P. 1
pendedahan kendiri remaja

pendedahan kendiri remaja

4.71

|Views: 1,442|Likes:
Published by Halismy
Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan(2001) 81 - 92kepada Ibu Bapa Jurnal Pendidikan 26 oleh Remaja

81

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa
ZURIA MAHMUD ABDUL RAZAK HABIB SALLEH AMAT

ABSTRAK

Artikel ini melaporkan kajian yang telah dijalankan terhadap 388 pelajar sekolah menengah untuk mengetahui aspek pendedahan kendiri mereka kepada ibu dan bapa. Dua soalan kajian utama ialah: Pertama, adakah terdapat perbezaan dalam jumlah pendedahan kendiri yang
Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan(2001) 81 - 92kepada Ibu Bapa Jurnal Pendidikan 26 oleh Remaja

81

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa
ZURIA MAHMUD ABDUL RAZAK HABIB SALLEH AMAT

ABSTRAK

Artikel ini melaporkan kajian yang telah dijalankan terhadap 388 pelajar sekolah menengah untuk mengetahui aspek pendedahan kendiri mereka kepada ibu dan bapa. Dua soalan kajian utama ialah: Pertama, adakah terdapat perbezaan dalam jumlah pendedahan kendiri yang

More info:

Published by: Halismy on Aug 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan(2001) 81 - 92kepada Ibu Bapa Jurnal Pendidikan 26 oleh Remaja

81

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa
ZURIA MAHMUD ABDUL RAZAK HABIB SALLEH AMAT

ABSTRAK

Artikel ini melaporkan kajian yang telah dijalankan terhadap 388 pelajar sekolah menengah untuk mengetahui aspek pendedahan kendiri mereka kepada ibu dan bapa. Dua soalan kajian utama ialah: Pertama, adakah terdapat perbezaan dalam jumlah pendedahan kendiri yang dibuat kepada ibu dengan bapa berdasarkan jantina ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, jantina pelajar, dan tingkatan; dan kedua, adakah terdapat perbezaan dalam perkara-perkara yang diceritakan kepada ibu dengan bapa berdasarkan faktor-faktor jantina ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, jantina pelajar dan tingkatan. Ujian-t dan ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam jumlah pendedahan kendiri kepada ibu dengan bapa berdasarkan faktor jantina ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, jantina pelajar dan tingkatan. Pengiraan kekerapan menujukkan bahawa perkara yang paling kerap diceritakan kepada ibu bapa ialah kegiatan-kegiatan seperti peperiksaan dan pekerjaan, makanan kegemaran, jumlah biasiswa serta sukan yang diminati, manakala perkara yang paling kurang diceritakan ialah kegiatan seks, sama ada mereka berhutang, bercinta, serta perasaan tentang rupa paras. Seterusnya artikel ini membincangkan implikasi dapatan kajian ini dari perspektif pendidikan dan kaunseling.
ABSTRACT

This article reports the research carried out on 388 secondary school students in order to examine their amount of self disclosure to their mother and father. Two main research questions were: first, is there a difference in the amount of self disclosure done by students to their parents based on parents’ gender, students’ gender, parents’ education, and students’ level of schooling; second, is there any difference in the items disclosed to parents based on parents’ gender, students’ gender, parents’ level of education, and students’ level of schooling. T-test and ANOVA show that there is a significant difference in the amount of self disclosure to mother and father based on parents’ gender, parents’ level of education, students’ gender, and students’ level of schooling. Frequency count shows that the most disclosed items are activities such as

82

Jurnal Pendidikan 26

examination and work, favourite food, amount of scholarship received, and favourite sports. Items least shared with parents are sexual activities, whether they owe money to someone, whether they are in love, and their feelings about their looks. This article also discusses implications of the results from the educational and counseling perspectives. PENGENALAN Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman, Paris dan Hall (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap, dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah 1997; Graham 1992; Leung & Leung 1992; Yusof 1984). Penglibatan remaja dalam gejala sosial di Malaysia hari ini seringkali dikaitkan dengan kelemahan hubungan kekeluargaan. Banyak perkara yang dilakukan oleh remaja tidak diketahui oleh ibu bapa mereka disebabkan tiadanya komunikasi yang berkesan antara kedua-duanya. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki dikatakan punca keluarga tidak dapat meluangkan masa untuk mendengar cerita anakanak, dan keadaan persekitaran rumah yang tidak selesa menjadikan remaja lebih senang bersama kawan-kawan di luar (Yunus 1984). Justeru, terdapat keperluan untuk melihat dengan lebih mendalam aspek interaksi remaja dengan keluarga mereka. Sehubungan itu, kajian ini memeriksa interaksi remaja dengan ibu bapa mereka dari aspek jumlah interaksi, perkara yang diceritakan serta faktor-faktor yang mempengaruhi pendedahan kendiri tersebut. Konsep yang dikaji ialah pendedahan kendiri remaja kepada ibu bapa mereka.
PENDEDAHAN KENDIRI KEPADA KELUARGA

Pendedahan kendiri ialah satu proses di mana seseorang memberitahu (berkomunikasi) kepada orang lain tentang perasaan dan pengalamannya (Jourard 1974). Konsep pendedahan kendiri (self disclosure) ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Jourard dalam perbincangannya tentang personaliti yang sihat. Menurut Jourard (1974) pemberitahu akan dapat mengenali dirinya dengan lebih mendalam dan membentuk personaliti yang lebih sihat apabila ia mendapat maklum balas daripada pendengar. Derlega, Metts, Petronio, Margulis (1993) menyatakan bahawa pendedahan kendiri mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah untuk seseorang

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa

83

mendapatkan sokongan moral terhadap pemikiran dan perasaannya, serta untuk meminta bantuan. Oleh itu, bagi remaja, pendedahan kendiri kepada ibu bapa adalah sesuatu yang positif kerana ia membolehkan mereka mewujudkan hubungan yang berkesan dan seterusnya sentiasa mendapat bimbingan serta sokongan ibu bapa dalam menghadapi cabaran hidup sebagai remaja. Walaupun begitu, pendedahan kendiri bukanlah mudah untuk dilakukan kerana tingkah laku ini melibatkan seseorang menceritakan hal-hal yang mungkin sulit dan peribadi. Orang tidak akan menceritakan perkara yang mendatangkan keburukan seperti dibenci, kehilangan kawan-kawan atau dimarahi oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, hanya perkara yang tertentu sahaja yang diceritakan dalam pendedahan kendiri. Kajian Jourard (1958) menunjukkan bahawa perkara yang paling sering diceritakan oleh seseorang kepada orang lain ialah maklumat tentang kerja, cita rasa, hobi, dan minat berbanding dengan butiran tentang seks, kedudukan kewangan, dan perasaan serta masalah berkaitan diri dan peribadi. Pendedahan kendiri tidak mudah dilakukan tanpa situasi yang menggalakkan. Apabila seseorang menyatakan sesuatu yang sulit, ia mengharapkan pendengar tidak memperkecilkan ceritanya ataupun tidak membocorkan rahsianya. Oleh itu pendedahan kendiri hanya dibuat bila seseorang rasa selamat dan dihargai (Steel 1991). Beberapa faktor yang didapati mempengaruhi pendedahan kendiri adalah faktor-faktor seperti generasi, jantina pemberitahu dan pendengar, kepercayaan, timbal balik (reciprocity), dan budaya (Chen 1993; Norrell 1984). Kajian-kajian menunjukkan faktor-faktor ini mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak kepada ibu bapa: jantina pendengar (ibu lebih banyak daripada bapa), jantina pencerita (anak perempuan lebih banyak bercerita daripada anak lelaki), umur (anak remaja awal kurang bercerita kepada ibu bapa berbanding dengan anak remaja akhir), tahap akademik bapa (pendedahan kendiri anak lebih kepada bapa yang lebih tinggi akademiknya), dan terdapatnya timbal balik (jika ibu bapa juga suka bercerita dengan anak-anak) (Buhrmester & Prager 1995; Franzoi & Davis 1985; Miller & Stubblefield 1993; Zuria 1997). Penjelasan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji tersebut tentang faktor yang mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak kepada ibu bapa adalah menarik, praktik, dan boleh membantu ibu bapa memperbaiki hubungan dengan anak mereka. Contohnya, Sinha (1972) mendapati bahawa remaja perempuan di India lebih senang bercerita dengan ibu bapa mereka apabila umur remaja tersebut bertambah dibandingkan semasa mereka lebih muda. Menurut Sinha remaja peringkat ‘awal’ mempunyai perasaan malu untuk menceritakan hal diri mereka kepada keluarga mereka dibandingkan dengan remaja peringkat ‘akhir’. Seterusnya, Franzoi dan Davis (1985), yang mendapati kelulusan akademik bapa mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak menjelaskan bahawa bapa yang berpendidikan tinggi berkemungkinan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lebih mesra dan terbuka dibandingkan dengan bapa yang kurang pendidikan dan masih menggunakan cara-cara tradisional dalam berkomunikasi dengan anak. Walaupun begitu, secara amnya didapati anak lebih banyak membuat

84

Jurnal Pendidikan 26

pendedahan kendiri kepada ibu berbanding dengan bapa (Zuria 1997). Dapatan ini menyokong pendapat Chiam (1987) bahawa remaja merasakan ibu mempunyai ciri-ciri pengasih, penyayang dan lebih memahami mereka dibandingkan dengan bapa. Penjelasan ini menunjukkan bahawa pendedahan kendiri anak boleh dipupuk jika ibu bapa belajar kemahiran-kemahiran yang sesuai. Bapa terutamanya boleh mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan lebih mesra dan terbuka serta cara-cara memberi perhatian agar anak boleh bercerita dengan lebih terbuka kepada mereka. Kajian ini diharap dapat memberi penjelasan lebih mendalam tentang konsep pendedahan kendiri terutama dari aspek faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku ini di kalangan remaja di Malaysia. METODOLOGI
SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian ini terdiri daripada 388 orang pelajar Tingkatan 2, 4, dan 5. Daripada jumlah ini, pelajar Tingkatan dua adalah seramai 31 orang, pelajar Tingkatan 4 seramai 292 orang, manakala pelajar Tingkatan 5 seramai 65 orang. 206 orang daripada sampel ini adalah pelajar perempuan, manakala 182 orang adalah pelajar lelaki.
PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah bersandar untuk kajian ini ialah pendedahan kendiri. Pembolehubah bebas pula ialah jantina subjek, jantina pendengar (ibu atau bapa) tahap pendidikan ibu dan tahap pendidikan bapa. Empat tahap pendidikan ibu bapa yang dikaji ialah Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institut Latihan, dan Universiti. Pembolehubah tingkatan dipilih untuk menggambarkan peringkat remaja. Tiga tingkatan yang diselidiki ialah Tingkatan 2, Tingkatan 4, dan Tingkatan 5. Mengikut Newman dan Newman (1979), remaja peringkat ‘awal’ bermula pada umur 11-12 (Tingkatan satu), dan berakhir pada umur 17-18 (Tingkatan lima).
ALAT KAJIAN

Dua alat digunakan untuk mendapatkan data kajian ini. Pertama, borang maklumat peribadi dan keluarga yang mempunyai soalan-soalan tentang jantina, tingkatan, serta tahap pendidikan ibu dan tahap pendidikan bapa. Kedua, Jourard Self Disclosure Questionnaire yang telah dialihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kebolehpercayaan alat ini ialah pada alpha 93. Terdapat 25 item berkenaan perkara-perkara yang diceritakan kepada orang lain. Dalam kajian ini, sampel memberitahu sama ada mereka menyatakan, menyatakan dengan sedikit

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa

85

sahaja, ataupun tidak menyatakan langsung tentang sesuatu perkara kepada ibu bapa mereka. ANALISIS DATA Data kajian ini diproses menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS). Ujianujian statistik yang dijalankan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan jumlah pendedahan kendiri kepada ibu dan kepada bapa, dan analisis varian untuk melihat perbezaan jumlah pendedahan kendiri berdasarkan pembolehubah jantina, tingkatan, tahap persekolahan ibu dan tahap persekolahan bapa. Pengiraan kekerapan dilakukan untuk melihat apakah perkara yang diceritakan kepada ibu dan bapa berdasarkan faktor-faktor yang sama. Aras kesignifikanan ujian ditetapkan pada tahap 0.05. HASIL KAJIAN
PENGARUH JANTINA, TINGKATAN, TAHAP PENDIDIKAN IBU DAN BAPA

Ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam jumlah pendedahan kendiri bagi faktor-faktor tingkatan (F=3.47, k=0.03), dan tahap pendidikan ibu (F=4.4, k=.00), serta tahap pendidikan bapa (F=3.0., k=0.03). Keputusan Ujian Post Hoc Tukey menunjukkan pelajar Tingkatan 5 didapati membuat lebih banyak pendedahan kepada ibu bapa (min=50.0) diikuti oleh pelajar Tingkatan 4 (min= 48.8) dan pelajar Tingkatan 2 (min = 40.0). Ujian Post Hoc Tukey untuk faktor Tahap Pendidikan Bapa menunjukkan remaja yang mempunyai bapa berpendidikan universiti membuat lebih banyak pendedahan kendiri (min=51.7), diikuti oleh bapa berpendidikan institusi latihan (min=48.1), bapa berpendidikan menengah (min=46.5) dan bapa berpendidikan rendah (min=44.1). Ujian Post Hoc Tukey untuk tahap pendidikan ibu juga menunjukkan remaja yang mempunyai ibu berpendidikan universiti membuat lebih banyak pendedahan kendiri (min=53.2), diikuti oleh ibu berpendidikan institusi latihan dan menengah (min=48.3 dan 48.8), dan ibu berpendidikan rendah (min=42.1).
JUMLAH PENDEDAHAN KENDIRI BERDASARKAN JANTINA IBU DAN BAPA

Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi jumlah pendedahan kendiri berdasarkan jantina pendengar (ibu dan bapa). Jumlah pendedahan kendiri yang dibuat kepada ibu (n=388, min=26.17) melebihi jumlah pendedahan kendiri yang dibuat kepada bapa (n=388, min=21.88) pada aras kebarangkalian 000.

86

Jurnal Pendidikan 26
PERKARA YANG PALING KERAP DICERITAKAN OLEH REMAJA KEPADA IBU BAPA

1. Perkara Paling Kerap Diceritakan Kepada Bapa Berdasarkan Faktor Jantina Remaja, Tingkatan Remaja Dan Tahap Pendidikan Bapa. Pengiraan kekerapan menunjukkan bahawa perkara yang paling kerap diceritakan oleh remaja lelaki kepada bapa ialah item #5 (permainan sukan yang saya main) dan item #20 (sama ada saya terlibat dalam kegiatan penting seperti peperiksaan, pekerjaan dan sebagainya). Ini diikuti oleh item #25 (maklumat tentang biasiswa dan duit poket saya). Item #20 juga dipilih oleh remaja perempuan sebagai perkara yang paling kerap diceritakan kepada bapa, diikuti oleh item #13 (tempat-tempat yang pernah saya lawati). Dari segi Tingkatan, tidak terdapat perbezaan bagi perkara yang paling kerap diceritakan kepada bapa kerana kebanyakan remaja dari Tingkatan 2, 4, dan 5 memilih item #20. Ini diikuti oleh item #25 bagi pelajar Tingkatan 2 dan 5, dan item #8 (makanan kegemaran saya) bagi Tingkatan 4. Tahap pendidikan bapa tidak mempengaruhi perkara yang paling kerap diceritakan kepada bapa mereka di mana remaja yang mempunyai bapa dengan tahap pendidikan sekolah rendah, menengah, institusi latihan dan universiti memilih item #20. Ini diikuti oleh item #25 bagi bapa berpendidikan sekolah rendah dan institusi latihan, dan item #13 bagi bapa berpendidikan sekolah menengah dan item #19 (masa depan yang saya harapkan) bagi bapa berpendidikan universiti. 2. Perkara Paling Kerap Diceritakan Kepada Ibu Berdasarkan Faktor Jantina Remaja, Tingkatan Remaja Dan Tahap Pendidikan Ibu. Pengiraan kekerapan menunjukkan bahawa perkara yang paling kerap diceritakan oleh remaja lelaki kepada ibu ialah item #8 (makanan kegemaran saya). Ini diikuti oleh item #20 dan item #5. Manakala remaja perempuan pula memilih item #20 (sama ada saya terlibat dalam kegiatan penting seperti peperiksaan, pekerjaan dan sebagainya) sebagai perkara yang paling kerap diceritakan kepada ibu. Ini diikuti oleh item #8 dan item #13. Pelajar Tingkatan 2 paling kerap menceritakan perkara #20 kepada ibu, berbanding dengan pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang lebih kerap membuat pendedahan kendiri berkenaan item #8. Seterusnya pelajar Tingkatan Dua juga membuat pendedahan kendiri bagi item #8 dan #13. Bagi pelajar Tingkatan Empat dan Lima pula pendedahan kendiri yang seterusnya ialah dalam item #20 dan #13. Terdapat perbezaan dalam pendedahan kendiri dari aspek perkara yang diceritakan mengikut tahap pendidikan ibu. Anak yang mempunyai ibu yang berpendidikan sekolah rendah, menengah dan institusi latihan lebih kerap membuat pendedahan kendiri dalam perkara #20 (sama ada saya terlibat dalam kegiatan penting seperti peperiksaan, pekerjaan dan sebagainya), manakala anakanak yang mempunyai ibu berpendidikan universiti lebih kerap membuat

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa

87

pendedahan kendiri dalam perkara #8 (makanan kegemaran). Item-item lain yang juga diceritakan oleh remaja kepada ibu ialah item #8, (ibu berpendidikan sekolah rendah), #13 (ibu berpendidikan sekolah menengah) dan #7 (sama ada saya menggunakan dadah atau alkohol), dan item #5 (ibu berpendidikan universiti).
PERKARA YANG PALING KURANG DICERITAKAN OLEH REMAJA KEPADA IBU BAPA

1. Perkara Paling Kurang Diceritakan Kepada Bapa Berdasarkan Faktor Jantina Remaja, Tingkatan Remaja Dan Tahap Pendidikan Bapa. Pengiraan kekerapan menunjukkan bahawa perkara yang paling kurang diceritakan oleh remaja lelaki dan remaja perempuan kepada bapa ialah item #21 (butiran tentang kegiatan seks saya). Ini diikuti dengan item #15 (sama ada saya pernah bercinta), dan item #23 (perasaan saya tentang rupa paras saya) bagi remaja lelaki. Bagi remaja perempuan ini dikuti oleh item #18 (sama ada saya pernah berhutang kepada sesiapa). Pelajar Tingkatan 2 paling kurang menceritakan item #15 (sama ada saya pernah bercinta) diikuti dengan item #21 dan item #23. Sebaliknya pelajar Tingkatan 4 dan 5 paling kurang membuat pendedahan kendiri kepada bapa berkenaan item #21 dan dikuti dengan item #15 dan #18. Anak yang mempunyai bapa berpendidikan rendah paling kurang membuat pendedahan kendiri berkenaan item #15 diikuti dengan item #21 dan #18. Sebaliknya bagi anak yang mempunyai bapa berpendidikan menengah, institusi latihan dan universiti paling kurang menceritakan perkara #21 kepada bapa mereka, diikuti oleh item-item #18, dan #15 (bapa berpendidikan menengah dan universiti) dan #23 (institusi latihan). 2. Perkara Paling Kurang Diceritakan Kepada Ibu Berdasarkan Faktor Jantina Remaja, Tingkatan Remaja Dan Tahap Pendidikan Ibu. Pengiraan kekerapan menunjukkan bahawa perkara yang paling kurang diceritakan oleh remaja lelaki dan remaja perempuan kepada ibu ialah item #21 (butiran tentang kegiatan seks saya). Ini diikuti dengan item #15 (sama ada saya pernah bercinta), dan item #07 (sama ada saya menggunakan dadah atau alkohol) bagi remaja lelaki. Bagi remaja perempuan ini dikuti oleh item #18 (sama ada saya pernah berhutang kepada sesiapa). Pelajar Tingkatan 2 paling kurang menceritakan item #15 (sama ada saya pernah bercinta) diikuti dengan item #21 dan item #07. Seterusnya, pelajar Tingkatan 4 dan 5 paling kurang membuat pendedahan kendiri kepada ibu berkenaan item #21 dan dikuti dengan item #18 dan #15. Pelajar Tingkatan 5 juga kurang membuat pendedahan kendiri terhadap item #16 (nama-nama orang yang saya sayangi). Tidak terdapat perbezaan dalam pendedahan kendiri dari aspek perkara yang diceritakan berdasarkan tahap pendidikan ibu. Anak-anak yang mempunyai ibu

88

Jurnal Pendidikan 26

dari semua tahap pendidikan paling kurang membuat pendedahan kendiri berkenaan item #21 (butiran tentang kegiatan seks saya). Ini diikuti oleh item #15 dan #16 bagi ibu berpendidikan sekolah rendah, item #18 dan #15 bagi ibu berpendidikan sekolah menengah dan universiti dan item #15 dan #14 (pandangan saya tentang politik). PERBINCANGAN
JUMLAH PENDEDAHAN KENDIRI KEPADA IBU BAPA

Kajian ini menambahkan maklumat bagi memperjelaskan satu aspek yang penting dalam kehidupan remaja iaitu pendedahan kendiri kepada keluarga. Ujian terhadap jumlah pendedahan kendiri mendapati pendedahan kendiri remaja kepada ibu bapa tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jantina remaja tetapi faktor jantina ibu bapa. Dapatan berasaskan faktor jantina menyokong dapatan kajian yang lalu (Zuria 1997) di mana tiada perbezaan signifikan antara jumlah pendedahan kendiri yang dilakukan oleh remaja lelaki dan remaja perempuan kepada ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan dalam jumlah pendedahan kendiri yang dilakukan kepada ibu dengan jumlah pendedahan kendiri kepada bapa. Remaja dalam kajian ini didapati lebih banyak bercerita kepada ibu daripada bapa, sama seperti dapatan-dapatan dalam kajian lalu (Norrell 1984; Zuria 1997). Dapatan ini menyokong pendapat Chiam (1987) yang menyatakan bahawa remaja merasakan bahawa ibu mereka lebih penyayang dan memahami berbanding bapa. Faktor-faktor lain yang didapati mempengaruhi pendedahan kendiri remaja kepada keluarga ialah tingkatan. Didapati pelajar Tingkatan 5 lebih banyak membuat pendedahan kendiri berbanding dengan pelajar tingkatan yang lebih rendah. Dapatan ini menyokong pendapat Sinha (1972) yang menjelaskan bahawa remaja kurang rasa malu untuk bercerita dengan ibu bapa apabila umur mereka meningkat. Tahap pendidikan ibu serta tahap pendidikan bapa juga didapati mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri yang dilakukan oleh remaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai ibu bapa berkelulusan universiti lebih banyak bercerita dengan ibu bapa mereka dibandingkan dengan remaja yang mempunyai ibu bapa berpendidikan lebih rendah. Kajian ini menyokong dapatan kajian-kajian yang dilakukan oleh Franzois dan Davis (1985), dan Zuria (1997). Kemungkinan pendapat Franzois dan Davis (1985) yang menyatakan bapa yang berpendidikan tinggi menggunakan komunikasi yang lebih terbuka sehingga menggalakkan anak-anak untuk membuat lebih banyak pendedahan kendiri, boleh diterimapakai dalam masyarakat di Malaysia.

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa
PERKARA YANG DICERITAKAN KEPADA IBU BAPA

89

Pengiraan kekerapan menunjukkan bahawa perkara yang paling kerap diceritakan oleh remaja kepada ibu dan bapa mereka adalah perkara-perkara tentang kegiatan akademik dan kerjaya seperti peperiksaan dan pekerjaan, makanan kegemaran, masa depan yang diharapkan, maklumat tentang jenis biasiswa, tempat-tempat yang pernah dilawati, permainan sukan yang dimain, serta sama ada mereka menggunakan dadah dan alkohol. Dapatan ini sesuai dengan pendapat pengkaji asal tentang pendedahan kendiri (Jourard, 1958) yang menyatakan bahawa perkara-perkara yang diceritakan kepada orang lain ialah perkara-perkara yang tidak terlalu peribadi dan tidak mendatangkan masalah jika diketahui oleh orang lain. Sebaliknya, kajian ini juga mendapati bahawa perkara yang paling kurang diceritakan oleh remaja kepada ibu bapa mereka ialah butiran tentang kegiatan seks, diikuti oleh sama ada mereka pernah berhutang kepada sesiapa, sama ada mereka pernah bercinta, jenis muzik yang digemari, dan perasaan tentang rupa paras mereka. Di kalangan orang dewasa, perkara-perkara ini dianggap peribadi dan tidak diceritakan kepada orang lain kecuali keadaan memerlukan, apatah lagi di kalangan remaja kerana remaja sentiasa merasa tidak selamat untuk menceritakan hal-hal seperti ini terutamanya kepada ibu bapa mereka. Walaupun muzik kegemaran bukanlah sesuatu yang terlalu peribadi untuk diberitahu kepada orang lain, berkemungkinan remaja tidak bercerita tentang muzik kegemaran mereka kepada ibu bapa kerana memikirkan ibu bapa tidak mengetahui perkembangan muzik remaja. Terdapat juga beberapa perbezaan tentang perkara-perkara yang kerap diceritakan oleh remaja kepada ibu bapa selain daripada perkara utama (hal-hal peperiksaan) berdasarkan faktor-faktor seperti jantina ibu bapa, tingkatan pelajar dan tahap pendidikan ibu dan bapa. Nampaknya remaja lebih suka menceritakan hal biasiswa mereka kepada bapa dan hal makanan kegemaran kepada ibu. Seterusnya, pelajar yang mempunyai ibu yang berpendidikan universiti berlainan daripada remaja lain kerana mereka kerap bercerita tentang kegiatan harian mereka seperti kegiatan persatuan. Ini berbeza dengan remaja yang mempunyai ibu berpendidikan lebih rendah. Pada kumpulan ini selain daripada hal-hal peperiksan dan makanan kegemaran, mereka kerap juga bercerita tentang perkara yang lebih serius seperti biasiswa, tempat yang dilawati, dan masa depan. Remaja yang mempunyai bapa berpendidikan tinggi juga berbeza daripada remaja lain kerana mereka kerap juga bercerita tentang kemahiran yang mereka punyai kepada bapa mereka. PERBINCANGAN Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam tingkah laku pendedahan kendiri remaja kepada ibu bapa berdasarkan faktor-faktor tingkatan,

90

Jurnal Pendidikan 26

jantina ibu bapa, dan tahap pendidikan ibu bapa. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ‘tingkatan’, iaitu sebenarnya umur memainkan peranan dalam jumlah pendedahan kendiri yang dilakukan oleh remaja. Ini bermakna remaja akan lebih banyak bercerita kepada ibu bapa apabila umur mereka meningkat. Pada masa yang sama, pendedahan kendiri juga bergantung kepada sejauh mana remaja merasa selamat menceritakan sesuatu kepada ibu bapa mereka (Steel 1991). Implikasi daripada dapatan ini ialah, jika ibu bapa tidak menyediakan ‘suasana selamat’ untuk anak-anak bercerita dari kecil, besar kemungkinan apabila mereka meningkat remaja dan mempunyai pelbagai perkara yang hendak diceritakan, mereka tidak akan bercerita dengan ibu bapa tetapi mencari tempat lain untuk bercerita, seperti kepada rakan sebaya, ataupun orang dewasa lain. Keadaan ini adalah tidak sihat kerana ibu bapa kehilangan pengaruh dan peluang untuk membimbing anak mereka menjalani kehidupan remaja yang sememangnya mencabar. Selain itu, pendedahan kendiri remaja juga banyak bergantung kepada caracara ibu bapa melayan mereka. Kenapakah remaja lebih banyak bercerita kepada ibu mereka? Kenapakah remaja yang mempunyai ibu bapa berpendidikan lebih tinggi lebih banyak bercerita dan seterusnya senang bercerita hal-hal seharian seperti persatuan dan kemahiran yang dipunyai? Kemungkinan kemahiran yang dipunyai oleh ibu dan ibu bapa berpendidikan tinggi boleh membantu remaja membuat lebih banyak pendedahan kendiri. Oleh sebab pendedahan kendiri dan interaksi dengan ibu bapa baik untuk kesejahteraan remaja (Graham 1992; Yusof 1984), maka kemahiran-kemahiran ini perlu dipelajari oleh ibu bapa yang belum dapat berinteraksi secara berkesan dengan anak remaja mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa remaja sepatutnya merasa cukup selamat untuk menceritakan perkara-perkara asas seperti kegiatan akademik, makanan kegemaran, jumlah biasiswa, tempat-tempat yang dilawati, dan permainan sukan serta sama ada mereka terlibat dalam kegiatan dadah atau alkohol. Implikasinya, ialah, jika remaja tidak bercerita tentang perkara-perkara asas seperti yang tersebut kepada ibu bapa, wajarlah ibu bapa memikirkan status hubungan mereka dengan anak-anak mereka. Jika perlu, ibu bapa sepatutnya mengambil inisiatif untuk memperbaiki hubungan tersebut dengan mempelajari kemahirankemahiran berinteraksi yang lebih berkesan ataupun mendapatkan bantuan profesional seperti kaunselor atau guru. Kajian ini menunjukkan remaja jarang bercerita tentang perkara-perkara seperti butiran seks, perasaan tentang rupa paras, sama ada mereka pernah berhutang, dan lain-lain lagi. Perkara ini walaupun merupakan perkara dalaman yang memalukan dan wajar tidak didedahkan, ia sepatutnya berada di dalam pengetahuan ibu bapa. Ramai remaja terjebak ke dalam kancah gejala sosial kerana masalah hutang, rasa rendah diri tentang rupa paras, dan kegiatan seks yang tidak terkawal. Jika remaja boleh bercerita hal ini kepada ibu bapa mereka, berkemungkinan ibu bapa dapat membimbing dan membantu remaja dalam menyelesaikan masalah mereka.

Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa

91

Usaha untuk meningkatkan kesejahteraan remaja memang giat dijalankan di negara ini. Walau bagaimanapun, penglibatan terus ibu bapa dalam proses ini masih berkurangan. Ini berkemungkinan disebabkan belum banyak terdapat buktibukti empirikal yang boleh membimbing dan meyakinkan tentang kepentingan peranan ibu bapa dalam usaha ini. Kajian ini telah menunjukkan bahawa konsep pendedahan kendiri bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi sokongan kepada penglibatan ibu bapa dalam usaha negara melahirkan remaja yang sejahtera.
RUJUKAN

Buhrmester, D. & K. Prager. 1995. Patterns and functions of self disclosure during childhood. Dlm. K. J. Rotenberg (penyt.), Disclosure processes in children and adolescents: 10-5. Melbourne, Australia: Cambridge University Press. Chen, G. M. 1993. Self disclosure and the Asian students’ abilities to cope with social difficulties in the United States. The Journal of Psychology 127(6): 603-610. Chiam, H. K. 1987. Adolescents and significant others: relationships and influences. Paper presented at the Biennial Conference of the International Society for the Study of Behavioral Development. Tokyo: Japan. Derlega, V. J., S. Metts, S. Petronio & S. T. Margulis. 1993. Self-disclosure. Newbury Park, CA: Sage. Fatanah Mohamed. 1997. Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara. Disertasi Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Kuala Lumpur. Franzoi, S. L. & M. H. Davis. 1985. Adolescents’ self disclosure and loneliness: Private self-conciousness and parental influences. Journal of Personality and Social Psychology 48(3): 768-780. Graham, M. 1992. The effects of parent-adolescents communication on adolescents’ sexual behavior. Paper presented at the annual convention of the American Psychological Association. Washington, DC. Hoffman, L., S. Paris & E. Hall. 1994. Developmental psychology today. New York: McGraw-Hill. Jourard, S. M. 1958. Personal adjustment: An approach through the study of healthy personality. New York: Macmillan. Jourard, S. M. 1974. Healthy Personality. An approach from the viewpoint of humanistic psychology. New York: Macmillan. Leung, J. P. & K. Leung. 1992. Life satisfaction, self concept, and relationship with parents in adolescence. Journal of Youth and Adolescence 21(6): 653-665. Miller, J. B. & A. Stubblefield. 1993. Parental disclosure from the perspective of late adolescents. Journal of Adolescence 16: 439-455. Newman, B. M. & P. R. Newman. 1979. Development through life: A psychosocial approach. The Dorsey Press: IL. Norrell, J. E. 1984. Self disclosure: Implications for the study of parent-child interaction. Journal of Youth and Adolescents 13(2): 163-178.

92

Jurnal Pendidikan 26

Sinha, V. 1972. Age differences in self disclosure. Developmental Psychology 7(3): 257-258. Steel, J. L. 1991. Interpersonal correlates of trust and self disclosure. Psychological Reports 68: 1319-1320. Yunos Mohd. Noor. 1984. Needs of Malaysian youth. Dlm. A. Awang, et al. (Peny.). Preparation for adulthood. Proceedings of the Asian Workshop on Child and Adolescent Development. Kuala Lumpur. Yusof, A. M. 1984. The relationship between family communication, self concept, and academic achievement of adolescents in some schools of Petaling Jaya, Malaysia. (Ed. D. thesis. Western Michigan University, 1984). Dissertation Abstracts International 46 (04), 0900A. Zuria Mahmud. 1997. The relationship of self disclosure to family satisfaction and social adjustment among Asian students in Ohio University. Dissertation. Ohio University.

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->