httpwww.youtube.

comwatchv=fwlGgZi DhqEISI KANDUNGAN
Perkara Isi Kandungan Pengenalan 1.0 Pencemaran Udara 1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara 1.2 Kesan-kesan Pencemaran Udara 1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia 1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan 1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan 1.2.4 Kesan Terhadap Bahan 1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon 1.2.6 Kejadian Hujan Asid 1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global 1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera Muka Surat 1 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 5 7 8 8 8 9 9 9 10

2.0 Pencemaran Air
2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air 2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air 2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia 2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air 2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut 2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar 2.2.5 Banjir 2.2.6 Kemusnahan Hidupan Akuatik 3.0 Pencemaran Tanah 3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah 3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah 3.2.1 Tanah Beracun 3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit 3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya 3.2.4 Tanah Gersang 3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah 3.2.6 Hakisan Tanah 4.0 Pencemaran Bunyi 4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi 4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi 4.2.1 Menggangu Persekitaran 4.2.2 Masalah Kepada Pendengaran Manusia 14 15

11 11 11 12 12 12 13 13 14 14

Penutup Rujukan

16 17

1

Lampiran

PENGENALAN

18-20

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini. Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu yang lain. ekosistem manusia dan hidupan Pencemaran bermaksud

sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian alam
2

udara sentiasa menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. yang kita ketahui.sekeliling dengan melepaskan. keselamatan.hidupanhidupan liar.Pencemaran Tanah 4.pencemaran boleh diklasifikasikan kepada empat jenis yang utama Pencemaran Udara 2.Pencemaran Bunyi 3 . Masalah pencemaran seperti pencemaran air.mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah. yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan. Seperti iaitu:1. atau kebajikan awam atau kepada binatang.Pencemaran Air 3.tanah. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat yang akan datang.akuatik atau tumbuh-tumbuhan.

Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap.2 Kesan–Kesan Pencemaran Udara 1 2 Environmental Management in Sabah : Issues and Challenge (Hal 3) Environmental Science : A Global Concern (Page464) 3 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 40) 4 . dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal2. kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar. cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan1 yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan. dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal3.0 PENCEMARAN UDARA 1.1. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan. kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar. 1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas.

ayam. wap atau bahanbahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 19506. bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. kabus.asap. 1. Selain itu. lembu. gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida.2. dan perubahan pertumbuhan5. bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh 4 5 Environmental Science : A Global Concern (Page477) Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 41) 6 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42) 5 . Sebagai contoh. sekumpulan burung kenari. Habuk. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun). 1. itik. Klorosis (Pertukaran warna). Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Selain itu. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara.1. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Alfalfa. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Mexico. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. tomato.3 Kesan Terhadap Haiwan Seterusnya. kapas. kekacang. di Poza Rica.2.2. barli.

pakaian. 1. atau kehitaman permukaan.2. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandarbandar tersebut. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.2. pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran. kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.4 Kesan Terhadap Bahan Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan.2. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang 7 8 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42) Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal42) 9 Monitoring The Environment (Page 28) 10 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176) 6 . Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur.plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. kelunturan. alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini10. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.3 mikrometer.6 Kejadian Hujan Asid Seterusnya. Selepas beberapa lama. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. 1. dan juga benda-benda lain8.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari 9. Selain itu. 1.

kertas dan bahan binaan bangunan. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak turun ke tempat-tempat dengan lain hujan dan dan membawa asid-asid tersebut. Ia juga boleh menghakis pakaian. Asid itu akan bersama-sama menimpa hidupan yang terdapat di dunia.disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11. asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan 11 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page70) 7 . Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dengan atmosfera dan oksida-oksida air yang nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas terdapat di wap dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Selain itu.

032 peratus pada tahun 1968 kepada 0. dan kesan ini dikenali sebagai kesan ‘rumah hijau’.5 darjah selsius. 12 13 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini14. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0. 45) 8 .2. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuk Malaysia. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.8 Kesan Terhadap Atmosfera Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan16. banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal15. 1. 45) Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176) 14 Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page121) 15 Global Forest : Issues For Six Billion People (Page266) 16 Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal.kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur12. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas. Selain itu. 1.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. ekosistem terganggu. pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat di kalangan para saintis di abad ini.2. ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.

0PENCEMARAN AIR 2.2. keadaan. 439) 9 . warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan17. 17 Environmental Science : A Global Concern (Hal.1 Air Pencemaran air ini berlaku apabila Pengenalan Kepada Pencemaran terdapat perubahan dari segi kandungan.

Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi. kimiawi. fisiologis dan biologi. kimia. dan fizik18. pH. dan suhu. 3) 10 . Secara saintifik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja.pantai dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang sumber berdekatan air boleh dengan dinilai sumber air tersebut. zat terlarut dalam air. pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberap jenis iaitu pencemaran fisika.tetapi juga di laut. suhu dan kekeruhan 18 Environmental Management in Sabah : Issues and Challenges (Hal. Pencemaran fisika ini ditentukan oleh perubahan warna. Keadaan atau tahap pencemaran berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut. keperluan oksigen biokimia (BOD).

fluol dan merkaptan. Selain itu. oleh insektisida. ia juga berpunca daripada persenyawaan fungisida pencemaran organoklor dan fisiologi pada dapat air. Pencemaran biologi pula disebabkan oleh mikroorganisma dalam sumber air tersebut 11 . karbohidrat dan lemak bahan buangan industri mengandungi garam beracun serta tumphan minyak di laut. Seterusnya tidak herbisida. dikenalpasti daripada bau dan rasa yang menyenangkan jenis ini pada sumber Pencemaran disebabkan persenyawaan amina.sumber air tersebut.punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung di atas air. Manakala disebabkan pencemaran oleh zat kimiawi organik yang biasanya dan termasuk protein.

2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air 2. virus. protozoa.seperti bakteria patogen.1 Manusia Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam 19 Kesan Terhadap Kesihatan Alam Sekitar Angerah Tuhan (Hal 21) 12 . 2. parasit dan zat toksin19.

2. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar.air20.2 Kesan Kepada Kualiti Air Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti 20 21 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. Selain itu.22) Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air21. sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri 2.23) 13 .

secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan yang di tinggi kawasan dan itu sukar untuk secara beradaptasi kerana keadaan suhu airnya meningkat mendadak justeru mengganggu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan. Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair. burung. ikan dan hidupan lain. seperti kehadiran nitrat Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik. Hal ini memberi kesan 22 negatif terhadap kesihatan. 60) 14 .air22.

Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini26. pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan. nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. 2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen.2. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di laut menjadi punca hal tersebut berlaku. sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).2. pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada masa kini terjejas. Tetapi. apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah.2. 4) 15 . Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri. 91) Environmental Indicator Report (Hal 15) 25 Environmental Science : A Global Concern (Hal.yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. 2. 450) 26 Teori Ekonomi Alam Sekitar (Hal. 23 24 Economic Losses From Marine Pollution (Hal. fosforus dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut23. 2. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar25.5 Menjejaskan Keindahan Alam Seterusnya. Oleh itu.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai24.

pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwanhaiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan.2.6 Banjir Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai.7 Kemusnahan Hidupan Akuatik Di Malaysia.2. banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Sungai Perai. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap. pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air28. Sungai Sepang. Sungai Kelang. Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan.2. Sungai Pinang. racun makhluk perosak. urbanisasi. Bagi spesies yang tahan lasak. keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. dan juga mempengaruhi pembuatan makanan. samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. 45) 16 . 27 28 Economic Losses from Marine Pollution (Hal. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. 2. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru. produktiviti makanan. dan kos meningkat27. serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut. 101) Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. aktiviti perindustrian. termasuk manusia. Sungai Jejawi.

Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Russia 29.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna. Inya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap. pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl.3. 3. 60) 17 . kimia atau fizik. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.1. kesuburan dan hakisan. Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri.1 Tanah Beracun Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Kesannya 29 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik. tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah 3. pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear.0PENCEMARAN TANAH 3. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan. dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar. sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami.

2. yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan. manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.2.4 Tanah Gersang Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut.dapat dirasai hingga ke Sweden. sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit30. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuhtumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit Selain itu. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. 3. 455) 18 . perlombingan yang berlebihan. penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. landasan keretapi dan lapangan terbang.2. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. padang ragut 30 Environmental Science : A Global Concern (Hal. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur). 3. penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya. 3. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas . Tikus.

misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut. 24) 19 . padang ragut yang meluas dan berlebihan. 23) 33 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. penebangan hutan.2. 31 32 Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal.2.yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak. 3. dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman33. 3. sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah32. Di negara-negara tertentu juga. 63) Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal.6 Hakisan Tanah Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat. dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang31. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia.

Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput.0 PENCEMARAN BUNYI 4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi 4. Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti letupan. Secara saintifik.4. Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. 184) 36 Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. memahat. Selain itu. ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa. perindustrian. senjatapi. gergaji rantai. contohnya mesin biasa.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran34.1 Menggangu Persekitaran Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau37. dan pengetam. dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan lalulintas. keriuhan di Pasar. 33) 37 Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulangan seperti memaku. Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas. pembinaan. 4. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan. dan trafik36. persekitaran dan sebagainya35. 70) Global Environmental Issues : A Climatoligical Approach (Hal.2. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat 34 35 Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 34) 20 . tembakan.

34) 40 Pencemaran Alam Sekitar (Hal. 264) Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. loya. gangguan percakapan. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap38. meningkatkan pergerakan otot. dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku40. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB. 4.2. meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil39. pergerakan mata tak dapat dikawal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari. muntah. 38 39 Global Forest : Issues For Six Billion People (Hal. pening. 25) 21 .2 Masalah Pendengaran Manusia Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia juga.bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah.

Manusia memerlukan bahan makanan. bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti. 22 . dan barulah mengambil tindakan. Kejadian hujan asid. Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini. Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Sekiranya sumber makanan dicemari. dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal. Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.PENUTUP Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Kesimpulannya. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahanlahan. kesan rumah hijau. Jika pencemaran dibiarkan berterusan. penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.

Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.2002.Inc. Kemp.London : Routledge Douglas D.1996. Mohaidi Tajuddin.1989.Industrial Pollution Prevention Handbook.Seneca.New Yor: McGraw-Hill.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Penerbit Mikamas Jasman Ahmad.Kota Kinabalu : ECD Sabah EPD Sabah.1990. Joseph J.Kota Kinabalu : EPD Sabah. Inc Ismail Sahid.Economical Losses From Marine Pollution.Pencemaran Udara dan Bunyi.Environmental Indicator Report.Global Forest: Issues For Six Billion People.Kula Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 23 .1992.2003. Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.Monitoring The Environment.Ofiara.UKM:UKM Jan G Laurman.Global Environmental Issue: A Climatological Approach. Freeman.1985. Roger A.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn. United States Of America:Island Press ECD Sabah.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge. Bhd.Pencemaran Alam Sekitar.1992. Sedjo.2001. United States Of America : McGraw-Hill.Kuala Lumpur : IKIM Bryan Cartledge.1996.United States of America : Oxford University Press David D.RUJUKAN Abu Bakar Yang.2004. Harry M.1995.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.

Brwon Publishers LAMPIRAN Pencemaran Udara : Pelepasan Asap dari kilang 24 .Conningham.1990.Environmental Science: A Global Concern. Barbara Woodworth.William P.United States of America: WM C.

Pencemaran Air 25 .

Izuhan.blogspot. Sumbangan : Valentino.com 26 .Pencemaran Tanah ___________________________________________________________________________ Projek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Semester 1 2008. Universiti Malaysia Sabah. Irul. Nazlee www. Firdaus.mrvalsonz.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful