P. 1
PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

|Views: 3,284|Likes:
Personal asingment
Personal asingment

More info:

Published by: muhamad syahmi bin rosli on Apr 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/04/2013

pdf

text

original

IKIP INTERNATIONAL COLLEGE

PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1133

“PERLEMBAGAAN MALAYSIA”

NAMA: MUHAMAD SYAHMI BIN ROSLI KURSUS: DIPLOMA KEWANGAN ISLAM SEMESTER: 3 PENSYARAH: PN. MARHANA BINTI HAMZAH

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 MUKADDIMAH PENGENALAN KONSEP PERLEMBAGAAN

TOPIK

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ISU / KES DI MALAYSIA - PERKARA 3 - PERKARA 152 - PERKARA 153

6

RUJUKAN

MUKADDIMAH

Dengan lafaz yang mulia, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan hidayah dan rahmat-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberikan pada tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah dalam subjek pengajian ini. Setinggi juga syukur kerana beliau sudi memberikan tugasan serta menerima segala tugasan yang telah saya kemukakan demi kebaikan diri saya sendiri. Harapan dari diri ini, semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat dan menjadi rujukan walaupun ia tidaklah selengkap yang di impikan. Dengan akhir kata ini, saya bermohon maaf atas kesilapan dan kekurangan dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Moga kita dapat mempertingkatkan pengetahuan sejarah negara kita. Sekian, Assalamualaikum wbt..

PENGENALAN

Seperti mana kita tahu, negara kita yang indah ini mempunyai perlembagaan yang telah ditetapkan oleh menteri yang menerajui negara ini, untuk berkorban demi rakyat yang berbilang kaum supaya menjadi sebuah negara yang maju dan menunjukkan sebuah negara yang mempunyai pemimpin. Ini juga yang dianggap menguntungkan orang Melayu dan Bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti di bawah ;  Islam agama persekutuan tetapi bukan agama lain bebas diamalkan  Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkan  Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumi putera diperuntukkan tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan begitu saja.

KONSEP PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN : Definisi adalah seperti berikut ;  Adalah satu set peraturan atau undang-undang atau,  Sama ada bertulis atau tidak bertulis dan,  Yang menentukan adalah ;  Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan.  Bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. Antara sebab ditubuhkan perlembagaan adalah seperti berikut; I. II. III. Merupakan sumber undang-undang tertinggi sebuah negara Kewujudannya untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Menjadi garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintahan atau rakyat. Selain itu, negara kita juga mempunyai peruntukan umum bagi memperkukuhkan negara ke arah globalisasi yang kini pesat. Antara peruntukan umum telah dicatatkan dalam perlembagaan Malaysia seperti di bawah ; I. II. III. IV. V. Corak pemerintahan negara Hak-hak asasi rakyat Kewarganegaraan Agama Bahasa VI. Pilihan raya

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Unsur ini adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang telah meliputi ;  Bahasa  Agama  Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak ) termasuk  Pemerintahan / sistem beraja

Kenapa perkara ini menjadi unsur perlembagaan ? 1. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. a. Merujuk Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. b. Rasional Perkara 152 ; - Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda.

- Menjadi bahasa lingua franca. - zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi. - pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu. 2. Agama Islam sebagai agama rasmi. a. Merujuk Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11) dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk ; - Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri. - Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi bagi maksud agama atau khairat. - Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya. Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam. Perkara 11 (4). b. Rasional perkara 3 ini adalah ; - Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan agama lain.

- telah bertapak 500 tahun dahulu. - zaman penjajah, bidang kuasa Islam dan adat istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah. - perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara ini 3. Hak istimewa orang Melayu. a. Merujuk Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :  perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)  ekonomi : Perkara 153 (6)  pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)  Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.  Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). b. Kerasionalan perkara 153 ; - Hasil toleransi * Melayu * Bukan Melayu * Implikasi * Hak Istimewa

* Hak kerakyatan - Hak kerakyatan serta-merta kepada 80 000 orang cina - hak Istimewa dalam jangka panjang - Prinsip Jus Soli dengan kerakyatan 800 000 bukan Melayu - Manfaat serta-merta : kepentingan sebagai warganegara (undi pilihan raya) - Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain. 4. Pemerintahan / sistem beraja. a. Merujuk Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutuan ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri. b. Merujuk Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk pengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

c. Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi perlembagaan bagi seseorang raja di dalam negeri itu. d. Merujuk Perkara 153 telah mengamanahkan baginda

tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orangorang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. e. Merujuk Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah di tangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

ISU / KES DI MALAYSIA
Isu mengikut perkara di bawah ; 1) Perkara 3 (Islam agama rasmi)  Kalimah Allah Pada gereja. KUALA LUMPUR 5 Mac - Mahkamah Tinggi di sini memberi peluang terakhir kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk berunding bagi menyelesaikan tuntutan berhubung perintah larangan mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi kalimah Allah. Hakim Datuk Aziah Ali sehubungan itu menetapkan 30 April ini sebagai tarikh akhir untuk mengetahui status perundingan ke arah penyelesaian oleh kedua-dua pihak tersebut. Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Aziah di kamar beliau dengan kehadiran peguam Bobby Chew dan Lim Heng Seng yang mewakili SIB ketika sebutan kes itu hari ini. Turut hadir dalam prosiding itu ialah Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden pertama dan kedua.

Bobby ketika dihubungi memberitahu, sekiranya perundingan menemui jalan buntu, barulah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) akan menetapkan tarikh perbicaraan. Menurutnya, mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mereka yang terlibat meneliti sama ada kes tersebut dapat diselesaikan di luar mahkamah. ''Jika penyelesaian tidak berhasil sehingga tarikh tersebut, mahkamah akan menetapkan tarikh baru untuk mendengar permohonan SIB bagi

mendapatkan kebenaran mencabar keputusan KDN menerusi prosiding semakan kehakiman,'' jelas Bobby. Pada 10 Disember 2007, Presiden SIB, Jerry W.A. Dusing @ Jerry W. Patel, 56, dan SIB yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah memfailkan permohonan tersebut terhadap responden pertama dan kedua dengan mengemukakan sebanyak 22 tuntutan. Antara yang dipohon adalah perintah untuk membatalkan keputusan menteri yang enggan membenarkan pengimportan empat buah tajuk bahan penerbitan Kristian dan menahan penyerahan dua buah tajuk bahan penerbitan yang lain. Selain memohon perintah supaya menteri tersebut mengembalikan penerbitan itu, pemohon menuntut perisytiharan bahawa penggunaan istilah Allah dalam terjemahan kitab Injil sama ada versi bahasa Malaysia, bahasa Indonesia dan dalam semua penerbitan bahan keagamaan, adalah menjadi hak mereka.

Pemohon turut memohon perisytiharan bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua agama diamalkan dengan aman dan damai oleh pemohon yang mendakwa berhak menggunakan perkataan Allah. Ia membabitkan bahan cetakan, diterbitkan bukan sahaja di gereja malahan di sebarang lokasi atau bangunan dalam pengamalan agama mereka walaupun bahan dan penerbitan itu mengandungi perkataan Allah. Pemohon juga memohon perisytiharan bahawa keputusan membenarkan penggunaan Al-kitab oleh penganut agama Kristian hanya di gereja-gereja dan tidak di tempat lain adalah bercanggah dengan hak perlembagaan, batal dan tidak sah. Permohonan dikemukakan atas alasan pihak responden telah melakukan kesilapan apabila gagal mengambil kira bahawa penggunaan perkataan Allah oleh agama Kristian adalah mendahului kedatangan Islam. Pemohon juga memberi alasan, terjemahan kitab Injil versi bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia telah digunakan oleh penganut agama Kristian di negara ini sejak dahulu lagi. Dusing dalam afidavit sokongannya mendakwa Penyelia Pelajaran KanakKanak dan salah seorang kakitangan SIB, Kinambo Gaduan telah membawa tiga kotak bahan pelajaran bagi kanak-kanak beragama Kristian. Bahan tersebut dakwa Dusing, milik SIB untuk dibawa pulang ke Kota Kinabalu pada 15 Ogos 2007.

Namun pemohon mendakwa, bahan-bahan penerbitan itu telah ditahan oleh pegawai kastam ketika Kinambo yang dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia telah transit di Terminal Kos Tambang Murah (LCCT), Sepang. Dakwanya, berdasarkan sepucuk surat dari KDN bertarikh 10 September 2007 kepada SIB ada menyebut bahawa pengimportan penerbitan Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Baitullah, solat dan Kaabah adalah dilarang untuk edaran di negara ini. Surat yang sama juga dakwa Dusing, menyatakan bahawa penerbitan itu boleh menimbulkan kekeliruan dan kontroversi di kalangan masyarakat negara ini.

2) Perkara 152 (Hak bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan)  Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains RINGKASAN KEPUTUSAN PEMANSUHAN PPSMI (dipetik daripada Utusan Online) 8 Julai – Menteri Pendidikan mengumumkan Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.Perlaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Keputusan tersebut mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003. Strategi disusun untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris: ** Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1,000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan 'contact time' antara guru dan murid. ** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu. ** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah 100 peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu. ** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu. ** Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu dari tiga jam menjadi enam jam seminggu. ** Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris

diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera. ** Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. ** Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai. ** Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. ** Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik.

Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya masyarakat Malaysia. Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik dan Bahasa Malaysia. *PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kehormatan terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014. Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan. Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:

- Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. - Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. - Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profesional bahasa Inggeris pada tahun 2008 mencapai tahap profesional. Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus. - Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI

dilaksanakan. Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot dari tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Bagi mata

pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot dari tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007. Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK (T). Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

3) Perkara 153 (Hak bumiputera)  Diskaun Hartanah Bumiputera, REHDA Bercanggah Pendapat KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) bingkas menafikan kenyataan Presidennya, Datuk Micheal Yam yang menyokong pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengenai pemansuhan diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri Selangor.

Menurut Timbalan Presiden REHDA, Datuk F.D Iskandar terkejut dengan kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa REHDA tidak pernah mempertikaikan hak keistimewaan kaum bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau berpendapat kenyataan Micheal Yam adalah merupakan pandangan peribadi kerana REHDA tidak pernah bersetuju dengan pandangan Tony Pua yang merupakan Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agong DAP. F.D Iskandar menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak dipersetujui olehnya kerana ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor khususnya. Pada masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai cadangan tersebut. Beliau berkata bahawa pihak kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme bagi mengkaji diskaun tersebut kerana banyak faktor yang menyebabkan kaum Bumiputera tidak terlalu agresif dalam hal pemilikan hartanah. Beliau turut menekankan bahawa langkah tersebut tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa kerana banyak peluang lain kepada bumiputera perlu juga diberikan perhatian. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dikatakan tidak berpuas hati dengan cadangan yang dikemukakan tersebut. Malah, komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS juga membidas pandangan Pua yang disifatkan keterlaluan dan tidak menghormati mekanisme dalaman terlebih dahulu untuk melontarkan pandangan yang melibatkan sensitiviti kaum di Malaysia. -ANN

RUJUKAN
http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaanpresentation http://pmr.penerangan.gov.my http://etnik553.blogspot.com Dicatat oleh Pn. Nurul Himmah Kassan http://www.ann.com.my Buku “Malaysia Kita”. Institusi Tadbiran Awam Negara Malaysia. Pensyarah IKIP International College Pn. Marhana Bt Hamzah

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->