompokkan individu -individu tertentu dalam strata-strata khusus. pangkat. orang kaya dan miskin.

bukan seperti Melayu Melaka sungguh´ ± Hikayat Hang Tuah Petikan di atas telah dikutip daripada teks Hikayat Hang Tuah serta mengemukakan perbualan antara seorang dayang penari di istana Indrapura dan Hang Tuah. dan lain -lain di samping berkemahiran dalam ilmu agama.. stratifikasi sosial yang jelas terdapat dalam perbualan antara kedua -dua individu tersebut dengan dayang istana berada 12 .Baiklah. sistem pentadbiran Melayu yang berubah daripada sistem Istana pada sistem yang diperkenalkan Barat telah mengubah citra kehidupan berbangsa dan bernegara. karena ragam orang Indrapura bukan Melayu? Sungguh beta Melayu kacukan juga. vii) Perubahan Sosial Perkembangan sesebuah masyarakat berlaku dalam keadaan aktif dan dinamik di samping sentiasa mengalami perubahan-perubahan tertentu. adab. Analisis Adab dalam Melayu Purba ³. Ragam apa yang diperhamba palu ini.. Dalam hal ini.pelajar madrasah ialah pada sikap ideal ke wanitaan yang mempunyai rasa hormat. Tuanku. Sebagai contoh.

yakni perkataan yang terdiri daripada gabungan morfem bebas dan terikat di. Sehubungan itu. dan sebagainya dapatlah dianggap sebagai golongan bangsawan dalam masyarakat. 13 . Atas dasar tersebut. Jauh bertentangan daripada darjat dan hormat yang dihulurkan pada Hang Tuah. peranan dan tanggungjawab sosial Hang Tuah sebagai seorang pegawai Istana telah menjelaskan lagi proses stratifikasi sosial yang dilalui dayang istana dalam menempatkan sistem gelaran yang sesuai.pada darjat yang lebih rendah berbanding den gan Hang Tuah yang merupakan seorang laksmana dalam istana Melaka di samping membawa gelaran Tun. penari istana tersebut telah merujuk dirinya sebagai hamba sebagaimana yang jelas terlihat daripada diperhamba. Dalam hal ini. Status dan peranan sosial Hang Tuah sebagai seorang laksmana dan pegawai Istana sekali gus meletakkannya pada tangga dan tempat yang lebih tinggi darjatnya berbanding penari tersebut. status dan peranan penari istana dapat seakan-akan sinonim dengan pengertian yang diberikan sebagai seorang abdi dalem dalam sistem keraton Jawa yang telah mendedikasikan seluruh hidupnya terhadap kehidupan dalam istana. Sehubungan itu. Hulubalang. Di samping itu. lazimnya. pegawai pegawai istana seperti Laksmana. penari dayang tersebut telah memberikan gelaran Tuanku kepada Hang Tuah yang meletakkan nilai dan darjat yang begitu tinggi terhadapnya.+ per.+ hamba. penari tersebut sebaliknya meletakkan dirinya pada status yang jauh hina berbanding dengan Hang Tuah.

Menyambut sapaan dan teguran penari tersebut. perkara yang paling jelas merupakan usaha Hang Tuah untuk merapatkan jurang sosial antara penari tersebut dengannya serta sebaliknya menggelarkan penari tersebut sebagai Dayang untuk memesrakan hubungannya dengan pen ari tersebut. Jelasnya. yakni pada tahun-tahun kegemilangan Melayu Melaka. Namun demikian. perubahan -perubahan sosial tertentu turut dapat diperhatikan yang sekali gus menjejas nilai-nilai tertentu yang digariskan dalam budaya dan peradaban Melayu. Hang Tuah telah mengungkapkan. Dalam hal ini. ³Orang Melaka gerangan Melayu kacukan. bercampur dengan Jawa Majapahit! Dayangpun satu sebagai hendak mengajuk beta pula. Dalam hal ini. Adab dalam Melayu 1950-an Dalam transisi masa ke arah yang lebih moden. konteks latar belakang pengguna bahasa Melayu turut mempengaruhi sistem kegunaannya. dapat diperhatikan bahawa proses interaksi sosial telah berlangsung antara Hang Tuah dengan penari istana Indrapura. Hal ini s ekali gus memperkukuhkan tesis bahawa bahasa tidak pernah hadir dalam suatu ruang vacuum dan turut terpengaruh konteks sosial masyarakat zaman tersebut.´ Berdasarkan petikan tersebut. Perubahan yang ketara seterusnya dapat diteliti pada tahun -tahun 1950-an dengan istana- 14 .. demarkasi sosial yang ketara masih turut dapat diperhatikan dalam perbualannya lewat rujukan pada dirinya sebagai beta. fenomena tersebut dianggarkan berlaku sekitar abad ke -15.

usia seseorang individu dapat 15 . Dalam erti kata yang lain. biarpun beliau mengatasi murid-murid tersebut secara sosial dengan stratifikasi sosial sebagai cikgu dan entiti yang paling tinggi dan terhormat dalam bilik darjah tersebut.´ Petikan di atas dikutip daripada filem Pendekar Bujang Lapuk serta mengetengahkan perbualan seorang guru bacaan dengan murid -muridnya yang terdiri daripada murid -murid yang dewasa. Berdasarkan data yang diketengahkan di atas yang berlangsung dalam konteks bilik darjah dan latar masyarakat kampung. istilah -istilah rujukan diri seperti hamba dan patik kurang digunakan secara berleluasa dalam kalangan masyarakat seterusnya : marhaen. ada ekor. Dalam hal ini. Hal ini antaranya berpucuk daripada usia muridmuridnya yang lebih dewasa berbandingnya. Petikan tersebut sekali gus mewakili fenomena zaman 1950-an serta bahasa yang mewakili zaman tersebut. masyarakat Melayu pada zaman tersebut memberikan perhatian yang lebih terhadap usia seseorang. Jelasnya. Cikgu Ros tetap meletakkan darjat yang secara relatif tinggi bagi murid -muridnya. dan ada satu mata di tengah -tengah. Perkara tersebut dapat diteliti dalam petikan ³Encik Ramlee. huruf apa tu huruf ini? Dia ada tangan.istana Melayu memainkan peranan yang kurang dominan dalam perkembangan masyarakat Melayu. Cikgu Ros tetap memberikan penghormatan yang tinggi bagi murid-muridnya. Hasilnya.

suatu perubahan yang ketara telah berlaku pada zaman tersebut tatkala merujuk pada individu yang berada pada taraf ekonomi yang lebih rendah. Sedangkan penarik beca tersebut telah berjasa terhadapnya. Sementara Cikgu Ros merupakan guru bagi murid muridnya dalam konteks mengajarkan ilmu pembacaan. Namun demikian. Menyedari hal tersebut. ³ Hmmph. Hal ini secara langsung mencerminkan nilai adab dan rasa hormat yang dilalui Cikgu Ros bagi meru juk pada muridnya. nilai dan taraf ekonomi seseorang tetap dijadikan sebagai ukur tara bagi memberikan rasa hormat dan adab terhadap individu tersebut. Hal ini dapat diperhatikan dalam filem Penarik Beca (1955) yang antaranya mengemukakan dialog seorang kaya dengan seorang penarik beca yang awal dalam cerita telah menyelamatkan anaknya dalam suatu peristiwa. Siapa nama kau?´ Taraf ekonomi yang lebih superior dan tinggi bagi orang kaya tersebut seolah-olah telah memberikannya nilai sombong dan angkuh serta 16 .mengatasi pangkat-pangkat lain yang ditonjolkan dalam status dan peranan sosial yang dimainkan. Cikgu Ros telah meletakkan Ramlee dalam tangga stratifikasi sosial yang tinggi dengan menghulurkan gelaran Encik baginya. menariknya. jelasnya. murid -muridnya secara tidak langsung dianggap sebagai gurunya dalam ilmu pengalaman dan kehidupan. Perihal tersebut dicerminkan dalam sapaan.

khususnya di Tanah Semenanjung dan Singapura. Hal tersebut antara lainnya turut mengaburkan lagi jurang antara istana dan masyarakat marhaen. kekuatan ekonomi. Adab dalam Melayu 1980-an ³Siapa nama adik kembar awak tu?´ ± Guru Badul (1988) Kemajuan zaman seterusnya dapat diteliti pada era 1980 -an dengan usaha pembangunan yang lebih pesat berlaku dalam gugusan alam Melayu. iaitu singkatan bagi engkau. kau digunakan dalam dua konteks utama. sebagaimana yang dicerminkan dalam abad 1950-an turut membawa masyarakat ke arah perasaan dan konsep superiority complex dengan masyarakat bertanggapan bahawa kekuatan ekonomi dapat digunakan sebagai ukur tara bagi menilai stratifikasi sosial seseorang dalam masyarakat. Dalam konteks sosial masyarakat Melayu. yakni dalam konteks persahabatan yang sudahpun mesra dan sama tarafnya dan konteks perbualan antara individu yang berada dalam dua stratifikasi sosial yang jauh berbeza. Fenomena yang kedua merupakan perkara yang dirujuk dalam hal tersebut. penarik beca tersebut turut dirujuk dengan sapaan kau. Namun demikian. yakni helaan nafas yang pendek dan padat namun cukup untuk didengarkan individu yang dirujuknya.dimanifestasikan dalam bentuk gestur sosial hmmph. Sementara itu. terdapat lebih ramai ahli masyarakat M elayu yang berjaya untuk mengecapi tangga kejayaan dari sudut ekonomi. Sekiranya masyarakat lampau mempunyai stratifikasi sosial yang agak jelas dengan 17 . Hasil daripada pembangunan tersebut.

Hal tersebut walau bagaimanakan dikaburkan dengan meletakkan ukuran-ukuran lain. biarpun nilai ekonomi yang tidak setara tidak digunakan sebagai ukuran kehormatan individu -individu yang terlibat dalam perbincangan. nilai agamanya sebaliknya menggantikan nilai ekonomi tersebut. tanpa menyedari bahawa dirinya telah dibohongi watak protagonis telah meletakkan gelaran awak bagi lebai tersebut. Dalam hal ini.pengelompokkan dilakukan berdasarkan peranan dan tanggungjawab sosialnya dalam istana dan masyarakat. Hal tersebut antara lainnya menjelaskan bahawa biarpun nilai ekonomi protagonis tidak dijadikan sebagai ukuran. orang kaya tersebut telah memberikan kata ganti nama diri kedua awak bagi merujuk pada lebai tersebut. Hasilnya. awak lazimnya dihulurkan dalam situasi kesaamaan taraf dan darjat. Penggantian nilai tersebut seterusnya menghasilkan persepsi kesamaan taraf antara lebai dan orang kaya tersebut. Hal tersebut ditonjolkan oleh watak AR Badul yang menyamar sebagai Lebai Badal dalam usaha untuk mendampingi anak seorang kaya. masyarakat moden menitikberatkan perihal ekonomi. ra sa hormat yang relatif tetap diberikan orang tua tersebut tatkala merujuk pada Lebai Badal. Antara ukuran-ukuran tersebut termasuklah nilai agama dalam diri seseorang. Kesamaan taraf yang menjadi semakin relatif seterusnya dapat diteliti 18 . Orang kaya tersebut. Dalam konteks sosiobudaya masyarakat Melayu.

& « (1996). Fatah turut merupakan majikan Salma 19 . Hasilnya.Suami. Selama ini memang aku rasa aku bersalah. Biarpun Fatah berada dalam keadaan yang serba marah. Malahan. biarpun kemesraan Asmidar dan Ali ditonjolkan dalam kata sapaan yang digunakan Ali dalam perbualan antaranya dan Asmidar. Isteri. Fatah telah mengekalkan nilai hormat yang sama antara dirinya dan Salma. Perihal tersebut berbunyi. Hal ini masih lagi berlangsung walaupun Fatah tidak lagi mempunyai sebarang ikatan pernikahan dengan Salma. Aku ceraikan Tipah kerana kau As. yakni Asmidar dan Ali. Isteri. nilai ek onomi tidak memainkan peranan yang sentral dan perkembangan sosial berlaku dalam persekitaran yang lebih setara. dalam konteks remaja. Adab dalam Melayu 1990-an ³Dengar sini Salma. Dalam hal ini. & « (1996) Persoalan etika dan adab dalam perbualan antara kekasih seterusnya turut dapat diteliti pada tahun 1990 -an dalam filem Suami. Jelasnya.´ Kesamaan taraf antara As dan Ali melampaui batas dan jurang gender yang sebelum ini memainkan peranan yang begitu dominan dalam masyarakat Melayu. Tapi kali ini kau dah melampau!´ . adab antara kekasih ditonjolkan watak Fatah dengan jandanya Salma. kata ganti nama diri kau dan aku telah digunakan.dalam filem Ali Setan (1985) yang antaranya mengemukakan perbualan antara pasangan kekasih re maja. ³Itu lebih mudah dari melupakan kau. Dalam hal ini.

Kedua-dua sahabat tersebut telah berbual tentang alat permainan kecil dalam bentuk kura-kura yang berada dalam genggaman watak lelaki. ³. ungkapan aku dan kau lebih sering digunakan manakala ungkapan saya dan awak lebih sering digunakan dalam persekitaran gender yang berbeza. Dalam hal ini.dalam syarikat yang sama. Lelaki tersebut menjelaskan.. 20 . Fatah masih tetap mengekalkan trend menggunakan istilah kau dan aku bagi merujuk satu sama lain. watak lelaki masih tetap mengekalkan adab yang tinggi. Walau bagaimanapun. macam mana? Benda ini bukan saya punya. kalau rosak.Benda ini kalau jatuh.´ Menggunakan nada yang lembut tetapi tegas. kalau tercalar. Sedangpun begitu. berbeza dengan konsep adab dan etika yang ditonjolkan masyarakat pada tahun 1980 -an. rasa hormat telah dihulurkan sahabat lelaki kepada perempuan biarpun rasa tersebut diberikan dalam keadaan dan nada yang tegas. Hal ini seterusnya ditelusuri pada tahun 2000 dengan tayangan filem Arca Kaseh yang antaranya mengemukakan perbualan antara dua orang sahabat yang berbeza jantina. sekiranya perbualan berlangsung antara lelaki dan lelaki. Dalam hal ini. Golongan remaja pada tahun 1990-an menunjukkan kecenderungan untuk melembutkan bahasa mereka dengan menggunakan kata rujukan saya dan awak bagi merujuk pada perbualan antara dua individu yang berbeza jantina.

Datuk. Hal tersebut sebenarnya turut selaras dengan adat Melayu yang 21 . Kita yang membayar yuran ini dihina di khalayak ramai. Dr. Tuan yang sewajarnya dihulurkan pada penjawat jawatan tersebut dengan istilah rujukan mamon ataupun pembawa pengaruh yang negatif. Hal ini antara lainnya ditonjolkan dalam petikan berikut : "Memang mamon tak sedar dek untung." Petikan di atas telah diungkapkan seorang pegawai institut pengajian tinggi yang marah terhadap tampuk kepimpinan universitinya. Yang Berbahagia. Dalam keadaan yang serba marah. Perihal tersebut sebenarnya menujukkan nilai adab Melayu yang semakin regresif dan mundur di samping rasa tidak hormat yang diberikan pada pegawai yang biarpun tidak dihormati secara langsung sebagai penjawat jawatan. sewajarnya tetap diberikan rasa hormat sebag ai seorang pemimpin. yakni Naib Canselor bagi universiti tersebut. beliau berasa marah terhadap pegawai tertinggi dalam tampuk kepimpinan universiti.Adab dalam Melayu 2000-an Perkembangan yang ditanggap sebagai progresif pada tahun -tahun pembangunan masyarakat dan alam Melayu sebaliknya menunjukkan kecenderungan untuk mundur dan bersifat regresif pada tahun 2000 -an dengan kemunduran nilai -nilai yang dahulunya dianggap sebagai beradab. beliau telah menggantikan istilah Profesor. Khususnya.

Jelasnya. Biarpun hal tersebut berlaku dalam persekitar an laras yang tidak rasmi. masyarakat Melayu akan terus memberikan nilai rasa hormat dan adab pada individu -individu yang terlibat. Dalam erti kata yang lain. sekiranya individu tersebut sukar dihormati atas dasar pangkatnya. masyarakat Melayu mementingkan nilai hormat yang tidak terperi terhadap individu -individu yang menjawat sebarang jawatan yang tinggi. masyarakat Melayu wajar menghormati individu tersebut atas dasar -dasar yang lain sepertimana yang ditonjolkan dalam adat di atas. perubahan sosial yang berlaku telah menghasilkan masyarakat 22 . Walau bagaimanapun. suatu fenomena yang menarik telah berlaku dengan penggunaan kata ganti nama diri boy bagi merujuk pada sahabatnya.´ Ucapan tersebut telah diberikan seorang sahabat kepada rakannya. Kemunduran adab dalam ma syarakat Melayu seterusny turut dapat ditelusuri dalam ungkapan. lazimnya. khalayak di bawah kepimpinannya akan mula berpecah. Menyedari hal tersebut. ³Slmt pengatin baru boy! Smg mjadi suami mithali dan bertanggung jawab mcm aku. andai keesaan jawatan yang dipegang seseorang yang berhak menerimanya tidak dihulurkan.mengungkapkan : ³Tuah sakti hamba negeri Esa hilang dua terbilang Patah tumbuh hilang berganti Takkan Melayu hilang di bumi´ Jelasnya.

Secara langsung. Dari sudut psikologi. sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. penerapan nilai dan adab seharusnya dibuat secara tekal dan melibatkan individu -individu dalam masyarakat sosial untuk memainkan peranan dan tanggungjawabnya dalam masyarakat. Namun demikian.yang kian menerima ketiadaan adab dan hormat sebagai suatu nilai dan norma. Hal tersebut sekali gus menonjolkan suatu permasalahan dalam peradaban Melayu yang wajar diben dung secara berterusan. adab sendiri merupakan sesuatu yang dinamik dan berkembang pentafsiran konsepnya dari masa ke masa. Rumusan Berdasarkan kajian yang dijalankan. pengguna bahasa telah menunjukkan kecenderungan untuk bertanggapan dirinya sebagai lebih tinggi berbanding individu-individu lain dalam masyarakat sosial. perkembangan budaya Melayu dapat dipastikan dengan penerapan nilai dan adab yang murni. sesuai dengan konsep adab Melayu 23 . hal tersebut turut mencerminkan superiority complex yang dihadapi masyarakat sekarang. budaya hedonisme dan pencarian kebahagiaan berdasarkan kepuasan nafsu telah menghasilkan nilai adab dan budaya yang regresif. Kajian yang dijalankan mendedahkan hipotesis perubahan sosial sebagai suatu perkara yang turut mempengaruhi perkembangan dan penerimaan masyarakat tentang nilai adab. Nescaya. Dalam hal ini. Jelasnya. Hal tersebut dapat ditelusuri dengan kefahaman istilah boy yang merujuk pada seorang kanak-kanak lelaki.

sewajarnya. nilai adab digandingkan dengan nilai -nilai dan tunjuk ajar dalam ada t Melayu dan Quran. Sesuai dengan garisan sosiolinguistik. Apatah lagi. kemunduran nilai adab turut telah ditonjolkan masyarakat Melayu pada zaman 2000-an yang sekali gus mendedahkan suatu fenomena yang membimbangkan serta perlu ditangani secara efektif dengan segera. Kajian ini turut antara lainnya telah menggariskan asas bagi evolusi nilai adab antara masyarakat Melayu tradional dan m oden. 24 . Sehubungan itu.yang terikat dengan nilai-nilai adat dan Islam. Melayunya seseorang sebenarnya amat terikat pada nilai adab yang terdapat pada diri insan tersebut. kajian ini telah mendedahkan fenomena nilai ekonomi sebagai suatu elemen bagi mengukur ketinggian atau kerendahan status seseorang dalam stratifikasi sosial serta yang kini dianggap sebagai suatu norma dalam masyarakat.

_________________. Sosiolinguistik. Sosiolinguistik : Kajian Teori dan Analisis. Jakarta: Prenada. 2001. 1966. Jakarta: Radjawali Press. Sosiologi 1. Linguistic Anthropology. N.: Center for Applied Linguistics .Bibliografi Hickerson. Rinehart and. 186-203. Rahardi. Ohoiwotun. Wijana. Soekanto. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Sosiologi Perubahan Sosial. Kamus Sosiologi. 1966. Suhardi & Sri Sunarti. Soerjono. Jakarta: Raja GrafindoPersada. New York: Holt.C. 2002. 2003. 25 . 2007. Explorations in Sociolinguistics. Winston. Sumarsono. Paul. 1983. Kunjama. Kamus Sosiolinguistik. William. Labov. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Sztompka. 1980. _________________.). Dlm S. Kode. Sosiologi. D. William. Sosiolinguistik. Jakarta : Visipro. The Social Stratification of English in New York City. Jakarta: Raja Grafindo Persada. Bloomington : Indiana University Press. The effect of social mobility on linguistic behavior. 1987. ms. 2009.P. 2006. dan Alih Kode . Suatu Pengantar. 2004. Jakarta : Pusat Perbukuan. Labov. Washington. 2001. Dewa Putu dan Rohmadi. Lieberson (ed. Muhammad. Sosiolinguistik. Piotr. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Puteri Roslina Abdul Wahid dan Nor Hashimah Jalaluddin. Departemen Pendidikan Nasional. Sosiologi (Suatu Pengantar).