You are on page 1of 1

CARA MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B

A) PEMBOLEHUBAH / VARIABLE
Kata kunci – kaji gambar yang diberi / kenyataan soalan

Bil Pembolehubah Singkatan Kata Kunci


1 manipulasi / dimanipulasi WTC berBEZA / berLAINan
@ diubah What to change
2 Bergerakbalas / WTO/M Apa yang di KAJI
diperhatikan / What to observe/ measure HASIL ujikaji
diukur
3 Malar / dikekalkan / WTS Yang SAMA
sama What to keep the same
Parameter (sifat) + objek
Contoh : keadaan pokok, jenis kertas, bilangan daun, jumlah air yang diserap, kecerahan mentol,
luas tapak, ketinggian model, jarak planet daripada matahari.

B) PEMERHATIAN
Bandingkan gambar / jadual / kenyataan soalan.
Cari persamaan atau perbezaan atau perubahan yang boleh kamu diperhatikan.
Contoh : Pokok dalam pasu A lebih subur berbanding dengan pokok dalam pasu B.
Daun pokok dalam pasu A lebih banyak berbanding pokok dalam pasu B.

C) INFERENS (SEBAB/ALASAN )
Nyatakan sebab kenapa sesuatu peristiwa / kejadian berlaku
Contoh : Pokok A disiram setiap hari berbanding dengan pokok B yang tidak disiram air.
Pokok A diberi baja yang lebih berkualiti berbanding pokok B

D) TUJUAN
Untuk menyiasat hubungan di antara _____(WTC) dengan (WTO/M)
Contoh : Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan bateri dengan kecerahan mentol

E) HUBUNGAN ( HIPOTESIS )
Jika ___(WTC) bertambah@berkurang, maka (WTO/M) bertambah@berkurang.

F) KESIMPULAN
Jika ___(WTC) bertambah@berkurang, maka (WTO/M) bertambah@berkurang.
ATAU???..... gunakan f a k t a s a i n s
Contoh : 1. Jika bilangan bateri bertambah, maka kecerahan mentol bertambah.
2. Pokok memerlukan cahaya matahari untuk hidup - ( fakta sains ).

G) CORAK ( POLA )
Meningkat
Menurun
Tidak berubah / mendatar / sekata

H) RAMALAN
Jangka apa yang akan berlaku atau ramal keputusan ujikaji.
Contoh : Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada tikus selepas 5 hari => tikus mati
Ramalkan bilangan haiwan yang mati pada hari ke 3 => 5 ekor.

You might also like