Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Pengenalan KBKK.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin (Queen’s College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat kategori utama : 1. Pemikiran kritis. keputusan. Definasi berfikir. Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer (1977). Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai : Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami. Proses berfikir. Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapan, saya menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu : - apa yang saya tahu - menyoal sendiri ( pengetahuan ) ( kemahiran kognitif ) 2. Pemikiran kritis. 3. Penyelesaian masalah. 4. Membuat

- menilai baik buruknya ( sikap atau nilai ) Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu. Kelemahan dalam berfikir.

-

Tiada gambaran Tidak tersususn Tiada idea sempit terburu-buru

-

kecamuk konflik salah persepsi kabur

Pemikiran kreatif. Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea - idea baru, banyak dan pelbagai. Pemikiran kritis. Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.

1

Umur dan keupayaan. Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanakkanak tidak mampu berfikir mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan kebolehan kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.

Tingkahlaku berfikir. Anda ingin melakukan sesuatu :a. Ingin lakukan cara lama atau baru ? b. Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ? c. Berapa lama untuk melakukannya ? d. Bilakah ia harus disiapkan ? e. Adakah orang lain akan membantu untuk melaksanakannya ? f. Apakah akan terjadi selepas melakukannya ? g. Apakah kebaikannya ? h. Apakah keburukannya ? i. Apakah manfaatnya ? j. Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ? k. Apakah pilihan lain untuk tidak melakukannya ? l. Apakah kesan jika tidak melakukannya ? m. Apakah bahan dan alatannya ? n. Adakah cara yang lebih cepat ? o. Adakah cara yang lebih mudah ? p. Adakah cara yang kurang kesilapan ? q. Adakah cara kurang kekangan ? r. Akah akan terjadi selepas melakukannya ? s. Apakah hasil yang akan terjadi ?

Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir. a. Setiap orang perlu berfikir – setiap orang boleh berfikir. b. Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan. c. Anggap diri sendiri sebagai pemikir. d. Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik. e. Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate. f. Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah. g. Buat tindakan satu persatu. h. Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai. i. Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa. j. Selalu merendah diri – rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah.

Membentuk kemahiran berfikir. Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah: a. Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu. Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara paling mudah, paling murah dan paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam minda kita. b. Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu.

2

Imiginartif. Berat ( cadangan 10% ).Besar kemungkinannya benar. . Contoh : bagaimana kalau kita ada 4 tangan ? 2. remote. 2. spekulatif dan tidak diambil serius. Apakah yang patut anda lakukan ? 4. kesusahan kita.hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar KB) Umur. Contoh : patutkah remaja merokok ? Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2) . seronok. Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan antara : a. . Persekitaran sedia ada ( cadangan 20% ). Remote ( cadangan 30% ). Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding. b. Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran berfikir yang baru. Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1). d.Hal . kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka. . Konstruktif (jangan negatif).Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Contoh : bagaimana nak mengelakkan kesesakan bandararaya ? 3. . Contoh : sahabat anda cuba mengelak dari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah. persekitaran sedia ada. c.Relevan dengan umur. prejudis dan gangguan pengalaman. gila-gila. b. ada kebenaran. 1. Contoh lain : a. Selalu tanamkan bahawa setiap satu perkara yang difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. 3 . berat. 1. minat dan situasi kita mempengaruhi pilihan seperti keperluan . Seronok ( cadangan 40% ). 17 Prinsip-prinsip berfikir. Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi.

Apakah penyelesaian dari berfikir. c. guna kreativiti. b. Mampu tukar gear. 15. Mampu berundur dan maju semula. benar dan tepat. dari pendapat ke pendapat. Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari berfikir tadi. Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa. a. Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara perlahanlahan dan tenang. Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat. b. c. Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi. a. Perasaan. Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai). Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru. c. 4 . emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja). e. b. b. 12. 16. guna maklumat. tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri. f. Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik. Apakah penyelesaian dari berfikir. Fikirkan semula objektif kita berfikir. Tentukan satu titik fokus sahaja. 13. emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja). Tahu bila perlu guna logik.3. refleksi terhadap pendapat sendiri. 7. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza. 17. Perasaan. 6. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul. a. 8. Walaupun pendapat kita betul. Berfikir secara perlahan . 5. Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain. dari fasal ke fasal. a. guna kreativiti.lahan dan mudah. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul. guna maklumat. pendapat orang lain juga adalah baik dan patut diterima dan dipakai. Sentiasa dan berani mencari serta menggunakan alternatif. Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir. persepsi dan idea baru. Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir. 10. d. Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir. Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat dari persepsi yang salah. Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir. Tahu bila perlu guna logik. b. refleksi terhadap pendapat sendiri. a. g. Mampu tukar gear. Elakkan ego. Elakkan ego. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat. 14. 4. 9. Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul. Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai). 11. Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh dijayakan. Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia.

c. Apabila ada pendapat betul. a. Persepsi lahir dari maklumat berbeza. berpindah dari idea ke idea. Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan / tindakan yang terbaik baru & masih diketahui. b. mereka bentuk. Sentiasa cari alternatif. b. persepsi dan idea baru. Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci. cara pandangan berbeza. b. semua pendapat lain seringkali dianggap salah. c. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza. b. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula. hidupan dan alam. Pihak yang membahas / mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut. pengalaman berbeza. penerokaan baru. 5 . pilihan atau keputusan yang diikuti dengan tindakan. Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan. Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui. Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga melibatkan pihak lain / manusia. Mampu berundur dan maju semula. menghubung kait idea. Keluasan skop membantu menjana alternatif. kita temui dan belum terlintas dalam fikiran manusia. a. a. a. c. a. Berundur menyusun semula langkah. b. a. Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza. pendelatan yang berlainan dan pelbagai. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru. Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu. Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat. Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia. penyelesaian masalah. Ambil semua idea. memperbarui pendapat dan bertindak. c. Cari alternatif baru. a. Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan. Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama. persepsi baru. Gunakan perasaan dan emosi di masa yang sesuai.a. a. Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea yang lebih baik. Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui. Perasaan dan emosi digunakan di awal. b. Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut. ia akan mempengaruhi persepsi dan tindakan. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat. kemungkinan bertindak. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik. a. c. b.

Premis 1 menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil. Pengulangan mempengaruhi minda. b. Contoh lain : Bintang jelita pujaan kita.Pemikiran biasa. Kelemahan dalam berfikir. 5. Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka jenama Xiannasa. 4. Kuat dipengarui pengalaman peribadi. Cepat bertanggapan ekstrim. 2. Malaysia akan jadi negara maju. Premis 2 (syarat kecil) kamu akan berjaya. Kalau kamu masuk masuk universiti. maka Malaysia tidak akan jadi negara maju. Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu kesimpulan. maka anda akan jadi jelita seperti bintang pujaan anda. Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan. Kesimpulan Kamu sedang belajar di universiti. Dikongkong oleh pengamatan mata. 6. Contoh : Premis 1 a. Malaysia sekarang tidak menggunakan Bahasa Inggeris. Pelajar yang rajin akan berjaya Orang alim memakai jubah dan janggut Premis 2 Halim seorang pelajar yang rajin Pak Haji memakai jubah dan janggut Kesimpulan Halim akan berjaya Pak Haji adalah orang alim. 6 . Tujuh (7) ciri pemikiran biasa: 1. Logik tradisional (pemikiran vertikal) a. Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya. Dikuasai niat dan kepentingan peribadi. Silogisme bersyarat. 7. Kecenderungan ini perlu dikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu. b. Silogisme b. maka kamu tentu akan berjaya. 3. Kalau Malaysia menggunakan Bah. Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan seharian.Inggeris. Anda juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama Xiannasa. Contoh : Premis 1 (syarat utama) a. Silogisme bersyarat c. Silogisme hipotetikal Silogisme. Mengutamakan kepentingan.

longkang dll. e. Dibuat daripada grafit ? Pipih / segiempat / leper ? Boleh laras sorong masuk seperti arial radio / tripod kamera ? Grafit / plastik jernih ? Grafit jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip / pancar sinar ? Asesori bunyi signal menandakan halangan spt tembok. c. tentu akan berjaya ke universiti. Pemikiran kritis lahir dari kreatif dan pengalaman. Asesori kecemasan seperti kecurian. Silogisme hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat anteseden dan konsekuen di dalamnya. hari akan hujan tentu ia mati Contoh lain : a. tentu gempa bumi ada di Malaysia. b.. sesat dll. i.. d. c.. b. Contoh : Proposi hipotesis Bahagian 1 a. Teknik analisis sifat (pemikiran kritikal). Ringan dan boleh terapung di dalam air Mudah laras mengikut ketinggian pengguna. h. Bil a. d. g. Kalau Kalau Kalau Kalau Proposi hipotesis Bahagian 2 menangis mahal Pak Haji memakai jubah dan janggut bukan hidup Kesimpulan Konsekuen air mata mesti keluar Itu tanda barangan baik. Bil a. Ini bertujuan untuk menerbitkan idea baru. b. f.. Kalau berjaya di sekolah rendah. j. c. Merombak struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Kalau mamalia ada paru-paru.Silogisme hipotetikal.. tentu paus dan kelawar ada paru-paru. Kritis Arkitek maritim Amerika Punca kreatif Arkitek dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan 7 . Contoh : tongkat orang buta. Sifat Dibuat daripada aluminium Bentuk silinder panjang Boleh dilipat Warna krom Krom sadur berkilat Tiada asesori tambahan Tiada asesori kecemasan Tali supaya tidak terlepas dari pegangan Berat Ketinggian yang piawai Bagaimana kalau. Ada tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir / kehilangan. Kalau gempa bumi ada di Indonesia.

b. Tumpuan memberi maksud membayangkan. Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding ruang tamu. Ia sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan setiap satu yang 8 . berkuku dll. c. Proses asas berfikir.“Tolong dapatkan saya minuman” (Bagaimanakah anda dapat memenuhi permintaannya dengan tepat?). 1. Analoginya : Bayangkan kita menemui seekor harimau yang baru wujud di dunia. Pergerakan dan alternatif. Pereka fesyen YSL ingin menjual lebih banyak pakaian Mengurangkan serangan musuh padi seperti tikus Jurutera R&D ingin mencipta bumbung yang boleh berubah warna dan membalik/menyerap haba mengikut cuaca yang berubah-ubah Pakar penternakan ingin menghasilkan baka lembu yang besar dan tahan penyakit lumba Mengubahsuai fesyen lama Membiakkan musuh semulajadi tikus seperti burung hantu Mengkaji fenomena perubahan cicak kobeng e. Keluasan / tertentu .mengkaji supaya pergerakan kapal lebih laju semasa di laut b. Mengahwinkan lembu dengan seladang. Pemikir yang baik boleh mengenali sesuatu perkara dari umum kepada tepat dan juga sebaliknya dari tepat kepada umum. Keluasan / tertentu. membayang tampak sesuatu dalam minda. bertelinga kecil. d. 4. Tumpuan (projection). Pengecaman dan muat tepat. berimiginasi. berbulu pendek di telinga. umum / terperinci. 3. Bentuk terperinci . semakin mendekat baharulah kita dapat mengenali rupa sebenar haiwan itu – berbulu halus. (terperinci / tepat / khusus). 2.“Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais. Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan. Mengarah ke arah penumpuan.” Contoh lain : a. Dari jauh kita nampak bentuk sahaja yang jelas (keluasan / umum / tidak tepat / tidak khusus). Tumpuan / membayangkan tampak. 5. Contoh 1 Bentuk umum .

b. Contoh : a. Pola kita memakai baju membuat kita memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah untuk memakai baju. penyerapan. Bagaimanapun. Pergerakan termasuklah integrasi. Bagaimanapun sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan corak-corak berfikir yang routine supaya kita dapat menjalani kehidupan melalui corak-corak berfikir yang wujud tadi. Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayam. 2. Kita cuma ingin melihat apa akan berlaku dan menumpukannya dalam minda kita. Semua pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ? c. b. Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ? b. Pergerakan bermaksud bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. penggabungjalinan. penyatuan. Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19. 3.berlaku dalam kehidupan. Ia mungkin sekali provokasi. Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ? Mengarah ke tumpuan. Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan pelajar. Tarikan dari satu butiran ke satu butiran. Contoh : a. Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain ini. Langkah-langkah untuk berpakaian ? b. Contoh : a. Contoh : a. Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan. Pengecaman dan muat tepat. c. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara : 1. lamunan. Ia sering dilihat sebagai igauan. Provokasi : apakah alternatif yang ada ? 9 . Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan. di luar pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Langkah-langkah untuk makan nasi ? Pergerakan dan alternatif. Tumpuan itu mungkin tidak benar tetapi kita mendapat sedikit petunjuk darinya. Otak menyimpan pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Namun ia melahirkan alternatif. d. mimpi. arahan juga mengarah ke tumpuan. Provokasi : kereta mempunyai tayar persegi empat.

Kebijakasanaan boleh dipelajari dan dipupuk. 10 . Guru : Kelas kita ada 10 orang murid. Ia boleh dipelajari. Manusia pintar mungkin tidak bijaksana. Bagaimana orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik. Kereta yang laju boleh cepat sampai ke destinasi. Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu pengetahuan) . cikgu ? Kepintaran vs. : Kalau ada murid yang sakit kepala datang jugak ke sekolah. Pemandu yang cekap tidak menyebabkan kereta kemalangan. Pintar adalah kereta. 2. Ia mungkin kemalangan kerana ketidakcekapan pemandunya. dan kemudian mempertahankan pandangan tersebut dengan menggunakan IQ / kepintaran / hujah mereka. Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu (kepintaran) mereka 5. Suka “mengkritik” pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain. Dia boleh melajukan kereta setakat kemampuan kereta itu sahaja. Provokasi : apa berikutnya ? Contoh pelajar pintar dan bijaksana. Analogi : Pintar adalah kereta. 3. Ia menentukan kita boleh menjawab teka-teki dan menjawab soalan peperiksaan. Ia juga akan paling lewat sampai sekiranya pemandunya tidak cekap. Empat orang sakit kepala. Bijaksana adalah pemandu. Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja). cikgu. Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir tetapi mereka tidak pernah diajar berfikir. Alangkah baiknya kalau kereta itu memang kereta yang laju. berapa orang yang akan hadir ke kelas ? Pintar Bijak : Enam orang. ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam bidang akademik) 1. Ia membaiki persepsi kita. Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Bijaksana adalah pemandu. 4. Orang bijaksana mungkin tidak pintar. *(Secara mudahnya. 6. Kepintaran adalah berasaskan logik (ilmu). Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari .d. 7. Kebijaksanaan. lalu mereka merasa tidak perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih luas dan mendalam. Akan diberi celaan / pangkah / tiada markah untuk sebarang kesalahan.

1. Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah. 5. Mandala ingatan (MI). Siapa yang menemui kemalangan itu ? 11 . Merancang Menyampaikan maklumat Mendapat bukti Berimiginasi Membuat konsentrasi Membuat keputusan Menjelaskan Mengumpul maklumat Mempersembahkan maklumat Menyenaraikan Memberi idea baru Mengaitkan Mengenal pasti maklumat Menyusun maklumat Membahas Mengkategorikan Mengkelaskan Mengenal pasti idea utama Mengecam falasi Memerhati yang ganjil Bekerja ke belakang Meramal Mengenal pasti andaian Menghubungkait Mengenal pasti kecondongan Menyusun atur maklumat Membuat pemerhatian yang tepat Membanding dan membeza Mengecam corak / pola Membuat sistesis Membuat induksi Menginterpretasi Membuat deduksi Menerangkan Memberi sebab Memberi alasan Memberi akibat Membuat inferens Menaakul Membuat generalisasi Menyelesaikan masalah Memberi pandangan Menterjemahkan Menghuraikan Menilai Menganalisis Membuat analogi Membuat hipotesis Mengkritik Menjustifikasikan Membuat kesimpulan Merumus CoRT 1 CoRT 4 Alat pengukuran KBKK. Berminat untuk jawapan betul atau salah sahaja. Lembaran pengurusan grafik (LPG). Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Takut membuat kesilapan.8. 3. Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ? 3. Soalan dan penyoalan (SP). Antara contoh Kemahiran berfikir. 6. 9. CoRT 1 (Cognitive Research Trust). Contoh : 1. 4. Mandala Ingatan. 2. 10. Lembaran pengurusan lisan (LPL). Peta Minda (PM). Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ? 2.

Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai …………………. kita memikir tentang jenis kemahiran berfikir yang digunakan. Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ? 9. Bagaimana kemalangan tersebut boleh dielakkan ? 12..? 5.. Bagaimanakah anda tahu ………. dengan …….. Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ? 7. Kenapa pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal persekolahan ? 13.. menilai. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ? 11. mencapah. Bila kemalangan itu terjadi ? 6. Apakah idea-idea utama dalam …. 12 . Contoh : Membanding dan membezakan (b) Operasi meta . Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis.? Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif. membezakan fakta dengan andaian. menganalisis. Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ……………? 3. Contoh : Semasa membanding dan membezakan. Menganalisis. membuat kesimpulan. Mengapakah anda memilih ………? 6. membuat kesimpulan Menganalisis. membuat kesimpulan Memikir secara kreatif.? 2.…. KULIAH 4 DAN 5 Konsep berfikir. menganalisis. Di mana kemalangan selalu berlaku ? 7. Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada : (a) Operasi kognitif : Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan. Mengapakah …………….? 4. Aktiviti KBKK Membanding dan membeza Dramatik dan emosi Rangka rujuk Misteri / masalah Kontrovesi / perbahasan / pertikaian Kemahiran berfikir Menaakul. 1. Apakah persamaan dan perbezaan di antara ………. berlaku ? 8.4. Di mana luka / parah ? 8. Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ? 10.kognitif : Memikir tentang fikiran. Kenapa kemalangan itu terjadi ? Strategi aktiviti. membuat kesimpulan Menyelesaikan masalah. Bila kemalangan kerap berlaku ? 5. mengenal pasti persamaan dan perbezaan. menilai .

isu. 3... Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ……….. Sudin pukul apa ? 2.. Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding).? 4. Apakah haiwan itu ? Soalan dan penyoalan – merangsang minda. ? Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan. Perkara (P) merujuk kepada idea. Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin …………. Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah) ………….…? 4. Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab). 1.…? 3. Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada ……………………………………….. ……? 3. Soalan dan penyoalan – kurang mencabar minda.(syarat) ini diubah. Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria ……. tajuk. 1. Cuba bandingkan.. 2.itu berlaku ? 2.? 5. Apakah akibat sesuatu pilihan …. Apakah perhubungan / perkaitan di antara ……… dengan ……………. Lingkaran soalan.? 7. Contoh : Sudin pukul kucing. Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu dilaksanakan ? Soalan dan penyoalan. Apakah pendapat anda tentang …. peristiwa atau teks. Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) …………… itu ? 3. Shaari bermain dengan siapa ? 3. Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ? 5.? Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah.. Shaari bermain dengan kucing. Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal).1. Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop – skop tertentu.………. tema.? 2. Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai ……………. Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk ……………………..... 1. Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.itu. Mengapa ? 4.. apakah akan terjadi ? 2. 13 . Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ……. 1. Sekiranya …….…. Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ……………………? 6..

Pada pendapat anda (I) . luar individu). 2.Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim. terdiri daripada langkah-langkah berikut yang mungkin berulang . 4 = Perkara + individu. memilih cara penyelesaian yang terbaik. mencari cara-cara penyelesaian. 6 = Perkara + luar individu. Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI) ? Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu). 1 = Perkara. 5 = Individu + luar individu. negeri. luar individu). Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu). 14 . 2 = Individu. Pada pendapat anda (I) . Adakah anda (I) bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan anda. mengenalpasti / mentafsir masalah. I . buah. 3. Kategori ini melibatkan satu proses yang kompleks. Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara. individu. kawasan. 7 = Perkara + individu + luar individu. negara dan luar negara. 4. bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ? Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buahbuahan di Malaysia ? Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara. individu. Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) .Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat.buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar . daerah. memeriksa kesan penyelesaian. mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ? Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu). P . Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir.alik : 1. 3 = Luar individu.besaran ? LI . melaksana cara penyelesaian yang terpilih.Pada pendapat anda. 5. Penyelesaian masalah.

3. Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria. Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan. menilai pilihan-pilihan dan membuat pilihan terbaik. keutamaan kriteria. Kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah berikut : 1. 5. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan. Menyelesaikan masalah. 3. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman. 4. Menentukan akibat sesuatu pilihan. Mengambil nota. Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan . cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu. Memanggil maklumat. Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. 2. Kitaran 4. Melibatkan kemahiran menetukan kriteria. Rantai urutan 3.pilihan alternatif. Guru dan pelajar boleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan. Kegunaan : 1. Menjana pilihan-pilihan. Peta Minda (Mind Mapping) Peta Minda disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. 2. Mengembangkan isi. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Pengkelasan 2. KULIAH 6 DAN 7 Peta Minda. Antara bentuk Peta Minda adalah : 1.Membuat keputusan. Simpanan nota ringkas. Kitaran (berpusat) (PM1) (PM2) (PM3) (PM4) 15 .

2.5. c. 4. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk. 4. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran berfikir mengikut kemahiran-kemahiran yang tertentu. persekitaran dan sejarah kita. 16 . Tuliskan maklumat tambahan. f. Pengkelasan (berpusat) (PM7) Panduan membuat Peta Minda (1). Tangga hiraki 6. b. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama. minat. saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik). Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas. 7. d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan. Lembaran Pengurusan Lisan. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang. 3. 5. Strategi membuat Peta Minda. 6. Pohon fikiran (PM5) (PM6) 7. 2. Bina dengan pantas. Dalam keadaan selesa & tenang. Bina dengan riang dan positif. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabangcabang. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan). Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Kenalpasti konsep / idea utama. 2. Panduan membuat Peta Minda (2) Langkah-langkah dalam membina Peta Minda : 1. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri. Bina yang unik. Bahan : 1. Cuba rangsang kreativiti sendiri. Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan : 1. lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran. Persediaan : a. e. Gunakan gambar. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya. Pen / pensel berwarna. 5. Tuliskan maklumat tambahan. simbol atau gambar yang sesuai. 3.

2. Ulangi langkah . 6. 1. Tentukan pola maklumat 3. 1. Ambil satu item sebagai asas. Membuat kesimpulan. 2. 5. Tentukan matlamat. 3. Apakah masalahnya ? b. 17 .langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam satu kumpulan. Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ? Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas. Membuat kesimpulan. Beri nama kepada kumpulan item itu. a. 4. 1. Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai. 3.Contoh : Kemahiran menyelesaikan masalah. Perhatikan atau kumpulkan maklumat. Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat dengan matlamat. Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu. 4. 3. 1. 2. Ambil satu item sebagai asas. Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ? d. Masukkan ciri . Perhatikan item yang dibandingkan.ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil. Apakah masalah utama dan masalah sampingan ? c. letakkan di atas sebagai item asas. abjad. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan. Kumpulkan maklumat 2. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan. Kenal pasti ciri . 4.ciri lain. Buat keputusan Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal. saiz. Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu. Jika lebih dekat dengan matlamat. Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ? e. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding. 3. corak atau masa. 5. 4. Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan. Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza. 1. Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama. 2. Semak semula susunan tersebut. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat. 5. 1. Jika tidak letakkan di bawah.

Perhatikan sesuatu situasi. Apakah masalahnya ? 2. 2. 2. Senaraikan semua idea yang dikemukakan. 5. Lihat keseluruhan gambaran. 4. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 9) : Membuat inferens. Bukti yang manakah paling nyata (jika ada). Cari alasan lain. 18 . Tambah lagi idea jika ada. Perhatikan sesuatu situasi. 1. 4. 2. Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ? 3. Bayangkan langkah semi langkah yang berlaku ke arah matlamat.2. Buat jangkaan yang paling sesuai. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 11) : Membuat gambaran mental 1. Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama. 3. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ? 5. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 12) : Membuat analogi. Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian. Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat. 2. 1. 2. Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti. Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan. 3. 3. 1. Maslah sampingan. Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental. 4. Renung kembali idea yang dikemukakan. Nyakan hubungkait sebagai metafora. Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ? 3. 3. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab. 3. Tetapkan tajuk perbincangan. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 10) : Menjana idea. Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ? 2. 1. Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ? Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 14) : Membuat keputusan. 3. 1. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 13) : Penyelesaian masalah. Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan. 4. 4. 1. 4. Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak. Hubungkait idea yang telah disambungkan. Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ? Masalah utama. Bayangkan matlamat tertentu.

4. Membuat gambaran mental.CAF . CoRT 3 . 3. Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat. Lembaran pengurusan grafik (LPG). Membuat ramalan. Menyusun mengikut keutamaan. Apakah kesan/akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan. 11. 6. 10. CoRT 4 – Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif). Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr. Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ? 5. Membuat analogi. nilai . 2. CoRT 5 – Maklumat dan rasa. Mentafsir maklumat. Membuat keputusan. 9. menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan. 8. CoRT 2 . Mengkelaskan. Edward de Bono. Membuat urutan. 7. 4. 2.C&S 19 . Menerangkan sebab. logik dan persepsi . 12. CoRT 6 – Tindakan. Antara LPGnya adalah : 1.Organisasi. Pembahagian CoRT. Membuat inferens. Nyatakan pilihan yang terbaik.APC 2. Lembaran Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul. Membanding dan membeza. sama ada baik atau buruk. CoRT (Cognitive Research Trust). Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan. CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian : 1.OPV .Interaksi. 3. Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap satu mempunyai 10 pelajaran : CoRT 1 – Keluasan (memperluaskan persepsi). Mengusul periksa andaian. 5. CoRT direkacipta supaya mudah dan praktikal.1.

Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat). 4. 6. 7. Plus. 1. fokus dan punca . Apakah pandangan anda ? Senaraikan kemungkinan kekangan dalam pembinaan industri otomobil di Malaysia dan pilihan-pilihan yang ada dalam mengatasi kekangan – kekangan itu FIP Memberi keutamaan kepada yang terpenting Mendapatkan pandangan orang lain OPV APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan CoRT 1 & meta kognitif.. Alternatives. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor). Fokus : akademik. CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif 20 . Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting). menarik). Ia mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan. matlamat dan objektif). 5. 2. Minus. kekurangan dan keistimewaan Mengambil kira semua faktor yang terlibat Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Tujuan. kemungkinan).FIP CoRT 1 (Cognitive Research Trust). matlamat dan objektif Contoh kognitif Membantu ibu di rumah. 3. Bincangkan Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pekerja asing datang ke Malaysia ? Apakah kesan yang timbul jika siaran televisyen 24 jam dilaksanakan ? Apakah tujuan dan matlamat maharaja Hirohito menjadikan sebuah negara moden ? Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Raja Mongkut dalam pemodenan kerajaan Siam ? Pak Sako dilabel sebagai penghasut rakyat oleh Kerajaan British di Malaya. Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan. Other Peoples View (Pandangan orang lain). CoRT 1 & kognitif. First. Goals and Objectives (Tujuan.PMI 3. tidak baik. Aims. Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi nama berasaskan singkatan frasa. Interesting (Baik.AGO . CoRT1 PMI CAF C&S AGO Kegunaan Untuk menangani idea dari segi kelebihan. Fokus : Penyelesaian masalah kendiri.

kekurangan dan keistimewaan Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan. kekurangan dan keistimewaan Mengambil kira semua faktor yang terlibat Pilih lembaran pengurusan grafik yang sesuai untuk melihat masalah itu dari pelbagai perspektif. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan akademik ? Apakah kesan yang timbul jika saya memilih untuk menghafal berbanding dengan memahamkan fakta. Apakah alternatif lain kepada pengguna untuk menjelaskan bayaran selain dari tol yang digunakan ? Apakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ? Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ? Apakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ? Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ? CAF C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan AGO FIP Tujuan. Keluarga anda meilih satu tempat untuk berkelah. Fokus : Persekitaran. CoRT1 PMI Kegunaan Untuk menangani idea dari segi kelebihan.fakta penting dalam tajuk hakisan dan luluhawa ? Apakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ? Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ? Apakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ? Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ? CAF C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan AGO FIP Tujuan.PMI Untuk menangani idea dari segi kelebihan. matlamat dan objektif Memberi keutamaan kepada yang terpenting Mendapatkan pandangan orang lain OPV APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan 21 . Anda mengguna basikal dan meninggalkannya untuk digunakan oleh orang lain pula. Mengambil kira semua faktor yang terlibat Contoh kognitif Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk pergi ke percutian tersebut ? Beberapa negara menggunakan tol untuk lebuhraya. matlamat dan objektif Memberi keutamaan kepada yang terpenting Mendapatkan pandangan orang lain OPV APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan CoRT 1 & meta kognitif.

kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan membuang sampah ke dalam sungai. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah seorang muda yang cuma tahu 22 . jurukamera. penduduk kampung. CAF Contoh penggunaan CAF dalam proses P&P. pegawai perhililitan. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut. OPV. Ibu dugong itu tidak ditemui. Contoh penggunaan OPV dalam proses P&P. Cari perkara baik. Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang . wartawan. isteri Pak Mat. PMI. pegawai perikanan. Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Sosial / SRT Kaedah : Sumbangsaran Isu : Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan sampah-sarapnya. Mereka mencari ikhtiar bagaimana untuk menangani isu ini. Contoh penggunaan PMI dalam proses P&P. Satu kaedah yang ditemui akan disumbangsarankan .Penggunaan CoRT1 dalam proses P&P. Panduan : Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. dll. Ramai penduduk. pegawai daerah. Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan Kaedah : Lakonan Isu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Pelakon : Pak Mat. pelancong. dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain.undang negara. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Kaedah : Permainan kecil Isu : Sebuah kemalangan telah berlaku. buruk dan menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.

pegawai perikanan. dll. Ibu dugong itu tidak ditemui. pegawai perhililitan. APC. Mereka ingin mencuba memasaknya sendiri. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada saksi tadi.undang negara. Contoh penggunaan APC dalam proses P&P. wartawan. pelancong.menggunakan dua perkataan iaitu “ya’ dan ‘tidak’ . 23 . Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor kemalangan yang diterbitkan oleh setiap murid / pelajar yang bertanya tadi adalah faktor-faktor di seluruh negara. isteri Pak Mat. Mereka menggunakan resepi yang ada dalam simpanan mereka sebagai rujukan bagi menyediakan makanan tersebut.pelajar. Soalan penting dalam mana-mana kemalangan lain soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula kepada murid / pelajar selepas permainan ini selesai. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu mencari makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut. Panduan : Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua pertanyaan yang diajukan. FIP. jurukamera. Panduan : Apabila murid / pelajar melakonkan. Contoh penggunaan FIP dalam proses P&P. pegawai daerah. Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang. Bahan : buku masakan / resepi masakan Panduan : FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan murid / pelajar . Pelakon : Pak Mat. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran Hidup Kaedah : Lakonan Isu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. penduduk kampung. dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang lain. Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang . Maklumat lanjut terpaksa dicari sendiri oleh murid / pelajar lain. Matapelajaran : Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris Kaedah : Amali / simulasi Isu : Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka masak sendiri.

semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan. borang Lembaran Pengurusan Grafik dll..” “.malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.APC. Kaedah : Murid . Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P.” “……. kemahiran mencari dan mengendali maklumat.terlalu banyak kekangan / masalah. kemahiran belajar . Contoh penggunaan APC dalam proses P&P..” “…. Pendekatan : Penggunaan perpustakaan.cukuplah sekadar yang ada. Pendekatan : Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi. membuat catatan atau pelbagai pendekatan lain yang difikirkan lebih sesuai..” “…... Banyak insiden / episod dapat diperhatikan. Matapelajaran : Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian Tempatan Kaedah : Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar Isu : Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga.. kerajaan terpaksa mencari dan mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut. Bagi mendapatkan sumber tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab sosialnya. Senerio hari ini.perlu segera habis sukatan.” “……. menggunakan kemahiran penggunaan perpustakaan. pita rakaman (muzik lembut..murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan. instrumental) : Suatu kebakaran telah berlaku.pelajar kurang persediaan. C&S.pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat.” “……. ... Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris Kaedah Bahan Isu : Konsentrasi : Radio perakam.” Ke mana tuju hala kita ? Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar semua perkara kecuali untuk memikir 24 . bahan buku rujukan dan bukan buku. juga inkuiri penemuan . “…….” “…… peperiksaan lebih penting..

rohani..” . mudah disimpan.monolog . Persediaan murid dan guru Apakah peranan KBKK dalam P&P ? 1. dan maklu-mat tidak boleh menggantikan pemikiran.maklumatnya jelas .Edward de Bono Mengapa kemahiran berfikir ? “….Falsafah Pendidikan Negara “…. 1. .Domerque Pemikiran tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu).nyanyian.mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.mimik . Kaedah yang mengembangkan intelek 5.simulasi . Mengembangkan isi pelajaran 2.kesepaduan BBM dan alat KBKK . mudah diguna. kritis dan kreatif ….. ...lakonan .untuk mencapai hasrat Wawasan ….Wawasan 2020 - Prinsip mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik 2. Ini termasuk : .” .Objektif KBSM “…. Kedua .permainan. ….” .mudah dibina. jasmani.duanya diperlukan untuk perkembangan intelek. Gunakan pelabagai kaedah. Merangsang aktiviti guru dan murid Bahan Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional. mudah alih.dialog . Pendekatan bersepadu – penggunaan *Menu PSS 2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 3. Aktiviti seronok & menarik 4.menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran 25 . . Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ? 1. .

menentukan maklumat.Mudah dan seronok . fikiran dibuka dan terbuka 4. Menariknya. kemahiran. Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan untuk: . Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Bagaimana untuk mengekalkan spesis ini ? B : Harimau diburu oleh pemburu. pengalaman dan kepuasan. teknologi . jenis dan sumber . Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit).. Taman Rimba Rimau diwujudkan.Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias. Buruknya. kemahiran dan teknik belajar.menggunakan maklumat.mencatat maklumat .Masa tepat dan cepat .menilai stategi. Stail mengajar dengan integrasi KBKK. skop. selamat pengguna Kemahiran berfikir dan perpustakaan. A : Kucing. tiada lagi pembunuhan harimau.Jelas dengan apa yang sedang dilakukan 2. Galakkan : .Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang . B : Keluarga kucing di dalam hutan. berkomunikasi .Bebas.selamat BBM. tahan dan menarik . Patut dilakukan : . 1.murah.mencari maklumat .Beralih ke Kem. Elakkan : . 26 . Dua orang pemain A dan B. A : Menariknya. Harimau semakin pupus. harimau dari Taman Rimba Rimau mungkin mengancam manusia dan ternakan. A : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Disiplin : . Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik dan memberangsangkan . kaedah.Kekaburan .melapor maklumat.Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat 3. pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba Rimau ? B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia.

harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan. kita perlu menternak harimau dan kemudian melepaskannya ke dalam hutan. Ini menambahkan pesat populasi pembiakannya. A : Harimau betina boleh ditangkap. Buruknya. kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. 27 . diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan semula.A : Kalau ingin tambahan populasi harimau. bilangan populasinya membiak perlahan. Menariknya. B : Menariknya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful