911101-07-5288

3) IMPLIKASI PEMBENTUKAN MODAL INSAN TERHADAP PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA.

1. Mengukuhkan ekonomi Negara Ekonomi Negara bergantung kepada pendapatan yang diperoleh oleh sektorsektor yang wujud dalam Negara sama ada sektor awam mahupun swasta. Justeru itu, ekonomi Negara dapat dikukuhkan lagi dengan adanya tenaga kerja mahir yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing. Hal ini ditekankan dalam Modal Insan di mana kerajaan berhasrat melahirkan individu yang berkeupayaan untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Idea-idea kreatif ini secara tidak langsung dapat membantu menaikkan nama Negara andai idea tersebut mampu memberi pulangan kepada manusia. Selain itu, jati diri yang utuh yang ditekankan dalam modal insan turut mampu menyumbang kepada pengukuhan ekonomi Negara. Hal ini kerana, jati diri yang utuh mampu untuk meyakinkan pihak lain untuk berurusan dengan Negara. Sebagai contoh, satu perjanjian perdagangan ingin ditandatangani dan pandangan pertama orang adalah amat penting sekali. Jati diri adalah sesuatu yang diperturunkan dan dianggap sebagai legasi. Keupayaan mencipta peluang-peluang baru iaitu peluang pekerjaan baru melalui pelbagai sektor baru yang mungkin akan ditubuhkan juga mampu membawa kepada pengukuhan ekonomi Negara. Sumbangan dari segi sektor dan kerjasama di antara syarikat-syarikat mampu menjana pendapatan Negara dengan wujudnya peluang-peluang pekerjaan baru ini.

13

NUR HATTIKAH BINTI AZMI

911101-07-5288

2. Mengukuhkan perpaduan kaum Perpaduan kaum adalah sesuatu yang penting dalam usaha untuk menjaga kestabilan dan keharmonian Negara. Kunci kepada perpaduan adalah rasa hormatmenghormati. Dengan adanya rasa hormat tersebut, mustahil seseorang itu akan bergaduh. Modal Insan menerapkan nilai keperibadian mulia di mana setiap individu diterapkan dengan nilai-nilai murni yang baik untuk kesejahteraan masyarakat berbilang kaum seperti di Negara kita. Bagi mereka yang mempunyai peribadi mulia, tidak menjadi satu masalah untuk mereka mewujudkan rasa saling menghormati, sayang menyayangi dan saling bantu membantu. Nilai-nilai inilah yang akan mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat dan kaum di sini. Perbezaan warna kulit mahupun agama tidak akan menjadi halangan besar andai semua mempunyai pekerti yang baik. Keharmonian dan kesejahteraan Negara dapat dibentuk dan dikekalkan untuk satu tempoh yang lama andai semua memahami maksud sebenar perpaduan itu. Modal Insan turut menerapkan kemahiran menyelesaikan masalah. Sekiranya sebarang masalah berlaku berkaitan dengan perpaduan yang telah dibina selama ini, kemahiran untuk mengawal keadaan dan menyelesaikan masalah sangat berguna. Masalah biasanya timbul berkaitan dengan isu diskriminasi dan sebagainya, justeru sebagai seorang yang mampu untuk mengawal keaadaan, berfikir secara rasional dan berkemahiran untuk menyelesaikan masalah, kualiti modal insan ini akan dapat membantu meleraikan kekusutan.

14

NUR HATTIKAH BINTI AZMI

911101-07-5288

3. Kemajuan dalam bidang teknologi Penguasaan ilmu yang tinggi dapat membantu Negara untuk lebih maju dalam bidang teknologi. Modal Insan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan dan dari ilmu pengetahuan inilah kita mampu untuk meneroka bidang-bidang alam pengajian yang lain dan salah satunya adalah bidang teknologi. Bidang teknologi kini sedang pesat membangun dan berkembang sehingga agak mustahil untuk mengejar setiap pembaharuan yang dilakukan. Sesuai dengan hasrat Negara untuk menjadi Negara maju standing Negara yang sedang pesat membangun kini, penguasaan ilmu dalam bidang teknologi amat penting untuk meletakkan Negara setaraf dengan Negara-negara IT lain.

4. Merealisasikan wawasan 2020 Wawasan 2020 adalah satu misi atau wawasan kerajaan yang meletakkan sasaran menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian dan maju sepenuhnya menjelang 2020. Wawasan 2020, selain menekankan tentang aspek perkembangan teknologi dan pembangunan Negara, ia turut merangkumi aspek sosial, kerohanian dan juga perpaduan. Modal Insan menekankan aspek sosial melalui keterampilan diri dan jati diri individu. Seseorang yang kelihatan berketrampilan dilihat sebagai seorang yang hebat, mampu memimpin, dan memberi persepsi awal yang positif terhadap orang-orang di sekeliling. Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020. Ini bermakna keterampilan turut digolongkan sebagai imej untuk sebuah Negara maju. Imej penduduk sesebuah Negara mencerminkan kelebihan dan kekurangan Negara tersebut. Dari aspek kerohanian yang ditekankan dalam wawasan 2020 adalah untuk melahirkan rakyat yang berperwatakan baik dan mulia. Begitu juga dengan modal insan. Penekanan dibeikan terhadap perwatakan mulia kerana daripada perwatakan terserlah peribadi seseorang. Wawasan 2020 adalah mengenai Negara yang maju,

15

NUR HATTIKAH BINTI AZMI

911101-07-5288

moden dan bertamadun. Sekaligus modal insan melengkapkan lagi definisi dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perwatakan yang mulia ke dalam diri individu tersebut. Perpaduan turut menjadi fokus Wawasan 2020. Hal ini adalah bagi melahirkan sebuah Negara yang bukan sahaja maju, bahkan juga harmoni dengan penduduk yang berbilang kaum dan agama. Modal Insan turut menerapkan nilai perpaduan ini dengan mendedahkan individu kepada persekitaran luar dan bersosial. Daripada pergaulan ini, kita belajar mengenai kaum yang berlainan dan dalam masa yang sama membina persefahaman yang utuh antara kaum di Malaysia.

16

NUR HATTIKAH BINTI AZMI