You are on page 1of 4

Membina Boneka Kuda Kepang

http://chegujad.blogspot.com/2010/02/membina-boneka-kuda-kepang.html
Ok, kepada pembaca blog yang bertanya langkah-langkah untuk membina
boneka kuda kepang disini saya tunjukkan cara membuatnya. Diharap
sedikit sebanyak dapat membantu.

BAHAN-BAHAN
kertas manila kad, kertas warna, lidi, gam, gunting, pensil warna.
1. Lukis gambar kuda kepang pada kertas keras atau manila kad. Untuk
memudahkan pelajar guru perlu menyediakan potongan gambarajah kuda
kepang dan murid hanya perlu meniru pada kertas manila kad mereka.

2. Potong gambar kuda kepang sebanyak 2 kepingan.
3. Hasilkan bulu pada tengkok dan ekor dengan menggunakan kertas warna
dan sapukan gam serta lekatkan pada rupabentuk kuda seperti dalam
gambarajah. Lidi juga perlu dilekatkan bersama.

4. Cantumkan kepingan kuda kepang menjadi 1 bahagian seperti
gambarajah diatas.
5. Hiaskan kuda kepang secara kreatif seperti melukis corak, tampalan
kertas warna dan sebagainya. Ok selamat mencuba.