You are on page 1of 2

SMK LEPAR, PEKAN 26300 GAMBANG PAHANG

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI

TARIKH : 21 FEBRUARI 2011


MASA : 7.30 PAGI

GURU BERTUGAS
1. En. Ab Wahid Bin Zakaria
2. Pn. Suzana Bt Uyob
3. Cik Nor Azilah Binti Bahuddin

AKTIVITI:
1. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang serta
bacaan ikrar.

2. Laporan Guru Bertugas yang lepas disampaikan oleh En.Syahrilman Bin Zakaria.

2.1 Aktiviti minggu lepas:

ISNIN : Pagi Perhimpunan Rasmi


Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali ke 5 yang telah dihadiri oleh YDP PIBG
dan ahli jawatankuasa yang lain.

SELASA : Cuti Umum Maulidurrasul

RABU : Aktiviti Ko-Kurikulum


1. Karnival Sains dan Matematik
2. Membuat kain rentang

KHAMIS : Mesyuarat Kurikulum Bil/3 2011 dan Pembentangan Profil PMR

JUMAAT : Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.


Pelajar berarak mengelilingi sekolah serta mendengar ceramah yang
disampaikan oleh En. Khairul Amran bin Abd. Jalil ( Penyelaras Masjid Negeri
Pahang)
: Lawatan daripada mantan pengetua Datin Hajah Fauziah bersama guru-
guru pengiring daripada SMK Tok Sira

SABTU : Perkhemahan Bersepadu Unit beruniform di Kem Tango pada 18-20


Feb 2011.

AHAD : Pelajar asrama lelaki terlibat dengan Forum Perdana Sambutan


Maulidurrasul Peringkat Komuniti.

2.2 Bancian kehadiran


Isnin : 91.87%
Selasa : Cuti
Rabu : 92.86 %
Khamis : 96.45%
Jumaat : 82%
2.3 Disiplin pelajar:Tahap yang tidak memuaskan.
-Pelajar meludah di kawasan tangga.
- Membuang sampah merata-rata
- Uniform sekolah masih tidak lengkap. Ramai pelajar tiada tanda nama dan lencana sekolah.
- Pelajar perempuan trend stoking pendek. Stokin yang dibenarkan adalah stoking panjang.
- Pelajar lelaki masih berambut panjang. Nasihat; gunting rambut seperti yang telah ditetapkan
2.4 Kebersihan dan keceriaan kelas
-Tahap kebersihan Menengah atas memuaskan. Cuma terdapat beberapa kelas tingkatan empat
yang masih belum ceria dan lengkap dengan jadual bertugas dan carta organisasi.

Bagi menengah rendah, perlu ada tindakan segera kerana rata-rata kelas tingkatan satu dan dua
belum lagi ceria.

Kelas Terbersih Menengah Atas : 5 MPV 97%


Kelas Terbersih Menengah Rendah : 3 BJ 85%
Kelas Tercorot Menengah Atas : 4 BJ 57%
Kelas Tercorot Menengah Rendah : 1A 50%
Kelas yang tidak mencapai tahap piawai : 1A dan 2A

2.5 Kesihatan dan kebersihan


Terdapat beberapa pelajar perempuan dan lelaki yang sakit. Guru bertugas telah menghantar pulang
pelajar yang sakit mata. Manakala pelajar perempuan yang sakit dibenarkan berehat di dalam bilik
darjah.

2.6 Kantin
Kebersihan kantin adalah dalam keadaan baik. Pelajar memasukkan gelas dan pinggan dalam besen
yang disediakan. Makanan mencukupi namun perlu diberbanyakkan juadah dan dipelbagaikan
makanan dan kuih.

3. Ucapan GPK Pentadbiran, Pn. Rahyu Bt. Shaharuddin:

3.1 Empat orang pelajar tingkatan dua dipanggil kerana kesalahan ponteng sekolah pada minggu
lepas. Mereka dihukum berdiri di hadapan perhimpunan.
3.2 Menyatakan harapan kepada pelajar supaya jangan berdiam diri sekiranya rakan-rakan ada
melakukan kesalahan, laporkan kesalahan tersebut kepada guru disiplin dan guru-guru yang lain
untuk membaiki tingkah laku pelajar.
3.3 Meminta semua pelajar terutama ketua dan penolong kelas membersih dan menceriakan
kelas. Meminta pelajar memastikan lantai dan laci meja dalam keadaan kosong dan bersih.
3.4 Mengucapkan tahniah kepada kelas yang berjaya menceriakan kelas.
3.4 Meminta guru bertugas mingguan memeriksa laci meja ketika membuat penilaian
pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
3.5 Mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru dalam penglibatan aktiviti seperti
forum perdana dan program motivasi.
3.6 Memberitahu kehadiran pegawai PPD dan guru-guru sekolah lain bagi mesyuarat Kokuria
yang akan berlangsung pada 08 dan 09 Mac 2011. Pelajar diminta untuk menjaga tingkah laku
masing-masing.
3.7 Semua pelajar harus mengosongkan kelas pada waktu rehat.

4.0 Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………………………… ...........................
(NOR AZILAH BINTI BAHUDDIN)
Guru Bertugas Mingguan.

You might also like