PROSES PEMBUATAN TEMBIKAR MAMBONG DI NEGERI KELANTAN

NIK MOHD FADZLI BIN NIK YUSOF MUHAMMAD NURBASIK BIN BAHARUDDIN

UNIVERSITI PENDIDIKAN PENDIDIKAN IDRIS 2010

PENGHARGAAN

Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi kerana diatas limpah rahmat dan hidayah-Nya, segala kajian yang telah kami jalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun berbagai dugaan dan halangan yang terpaksa kami tempuhi dengan penuh kesabaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan buku ini terutamanya kepada pensyarah Pengurusan Seni iaitu Dr. Mohd Nasir in Ibrahim yang telah banyak berkorban masa dan tunjuk ajar, buah fikiran, teguran dan nasihat yang berguna kepada kami sehingga kajian ini dapat dihasilkan dengan sebaik-baiknya. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua guru-guru di Sekolah menegah Seri Bedena yang terletak di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor kerana memberi sepenuh kerjasama semasa kami membuat kajian di sekolah tersebut. yang sudi ditemuramah serta berkongsi pengalaman dan mencurahkan pendapat yang berguna semasa beliau menjalankan kajian Kampung Mambong tersebut. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Zainab Bt. Hussin dan En. Ramli Bin Isa atau dikenali dengan panggilan Cikgu Ya serta seluruh penduduk Kampong Mambong kerana memberikan sepenuh kerjasama semasa kami berada di Kampong Mambong tersebut. Jasa dan kerjasama yang diberikan akan kami kenang dan tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Buat ayahanda, bonda,keluarga, rakan-rakan dan semua yang terlibat, terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbanan, doa, restu dan sokongan semangat yang telah diberikan dalam tempoh semasa kajian dijalankan. Kepada semua yang terlibat samaada secara langsung ataupun tidak langsung, jasa kalian akan tetap kami kenang. Tanpa kerjasama daripada kalian, mungkin kajian ini tidak dapat kami laksanakan dengan sempurna. Jasa dan kerjasama kalian hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Sekian Terima kasih.

pengkaji menyarankan kepada umum tentang kepentingan kraf tradisi yang perlu di martabatkan dalam kalangan masyarakat melayu. internet dan juga kajian lapangan yang telah kami jalankan di Kampong Mambong. tujuan kajian. Kajian ini dapat dibahagikan kepada kepada lima bahagian utama yang terdiri daripada bab satu iaitu menjelaskan tentang pendahuluan yang menjelaskan tentang pengenalan. tinjauan pustaka dan metodologi kajian. Kuala Krai Kelantan. faedah kajian. Kami melaksanakan kajian ini adalah bertujuan untuk melihat proses pembuatan tembikar mambong berbanding dengan penghasilan tembikar-tembikar lain. rumusan persoalan. latar belakang persoalan. Kuala Krai Kelantan. pengkaji membincangkan tentang kesimpulan dan saranan bagi mengkomersialkan penghasilan tembikar mambong dan menerangkan kepada umum tentang kepentingan menjaga khazanah kraf negara agar tidak luput di telan zaman. .ABSTRAK Dalam kajian ini pengkaji mengkaji tentang proses pembuatan tembikar mambong yang dijalankan di Kampong Mambong. Dalam bab terakhir. Selain itu juga. Kajian ini telah melibatkan kajian lampau melalui buku rujukan. Bab tiga pula akan menerangkan tentang bahan dan alatan yang digunakan dalam proses pembuatan tembikar mambong. batasan persoalan. Manakala bab dua pula menerangkan tentang sejarah dan latar belakang sosio budaya masyarakat melayu dinegeri kelantan. Bab empat pula menerangkan tentang proses penghasilan tembikar mambong yang telah dijalankan di Kampong Mambong. persoalan kajian.

Kebanyakan generasi muda kini kian melupakan kraf-kraf tradisional yang telah diwarisi oleh nenek moyang. Kajian ini merupakan bahagian utama dalam kursus Kajian Kraf Rupa Dan Identiti.1 Pengenalan Kajian ilmiah yang kami jalankan ini adalah berkaitan dengan proses pembuatan tembikar mambong di Kuala Krai Kelantan. penghasilan dan kegunaan tembikar mambong itu sendiri semakin hari semakin lupus ditelan zaman kerana ianya kurang diminati oleh generasi muda.BAB 1 PENDAHULUAN 1. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tentang proses pembuatan tembikar mambong tersebut dihasilkan. Proses pembuatan. Hal ini berlaku kerana generasi muda .

1.itu sendiri yang semakin hanyut dibawa oleh arus global dan terpengaruh dengan budaya yang dibawa dari negara Barat. Namun pada hari ini. generasi-generasi muda tidak pernah mahu bertanyakan tentang asal-usul tembikar dan bagaimana tembikar tersebut dihasilkan. Oleh hal yang demikianlah telah menarik minat kami untuk mengkaji tentang proses penghasilan tembikar mambong kerana kurangnya bahan rujukan terhadap seni kraf tembikar mambong itu sendiri. Kami telah menjalankan kajian tentang proses penghasilan tembikar mambong di kampung mambong yang terletak di daerah Kuala Krai . melaluinya generasi-generasi muda pada hari ini dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang proses penghasilan tembikar mambong ini.2 Latar Belakang Persoalan Penggunaan bahan-bahan tembikar telah wujud beratus-ratus tahun dahulu lagi dan merupakan alatan-alatan yang digunakan oleh manusia untuk melakukan aktiviti seharian. Faktor utama seni kraf tembikar mambong semakin pupus adalah berpunca daripada kurangnya pendedahan yang dilakukan samaada di media massa. sifat ingin tahu dan ingin melihat sendiri proses pembuatan tembikar mambong yang masih dilakukan secara tradisional telah mendorong kami untuk menjalankan kajian ilmiah ini. Oleh hal yang demikianlah kami ingin menjalankan kajian ilmiah mengenai tembikar mambong. media elektronik dan di media cetak. Selain itu juga tembikar mambong dihasilkan di sebuah perkampungan yang terpencil dan tidak dikomersialkan untuk tujuan pemasaran.

malahan sejak beribu-ribu tahun dahulu barangan yang dihasilkan daripada tembikar telah digunakan bagi memudahkan kehidupan seharian manusia. terdapat juga beberapa motif ringkas yang menghiasi tembikar tersebut. alat menyimpan barang. pemujaan dan sebagainya. Namun. apa yang menarik minat kami untuk menjalankan kajian tentang tembikar mambong adalah kerana mahu mengkaji proses pembuatannya yang masih menggunakan kaedah-kaedah tradisional tanpa menggunakan bantuan mesin. Jika dilihat dari aspek perkembangan kebudayaan benda.Kelantan. bahan tanah liat telah lama menjadi media penghasilan barangan keperluan harian dan juga penyataan ekspresi kepada .3 Persoalan Kajian Seni kraf tembikar telah lama wujud di negara kita. Antara peralatan yang dihasilkan oleh masyarakat terdahulu ialah pinggan. 1. Selain daripada itu juga. Masyarakat pada zaman tersebut lebih mementingkan fungsi berbanding nilai estetika yang terdapat pada tembikar yang telah dihasilkan. Kampung mambong merupakan kampung yang terpencil dan pengangkutan utama untuk sampai ke kampung tersebut adalah dengan menaiki bot laju selama 45 minit kerana dipisahkan oleh sungai kelantan. Selain daripada itu juga proses penghasilan yang unik juga telah menjadi faktor utama dalam untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang proses penghasilan tembikar mambong ini.

masyarakat.pdf Ibid. Hal ini berlaku kerana proses pembuatan tembikar mambong hanya dilakukan di kampung Mambong yang terpencil dan perlu menaiki bot laju selama 45 minit untuk sampai ke kampung tersebut. penghasilan tembikar mambong kurang diketahui umum kerana tidak dikomersialkan samaada di media massa ataupun media elektronik untuk tujuan pemasaran dan hanya mengharapkan pembelian daripada Jabatan Kraf Negeri Kelantan dan tempahan daripada pihak Istana Negeri Kelantan yang menempah jika terdapat upacara pertabalan. terdapat segelintir masyarakat Melayu yang tidak pernah mengetahui dan mengenali apa itu Tembikar Mambong.my/10170/1/estetika tembikar mambong.1 Penghasilan seni tembikar yang menggunakan media tanah liat sebagai media utama merupakan salah satu seni yang tertua di dunia iaitu selepas penggunaan media batu. Kebanyakan individu hanya mengetahui tentang kewujudan tembikar mambong tetapi tidak mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.usm. . pameran dan sebagainya.2 Sebaliknya. 1 2 http://eprints. Apatah lagi untuk mengetahui tentang proses pembuatan tembikar mambong dan nilai-nilai estetika yang terdapat disebalik penghasilan tembikar mambong. Penghasilan Tembikar Mambong juga masih mengekalkan proses pembuatan secara tradisional iaitu menggunakan sepenuhnya kemahiran dan nilai kreativiti yang dimiliki oleh pembuat tembikar mambong. Selain daripada itu. Bahan tanah liat telah digunakan dalam kebudayaan benda masyarakat Malaysia telah mula dikesan sejak dari zaman Neolitik lagi.

3 Walaupun penduduk kampung tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. 3 4 Ramli Bin Isa. Kelantan. . 16 Febuari 2010. Penggunaan tenaga manusia sepenuhnya dalam proses pembuatan tembikar mambong menjadikan tembikar mambong lebih istimewa berbanding tembikar-tembikar lain. penduduk kampung telah membuat kajian tentang kualiti tanah yang terdapat di kawasan kampung mambong. Hal ini adalah kerana kehalusan tangan dan bakat yang dimiliki oleh manusia dapat dilihat melalui penghasilan tembikar mambong tersebut. generasi-generasi muda pada hari ini kian melupakan tentang tentang seni kraf tembikar mambong. Ibid. Selain daripada itu juga. Hal ini adalah kerana tanah liat yang terdapat di kampung mambong lebih pejal berbanding tanah liat di kawasan-kawasan lain. Mereka berpendapat bahawa tanah liat di kampung mambong lebih berkualiti berbanding kawasan-kawasan lain. Kuala Krai. temubual oleh penyelidik. Kampung Mambong.Penghasilan tembikar mambong masih menggunakan bahan.bahan tradisional dan tiada alatan-alatan yang lebih canggih dan moden merupakan faktor utama tembikar mambong hanya dapat dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Kerana kurangnya liputan tentang tembikar mambong.4 Lokasi kampung yang terpencil dan perlu menggunakan pengangkutan bot laju untuk sampai ke lokasi tersebut turut menjadi faktor utama penghasilan tembikar mambong tidak mendapat liputan meluas daripada media massa dan media elektronik. tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan tembikar mambong merupakan tanah liat yang berbeza dengan tanah liat di kawasan-kawasan lain.

Tembikar mambong kebanyakkannya dipelopori oleh golongan yang telah berumur.5 Salah satu faktor untuk menghasilkan tembikar yang berkualiti ialah dihasilkan dalam bentuk yang seimbang dan mempunyai nilai kehalusan yang tinggi. Sebahagian besar daripada mereka berhijrah ke bandar untuk mendapatkan peluang kerja dan masa depan yang lebih cerah.6 5 Ibid. 6 . temubual penyelidik. nelayan. Kaedah penghasilan secara tradisional memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Selain itu. Motif dan rekacorak pada bahagian badan tembikar juga merupakan elemen yang penting dalam menilai nilai kreatif seseorang. Kampong Mambong. Namun demikian masih terdapat golongan muda yang berminat untuk melibatkan diri dengan penghasilan tembikar mambong dan mendapatkan ilmu daripada generasi-generasi lama yang lebih berpengalaman.Persoalan kajian ini lebih tertumpu kepada cara-cara penyediaan bahan untuk menghasilkan tembikar mambong supaya dapat menjadi rujukan yang berguna kepada generasi-generasi yang akan datang. masyarakat juga didedahkan dengan bagaimanakah untuk menghasilkan tembikar mambong yang berkualiti tinggi. Manakala generasi-generasi muda yang tinggal di kampung tersebut lebih cenderung untuk bekerja sebagai petani. Zainab Hussin. 1 Mac 2010. Kebanyakkan generasi-generasi muda yang terdapat di kampung mambong sendiri kurang berminat untuk melibatkan diri dalam penghasilan tembikar mambong. Kuala Krai. Kelantan. Kajian-kajian yang dijalankan adalah untuk mendedahkan tentang keunikan dan kehalusan dalam proses penghasilan tembikar mambong yang masih menggunakan kaedah tradisional. memungut hasil hutan dan sebagainya.

1.1 Apakah yang dikatakan tembikar mambong. apa yang menarik mengenai tembikar mambong ialah tembikar jenis ini mempunyai banyak perbezaan dengan tembikar-tembikar lain. isi kandungan tanah dan ketahanan. Keistimewaankeistimewaan yang terdapat pada tembikar mambong inilah yang telah mendorong kami untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam lagi mengenai tembikar mambong.4.Seterusnya.7 Melalui kajian ilmiah yang telah dijalankan. kajian yang telah kami jalankan berfokuskan kepada 3 aspek utama iaitu: 1.4. Pendedahan tentang tembikar mambong juga dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan tembikar kepada masyarakat terdahulu. pengkaji akan dapat berkongsi maklumat mengenai tembikar mambong dengan masyarakat umum. 7 Ibid . 1.4 Rumusan Persoalan Secara ringkasnya. warna. Diantaranya ialah dari segi bentuk. Perbezaan-perbezaan yang dimiliki oleh tembikar mambong menjadikan tembikar jenis ini lain daripada yang lain.2 Apakah alatan dan bahan yang digunakan dalam proses pembuatan tembikar mambong.

5. 1.5 Batasan persoalan Penghasilan tembikar mambong hanya terdapat di Kampung Mambong Kuala Krai Kelantan. Banyak aspek-aspek yang dapat dijalankan oleh pengkaji terhadap penghasilan Tembikar Mambong tetapi pengkaji hanya berfokuskan kepada keistimewaan yang terdapat pada Tembikar Mambong berbanding tembikar-tembikar lain.1 Fokus Kajian Fokus kajian yang dijalankan dalam menghasilkan kajian ilmiah ini meliputi aspek kemahiran. Aspek-aspek yang dikaji amat berkait rapat dengan proses pembuatan tembikar mambong.3 Bagaimanakah proses pembuatan tembikar mambong dijalankan.1. .nilai estetika yang terdapat pada tembikar mambong tersebut. Skop ini telah diperkecilkan supaya dapat diterangkan secara terperinci kepada masyarakat umum. Kesemua aspek ini menjadi tunjang utama kepada kajian mengenai proses pembuatan tembikar mambong. teknik.4. 1. penggunaan bahan dan aspek nilai.

1. Hal ini adalah kerana tanah liat di Kampung Mambong berbeza kandungan bahan berbanding tanah liat lain iaitu mempunyai kandungan Silika (SiO2) sebanyak 49. Kandungan bahan tersebut akan menjadikan permukaan tembikar mambong kelihatan berkilat seperti terdapat pecahan kaca halus setelah dibakar. kajian mengenai proses pembuatan tembikar mambong dijalankan adalah atas kesedaran diri. Antara lain. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenai dengan lebih lanjut lagi mengenai proses pembuatan tembikar mambong yang dijalankan secara tradisional. 1. Keunikan dalam proses pembuatan tembikar mambong dapat dilihat dari segi proses pembuatannya iaitu dilakukan secara tradisional dan hanya menggunakan tanah yang terdapat di sekitar Kampung Mambong sahaja. Secara umumnya. Hal ini adalah kerana penghasilan kraf tradisional kian dilupakan oleh generasi muda pada hari ini.1 Menjelaskan kepada umum apakah yang dimaksudkan dengan tembikar mambong.1.6. kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk : 1.5 % dalam kandungan tanah tersebut. .5.2 Batasan Tempat Kajian mengenai proses pembuatan tembikar mambong dijalankan di Kampung Mambong Kuala Krai Kelantan.6 Tujuan Kajian Setiap kajian yang dijalankan mempunyai matlamat yang tertentu.

1. Kesedaran untuk mengetahui perkara ini amat penting memandangkan kewujudan tentang penghasilan Tembikar Mambong kian dilupakan terutamanya generasi-generasi muda.1.1. 1.6. Hal ini adalah kerana kandungan kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu mendedahkan kepada umum tentang keistimewaan yang terdapat pada Tembikar Mambong.2 Menjadi sumber rujukan penting kepada masyarakat tentang proses pembuatan tembikar mambong.3 Memaparkan kepada umum tentang kraf kesenian warisan yang kian dilupakan.7 Faedah Kajian Kajian yang dijalankan dapat memberikan manfaat dan faedah yang berguna kepada umum.6. 1. Antara faedah yang diperolehi ialah : 1. Melalui kajian .1 Memberi pengetahuan kepada generasi muda tentang keistimewaan yang terdapat disebalik penghasilan Tembikar Mambong di Kuala Krai Kelantan.7.

.8 Tinjauan pustaka Pengkaji hendaklah perlu melakukan penyelidikan di pusat-pusat bacaan seperti perpustakaan bagi mengumpulkan lebih banyak maklumat yang berfokus kepada bahan yang hendak dikaji.2 Kajian yang dijalankan juga mampu menjadi bahan rujukan kepada pelajar mahupun masyarakat umum. 1. Pengkaji telah menjalankan kajian di perpustakaan Tuanku Bainun di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pengkaji mendapati tidak banyak buku yang dihasilkan menerangkan secara terperinci tentang Tembikar Mambong. minat pengkaji terhadap penghasilan krafkraf tradisional kian meningkat dan kami akan pertahankan agar tidak luput ditelan zaman. rencana. Bagi menjalankan penyelidikan terhadap Tembikar Mambong pengkaji telah merujuk beberapa buah buku. 1.7.yang dijalankan juga sedikit sebanyak mampu mengekalkan nilai warisan yang telah wujud sejak berkurun lamanya. 1. artikel. Kebanyakan kajian lebih menjurus kepada jenis tembikar dan proses pembuatan tembikar yang berbeza dengan proses pembuatan Tembikar Mambong. Melalui kajian ini juga. Kajian ini telah memupuk semangat sayangkan khazanah yang telah diwujudkan oleh nenek moyang kita. Kajian yang dijalankan dapat didokumentasikan supaya isi kandungan dapat dikongsi bersama supaya masyarakat dapat menghayati nilai-nilai keindahan disebalik penghasilan Tembikar mambong. dan melayari internet untuk dijadikan rujukan penting semasa menjalankan kajian ini.3.7.

. Penerangan yang jelas mengenai sejarah awal kewujudan tembikar di malaysia amat membantu kami dalam menjalankan kajian ilmiah ini. Seterusnya buku yang telah dihasilkan oleh Mohd Hisham Bin Omar iaitu bertajuk ´Bentuk Dan Corak Seni Seramik Tradisional´ . Buku ini turut menerangkan tentang fungsi tembikar bagi masyarakat pada zaman dahulu dan menjelaskan tentang penemuan-penemuan awal tembikar di malaysia. Selain daripada itu juga. Kandungan yang terdapat dalam tesis tersebut sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan kepada pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Dalam buku tersebut telah menerangkan tentang asal-usul tembikar mambong. Kandungan buku ini menerangkan dengan jelas tentang tentang bentuk dan corak yang terdapat dalam penghasilan seramik.Walaupun demikian pengkaji telah mendapat sebuah buku untuk dijadikan rujukan penting iaitu tesis yang telah dihasilkan oleh Dr. buku ´Seni Kraf Tembikar Tradisional Melayu´ yang telah dihasilkan oleh Mohd Nizam Bin Jaafar turut memberikan sedikit sebanyak maklumat dalam penghasilan kajian ini. Selain daripada itu. Buku ini menerangkan sejarah awal penemuan tembikar di malaysia. proses penghasilan tembikar mambong dan menerangkan nilai-nilai estetika yang terdapat disebalik penghasilan tembikar mambong. buku yang dihasilkan oleh beliau juga menjelaskan tentang perbezaan diantara seramik yang terdapat di malaysia dengan seramik daripada negara-negara luar. Buku ini juga turut menerangkan tentang perbezaan rekacorak seramik tradisional dengan seramik moden. Tajul Shuhaizam Bin Said iaitu ´Estetika Tembikar Mambong´.

1. Kaedah penyelidikan merupakan langkah yang diambil pendidikan. manakala method pula merupakan kaedah kajian yang dilakukan semasa kajian ilmiah dijalankan. Metadologi kajian dibuat adalah untuk menjawab persoalan tentang Proses pembuatan tembikar mambong. Kandungan buku ini juga turut menerangkan tentang taraf ekonomi masyarakat Kelantan dan nilai-nilai kesenian masyarakat Melayu Kelantan.Selain daripada itu juga. Kaedah kajian adalah bertujuan sebagai langkah untuk mempermudah dan menyempurnakan sesebuah kajian dengan berkesan. barulah pengkaji memikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai untuk dijalankan.9 Metadologi Kajian Metodologi kajian dapat diertikan sebagai ilmu-ilmu kaedah. buku yang dihasilkan oleh Rokiah Talib yang berjudul ´Politik Dan Isu Ekonomi Di Kelantan´ merupakan buku yang menerangkan tentang corak hidup masyarakat Melayu Kelantan. Buku ini juga turut menerangkan tentang perbezaan corak hidup masyarakat Kelantan dari dahulu sehingga sekarang. Penyelidik juga haruslah memilih kaedah yang bersesuaian bagi menjamin kualiti penyelidikan atau dengan kata lain untuk memastikan persoalan kajian terjawab . untuk menyampaikan objektif Setelah mengenalpasti segala permasalahan yang hendak dikaji. Adalah tidak tepat sekiranya kita menentukan kaedah sebelum adanya persoalan.

9.dengan baik berdasarkan fakta-fakta yang tepat dan tidak bercanggah . pengkaji telah memperolehi maklumat daripada tiga jenis data. berkerjasama serta berinteraksi dalam populasi masyarakat setempat dengan menggunakan nilai-nilai keindahan kraf-kraf buatan masyarakat melayu. data lisan melalui temubual yang dilakukan dan data artifak yang diperolehi melalui kajian yang dihasilkan. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif deskriptif. Dalam kajian ini. 1. Menurut Agus Sachari.1 Pendekatan Kajian Pendekatan kajian adalah ilmu pengetahuan yang digunakan oleh pengkaji bagi mendekati atau menyelesaikan persoalan yang timbul semasa kajian dijalankan. Pendekatan estetik digunakan untuk melihat dari segi sifat . berkomunikasi. nilai-nilai peribadi masyarakat dalam pembuatan kraf-kraf tradisonal. kandungan bahan. estetika adalah falsafah yang menbahaskan huraian dari keseluruhan aspek kehidupan estetik yang sealiran dengan zaman.9.2 Jenis Data Semasa menjalankan kajian. pendekatan kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah pendekatan estetik dan pendekatan kaedah teknik pembuatan. . bentuk. corak. Jenis data yang digunakan oleh pengkaji diantaranya ialah data bercetak . 1.

2.2000) hlm.2. Bahan-bahan bukti ini didapati dari penyaksi-penyaksi ataupun individu yang terlibat dalam proses pembuatan sesuatu bahan. .1. majalah.Maklumat ini akan disampaikan secara lisan oleh individu kepada individu lain.9. Data bercetak merupakan sumber data yang penting dan menjadi rujukan utama pengkaji semasa menjalankan kajian. Amin Yaakob. Data bercetak merupakan maklumat yang diperolehi daripada pembacaan dan penulisan daripada buku-buku. rencana.1 Data Bercetak Data-data bercetak merupakan data-data yang diperolehi daripada bentuk tulisan . Pengertian Falsafah Prasejarah. jurnal.8 Data lisan ialah ialah maklumat yang didapati daripada penceritaan responden kepada penulis mengenai proses-proses penghasilan tembikar mambong.2 Data Lisan Data-data lisan merupakan data yang diperolehi daripada cerita-cerita serta maklumat yang diperolehi melalui kaedah temubual yang dijalankan oleh pengkaji terhadap individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung terhadap proses penghasilan Tembikar Mambong. 1. (Kuala Lumpur : DBP. Penerangan mengenai proses pembuatan tembikar mambong diterangkan secara terperinci kepada penulis melalui proses temuramah yang dijalankan oleh pengkaji. dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh penulis. Sumber lisan merupakan sumber utama dan kedua. 8 Muhd.9. 161. surat khabar.

Ibid. Data primer merupakan data asli atau maklumat yang diperolehi daripada seseorang individu yang 9 10 Khatijah Mat Saad. bahan-bahan dan alatan.9.3 Data Artifak Data artifak merupakan berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pengkaji melalui buktibukti artifak atau bahan-bahan yang dibuat oleh manusia dan tinggalan mereka. hlm 51. 1.10 Maklumat-maklumat yang diperolehi dalam kajian tentang keistimewaan tembikar mambong digunakan oleh penulis untuk menganalisis.1. Data artifak yang diperolehi melalui kaedah ini ialah melalui rakaman serta merekodkan gambar-gambar tembikar mambong.2002). 42. Kajian Tentang Sejarah Malaysia. (Kuala Lumpur : DBP.3 Sumber Data Kebiasaanya pengkaji akan diperolehi maklumat-maklumat yang dikehendaki daripada dua sumber utama iaitu sumber primer dan sumber sekunder.9. .9 Data artifak adalah data yang dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian dan pengamatan semasa membuat kajian. hlm.2. dan tokoh yang terlibat dalam penghasilan tembikar mambong dijalankan. mengolah serta menterjemahankannya dalam bentuk penulisan. proses pembuatan.

Oleh itu. 1.9. penulis hanya memilih sumber data yang diperolehi daripada temubual bersama mereka yang terlibat dalam kajian dan melawat tempat-tempat Tembikar Mambong dihasilkan.1 Data Primer Data primer merupakan data-data yang diperolehi daripada kaedah temubual dengan sesuatu pihak secara langsung ataupun tidak langsung. merakam dan menganalisis data-data yang diperolehi daripada maklumat yang diperolehi daripada sumber tersebut. 1.3.9. Manakala data sekunder pula merupakan data-data yang diambil daripada penulisan samaada diterbitkan atau belum diterbitkan. Penulis akan mencatit. Temubual ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat yang sahih tentang Tembikar Mambong. Dalam kajian ini.3. Jenis sumber data ini dapat dilihat melalui kaedah temubual bersama seseorang individu atau masyarakat setempat..2 Data Sekunder .terlibat secara langsung terhadap proses pembuatan tembikar mambong. sumber data lisan dan tulisan digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai bahan yang hendak dikaji seperti tentang nilai-nilai keistimewaan Tembikar Mambong.

kaedah tinjauan daripada perpustakaan seperti bacaan buku serta kaedah temubual daripada sumber primer. rujukan daripada internet juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan kajian yang dihasilkan. Disamping itu juga. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk membantu strategi kajian.4 Kaedah Mengumpul Data Maklumat-maklumat yang berkaitan tentang Tembikar Mambong dapat dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Data sekunder juga dikenali sebagai data tulisan . sekunder dan tetier. . pengumpulan data. membuat kajian. risalah. Antara bahan-bahan bacaan yang boleh dijadikan rujukan ialah majalah. Kaedah-kaedah yang sering digunakan oleh penyelidik ialah seperti kaedah temuramah serta soal selidik individu yang terlibat dengan kajian.Data sekunder ialah merupakan data yang diperolehi secara kajian dan bacaan daripada sumber-sumber bacaan ataupun gambar-gambar yang berkaitan dengan kajian. 1. maklumat daripada bahanbahan sekunder ini boleh diperolehi melalui rujukan perpustakaan. iklan dan lain-lain lagi. Kaedah dan teknik penyelidikan yang sesuai merupakan cara-cara yang digunakan oleh penyelidik bagi mengumpul data-data atau maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan kajian ini.jurnal. tinjauan pustaka dan sebagainya. Selain daripada itu juga. teknik penyelidikan pula merujuk kepada kaedah khusus dalam reka bentuk kajian yang telah dijalankan. Selain daripada itu juga kajian ini menggunakan tiga teknik mengumpul data iaitu kaedah pemerhatian melalui bentuk proses pembuatan dan nilai-nilai keistimewaan yang terdapat pada bahan kajian. artikel.9.

Dalam teknik temubual ini.4. kemahiran berkomunikasi dan kecekapan memberikan soalan terhadap responden adalah penting bagi mendapatkan maklumat yang lengkap. Maklumat yang terperinci dan fakta-fakta akan diperolehi oleh pengkaji sekiranya individu yang ditemubual masih bergiat aktif dalam penghasilan bahan-bahan yang hendak dikaji.1. Kaedah-kaedah ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai keistimewaan tembikar mambong.9. hal ini adalah kerana penulis akan menemubual seseorang individu yang terlibat secara langsung terhadap bahan kajian yang hendak dikaji. 1.4.9. Hal ini adalah kerana sesuatu kajian memerlukan seseorang pengkaji mengumpul sebanyak mana data dan maklumat yang diperlukan bagi melancarkan sesuatu kajian penyelidikan.2 Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian daripada pelbagai sudut merupakan kaedah yang penting sebelum melakukan sesuatu kajian.1 Kaedah Temubual Kaedah temubual merupakan kaedah pengumpulan data primer iaitu melalui kaedah ini fakta yang diperolehi adalah lebih tepat. Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua cara iaitu . pengkaji juga boleh mendapatkan maklumat yang tepat melalui pembacaan buku-buku yang mempunyai maklumat yang sahih yang berkaitan dengan bahan kajian. Selain daripada itu juga.

data yang sah diguna pakai manakala data yang diragui kesahihannya disimpan sebagai data yang samar. keratan akhbar dan lainlain lagi mampu memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai tembikar mambong. rencana. risalah.pemerhatian tanpa turut serta iaitu mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber tertentu manakala pemerhatian turut serta pula ialah penulis terlibat secara langsung dalam kedua-dua kaedah pemerhatian ini. Data yang dikumpul akan dikaji oleh penyelidik bagi mempastikan darjah kepercayaannya melalui beberapa jenis pengesahan.4.2 Kaedah Kajian Pustaka Kajian daripada perpustakaan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang nilainilai keistimewaan yang terdapat pada penghasilan tembikar mambong di Kuala Krai Kelantan. 1. dan pengesahan (contermability).9. 1.9. Melalui pembacaan buku-buku.5 Kaedah Vertikasi Data Kaedah vertifikasi data dilakukan selepas semua proses pengumpulan data dilakukan. Hal ini bermaksud pengkaji melihat proses pembuatan bahan kajian berlangsung. . jurnal. pemindahan (transferbility). pergantungan (dependebility). Semua data dan maklumat yang diperolehi hendaklah dibuktikan berdasarkan fakta-fakta yang betul dan terbukti kesahihannya melalui empat penilaian kriteria iaitu darjah kepercayaan (credibility).

Sebagai contohnya data-data yang berkaitan dengan estetik bahan kajian diasingkan dalam sub estetik .5.9.3 Pergantungan Data .1 Triagulasi Data Triangulasi merupakan satu teknik menentukan maklumat yang diperolehi sahih. Kesesuaiannya dengan kaedah teori yang digunakan oleh pengkaji. Untuk menentukan data yang diperolehi adalah sah tahap kepercayaannya. pengkaji akan membuat analisis dan huraian terperinci terhadap data-data yang diperolehi dengan mengaitkan suatu data dengan suatu data yang lain. beberapa kaedah triangulasi dibuat seperti pemerhatian dalam jangka masa tempoh yang panjang akan dilaksanakan. seterusnya membuat perbandingan data-data yang telah diperolehi. 1.1.5. perbincangan dengan panel dalam bidang yang bersesuaian dengan sumber data dan pemeriksaan kembali dikalangan pengkaji.5. 1.9.9.2 Pemindahan Data Data-data dan maklumat yang diperolehi berkaitan dengan bahan kajian yang telah dikumpul oleh pengkaji seterusnya akan diasingkan mengikut kumpulan sumber masing-masing. Setelah semua data yang telah divertikasikan terkumpul.

6 Kaedah Menganalisis Data Kaedah menganalisis data merupakan kaedah mengolah. mengkaji. Mengananlisis dan penelitian terhadap data-data terkumpul yang telah divertikasi samaada bertulis seperti rencana. Data-data ini seterusnya disusun kedalam unit-unit berkaitan kategorinya. Menganalisis data merupakan sesuatu perkara yang penting bagi menarik minat penyelidik. Semua data-data yang telah dikumpulkan yang diperolehi daripada hasil kajian yang telah dijalankan akan dianalisis tentang kesahihan mengikut sumber masing-masing. Seterusnya data yang diperolehi daripada pendekatan kuatitatif akan dikumpulkan dan dipilih mengikut kesesuaian kajian yang dilakukan. dan membuat kesimpulan terhadap maklumat-maklumat yang diperolehi. penganalisis perlu melakukan dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan berlaku. 1. Pengkaji telah membuat penafsiran dengan melakukan audit kebergantungan. dokumen-dokumen. . Kaedah ini dilakukan apabila data diperolehi hasil daripada pemerhatian dan temubual. rekod-rekod catatan bagi menyelesaikan persetujuan. transkrip.Pergantungan data merupakan jenis-jenis maklumat yang terakhir sebelum membuat penafsiran atau kebarangkalian. Data-data yang terkumpul akan dihubungkaitkan diantara satu sama lain bagi mewujudkan keseimbangan data-data yang terdapat hasil daripada kajian.9.

7 Penarikan Kesimpulan Penarikan kesimpulan merupakan rungkaian segala permasalahan yang timbul semasa menjalankan kajian. Semua data-data yang berkaitan dengan bahan kajian telah dianalisis dan dibuktikan darjah kesahihannya.9. .1.

3 Sumber Data 1.4 Rumusan Persoalan 1.4 Kaedah Mengumpul data ` 1 2 3 8 8 9 9 10 11 12 14 14 15 15 16 17 17 18 18 19 .3.9.2 Jenis Data 1.2.9.2 Data Lisan 1.3 Persoalan Kajian 1.9.9.2.9.1 Pendekatan kajian 1.3.5.3 Data Artifak 1.2 Data Sekunder 1.2 Batasan tempat 1.5 Batasan Persoalan 1.1 Pengenalan 1.9.1 Data Bercetak 1.6 Tujuan Kajian 1.2.8 Tinjauan Pustaka 1.1 Fokus kajian 1.ISI KANDUNGAN Muka Surat PENGAKUAN PENGESAHAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI GAMBAR i ii iv v vi BAB 1 PENDAHULUAN 1.9.7 Faedah Kajian 1.9.1 Data Primer 1.9 Metodologi kajian 1.9.2 Latar Belakang Kajian 1.5.

9.1.1 Triangulasi Data 1.9.1 Latar Belakang Budaya Hidup Masyarakat Melayu Kelantan 2.5.9.2 Kaedah Pemerhatian 1.1 Latar Belakang Sejarah Kelantan 2.1Tanah Liat 3.2 Alatan Yang Digunakan Dalam Proses Pembuatan Tembikar 54 54 63 .9.1 Kaedah Temubual 1.3 Pergantungan Data 1.5 Kaedah Vertifikasi Data 1.7 Penarikan Kesimpulan 20 20 21 21 22 22 23 23 24 BAB 2 LATAR BELAKANG SEJARAH DAN SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT MELAYU KELANTAN 2.1 Bahan Dalam Proses Pembuatan Tembikar Mambong 3.2 Kaedah Kajian Pustaka 1.2 Pemindahan Data 1.9.2.2 Latar Belakang Agama Dan Adat Kepercayaan Masyarakat Melayu Kelantan 2.2.4 Latar Belakang Pendidikan Masyarakat Melayu Kelantan 2.9.3 Latar Belakang Kesenian Masyarakat Melayu Kelantan 2.9.1.9.2 Latar Belakang Sosio-Budaya Masyarakat Melayu Kelantan 2.4.4.2.9.5 Latar Belakang Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Kelantan 46 35 39 44 31 25 31 BAB 3 ALATAN DAN BAHAN DALAM PROSES PEMBUATAN TEMBIKAR MAMBONG 3.5.6 Kaedah Menganalisis Data 1.4.1.2.2 Air 3.2.5.

2.2.2 Proses Pengeringan Tanah Liat 4.2.1.1.6 Proses Melicin Dan Memperkemaskan Tembikar Mambong 4.1.2.2 Proses Memperkemaskan Bahagian Luar 4.5 Proses Menaikkan Badan Tanah Liat 4.7 Pelicin/ Gegelung 3.1 Kaedah Dan Proses Pembuatan Tembikar Mambong 4.8 Proses Mencorak Permukaan Tembikar Mambong Dilakukan BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN 5.Mambong.1.7 Proses Pemadatan Dan Perkemasan 4.5 Pengukir 3.1.2.1 Kesimpulan 5.1.1.1..1 Proses Mengasingkan Bendasing Dari Tanah Liat 4. 3.6.2.2.3 Pinggan/Pemutar 3.4 Penggores 3.4 Proses Menggunakan Teknik Picit Dari Dalam 4.3 Proses Menguli Dan Meratakan Tanah 4.1 Proses Memperkemaskan Bahagian Dalam 4.6 Penepek 3.8 Penekan motif 65 65 67 68 71 71 72 73 75 BAB 4 PROSES PEMBUATAN TEMBIKAR MAMBONG 4.6.2 Saranan 103 105 78 82 85 87 90 92 93 96 97 99 101 BIBLIOGRAFI .2 Roda Pembentuk Tembikar 3.1.1.2.1 Batu Sungai 3.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.