P. 1
KERJA LENGKAP

KERJA LENGKAP

5.0

|Views: 6,301|Likes:
Published by Nur Atiqah

More info:

Published by: Nur Atiqah on Apr 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 PENDAHULUAN
  • 1.1 Pengenalan
  • 1.2 Objektif Kajian
  • 1.3 Kaedah Kajian
  • 1.4 Batas Kajian
  • 1.5 Rumusan
  • 2.0 PENGENALAN
  • 2.1 Definisi Bahasa
  • 2.3.1 Bahasa-bahasa Austronesia
  • 2.3.2 Keluarga Bahasa Austronesia
  • 2.3.3 Bahasa Melayu – Polinesia
  • 2.4.1 Bahasa Melayu Kuno
  • 2.4.2 Bahasa Melayu Klasik
  • 2.4.3 Bahasa Melayu Moden
  • 2.5 Ciri-ciri Bahasa
  • 2.6 Fungsi-fungsi Bahasa
  • 2.7 Rumusan
  • 3.0 ANALISIS SISTEM BUNYI
  • 3.1 Alat-alat Artikulasi
  • 3.2 Daerah Artikulasi
  • 3.3 Penggolongan Bunyi Bahasa
  • 4.0 Refleksi
  • 5.0 Bibliografi
  • 6.0 Lampiran

1.0 PENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan Kertas kerja ini membincangkan, Van Linschotten, seorang sarjana Belanda yang banyak menulis tentang hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18 telah berkata, “Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur”. Beliau juga berpendapat bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di Belanda pada zaman itu. Hal ini dapat dilihat bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa yang agung dan masyhur di persada dunia sejak zaman dahulu lagi. Bahasa Melayu telah dituturkan oleh orang-orang Melayu. Bahasa ini ditutur daripada satu generasi ke generasi yang lain. Sesuatu bahasa mempunyai liputan wilayah pertuturan sama dengan kawasan penuturnya menetap dan berada. Ada juga bahasa yang tersebar bukan kerana migrasi penuturnya, tetapi kerana penjajahan yang dilakukan ke kawasan-kawasan lain. Bahasa Inggeris, Perancis dan Belanda merupakan ikon kepada kolonialisme dan menyebarkan pengaruh bahasa mereka ke serata tempat atas dorongan untuk meluaskan wilayah pemerintahan. Penyebaran bahasa berlaku disebabkan beberapa faktor penarik dan penolak. Faktor penarik merujuk kepada tempat yang hendak didatangi oleh mana-mana individu. Manakala, faktor penolak pula disebabkan oleh mereka ingin lari dari tempat tinggal yang tidak selesa dan tidak selamat serta terdedah kepada ancaman malapetaka.

1

1.2 Objektif Kajian Objektif kajian berdasarkan tajuk yang diberikan ialah membuat kajian perpustakaan dan mengumpul maklumat. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meniliti dan mendalami bidang-bidang huraian asal usul bahasa Melayu mengikut peringkat dan perkembangannya. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk membuat analisis dan menjelaskan secara bergambar. Setiap maklumat yang diperoleh, hendaklah disertakan dengan gambar, rajah atau jadual yang berkenaan dengan maklumat yang diperoleh. Kajian ini juga dijalankan adalah untuk menghasilkan esei dan pembentangan kertas kerja. Hal ini demikian kerana setiap maklumat yang diperoleh, akan dipersembahkan dalam bentuk penulisan dan pembentangan kepada orang lain.

2

1.3 Kaedah Kajian Semasa proses menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kaedah kaijan yang diguna pakai bagi menghasilkan kaijan yang optimum dan menepati spesifikasi dikehendaki. Kaedah kajian yang menjadi tunjang kepada tugasan ini ialah kajian perpustakaan. Perpustakaan merupakan pusat pencarian maklumat dan gedung ilmu bagi setiap manusia, terutamanya golongan pelajar. Di sini juga, sesuatu maklumat boleh didapati dan diperoleh melalui buku, ensiklopedia, jurnal, laporan kajian, dan tesis. Sepanjang tugasan ini dalam tempoh pembikinan, perpustakaan yang menjadi pusat rujukan saya ialah Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam dan Perpustakaan Negara Malaysia. Saya juga menjadikan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh sebagai pusat carian maklumat tugasan ini. Berdasarkan perpustakaan dan pusat sumber yang dikunjungi, banyak maklumat penting yang saya peroleh untuk tugasan ini. Kebanyakan maklumat yang diperoleh, didapati daripada buku-buku rujukan, Kamus Dewan dan majalah-majalah terbitan berkala. Lantaran itu, setiap maklumat yang diperoleh telah dikenal pasti serta dianalisis kesesuaiannya untuk dijadikan bahan penulisan. Sumber-sumber kajian yang diperoleh akan diletakkan di bahagian bibliografi yang terletak pada tajuk kelima kerja ursus ini. Sumber-sumber ini ditulis dengan menggunakan format APA yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.

3

1.4 Batas Kajian Sewaktu menyiapkan tugasan ini, terdapat batas-batas kajian yang harus dipatuhi agar pelajar tidak membuat tajuk tugasan di luar batasan kajian. Batas kajian tugasan ini memfokuskan kepada asal usul bahasa Melayu. Para pelajar juga dikehendaki mengenal pasti susur galur bahasa Melayu daripada pelbagai sumber dan rumpun keluarga bahasa utama. Dalam hal ini juga, pelajar juga diminta untuk membuat kajian secara menyeluruh mengenai perkembangan bahasa Melayu bermula daripada bahasa Melayu kuno hingga bahasa Melayu moden. Kajian ini juga menjurus kepada fungsi dan ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu. Tugasan ini juga melibatkan kajian kepada alat-alat artikulasi serta daerah-daerahnya. Dalam bahagian ini, para pelajar dikehendaki untuk mengenal pasti daerah-daerah artikulasi yang terdapat pada diri manusia dengan melabelkannya dengan betul.

4

kita dapat lihat bahawa bahasa merupakan medium utama dalam penyampaian dan pendokumenan sesuatu maklumat. 5 . didapati bahawa bahasa sangat penting kepada manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.1. Melalui kajian ini juga. Jelaslah di sini bahawa bahasa amat penting dalam kehidupan masyarakat di dunia ini. Hubungan sosial dalam kalangan masyarakat turut dapat dieratkan melalui bahasa yang dituturkan oleh ahli-ahlinya. daripada kajian yang telah dilakukan. Oleh hal yang demikian. Tanpa bahasa.5 Rumusan Justifikasinya. sesebuah masyarakat itu boleh dianggap sebagai sebuah masyarakat yang mundur dan tidak bertamadun. kajian terhadap bahasa sedikit banyak memberikan input kepada para pelajar. Emosi juga dapat dinyatakan melalui bahasa itu sendiri kerana sifat bahasa itu sendiri yang unik.

terutamanya untuk melahirkan pemikiran. peranan dan fungsinya. sama ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar. perasaan dan memberikan arahan. Dalam hal ini. antaranya The American Heritage Science Dictionary.0 PENGENALAN 2. Proses komunikasi ini berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Beliau juga merumuskan bahawa proses ini sentiasa bertukar ganti antara penutur dengan pendengar yang berkomunikasi sesama mereka. frasa bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa. pula mentakrifkan bahasa sebagai 6 . Dari segi pragmatik. Lambanglambang yang diujarkan oleh manusia mempunyai makna-makna yang tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrifan bahasa yang hampir sama. seorang ahli linguistik moden berkata bahawa. loghat.1 Definisi Bahasa Dalam bidang kajian bahasa. bahasa ialah satu sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Dalam kamus yang lain. Bloch dan Trager (1942) telah mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Oxford University Press (Language Software). adat dan adab sesuatu bangsa. iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. bahasa merupakan satu sistem objek atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berturutan serta boleh digabungkan dengan pelbagai cara dengan syarat mematuhi peraturan tertentu. Noam Chomsky (1957). Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga. setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting. Bahasa juga mencakupi dialek.2. para ahli linguistik bersetuju bahawa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi.

salah satu cara untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu. Michael Halliday (1973) mengatakan bahasa ialah satu turutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuain denga individu sebagai manusia yang bersosialisasi. 7 . A Hall (1964) berpendapat bahawa bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sam lain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan dan pendengaran. manusia boleh diklasifikasikan kepada etnik-etnik mengikut bahasa yang ditutur oleh mereka. bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dituturkan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda yang konvensional. Teori tersebut mengatakan melalui bahasa. perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan. Edward Sapir (1921) menyimpulkan bahasa sebagai satu medium perhubungan serta selalu digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea. seorang ahli linguistik Swizerland dan juga bapa linguistik moden abad ke-20. Takrifan ini sangat menepati teori yang dilakukan oleh Ferdinand Mongin de Saussure (1959). Dalam penetapan konsep dan takrif bahasa yang lebih jitu. R. telah menimbulkan pelbagai pendapat daripada ahli-ahli linguistik dan ahli-ahli bahasa yang lain. Dari segi bidang sosial pula. Dalam kajian seterusnya mengenai konsep dan takrifan bahasa yang dominan. Dalam naskhah yang lain juga seperti Etymology Dictionary.

perkataan ‘Melayu’ itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit malaya yang bermaksud bukit ataupun tanah tinggi. Sehubungan dengan itu.1 Definisi Melayu Pada masa ini. Geographike Sintaxis. G. asal usul bahasa Melayu masih lagi kabur. Sebaliknya pula bagi Roland Bradell. telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya. Di sana. Manakala. Penggunaan istilah ‘Melayu’ pada peringkat awal ini hanya dapat dikesan sekitar tahun 100 – 150 masihi. Pengkajian yang mendalam tentang sejarah dan perkembangan bahasa ini masih diperlukan. menganggap tempat yang dimaksudkan ialah di Tanjung Penyabung. dari segi etimologi. Walau bagaimanapun. Hal ini disebabkan bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu pada zaman prasejarah masih belum ditemui. konsep ‘Melayu’ merupakan konsep yang meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang akibat daripada keluasan dan bilangan penutur bahasa tersebut. Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy. Dari segi pandangan akademik. iaitu malayakolam atau malaikurram yang merujuk kepada sebuah kawasan di utara pantai Semenanjung Malaysia. pengkajian terhadap asal usul bahasa ini amat sukar dan rumit. Banyak pendapat yang diutarakan oleh para sarjana tentang konsep ‘Melayu’. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan ‘Melayu’ berasal daripada nama sungai di Jambi iaitu Sungai Melayu. terletaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. E Gerini menganggap istilah ‘Melayu’ berasal daripada kata Sanskrit. iaitu Tanjung Kuantan. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari.2. Sumatera. 8 .

termasuklah Mo-lo-yu. Selain itu. dalam perjalanannya dari Canton ke India beliau telah singgah di Bhoga. Asmah Hj. jelas kelihatan bahawa pada peringkat awal. istilah ‘Melayu’ merujuk keturunan yang ‘berbangsa’dan ‘berasal’ sahaja. didapati bahawa I’tsing telah mengubah nama Mo-lo-yu kepada Bhoga dan Sribhoga. Melayu merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara. Bermula pada abad ke-17. kesamaan adat resam dan kesamaan upacara yang dijalankan. ibu negeri Srivijaya dan Bhoga sebagai tanah jajahan takluk Srivijaya. seorang pengkaji bernama Colin telah mengusulkan bahawa suku bangsa Tagalog berasal daripada bangsa Melayu. kesamaan warna kulit. kesamaan bentuk badan. Berdasarkan catatan ini. Pada ketika itu.Menurut catatan seorang rahib Buddha yang bernama I’tsing. pantai timur Sumatera. Kelompok ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu. Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu. Pada abad ke-17. Omar (1985). Dipercayai ketika itu bahawa Sribhoga ialah Palembang. kesamaan bentuk pakaian. Beradasarkan takrifan ‘Melayu’ di atas. Beliau kemudiannya telah dihantar Raja Bhoga ke negeri Mo-lo-yu yang pada masa itu disebut sebagai Sribhoga. menyatakan bahawa istilah ‘Melayu’ yang lebih umum adalah merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Hal ini berdasarkan kesamaan bahasa yang dituturkan. istilah ‘Melayu’ untuk merujuk nama bangsa atau bahasa wujud setelah adanya kerajaan Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung. penggunaan istilah ‘Melayu’ yang merujuk bangsa semakin meluas. Brunei dan beberapa buah 9 . Kesemuanya bersumberkan bangsa Melayu. istilah ‘Melayu’ hanya digunakan untuk merujuk kepada kerajaan atau kawasan dan bukannya merujuk kepada sesuatu bangsa atau bahasa. Berdasarkan teks-teks yang ada hubungannya dengan Melaka klasik. Hal ini bererti istilah ‘Melayu’ hanya merujuk keturunan raja-raja Melayu di Sumatera.

mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu. fasih berbahasa Melayu dan lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka. pengertian ‘Melayu’ mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. Istilah ‘Melayu’ digunakan untuk merujuk suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia. Pada 1972. UNESCO telah memberikan pengertian tentang konsep ‘Melayu’. Melayu ditakrifkan sebagai orang yang beragama Islam. Dalam Perlembagaan Malaysia. Hal ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut boleh mejadikan ahli kepada suku bangsa Melayu. Filipina dan Madagascar. Thailand. telah membahagikan kawasan Austronesia kepada kawasan Kepulauan Melayu (Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia 10 . Dengan demikian. Bahasa suku bangsa ini diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahsa Indonesia di negara Indonesia. UNESCO telah melancarkan The Oceanic Culture Study Project yang meliputi kawasan Austronesia yang lain. Di Malaysia. Indonesia. UNESCO Timur). Pada masa yang sama juga.kawasan berhampiran.

3 Asal Usul Bahasa Melayu 2.2 Kawasan penyebaran orang Austronesia Penutur awal bahasa Austroensia proto atau purba dikatakan berasal dari wilayah yang disebut China sekarang ini.1 Daerah-daerah penutur asli bahasa Melayu 2. Pembahagian sesuatu bahasa kepada keluarga bahasa tertentu adalah dengan melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang terdapat pada bahasa tersebut. Orang Melayu dikatakan berasal daripada induk Austronesia. di hujung selatan dan dari Madagascar jauh di barat hingga ke Pulau Easter di hujung timur. bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahasa Melayu.Gambar 2. Sekitar 4000 tahun yang lalu. Gambar 2.1 Bahasa-bahasa Austronesia Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa.3. iaitu dari Taiwan dan Hawaii. di hujung utara hingga ke New Zealand. Dipercayai juga induk Austronesia ini menuturkan bahasa Austronesia. penutur bahasa ini telah berhijrah dari selatan China ke pulau Taiwan dan seterusnya 11 . Oleh hal yang demikian. Keluarga bahasa ini sangat besar dan luas penyebarannya di dunia.

Oceania. Oleh sebab bahasa ini merupakan kumpulan bahasa yang besar dan mempunyai rangkaian subkeluarga yang banyak. Madagascar dan Taiwan. Mereka telah menetapkan bahawa bahasa Austronesia mempunyai empat kelompok asas iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu atau Nusantara. Keluarga bahasa Melayu-Polinesia dibahagikan kepada bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat.menyeberangi sempadan Filipina. Melayu-Polinesia Tengah dan Melayu-Polinesia Timur. bahasa-bahasa Melanesia dan bahasa-bahasa Mikronesia. bahasa-bahasa Polinesia. iaitu keluarga Taiwanik dan keluarga Melayu-Polinesia. Kemudian bergerak ke Madagascar berdekatan benua Afrika dan ke seluruh Lautan Pasifik. Tegasnya di sini. para sejarawan telah mengelompokkan dan menjelaskan cabang bahasa ini kepada beberapa bentuk. 12 .1 Rumpun bahasa Austronesia Ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah mengelompokkan rumpun bahasa Austronesia kepada dua keluarga uatama. Tanah Melayu dan Indonesia. Rumpun Austronesia Keluarga Nusantara Keluarga Polinesia Keluarga Melanesia Keluarga Mikronesia Rajah 2. taburan geografi bagi bahasa ini meliputi Asia Tenggara Maritim.

3. iaitu rumpun Austris.Rumpun Austronesia Keluarga Taiwanik Keluarga MelayuPolinesia Keluarga MelayuPolinesia Barat Keluarga MelayuPolinesia Tengah Keluarga MelayuPolinesia Timur Rajah 2. Rumpun Austris Rumpun Austronesia Rumpun Austroasia Rumpun Hmong-Mien Rumpun Tai-Kdai 13 . Hmong-Mien dan Tai-Kdai.2 Keluarga Bahasa Austronesia Ada ahli bahasa mengatakan bahasa Austronesia berasal daripada rumpun bahasa yang sama dengan bahasa Austroasia dan kedua-duanya menjadi keluarga kepada rumpun bahasa yang lebih besar.2 Rumpun bahasa Austronesia 2. Mereka berpendapat bahasa semua bahasa yang terdapat di selatan China berkeluarga dengan bahasa Austronesia. Austroasia.

Ketika itu. 14 . hal ini telah memberi impak penyebaran bahasa-bahasa Austris ke kawasan-kawasan lain.Rajah 2. Oleh itu. suku bangsa Han merupakan penutur bahasa Sino-Tibet dikatakan menyerbu ke wilayah selatan.3 Rumpun bahasa Austris Penutur keempat-empat rumpun bahasa ini dikatakan tersebar di wilayah China di bahagian selatan antara tahun 2000 – 1000 tahun Sebelum Masihi.

Selain itu. Walau bagaimanapun.3. Kategori ini dibahagikan lagi kepada kumpulan-kumpulan dalam dan luar. Antara ciri penting bahasa ini ialah perkataan-perkataannya terdiri daripada gabungan dan cantuman suku kata. iaitu Melayu-Polinesia Barat dan Melayu-Polinesia Timur. Sanskrit dan Indo – Eropah. 15 . Bahasa Melayu – Polinesia mempunyai ciri penting yang boleh difahami para ahli bahasa. terdapat juga keluarga bahasa ini yang memiliki gugus-gugus konsonan dan merupakan pengaruh daripada bahasa-bahasa lain seperti Arab. bahasa ini juga bayak menggunakan bentuk-bentuk ulangan. sama ada pengulangan sebahagian atau keseluruhan. iaitu hubungan kekeluargaan bahasa yang rapat dan berdekatan serta hubungan yang jauh. Para ahli bahasa telah membahagikan bahasa Melayu – Polinesia kepada dua subkeluarga sahaja.3 Bahasa Melayu – Polinesia Bahasa Melayu – Polinesia merupakan subkeluarga rumpun bahasa Austronesia yang dituturkan oleh kira-kira 351 juta orang penutur. Penutur bahasa ini tersebar luas di negara-negara Kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik.2.

16 .4 Keluarga bahasa Nusantara Ada ahli bahasa yang menggolongkan bahasa Melayu dalam subkeluarga Sumatera bersama-sama dengan bahasa Acheh.Rumpun Austronesia Keluarga Nusantara Keluarga Polinesia Keluarga Melanesia Keluarga Mikronesia Sumatera Jawa Kalimantan Bali-Sasak Filipina Acheh Batak Lampung Nias Melayu Minang Rajah 2. Batak. Lampung dan Nias. Minangkabau.

1 Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga ke-13. Pulau Bangka dan batu bersurat di Karang Brahi. iaitu pad zaman peralihan Hindu – Islam. Empat buah batu bersurat yang merupakan bukti bertulis tentang bahasa Melayu kuno ialah batu bersurat di Kedukan Bukit. Sewaktu pemerintahan kerajaan Srivijaya. Gambar 2. daerah hulu Jambi.2. kerajaan yang berkuasa ialah Srivijaya.4 Perkembangan Bahasa 2. Hal ini terbukti dengan jumpanya empat buah batu bersurat atau prasasti yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Palembang.4. Palembang. batu bersurat di Kota Kapur. Meringin. bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan ini. batu bersurat di Talang Tuwo. Pada ketika itu.3 Batu Bersurat Talang Tuwo 17 .

5 Batu Bersurat Kota Kapur 18 .4 Batu Bersurat Karang Brahi (rubbing) Gambar 2.Gambar 2.

Selain tulisan Palava. para pengkaji dapat mengenal pasti beberapa ciri bahasa Melayu kuno yang digunakan pada masa itu. Pada peringkat awal.Gambar 2.6 Batu Bersurat Kedukan Bukit Berdasarkan batu-batu bersurat yang dijumpai. keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya ini menggunakan tulisan Palava. tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai serta diukir pada batu. Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu. tulisan lain yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno ialah tulisan Kawi dan Nagiri. Tulisan 19 . Antara ciri tersebut ialah sistem tulisan dan kosa kata. Dari segi tulisan. khususnya Palava Kemudian. Tulisan Palava Kemudian ini mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi. Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair.

Nagiri pula digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli.7 Aksara Palava Kemudian Gambar 2. Gambar 2. yang dijumpai di Jawa Tengah. Tulisan Nagiri ini berasal dari utara India.8 Aksara Kawi 20 .

21 . termasuk Batu Bersurat Gandasuli.Manakala. Pada zaman itu. dikatakan 55. manakala selebihnya kosa kata yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayu kuno kerana bahasa Melayu ketika itu masih kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan konsepkonsep baharu. dari segi kosa kata. terdapat kira-kira 283 patah perkataan daripada baris teks yang tertera di atas batu-batu itu.5 peratus merupakan kosa kata bahasa Melayu atau bahasa Austronesia. Berdasarkan 283 patah perkataan ini. Konsep-konsep baharu ini dibawa oleh kebudayaan asing dan hal ini menyebabkan bahasa Melayu kuno perlu meminjam bahasa masyarakat yang membawa konsep tersebut.

Surat yang bertarikh 1512 dan 1522 ini telah dikirimkan oleh Sultan Abu Hayat kepada John III. bahasa Melayu klasik telah digunakan untuk menyampaikan ajaran Islam. Bahan bukti yang paling penting ialah dua pucuk surat Sultan Ternete kepada Raja Portugal. sebuah karya agung telah dihasilkan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. beradab. Kedua-dua pucuk surat ini dianggap sebagai naskhah surat emas kerana bahasa yang digunakan amat halus. letak kepala surat. Surat-surat lain yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi ialah surat-surat antara raja-raja Melayu dengan Sir Thomas Stamford Raffles. Istana telah dijadikan pusat perkembangan ilmu-ilmu Islam. iaitu Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. tetapi kisah yang terkandung dalam Sejarah Melayu ini 22 . Surat baginda ini merupakan teks tertulis di atas yang paling tua dijumpai. Masyarakat pada zaman ini telah mengenal huruf kerana masyarakat Melayu pada zaman itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan. sama ada secara lisan mahupun tulisan. iaitu pada zaman kerajaan Johor.2 Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik mempunyai fungsi yang penting semasa zamannya kerana selain menjadi lingua franca. dan disusun dengan teratur daripada semua segi seperti pemilihan kata. puji-pujian pembuka surat dan sebagainya.2. Walaupun tarikh yang tercatat menunjukkan bahawa teks ini dihasilkan pada 1612 masihi.4. bersopan santun. bahasa Melayu klasik juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Setelah Islam bertapak di Alam Melayu. Pada ketika itu. Raffles menjadi Leftenan Gabenor di Jawa (1811 – 1816) dan di Bangkahulu (1818 – 1824). Kedua-dua pucuk surat ini menggunakan tulisan Jawi. iaitu bahasa yang digunakan dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi.

23 .menunjukkan bahawa teks ini terhasil di Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488 – 1511).

2. Menurut ahliahli bahasa dan sejarah.4. iaitu bahasa Melayu moden pramerdeka dan bahasa Melayu pascamerdeka.3 Bahasa Melayu Moden Bahasa Melayu Moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Abdullah Munsyi dikatakan sebagai pelopor kepada bermulanya zaman bahasa Melayu moden. Hikayat Abdullah. perancangan dan perkembangan bahasa Melayu moden dapat dibahagikan kepada dua tahap. tetapi terkejar-kejar untuk belajar bahasa Inggeris.9 Lembaran Hikayat Abdullah Di Malaysia. Gambar 2. yang dihasilkan pada tahun 1849 menyatakan kekesalannya terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri. 24 . Dalam hikayatnya. bahasa Melayu moden berasal daripada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik pula berasal daripada bahasa Melayu kuno yang juga berasal daripada bahasa Melayu purba.

Raja Ali Haji. Perancangan bahasa ialah usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju.Perkembangan bahasa Melayu moden pramerdeka pada peringkat awal dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah Munsyi bin Abdul Kadir. 25 . Dalam hal ini. Pejabat Karang Mengarang dan Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS 50). Kongres ini telah berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956. turut menyumbang usaha dan tenaga untuk memajukan bahasa Melayu. Cadangan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dijadikan badan umum telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 1 Ogos 1959. perancangan bahasa dilakukan di peringkat negara oleh badan-badan tertentu. Mejar Dato’ Haji Mohd Said dan Za’ba. iaitu apabila tertubuhnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB). Umumnya. rumusan akhir yang diterima oleh kongres ini ialah tentang penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. ASAS 50 telah menghantar memorandum mengenai Rang Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka kepada kerajaan pada 15 April 1969. Usahausaha untuk memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan hanya bermula pada tahun 1888. Pelbagai usaha dijalankan bagi memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan masyarakat penuturnya. Pergerakan organisasi bahasa yang paling penting pada dekad 1950-an ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga. Hal ini dilakukan menerusi perancangan bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka telah memainkan peranannya sebagai institusi perancangan bahasa. kerana insaf bahawa masalah bahasa dan kesusasteraan kebangsaan di negara Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka ialah masalah yang amat penting. Beberapa pertubuhan lain seperti Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM).

5 Ciri-ciri Bahasa Pada zahirnya. penggunaan frasa bajet dalam pembentangan perbelanjaan negara pada setiap tahun. Namun demikian. Bahasa sebagai satu sistem ialah bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga. sebagai satu sistem juga bermaksud Bahasa bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan lain dalam ayat ialah secara teratur. Frasa bajet merupakan perkataan pinjaman bahasa Inggeris. ayat tersebut akan dikatakan janggal dan tergantung dari segi binaan ayat dan maksud. Misalnya.2. Dalam bahasa. secara tidak langsung kita juga mematuhi sistem bahasa tersebut serta menyusun struktur yang betul. budget yang bermaksud belanjawan. dinamis ditakrifkan sebagai bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuatkan penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. 26 . bahasa-bahasa di dunia kelihatan berbeza antara satu sama lain. terdapat unit dan unsur yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna strukturnya. Hal ini bermakna bahasa itu bersistem dan apabila bertutur. Selain itu. daripada ciri ini lahirlah ilmu morfologi dan sintaksis dalam bahasa-bahasa di dunia. Sifat bahasa sedemikian akan terus berkekalan sekiranya penutur-penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia yang lain. sistem setiap bahasa mempunnyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri bahasa yang pertama ialah bahasa sebagai satu sistem. Lyons (1988)mengatakan bahawa pada hakikatnya bahasa-bahasa ini memiliki sifat dan ciri sepunya yang dikongsi bersama. Ciri bahasa yang seterusnya ialah bahasa bersifat dinamis. Namun begitu. bunyi dan lambang. Oleh itu. Jika ada beberapa perkataan yang tertinggal dalam sesuatu ayat. terutamanya dari segi bunyi dan bentuk. Semua bahasa mempunyai sistem. ciri bahasa ini dapat dilihat melalui pengolahan semula beberapa frasa Melayu dengan frasa Inggeris.

Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana sememangnya melalui bahasa sahajalah. Pada ketika itu. manusia sudah mampu 27 . yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Dr. Alibinya. para ahli bahasa tanah air telah menukarnya dengan bestari. Sebagai contoh. Oleh sebab perkembangan dalam struktur bahasa. Malahan mereka juga sudah mampu bersyair dan berpantun persis orang Melayu asli di dalam negara ini serta mempelajari bahasa Melayu di institut pengajian tinggi di negara mereka. yang bermaksud terbaik. best. Mahathir Mohamed pada ketika itu. komunikasi mereka hanya difahami dalam kelompok mereka sahaja. perkataan bestari juga hasil daripada pengolahan semula dari segi ejaan dan sebutannya. Sedasawarsa ini. manusia atau binatang itu berkomunikasi antara satu sama lain. hasil pinjaman perkataan Inggeris. Hal ini demikian kerana kebebasan untuk bertutur dalam bahasa asing tiada had batasannya. Bahasa juga dikatakan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. manusia zaman Paleolitik berkomunikasi dengan bahasa mereka sendiri. Tiada satu bahasa pun di dunia ini melarang seseorang itu daripada bertutur dalam bahasa asing.Penggunaan ini bermula pada pembentangan Rancangan Belanjawan Negara 2002. usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri telah berjaya melahirkan pemidatopemidato bangsa asing yang mampu berbahasa Melayu dengan fasih dan baik. Namun begitu. ramai manusia sudah mampu bertutur lebih daripada satu bahasa. selepas melalui revolusi masa dan manusia. mereka juga berkomunikasi dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Selain itu. Malahan. Jika diimbas kembali ke zaman awal manusia dahulu. Selain perkataan bajet. Pada asalnya. perkataan bestari dieja sebagai bistari. Setiap bahasa boleh dituturkan oleh mana-mana manusia di dunia selagi individu itu masih mampu berbahasa dan berkomunikasi. bahasa juga bersifat sejagat dan luas penggunaannya. senario ini dikatakan menjadi satu kelebihan dan keistimewaan kepada seseorang itu.

latar belakang komunikasi atau perbualan topik pembicaraan dan tujuan komunikasi. Penggunaan bahasa sebagai wacana komunikasi perlu menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutur. Ironinya. bahasa Korea diucapkan sebagai sarang hae yo dan dalam bahasa Hindi pula. bahasabahasa di dunia mempunyai perkataan yang berbeza bagi merujuk kepada satu perkara yang sama. disebut mahal kita. apabila ada pasangan hendak melafazkan kata cinta kepada kekasihnya. mereka akan menyebut aku cinta padamu untuk melahirkan rasa cinta terhadap pasangannya. manusia berbeza latar belakang budaya dan adat menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk sesuatu simbol yang sama.berkomunikasi dalam bahasa yang juga difahami manusia yang lain. Hal ini menjelaskan bahawa simbol dan bunyi bahasa bersifat sewenang-wenangnya atau bebas serta tiada perkaitan antara satu bunyi yang lain dengan simbol secara pegun dan tetap bagi bahasa-bahasa di dunia. Waima orang bisu sekalipun. pendengar. mereka menyebut I love You. dilafazkan sebagai mere pyar hai tum. Ciri seterusnya ialah bahasa itu bersifat arbitrari. Bahasa tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan bendabenda yang dimaksudkan. mereka mampu berkomuniksai antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa isyarat. dalam bahasa Tagalog. 28 . Alibinya. Sebaliknya. Oleh sebab bahasa itu bersifat arbitrari. dalam bahasa Inggeris.

barulah bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi. Walau bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan namun. perundangan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam semua rekod kerajaan dan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan. Akhir sekali. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan-urusan rasmi negara. bahasa Melayu turut digunakan sebagai media untuk menulis undang-undang dan peraturan negara. perdagangan dan perusahaan. Dalam Perkara 152. Umunya. bahasa Inggeris masih digunakan dalam urusan rasmi negara antara tahun 1957 hingga 1969. Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. iaitu sebagai bahasa rasmi. selepas tahun 1969. Bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan kerajaan. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan. pendidikan. antara fungsi bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran ialah sebagai bahasa lisan para kakitangan kerajaan pada semua peringkat pentadbiran semasa menjalankan tugas-tugas rasmi.6 Fungsi-fungsi Bahasa Laporan Jawatankuasa Mengkaji Bahasa Malaysia (1982) mengatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan harian dan bahasa ibunda di Kepulauan Melayu. Peruntukan Perkara 152 ini tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak pada tangan Majlis Raja-raja Melayu. bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. 29 .2. Bahasa Melayu yang diujarkan oleh sebahagian rakyat Malaysia mempunyai peranan dan fungsi yang pelbagai. Bahasa Melayu bukanlah bahasa luar yang didatangkan. Fungsi bahasa yang pertama ialah bahasa rasmi. Bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5). bahasa kebangsaan.

Ketiga-tiga fungsi ini dapat menyatukan penduduk dan memberikan satu identiti bagi masyarakat di Malaysia. definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). iaitu fungsi penyatuan. Garvin dan Mathiot (1968) telah memberikan tiga fungsi simbolik bahasa baku. Kemudian. bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara. Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan tungga di Malaysia dapat melambangkan identiti kebangsaan. Fungsi yang seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Contohnya. fungsi prestij pula dapat menyemikan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan atau semangat megah terhadap negara.Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan. Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara. fungsi pengasingan ialah bahasa Melayu baku yang berindak sebagai variasi bahasa yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama atau dapat melambangkan identiti kebangsaan. Fungsi penyatuan ialah bahasa Melayu yang bertindak sebagai alat yang menghubungkan penuturpenutur yang menuturkan pelbagai dialek bahasa yang sama. Selain itu. bahasa Melayu juga bertindak sebagai bahasa perpaduan. bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling ramai berbanding kaum-kaum lain. Bahasa Melayu ialah bahasa yang mampu menjadi pengantar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan hingga ke peringkat pengajian tinggi. fungsi pengasingan dan fungsi prestij. Melalui 30 . bahasa Melayu merupakan lingua franca sejak zaman-berzaman lagi. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat tepat sekali kerana dari segi peratusan penduduk. Manakala. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan dalam dasar pelajaran kebangsaan. Terdahulu. Dalam pentakrifan konseptual.

Sudah terang lagikan bersuluh. perundangan. bahasa Melayu juga mampu menjadi bahasa ilmu. teknologi maklumat. ekonomi. Sebagai bahasa ilmu. Setiap larasnya mempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang berkenaan. Bahasa Melayu dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa ibunda yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. terdapat banyak buku akademik yang ditulis dalam bahasa Melayu untuk kegunaan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi. pada tahun 1981 bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan. bahasa Melayu mampu mengungkapkan ilmu-ilmu yang tinggi seperti memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains.Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dewasa ini. 31 . perubatan dan bidang-bidang yang lain. iaitu dari darjah satu sekolah rendah hingga tingkatan enam. Oleh hal yang demikian. teknologi.

barulah dapat diketahui sistem bunyi. bentuk dan pengolahan perkataan sedikit banyak memberikan input kepada pengkaji bahasa. Dalam bab yang seterusnya. Dalam bidang ini.7 Rumusan Kesimpulan daripada kaijan yang telah dilakukan ialah bahasa Melayu merupakan salah satu cabang daripada rumpun keluarga Austronesia. bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga mempunyai fungsinya yang tersendiri. bahasa perpaduan dan bahasa kebangsaan. 32 . kita akan menumpukan perhatian terhadap bidang fonologi dan fonetik.2. alat-alat artikulasi manusia dan daerah-daerahnya. bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Bahasa ibunda ini telah bertindak sebagai bahasa ilmu. dapat dikenal pasti bahawa perkembangan bahasa Melayu melalui tiga peringkat perkembangan iaitu peringkat bahasa Melayu kuno. bahasa Melayu mempunyai banyak ciri yang belum lagi diketahui orang ramai. Sifatnya. Selain itu. Melalui kajian ini juga.

0 ANALISIS SISTEM BUNYI Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. 12.3. 16. 4. 14. 7. 9. 8. 18. 10. 17.1 Alat sebutan 1. 15. 6. Gambar 3. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 2. 3. 20.1 Bahagian-bahagian alat sebutan 33 . Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok Jadual 3. 19. 5. 13. seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Pita suara juga tergolong dalam kumpulan alat artikulasi. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut itu. belakang lidah dan akar lidah. Ruang antara kedua-dua selaput itu dikenali sebagai glotis. Belakang lidah ialah bahagian yang paling belakang dan akar lidah pula ialah bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi sebagai mengubah keluasan rongga tekak. Daun lidah pula bahagian lidah yang bertemu dengan gusi sama ada gusi atas mahupun gusi bawah. Lidah telah dibahagikan kepada lima bahagian. daun lidah. udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara. Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara. depan lidah. iaitu hujung lidah. khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Hujung lidah ialah bahagian lidah yang bertemu dengan gigi.1 Alat-alat Artikulasi Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. 34 . Gerakan lidah ke daerahdaerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Pita suara terdiri daripda dua keping selaputyang boleh terbuka dan tertutup. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.3. Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalm menghasilkan bunyi bahasa. Alat artikulasi yang seterusnya ialah anak tekak. Anak tekak juga boleh diturunkan dan dinaikkan. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut. Depan lidah pula ialah bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Apabila selaput suara disempitkan tetapi tidak terlalu rapat.

Gambar 3.2 Gambaran pita suara Rongga turut berperanan dalam menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung kepada keadaan. Rongga terbahagi kepada tiga. Rongga juga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga mulut Rongga hidung Rongga tekak/farinks Gambar 3.3 Kedudukan rongga 35 . Rongga mulut bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam. sama ada anak tekak dan lelangit lembit dinaikkan atau diturunkan. Sementara rongga hidung pula bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung. iaitu rongga mulut. rongga hidung dan rongga tekak.

Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Gigi terbahagi kepada dua. tetapi peranannya tidaklah aktif. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. 36 .3. Apabila dinaikkan. iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. iaitu gigi atas dan gigi bawah. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut.2 Daerah Artikulasi Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan.

Bunyibunyi vokal mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.3. Seterusnya ialah bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah. Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu. alat-alat artikulasi. Selain bunyi-bunyi vokal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. kemudian 37 . Keadaan lelangit lembut iaitu sama ada dinaikkan. tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. terdapat juga bunyi separuh vokal dan diftong. dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja turut memberikan kesan terhadap penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Antaranya ialah keadaan bibir. Bahasa perhubungan manusia menggunakan bunyi-bunyi suara dan daripada bunyibunyi itulah terbit lambang-lambang yang berlainan yang boleh digambarkan di atas kertas atau dituliskan. Bunyi separuh vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal. Keadaan glotis yang dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar turut membantu untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. berada pada suatu kedudukan vokal. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal. dinaikkan sedikit atau diturunkan. iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan. Bunyi-bunyi bahasa dapat digolongkan kepada bunyibunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan. sama ada dinaikkan setinggi-tingginya. Akhir sekali ialah keadaan glotis atau kepingan antara pita suara. iaitu lidah dan bibir.3 Penggolongan Bunyi Bahasa Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Cirinya terdiri daripada bersuara. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa juga ditentukan oleh turun naik lidah.

38 . Diftong ialah turutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan selainnya ialah hasil daripada geluncuran. Penghasilan turutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.dengan segera berubah kepada kedudukan vokal yang lain dan berlaku secara geluncuran. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal sahaja.

Pada masa yang sama juga. terutamanya maklumat daripada buku. Sekian. Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini. terima kasih. Disebalik kekurangan itu. akhirnya selesai juga tugasan bahasa Melayu ini. disebabkan kekurangan sumber rujukan yang berteraskan buku. telah dianalisis dan dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam penulisan saya ini bagi memberikan kefahaman yang luas kepada saya dan rakan yang lain. saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik. Banyak perkara yang dipelajari sepanjang tugasan ini disiapkan. Melalui cara inilah kita dapat mengurangkan budaya plagiarisme yang sentiasa menyelubungi setiap pelajar institusi pengajian tinggi. perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing. rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat tambahan kepada saya untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini.4. Justifikasinya. Namun begitu. Semua maklumat yang diperoleh. 39 . Di samping itu. Selain itu. Kami terpaksa bersaing untuk meminjam buku dari pusat sumber institut. kaedah ini sewajarnya diteruskan sehingga ke generasi akan datang agar mereka dapat merasainya seperti yang saya rasai. perkara sebeginilah yang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan. saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam mendapatkan maklumat mengenai tugasan ini. Oleh hal yang demikian. saya juga ada mengakses internet dan memuat turun maklumat-maklumat penting mengenai topik yang telah diberikan oleh saya. terdapat banyak cabaran yang terpaksa saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini walau apa-apa jua keadaan.0 Refleksi Alhamdulillah.

Shah Alam: Oxford Fajar. 2006. Susur Galur Bahasa Melayu. W.5. 2008. 2005. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1 Untuk PPISMP. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Teks STPM Bahasa Malaysia Kertas 1 & 2. 1988. Omar. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejarah Melayu. Siti Hajar Abdul Aziz. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. 1985. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita.0 Bibliografi Buku-buku Aitoon M. Norlidza Shamsuddin. 1994. 2008. 40 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1986. 2006. Ismail Hussein. 1988.G. 1986. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 1985. 2006. Tatabahasa Dewan. Kamus Dewan Edisi Ketiga. 2005. 2006. Shellabear. Nik Safiah Karim. Asmah Hj. Chaiyanara. Shah Alam: Oxford Fajar. 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2006.

Akses pada 18 Ogos 2009.Laman Web Asal Usul Bahasa Melayu.wordpress. Bunyi Bahasa Melayu. http://www. 2007. Pengenalan: Pengertian Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia.com.my. Mohd Fazli. http://profabdullah1.multiply. http://www. 2006. 2005. http://ilzaf. Cikgu Za. Abdullah Hassan. http://bmstpm.tutor.my. Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu. 2002. Akses pada 26 Ogos 2009. Akses pada 19 Ogos 2009.com. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Konteks Malaysia.tutor. Akses pada 25 Ogos 2009. Prof.com.com.com. Akses pada 24 Ogos 2009. 41 . 2002.blogspot.

Gambar 2.1 Rajah 2.1 Bahagian-bahagian alat sebutan.9 Lembaran Hikayat Abdullah.4 Senarai jadual Jadual 3. Gambar 2. Gambar 2. Gambar 3.0 Lampiran Senarai gambar Gambar 2.2 Kawasan penyebaran orang Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia.6. Rumpun bahasa Austris. Keluarga bahasa Nusantara 42 . Gambar 2.8 Aksara Kawi. Gambar 2. Gambar 2. Gambar 3. Gambar 3. Gambar 2.5 Batu Bersurat Kota Kapur.4 Batu Bersurat Karang Brahi.6 Batu Bersurat Kedukan Bukit.2 Gambaran pita suara.1 Daerah-daerah penutur asli bahasa Melayu.2 Rajah 2. Rumpun bahasa Austronesia. Senarai rajah Rajah 2.3 Rajah 2.3 Kedudukan rongga.1 Alat sebutan.7 Aksara Palava Kemudian.3 Batu Bersurat Talang Tuwo. Gambar 2.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->