KAJIAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

1.0

PENDAHULUAN

Bahasa adalah kunci pintu khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk mendapatkan ilmu (Koh 1986). Kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan kemajuan murid dalam mata pelajaran lain, kerana bahasa adalah alat komunikasi untuk mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan. Fungsi asas bahasa adalah sebagai alat komunikasi bagi manusia dan keperluan berkomunikasi ialah keperluan hidup yang asasi. Kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Tidak ada manusia di dunia ini tidak mempunyai bahasa, malahan semua manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan hasrat dan perasaan meskipun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat. Salah satu matlamat pendidikan ialah memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang sama. Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan dan dirancang. Terdapat beberapa golongan pelajar yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik. Antaranya ialah kanak-kanak keperluan khas.

Walau bagaimanapun, kekurangan dan ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak keperluan khas menyebabkan mereka berbeza daripada kanak-kanak yang sempurna sifatnya, sama ada dari segi kecerdasan mental mahupun keupayaan fizikal. Perbezaan dan kekurangan ini menyebabkan kaedah pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak khas ini berbeza berbanding yang digunakan kepada kanak-kanak yang sempurna sifatnya. Mereka sebenarnya sangat istimewa untuk difahami.

2.0

DEFINISI PELAJAR BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. Kanak-kanak normal akan menguasai sesuatu bahasa jika dia terdedah kepada

bahasa tersebut kerana dia akan mendengar dan meniru apa yang didengarinya. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mampu menguasai dan memperoleh bahasa mengikut kadar yang sama dari segi tempoh masa ataupun peringkat prestasi kemahirannya. Perbezaan kadar ini berlaku kerana ketidakseimbangan faktor-faktor pengaruh yang diperoleh oleh kanak-kanak iaitu keadaan fizikal, kecerdasan, perkembangan kognitif, daya diskriminasi (pengamatan), pengalaman, persekitaran, emosi, motivasi dan sahsiah (Mat Daud Yusof 1990). Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-ciri masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Pakar dalam bidang ini berpendapat kanak-kanak bermasalah bahasa ini memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan di fahami dengan mudah untuk berkomunikasi. Ada pendapat menyatakan komunikasi, bahasa dan pertuturan adalah dalam konteks yang sama tetapi pengkaji bahasa berpendapat terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga itu. Menurut Owen (1990), komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar maklumat dan berkongsi idea. Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat tersebut diterima dan saling memahami. Walaupun komunikasi menggunakan pertuturan dan bahasa, aspek lain perlu diambil kira seperti bentuk, intonasi, penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai makna. Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui tanda isyarat, gerakan badan, eye contact dan ekspresi.

kandungan bahasa dan fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua kombinasi. merupakan masalah dalam kefahaman dan penggunaan sistem simbol bahasa (seperti lisan. pertuturan atau bahasa normal yang mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang mengalaminya. Berdasarkan definisi tersebut. atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri kurang upaya. dilakukan diagnosis ke atasnya dan diberi tindakan. Walau bagaimanapun. Mengikut Charles Van Riper (1905-1994). Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan terapi pertuturan. Masalah dalam komunikasi adalah masalah yang biasanya menyebabkan kanak- kanak itu dirujuk kepada pakar untuk disaring. Manakala bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Komunikasi normal biasanya bergantung pada pertuturan dan bahasa. masalah bahasa ataupun kedua-duanya sekali. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan tahap masalah yang dialami boleh terdiri daripada ringan sehingga amat teruk.0 2. masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik. Masalah komunikasi. Masalah komunikasi mungkin timbul daripada masalah pertuturan. Hal ini mungkin melibatkan bentuk bahasa. Manakala masalah bahasa ditakrifkan mengikut The American Speech and Hearing Association (1993).1 CIRI-CIRI MURID BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. malah masalah komunikasi ini mungkin adalah gejala seperti terencat akal ataupun autisme. Dalam domain komunikasi itu sendiri terdapat pelbagai kecacatan lain. pertuturan dan bahasa. Kesan masalah bahasa dan komunikasi adalah seperti berikut: . penulisan dan lain-lain). Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang heterogeneous.2. terdapat banyak jenis dan bentuk masalah komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya. masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan daripada pendengaran.

Gangguan cara bercakap adalah lencongan yang melibatkan gentian. 2. Masalah komunikasi melibatkan emosi seperti rasa malu.Kelemahan sewaktu berkomunikasi berkait rapat dengan kelemahan murid menggunakan bahasa lisan dengan jelas dan berkesan. sumbing. Tambahan pula sekiranya mereka bertutur terlalu gopoh akan menjadikan percakapan itu lebih sukar untuk kita fahami. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga menghadapi kesukaran memahami istilah dan perkataan apabila bertutur atau kesukaran menggabungkan perkataan untuk melafazkan pemikiran. Contohnya Razali disebut µLajali¶. Hal ini mendatangkan kesukaran dalam penyesuaian hubungan sosial. Oleh itu. ataupun cara kanakkanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan. Bertutur ialah proses komunikasi yang amat berguna dan kesannya adalah pada pembelajaran. Antara masalah komunikasi ialah gangguan percakapan. Masalah cara bercakap adalah paling ketara dalam kesemua masalah komunikasi di dalam kelas. kurang upaya dan sebagainya secara tidak langsung. Gentian yang sering dan gemar dilakukan oleh murid-murid adalah seperti bunyi µr¶ diganti dengan µI¶ dan µz¶ dengan µj¶. mengganggu kanak-kanak belajar dan menyekat percampurannya dengan kawan-kawan. hal ini juga sukar dimengerti kalau kita tidak pernah bercampur gaul dengan mereka yang berkenaan. Satu lagi adalah pertuturan yang belum matang seperti percakapan anak-anak contohnya pertuturan µtertinggal¶ huruf ataupun perkataan. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang yang mendengar.2 Masalah pertuturan. Ada kalanya kanak-kanak yang mengalami gangguan pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti cerebral palsy. Cara percakapan mereka hanya difahami oleh kumpulan berkenaan yang tertentu sahaja. masalah pendengaran dan . Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak ini memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. tertinggal dan tambahan kepada bunyi-bunyi itu.

terutama dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi adalah terhad. kanak-kanak ini menghadapi masalah bahasa iaitu bahasa reseptif dan ekspresif. manakala bahasa ekspresif ialah kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. 2. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini tidak mampu menyatakan keperluan. Masalah dalam aspek bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu: i) Perkembangan lambat.3 Masalah bahasa. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbangkan kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur. Hasil daripada kajian. Kanak-kanak ini diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat. Kebanyakan perkembangan lambat berkait dengan peluang yang terhad untuk belajar. Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat. dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah seperti pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil. tiada bunyi yang keluar apabila bercakap.dyspraxia. perbualan dan pemahaman. suara kasar. . kehendak dan perasaan yang seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksinya dengan orang lain. Antara ciri-ciri bagi kecacatan ini ialah masalah artikulasi/fonologi. Bahasa reseptif ialah kemampuan memahami dan mengingat apa yang diperkatakan oleh orang lain. sengau dan gagap. mereka berasa kecewa dan menunjukkan tingkah laku yang agresif. Apabila ia merasa sukar untuk orang lain memahaminya.

Justeru. Guru yang efektif ialah insan yang sedar terdapat kemahiran dan kelebihan yang tidak nampak secara luaran dalam diri kanakkanak ini. Oleh itu. Misalnya.ii) Kecacatan berbahasa. guru perlulah memahami keadaan kanak-kanak ini. Selain itu. beliau akan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi demonstrasi bagi membantu kanak-kanak memahami dan berkomunikasi. kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga sering kali menggunakan tatabahasa yang tidak tepat. penerima auditori (mendengar). penerimaan visual (membaca) dan pelahiran visual (menulis). pelahiran auditori (bertutur). Hal yang demikian adalah seiring dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh ahli patologis bahawa kemahiran berbahasa berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu iaitu peringkat bahasa dalaman. ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu itu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Mereka menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun member jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberikan. Kanak-kanak ini dikenal pasti berdasarkan kemahiran yang dipelajari. sukar mengingat nama-nama benda dan sering terganggu percakapan hingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut.Kanakkanak dalam kategori bermasalah bahasa dan komunikasi tidak dapat memahami penerangan seterusnya dapat menimbulkan masalah tingkah laku. . Kanak-kanak yang mengalami kecacatan berbahasa dapat di kesan daripada perbualan.

1 PUNCA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID YANG TERLIBAT. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui puncanya. Selain itu juga kecederaan pada bahagian otak tertentu juga menyebabkan terjejasnya sistem neurologi. kanak-kanak lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia). Memandang kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Punca masalah bahasa / pertuturan Hasil dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa. Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut. Namun. Hal demikian disebabkan terdapat perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21). kita boleh mengkategorikan punca adalah seperti berikut seperti berikut : a) Faktor Genetik / Sejarah keluarga Faktor genetik ini lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu dan risiko masalah ini lebih tinggi dalam kalangan lelaki.0 4. c) Faktor perinatal (semasa kelahiran) Sekiranya lebih komplikasi semasa kelahiran. . b) Faktor neurologi Masalah ini terjadi apabila ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf.4. pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities) ialah masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal.

d) Kehilangan pendengaran Masalah ini berlaku apabila kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat pralingual. f) Faktor persekitaran / sosial Kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga. Hal ini bermakna hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah selain membantu dalam hal persekolahan anak. e) Kerencatan kognitif / mental Terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ). iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun). emosi dan kognitif. Ibu bapa mempunyai peranan yang penting kepada pembangunan pendidikan anak. kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah juga merupakan salah satu faktor kehilangan pendengaran(contoh: infeksi otitis media yang kronik). pihak sekolah perlulah memberi sokongan yang padu kepada ibu bapa. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah memberi kesan positif pada tingkah laku serta pencapaian akademik anak. Dalam kaedah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam penglibatan berbentuk sokongan ini. maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu. mereka dapat membantu ke arah pendidikan yang lebih baik. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberi erti yang begitu besar pada pembentukan keyakinan dalam kalangan pelajar seterusnya berupaya membantu daripada segi pencapaian akademik pelajar berkenaan. Penglibatan ibu bapa amat diperlukan sebagai sokongan pada pencapaian akademik anak-anak mereka. Faktor ini juga boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang negatif terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal. .

kognitif. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh masalah artikulasi. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak cerebral palsy. Dengan demikian.2. Mereka juga mengalami masalah penerimaan input auditori dan visual yang menyebabkan timbul masalah kesukaran memahami dan mempelajari pertuturan.4. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. kanak-kanak ini mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah tidak dapat menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai. Hal ini berdasarkan masalah yang mereka hadapi iaitu masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. kanak-kanak bermasalah bahasa ini diuji daripada aspek tingkah laku dan kesukaran di dalam penggunaan lima komponen bahasa iaitu aspek fonologi. bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak ini tidak konsisten kerana beberapa faktor yang mempengaruhi seperti kepelbagaian kaedah dan penilaian yang menghasilkan keputusan yang berbeza-beza serta keadaan tertekan kanak-kanak semasa situasi ujian dijalankan. bukan mudah untuk membuat sesuatu rumusan dalam masalah ini. Daripada kajian yang telah dijalankan. masalah auditori atau sistem saraf mulut yang tidak normal. Oleh sebab itu.2 Punca-punca masalah komunikasi. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan juga sukar untuk dibezakan dan kebolehan untuk memahami bacaan bibir bergantung pada tahap penguasaan bahasa dan pengetahuan tentang konteks bahasa. Kadang-kadang mereka bercakap dengan nada yang terlalu tinggi dan tidak sesuai . Kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa juga menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan. sintaksis.1 Fonologi Kajian mendapati bahawa 70 % daripada kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata-kata. Namun cara ini boleh menimbulkan masalah untuk membezakan bunyi yang hampir sama. morfologi. Secara umumnya. 4.semantik dan pragmatik. Masalah ini dialami oleh kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.

Kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa antara lain turut bermasalah untuk membuat ujaran terhadap ayat-ayat kompleks.3 Sintaksis Pada tahun persekolahan. Mereka juga akan mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Contohnya. ³Adam diikuti oleh kanak-kanak´ tetapi kanak-kanak menggambarkan ³Adam mengikuti dan berada di belakang kanak-kanak´. makanan akan jadi µmakan¶ sahaja dan minuman akan jadi µminum¶ sahaja. Mereka juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah (Men Of Utterance-MLU). Kanak-kanak masih tidak tahu membezakan tatabahasa yang digunakan dan menganggap ianya sama. Mereka sering terkeliru dengan ayat-ayat pasif. Tafsiran makna ayat juga berdasarkan turutan perkataan kerana kebiasaan menggunakan peraturan ayat ringkas (subjek-aksi-objek).2.dengan konteks ayat. Di samping itu. 4. Sebagai contohnya. Contohnya kanak-kanak Autisme. Selain itu. Mereka juga menghadapi masalah untuk memberi penjelasan. Dari aspek penulisan pula. kanak-kanak mula mempelajari tatabahasa. menerangkan sesuatu atau menggulung ayat. Mereka sering keliru dengan penggunaan bahasa kerana hanya memikirkan logik ayat sahaja. mereka tidak dapat menulis dengan baik berbanding dengan pertuturan. Kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.2.2 Morfologi Berdasarkan kajian ini juga kanak-kanak bermasalah bahasa kebanyakannya tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan mereka. Kanak-kanak ini kurang menggunakan imbuhan akhiran dan bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat. Hal yang demikian kerana mereka tidak dapat membezakan ciriciri prosodi. Keadaan ini pada dasarnya adalah disebabkan oleh perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak tersebut amat kurang. mereka juga mengalami kelewatan di dalam memulakan kombinasi perkataan. mereka juga . 4. Kefahaman mereka menggunakan kefahaman tatabahasa lebih kepada ayat yang kompleks.

Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah bahasa akan mengalami kesukaran dalam pertuturan dan perbualan. ³Kek ini manis´ dengan ³Perempuan itu manis dipandang´. masalah kekurangan perbendaharaan kata juga turut mengundang masalah untuk mempelajari perkataan baru secara tidak formal. namun begitu mereka selalunya gagal dalam memberikan maklumat yang dikehendaki. Mereka juga sukar memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna. antonim. mereka lebih suka mendiamkan diri (Abbeduto 1991). menggunakan perkataan yang berhubung seperti sinonim. Masalah ini akan semakin serius dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Mereka akan lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan. Mereka lebih mudah mempelajari konsep-konsep yang berkait seperti saiz dan ruang.masih tidak tahu membezakan penggunaan perkataan yang mempunyai dua atau lebih makna. Di dalam situasi harian mereka terlalu bergantung pada konteks dan penggunaan perkataan yang telah diketahui sahaja . ruang dan masa.2. serta penggunaan sesuatu konsep yang abstrak seperti peribahasa. Penggunaan bahasa juga terlalu berstruktur dan berbentuk streotaip menyebabkan kurangnya variasi bahasa. 4. Mereka jarang-jarang sekali ingin bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut. Kanak-kanak masalah bahasa akan dapat menguasai kemahiran ini apabila mereka masuk ke alam dewasa. namun untuk menjawab atau memperkatakan tentang sesuatu tajuk yang lebih rumit. walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa boleh memberi kefahaman kepada mereka yang bercakap dengannya. Mereka juga mengalami masalah untuk menggunakan perkataan yang telah dipelajari akibat kelemahan memahami makna perkataan secara umum. Mengikut kajian yang dilakukan. kuantiti. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Contoh.4 Semantik Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori.

tempat dan peraturan.5 Pragmatik Dalam perbualan yang normal. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri dalam persekolahan. Coots (1998). Namun begitu. Masalah ini kebanyakannya dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. status anak. Menyorot pada kajian lepas.menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahami bahasa yang digunakan di dalam buku teks atau buku akademik. sikap dan persepsi ibu bapa terhadap sekolah adalah penyumbang utama bagi ibu bapa dalam melibatkan diri mereka di . kepercayaan dan status ekonomi. 4. Grossman. kajian mereka merumuskan sumber keluarga. sikap dan persepsi ibu bapa kepada sekolah adalah faktor utama menentukan penglibatan mereka di sekolah. Guru khas hanya bertugas secara formal dan dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa.2. masalah ini tidaklah begitu rumit berbanding dengan masalah lain kerana kanak-kanak biasa juga turut mengalami masalah ini dalam perbualan mereka (Martin & Miller. Osterman dan Schmelkin(1999) masih tidak dapat menentukan penglibatan ibu bapa di sekolah.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT. 6. kepercayaan dan sosioekonomi. seseorang akan bercakap dan seorang lagi akan mendengar dan kemudiannya baru menjawab mengikut giliran tanpa menyampuk di tengah-tengah perbualan. Perlakuan ini adalah dipercayai hasil daripada hubungan ibu bapa dan anak seperti dalam perlakuan si ibu menyuapkan makan kepada si anak.menyatakan penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka menghadapi masalah di dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Walau bagaimanapun. 1996). namun masih ramai yang tidak memenuhi tanggungjawab itu. Walaupun ibu bapa sedar mereka perlu melibatkan diri dalam persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Menurut beliau lagi menyatakan bahawa status kanak-kanak.

penglibatan di sekolah dan kedua-duanya. ibu bapa yang tua sedar sumbangan. Walau bagaimanapun bapa yang mempunyai anak yang tidak ramai lebih bertanggungjawab dalam persekolahan anaknya. keperluan fisiologi seperti makanan. bapa didapati lebih komited kepada kerja berbanding persekolahan anak. Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di rumah. Oleh itu. pengetahuan dan kemahiran mereka tidak lagi dihargai. Penglibatan ibu bapa tidak bermakna sekiranya tidak mendapat sokongan terutama dari segi kewangan dan kebendaan. menghadiri mesyuarat. Di rumah ibu bapa dapat mengawasi kerja rumah anak yang diberi oleh guru. Antara faktor penglibatan ibu bapa yang dikenal pasti ialah: a) Umur Umur mempengaruhi penglibatan ibu bapa baik di rumah ataupun di sekolah.sekolah seterusnya mereka mendapati ibu bapa mempunyai sikap positif dalam aktivitiaktiviti yang dilakukan di sekolah. Semakin ramai bilangan anak. Dalam hal ini. Di sekolah ibu bapa membuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan masalah pelajaran anak. semakin banyak ibu ataupun bapa itu memikirkan pembelajaran anaknya dan semakin rapat hubungannya dengan kegiatan anak. meneliti rancangan dan memeriksa rekod anaknya yang disimpan di sekolah. b) Bilangan anak Bilangan anak yang ramai menghalang ibu bapa memberi tumpuan sama rata kepada anak. Walau bagaimanapun. Hal ini disebabkan mereka memikir pembahagian masa yang lebih dalam hal mencari sumber rezeki untuk anak-anak yang ramai. pakaian dan tempat kediaman perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu itu dapat memenuhi keperluan-keperluan lain seperti melibatkan diri secara aktif di sekolah dan sebagainya. Semakin tinggi umur seseorang ibu ataupun bapa. Banyak kajian yang . membuat keputusan. mereka lebih terlibat dalam hal keagamaan dan kebajikan diri sendiri dan komuniti. c) Pendapatan Menurut teori keperluan Maslow. semakin kurang penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran.

pihak sekolah berkaitan masalah pelajaran anak adalah terbatas. pengkonsepsian. khususnya pada aspek penanggapan. d) Jenis pekerjaan Menurut Lareau (1986). Pengabaian tanggungjawab ini berlaku secara tidak . peruntukan masa untuk berbincang dengan disedari. status pekerjaan ibu bapa didapati mempunyai kaitan dengan tahap penglibatan mereka di sekolah. e) Pendidikan bapa Pendidikan yang tinggi mendorong bapa menjawat jawatan yang lebih baik. Bapa berperanan memberi rangsangan dan menyediakan persekitaran yang sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.dijalankan mendapati faktor ekonomi keluarga memberi kesan pada peranan ibu bapa dalam persekolahan anak. f) Anak Masalah pembelajaran adalah gangguan minimum pada sistem saraf deria ataupun saraf otak yang mengganggu prestasi normal individu dalam pembelajaran. Hal ini menunjukkan faktor ekonomi keluarga mempunyai pengaruh yang amat penting menentukan penglibatan ibu bapa di sekolah. Ibu bapa yang terikat dengan masa kerja didapati lebih sukar menghadiri sebarang aktiviti persekolahan anak. Justeru. bahasa dan matematik. pembacaan.

Selain itu. Pembelajaran di kelas khas adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Melalui penilaian. bersepadu dan seimbang daripada aspek intelek. Hasil pengukuran digunakan sebagai tindakan susulan bagi memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran murid. Bagi menentukan pendidikan rendah mencapai hasrat yang dimaksudkan. Pengukuran dirancang dan dikendalikan oleh guru khas. Pengukuran yang dijalankan berupaya mengesan perkembangan. menghayati matlamat serta perlaksanaan pengukuran dalam darjah sebaik mungkin dalam pelajaran dan pembelajaran. hasrat menghasilkan individu yang berkembang secara menyeluruh. Pengukuran lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid daripada satu peringkat ke satu peringkat. guru juga perlu menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan sesuai dengan sesuatu mata pelajaran Pengukuran yang dijalankan dapat menjana maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh tentang murid. Guru dapat mengesan perkembangan murid dari satu masa ke semasa. Instrumen pengukuran dibina dan ditadbir oleh guru khas. Guru khas perlu menggunakan ujian diagnostik bagi mengenal pasti punca masalah dan kesukaran dalam pembelajaran. . rohani. penilaian yang dikendalikan oleh guru dalam bilik darjah adalah amat sesuai sebab meliputi penilaian ke atas semua aspek.0 PENILAIAN. Oleh yang demikian. adalah penting guru memahami konsep. Guru khas hendaklah mengukur kemampuan kanak-kanak yang didapati bermasalah di dalam kelas. kebolehan. kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh. jasmani dan emosi tercapai.7. Hal ini mampu memberi peluang kepada guru memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid secara serta merta supaya kelemahan itu tidak terhimpun. Penekenan ke atas penilaian yang berasaskan sekolah dapat membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap maksimum. Hasil analisis membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

masalah pendengaran dan dyspraxia mestilah perlu . Berikut merupakan antara isu-isu pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi. Hal ini adalah tidak selaras dengan Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tentang Hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU). Berdasarkan pemerhatian.8. Berdasarkan keperluan dan masalah yang dikemukakan tadi dapat kita lihat di manakah letaknya keadilan dalam pendidikan terhadap individu OKU? Sedangkan setiap insan tidak kiralah ditakdirkan cacat bagaimanapun perlulah diberikan peluang dan ruang untuk mendapat pendidikan. jejak ilmu perlu dituruti dan didakap erat sebagai penyuluh lakaran landasan kehidupan yang jauh lebih cemerlang agar mereka tidak akan ketinggalan seiring peredaran zaman. Guru Besar. guru. dan ibu bapa saya dapati bahawa terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi. Sebagai contoh kes ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah berbahasa dan komunikasi namun pada masa yang sama kanak-kanak ini mempunyai kecacatan lain seperti celebral palsy. i) Peraturan Pendidikan Khas 1997 Menurut Seksyen 3(1) Peraturan Pendidikan Khas 1997 hanya boleh diperkenalkan kepada individu yang dikategorikan sebagai ³boleh didik´. Untuk menjalankan kajian ini saya telah beberapa kali melawat kelas yang berkenaan. Sedangkan dalam Perisytiharan PBB menegaskan tentang keperluan untuk membantu golongan kurang upaya untuk ³ mengembangkan kebolehan mereka dalam pelbagai aktiviti´ dan mempromosikan ³integrasi dalam kehidupan biasa sebaik yang boleh´.0 ISU-ISU MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. Sesukar mana laluannya. temu bual dengan pelajar. isu-isu ini perlulah di lihat sebagai cabaran buat kita semua kerana usaha membantu murid-murid ini tidak wajar terhenti dalam apa keadaan sekali pun. Isu-isu yang berbangkit ini perlulah dicari jalan penyelesaiannya dan dibincangkan secara terbuka dengan semua pihak tanpa meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak. pengalaman. Hal demikian bermaksud pendidikan kepada kanak-kanak khas bukanlah hanya terhad kepada individu yang ³boleh dididik´ sahaja. Namun. sumbing. Kajian ringkas yang saya lakukan adalah kajian terhadap Program Pendidikan Khas.

. Oleh itu. Kekurangan pakar terapi pertuturan juga merupakan satu masalah kepada kanakkanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Guru yang terlibat dalam program ini perlu menerima latihan yang konsisten dan komprehensif daripada pakar program intervensi awal. semasa proses intervensi awal kanak-kanak yang terlibat perlulah diletakkan dalam kelompok kecil supaya guru dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Bagaimana pula nasib golongan ini yang tinggal di pedalaman yang jauh daripada kawasan bandar? Sudah tiba masanya isu ini perlulah diperjuangkan dan diberikan perhatian. ii) Terapi Pertuturan. Ibu bapa sering kali terpaksa mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada pihak swasta. Bagi keluarga yang kurang mampu atau berpendapatan rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan pendidikan enam tahun di peringkat sekolah rendah. Justeru. Isu ini adalah menjadi masalah kepada ibu bapa kerana mereka ingin menghantar anak mereka ke sekolah untuk didik tetapi impian ini ada kalanya terhalang. Khidmat ini perlulah dimulakan lebih awal terutama di peringkat pra sekolah kerana proses terapi pertuturan dan pendengaran adalah lebih berkesan. Selain itu. istilah ³boleh didik´ perlu dimansuhkan daripada Seksyen 3(1) Peraturan Pendidikan Khas 1997 kerana akta ini menafikan hak kanak-kanak kepada pendidikan. Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah bahasa dan komunikasi ini perlulah dimulakan sejak peringkat umur tujuh tahun. Tambahan pula. Hai ini merupakan beban kewangan yang besar.juga diberi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia dicadangkan untuk menyediakan khidmat ahli terapi pertuturan yang pakar dan berkemahiran dan Audiologis di sekolah. Semakin cepat masalah dikenal pasti dan berusaha untuk sesi rawatan maka lebih berpeluang untuk baik seterusnya pulih daripada masalah ini. Contohnya. harapan untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian bagi anak bermasalah ini adalah amat tipis.

Hanya insan yang mempunyai naluri semula jadi dan minat mendalam sahaja akan boleh meneroka dunia pendidikan khas yang mempunyai pelbagai persoalan dan seribu satu macam cabaran. Selain itu. jiwa yang kental. Institut Pendidikan Guru Malaysia juga perlulah menghasilkan guru pendidikan khas terlatih yang cekap. Sesetengah sekolah swasta terpaksa mengupah pakar dari luar negeri untuk menyampaikan ilmu dan latihan dalam bidang pendidikan khas kepada guru yang mengajar di sekolah atau pusat pendidikan mereka. ibarat bunga kembang tak jadi. pemilihan yang tepat perlulah di buat untuk memilih guru terlatih dalam bidang pendidikan khas ini. bersifat penyayang dan sebagainya. semangat yang tidak pernah luntur. Kekurangan ini bertambah rumit di sekolah kerajaan memandangkan guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas pula mempunyai kadar perpindahan yang agak tinggi. Apabila menyoroti isu pengeluaran produk guru pendidikan khas yang terlatih ini kita perlulah mempertimbangkan unsur minat yang mendalam guru tersebut dalam bidang ini. Manakala sebab yang kedua pula adalah terdapat guru terlatih ditukarkan ke sekolah yang tidak mempunyai program pendidikan khas. Kajian dapatan menunjukkan bahawa dua sebab umum yang dikenal pasti ialah beban kerja dalam pendidikan khas adalah berat di mana seorang guru terpaksa menjaga ramai pelajar. Oleh hal demikian Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah menambahkan bilangan guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas untuk ditempatkan di sekolah khas. Guru dalam bidang ini perlulah mempunyai kegigihan yang luar biasa. Bak kata Usman Awang. pengetahuan yang luas. Selain itu pihak NGO juga memerlukan pengiktirafan dan akreditasi daripada kerajaan terhadap usaha dan latihan pekerjaan yang mereka sertai sebagai galakan untuk mereka terus berkhidmat dalam bidang pendidikan khas ini.iii) Tenaga Pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang pendidikan khas juga merupakan masalah yang ketara bagi sekolah khas kerajaan dan swasta. Justeru. Bukan semua guru boleh menjadi guru pendidikan khas. kesabaran yang tinggi. . berguru kepalang ajar.

Pendekatan ini bermaksud kanak-kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka. Dengan kurikulum yang disediakan apakah mampu mencapai objektif program ini? Isu ini telah saya kemukakan kepada guru yang mengajar murid bermasalah bahasa dan komunikasi. mereka akan menzahirkan tingkah laku yang bermasalah seandainya kita tidak cuba memahami kehendak dan keperluan situasinya. sukar mencari perkataan yang tepat serta sering kali gagal mengikuti arahan yang diberikan. Mereka yang terlibat dalam pendidikan khas perlu digalakkan bagi membuat peruntukan khas bagi memenuhi keperluan tersebut dan bukannya dikritik. saya dapati bahawa kurikulum yang sedia ada tidak dapat digunakan oleh semua pelajar. tekun. Perbezaan keperluan ini perlulah diberikan status yang sesuai. Bagi murid-murid yang berhadapan dengan masalah bahasa mereka akan kurang menyumbang idea atau melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. pendekatan integrasi dilaksanakan. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun. Adaptasi bagi pendidikan hendaklah diberi berdasarkan perbezaan-perbezaan yang ada pada mereka dalam kerangka kandungan kurikulum. guru pendidikan khas perlulah seorang guru yang rajin. Di samping itu. Oleh hal yang demikian. Kini. kreatif dan inovatif untuk melakukan pengubahsuaian berdasarkan kemampuan. Mereka juga sukar organisasi idea-idea serta lambat untuk memahami sesuatu perkara yang kompleks. keperluan dan keupayaan bagi meningkatkan pencapaian setiap murid yang menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Hasil daripada temu bual dan perbincangan itu. murid berkeperluan khas perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain. . Perjuangan mereka perlulah diberikan sokongan sepenuhnya oleh semua pihak. bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan. Oleh itu.iv) Kesesuaian kurikulum dan keberkesanannya dalam mencapai objektif pengajaran. kanak-kanak ini juga sukar diskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan. kemahiran dan persekitaran.

Sebaliknya ibu bapa perlulah membiarkan anak bercakap dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan. Misalnya. Jangan memandangkan ke arah . waktu makan bersama juga boleh dimanfaatkan untuk melatih kelancaran ketika anak bercakap. Hal ini disebabkan bahasa tidak dapat berkembang secara positif dan penggunaan kosa kata adalah terhad. Di samping itu. Persoalan yang timbul adalah seberapa jauh manakah persekitaran mampu mempengaruhi kanakkanak golongan ini? Persekitaran yang negetif pastinya akan lebih memudaratkan dan tidak dapat membantu perkembangan mereka. ibu bapa perlulah mencipta persekitaran yang dapat membantu seperti tidak terlalu memaksa anak bercakap dengan menggunakan tatabahasa yang betul. isyarat. Penggunaan komunikasi secara menyeluruh dan penggabungjalinan pelbagai aspek seperti lisan.kanak-kanak sering lupa apa yang diperkatakan dan sekiranya kita sebagai orang dewasa memaksa mereka mengingati semula akan menimbulkan perasaan rendah diri dalam diri sekali gus menyebabkan anak-anak tergagap ketika bercakap. Ibu bapa juga tidak boleh mengkritik anak-anak sekiranya mereka bercakap tidak lancar mahupun gagap kerana ini boleh menjadikan anak-anak berasa tertekan dan tidak mahu membetulkan kesilapan mereka. Oleh itu. corak perkembangan tipikal murid dan strategi pengajaran berasaskan pengetahuan dan perkembangan bolehlah diaplikasikan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa isu persekitaran juga memainkan peranan penting terhadap kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. gerak badan dan mimik muka perlulah diajar oleh guru. untuk murid bermasalah bahasa dan komunikasi. ibu bapa tidak boleh menyuruh anak-anak mengulangi kata-kata yang baru diucapkan. Dalam keadaan ini bunyi bising yang boleh mengganggu seperti televisyen dan radio dihindarkan.Oleh itu. Seperti yang kita sedia maklum. Selain itu. Melalui hasil perbincangan dengan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi saya dapati bahawa aspek persekitaran sememangnya dapat mempengaruhi kanak-kanak ini. v) Persekitaran. aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa lisan perlulah diubahsuai.

hubungan positif antara guru dan murid adalah . Suasana persekitaran di rumah juga mampu membantu anak-anak berkomunikasi dengan baik. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Hal ini terbukti apabila mereka tidak memberi kerjasama berjumpa guru walaupun diminta datang berbincang tentang pelajaran anak mereka yang menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Kajian mendapati seseorang akan lebih yakin bercakap dalam keadaan yang tenang dan selesa berbanding bercakap dalam keadaan yang bising dan tertekan. Usaha menjana suasana pembelajaran yang kondusif. mereka juga memerlukan persekitaran sosial. mereka tidak mungkin dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi anak itu. masyarakat dan persekitaran sekolah yang membina. Selain persekitaran keluarga yang baik. kerusi dan peralatan adalah faktor keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya. Susun atur meja. Ibu bapa golongan ini tidak berminat untuk mengambil tahu tahap perkembangan bahasa anak mereka serta menganggap anak mereka susah untuk berjaya dan lemah dalam pelajaran. Bagi ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah didapati mereka kurang peka terhadap langkah-langkah yang boleh membantu anak-anak mereka.lain dan jangan sesekali menunjukkan kekecewaan di hadapannya kerana boleh menjejaskan emosi anak-anak. satu persekitaran yang menyenangkan perlulah dicipta kerana ia boleh mengubah perasaan anak-anak. Persekitaran yang menyeronokkan ini sudah pasti menyenangkan dan memudah proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran dan suasana bilik darjah yang kondusif dan sesuai dengan bilangan pelajar juga dapat membantu murid bermasalah bahasa belajar dengan selesa. Pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi yang mempunyai ibu bapa prihatin dan memahami adalah sangat bertuah namun masih terdapat banyak lagi ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap masalah anak mereka. Mereka juga mungkin sibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka di bawah jagaan pembantu rumah atau penjaga. Oleh itu. Justeru.

semantik. Alklington(1991) mencadangkan perkembangan rangka kerja baru yang mengiktiraf potensi belajar semua kanak-kanak. Oleh yang demikian.penting. usaha pelbagai pihak perlulah gigih dan berterusan. Justeru. Kecacatan yang dialami oleh mereka tidak akan sama dengan seseorang kanak-kanak yang lain. untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas.0 RUMUSAN Sebagai kesimpulannya. Setiap hari kita pasti akan bercakap atau bertutur untuk menyatakan keinginan kita. Murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Kesemuanya digunakan oleh setiap individu mengikut keperluan masingmasing. kanak-kanak mempelajari bahasa yang normal melalui perkembangan pragmatik. Bahasa dan komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita. mengetahui langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil serta membuat pengukuran dan penilaian terhadap kanak-kanak tersebut. bahasa isyarat mahupun gerak tubuh. Intervensi yang sesuai serta peranan yang dimainkan oleh ibu bapa kan membolehkan kanak-kanak memperbaiki bahasa mereka seterusnya dapat menguasai bahasa dengan sempurna. fonologi. Kesukaran dalam mempelajari bahasa adalah amat dirasai bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi. bahasa yang bermakna dan menggunakan bahasa untuk komunikasi yang lebih realistik. morfologi dan sintaksis. Setiap kanak-kanak khas perlu diberi perhatian dan pelajaran yang sama dengan setanding dengan kanak-kanak normal yang lain. 9. kita mestilah mengenal pasti apakah masalah bahasa yang dialami. Golongan profesional perlu ada cara baru untuk membantu pelajar dengan menggunakan kaedah lisan dan penulisan bahasa yang lebih menarik. Pelbagai cara dan langkah-langkah boleh diambil bagi mengatasi masalah bahasa kanak-kanak. . tidak kira sama ada menggunakan pertuturan .

Sebaliknya.Keperluan dan kepentingan memperoleh dan mempelajari bahasa dalam kalangan kanak-kanak keperluan khas adalah sama pentingnya dengan kanak-kanak normal. . Golongan ini tidak boleh diabaikan hanya kerana kekurangan yang ada pada diri mereka. ibu bapa. kelebihan dan kesempurnaan dari aspek lain hendaklah dipertingkatkan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mendapat pendidikan seperti kanak-kanak normal. pihak kerajaan dan swasta serta masyarakat keseluruhannya haruslah memberikan kerjasama dan turut menyumbang untuk memastikan kanak-kanak istimewa dapat hidup dengan sempurna sama seperti insan normal yang sebaya dengan mereka. Selain itu. keluarga. guru.

org/NECIC/CD/Plenary%20Session%204/PS%204A %20-%20Haniz%20Ibrahim.utm. University of Warwick. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Jabatan Pendidikan Khas.BIBLIOGRAFI Fay.php?option=com_content&view=article&id=41:sem inar http://eprints. (1995).html . dan Funk.moe. Unprinted. (1990). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. (2007). Supiah Saad (2003). 34 (3): 156-165. PTS Mat Daud Yusof. Jabatan Pendidikan Khas.pdf http://www. (2005).pdf http://ceritarasahati2. Teaching With Love and Logic.gov. PhD thesis. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah.pendidikankhas.com/2009/05/1maksud-pendekatan-kiosk-dan-bila. PhD thesis. K. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). The Love and logic Press: USA.my/jpkhas/index. Bhd. Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. Unprinted. Inclusive Education in Malaysia: Teachers¶ Attitude to Change. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. http://www. D.A. Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pemerolehan Bahasa Pertama Dan Kedua.asiacommunityservice. Zamri Mahamod.blogspot. University of Exerter.my/2231/1/5_7. Bagaimana kanak-kanak cacat menguasai bahasa. Menjadi Guru Pendidikan Khas. Jamila K. Razhiyah. Jurnal Dewan Bahasa. Haniz Ibrahim (1998). J.com/forum/thread-13. (1995).html http://www. Kuala Lumpur : Professional Publishing Sdn. (2006). Bhd. Perancangan Strategik : Pendidikan Khas 2020.A Mohamed. Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful