You are on page 1of 2

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

DEFINISI; Teknik mempelbagaikan kaedah dalam penyampaian guru dengan tujuan menarik
perhatian dan minat murid terhadap aktiviti pengajarannya.

Kemahiran variasi rangsangan meliputi:

 Kemahiran mengubah tingkahlaku murid.

 Mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid.

 Menukar corak interaksi guru dengan murid.

 Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

OBJEKTIF VARIASI RANGSANGAN

1. Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat terhadap aktiviti pengajaran.

2. Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran-pembelajaran.

3. Memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan pelbagai deria untuk mengikuti
pelajaran.

4. Memotivasikan serta membangkitkan naluri ingin tahu murid melalui pelbagai aktiviti guru.

5. Memberikan peluang kepada murid menikmati pelbagai aktiviti pengajaran.

6. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang psoitif dan seronok.

PRINSIP –PRINSIP PENGGUNAAN VARIASI RANGSANGAN

1. Setiap perubahan kaedah dan tkenik penyampaian guru hendaklah dikaitkan dengan tujuan
dan isi pelajaran.

2. Perubahan aktiviti pengajaran hendaklah lancar dan dikaitkan dengan setipa langkah
penyampaian. 3. Setiap langkah haruslah mengandungi aktiviti pengajaran yang berbeza.

4. Rancangan penggunaan ABM untuk memplebagai pengalihan deria murid.

5. Ubah rangsangan berdasarkan maklum balas daripada murid.

KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANGSANGAN KEARTAS PROSES PENGAJARAN-


PEMBELAJARAN

1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik.
2. Minat dan perhatian murid akan lebih tertumpu kepada aktiviti pengajaran guru.

3. Mendorong murid berusaha dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka.

4. Memberi peluang kepada murid-murid menggunakan pelbagai deria untuk mempelajari


sesuatu.

5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.

6. Mengurangkan masalah disiplin di bilik darjah.

Komponen-KomponenKemahiran Variasi RangsanganKemahiran variasi rangsangan mengandungi enam komponen


yang penting iaitu : -

 Perubahan pergerakan langkah guru   kiri   kanan


depan   belakang 

 Perubahan Pergerakan anggota badan  t angan  kepala


tangan  hentian 

 Perubahan nada suara     mendatar  lantang


lantang  senyap 

 Perubahan focus deria     mendengar  menonton


melihat  merasa 

 Perubahan bentuk lisan pelajar     menyoal  menjawab


bertutur  membaca
bercerita  membaca 

 Perubahan bentu fizikal pelajar    menulis  melukis


duduk   berdiri
demonstrasi  berlakon

You might also like