You are on page 1of 17

Sejarah Seni Tampak Malaysia

1. KAJIAN SENIMAN ± PROFESOR ZAKARIA BIN ALI

a. BIODATA SENIMAN

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita sememangnya mempunyai ramai seniman atau pelukis yang yang tidak dapat lagi disangkal bakat dan kemahirannya mereka dalam bidang seni ini. Dan di sebalik bilangan pelukis yang ramai dan kini bertambah tahun demi tahun seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan, ada seorang pelukis atau seniman yang tanpa disedari oleh kita sendiri telah memberi pelbagai manfaat dan sumbangan kepada negara amnya dan juga kepada bidang seni khususnya.

Di sini, kami melakukan sebuah kajian atau penjelajahan seni mengenai seorang seniman yang sememangnya berbakat besar di dalam yang penuh kreativiti ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Profesor Zakaria bin Ali.

PROFESOR ZAKARIA BIN ALI

Massachusetts dan Berjaya memperoleh Ijazah Phd. Massachusetts. Pulau Pinang dan dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang sejarah seni pada Januari 1993 hingga kini. Georgetown. Rembau. cerpen. Selain menjadi seorang artis dan novelis yang berbakat besar. beliau pergi ke Mexico untuk menamatkan pengajian beliau untuk memperolehi MA di Universidad de las Americas di Mexico. pada Mac 1991. Kemudian. Beliau meneroka dunia seninya menerusi dua wadah. kertas kerja dan diari dan juga melalui lukisan dengan menghasilkan karya dari media catan dan cat air. National Museum of American Art Smithsonian Institution. Profesor Zakaria bin Ali menjadi pensyarah di Pusat Seni. penterjemah dan kolumnis akhbar Harian. rencana. beliau memperoleh PhD di Harvard University. Amerika Syarikat. Beliau bukan sahaja mampu menghasilkan karya dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam bahasa Inggeris. Texas pada tahun 1972 sehingga 1973. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Air Molek. Dan akhir sekali. pada tahun 1974 sehingga 1976. Sabbatical. Selepas itu. esei. Selepas itu. novel.Sejarah Seni Tampak Malaysia Seniman yang lahir di selatan semenanjung Malaysia iaitu di Kampung Batu. Johor Bahru pada tahun 1952 hingga tahun 1953 dan menyambung pelajarannya di beberapa buah sekolah Inggeris sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni halus pada Mei 1972 dari Southwestern University. Austin State University. Negeri Sembilan. beliau melanjutkan pelajaran di Harvard University. Profesor Zakaria bin Ali juga seorang pengkritik seni. beliau menyambung semula pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (MA) di Stephen F. Pada tahun 1981 dan 1982 pula. iaitu melalui tulisan seperti sajak. Kemampuan Zakaria menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol memberi ruang kepadanya untuk . Universiti Sains Malaysia. Texas yang menjadi sarang pencarian ilmunya sejak dari tahun 1968 sehinnga 1971. Puisi awalnya berjudul "Sonnet I" dan "Doubt" tersiar dalam Southwestern Magazines pada tahun 1970.

Selepas itu. beliau menerima anugerah daripada Fogg Museum of Art Grant.GAPENA ke-IV melalui novel Empangan dan Hadiah Sastera Malaysia 1991/1992 juga menerusi novel yang sama. Najib Ahmad Dawa di Pusat Kreatif Balai Seni Lukis Negara. pada awal 90-an. Pulau Pinang pada tahun 1999. pameran secara berkumpulan beliau adalah di Pekan Seni Ipoh. Kuala Lumpur. Baharuddin Arus dan Mohd. beliau telah menerima anugerah Fullbright Fellow. beliau juga pernah melakukan pameran secara berkumpulan yang dianggotai para artis yang terpilih dan sememangnya berbakat besar dalam bidang seni lukis. Perak Darul Ridzuan. beliau .Sejarah Seni Tampak Malaysia menceburi bidang terjemahan. Pada tahun 1981. Harvard University. Malaysia Indah 1997 di Bank Negara juga di Kuala Lumpur. Penglibatan beliau dalam bidang seni sememangnya tidak pernah gersang bagaikan tanah yang tandus. Pada tahun 1997. Pameran ini merupakan pameran seni lukis tenaga pengajar &dan siswa juga siswi dari Pusat Seni USM. Pada tahun 1991. Pameran ini merupakan pameran IV yang pertama bersama Ismail Abdullah. Misalnya beliau menterjemahkan cerpen "Masalla del Amor" dan "El Pajaro" karya Octavio Paz ke dalam bahasa Melayu yang disiarkan di Dewan Sastera. Pada tahun 1996. Oleh kerana itulah. Pameran solonya yang kedua pula ialah juga di Art Gallery. Sabah Art Gallery. beliau turut serta dalam pameran Cita Rasa. Pulau Pinang. beliau telah banyak menerima pelbagai jenis anugerah sepanjang beliau menapak di dalam bidang penuh kreatif ini. pada tahun 1988 pula. Profesor Zakaria bin Ali pernah melakukan pameran solo karya-karyanya yang pertama pada tahun 1982 di Muzium USM dan Art Gallery.1982. Selain pernah mengadakan pameran solo. Kota Kinabalu. beliau memenangi tempat kedua (tiada pemenang pertama) dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah . Selepas itu. Februari 1972.

Pada tahun 1971 pula.Sejarah Seni Tampak Malaysia menerima penghargaan sekali lagi iaitu Aga Khan Travel Grant juga daripada universiti yang sama. rezekinya datang melimpah ruah apabila beliau menerima anugerah sekali lagi tetapi di dalam bidang penulisan pula iaitu Literary Award of The Sabah Foundation daripada Gapena. Selain itu juga. beliau telah memenangi beberapa kepujian atau penghargaan daripada pelbagai agensi dan sebagainya. beliau telah menerima satu lagi kepujian daripada negara Jepun iaitu Visiting Professor. Islamic Art in South-East Asia 830 A-D 1570 A. Selepas itu. Kuala Lumpur telah menerbitkan satu karya penulisan beliau iaitu Seni dan Seniman : Esei-esei Seni Halus (Art and Artists : Fine Art Essays). beliau telah memenangi satu lagi kepujian lagi iaitu Who's Who in American University and Colleges. beliau telah menghasilkan satu lagi karya yang kreatif iaitu novel Empangan (The Dam) yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah dipilih oleh Menteri Pendidikan sebagai Buku teks STPM iaitu novel pada tahun 1996. Pada tahun 1991 juga. Pada tahun 1989. pada tahun 1991 pula. Profesor Zakaria Ali bukan sahaja seorang pelukis yang berbakat besar. Chubu University Nagoya.D juga . Beliau menerima hadiah di tempat yang kedua dan tiada hadiah yang pertama. beliau juga merupakan seorang seniman yang juga memeiliki kelebihan di dalam bidang penulisan ilmiah mahu pun penulisan kreatif. Selepas itu pada 13 sehingga 29 Mei 1995. Anugerah yang pertama ialah anugerah Blue Key pada tahun 1970. penulisan beliau yang bertajuk Kemalaysiaan Seni Lukis Malaysia : Soal Identiti (The Malaysianess of Malaysian Art) oleh National Art Gallery. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. beliau menerima lagi satu lagi kepujian yang agak besar iaitu Commissioned by the publisher of The Encyclopedia of Malaysia to do six entries for Vo. Pada tahun 1998. Selepas itu. 14 : Arts and the Visual Arts. Dan anugerah yang paling terkini yang diperolehinya ialah Hadiah Sastera Perdana 1998 berdasarkan kekreatifan beliau menghasilkan novel yang menarik iaitu novel Villa Maya pada tahun 1998. Seperti mana yang kita semua tahu.

yang watak antagonisnya turut dapat dikesan dalam 'Empangan'. Felix yang mahu . Telah menerbitkan novel Profesor Zakaria Ali yang sememangnya tidak dapat lagi disangkal kekreatifan karya beliau iaitu novel Villa Maya. Novel ini telah diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn. Bhd. Berita Publishing Sdn. ianya lebih untuk memberi rencam dalam penceritaan dan seringkali ianya melucukan. Felix Eboue. b. Sejak tahun 1996 pula. Zakaria Ali memilih untuk menyampaikan cerita secara naratif dari pandangan Tareeq son of Mydeen yang memiliki kedai makan mamak. Di dalam novel yang penuh unik tersebut dapatlah disipnosiskan beberapa perkara. Bhd. jika ada pertukaran dialog antara watak sekalipun. Antara karya agung beliau yang paling popular ialah novel Villa Maya yang telah diterbitkan pada tahun 1997. Selepas 'Empangan'. Kuala Lumpur. sekali lagi kita dipertemukan dengan watak 'J'. Henriette. Pada tahun 1997 pula. J digambarkan sebagai cuba mencari ketenangan di sebalik kekecohan sekelilingnya: usaha J untuk mengebumikan bapanya. The Lonesome Mamak. Tiada banyak dialog diutarakan dalam novel ini. Pelbagai peristiwa bermula di Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan semua watak-watak utama diperkenalkan di sini secara kreatif oleh Zakaria: Tareeq (bertindak sebagai Narrator). Isu darjat dan keturunan merupakan salah satu ramuan dalam novel kedua Zakaria Ali ini. HASIL KARYA SENIMAN Seperti mana yang kita tahu. For Tun Tay dan juga Datuk Syed Nira Hitam.Sejarah Seni Tampak Malaysia merupakan karya ilmiahnya yang juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kali ini 'J' adalah sebagai anak bekas diplomat Malaysia yang pulang untuk mengebumikan jenazah bapanya. beliau menulis dalam ruangan Art and Literature untuk Akhbar The New Straits Times. Albino Balar. J. Syarifah Fawziah. Profesor Zakaria Ali sememangnya memilikibakat yang besar di dalam bidang penulisan kreatif selain di dalam bidang seni lukis.

J sudah main cinta dengan seorang gadis Cina. untuk menjaga unsur-unsur suspens). Syed Nira Hitam. Sabariah pula saban malam mendapat panggilan misteri membisikkan gosip bahawa Dr. meninggalkan tuisyen dan balik berehat di rumah saja. bekas pelajarnya. Isterinya. Hassan dan Hafiz naik bingung dengan telatah kedua-dua ibu bapanya. ex-student dua semester yang lalu. Novel tersebut menceritakan tentang krisis pertengahan hidup Dr. Dia dikunjungi oleh X. Tanpa disedari gerakgeri dan lenggok badan X tiba-tiba menjadi sungguh mengujakan buat Dr. persoalan sebegini mungkin menjadi klise yang kita sudah . Sabariah jadi bengang dan tertekan. begitulah Albino Balar yang setia kepada ketuanya (tidak dapat didedahkan di sini. Syarifah Fawziah mengandung tapi Felix pula tak mahu anak. J amat menyulitkan. Lantas mereka memberontak dengan cara mereka. Mersault. Felix bersekedudukan dengan Syarifah Fawziah. Syarifah Fawziah yang mahu melepaskan diri daripada kawalan ayahandanya. Novel ini boleh dikaitkan bersama-sama novel 'The Outsider' (Albert Camus) yang turut memperlihatkan corak absurd dalam hidup watak utamanya. Adventure Dr. Novel ini cuba mengutarakan kisah absurd dalam ruang kehidupan J dan bagaimana J memaknai hidupnya yang disimpangi pelbagai pilihan. Di tangan penulis lain. J. Seperti Silas yang setia kepada tuannya.Sejarah Seni Tampak Malaysia menceraikan Henriette kerana tidak boleh beranak. milik Syed Nira Hitam dan serata tempat di Pulau Pinang. Seringkali satu musibah di belakangnya nanti ada pula hikmahnya. J kali ini mengungkap persoalan poligami dan miscegenation. Mungkin satu kebetulan watak misteri Albino Balar menyerupai watak Silas dalam Da Vinci Code yang turut albino. dan watak misteri Albino Balar yang sering memburu J. Percintaan antara dua kaum berbeza dan berlainan agama. Kesemua ini berlaku di bangunan Villa Maya. Antara karya penulisan kreatif beliau ialah novel Percikan yang telah diterbitkan pada tahun 2003 dan diterbitkan oleh Utusan Publication.

Zakaria cuba membayangkan kekecohan yang boleh timbul dalam institusi keluarga apabila suami mencintai wanita lain. Secara halus. J. yang seterusnya membawa kepada rentetan peristiwa-peritiwa yang berlaku dalam novel ini. Setiap watak akan menyembunyikan/menambah/mengada-adakan fakta sesuai dengan motif masingmasing. Melalui gaya ini. The Road Heading South terbitan Pustaka Cipta pada tahun 2004. yang amat terkesan akibat daripada percintaan mereka berdua. pembaca mungkin akan keliru siapakah yang bercakap benar dan siapakah pula yang berbohong. Karya penulisan ilmiah Profesor Zakaria Ali yang lain ialah Arah ke Selatan. pembaca akan mendapat pandangan berbeza mengenai satu peristiwa yang sama. Situasi-situasi yang dikemukakan oleh Zakaria Ali adalah penuh absurd. Tapi adakalanya situasi tersebut agak far-fetched. Saya yakin 'percikan' merujuk kepada bermulanya Dr. J-X telah memercik dan mewarnai diri masing-masing dan watak utama lain. Tidak sekali pun perkataan ini muncul dalam teks. e-mail X daripada Internet. berkontradiksi dan amat meninggalkan kesan kepada pembaca. Setiap sepuluh bab diceritakan dari sudut pandangan watak-watak utama: Sabariah. . humoris. Hassan dan X. Sehingga akhirnya.Sejarah Seni Tampak Malaysia dengar berkali-kali. seperti contoh di mana bagaimana Hafiz boleh terjumpa dengan sebegitu mudah. Yang membezakan cerita ini daripada yang lain adalah teknik penceritaannya. Dr. J terpikat pada X. Hafiz. Dr. Dr. Tajuk 'Percikan' amat abstrak dan Zakaria Ali memberikan kebebasan penuh kepada pembaca untuk menginterpretasikannya.

mungkin kerana payah nak digambarkan dalam BM. Seorang pengembara. Pemburu Sepi. A Study on Four Characters. Rokok Amerika. Antologi ini disampaikan secara bilingual dan semuanya ditulis sendiri oleh Zakaria Ali. Cholula: Potret Kasar. khususnya di persempadanan Mexico-US. The Solitude Seeker. Susanne dan Penyair yang Pulang. karya-karya dwibahasa ini lebih senang difahami dalam Bahasa Inggeris (BI) berbanding Bahasa Melayu (BM). Perahsia. Zakaria Ali kini bertugas di Pusat Pengajian Seni. J Sang Pemburu. USM. Susanne and the Poet Who Returned. J the Hunter. mungkin ini disengajakan pengarang untuk memaksa kita membaca kedua-dua karya dalam dwibahasa. Senarai 20 cerpen (mengikut susunan): Air Terjun. Pun begitu. Aku tak dapat nak turunkan contoh ayat di sini takut-takut melanggar hakcipta atau apa. Terus-terang. terutamanya di benua Amerika. American Cigarettes. South-West of Lavendero. Ya. satu cerita abstrak penuh perlambangan yang boleh terjadi di mana-mana. Cholula: A Rough Potrait. . Aku dapati karya dalam BM nampak prententious dan dibuat-buat malah beberapa ayat ditiadakan dalam BM (tapi ada dalam BI) . Arah ke Selatan. The Road Heading South. Antologi cerpen kali ini banyak menyangkut peristiwa di sekitar tempat tersebut. Kajian ke atas Empat Watak. saling melengkapi.Sejarah Seni Tampak Malaysia Dr. The Pursuers. The Waterfalls. Malah hampir kesemuanya berlaku di sana kecuali cerpen "Air Terjun". Barat Daya Lavendero.

sehingga beliau terpanggil untuk melukis potretnya. beliau pernah membuat kajian tentang kumpulan petani yang memberontak terhadap rejim Juarez yang pro-mat salleh (US). semua karya BM dicetak dengan font GillSans (11/14 poin) manakala untuk BI. Zakaria. seperti kebanyakan karya-karyanya (Empangan. karya lukisan beliau memang tidak disangkal lagi keestetikannya. Pengikutnya. Náhuatl. Menurut Dr. Sememangnya. adalah ibu dan ayah Dr. Karya ini dihasilkan pada tahun 1977 dengan menggunakan media cat minyak di atas kanvas yang bersaiz 70 x 120 cm.Sejarah Seni Tampak Malaysia Untuk perbezaan. Lukisan ini telah dilukis ketika mereka masih hidup. digelar Zapatistas. Siapa 'J' tu? Saya percaya ia adalah Zakaria Ali sendiri. seorang asli Mexico. Di sebelah kiri kanan. Pemberontakan tersebut dipimpin oleh Zapata. yang kini kedua-duanya sudah meninggal dunia. cerpen-cerpen di dalam antologi ini turut menampilkan watak misteri 'J'. Villa Maya. Contoh yang paling baik ialah catan indah : Me and My Parents as Zapatistas. Di tengah-tengah merupakan potret diri beliau. Percikan). . Sekali lagi. pengalamannya yang diceritakan kembali dalam bentuk fiksyen dan kreatif. Zakaria di Mexico dahulu. Dr. Zakaria begitu terharu pada riwayat hidup Zapata yang akhirnya mati dibunuh oleh pengkhianat. Zakaria. ibu-bapanya pernah bertanya kenapa pakaian bersenjata? Sebenarnya sewaktu Dr. kesemuanya adalah petani yang tertindas oleh pemilik tanah yang disokong oleh pihak gereja katolik. Baskerville (11/14 poin).

Madya Dr. Gebang Seni ini adalah mengenai pembentangan kertas kerja Prof. . AKTIVITI SENIMAN GEBANG SENI DR. berlakon sebagai Zapatista. Zakaria Ali yang bertajuk " Titik-Titik Perkembangan Seni lukis Malaysia Moden ".Sejarah Seni Tampak Malaysia Tetapi potret Zapata di Malaysia siapa yang kenal? Maka beliau ubah menjadi potret diri. Kini catan ini berada di Balai Seni Lukis Negara. para pelajar serta individu yang benar-benar memandang serius tentang kepentingan penjanaan diskusi serta dialog seni dalam kaedah yang lebih santai tetapi bermakna. ZAKARIA ALI Objektif pelaksanaan program seni berskala sederhana ini adalah untuk mewujudkan ruang interaksi diantara teman-teman seniman. c.

Kedutan sarung . membaca butir-butir tersurat dan yang tersirat yang saya nampak. tangan kanan menanti untuk menampar. nampak dahi. Maksudnya: awak ini siapa. sejenis rakaman yang kita warisi dari zaman Renaissance. Bahu kiri terjungkit sebab tangan berehat di atas lutut yang tersandar pada alas tepi. tulang hidung. Kepala menjenguk ke depan. menunjukkan tulang dada tertonjol. bersedia untuk berhadapan dengan musuh yang melemparkan bayang-bayang. meneroka idea dengan menyegarkan. Juga. Sesudah direnung kembali. Amron melenting menyambut provokasi. Karya tersebut juga satu dalam rantaian siri oleh pelukis yang menangani tema jati diri. ditutup dengan jari. satu jarak yang agak panjang untuk terbinanya satu perspektif sehingga memungkinkan saya membuat penilaian. Potret Amron ini satu drama diri yang handal. dan sedikit mulut. Saya memilih "Potret diri" oleh Amron Omar. 1995. kaki kanan mencecah lantai. Lutut kaki kiri naik. karya tersebut juga menandakan puncak kerjaya pelukis yang penuh dedikasi. karya yang terpilih ini mencabar dunia yang bersikap tidak responsif malah kian membengis. dada terdedah. 1995. siku kiri sedia menangkis.Sejarah Seni Tampak Malaysia Maksud saya dengan titik-titik ialah sejumlah karya yang telah diolah dengan handal. tiga yang lain itu telah dihasilkan dalam sepuluh tahun yang lalu. Mesej Amron ialah bahawa potret itu lebih dari hanya separas muka. secara depan atau sisi. Sebaliknya tapak kaki kiri yang menghala ke pemerhati. Awak masuk aku terajang. Potret ini dirakam dari atas. "Prospect" oleh Eng Hwee Chu". perbuatan kurang ajar dalam budaya Melayu. sebuah penegasan identiti Melayu yang sifat lemah lembutnya langsung tidak tertutup oleh cara agresif dia duduk di atas kerusi malas rotan. taik anjing. rapi dirancang. Otot dada tegang. "Newspaper" oleh Bayu Utomo Radjikin. Kecuali karya Amron. selaku meminta maaf sebab tiada niat jahat. berpakaian sarung. meskipun urat yang tertimbul menandakan pergaduhan pasti berlaku sesaat dua lagi. 1982. Rambut kerinting panjang berserabut. komitmen dan ketabahan. satu mata. rasa tersisih dan rasa berani. Dia menghina dengan menunjukkan tapak kakinya kepada penceroboh itu. "Gerak Tempur" oleh Raja Shahriman.

dan siling yang menunjukkan tanda jejaring besi. menyatukan cerita yang hujungnya masih menjadi tanda tanya. satu lagi: Restoran bernama Sentosa. dibantu pula jalur kelabu meminggir ke tepi. Barangkali pemerhati terkilan sebab sarung itu nampak baru. pintu biru dihias dengan rekabentuk geometrik. dalam diri figura itu sendiri tertanam sifat lembut dan sifat kasar. maka kesan catan ini pasti lebih mendalam. Sarung itu ringan. lekat pada punggung. jarijari. Gelap yang memudar tepi cahaya di lantai adalah rekacorak sarung yang diperbesarkan. lantai diturap petak marmar. Rekacorak sarung sesuai dengan komposisi yang sendeng. empat anak-anak bogel berterbangan. betis. meluat pada orang yang cakap besar padahal dia sendiri apa kurangnya. timbang menimbangi. agak keras. ibu jari kaki yang terangkat. tingkap bulat menghala ke taman bunga yang nyaman. Sepanduk tergantung di dinding merah berbunyi: Kosong. sama seperti bayangbayang di lantai. . berangin. lutut. Nun di belakang. paling sesuai dalam cuaca tropika. selesa. hal benda yang nampak dalam adegan dan hal benda yang tak nampak di luar adegan. Satu lagi potret diri ialah "Prospect" oleh Eng Hwee Chu yang menangani sejumlah isu yang sekali pandang tiada kaitan antara satu sama lain: figura merah menunggang kuda biru. figura yang duduk dan bilik yang kosong. dada sebelah kanan. sebagai cara untuk membahagi ruang. Kiaraskuro ini menyarankan tema lagaan: figura dan kerusi rotan. sifat rendah diri dan sifat kurang ajar. Selanjutnya.Sejarah Seni Tampak Malaysia menambah kepada watak Amron yang suka pada kesederhanaan dan benci pada kepura-puraan. skaf kuning beralun-alun membelit lengan figura. dua pintu gerbang terbuka pada dinding batu. Sekeping lagi sepanduk: Chui. Sekiranya hapak dan lusuh. Kerusi malas juga disusun-letak demikian sehingga limpahan cahaya itu jatuh ke atas lipatan kain. bilik-bilik belakang bertambah-tambah banyaknya. dua bekas di sudut kiri dan di sudut kanan sebelah bawah. bayangan figura kena sula pada salib kayu. sifat tenang dan sifat amuk. nyaris-nyaris bergeseran. brand Chap Gadjah baru buka plastiknya sekembali daripada kedai Kamdar. masih berkanji.

apatah lagi sesudah digosip ditokok tambah. Mangsa penjaga yang mendera. jari-jari kaki melenting menanti-nanti. Bayu Utomo Radjikin dalam "Newspaper" mengulas betapa kurang sensitifnya kita pada penderitaan. Kita nampak paku tertanam pada satu tangan sementara di dahi pula api menyala. sekaku besi tuangan. tangannya hitam setengah nyawa. Paling pelik ialah bayang yang kena sula. Empat bayi itu memperkuatkan rujukan kepada agama Kristian yang meminggirkan peranan seks sejak ia mula tersebar. bayang dirinya yang masih belum berubah mendarah daging. figura itu menjadi merah berkobar-kobar keasyikan.Sejarah Seni Tampak Malaysia Imej-imej yang tindih menindih ini berkisar pada figura yang erotik. Adakah ini isyarat tamak makan. Menungganginya. Betapa berbezanya dengan taman bunga yang semulajadi penuh dengan tumbuhan hijau di bawah langit biru. anak ini hanyalah satu perkara dalam senarai perkara-perkara yang panjang. kematian. Hal benda ini dinyatakan oleh budak yang terlentang. Bayi yang berterbangan ini merupakan idaman pelukis yang tidak kecapaian? Lantai yang berpetak itu menegaskan konflik. tiub terkeluar dari hidung. Dua bekas di sudut bawah mengingatkan kita untuk kembali kepada kesederhanaan. Rasa erotik itu dinyatakan pula oleh seekor kuda. menerima hakikat satu persatu. dosa yang sama terkutuknya seperti nafsu? Nafsu makan dan nafsu seks terdedah dalam rahsia. muka dibalut plaster. dan menolak kepura-puraan. betisnya terkangkang. seperti yang ternampak pada tingkap bulat itu. terselindung di belakang tembok morality atau agama atau khutbah sehingga bila terbongkar akan menyebabkan malu yang amat sangat. sedih. dan kehancuran. Oleh itu. Media massa boleh memilih untuk tidak menyiarkan atau untuk . Pelbagai perspektif mengganggu lantai menuju ke restoran yang pintunya membuka ke bilik-bilik lain yang tersembunyi. Api iman atau api ragu. Tapi betulkah ini? Kuda takut bermata buntang itu sebenarnya sekepung gangsa. badan bercalar. Tapi mukanya kecewa. tertipu. lambang kekuatan batin. susah nak kata. dalam adegan ini ada sejenis reality yang asing di mana siling itu dibalut pula oleh karpet. melalui warna yang tidak mungkin bercantum. tangan terbuka untuk mendakap. terlepas.

pasir. dari penagih berita ke fanatik sukan. kekerasan itu hampir mencapai taraf kultus. sembur.Sejarah Seni Tampak Malaysia meletakkannya di muka depan. bergantung pada betapa larisnya nanti akhbar laku. ialah untuk menunjukkan bahawa pada hari apa pun. kayu. elak. kasut. Inilah hakikat persuratkhabaran: melayan berbagai pembaca. cerita yang menyeronokkan. Pejuang mutan setengah binatang setengah manusia yang dibuat . dan gambar scan berwarna otak manusia di sebelah kanan. Bayu tersungkur ke dalam lurah komersialisme kehidupan moden yang melihat segala sesuatu dari segi untung dan rugi. sebelah muka surat terakhir. Watan. pisau. peluru. sijil persekolahan. di muka surat mana pun. Dalam arca Raja Shahriman pula. rasuah dilakukan oleh pegawai pencegah rasuah terselit juga di sana sini. gergaji. mungkin di ruang bawah. Bayu mengajak kita memikirkan tentang hilangnya kasih sayang kepada kebinatangan yang menyebabkan terjadinya penderaan yang amat kejam itu. Kolaj ini membangkitkan pertanyaan samaada terpadamkah garis yang memisahkan seni daripada laporan akhbar? Bayu beranjak daripada andaian bahawa apa saja boleh dijadikan seni. Utusan. simen dan susun untuk mendapatkan permukaan yang kasar. batu. pahat. kita menerima laporan yang kita suka dan laporan yang kita tidak suka. kertas. kaca. Metro. dari penyebar gossip ke pembeli stok. The Sun. asah. Jadi Bayu melakukan parody memomok editor yang membuat keputusan mengenai berita yang akan dicetak dan berita yang akan dibakulsampahkan. ubah. Dengan imej harimau di sebelah kiri. Sunday Star. kulit. dimensi yang selari. Cerita pasal anak terlantar. Bayu mengambil perhatian kita kepada nama-nama akhbar yang disusun di tepi sehingga terluang bahagian tengah di mana dia menempel anak yang menanti maut ini. atau hubungan muhrim dilakukan pak haji. Kesemuanya ini boleh dipilih. maka teruskan. foto. Dengan meletakkan kes dera ini di muka depan. surat. pateri. besi. asah. bentuk yang sesuai. Jika meluluskan cerita ini bererti banyak naskah yang terjual. Di sini. Pilihan rambang Berita Harian. plastik. rangka orang. apa saja. bangkai. dipotong ikut saiz.

mengelirukan. video. layar internet. garang arca tersebut. tunduk. yakni. bersedia untuk menghayun dan menetak. penghalang pinggang. Pejuang Raja Shahriman yang menggerunkan itu menyemarakkan kehadiran yang sukar dielak. imej di manamana: pasang TV. Seorang pelajar bertanya saya apa faedahnya melukis gambar atau membuat arca dalam zaman sekarang yang sesak melimpah dengan imej. Saiz. Karya ini boleh melukakan sehingga berdarah. electronic games: bising. memeningkan. identiti pejuang bergantung kepada bahan yang ada. dada mengempis. tangan mengeras. Dalam "Gerak Tempur. tiada dua pedang yang sama. penapis bahu. ototnya yang kental bila badannya melengkung. pengutip keluli. berlakon penuh gaya gabungan Darth Vader dalam "Star Wars" dan arca bertajuk "Unique Form of the Continuity of Space" oleh Umberto Boccioni yang menggunakan gangsa tuangan pada tahun 1913. Kita terus merasa terancam. tinggi. . lengan melurus ke depan memegang pedang Samurai. buka majalah. Cara jari-jari menggenggam. dipotong atau digunting seminima mungkin. siku mengasak. Dalam himpunan karya Raja Shahriman." pejuang yang kepalanya berparuh tertunda ke belakang. Adanya persamaan dengan manusia adalah tanda betapa prihatinnya Raja Shahriman pada anatomi. Pemerhati merasa tertarik oleh kuasa drama arca tersebut. Benda yang paling hodoh sekali pun diketepikan sebagai "biasa". dengan hasil tipuan? Memang benar. begitu juga kepingan logam dada. dan mesti dinikmati dari jarak jauh sambil memegang tangan anak-anak yang lasak. movie.Sejarah Seni Tampak Malaysia menggunakan kepingan besi enjin dan mesin. jumpaan kebetulan.Pemerhati merasa terhalau oleh pedang yang tajam yang telah diketuk-titik sebagai satu karya lengkap. dengan salinan. dipungut dari workshop besi. Setiap satu dibuat untuk arca yang khas yang telah difikirkan terlebih dahulu sehingga bersesuaian dengan watak. iklan di setiap sudut. kepala menyendeng. dengan reproduksi. Helaian rambutnya juga tajam. Orang tidak lagi sensitif sehingga tiada apa yang boleh memeranjatkan mereka. pangkat. bahu menekan. suratkhabar. sekaligus menarik dan menghalau pemerhati. kerja yang susah memandangkan bahawa kepingan-kepingan itu kekal seperti adanya.

perspektif berbagai. dan apa yang sedang kita ajar mengenai seni. cat dan kanvas. Yakinkan dirimu bahawa karyamu itu tiada gantinya. Fokuskan mata. Banyak sudah kamu berfikir. sumber cahaya. Jadi tengoklah untuk belajar sesuatu daripadanya. Katakan pada diri bahawa kamu melakar. mengukir. mengguris untuk menghasilkan satu karya yang tidak boleh disalin. komposisi yang kukuh. Imej elektronik siber. tidak tidur bermalam-malam. GAMBAR KAMI BERSAMA PROFESOR ZAKARIA ALI . d. dengan satu patukan jari. Jawapan saya senang: teruskan rasa ghairah itu. alihan warna. mengecat.Sejarah Seni Tampak Malaysia Apa yang telah kita pelajari. sudah tidak lagi relevan. jalan cerita. menumpahkan seluruh jiwa raga. penyatuan tema. padam dengan beranjaknya mouse. membuat banyak kesilapan. terima saja. memetri. aliran cerita. Tidak ada satu apa pun yang boleh mengganti berus. garis. Imej tersebut adalah maya direka oleh orang yang juga berfikir pasal warna.

Profesor Zakaria Ali. Nor sa¶diah. Mohd Firdaus. Noraini. . Noor Hasyimah.Sejarah Seni Tampak Malaysia Dari kiri : Siti Khadijah.