P. 1
SPA_Koleksi Esei-Esei Terbaik

SPA_Koleksi Esei-Esei Terbaik

|Views: 706|Likes:
Published by naaqhazwan

More info:

Published by: naaqhazwan on Apr 12, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/30/2011

pdf

text

original

Sections

  • Mohd Zharif Shafq Bin Badrul Hisham
  • Elayne Kuek Kim
  • Muhammad Shafq Bin Saidin
  • Siti Hanisah Binti Ab. Latif
  • Krishnakumar A/L Kanesan
  • Nurul Aida Binti Razali
  • Lok Chen Chuang
  • Nor Famiza Binti Ghazali
  • Wan Nazifah Binti Wan Hassan
  • Lim Yeh En
  • Norliza Binti Haris
  • Muhammad Hisyamuddin Bin Sharif
  • Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz
  • Al Falah Has Bin Abdul Aziz
  • Nur Atikah Binti Mohamad Nadzri
  • Amira Rafhan Binti Jafri
  • Amy Suhaida Binti Mat Mokhtar
  • Siti Syamirah Binti Razali
  • Siti Syafqah Binti Razali
  • Ho Kui Lan
  • Siti Munirah Binti Arifn
  • Mohd Firdaus Mohd Azman
  • Devika A/P Gunasegaran
  • Tan Poh Chai
  • Loii Mun Yee
  • Aina Afqah Binti Kasim
  • Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kassim
  • Karen Lee Yii Ping
  • Yokesvaren A/L Sunderasen
  • Ho Eileen
  • Abdul Azim Bin Arshad
  • Mohd Azrul Affandi Bin Md Kassim
  • Abu Sufan Bin Mansoor
  • Siti Rusniza Binti Tajul Ariff
  • Nor Amaleena Binti Mohamad
  • Nur Abidah Binti Kasman
  • Wan Nadzirah Binti Wan Hassan
  • Choo Thiam Shin
  • Lee Xiao Qian

50 TA

YSIA

Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Tingkat 12 Barat Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut 50612 Kuala Lumpur Laman Web: http://www.penerangan.gov.my E-mel: webmaster@inform.gov.my Suntingan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara B.010(B.M) Mei 2008(001.) ISBN 978-983-3497-23-2 KOLEKSI ESEI-ESEI TERBAIK PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN
M/S TEMPAT PERTAMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisham TEMPAT KEDUA RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Elayne Kuek Kim TEMPAT KETIGA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Muhammad Shafiq Bin Saidin TEMPAT KEEMPAT 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Hanisah Binti Ab. Latif TEMPAT KELIMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Krishnakumar A/L Kanesan ESEI-ESEI PILIHAN 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nurul Aida Binti Razali 51 43 31 21 11 1

iii

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lok Chen Chuang RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Nor Famiza Binti Ghazali RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Wan Nazifah Binti Wan Hassan 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lim Yeh En RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Norliza Binti Haris 50 TAHUN MALAYSIAKU GAGAH GEMILANG Esei: Muhammad Hisyamuddin Bin Sharif RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz 50 TAHUN KEMERDEKAAN, GEMILANG Esei: Al Falah Has Bin Abdul Aziz NEGARAKU GAGAH

61

73 81 89

95 103 111 123

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nur Atikah Binti Mohamad Nadzri 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA, NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Amira Rafhan Binti Jafri 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Amy Suhaida Binti Mat Mokhtar

133

141

149

iv

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Siti Syamirah Binti Razali RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Siti Syafiqah Binti Razali 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Ho Kui Lan 50 TAHUN MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Munirah Binti Arifin 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Firdaus Mohd Azman 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Devika A/P Gunasegaran 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Tan Poh Chai RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Loii Mun Yee RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Aina Afiqah Binti Kasim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kassim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Karen Lee Yii Ping RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Yokesvaren A/L Sunderasen

157 167 177

187 197

203

209

217 225 233 243 251

v

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Ho Eileen 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Abdul Azim Bin Arshad 50 TAHUN NEGARA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Azrul Affandi Bin Md Kassim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Abu Sufian Bin Mansoor 50 TAHUN MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Rusniza Binti Tajul Ariff 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nor Amaleena Binti Mohamad RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Nur Abidah Binti Kasman 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Wan Nadzirah Binti Wan Hassan 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Choo Thiam Shin 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lee Xiao Qian 261 269 275 283 291 299 307 315 323 331 vi .

Senario ini juga tidak ada bezanya jika ditransformasikan sepanjang 50 tahun negara kita merdeka. Rantai penjajahan yang menghambat rakyat hampir empat abad lamanya telah terlerai bersama satu lembaran yang baru. pelbagai polisi pembangunan pendidikan mula dirangka bagi memastikan kemerdekaan diisi dengan sewajarnya. Sehubungan itu. Sehingga lewat tahun 1968. Meskipun terluka dengan ranjau-ranjau kedukaan namun masih terungkai kecemerlangan yang pernah dicatatkan oleh individu tersebut. Antaranya mendaulatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan pengiktirafan Universiti Malaya 1 .TEMPAT PERTAMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisham SMK Tanjung Datuk. Laungan merdeka yang diketuai Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. pasti banyak liku-liku hidup dan pengalaman telah ditempuhi. Lembaran yang harus diisi dengan catatan yang mengagumkan di samping mempertahankan kebebasan yang dimiliki. status Malaya bertukar daripada tanah jajahan British kepada ahli Komanwel. Johor A ndai seorang manusia telah berdegup jantungnya di atas bumi ini selama separuh abad. Penggerang. Bermula detik itulah. Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengakhiri kibaran bendera Union Jack di langit negara bertuah ini. satu persatu kejayaan mula ditempa oleh negara.

Andai kejayaan sentiasa menyelimuti maka tidak akan teruji keutuhan kemerdekaan yang dibina. Tragedi memilukan ini akhirnya dapat ditangani berkat kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpin yang enggan melihat mahligai kemerdekaan ini musnah. DEB adalah berteraskan membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur ekonomi masyarakat.000 orang mengikuti kelas dewasa melalui kempen basmi buta huruf. Ketirisan yang berlaku dek ketamakan penjajah asing serta amalan pilih kasih musang berbulu ayam ini mula ditangani secara serius dan kolektif. Polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Kedua telah dilaksanakan. terbentuklah prinsip Rukun Negara yang menggabungkan faktor-faktor yang mampu menyatupadukan semula rakyat dan sekali lagi sikap toleransi telah berjaya menjernihkan semula kekeruhan yang melanda perpaduan negara pada masa itu. 2 . Langit tidak sentiasa cerah.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei sebagai institusi kebangsaan. Setelah atmosfera negara kembali reda. Selain itu. memori manis terpahat dalam lipatan sejarah negara juga menyaksikan penubuhan negara Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta pelancaran Televisyen Malaysia yang pertama. Seiring dengan pelaksanaan tersebut. Peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah meragut nyawa-nyawa insan yang tidak berdosa bahkan tidak kurang juga harta benda yang musnah. Meskipun dua cabaran ini berjaya diakhiri di hujung pena dan sehelai kertas. Rentetan kedua-dua isu ini. namun penutup tirai era 1960-an benar-benar hampir meragut apa yang telah dimiliki hampir satu dekad. negara kembali memacu semula ke arah pembangunan terutama dalam bidang ekonomi. Pemisahan Singapura dan konfrontasi oleh Indonesia lewat tahun 1965 telah mengajar negara supaya lebih berwaspada akan duriduri yang tidak pernah lekang dengan agenda untuk meruntuhkan impian kemerdekaan. Sektor pendidikan yang dahulunya dipandang enteng oleh penjajah mula diberi perhatian dengan polisi pendidikan sekolah rendah secara percuma dan lebih 180.

pemasaran dan sebagainya.000 orang yang bertugas dalam bidang cari gali. 19 buah syarikat milik bersama. Pembukaan seksyen pertama lebuh raya Selatan dan pelancaran Rukun Tetangga telah mengutuhkan lagi perpaduan 3 . Pelancaran program ini sekali gus menandakan bermulanya satu era revolusi pertanian negara.700 biasiswa untuk pelajar mengikuti pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. (500 tahun Melayu menghadapi cabaran Hal: 228). Petronas juga gah dengan 62 buah anak syarikat milik sepenuhnya. RISDA telah ditubuhkan untuk memangkinkan kejayaan program ini. mengeluarkan minyak dan gas. Kesinambungan usaha ini telah diteruskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak melalui program Buku Hijau. Di samping itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Lembaga Pembangunan Bandar raya (UDA) ditubuhkan untuk membantu kaum bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus pembangunan dan aktiviti industri negara. 47 buah syarikat bersekutu dan pekerja seramai 20. kegiatan perlombongan komoditi utama juga tidak diketepikan apabila kerajaan menubuhkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) untuk menyelaras dan mengatur pembangunan industri petroleum negara secara menyeluruh. Sebagai contoh. Negara telah mencatatkan kejayaan yang cukup manis apabila MARA berupaya merealisasikan pepatah. Sehingga ke hari ini PETRONAS telah menjadi syarikat minyak multinasional yang telah mengembangkan sayapnya sehingga mempunyai kepentingan di 20 buah negara di seluruh dunia. Kecemerlangan negara juga dapat dilihat dengan kejayaan menubuhkan 30 syarikat usahawan bumiputera dalam projek-projek perindustrian seperti pertukangan kayu. pembuatan dan industri ringan. penapisan minyak. jauh pemandangan luas pengetahuan apabila mampu menawarkan lebih 1. Tampuk pentadbiran negara yang diambil alih oleh Bapa Perpaduan Negara pada pertengahan 1970an juga telah mencatatkan pelbagai kecemerlangan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.

Jelasnya. negara telah merakamkan kejayaan cemerlang apabila mencatatkan pertumbuhan luar biasa hasil eksport dengan peningkatan hampir 40 peratus di samping kejayaan menjadi pengeksport semi-konduktor yang terbesar di dunia. Pelantikan Tun Dr. beliau telah mengorak langkah ke arah transformasi yang lebih radikal dengan melancarkan Amanah Saham Nasional yang menjadi permulaan dana amanah saham terbesar di dunia. Antaranya. Di samping itu. pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di dunia dan pembukaan Pusat Dagangan Eksport Malaysia. (Berita Harian. Banyak lagi kecemerlangan yang telah dicapai di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Malaysia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei rakyat yang berbilang kaum. segala pelaksanaan dasar ini telah memacu negara ke arah kecemerlangan. pada tahun 1979 dan 1980. Tun Dr. Hal: 17). Mahathir Mohamad. Pada era pimpinan Tun Dr. ekonomi Malaysia mula berubah bentuk. Kemudian. Mahathir Mohamad juga telah ditubuhkan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa yang telah berjaya mengangkat status negara sebagai wira dalam dunia Islam. kelahiran 4 . Hasilnya. khususnya dalam bidang ekonomi. Dasar Perindustrian Negara mula diperkukuhkan dengan konsep Persyarikatan Malaysia dan Polisi Penswastaan Malaysia. Serentak dengan itu juga. 18 Mac 2004. Pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Di samping itu juga. saiz dan kelajuannya seolah-olah bertukar daripada sebuah perahu layar kepada sebuah kapal bermotor. penubuhan Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional Berhad telah memapankan lagi pertubuhan ekonomi negara. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara keempat membuktikan bahawa negara tidak ketandusan pelapis untuk memacu pembangunan negara di atas landasan yang tepat. Kejayaan dalam bidang perubatan juga tidak ketinggalan dalam mengukir nama Malaysia dalam lipatan sejarah terulung di Asia apabila Hospital Universiti berjaya merawat jantung tiga pesakit tanpa pembedahan. Beliau telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan negara Jepun sebagai contoh.

pelancaran kereta nasional kedua. antaranya Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel dan persidangan Ketua Kerajaan G-15. pembinaan Stadium Shah Alam sebagai stadium terbesar di rantau ini. Hal ini telah mula menarik perhatian dunia luar akan kemampuan negara ini dalam mencapai kejayaan-kejayaan yang mengagumkan. Hal: 19). projek JARING mula dilancarkan bersama dengan kejayaan negara menjadi negara ASEAN pertama memperkenalkan petrol tanpa plumbum di rantau ini. negara Malaysia kian diterangi dengan sinar harapan kemajuan yang tidak mungkin akan tersinar dek perubahan dunia ke era globalisasi yang kian mencengkam negaranegara membangun. Ternyata idea dan harapan Wawasan 2020 telah menyuntik pembaharuan dalam kancah ekonomi dan sosial negara. pelancaran stesen Satelit Bumi untuk melancarkan hubungan Malaysia ke dunia luar dan kewujudan Pusat Dagangan Dunia Putra. Menjelang tahun 1991.6 peratus. pembukaan Lebuh Raya Utara-Selatan yang lebih awal daripada yang dijadualkan serta keluaran Dalam Negeri Kasar yang telah meningkat sebanyak 9. negara berjaya menembusi era 5 . Sehubungan itu. Wawasan 2020 yang dilancarkan seiring dengan 20 perkara yang ingin dicapai negara terkenal di pentas antarabangsa sebagai pelan jangka panjang yang bakal merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju. Maka tidak hairanlah dunia memberi penghormatan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah persidangan-persidangan antarabangsa. Natijahnya. Hal ini terbukti dengan usaha pengkorporatan Tenaga Nasional Berhad untuk melancarkan lagi kecekapan agihan bekalan kuasa elektrik ke seluruh negara. Malaysia semakin matang dalam menghadapi arus perubahan modenisasi sedunia. Namun apa yang lebih menggembirakan ialah berakhirnya perjuangan komunis selama 41 tahun dengan termeterainya perjanjian damai antara Parti Komunis Malaysia dengan kerajaan Malaysia serta pengiktirafan Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pantai Antarabangsa (IOFC). (Berita Harian 18 Mac 2004.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kereta Nasional.

Sementelah itu. sebelum menyambut kedatangan alaf baru. Stadium Bukit Jalil. negara Malaysia telah melangkah gagah keluar daripada lingkungan 6 . Lantas. sekali lagi badai tersebut tidak mampu menggugat bahtera merdeka ini untuk terus belayar ke pelabuhan kecemerlangan. pembangunan teknologi juga telah merakamkan kejayaan yang gemilang apabila Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor Raya Multimedia serta pelancaran satelit pertama Malaysia yakni MEASAT 1 ke angkasa lepas. kegawatan ekonomi yang melanda negara ciptaan rangkaian dunia penjajah ini hampir sahaja merungkai segala kemewahan dan kejayaan yang telah ditempa lebih empat dasawarsa. Sistem Transit Aliran Ringan. Meskipun pendekatan anti-ortodoks dalam memulihkan kembali kegawatan yang timbul di perlekehkan oleh media asing.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Internet apabila Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan pertama muncul di dalam Internet secara langsung. Menara Berkembar Petronas. Kejayaan ini berjaya mempamerkan kemakmuran negara ke hampir 300 juta penduduk dunia. Namun. negara terus mengorak langkah menempuh satu lagi revolusi terbaru dengan kelahiran bandar Putrajaya yang menempatkan kompleks pentadbiran negara yang terbaru. akhirnya dunia barat terpaksa menelan semula cemuhan yang dilemparkan apabila terbukti langkah yang diambil telah memberi impak yang efektif untuk menjana semula ekonomi negara. Malaysia juga berjaya menganjurkan perlumbaan kereta Formula 1 di Litar F1 Sepang. Dunia luar mula mengenali negara bukan hanya sekadar di atas peta bahkan pelbagai mercu tanda yang menghiasi bumi bertuah ini telah menarik lensa-lensa mata pengunjung luar untuk melihat sendiri signifikannya tersebut antaranya Menara Kuala Lumpur. Di samping itu. Melihat sendiri kemampuan sebuah negara merdeka menyaingi kemajuan negara-negara Barat telah menubuhkan bibit-bibit hasad dengki dan dendam yang tidak pernah padam di hati para imperialis dunia Barat. Justeru. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (PUTRA).

Selain itu. Buktinya. Serta menjadi hub pasaran makanan halal sedunia. negara kita sudah mula menjadi tumpuan pelaburan asing dan pembangunan sektor teknologi dan multimedia. pengerusi Microsoft. Puncaknya. Penurunan kadar kemiskinan yang menghimpit masyarakat luar bandar. Setibanya alaf 2000. Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara. Peningkatan nilai perdagangan Malaysia yang mencapai angka 1 trilion. Peningkatan tahap sosioekonomi rakyat. Apa yang lebih membanggakan ialah negara bekas penjajah yang 7 . Kecemerlangan yang terus terukir termasuklah seperti berikut: • • • • • • Penggunaan alat bantuan mengajar yang lebih sofistikated dalam dunia pembelajaran. kematangan hubungan luar Malaysia membolehkan negara memainkan peranan sebagai wakil dan suara kepada negaranegara yang membangunkan bagi menjadikan bumi merdeka ini duduk sama rendah. Pelancaran kad serba guna kerajaan bagi pengenalan identiti yakni Mykad telah memberi isyarat bahawa negara kini sudah menempuh satu alam baru iaitu alam pembangunan teknologi dan maklumat yang setanding negara-negara yang maju. Bill Gates merasmikan pembukaan “Microsoft Knowledge Capital Centre” di Cyberjaya. berdiri sama tinggi di persada antarabangsa. kepimpinan negara diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Kelima telah meneruskan tradisi kecemerlangan negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kegawatan ekonomi walhal negara-negara serantau masih terkapaikapai mencari resolusi yang tepat untuk merungkai kegawatan ekonomi negara masing-masing. Bukan itu sahaja negara juga telah berupaya menghasilkan kereta reka bentuk pertama sendiri serta pembukaan KL Sentral yang memudahkan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Said.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dahulunya mendabik dada mampu membawa kemajuan di negara kita. Rujukan 1. Kamaruddin M.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! . 2004. Akhbar Berita Harian. Bhd. negara kita akan menjadi sebuah kuasa besar yang akan memimpin dunia ke arah kemakmuran dan kegemilangan yang tiada tolok bandingannya. Edisi Disember 2003.adalah laungan keramat menjelang 31 Ogos setiap tahun. 500 Tahun Melayu menghadapi Cabaran. Dewan Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka. lebih hebat daripada negara-negara merdeka yang lain. 18 Mac 2004. 50 tahun yang diharungi bersama telah membuktikan bahawa negara kita. Kris Publications. Transformasi Ekonomi Melalui Pendidikan.KERANAMU MALAYSIA. Konklusinya. semua kemewahan dan kemakmuran tidak mungkin akan kita kecapi pada hari ini. Hakikatnya. Hayatilah slogan sambutan Hari Kemerdekaan . Tanpa pengorbanan dan usaha pejuang-pejuang terdahulu. 3. kini mengakui dan meminta resipi kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum.... 2. Berita Harian Publishing Sdn. Hal ini bukanlah satu retorik kerana seantero dunia telah mengakui kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mampu membina kejayaan mengikut acuan sendiri... kecemerlangan ini akan terus bergemerlapan serta diukir dalam menjamin kemerdekaan yang terus berkekalan.. Halaman 16–19.. Setiap rakyat tanpa mengira bangsa di Malaysia seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang di kecapi. Malaysia telah meniti satu tahap kecemerlangan yang sungguh mengagumkan. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. 8 .. Semoga pada satu saat nanti.

Dewan Masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kadir Jasin. Mac 2004. Kadir Jasin Menulis. A. Realiti Sosioekonomi Orang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Masyarakat. Menggubah Minda Melayu. Mohd Izranuddin Jelani. 5. 6. Hassan Ahmad. Dewan Masyarakat. Oktober 2005.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei 4. Mac 2004. 9 .

.

peperangan. Tanpa perpaduan yang kukuh. Hal ini menjadi kebanggaan rakyat negara kita.TEMPAT KEDUA RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Elayne Kuek Kim SMK Bandar Bintulu. negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh mengakibatkan kedaulatan. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah menyeru semua rakyat Malaysia agar berganding bahu bersama dengan kerajaan untuk 11 . Ini bertujuan agar negara kita akan terus menjadi sebuah negara yang aman dan makmur yang dapat mengekalkan dan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang di kecapi sejak 31 Ogos 1957. perpaduan nasional merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan dalam setiap pelaksanaan dasar negara dan penyusunan segala strategi pembangunan dan pentadbiran negara. kepercayaan. pergaduhan dan perselisihan faham seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. kebudayaan dan adat resam. Perdana Menteri kita yang kelima dan terkini. Sesungguhnya. huru-hara. Bintulu. Walaupun begitu. rakyat kita masih dapat hidup dengan rukun dan damai serta mengamalkan agama masing-masing secara harmoni dan bertoleransi. Sarawak M alaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai amalan hidup yang berbeza dari segi agama. Malah. keharmonian dan kesejahteraan negara terjejas serta berlakunya rusuhan kaum.

Pada 13 Mei 1969. kaum Cina dalam bidang perniagaan dan tinggal di bandar. bagi menjadikan negara terus merdeka. kempen yang bertemakan Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang berdaya saing. Ketiga-tiga kumpulan etnik terbesar ini telah dipisahkan di bawah dasar “pecah dan perintah” dan para pemimpin negara kita pula yang terpaksa memikul tanggungjawab menyatupadukan penduduk negara sejak kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957. suatu peristiwa berdarah telah berlaku di mana rusuhan antara kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara telah berlaku. Justeru. aman dan makmur. Kempen Penghayatan Rukun Negara giat dilancarkan oleh Kerajaan agar terus menjadi amalan hidup rakyat Malaysia sejajar dengan tema “Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia”.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei menggembleng tenaga memperkukuhkan perpaduan nasional menerusi usaha proaktif dan pragmatik membina satu kesatuan yang unik daripada pelbagai perbezaan di antara kita. maju. Dasar British telah membawa impak iaitu orang Melayu tinggal di desa dengan pekerjaan pertanian padi. Kejadian ini 12 . sementara kaum India pula tinggal dan bekerja di estet-estet getah. Dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan semasa zaman penjajahan British telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Selain itu. Mereka yang terlibat bukan sahaja membunuh. Semangat Rukun Negara yang bersemadi dalam sanubari rakyat negara ini sejak 35 tahun dulu terus dikekalkan kerana mampu mendidik seseorang supaya lebih kerap mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain agar wujud perpaduan rakyat yang jitu di negara yang berbilang kaum ini. Pada dasarnya. beliau juga menyahut agar kita terus membina satu kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran negara kita berdasarkan segala keistimewaan yang terkandung daripada pelbagai agama dan budaya. malah membakar bangunan dan merampas harta benda.

MPN yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam mesyuarat pertamanya pada 27 Januari 1970 telah memperkenalkan satu ideologi negara yang mampu menyelesaikan garis pemisah antara rakyat pelbagai kaum di negara kita. sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan. Melalui Rukun Negara akan dapat melahirkan satu bangsa dan negara di mana rakyatnya mempunyai semangat bertolak ansur bagi mengelakkan rusuhan kaum dan ancaman luar. Polis dan pasukan tentera negara telah bertindak mengembalikan keamanan negara. Al-Marhum Sultan Zainal Abidin. Rukun Negara mempunyai lima matlamat. adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. perundangan. melicinkan pentadbiran dan memupuk suasana harmoni serta sikap percaya mempercayai dan hormat-menghormati antara kaum secara berkekalan. keagamaan. Manifestasinya. menegakkan semula undang-undang negara. perpaduan yang lebih 13 . kebudayaan dan ekonomi yang wajib dipatuhi oleh setiap warganegara Malaysia. Rukun Negara ialah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kemasyarakatan. MAGERAN pula telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970 untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan negara. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membina satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia bagai sebuah keluarga besar. Secara keseluruhannya. Justeru itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mengakibatkan huru-hara dan kemusnahan negara. lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat. Pertamanya. nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma kehidupan sosial yang merangkumi aspek politik. Ekoran itu. Sesungguhnya. Berikutan itu.

Keduanya. Rukun Negara hendaklah dijadikan amalan hidup. Selain itu. Seterusnya. matlamat Rukun Negara adalah untuk mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. keutuhan. Badan Eksekutif. Perkara ini penting bagi mengekalkan kestabilan. konsep masyarakat yang adil ini juga meliputi kebebasan daripada penindasan oleh pihak yang lebih berkuasa. bercerai kita roboh”. semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan yang lebih erat dan jitu. iaitu Badan Perundangan. Rukun Negara bermatlamat untuk menjamin satu sikap yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya 14 . Dengan adanya amalan kunjung-mengunjungi semasa hari perayaan. Tegasnya kita harus terus memelihara corak hidup demokratik yang sedia ada. Pepatah Melayu mengatakan bahawa “Bersatu kita teguh. dan keselamatan negara. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik untuk rakyatnya asalkan tidak melanggar undang-undang negara. berdiri sama tinggi.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei erat hendaklah dicapai kerana apabila perpaduan runtuh. pihak-pihak yang lemah akan dibantu agar mereka dapat mempunyai peluang yang sama dalam semua aspek untuk bersaing dengan pihakpihak yang lebih maju ibarat duduk sama rendah. Secara khususnya. dan Badan Kehakiman. Sesungguhnya. Ketiganya. semua rakyat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara dengan cara pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama bagi wujudnya satu masyarakat yang adil. kepentingan bangsa dan negara hendaklah diberi keutamaan berbanding kepentingan sesuatu kaum. Rukun Negara sudah menggariskan bahawa apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara. terdapat tiga badan pentadbiran di Malaysia. maka sukarlah bagi kita untuk mengembalikannya. Justeru. Dunia memang mengakui negara kita sebagai sebuah negara demokrasi yang berdaulat. adalah untuk memelihara satu corak hidup demokratik. Mengikut sistem kerajaan demokrasi. Oleh yang demikian.

Keluhuran Perlembagaan. menerusi penghayatan Rukun Negara. tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atau alasan agama adalah dilarang sama sekali. Masyarakat Malaysia ini bebas mengamalkan kepercayaan. 15 . Sesungguhnya. Kepelbagaian agama dan kepercayaan kaum-kaum di Malaysia dianggap di anggap oleh penganut masingmasing sebagai satu rahmat atau kelebihan bagi negara kerana ini boleh membantu mewujudkan satu tahap toleransi beragama di Malaysia yang unik dan tersendiri. Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa agama Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain bebas untuk diamalkan. masyarakat yang progresif merujuk kepada masyarakat yang bergerak maju seiring dengan kepesatan sains dan teknologi moden tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang akan dapat merealisasikan matlamat negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dan pelbagai corak. pendidikan dan sebagainya. Rakyat Malaysia yang beragama mudah diurus untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Prinsip pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia. Dalam konteks ini. agama dan budaya masing-masing selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Tegasnya. rakyat Malaysia hendaklah menjadikan perbezaan di kalangan masyarakat menjadi sumber kekuatan kepada pengukuhan bangsa dan negara Malaysia. Selain itu. anggota masyarakat dapat membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden sejajar dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan menuju ke era globalisasi. Sehubungan itu. Melalui kepercayaan agamalah satu negara dan bangsa yang berdaulat dapat diwujudkan. Kedaulatan Undang-Undang. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Kesopanan dan Kesusilaan. Pasca kemerdekaan menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu mendadak dan maju dalam bidang pertanian. Rukun Negara juga menggariskan lima prinsip iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

menghormati lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera dan lagu Negaraku. Oleh itu. Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Negeri merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini di samping pelindung hak istimewa peribumi. Antara caracara amalan taat setia kepada Raja dan Negara ialah menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Oleh itu. Prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara menuntut semua rakyat Malaysia memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara. rakyat harus mempertahankan kedaulatan raja dan negara dengan mempertahankan kemerdekaan negara agar tidak dijatuhkan oleh anasir subversif serta tidak dijajah lagi. Sesungguhnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab seseorang warganegara ialah taat setia dan patuh kepada raja dan negara. Seri Paduka Baginda. setiap rakyat perlu menunjukkan kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada yang di-Pertuan Agong. sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik. kerana seseorang yang tidak beragama akan runtuh peribadinya dan dapat meranapkan sesuatu bangsa dan negara. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu untuk tempoh lima tahun dan ditabalkan dalam upacara penuh gemilang di Istana Negara. dan tidak belot kepada negara dalam sebarang situasi.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan dalam kehidupan manusia. Sebarang sikap dan pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat kepada negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia dan Rajanya merupakan elemen yang bertentangan sama sekali 16 . Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Raja Melayu sebagai ketua negeri dan Yang di-Pertuan Negeri pula bagi negeri-negeri yang tidak beraja. maka prinsip ini telah dijadikan sebagai prinsip pertama Rukun Negara. penderhakaan kepada raja bermaksud penderhakaan kepada negara. Memandangkan betapa pentingnya pegangan yang teguh dalam agama dan kepercayaan.

Prinsip ketiga pula menekankan Keluhuran Perlembagaan yang bermaksud keagungan dan kedaulatan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dengan prinsip Rukun Negara. Oleh itu. Jemaah Menteri dan Mahkamah. Oleh yang demikian. Oleh itu. mematuhi. menghargai dan memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara yang diperkenalkan pada 16 September 1963. Prinsip ini menuntut rakyat menerima. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong. kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. adalah tanggungjawab semua rakyat untuk menjunjung dan mempertahankan keluhuran perlembagaan. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati. kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta hak asasi dan kebebasan rakyat. Ketinggian perlembagaan dilihat pada peruntukan kuasa parlimen. Secara keseluruhannya. Kestabilan politik negara akan terjejas jika rakyat membangkang keluhuran perlembagaan negara dengan mempersoalkan dan mengkritiknya. semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi. Parlimen. menyanjung dan mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara. kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. 17 . Perlembagaan Malaysia yang mengandungi 183 perkara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara kita. Perlembagaan Malaysia membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dengan memperuntukkan senarai persekutuan. seluruh rakyat Malaysia perlu sentiasa patuh dan setia kepada perlembagaan negara agar pembinaan negara dan bangsa yang berdaulat terus berkekalan. senarai negeri dan senarai bersama. perlembagaan negara merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan.

kaum dan bahasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini. Prinsip ini menekankan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu agar berhemah tinggi dengan bersifat simpati serta empati dan sentiasa berbudi bahasa dalam pergaulan seharian. Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. prinsip ini bermatlamat untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bertatasusila demi mewujudkan suasana yang lebih mesra.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Prinsip keempat pula menekankan Kedaulatan Undangundang. sekali gus mengeratkan perpaduan kaum ibarat bulat air kerana pembetung. Sehubungan itu. Semua rakyat akan hidup dengan rukun dan damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Undang-undang negara adalah berasaskan kepada perlembagaan. rusuhan antara kaum akan berulang lagi. Justeru itu. perpaduan nasional hendaklah dipertahankan agar terus kekal bagi mengelakkan berulangnya Peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi tersebut menyedarkan kita betapa pentingnya amalan sifat bersatu-padu menerusi penghayatan Rukun Negara di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum agar dapat 18 . Undang-undang adalah perlu bagi setiap negara untuk mengawal keadaan negara dan menjamin kemakmuran negara yang terdiri daripada rakyat yang beramalan mulia. adalah tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif membabitkan agama. melepaskan pucuk masingmasing. Prinsip Kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan menuntut semua rakyat agar bersopan dan bertatasusila yang merangkumi amalan sanggup menolong antara satu sama lain dengan tidak mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar. bulat manusia kerana muafakat. kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan dengan dijamin di bawah institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa kerana tanpa undang-undang. selaras dengan “Kempen Budi Bahasa Budaya Kita” yang dijalankan. Baru-baru ini. Secara keseluruhannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka 2005. Intan 1980. 2.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei menghapuskan sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain. 3. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5-KBSM. sekali gus melahirkan masyarakat yang muhibah dan menjana pembangunan modal insan yang gemilang serta mengekalkan kestabilan politik dan kesejahteraan negara selaras dengan usaha istiqamah melahirkan generasi yang cemerlang. Negara Kita. 2007. gemilang dan terbilang menjelang tahun 2020. Siri Teks Reference Pendidikan Moral SPM. Bhd. Rujukan 1. Pearson Malaysia Sdn. 19 .

.

Namun. gagah dan gemilang apabila dibandingkan dengan zaman pramerdeka yakni lima dekad 21 . Tun Perak Si Bendahara bingkas bangun bersama teorinya meluaskan empayar hinggalah mamanda Tuanku Abdul Rahman bersama gagasannya menggembleng tenaga bagi mendapatkan kalimah keramat “merdeka” yang saban tahun kita laungkan. ia telah melenyapkan kedamaian sekelip mata. Mengimbau kenangan silam. seterusnya bakal mencapai status negara maju. acap kali juga halwa telinga kita disogokkan dalam ungkapan yang mentakrifkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara membangun setelah melalui zaman pascamerdeka. apabila krisis kepimpinan dan penjajahan telah terbukti menghancurkan Melaka. Tanpa berlengahlengah. Taiping. Maka. Malaysia sudah berubah wajah dengan merebaknya pelbagai transformasi dan modenisasi.TEMPAT KETIGA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Muhammad Shafiq Bin Saidin Maktab Rendah Sains Mara. Tanah Melayu dahulunya cukup mundur. Perak B ermula tatkala zaman pemerintahan Parameswara. apakah yang boleh menggolongkan Malaysia dalam pengklasifikasian sebuah negara yang maju. Ibarat mimpi dalam tidur yang begitu lena. tahun 2007 genaplah angka 50 tahun kemerdekaan Malaysia. tidak kurang juga antara kita yang masih bingung dengan persoalan adakah semua prognosis tersebut adalah tepat ataupun sekadar angan-angan Mat Jenin? Jika ia satu kebenaran. para pewaris takhta kerajaan terus mencari formula. Malahan. tetapi setelah lima dekad menyusur zaman.

Natijahnya. keluar dari kepompong zaman bermenung. Fenomena tersebut bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan suasana sekarang. kancil dan rusa hanya dilihat dan disinonimkan dengan penghuni rimba. rakit dan basikal tua adalah nadi penggerak utama. Malaysia sesungguhnya adalah sebuah negara yang gemilang kerana segalagalanya telah dimanifestasikan apabila produk automobil seperti Perodua Kancil. ekonomi mahupun sosial sebelum merdeka ataupun kita beralih pada zaman awalan merdeka iaitu semasa popularnya seniman Tan Sri P. Malaysia telah pun mampu mengejar dan menghampiri semula revolusi tersebut. Malaysia telah bangkit dari dilema. lantas mengejar semula segala kemajuan dunia termasuk revolusi-revolusi agung seperti revolusi perindustrian yang telah pun membelakangkan kita ratusan tahun lamanya.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang lalu? Sesungguhnya. setelah variasi prakarsa dilaksanakan. Ramlee. Perodua Kelisa rancak memonopoli litar seluruh negara. dari aspek kemajuan pengangkutan. Akhirnya. Sebagai contoh. kenderaan seperti sampan. Sesungguhnya kemajuan tersebut telah mengubah senario 22 . si kelisa pula dilihat hanya di sungai-sungai dan nun di atas pepohon. bait lagu ‘Seroja’ tersebut secara jelasnya dapat dijadikan analogi terhadap transisi yang dialami oleh Malaysia. sang kenari leka berciutan. Jika dahulu. Kini. sungguh lama bumi Parameswara ini diperkotak-katikkan. pelbagai reformasi terhadap Malaysia yang mampu merungkai kekusutan persoalan-persoalan tersebut. negara kini sedang diulit pesta modenisasi sementelahan taraf hidup rakyatnya melonjak jauh lebih baik. tidak banyak perbezaan dari segi kemajuan yang dialami selama beberapa tahun tersebut. “sekarang bukan bermenung zaman bermenung” Bukan sekadar titipan bibir semata-mata. Bagi mereka juga. Telah lama Tanah Melayu tidur. Lihat sahaja dalam filem-filem simbolik seperti Embun yang menggambarkan suasana pada zaman pemerintahan tentera “Malayan People Anti-Japanese Army” atau lebih dikenali sebagai kumpulan Bintang Tiga yang memonopoli kuasa politik. untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain agak sukar dan memakan masa yang lama. Lantaran itu.

Akan tetapi. kita sudah hampir menyahut kesemua cabaran Wawasan 2020. sememangnya Malaysia gagah dan gemilang. Contohnya adalah cetusan gagasan Koridor Raya Multimedia 23 . Hal ini menjadikan agensi pembangunan Tanah Melayu tergendala dan terbantut lantas membawa kepada kemunduran yang begitu ketara jika dibandingkan dengan negara-negara lain terutamanya di Eropah. Buktinya. Seperti mana yang terdapat dalam bahagian prolog dalam bait lagu di atas ‘bukan impian malah kenyataan’. Mereka telah mencetuskan pelbagai polemik dengan modus operandi tersendiri seperti penstrukturan masyarakat yang tidak tersusun. Malaysia kini telah berpimpin tangan bersama-sama dunia mengharungi revolusi ketiganya iaitu revolusi maklumat seperti mana yang dinyatakan oleh Alvin Toffler. Mahathir Mohamad secocok dengan salah satu cabaran Wawasan 2020 iaitu ingin meletakkan Malaysia supaya dapat berdiri di barisan hadapan dalam sektor pembuatan dan ia bukanlah lagi igauan mahupun imaginasi. dalam bukunya The Third Wave. Ya. setelah 50 tahun berlalu. kita boleh. kelapa sawit. Malaysia boleh! Wawasan 2020 Satu pandangan jauh Bukan impian malah kenyataan Bersama kita jayakan Jika dahulu. Fenomena ini bertitik-tolak apabila Dasar Perindustrian Negara yang berorientasikan pemindahan teknologi dicetuskan oleh Tun Dr.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pengangkutan di negara kita kerana sampan mahupun basikal tua sudah jarang digunakan ekoran kemajuan yang membanjiri segenap aspek kehidupan lantas menenggelamkan pengangkutan konvensional tersebut. kita kini mampu mendabik dada kerana dapat melakar semula masa depan negara mengikut acuan kita sendiri. Hal yang lebih menyedihkan adalah apabila nama Malaysia dahulunya tidak wujud dalam peta dunia akibat kurang menonjol walaupun sebelumnya Tanah Melayu begitu agung sebagai pengeksport bijih timah. gambir dan lain-lain. dasar pecah dan perintah serta jurang ekonomi antara kaum. kita dicengkam hebat oleh kuku besi dunia seperti Jepun.

Secara informalnya. negara-negara tersebut telah mencapai ketamadunan dan berjaya menelusuri arus pemodenan yang pesat lagi rancak. Sejarah peradaban dunia pula telah membuktikan bahawa negara-negara Eropah telah mengalami zaman Renaissance pada kurun ke-15. Hal ini berlaku atas kesedaran bahawa kealpaan terhadap pendidikan menyebabkan kita ketinggalan dan 24 . Bagaimana pula dengan suasana pendidikan Tanah Melayu pada masa tersebut? Kanak-kanak yang bersekolah pula kebiasaannya berasal daripada keluarga berada sedangkan anak-anak kecil yang tidak berkemampuan terus keciciran. inisiatif ini telah membawa kemajuan kepada negara-negara tersebut serta meninggalkan zaman kegelapan yang berlaku sebelumnya. Hal ini jelas membuktikan kuasa ilmu adalah penting kepada sesebuah negara dalam proses pemodenan. Justeru itu. sekolah pondok sangat popular terutama dalam kalangan orang Melayu. MSC juga menggabungkan semua ruang lingkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran khusus buatnya serta menjadi pemangkin kepada lahirnya kerajaan elektronik dan universiti multimedia termasuk juga pengimplementasian kad pintar. Hal ini sudah jelas.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei (MSC). Dengan adanya penguasaan ilmu pengetahuan. Mereka juga telah menterjemahkan ilmu pengetahuan tamadun sebelumnya. Namun. MSC adalah wilayah siber mirip Niagara International Teleport di Kanada yang menjadi medium bagi menempatkan pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia. pasca kemerdekaan negara sesungguhnya menyaksikan reformasi pendidikan yang begitu rancak. Suasananya pula sungguh daif. kita perlu berterima kasih kepada nenek moyang kita yang telah memperjudikan nyawa dan malahan ada yang sanggup berkorban menentang musuh negara hingga kita kini mengecap pelbagai nikmat kemewahan dan kemajuan. pusat pemasaran tanpa sempadan serta pusat pengeluar web sedunia. terang lagi bersuluh menonjolkan bahawa Malaysia sudah melangkah setapak lagi ke hadapan sebagai negara yang gagah dan gemilang dalam segenap aspek. Pada masa itu. guru-guru mengajar muridnya di pondok yang tidak dilengkapi dengan sebarang kemudahan. teleperubatan.

Sambil menyelam minum air. Namun. gemilang dan terbilang dalam aspek pendidikannya. Hal ini terbukti apabila determinisme kerajaan diterjemahkan dengan dasar liberalisasi pendidikan yang disusuli dengan penubuhan sekolah bestari yang mana fungsinya menyamai Grassroot Twin School di Kanada. Wah. masyarakat berbilang bangsa pada masa tersebut jarang bergaul kerana orang Melayu biasanya di kampung-kampung bekerja sebagai petani dan nelayan. 50 tahun sesungguhnya telah jauh meninggalkan memori suka dan duka penduduk Tanah Melayu yang berhadapan saat getir bersama penjajah. sambil berdiang menanak nasi. atas kesedaran tentang pentingnya semangat muhibah antara setiap kaum. ternyatalah taraf pendidikan Malaysia bukanlah mundur kerana evolusinya berkonsepkan pendidikan global! Buktinya. orang Cina pula bekerja dilombong manakala kaum India pula di ladang-ladang. sebaliknya muncul bersama kepelbagaian agenda yang disusun rapi semata-mata bagi mengecap keunggulan negara agar menjadi gagah dan gemilang dalam bidang pendidikan seperti mana yang dirasai sekarang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei tidak mustahil untuk dijajah buat kali kedua. Sebaliknya. tiga kaum majoriti ini disatukan di bawah satu 25 . 50 tahun juga menyaksikan Tanah Melayu telah dirompak oleh penjajah durjana dek kekayaan hasil buminya yang melimpah ruah hingga membawa kepada kemasukan buruh asing seperti masyarakat Cina dan India. pengimplementasian pelbagai program dan usaha terhadap pendidikan telah meletakkan taraf Malaysia sebagai negara yang bukan sahaja gagah dan maju malah cemerlang. Disebabkan dasar pecah dan perintah. berbeza dengan suasana lima dekat yang lalu. Kementerian Pelajaran khususnya bukan hanya menopang dagu. program seperti penggunaan alatan elektronik sebagai alat bantu mengajar terutama di sekolah bestari serta peruntukan pembinaan dan penempatan makmal komputer di setiap sekolah tidak kira di bandar atau di pelosok desa telah memberi pelbagai pemasalahan dalam usaha mencantas kejutan budaya multimedia serta mangkus bagi melahirkan modal insan yang celik teknologi sekali gus mengurangkan kadar buta teknologi maklumat (IT) dalam kalangan pelajar.

Hasilnya. pendidikan malahan begitu mapan dari aspek perpaduannya. apakah perpaduan ini bakal hancur punah dan adakah Malaysia bakal menyaksikan pertumpahan darah sesama kaum? Namun. Malaysia tiba-tiba digemparkan dengan tragedi pembunuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. rakyat Malaysia mampu merasai kemanisan buah kemerdekaan yang dipetik daripada pohon perpaduan yang disemai dan dibaja. Titik hitam konflik tersebut seakan-akan memberi satu petanda buruk dan menggusarkan semua pihak. semangat muhibah antara kaum ini juga dilihat sebagai salah satu daya penarik terhadap pelancong selain menikmati keindahan panorama di Malaysia. bukan sahaja dalam aspek pembangunan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei bumbung politik iaitu di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang dihuni oleh pelbagai kaum dan etnik yang mendiaminya. Pada bulan tersebutlah mencatatkan peristiwa runtuhnya Jabatan Sungai Melaka ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511 setelah diserang sebanyak tiga kali. Selain itu. pada bulan Ogos kita merayakan dan menobatkannya sebagai bulan kemerdekaan. Kini. Namun. rupanya hujan di tengah hari. Matlamat kita pada bulan tersebut hanya untuk mengenang peristiwa 31 Ogos yang mana negara kita telah mencapai taraf sebuah negara yang merdeka. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007. Malaysia sudah cukup gagah dan gemilang. Saban tahun. melonggarkan syarat kerakyatan dan seterusnya mencadangkan Sistem Ahli yang memberi kuota pemerintahan kepada kaum bukan Melayu telah menjadi implementasi efektif yang menghasilkan ketaatan dan perpaduan antara kaum. Disangka hujan sampai ke petang. sejarah hitam itu telah lama berlalu. 26 . Mari kita tepuk dada. Baru sedekad lebih pohon perpaduan subur menghijau. terlalu sedikit malahan tidak mustahil jika dikatakan setiap daripada kita lupa bahawa terdapat peristiwa bersejarah lain yang berlaku pada bulan Ogos. Usaha beliau yang membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu. segala persoalan tersebut dinafikan apabila kerajaan mengambil langkah drastik dan sewajarnya bagi membentuk semula ikatan perpaduan antara kaum di Malaysia.

laut mahupun udara. Sebagai contoh. Lantainya disimbah air mata. pergaduhan dan penindasan. Faktor lain adalah ketiadaan ketua angkatan perang yang cekap seperti Alfonso De Albuquerque untuk mengatur strategi dan memimpin ketenteraan. apakah faktornya jambatan Sungai Melaka yang begitu penting sebagai strategi ketenteraan dengan sewenang-wenangnya jatuh ke tangan Portugis? Sebenarnya. “negara ini tertegak atas sumpah keramat. selain faktor pembelotan Si Kitul yang memberi maklumat kepada tentera Portugis. terdapat lagi faktor lain terselit dicelah-celah kekalahan tersebut. Malaysia kini sudah pun merdeka sekali gus tampil dengan pelbagai prasarana ketenteraan yang lengkap tidak kira di darat. sebaliknya kemerdekaan ini dipinjamkan kepada generasi hadapan. adalah tidak terlalu janggal bagi mengklasifikasikan Malaysia adalah sebuah negara yang gagah dan gemilang terutama dalam bidang keselamatan dan ketenteraan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei tanya minda. dindingnya tertegak atas tulang temulang. sebagai langkah mengekalkan taraf Malaysia yang diakui gagah dan gemilang. Tentera Laut Di-Raja Malaysia bakal membeli dua buah kapal selam jenis Scorpene untuk tujuan pengawalan keselamatan perairan negara. setiap individu perlu mempunyai kesedaran bahawa kemerdekaan yang telah kita kecapi selama lima dekad ini bukanlah milik kita. beliau pernah bermadah. Tentera Udara Di-Raja Malaysia pula melangkah setapak ke hadapan dengan membeli 20 buah pesawat udara jenis DHC-4A Caribou yang mana versinya adalah hampir sama dengan versi yang dibeli oleh Tentera Udara di-Raja Australia. sumpit sedangkan askar Portugis menghentam menggunakan bedilan-bedilan meriam yang sudah pasti begitu dahsyat kesannya. Dengan adanya kemudahan-kemudahan tersebut. Jadi. Memetik kata-kata seorang pujangga. Bukan sahaja di laut. Qaulan Shadidie. marilah kita sama-sama memberi sumbangan dengan memainkan peranan masing-masing untuk menyumbang sesuatu kepada pembangunan 27 . Namun. Antaranya ialah faktor senjata yang digunakan oleh tentera Melayu dan Jawa pada waktu tersebut adalah begitu konvensional seperti penggunaan parang. atapnya disulam dengan peluh dan keringat”. Sudah tentu tidak terlintas difikirkan kita untuk dibayangi noda-noda kemunduran. Secara konklusinya.

Muslimin bin Fadzil. Ahmad Fawzi bin Mohd Basri. Azami bin Man (2002). (1988). Lotfi Ismail. Mohamed Noordin Sopiee. Kuala Lumpur: Department of Information Malaysia. Rahman. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. Geografi Tingkatan 2. 6. Sejarah Malaysia 1400–1963. Lim Jin Choon. Kuala Lumpur. 7. Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (1991). 28 . Abdul Hakim Bin Samuri. Abd. 8. 2. Abdul Aziz b. Sejarah Tingkatan 1. gagah dan gemilang. Ratnam Karuppiah Servai. Mohd Foad bin Sakdan. 4. (2004). Ramlah binti Adam.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei negara dalam apa-apa jua aspek tanpa mengira kaum dan agama agar terus maju dan melangkah lebih ke hadapan demi mengapresiasi jasa dan pengorbanan nenek moyang terdahulu yang telah berkorban jiwa dan raga semata-mata ingin memberi kesenangan kepada anak cucu mereka yakni kita serta memberi sinar baru agar Malaysia terus bergemerlapan dan berdiri megah sebagai sebuah negara yang dikagumi seantero dunia. (2003). Rujukan 1. Kuala Lumpur. 1963. 3. Bhd. Percetakan Rina Sdn. Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia In Brief. 5. Malaysia: The Way Forward. Ipoh: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

29 . (1984). Malaysia: The Road To Independence.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei 9. Petaling Jaya: Pelanduk Publication. Tunku Abdul Rahman Putera. 10. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejarah Tingkat 3.

.

menyusur denai waktu. Betapa kejam. maka terciptanya pelbagai cerita. rentetan sejarah negara yang terdahulu seharusnya dijadikan sebagai wadah perjuangan bangsa Malaysia. Selama itu juga. sedangkan bangsa 31 . Walau bagaimanapun. Penduduk peribumi menjadi hamba. sejarah pendudukan imperialis barat yang banyak memerah keringat rakyat Tanah Melayu dan sumber kekayaan tanah air untuk kepentingan diri dan bangsa mereka.TEMPAT KEEMPAT 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Siti Hanisah Binti Ab. terkedu dan tidak kurang juga yang menitiskan air mata simpati. Secara amnya. rakus dan zalim pemerintahan mereka selama 446 tahun negara dijajah. Sebagai rakyat Malaysia. Latif SMK Seberang Temerloh. kekejaman imperialis ketika mereka bermaharajalela di bumi Malaysia. Begitulah diibaratkan keadaan dan situasi penduduk Tanah Melayu di zaman era penjajahan. suram dan kelam. “Makan tak kenyang. Bayangkan. Pahang M eniti detik. harus dikenang kembali. kebebasan mutlak diberikan kepada penduduk peribumi bagi mengepalai pucuk pimpinan negara yang pada awalnya di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. mandi tak basah”. tidur tak lena. antara lena mahupun terjaga negara kita sebenarnya telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. Ada duka. Seandainya dicanangkan kepada umum tentang kisah ini pasti ada yang akan terpana.

mengeksploitasi hasil kekayaan bahan mentah negara. pembesar dan pegawai-pegawai tempatan turut terbiar. keagamaan (gospel) serta kemegahan (glory). Kita dikuasai. Residen British mendominasi pengurusan pentadbiran secara keseluruhannya. memonopoli perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara di samping ingin membina sebuah empayar yang agung bagi kemegahan negara Portugal. Cuba kita renungkan sejenak. Hak memungut cukai yang sebelumnya di bawah kuasa Pembesar beralih kepada Residen dengan menggunakan pelbagai cara dan tipu helah bagi mendapatkannya. Senario ini ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Kuasa Sultan hanya menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. pelbagai jenis cukai yang diperkenalkan oleh mereka membebankan dan menindas penduduk peribumi. Iaitu kekayaan (gold). Portugis bertandang ke negara ini kerana tiga perkara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei asing menjadi tuan dan hanya menggoyangkan kaki menanti kerja diuruskan oleh orang lain. Selain itu. bukan sahaja telah berlaku campur tangan yang menggugat sistem pentadbiran tempatan bahkan kedudukan dan status Sultan. Wadah pemerintahan British telah menyebabkan kuasa Sultan menjadi terlalu kecil selepas pengenalan Sistem Residen.H Ryan mengenai kedatangan Portugis. Sosial Dari segi sosial pula. Seperti mana yang telah diucapkan oleh N. Apabila melihat kembali sejarah pendudukan British di Malaysia. berlakunya kekangan dalam mewujudkan perpaduan kerana lahirnya sistem pendidikan vernakular dan penetapan bidang ekonomi terhadap tiga komuniti utama penduduk 32 . Senang-senang sahaja mereka mengarah itu dan ini. ditindas dan dibebani dengan bermacam-macam perubahan. Tujuan pendudukan Portugis di Melaka adalah bagi menyebarkan agama Kristian. kisah-kisah sejarah terdahulu.

Tanggal 31 Ogos 1957. Mereka berjaya memperluaskan pengaruh di Tanah Melayu menerusi propaganda tertentu antaranya melalui slogan “Asia untuk Asia” dan “Semangat Asia”. Pelbagai dasar pemerintahan dijalankan. Tiada lagi tompok-tompok darah 33 .” Serba tidak kena jadinya. ‘yang teguh disokong. Manakala ekonomi dikaut serta dieksploitasi hingga ke akar umbi untuk kepentingan negara dan bangsa mereka. yang rebah ditindih’. Watak penjahat yang dimainkan oleh mereka terserlah apabila sejarah membuktikan bahawa kebajikan penduduk peribumi diabaikan dan tidak diberi peluang bersuara. Selain itu. merupakan detik bermakna kepada setiap warganegara Malaysia. Mengupas kembali sejarahnya. Rakyat ibarat “diikat dengan sehasta tali. hendak menurut terasa dipergunakan. turut melanda Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun kira-kira tiga tahun lapan bulan. Inilah di antara rentetan sejarah sebelum kemerdekaan yang menampakkan wajahnya. mementingkan bangsa mereka sahaja hingga rakyat tak ubah seperti menumpang di negara sendiri. sejarah penjajahan imperialis ke atas Tanah Melayu turut menyentuh sentimen penerapan budaya Jepun. Dalam tempoh itu pelbagai penerapan budaya dan idealisme yang diguna pakai oleh pihak Jepun bagi melunaskan cita-cita dan impian mereka.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei tempatan. Selain itu. ibarat kata pepatah. telah berlaku juga pertukaran nama-nama tempat dan stesen kereta api seperti stesen Tanjung Pagar kepada stesen Kereta Api Syonan. hendak melawan terasa gentar. cuti-cuti umum di Tanah Melayu adalah bergantung pada cuti-cuti umum di Jepun. Tidak hairanlah. sejak 15 Februari 1942. syarikat-syarikat Jepun atau ‘kaisha’ mendapat layanan yang istimewa ketika menapak di negara ini. Jepun menjalankan dasar pemerintahan dan pentadbiran yang bermaharajalela. Kecaman pemerintah seperti ini. Bukan itu sahaja. lagu kebangsaan negara Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan di semua sekolah pada awal pagi di samping upacara menaikkan bendera negara matahari terbit itu.

Kejayaan Malaysia yang berjaya dicapai semasa tampuk pemerintahan beliau ialah pembinaan Masjid Negara. Tun Abdul Razak yang juga Bapa Pembangunan. Era kemerdekaan membuka tirai kemajuan dan perubahan yang setaraf bangsa-bangsa asing dan negara-negara lain. Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tiada lagi jeritan si anak kecil yang memanggil ibunya. Tiada lagi bunyi tembakan senapang mahupun ledakan bom. Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Tatkala kemerdekaan membuka tabirnya. demokratik berparlimen dan anti keganasan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang memenuhi ruang angkasa. ekonomi dan sosial. Politik Dari segi politik.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang diberi gelaran Bapa Kemerdekaan. tampuk pimpinan negara telah bertukar tangan kepada penduduk tempatan. Era penjajahan telah lama berakhir dan yang ada cuma rasa syukur dan kegembiraan yang tidak dapat disimpulkan melalui kata-kata. Stadium Negara. Coretan tentang perubahan pascamerdeka dapat dilihat daripada aspek politik. banyak perbezaan yang dapat kita saksikan. Corak pemerintahan yang dahulu. lebih kepada penindasan dan berbentuk kekerasan telah berubah kepada corak pentadbiran yang lebih sistematik. Tiada lagi air mata yang membasahi pipi luka yang menangisi kematian keluarga tercinta. Beliau yang menjawat jawatan Perdana Menteri dari 1970 hingga 1976 telah berjaya membuktikan bahawa beliau juga mampu membawa Malaysia ke era pembangunan global. Beliau banyak memberikan sumbangan untuk pembangunan 34 . Semua ini adalah hasil kerja keras dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bangunan Parlimen. Tiada lagi bangsa berkulit putih mengarah penduduk tempatan itu dan ini. Antaranya perubahan salasilah tunjang pemimpin negara.

UMNO dan MIC dengan mengasaskan Barisan Nasional pada tahun 1974. beliau telah melancarkan dana Bumiputera yang dikenali sebagai Skim Amanah Rakyat Nasional yang bertujuan meningkatkan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dan kemakmuran negara. Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tun Hussein Onn Pada 1976. Antaranya. Selaku Bapa Perpaduan. Di samping itu. Pada 20 April 1981. Perdana Menteri Malaysia ketiga. Dalam mesyuarat tersebut. Dasar Pelajaran Kebangsaan. masih ada cetusan idea beliau yang masih kekal digunakan lagi. Rukun Negara juga merupakan ilham beliau ketika Majlis Perundangan Negara dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969. Prinsip Rukun Negara yang terdiri daripada Kepercayaan Kepada Tuhan. bersatu padu. Laporan Razak 1956. Keluhuran Perlembagaan. beliau amat menekankan isu-isu perpaduan melalui polisipolisi beliau dengan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum. sedia berkongsi matlamat dan aspirasi serta sanggup bangkit membela bangsa. beliau juga sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup kaum Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain. golongan cerdik pandai dan pemimpin semua kaum merincik gagasan Rukun Negara. Sehingga kini. Mereka berbuat demikian kerana mahu mewujudkan satu negara dan bangsa Malaysia yang beridentiti. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. beliau juga tidak ketinggalan untuk menyatukan beberapa Parti Perikatan iaitu MCA. Dalam meneruskan misi pembangunan negara. pemerintahan Tun Abdul Razak diambil alih oleh Tun Hussein Onn. 35 . Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan mampu menjamin kewujudan bangsa Malaysia yang harmoni supaya kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia). apabila Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima. Beliau menjadi perintis kepada Dasar Pandang ke Timur bagi mencapai kemajuan dari segi pendidikan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mewujudkan anjakan paradigma rakyat Malaysia. pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Tun Dr. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Pada 31 Oktober 2003 satu lagi sejarah terlakar. banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Wawasan 2020 juga merupakan ilham daripada beliau. Misalnya. Beliau sangat tegas dengan wawasan yang diciptakannya ini. Nama Tun Dr. Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh beliau. Mahathir Mohamad Hasil kecemerlangan ini. Mahathir. inovatif. “Pencetus Negara Maju” dan negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden. Mahathir Mohamad sejak 1981 sehingga persaraan beliau pada 2003. ceria dan penuh bertenaga. memberi penekanan dalam pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia yang beragama Islam. membangunkan 36 . dan berharap suatu hari nanti rakyat Malaysia mampu berdaya saing di peringkat global serta berdaya kreatif. Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”. Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Tun Dr. makmur. Tun Dr. menekankan sikap yang lebih proaktif dalam sebarang tindak-tanduk. kompetitif dan produktif agar mampu mengorak langkah yang lebih gemilang untuk era akan datang. diteruskan pula oleh pucuk pimpinan negara oleh Perdana Menteri Malaysia keempat. Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara.

Gemilang dan Terbilang ialah konsep Islam Hadhari yang mahu membangunkan negara secara menyeluruh dan seimbang. Kegigihan beliau membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan kegemilangan adalah satu perjuangan murni. Cemerlang. Selain itu. terutamanya dalam usaha menamatkan ketidakadilan dan kezaliman sejagat serta mendaulatkan undang-undang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei institusi Islam yang berdaya saing dalam semua bidang sama ada dari aspek sosialisasi mahupun pembangunan politik. Dalam pada itu. beliau juga mahu Malaysia terus memainkan peranan yang berpengaruh selaku Pengerusi NAM dan OIC serta terlibat secara aktif di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). sektor ini juga dijadikan platform untuk membangunkan ekonomi negara. Ekonomi Dari segi ekonomi pula. Ia berlandaskan pentadbiran pengurusan. Selaras dengan pembinaan modal insan seperti mana yang diuar-uarkan dalam RMK-9. ekonomi. perkhidmatan. sosial negara di samping memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. adalah menjadi kewajipan semua individu bagi memastikan tiada siapa yang harus tercicir dalam mencapai hasrat ini. Antara intipati yang mendasari perjuangan ke arah Malaysia. pemikiran “kelas pertama” dan sahsiah yang mulia dalam kalangan semua rakyat Malaysia. ekonomi dan integriti nasional dengan agama lain. sasaran kerajaan terbahagi kepada tiga sektor utama iaitu sektor pertanian dan perindustrian telah menjadi aset negara yang penting. Beliau telah mengumumkan pendekatan yang realistik dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan menggarap beberapa pendekatan yang dirasakan perlu untuk mengekalkan kestabilan politik. Perjuangan beliau seterusnya ialah membangunkan ekonomi negara berasaskan ilmu pengetahuan melalui kemajuan sains dan teknologi. Dasar 37 .

Hal ini kerana masyarakat pascamerdeka dapat disatukan ekoran penyeragaman sistem pendidikan. Namun. serta penyelidikan. Selain itu. Sesuatu yang menarik mengenai perubahan pascamerdeka ke atas sistem sosialisasi masyarakat Malaysia ialah perubahan perjalanan kehidupan masyarakat sehari-hari.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Ekonomi Negara (DPN) yang dilancarkan pada 12 Januari 1984 bertujuan untuk meningkatkan sektor pertanian ke tahap yang maksimum berdasarkan pengurusan sumber yang cekap dan efisien. kredit. tiga komuniti kaum iaitu Melayu. 38 . lombong bijih timah dikelolakan oleh Ah Meng. Lantaran itu. mewakili kaum Melayu menerajui pertanian mahupun perikanan. sistem penetapan bidang pekerjaan bagi tiga komuniti kaum terbesar yang menghalang penyatuan ini juga telah diubah kepada dasar yang bergantung kepada pencapaian individu. bahasa kebangsaan. Estet dikerjakan oleh Muthu yang mewakili kaum India. DPN juga bermatlamat untuk memajukan komuniti utama yang berpotensi untuk dieksport dengan menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian seperti pemasaran. yang mewakili kaum Cina sementara Ahmad. Cina dan India telah dipecahkan kepada beberapa kelompok ekonomi. sistem vernakular iaitu sistem pendidikan mengikut sukatan pembelajaran di negara asal yang diamalkan semasa pendudukan British. ia telah memberi ilham kepada kerajaan bagi menyeragamkan sistem pendidikan di negara ini. Ia sememangnya mengekang masyarakat daripada bersatu. Ah Meng menguasai rangkaian pusat membeli belah dan Ahmad berdaya saing dalam bidang pertanian moden. subsidi. dan ketetapan Rukun Negara. selepas tanggal 31 Ogos 1957. Muthu berjaya membuka gedung tekstil. Semasa pemerintahan British. Contohnya. Instrumen ini telah mencetus wadah pembentukan integriti nasional dalam kalangan masyarakat.

Dasar Persyarikatan Malaysia ini diperkenalkan bagi merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan negara. inovatif. Umpamanya Petronas. Mahathir Mohamad telah melancarkan dasar ini dengan harapan agar dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan. Syarikat ini bergerak aktif mencari gali. Syarikat ini juga menjadi aset negara 39 . Selain itu. Tambahan pula. Tidak hairanlah. kreatif dan analitis. Satu-satunya syarikat milik Malaysia yang disenaraikan di antara 500 syarikat gergasi dunia. Tun Dr. ia dapat meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan. Sekolah Bestari yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat dilaksanakan bagi menyokong usaha memupuk rasa cinta terhadap ICT. mengeluar dan memasarkan minyak dan gas cecair asli di 32 buah negara asing. Agenda ini bertepatan dengan seruan kerajaan bagi melahirkan kumpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran tinggi sebagaimana yang diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi. sektor ini banyak membantu mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal dan sektor swasta. ekoran sektor ini lebih cekap daripada sektor awam. dinamik. perubahan sektor pendidikan dapat juga dilihat melalui pertambahan sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Kemajuan terus berkembang dari sehari ke sehari sehingga wujudnya sektor persyarikatan. sekiranya pada hari ini kita dapat melihat pelbagai syarikat yang membangun dengan pelbagai jenis perniagaan dipasarkan. beraneka pilihan produk dijual dan berbagaibagai bentuk peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kemajuan Selama 50 tahun negara kita merdeka. Sejurus itu. kurikulum juga digubal dan diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis. Antaranya. Pada 13 Mac 1983. Institusi ini menjadi semakin agresif dalam menyebarkan dakyah pendidikan melalui kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejajar dengan perkembangan dunia hari ini.

Sementara itu. pada 1963. Total. Pembangunan dan Seni Bina Perkembangan dalam aspek pembangunan dan seni bina juga begitu menyerlah. disusun rapi bercirikan gaya Muqarnas. Menara yang terletak di Bukit Nanas ini dibina setaraf kemajuan sains dan teknologi tetapi tetap menerapkan elemen Islamik iaitu menggunakan reka bentuk yang berlandaskan masyarakat Islam moden. perasmian bangunan ini telah diperkenankan di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu. seni bina yang terdapat di Dewan Filharmonik yang siap dibina pada tahun 1998 turut menyerlahkan kecemerlangan 40 . Rekaan ini membentuk corak kasar yang lebih besar di dasar untuk melambangkan tujuh lapisan langit. Iran. Negara kita gah dengan mercu tanda Malaysia. baginda bertitah: “Bukanlah keindahan bangunan ini yang menjadi ukuran tetapi yang penting ialah peranan yang diperjuangkan oleh Parlimen sebagai bangunan yang menjadi bukti dan warisan pegangan demokrasi yang diamal dan dipertahankan di negara ini”. Era pembangunan terus pesat sehingga arkitek-arkitek negara berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu. Keuntungannya berjaya mengatasi keuntungan syarikat minyak utama di dunia contohnya Exxon-Mobil. Bangunan yang terletak di Tasik Perdana ini berharga RM16 juta dan kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1960. Kompleks Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya adalah salah satu tanda perkembangan pembangunan negara. Antara yang dikagumi ialah Menara Kuala Lumpur yang mempunyai rangkaian telekomunikasi yang canggih dan terkini. Keindahan kubah telah dihiasi kaca yang bersinar umpama berlian. Chevron. rekaan dan berasal dari Esfahan. Pada hari tersebut. Alam bina dunia Melayu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dalam industri petrokimia secara besar-besaran. Seterusnya ialah Bangunan Parlimen yang menjadi lambang demokrasi di Malaysia. Texaco dan Shell.

Mohandas pada tanggal 23 Mei 1997. Pencapaian Malaysia dalam bidang pidato umum turut cemerlang menerusi pencapaian Melati Abdul Hamid yang berjaya dinobatkan sebagai Pemidato Terbaik pada pertandingan Mahkamah Undang-Undang Antarabangsa. perjuangan untuk mencapai kemerdekaan telah memperlihatkan komitmen yang jitu daripada generasi terdahulu. Wira Negara Mendepani era globalisasi. Selain itu. Kehebatan rakyat Malaysia juga terserlah dalam arena sukan misalnya Nicol Ann David yang mempamerkan aksi cemerlang dalam sukan squash di peringkat antarabangsa. Sesungguhnya. Malaysia Gagah Gemilang Setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan. Magendran dan S. rakyat tempatan pasca merdeka tidak ketinggalan untuk mengharumkan nama Malaysia di bumi asing. pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Keretapi Aliran Transit Ringan (LRT) juga lambang kemegahan negara dalam sektor perhubungan dan pengangkutan pada masa kini. lima aspek Rukun Negara yang menjadi unsur integriti nasional dan tiga rumpun kaum yang berbeza disatukan di bawah panji Jalur Gemilang. mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest secara berkumpulan oleh M. Terdapat anak-anak Malaysia yang berjiwa besar mampu berlayar mengelilingi dunia secara solo seperti Dato’ Azhar Mansor.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei tamadun Melayu. 41 . Malaysia kekal gagah gemilang adalah hasil keringat dan jerit perih lima Perdana Menteri Malaysia yang menjadi peneraju bangsa dan tanah air. dan berenang merentasi Selat Inggeris iaitu Datuk Malik Maidin.

Mei 2007: Dewan Bahasa dan Pustaka.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Maka. 2004. Dewan Siswa. perjuangan ini perlu diteruskan oleh generasi pada hari ini. Shakila Parween bt. 42 . 2005. 2. 3. Yacob. Seri Koleksi Sejarah Ke Arah Kemerdekaan: Mega Setia Publication. dengan meneruskan perjuangan mengisi kemerdekaan dan sentiasa memastikan negara tidak dikekang oleh neoimperialisme. Abdul Hakim bin Samuri dan Muslim bin Fadzil. Rujukan 1. Sejarah tingkat 5: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mega Setia. Ramlah binti Adam.

bendera Union Jack telah diturunkan. pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah 43 . Peristiwa menurunkan bendera Union Jack penuh bersejarah itu disaksikan oleh ribuan rakyat negara ini.00 tengah malam 30 Ogos 1957. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang berkibar megah di puncak tiang ditatap dengan bangga oleh setiap rakyat negara. Sebaik sahaja bendera Union Jack mencecah bumi. Kuala Lumpur N egara kita telah mencatat satu pencapaian besar pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila berjaya membebaskan tanah ini dari belenggu penjajahan tanpa pertumpahan darah. Kuala Lumpur. Sehari sebelumnya iaitu pada 30 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Laungan merdeka bergema menandakan kemenangan rakyat yang bebas daripada belenggu penjajah. Sebelum pemasyhuran kemerdekaan dibuat.TEMPAT KELIMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Krishnakumar A/L Kanesan SMK Datok Lokman. orang ramai bersorak sambil memberi tepukan gemuruh. di hadapan Kelab Selangor. negara menyaksikan kejayaan yang bertali arus dari aspek fizikal mahupun sosial dan rohani. bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. tepat pada pukul 12. Bermula detik bendera Union Jack diturunkan dan laungan bersejarah oleh bapa kemerdekaan. Sejurus kemudian.

perjuangan Tunku Abdul Rahman seterusnya adalah membebaskan Sarawak. Semangat mereka terbakar oleh kegembiraan setelah berjaya melepaskan diri daripada penjajahan kuasa asing. Ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang mencintai negaranya yang berdaulat dan merdeka. ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Stadium ini yang dibina khas untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan negara telah siap sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan itu diadakan. Tunku Abdul Rahman telah 44 . Sabah dan Brunei. Upacara dimulakan dengan ucapan wakil baginda Ratu England. Laungan mereka bergema memenuhi ruang stadium. Wakil Ratu Elizabeth. Kemerdekaan ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara ini kepada pemerintah setelah dikuasai oleh penjajah selama hampir tahun 446 tahun. Duduk berbaris bersemayam di pentas khas. Majlis Perundangan Negara (MPN) menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun Negara demi menjaga keamanan negara. Kuala Lumpur. ketua kerajaan parti Perikatan yang bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara telah membaca perisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Kemudian. Pada hari itu. Ini adalah bangunan negara yang dibina khas untuk melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka. Ini disambut dengan laungan MERDEKA! oleh para hadirin. Setelah berjaya membebaskan Persekutuan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan British. Duke of Wellington. Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan disaksikan oleh ribuan rakyat. Tunku melaungkan seruan MERDEKA! Sebanyak tujuh kali. Mereka memenuhi setiap tempat duduk di stadium itu. Raja-raja Melayu yang berkilau dan dipayungi dengan payung di raja.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dilakukan dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka. Sehubungan dengan itu. beliau menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong. bersedia dengan penyerahan kuasa. Pemulangan kuasa ini dilakukan dengan penuh tatatertib dan sopan. Tunku Abdul Rahman. Kemudian.

Indonesia dan Filipina bukan sahaja tidak mengiktiraf Malaysia. diteruskan dan diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Berikutan itu. Ini merupakan salah satu pencapaian negara paling berharga yang menjadi teras kestabilan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini. Antaranya membuat rundingan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia iaitu percantuman antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri berkenaan bagi membentuk sebuah Persekutuan Malaysia. Cina dan sebagainya kekal hingga hari ini. Sabah dan Sarawak. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan. Gagasan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman menjadi kenyataan apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. India. tentera Indonesia telah menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Perpaduan erat tiga kaum utama. pemimpin Malaysia terus meneruskan usaha perdamaian. malahan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Walaupun konfrontasi semakin tegang. Ikatan yang terjalin semasa perundingan menuntut kemerdekaan. Indonesia yang lebih agresif berbanding Filipina telah mengambil langkah drastik dengan melancarkan konfrontasi. Kerajaan Malaysia juga mendapat sokongan daripada tentera negara Komanwel seperti Britain. Tahun-tahun kemerdekaan ternyata amat mencabar dan Tunku telah meneruskan kewibawaannya dalam menjamin perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum. iaitu kaum Melayu. Kejayaan pembentukan Persekutuan Malaysia melalui kaedah diplomasi telah mengagumkan semua orang di dunia ini. menghantar bantahan rasmi kepada Bangsabangsa Bersatu (PBB). Australia dan Kanada. Salah satu kejayaan Tunku Abdul Rahman selepas kemerdekaan ialah penubuhan Persatuan Asia Tenggara (kemudian ASEAN) yang menjadi batu loncatan untuk pelaksanaan dasar luar Malaysia. dan menyusun semula Pasukan Pertahanan Negara (PPT). Tunku juga telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa dengan merintis penubuhan pertandingan 45 . New Zealand.

Gen-2 dan Juara. Putra.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei peringkat antarabangsa. Waja. ekonomi negara mencatat pertumbuhan yang menakjubkan iaitu peningkatan hampir empat puluh peratus. Tun Dr. Dasar Pandang Ke Timur. Proton hari ini dieksport ke 46 . Dua tahun selepas beliau mengambil alih teraju kepimpinan negara. Projek kereta nasional diumumkan pada 1983 dan dua tahun berikutnya kereta pertama Malaysia Proton Saga meluncur megah di jalan raya. 1952 dan 1955 Tanah Melayu yang merupakan tanah jajahan British telah merangkul Piala Thomas dalam acara badminton sebanyak tiga kali berturut-turut. Selepas Saga. Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak menyaksikan Malaysia terus dibangunkan. Kejayaan ini disambung oleh gagasan Malaysia apabila menjuarai piala tersebut buat kali pertama pada 1967. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan untuk menyelaras perkembangan industri petroleum negara secara menyeluruh. Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama sebelum memulakan pelbagai rancangan pembangunan yang agresif di samping meneruskan usaha-usaha yang telah direncanakan pemimpin-pemimpin sebelumnya. Awal tahun 80an menyaksikan Malaysia melangkah lebih baik ke era perindustrian. Perdana. Satria. Siapa sangka Malaysia akan menjadi pengeksport separa-konduktor yang besar dan pengeksport penyaman udara yang ketiga terbesar di dunia. Namun. Revolusi pertanian bermula di negara kita apabila RISDA ditubuhkan untuk membangunkan sektor pertanian bagi menjana ekonomi negara. hasil bumi yang lain tidak dipersiakan. Hari ini. Jika pada 1948. Di antaranya. Keamanan negara yang kukuh di bawah pemerintahan Perdana Menteri Ketiga iaitu Tun Hussein Onn telah menarik lebih ramai pelabur asing. Pelbagai dasar dan konsep baru dilancarkan dari tahun demi tahun yang memperlihatkan banyak faedah kepada negara. Persyarikatan Malaysia dan Wawasan 2020. Proton melancarkan beberapa kereta lain seperti Mira. Industri elektronik semakin dipertingkatkan. Petronas memiliki lebih daripada seribu cawangan syarikat dan syarikat bersekutu di tiga puluh buah negara dan banyak negara lagi di seluruh dunia.

di bawah pentadbiran Dr. Jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung telah diilhamkan oleh Tun Abdul Razak sejak tahun 1960an. Kini tiada siapa yang dapat menafikan peranan besar Jambatan Pulau Pinang. Sepuluh tahun sebelum tiba alaf baru. United Kingdom sebagai pasaran utama. serta menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). di mana jutaan pelawat dan pendatang terus membanjiri seluruh pelosok negara kerana kemakmuran dan kestabilan negara telah menarik perhatian mereka. Jambatan Pulau Pinang siap dibina. Semangat patriotik para perajurit juga terus disampaikan kepada generasi muda melalui mata pelajaran moral dan sejarah di sekolah. Mahathir akhirnya projek ini menjadi realiti. Pada 1965. Parti Komunis Malaya yang menghantar wakilnya untuk berunding dengan Persekutuan Malaysia dan bersetuju untuk meletakkan senjata dan bersedia berdamai.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei lebih 30 buah negara seluruh dunia termasuk negara bekas penjajah. malah jambatan tersebut menjadi satu kebanggaan negara apabila diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Mahathir. Kilang pengeluaran Proton yang baru di Tanjung Malim mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan sehingga sejuta kereta setahun berbanding kilang di Shah Alam yang mengeluarkan 230. peralihan fizikal dan insani yang dilalui. Pada tahun 1989 negara semakin dikenali apabila menganjurkan Sukan Sea XV. Perancangan jangka 47 .000 unit kereta setahun. walaupun mendapat kritikan keras daripada beberapa pihak pada peringkat awal pembinaan. Disebabkan masalah kewangan impian beliau tidak dicapai. Tetapi. Kisah tentang para perajurit juga disanjung hingga ke hari ini. Ini menunjukkan bahawa tamatnya perjuangan Parti Komunis Malaya di negara kita. walaupun menghadapi pelbagai cabaran kestabilan negara juga semakin terserlah pada tahun yang sama. Pada 1991 arah tuju dan aspirasi negara di sorot dan diperjelaskan dengan pelancaran Wawasan 2020 telah menyerlahkan pandangan jauh dan jitu Perdana Menteri Dr.

tetapi syarikat-syarikat Malaysia juga telah membuka lebih banyak pelaburan di luar negara. Mohammed Fausan. Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menyampaikan tahniahnya melalui telefon setelah mereka melaungkan “Malaysia Boleh” di puncak Gunung Everest. Fotografi RTM Idris Syed. teleperubatan dan kad pintar serba guna (MYKAD). Marina Ahmad. Peringkat awal pembangunan MSC yang meliputi beberapa aplikasi berteknologi tinggi termasuk konsep kerajaan elektronik. Ahmad Riduan dan Ahmad Fakri. Lebuh Raya Ekspres UtaraSelatan sepanjang 850 km yang siap dibina pada 1994 memperbaiki mobiliti dan pengangkutan ke tahap yang lebih baik. Malaysia memulakan langkah ke era baru. Kalau pada dekad 70an semua terpaksa ke balai polis atau ke rumah ketua kampung untuk meminjam telefon. kejayaan M. Pada tahun yang sama juga Perbadanan Pembangunan Multimedia ditubuhkan untuk mengasaskan Koridor Raya Multimedia (MSC). Pada 1996 Malaysia melancarkan satelit pertama. Selain daripada mereka. Peristiwa ini menyemarakkan semangat pemimpin dan rakyat untuk terus membawa Malaysia ke tahap yang tertinggi. Antaranya. Dengan ekonomi tempatan yang semakin kukuh dan kestabilan yang ketara. Dengan pelancaran MSC. tetapi bermula dari 1995 sudah ramai yang mempunyai telefon peribadi (handphone) di saku mahupun di genggaman. iaitu era ekonomi berasaskan maklumat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei panjang itu menetapkan matlamat dan cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi oleh kerajaan Malaysia demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam acuan tersendiri menjelang 2020. Tahun berikutnya. Malaysia bukan sahaja terus menerima kedatangan pelabur asing. Magendran dan N. Pada tahun ini selama enam orang berjaya memuncak Gunung Everest demi memenuhi 50 tahun kegemilangan negara Malaysia. Berikutannya MEASAT 1 dan TIUNGSAT juga dilepaskan ke angkasa lepas demi meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia dengan menyampaikan berita dengan secepat mungkin. Dato’ Abdul Malik Mydin telah berjaya menaikkan nama negara apabila beliau berjaya 48 . Mohandas sebagai rakyat Malaysia yang pertama menawan puncak Gunung Everest. MEASAT ke angkasa lepas.

temasya sukan berkenaan berjaya dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang. Sebanyak enam belas orang penerjun negara yang diketuai oleh Encik Rahim Dahalan telah berjaya mendarat di kutub utara pada 21 April 1998 dari jarak sebanyak 3000 meter. Beberapa projek gergasi menyusul selepas itu. Pada 1997 juga Malaysia merampas takhta sebagai pemilik bangunan tertinggi di dunia bila Menara Berkembar Petronas siap dibina. membuktikan bahawa Malaysia kini dipercayai sebagai tempat pencarian ilmu dan pusat pendidikan yang berwibawa. manfaat dan pekerjaan kepada rakyat malah ia telah menjulang nama Malaysia di peta dunia. Selain itu negara kita juga menawarkan peluang pendidikan yang dapat dinikmati oleh lebih ramai pelajar dengan pembukaan puluhan institusi pengajian tinggi swasta dan kampus-kampus cawangan universiti negara asing. malah menunjukkan kehebatannya dalam bidang penerjunan dengan menggunakan payung terjun. Walaupun ekonomi negara pada ketika itu sedikit tergugat ekoran spekulasi mata wang oleh golongan tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia bukan sahaja membuktikan kepada negara lain bahawa rakyat Malaysia mampu mendahului negara lain dalam acara renang. 49 . Kesemua projekprojek ini bukan sahaja telah memberi kemudahan. Rakyat Malaysia juga meningkatkan imej negara dengan menciptakan pelbagai ciptaan seperti H-Ometer.8 km pada 3 Ogos 2993 yang lalu dalam masa yang begitu singkat iaitu 17 jam 30 minit 15 saat. Kawalan modal terpilih dan tambahan ringgit dilaksanakan untuk memulihkan ekonomi negara.000 orang. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa F1 di Sepang serta kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei merentasi Selat Inggeris sejauh 32. di antaranya Roda Pusing Gergasi (eye on Malaysia). Malaysia terus menjadi perhatian dunia apabila menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel XVI pada 1998. di samping institusi pengajian tinggi negara meningkat kepada 500. Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan juga menerima kemasukan ramai pelajar asing. Pada masa yang sama kerajaan menolak bantuan Dana Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang dilihat cuba menguasai negara secara halus.

Ulang tahun ke-20an pentadbiran Dr. berbudaya. berilmu. meskipun banyak cabaran-cabaran baru yang menanti di hadapan. penerokaan lebih aktif ke dunia maklumat dengan pembukaan lebih banyak pusat ilmu dan teknologi. Rujukan 1. Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 5 50 . melihat Malaysia melangkah keluar dari belenggu kegawatan ekonomi. Malah. Politik yang stabil dan kehidupan rakyat yang harmoni memungkinkan Malaysia mencapai begitu banyak kejayaan. kreatif dan inovatif adalah jalan bagi Malaysia menuju ke arah Wawasan 2020 kelihatan lebih cerah dan indah. usaha negara dengan dasar sendiri dalam menangani kegawatan ekonomi telah menerima pujian daripada IMF. Suara lantang Dr. Mahathir Mohamad pada 2001 merangkumi senarai panjang pencapaian negara yang bukan sahaja menjadi kemegahan dan inspirasi warga Malaysia malah telah hampir mengeluarkan negara dari kelongsong dunia ke tiga. Mahathir di tanah air dan di arena antarabangsa dilihat bukan sahaja sebagai pencapaian peribadi beliau malah merupakan kejayaan besar yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Buku teks Sejarah Tingkatan Lima 2. Seterusnya. Di alaf baru ini. dengan pemimpin dan rakyat yang matang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Fajar alaf baru.

Kemerdekaan boleh diertikan sebagai kebebasan hidup. negara kita genap 50 tahun mencapai kemerdekaan. “peganglah kuatkuat kemerdekaan yang telah engkau peroleh kerana kemerdekaan itu sedikit sekali di dunia ini”. Pada tanggal 31 Ogos 2007. Pahang P ada hari ini. 51 . Jerantut. negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat di luar negara. Namun begitu. Perubahan yang drastik ini telah membuka mata pelbagai pihak yang sedang bersaing dengan Malaysia dalam usaha memajukan negara. Kuala Lumpur. Banyak yang berbicara tentang merdeka tetapi tahukah mereka apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan?. ketika Perdana Menteri kita yang pertama. Ini adalah harapan semua rakyat Malaysia untuk meneruskan kemerdekaan selaras dengan kata-kata bijak pandai. kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia selepas mengecapi kemerdekaan semakin mendadak dari tahun ke tahun. negara Malaysia menghadapi pelbagai halangan dalam usaha menjadi sebuah negara yang maju. Hal ini kerana. Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan perkataan “merdeka” di Stadium Merdeka. Dahulunya.ESEI PILIHAN 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Nurul Aida Binti Razali SMK Damak. kesemua kesusahan yang dihadapi oleh rakyat di negara ini berakhir apabila menjelangnya tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan adalah hidup tanpa penindasan oleh sesuatu kuasa. Syeikh Muhamad Abduh.

sebaliknya bersatu padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara”. arena sukan dan teknologi. Rentap menentang Kubu Raja Brooke di Nanga. bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur. Malaysia menjadi sebuah negara yang gagah dan pesat membangun dalam pelbagai aspek. Masyarakat dari negara luar amat kagum dengan pembangunan negara kita yang begitu pesat. Dato’ Maharaja Lela membunuh J. Menara Berkembar Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang telah didirikan di atas bumi Malaysia. Tun Dr. Bekas Perdana Menteri kita. perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Merekalah yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara kita pada hari ini yang sedang menempa nama di mata dunia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Jika dikaji secara terperinci. Ogos 1957 tidak semudah yang kita sangka untuk melalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning. bak kata peribahasa Melayu.W. Malaysia menjadi sebuah negara yang gah membangun selepas peristiwa hitam ketika Malaysia ditindas oleh negara asing diisytiharkan berakhir. Antaranya ialah ekonomi. sosial. Pada masa kini. politik. Malaysia juga telah berjaya mencapai hasratnya untuk duduk sama 52 . Pada tahun 1983. Mahathir Mohamad ada berkata “kita hendaklah mengetepikan emosi yang akan menimbulkan perpecahan.W Birch pada 1875 di Pasir Salak dan Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1894 hingga 1900 di Sabah. Tun Hussein Onn. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. tak lekang dek panas. “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Tun Abdul Razak. Kita sedia maklum. Antara pemimpin negara yang telah berbakti untuk negara adalah Tunku Abdul Rahman. Kemajuan ini melambangkan betapa gahnya Malaysia pada hari ini. Tun Dr. Ketika ini. Kepesatan pembangunan yang di kecapi oleh Malaysia diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang telah berjuang untuk keamanan negara haruslah dikenang agar jasa dan sumbangan mereka tak lapuk dek hujan.

negara Malaysia adalah sebuah negara yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Dalam konteks ini. “rakyat itu akar bangsa. Misalnya. perpaduan dan kerjasama berkait rapat. Pada tahun 2002. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara pascamerdeka. kemajuan Malaysia dari segi ekonomi telah membuatkan negara asing memandang tinggi kepada negara kita. Mahathir Mohamad telah menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mengabaikan kejayaan yang telah dicapai oleh negara. ekonomi negara kita yang stabil dan pembangunan semakin pesat serta kemajuan teknologi yang serba canggih. “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. bekas Perdana Menteri kita.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei rendah berdiri sama tinggi dengan negara luar. Beliau menyeru rakyat agar menghargai segala kemajuan yang diperoleh selama ini dan melipatgandakan usaha bagi meningkatkannya. Tun Dr. Frank Tibolt ada berkata. Sebagaimana kata-kata ahli bijak pandai. negara Malaysia juga telah berkembang maju dalam sektor pertanian selepas mengecapi kemerdekaan. Beng Tju. jika akarnya sihat. Sektor swasta telah menyediakan banyak peluang pekerjaan yang lebih baik dan menguntungkan. Kita juga haruslah mempunyai strategi untuk membangunkan negara. Hasrat ini dapat dicapai kerana sikap mereka yang tidak jemu untuk memajukan negara dalam pelbagai aspek. rakyat negara ini tidak pernah berputus asa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun. Pelbagai institusi swasta telah muncul dan banyak membantu Malaysia dalam usaha menjadi sebuah negara yang maju. Selain itu.” Di samping itu. Kepesatan Malaysia dari segi pembangunan banyak membantu dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi negara. Ini penting untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Sektor pertanian telah berkembang maju kerana pertanian merupakan sumber utama pemakanan rakyat Malaysia. Sektor pertanian telah 53 . Hal ini telah menyebabkan ekonomi di Malaysia meningkat. Ahli bijak pandai. Seperti yang kita sedia maklum. pokoknya juga tentu akan sihat”.

Industri pelancongan merupakan antara industri yang diberi tumpuan dan perhatian yang lebih oleh sesetengah negara. merupakan Tahun Melawat Malaysia. Pelancongan merupakan salah satu bidang industri yang memberi pendapatan lumayan kepada negara Malaysia. kelapa sawit. negara kita dibanjiri oleh berpuluh ribu pendatang asing. Seperti yang kita sedia maklum. tidaklah mustahil sekiranya berlaku revolusi makanan. Selain itu. Pada tahun 2020. Pelbagai pembaharuan dan penambahan mengenai sektor pelancongan menyebabkan kita dipandang tinggi oleh negara luar. Pada tahun ini. pusat pelancongan baru seperti hutan. pusat sejarah dan alam sekitar telah menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia. sektor perindustrian bergantung pada sektor pertanian untuk mendapatkan bahan mentah. pantai. Kita haruslah berusaha untuk menjadikan Malaysia pilihan pertama dalam setiap perkara bak kata peribahasa Melayu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei banyak memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Penambahan padang golf. Jadi. Sektor pertanian juga merupakan aset yang penting dalam usaha memajukan negara. gunung. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara malah dapat menarik minat rakyat asing untuk mengimport bahan mentah di negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi di negara kita. pusat sukan. 2007. Melalui kempen Tahun Melawat Malaysia ini. Malaysia pada hari ini merupakan pengeluar getah. “biar putih tulang. taman negara dan pusat-pusat tumpuan pelancongan yang lain seperti pusat membeli belah. Ini kerana. negara Malaysia juga amat berkembang maju dalam industri pelancongan. bermulalah pelbagai strategi baru bagi menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Kemajuan negara Malaysia dalam sektor pertanian telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. jangan putih mata”. koko dan lada hitam yang utama di seluruh pelosok dunia. Misalnya. 54 . sektor pertanian penting kepada sektor-sektor yang lain. Industri pelancongan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. pulau. Kemajuan inilah yang amat bermakna bagi negara kita dalam usaha membangunkan negara.

maka sudah tentulah bangsa itu akan kekal dalam kehinaan. iaitu sebuah masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh. Di sini jelaslah bahawa.” Dalam konteks yang lain. “apabila sesuatu bangsa itu tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri.” Selain itu. sebuah masyarakat yang bukan 55 . Perkembangan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. bangsa memainkan peranan amat penting. Malaysia mempunyai keupayaan untuk memajukan dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara. kemajuan pendidikan amat mempengaruhi usaha memajukan negara. pendidikan di Malaysia sedang mengalami reformasi yang amat pesat pada hari ini. “otak yang kosong adalah pemikiran yang semput. Universiti Sains Malaysia (USM) telah mewujudkan sistem USM video Net. Kebanyakan sekolah di Malaysia menggunakan komputer untuk proses pembelajaran. Mahathir Mohamad pernah berkata. pertumbuhan kolej-kolej swasta begitu pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pada abad ke 21 ini. Tun Dr. William Cowper. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang masyarakatnya hidup berasaskan sains yang progresif. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengatakan bahawa MSC mempunyai fungsi yang berkesan dalam sistem pendidikan negara. Universiti Teknologi Malaysia UTM telah membangunkan pelancaran kampus siber yang bertujuan memberikan perhatian sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah diperkenalkan dan akan menjadi alat penting dalam bidang pengajaran pendidikan di sekolah.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Dalam konteks ini. Malaysia juga telah berjaya mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Sebagaimana kata-kata ahli bijak pandai. Kemajuan inilah yang menyebabkan Malaysia tersohor di seluruh pelosok dunia. MSC membolehkan negara memasuki era teknologi maklumat dan seterusnya menjadi pemangkin kemajuan negara dalam menempuh gelombang tamadun manusia pada alaf baru nanti. Kedudukan negara akan stabil jika pemimpin bagi sesebuah negara itu berpendidikan.

Kemajuan sains dan teknologi amat berkait rapat dengan sektor pertanian dan perindustrian. Hal ini selaras dengan peribahasa. hati kuman sama dicecah. Institusi ini memainkan peranan penting untuk melaksanakan program untuk faedah kumpulan sasar tertentu dan seterusnya membawa ke arah pembangunan ekonomi dan sosial yang seimbang. bak kata peribahasa Melayu. Dasar Sosial Negara bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan mapan dari aspek sosial.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. negara Malaysia juga telah mencapai kemajuan dari segi sosial selepas beberapa tahun menjadi sebuah negara yang merdeka. 56 . Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri masing-masing dalam persekitaran sosial yang sihat. kerjasama antara semua pihak amat diperlukan bagi melaksanakan segala yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi aspek ini. ekonomi dan teknologi. Matlamat ini akan dicapai jika disusuli dengan usaha. Pada tahun 2003. di situ ada jalan”. program dan aktiviti pembangunan sosial serta menjelaskan falsafah di sebalik pembangunan sosial di Malaysia. Di samping itu. “hati gajah sama dilapah. komunikasi. “di mana ada kemahuan. elektronik dan kaji hayat. Pihak kerajaan telah menjalankan satu kajian perintis penilaian impak sosial ke atas empat projek pembangunan di negara ini. bulat kata kerana muafakat”. Pelbagai alat yang dicipta untuk memudahkan rakyat di negara kita. kerajaan telah melancarkan “Dasar Sosial Negara” yang merupakan payung kepada semua dasar. Negara Malaysia berjaya mencipta jentera bagi memudahkan pekerja melakukan sesuatu pekerjaan. Bulat air kerana pembetung. Dalam konteks ini. bioteknologi. Penciptaan alat-alat canggih tidak memerlukan banyak tenaga manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sebuah majlis perasmian Institut Sosial Malaysia telah diadakan bertujuan meningkatkan keberkesanan agenda pembangunan negara. Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisme untuk mengawasi kemajuan sains dan teknologi di dunia khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik.

Sesungguhnya temasya Sukan Kuala Lumpur 98. Penganjuran sukan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej negara. beliau berkeyakinan bahawa seandainya Malaysia diberi hak dan penghormatan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2008. Australia dan Rusia berperang demi membuktikan kekuasaan mereka. Perancis. Hal ini telah menyebabkan tercetusnya 57 . iaitu Sukan Komanwel ke-XVI yang telah melabuhkan tirainya pada 21 September 1998 beberapa tahun yang lalu merupakan titik bersejarah bagi negara Malaysia. Penggunaan dan pengendalian peralatan serta teknologi yang canggih dalam menjayakan acara sukan ini bukan sahaja melambangkan kemajuan negara malah membuktikan kewibawaan Malaysia di persada dunia. Pengerusi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).” Dalam konteks yang lain. Tun Dr. negara-negara kecil seperti Jerman dan Itali di Eropah bersatu dan menyertai kuasa-kuasa besar seperti Britain. Pada akhir abad ke-19. Michael Fennel berkata. kejayaan ini merupakan kayu pengukur dan kemampuan untuk menjaga nama baik negara serta mengekalkan kenangan manis kepada semua tetamu yang datang menyaksikan kejohanan terbesar di negara ini. Sikap politik yang diterapkan dalam diri rakyat Malaysia banyak menyumbang kepada kestabilan politik di negara kita. Menurut bekas Perdana Menteri. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem politik yang stabil. Mahathir Mohamad. Malaysia juga pernah menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Kejohanan Skuasy Remaja Dunia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. negara Malaysia juga telah berkembang maju dalam arena sukan. Kejayaan Malaysia dalam mencapai sistem politik yang stabil disebabkan negara Malaysia mempunyai sistem pentadbiran yang amat cekap. nescaya negara-negara akan menyertai atas nama muhibah dan semangat setia kawan. Kerajaan Malaysia menjadi tuan rumah kepada sukan kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Selain itu. Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas kemerdekaan berlandaskan Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Hal ini selaras dengan cogan kata “Malaysia Boleh” dan “Majulah Sukan untuk Negara.

“jangan ditanya apa yang dibuat oleh negara untuk mu tetapi tanyalah apa yang dibuat oleh mu untuk negara”. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei nasionalisme dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia. Bagi menangani masalah ini. Kita haruslah sanggup melakukan apa sahaja demi memajukan negara kita. Janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah. Kita haruslah menjadikan lima Rukun Negara sebagai panduan hidup kita iaitu kepercayaan kepada Tuhan. 58 . rakyat Malaysia bersatu padu bagi menentang penindasan British. ke lurah sama dituruni”. bak kata peribahasa Melayu. sesal kemudian tiada gunanya. “ke bukit sama didaki. ketika itulah bangsa lain turut menghinanya. Keluhuran Perlembagaan. “apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Sambutan kemerdekaan ini haruslah diadakan bagi mengenang jasa-jasa tokoh yang telah berjuang untuk negara. Sesal dahulu pendapatan. Keluhuran Perlembagaan. Sebagaimana kata-kata Abraham Lincoln.” Negara kita juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar bagai isi dengan kuku yang menjadi tulang belakang dalam usaha memajukan negara. Sebagaimana kata-kata Meng Tze. semua pihak haruslah berganding bahu bagi membangunkan negara dan mengekalkan negara kita sebagai sebuah negara yang aman merdeka. Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Kesimpulannya. Pemilihan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai pengerusi OIC juga telah membuka mata seluruh pihak dari negara luar dalam usaha berdaya saing untuk memajukan negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka 2003. Buku Teks Sejarah Tingkatan 6.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rujukan 1.oic-un.org 4.asean. cetakan keempat. http://www.or. Ramlah binti Adam. 2. http://www.id// 3.uk/ 59 .org.commonwealth. Abdul Hakim bin Samuri. http://www. Muslimin bin Fadzil. Shakila Parween binti Yacob.

.

Negara yang telah dapat melaksanakan agenda negara dengan mengikut acuan sendiri? Ya! Merdeka. Demi perkataan yang cukup berharga kepada kita. genaplah sudah 50 tahun negara kita. Sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 hingga hari ini. Allahyarham Tun Abdul Razak. Sambanthan telah sanggup mengorbankan masa. Kejayaan yang dicapai telah jelas membuktikan negara kita. sosial. pendidikan. Malaysia merdeka. Kini.S. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara gergasi pada 61 . banyak rancangan pembangunan negara telah dirancang dan dilaksanakan dengan sistematik dan bersepadu.T. tenaga dan wang ringgit untuk memastikan negara kita bebas daripada cengkaman kolonialisme.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Lok Chen Chuang SMK Taman Tasik “ Merdeka!” Apakah erti dan makna merdeka kepada generasi muda di era globalisasi kini? Negara telah bebas daripada genggaman penjajah durjana? Negara yang telah berdaulat dan tidak dikuasai dan dikongkong oleh kuasa asing. Kejayaan demi kejayaan yang telah dikecap terutamanya dalam bidang ekonomi. kesihatan. Tun H. Lee dan Tun V. tokoh-tokoh dahulu seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. politik dan sebagainya. dalam perkataan ini tersirat pelbagai makna kepada negara kita.

Berdasarkan kerjasama dan permuafakatan kaum bukan sahaja dapat membebaskan negara daripada penjajahan. banyak pihak telah menganggap dan meramalkan negara kita akan mengalami kepayahan. apa yang berlaku adalah sebaliknya.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei masa kini seperti Amerika Syarikat dan Rusia. berlakunya keadaan huru-hara. Menoleh sejarah. kita berupaya untuk mengetahui bahawa perpaduan kaum merupakan wahana untuk membebaskan negara kita daripada cengkaman kolonialisme. persoalan sekarang ialah bagaimanakah Malaysia dapat membebaskan diri daripada belenggu penjajahan dan menjadi sebuah negara demokrasi yang berdaulat dan merdeka? Perpaduan dapat didefinisikan sebagai perihal bersepadu. gemilang dan terbilang. perpaduan antara kaum telah dijadikan satu syarat utama yang diberi oleh pihak British kepada negara untuk membentuk negara dan bangsa yang berdaulat dan merdeka. Hal ini kerana dengan mempunyai warganegara yang berbilang kaum. Banyak kemajuan dan kejayaan pembangunan telah diimplementasikan dalam pelbagai bidang dengan tahap yang begitu cemerlang. maka sukarlah untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara dan mengagihkan kekayaan antara kaum dengan adil dan saksama. sekiranya kita menelusuri sejarah negara. Kemakmuran dan kestabilan negara dapat terus dinikmati bersama-sama oleh rakyat Malaysia terhasil daripada kerjasama semua kaum yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan perpaduan kaum terus terpelihara. pastinya kita tidak mampu merintis kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tanpa kemerdekaan. Pada zaman digital ini. bergabung menjadi satu. kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik. Namun. malah mampu menjadikan negara kita menjadi sebuah negara yang maju 62 . sepakat dan solider. negara kita telah membuktikan anggapan dan ramalan tersebut tidak tepat sama sekali. Tambahan pula. Kunci utama semangat perpaduan ini adalah berdasarkan amalan dan semangat toleransi serta sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. sebelum negara kita mencapai status negara berdaulat. Malah. Namun.

Malaysia dikatakan melalui tiga fasa reformasi pentadbiran iaitu Fasa Kolonialisme. Solider negara kita yang utuh lagi kukuh ini telah berjaya mengekalkan kestabilan politik dan mengharungi masalah kejatuhan ekonomi dunia pada waktu tersebut. politik negara kita tidak banyak berlaku pergolakan. Kejayaan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Fasa Sosioekonomi 1960-an dan Fasa Era Mahathir. politik. Oleh itu. kekayaan hasil bumi Tanah Melayu telah dieksploitasi oleh penjajah seperti 63 . Perpaduan kaum telah teruji semasa negara kita dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998. jalan raya dan pejabat pos telah diperkenalkan oleh British untuk melicinkan segala urusan pentadbiran mereka.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dari semua aspek seperti ekonomi. Sistem pentadbiran yang berkesan menjadi pemangkin kejayaan rancangan pembangunan negara. mengelola. Tanpa perpaduan. Disebabkan solider ini. Tanpa perpaduan juga. Rancangan Pembangunan Malaysia Kesembilan. Menurut Dr. mengurus dan memerintah yang baik memainkan peranan maknawi dalam membangunkan dan memajukan negara. pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pembinaan mercu tanda tersohor iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur adalah hasil daripada pihak kerajaan yang sentiasa menekankan kekuatan semangat solider dalam agenda pembangunan negara. kerajaan sukar melaksanakan programprogram kerajaan seperti DEB. Tanpa perpaduan. negara maju beridentiti sendiri menjadi aspirasi kerajaan menerusi Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan sekiranya kekuatan solider terus dijadikan dasar kepada agenda pembangunan negara. Fasa Kolonialisme atau dikenali sebagai era penjajahan telah banyak membawa perubahan kepada negara kita yang pada waktu itu dikenali sebagai Tanah Melayu. kerohanian dan kejiwaan serta kebudayaan. Rangkaian kereta api. rakyat Malaysia sukar menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup. pendidikan. Malek Haji Shah. negara Malaysia tidak akan maju di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini!. Sistem pentadbiran yang bersinonim dengan perbuatan mentadbir. Namun.

pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 juga lebih tertumpu pada pembangunan kawasan luar bandar 64 . ia telah membangkitkan rasa semangat memperjuangkan kemerdekaan negara di kalangan para intelek sendiri. Yang diutamakan ialah ekonomi mereka sendiri dan ekonomi peladang besar atau kelas koperator yang sama-sama mengaut keuntungan negara. Apakah yang telah berlaku kepada Tanah Melayu apabila dijajah oleh British selama 113 tahun? Adakah pihak British menjalankan pembangunan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu? Tidak. Tujuan pihak British hanyalah satu iaitu untuk mengelakkan gandingan kerjasama dan perpaduan sesama kaum yang bakal mengancam kedudukan mereka sebagai penjajah. perdagangan antarabangsa. Pengalaman pahit di genggaman penjajah telah mengajar tokoh-tokoh berusaha dengan gigih agar negara dapat menjadi gagah dan maju. Atas dasar yang diperkenalkan oleh pihak British ini. selain Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama (1960-1970). Hasil daripada kemerdekaan yang dicapai. Konsep ‘pecah dan perintah’ telah digunakan oleh pihak British untuk mengasingkan kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu mengikut kelas ekonomi masing-masing. Tanah Melayu terpaksa menghadapi segala kepincangan yang ditinggalkan oleh penjajah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan rakyatnya. pengenalan institusi bank. Tempoh untuk meningkatkan sosioekonomi warganegara kita terutamanya peribumi sebelum mengejar kemajuan negara telah dikenali sebagai Fasa Sosioekonomi 1960-an. Dalam tempoh ini.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei British dan Jepun semata-mata untuk kepentingan serta keuntungan mereka. penggunaan teknologi tinggi dan sistem pengurusan yang cekap adalah begitu asing kepada peribumi sehinggakan mereka jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana nasib rakyat tempatan tidak diberi keutamaan oleh kerajaan penjajah. Sistem ekonomi moden bercirikan kepada penggunaan mata wang. Menjelang kemerdekaan. kini negara kita maju dengan teknologi yang canggih dan infrastruktur yang mencecah langit sehingga menjadi bualan serta sebutan penduduk di seluruh dunia.

kadar kemiskinan telah berjaya dikurangkan daripada 49. Selepas mengharungi Fasa Sosioekonomi 1960-an.1% pada tahun 1990 manakala hak milik modal saham milik bumiputera telah mencatat 20. namun Malaysia telah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan dari segi pengagihan pendapatan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir telah diberi tumpuan oleh Tun Dr. pelbagai dasar serta kempen telah diperkenal dan diterapkan. Mahathir Mohamad. Sebagai contoh.4% sahaja pada tahun 70-an.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dan pertumbuhan ekonomi dari segi peningkatan hasil keluaran negara. Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai visi serta misi yang menjangkaui pemikiran manusia biasa dari segi pembangunan negara telah mengalih tumpuan dari sektor pertanian ke sektor perindustrian yang dapat menjana ekonomi negara. negara kita telah menjejak kaki ke fasa yang lebih penting terhadap kecemerlangan dan kegemilangan pembangunan negara iaitu sewaktu era Tun Dr. banyak pembaharuan dan perubahan yang meliputi semua bidang telah berlaku terhadap negara kita.3% pada tahun 1990 berbanding dengan 2. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu formula yang dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua sebagai kesinambungan rancangan-rancangan pembangunan yang lalu ekoran peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Walaupun matlamat Dasar Ekonomi Baru iaitu membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum tidak dicapai sepenuhnya.3% pada 1970 hingga 17. Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) telah menghasilkan kereta nasional buatan 65 . Di bawah pentadbiran beliau. Peningkatan sosioekonomi peribadi yang pesat telah membuktikan Malaysia mampu membangunkan ekonomi negara dalam tempoh singkat. Untuk mendorong corak serta sistem perkhidmatan awam yang lebih produktif dan efektif. Mahathir Mohamad.

Dasar ini telah ternyata berjaya dan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya melaksanakan program tersebut. Perdana Menteri telah memperkenalkan Dasar Sains dan Teknologi pada bulan April 1986. tumpuan kerajaan sekali lagi mengalih ke era teknologi maklumat (IT). kerajaan telah menetapkan tujuan aplikasi perdana yang mampu membawa Malaysia ke suatu 66 . Penswastaan syarikat-syarikat tersebut telah memberi implikasi positif terhadap corak dan kadar pembangunan negara terutama dari segi ekonomi dan pendapatan negara. Sejajar dengan perkembangan Koridor Raya Multimedia. Pada tahun 90-an. penggunaan sains dan teknologi juga penting dalam memajukan negara agar mampu bersaing dengan negara lain yang berteknologi tinggi seperti Jepun. Dasar Pembangunan Nasional juga sama dengan dasar-dasar kerajaan lain yang memberi tumpuan terhadap perindustrian yang mampu merancakkan ekonomi negara serta melonjakkan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi dalam pasaran ekonomi dunia yang semakin canggih. Tun Dr. Satu lagi peristiwa yang membanggakan rakyat Malaysia ialah pelancaran MEASAT 1 dan MEASAT II iaitu satelit canggih untuk komunikasi dan penyiaran. di samping mewujudkan peluang yang lebih adil kepada semua pihak. Mahathir Mohamad telah mewujudkan Dasar Pembangunan Nasional bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan tujuan untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi. Di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Keenam. Mahathir Mohamad juga membuahkan hasil yang begitu membanggakan terhadap perkembangan pembangunan negara contohnya penswastaan seperti Syarikat Telekom Malaysia. Dasar Penswastaan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Dasar ini diharapkan dapat membantu Malaysia menjadi negara maju dalam penggunaan teknologi sebagai wadah untuk pembangunan ekonomi serta menggiatkan sektor Perindustrian Kedua telah dilancarkan pada tahun 1996.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Malaysia yang pertama iaitu Proton Saga pada 9 Julai 1985. Untuk mencapai matlamat tersebut. Selain itu. Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Konsep Bersih. pada 28 Februari 1991. iaitu kerajaan elektronik. Mahathir Mohamad telah mempelopori Dasar Pandang Ke Timur yang menjadikan negara timur khususnya Jepun dan Korea Selatan sebagai negara yang dapat dicontohi.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei tahap yang lebih tinggi lagi dalam era IT. Bagaimanakah Maharaja Mikado Meiji dapat memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun yang dikenali sebagai Pemulihan Meiji? Apakah dasar pemerintahan yang ditekan oleh baginda di Jepun? Cara pemerintahan yang digunakan oleh Maharaja Mikado Meiji iaitu menjadikan negara barat seperti Britain sebagai model untuk dicontohi serta menekankan pemodenan dan perindustrian telah dijadikan contoh oleh pemimpin negara kita. Impaknya. Hal ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Cekap dan Amanah (BCA). Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencetuskan Wawasan 2020 yang menggariskan 67 . Di samping itu. Tun Dr.a. cekap dan amanah. teleperubatan. Nabi Muhammad s. kelompok R&D. iaitu menghasilkan kerajaan bermutu dan kaya dengan nilai-nilai murni. malah negara kita telah mewujudkan projek-projek infrastruktur berciri ketimuran seperti Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). keempat-empat khulafa’ al-Rashidin dan Sayyidina Umar Al-Khattab telah dijadikan pemimpin contoh yang harus dijadikan teladan. Rangkaian Pengilangan Sedunia. Dasar Penerapan Nilainilai Islam dan Pentadbiran serta Dasar Produktiviti turut dilancarkan dengan hasrat dan matlamat yang sama. keadilan dan berdikari telah diterap dalam pembangunan negara melalui dasar awam ini. pelaburan dari Jepun dan Korea kepada negara bukan sahaja meningkat. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) juga telah diwujudkan pada 19 Mac 1983 oleh Tun Dr.w. kad pintar (Mykad). Nilai-nilai ketimuran yang dimiliki seperti kerajinan. Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan dan Sekolah Bestari. Mahathir Mohamad untuk meningkatkan daya pengeluaran dan mewujudkan perkhidmatan kerajaan yang bersih.

Keberanian dan kelantangan Perdana Menteri dalam menyuarakan pelbagai isu pada peringkat global seperti konflik dan peperangan Iran-Iraq telah membuka mata pemimpin-pemimpin dunia terutamanya para pemimpin di negara-negara membangun. Mahathir Mohamad ini. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menggalakkan pentadbir bekerja untuk rakyat. moden dan gagah seperti negara-negara lain di dunia. perpaduan negara dan mutu kehidupan. saya mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama dengan saya. disebabkan negara yang stabil lagi aman. Dalam era Tun Dr. unsur ketamadunan yang tinggi dan perpaduan yang teguh berdasarkan 68 .Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei perkembangan pembangunan negara untuk tempoh masa 30 tahun. negara kita dipilih menjadi tuan rumah bagi Persidangan Kemuncak Kumpulan Perundingan dan Kerjasama Selatan-selatan (Negara-negara G-15) dan Sukan Komanwel pada tahun 1998. “Saya tidak mahu tuan-tuan bekerja untuk saya. pengurusan yang baik. nama Malaysia telah tersebar luas di peringkat antarabangsa. Pemimpin-pemimpin negara barat seperti pemimpin Australia telah melawat negara kita dan membincangkan isu semasa yang dihadapi pada era globalisasi ini. Keputusan dan tindakan yang diambil oleh Malaysia telah dititikberatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa lain sebelum mereka melaksanakan projek mereka.” Begitulah ungkapan yang telah dilafazkan oleh Perdana Menteri kelima kita. Pada masa itu. tetapi merangkumi kemajuan bersepadu seperti kestabilan politik. Negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 ini dengan rakyat yang bersatu padu. Bukan itu sahaja. Beliau telah menggariskan sembilan cabaran yang harus disahut oleh rakyat demi mencapai status negara maju menjelang 2020. Sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri. Peneraju agenda negara kita telah mengadakan kerjasama dengan negara-negara lain walaupun negara tersebut miskin dan kecil seperti Tonga. Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk mewujudkan pendidikan yang sempurna. Malaysia tidak hanya menjadi negara maju dari segi fizikal. Semua kejayaan ini telah menunjukkan negara kita mampu menjadi negara maju.

cekap dan amanah dalam kakitangan awam. 69 . Malah. Kejayaan yang dihasilkan adalah kerjasama semua kaum yang bersatu padu bagi menentukan perpaduan dan keharmonian kaum terpelihara dan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi. Kita harus mempunyai ilmu pengetahuan dan nilai murni untuk menggerakkan negara kita ke arah pencapaian cemerlang menjelang mencapai matlamat Wawasan 2020. Misi Nasional turut dilaksanakan pada Era Abdullah Badawi untuk menggariskan pembangunan yang bakal dilaksanakan dengan tujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Negaraku Gagah Gemilang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kontrak sosial tersusun serta kedudukan ekonomi mapan. Oleh itu. Kemajuan yang dinikmati pada masa kini menjadi pertukaran titik peluh pemimpin-pemimpin negara kita yang sentiasa bertungkus-lumus membangunkan negara tercinta. dasar-dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan telah membuktikan negara kita negara yang gagah perkasa serta mampu mengatasi apa jua cabaran dan halangan. Misalnya. Secara keseluruhannya. sebagai warganegara Malaysia. Malaysia Boleh! Malaysia Cemerlang. beliau telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Etika Awam Nasional (IEAN) untuk menggalakkan adanya pentadbiran yang bersih. kita harus memelihara kemerdekaan yang dikecap pada hari ini tanpa melupakan jasa-jasa pemimpin kita. Sektor pertanian juga telah diberi ‘nafas baru’ melalui pelancaran Bumi Hijau oleh beliau kerana sektor pertanian dipercayai dapat menyumbang pendapatan negara.609 pada tahun 2004 berbanding dengan tahun yang lalu. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencatat RM449. Gemilang dan Terbilang! 50 tahun Malaysia Merdeka. Islam Hadhari yang merupakan ajaran Islam yang progresif untuk meningkatkan kualiti hidup manusia harus disemai dan disuburkan dalam sanubari setiap pentadbir. kemajuan tidak bermakna sekiranya tiada perpaduan dan nilai-nilai ketimuran yang kuat di kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Ingatlah wahai warganegara.

5. Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Tingkatan 3. Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia Tinjauan Menyeluruh 6. Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Kumpulan Budiman 2. Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem Pentadbiran Malaysia – O.K. Ulang Kaji Total Terkini Sejarah (Fakta Diagramatik) – Haji Nasar Haji @ Mary Tan Swee Ee Majalah 1. Han 8. Buku Rekod Malaysia Edisi Khas 1 2. Ma’rof Redzuan 1996. 3. Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Tingkatan 5. Kenegaraan Malaysia 1996. Dewan Siswa Jun 2006 70 . Buku Teks Sejarah – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah – Tingkatan 4. Dewan Masyarakat Januari 2005 3. Menara Tertinggi di Dunia (KLCC/Menara KL) – Muhammad Harun 7. Dewan Masyarakat April 2006 4.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rujukan Buku Ilmiah 1. Kementerian Pelajaran Malaysia 4. Kementerian Penerangan Malaysia.

http://www.gov. http://www.pmo.edu.edu.HTML 5. http://web.my/lericzone/f_malaysia/sejarah 71 . http://www. http://www.HTML 6. http://ms.org/wiki/Sejarah Malaysia 2.nsf/vfs_Ref_Dasar 4.my/nsmkbsa/index.sabah.htm 3.my/fma004/wawasan 2020.wikipedia.ntm.fskm.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kamus Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 955 m/s 1340 Internet 1.my//website/webdb.my/fma004/IT.sabah.sabah.edu.

.

Ekoran daripada peristiwa tersebut. tidak mustahil negara kita akan kembali dijajah atau akan terdedah dengan pelbagai ancaman oleh anasir luar yang ingin mengeksploit kepentingan negara Malaysia. ekonomi dan sosial. Sejarah penubuhan Rukun Negara adalah terbentuk akibat daripada Peristiwa 13 Mei 1969 iaitu berlakunya rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. pastinya peristiwa berdarah 38 tahun lalu berulang kembali.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Nor Famiza Binti Ghazali SMK Tinggi Bukit Mertajam M alaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu sebelum di ambang kemerdekaan merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat di negara ini asalkan ia tidak melanggar undang-undang negara. Malah. ekonomi dan perundangan. nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma kehidupan sosial yang meliputi pelbagai aspek seperti keagamaan. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin 73 . Jika perpaduan tidak diwujudkan. Rukun Negara didefinisikan sebagai satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat. budaya dan agama. Malaysia juga mengamalkan satu cara hidup yang demokratik dan liberal. Perpaduan antara kaum harus diwujudkan agar wujud dasar kerjasama antara kaum dalam tiga aspek iaitu aspek politik. kebudayaan.

Antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara ialah: 1.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Dato’ Hussein telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengembalikan keamanan. Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan. menegakkan semula undang-undang dan memupuk suasana harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia. 4. kita perlu menjadikan Rukun Negara sebagai landasan hidup bermasyarakat. gemilang dan terbilang. Jika dinilai dari segi lahiriah. kesetiaan kepada Raja dan Negara. Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan pasti menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu. 3. demokratik. ia memakan masa berpuluh-puluh tahun tetapi untuk meranapkannya cuma memakan masa sehari. liberal dan saintifik tanpa mengira bangsa dan agama. Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik. kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan tidak kira umur dan darjat. air dan udara tetapi kehidupan akan lebih bermakna sekiranya perpaduan dapat dikekal dan diperkukuh. 5. adil. Rukun Negara dibentuk untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan. 74 . kepatuhan terhadap perlembagaan negara. 2. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi untuk kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara sekali gus dapat melahirkan negara dan bangsa yang cemerlang. Ini membuktikan bahawa kehidupan bukan sekadar memerlukan makan dan minum. Untuk membina sebuah perpaduan.

Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara merupakan satu faktor terpenting untuk menyatukan rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi mengamalkan kepercayaan terhadap agama-agama lain tidak dilarang asalkan ia dijalankan secara aman dan tenteram. Bangsa dan negara yang berdaulat telah dicapai melalui prinsip pertama yang terkandung di dalam Rukun Negara. Amalan mentaati Raja dan Negara ini sebenarnya adalah satu elemen yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara kita malah dapat membentuk satu ikatan yang erat bagi memupuk kecintaan rakyat terhadap tanah air. Oleh itu. kita harus berikrar agar sentiasa mentaati raja dan negara demi sebuah keharmonian dan kemajuan negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Prinsip yang pertama menjadi amalan hidup rakyat Malaysia ialah Kepercayaan kepada Tuhan. 75 . Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin iaitu Sultan Terengganu telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Malaysia sebuah negara yang liberal telah mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Oleh itu. kita perlu mengamalkan prinsip yang pertama ini kerana ia penting bagi seseorang anggota masyarakat untuk berpegang teguh dengan ajaran agama masingmasing. berdasarkan prinsip kedua ini. Pada tanggal 26 April 2007. sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan patuh terhadap ajaran agama. ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang malah boleh meranapkan bangsa dan negara. Bangsa dan negara telah diwujudkan atas dasar kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Baginda dipertanggungjawab sebagai Ketua Negara untuk menjalankan seadil-adilnya pemerintahan mengikut undangundang dan perlembagaan negara serta memelihara agama Islam dan berdiri teguh atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara. Menurut pandangan daripada prospek rohani dan jasmani. Prinsip yang kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan keagamaan adalah dilarang sama sekali.

Kestabilan negara akan tergugat jika rakyat tidak menerima Keluhuran Perlembagaan Negara. mematuhi dan mempertahankan keluhuran dan kemuliaan Perlembagaan Negara yang telah memberi perlindungan kepada setiap rakyat di negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara Malaysia. sudah pasti hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan musnah. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan merupakan prinsip yang terakhir yang terkandung di dalam Rukun Negara. menghargai serta memahami tentang maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. prinsip yang keempat terkandung dalam Rukun Negara ialah Kedaulatan Undang-undang. Jika didapati bersalah. Tidak kira setinggi mana darjat seseorang. Kita harus mempertahankan kedaulatan undang-undang agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan yang harmoni. Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima. Oleh itu. Seterusnya. undang-undang tidak boleh dipersendakan sebaliknya mesti dihormati dan dipatuhi. hukuman yang setimpal tetap dijatuhkan. Sekiranya prinsip keempat ini tidak diterima masyarakat. rakyat Malaysia dikehendaki mengamalkan 3M iaitu menghormati.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip ketiga yang terkandung di dalam Rukun Negara. Oleh yang demikian. Undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat supaya dapat bergerak dengan selamat dan teratur daripada sebarang kekacauan. Undangundang sangat diperlukan dalam setiap negara kerana hanya undangundang yang dapat mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman dan makmur. Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang 76 . Keadilan diasaskan berdasarkan kedaulatan undang-undang iaitu setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosiobudaya rakyat di negara ini dan sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjunjung dan mempertahankan prinsip ketiga ini. Hal ini kerana perlembagaan negara merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana individu.

Imej negara juga pasti lebih terjamin seandainya rakyat Malaysia memiliki nilai kesopanan dan kesusilaan. jelaslah bahawa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik. Berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara yang dihuraikan di atas. Melalui prinsip yang terakhir ini. Masyarakat dan negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh bangsa asing sekiranya terus mempraktikkan prinsip yang terakhir ini kerana tingkah laku yang sopan terselit darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan sama ada kehidupan persendirian mahupun kehidupan bernegara. Melalui amalan daripada prinsip-prinsip ini. sifat kesopanan dan kesusilaan dapat membentuk seseorang individu dan masyarakat lebih berdisiplin serta bermoral tinggi justeru melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang berwawasan. Sifat ini sangat penting untuk disemat dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Prinsip ini bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen yang dilancarkan oleh kerajaan iaitu budi bahasa dan nilai-nilai murni. perpaduan yang lebih erat sesama masyarakat dapat dicapai kerana Rukun Negara dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu. berbudi bahasa dan bersusila dapat dilahirkan jika prinsip kelima ini diamalkan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei individu. Hal ini kerana semua rakyatnya tanpa mengenal bangsa dan agama mempunyai satu semangat kesetiaan yang tinggi atau perasaan cinta terhadap negara yang sangat mendalam. Negara Malaysia juga akan dikenali seantero dunia kerana sikap penduduknya yang mengamalkan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan bersesuaian dengan adat timur. 77 . saintifik dan progresif serta bersatu-padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai bangsa. Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini mesti diamalkan oleh rakyat Malaysia supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sejajar dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Masyarakat yang baik.

justeru menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia. dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan. sains dan teknologi berikutan kemajuan yang dikecapi. Rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan agama.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Melalui pengamalan Rukun Negara ini juga terutama pada prinsip yang keempat telah melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur. Kesannya. Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi berdarah ini telah menyedarkan kita semua. Sebagai contoh. adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Konklusinya. Seterusnya pengalaman Rukun Negara dapat membentuk satu sikap yang liberal dalam kalangan masyarakat. banyak syarikat di Malaysia telah berjaya menempa nama dalam bidang sains dan teknologi seperti MSC (Multimedia Super Corridor). Masyarakat progresif ialah sebuah masyarakat yang mempunyai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Negara kita sesungguhnya kaya dengan budaya pelbagai kaum jadi sesuatu komuniti yang cemerlang. masyarakat juga akan bebas daripada sebarang penindasan seseorang terhadap yang lain atau penindasan sesama golongan terhadap golongan lain. yakni rakyat Malaysia betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman damai serta menghindari sifat 78 . Selain itu. gemilang dan terbilang harus diwujudkan walaupun berlainan agama kerana ia boleh mendatangkan keuntungan kepada negara melalui bidang pelancongan kerana keunikan dan kekayaan pelbagai budaya dapat menarik minat pelancong asing untuk melancong ke Malaysia. Masyarakat progresif yang wujud pada masa kini merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya bakal menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Masyarakat yang progresif dapat dibina melalui amalan Rukun Negara ini. Hal ini kerana kepentingan bangsa dan negara diutamakan terlebih dahulu apabila tercetus sebarang masalah supaya tidak berlaku ketidakstabilan negara.

Berdasarkan teks yang disimpulkan di atas. melalui Rukun Negara ia akan membantu negara kita mempertingkat dan mempergiatkan lagi kepesatan ekonomi. mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Janganlah kita diibaratkan seperti enau dalam belukar.Rukun Negara. Rujukan 1. 79 . Sudah terang lagi nyata. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 . muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Rujukan i-MASTER Tingkatan 4-5.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei saling curiga antara satu sama lain. 2. melepaskan pucuk masing-masing kerana hal ini akan memusnahkan negara dan bangsa itu sendiri. Bahasa Malaysia SPM . Jelaslah bahawa mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu-padu.Info Didik. 3.

.

Rukun bermaksud undang-undang yang wajib dipatuhi oleh semua orang manakala negara bererti kawasan yang diperintah oleh sesebuah 81 . bermula dari zaman para nabi lagi telah terdapat undang-undang yang menggunakan konsep musyawarah dalam proses penggubalannya. Sebagai contoh. Terengganu S etiap individu di dunia ini pasti mempunyai prinsip atau pegangan hidup masing-masing. Besut. puasa di bulan Ramadhan. Prinsip atau pegangan hidup ini adalah bertujuan menjadi acuan kepada hala tuju seseorang dalam kehidupan. Begitulah juga fungsinya dengan Rukun Negara. solat lima waktu sehari semalam. Dalam agama sekalipun mempunyai rukun yang wajib diikuti oleh setiap penganutnya. menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang mampu. Rukun Islam ada lima kesemuanya iaitu mengucap dua kalimah syahadat. Rukun Iman pula ada enam untuk memastikan keteguhan iman seseorang Muslim. Tambahan pula. Justeru. prinsip itulah yang akan membentuk jalan yang perlu ditempuh oleh seseorang kerana kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Wan Nazifah Binti Wan Hassan SMK Nasiruddin Shah. Ini adalah kerana setiap insan yang hidup pasti inginkan kejayaan mengiringi mereka. agama Islam mempunyai dua kategori rukun iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman.

Rukun Negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Di negara kita Malaysia terdapat lima Rukun Negara kesemuanya. Berbeza pula dengan masyarakat Cina dan India. iaitu Kepercayaan kepada Tuhan bermaksud percaya dengan penuh yakin terhadap Tuhan. iaitu rusuhan antara kaum. Rukun Negara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13. mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati. Pengisytiharan Rukun Negara adalah bertujuan mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. Rukun Negara yang pertama. Di samping membentuk satu cara liberal terhadap kebudayaan dan membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi. Tidak termasuk lagi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Perisytiharan ini dilakukan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kedua. wujud pelbagai agama dan kepercayaan. masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berbilang kaum. Contohnya. diikuti oleh Keluhuran Perlembagaan. Sebagai contoh. Rukun Negara boleh didefinisikan sebagai undang-undang yang wajib dipatuhi oleh setiap warganegara Malaysia yang tercinta demi mencapai kehidupan yang sempurna.t. Oleh itu. masyarakat Islam hanya percaya kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s. masyarakat Kadazan-Dusun mempercayai Tuhan mereka adalah Kinorohingan yang bersemayam di dunia lain.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kerajaan. Di Malaysia. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan Rukun Negara yang pertama 82 . Tuhannya ialah Dewa. Menurut sejarah.w. Seterusnya ialah Kedaulatan Undang-Undang dan yang terakhir Kesopanan dan Kesusilaan. Setiap rakyat haruslah bekerjasama untuk merealisasikan impian kerajaan ini. Secara tidak langsung. mengikut buku teks Sejarah Tingkat Satu. Ini kerana mereka menganut agama Buddha. memelihara satu cara hidup demokratik. yang melibatkan kaum.

sistem beraja di Malaysia tidak lapuk dek hujan. ketinggian manakala perlembagaan pula bererti undang-undang. pencipta alam dan kebesaran Tuhan yang tidak dapat ditandingi. Inilah keunikan yang dimiliki oleh Malaysia yang menjadikannya terkenal di seantero dunia. Namun. Sistem beraja bererti corak pemerintahan sesebuah negara yang mana seorang raja memegang tampuk pemerintahan negara. semuanya pupus ditelan dek zaman. Jika dahulu. Setiap Yang di-Pertuan Agong boleh memegang pucuk pimpinan negara selama lima tahun. Melaka. Selain itu Majlis Pertabalan dan Perisytiharan Yang di-Pertuan Agong turut diadakan apabila Yang di-Pertuan Agong yang baru mengambil alih pucuk pimpinan negara. negara-negara yang mengamalkan sistem beraja termasuklah Indonesia. Keluhuran menurut kamus Dewan membawa maksud kemuliaan. Melaka. Setiap raja pula diberi peluang untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong secara bergilir. Malaysia adalah salah satu negara di dunia yang masih mengamalkan sistem beraja. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Sabah dan Sarawak yang diganti dengan Yang di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun. Di Malaysia. 83 . warna rasmi bagi kerabat diraja adalah warna kuning. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah Rukun Negara yang kedua. Bagi Negeri Sembilan pula. Negeri Sembilan. Percaya dan patuh kepada Tuhan adalah asas pembentukan rohani setiap insan. Oleh sebab itulah Malaysia sering dipandang tinggi oleh negaranegara luar kerana masih mempertahankan tradisi berajanya. Tuhan adalah pencipta manusia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei memandangkan Tuhan adalah segala-galanya bagi setiap masyarakat. Rukun Negara yang seterusnya adalah Keluhuran Perlembagaan. kuasa tertingginya terletak pada Yang di-Pertuan Besar. Setiap titah raja harus dilaksanakan dengan sempurna. Setiap negeri di Malaysia mempunyai raja kecuali Pulau Pinang. Sabah dan Sarawak. tidak lekang dek panas.

Kedaulatan undang-undang akan terjamin jika setiap warga di negara ini mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. pencemaran persekitaran. Oleh yang demikian. kedaulatan undang-undang bolehlah diertikan sebagai kekuasaan yang tertinggi yang dimiliki oleh peraturanperaturan yang telah digubal. Mana-mana individu yang mengingkari undang-undang pasti dikenakan denda. rogol dan sebagainya pasti berleluasa dan menyebabkan masyarakat luar memandang serong kepada negara kita lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam. Undang-undang di Malaysia wajib dipatuhi oleh segenap lapisan masyarakat. Kedaulatan ini bererti undang-undang berkuasa terhadap sesiapa sahaja yang melanggar peraturan negara. mahupun pencemaran bunyi akan dikenakan denda berupa kompaun.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Justeru. Undangundang pula bererti susunan peraturan-peraturan hukum yang sah. Sesiapa yang dikenal pasti telah melakukan pencemaran alam sekitar sama ada pencemaran sungai. pembunuhan. Sebenarnya. Salah satu contoh yang boleh diketengahkan ialah pencemaran alam sekitar. Ini adalah untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat dan mengekalkan kemerdekaan negara. setiap agama menitikberatkan soal kebersihan. Begitu juga dengan undang-undang yang digubal di peringkat negara yang menyeru masyarakatnya menjaga kebersihan. semua orang wajib mematuhi undangundang untuk memastikan pentadbiran negara dapat dijalankan secara telus dan menjamin keharmonian hidup. Jenayah seperti rompakan. Sebagai contoh. Bayangkan jika negara ini tidak mempunyai undang-undang yang menjadi garis panduan sesebuah kehidupan yang bermaruah. keluhuran perlembagaan bermaksud ketinggian undangundang. Justeru. semua yang hidup di atas muka bumi ini pasti terikat dengan undang-undang sama ada undang-undang negara mahupun undang-undang agama masing-masing. Kedaulatan menurut kamus Dewan ialah kekuasaan yang tertinggi. penjara 84 . Walhal di dalam peraturan undang-undang agama Islam juga ada menetapkan balasan ke atas setiap perbuatan hamba Nya sama ada baik mahupun buruk. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman’ adalah kata-kata yang dipetik daripada bahasa Arab. Seterusnya ialah Kedaulatan Undang-Undang.

Kesopanan dan kesusilaan bermaksud budi pekerti yang mulia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dan sebagainya. mereka lebih banyak pengalaman menempuh liku-liku kehidupan. Oleh sebab itulah orang muda harus menghormati orang tua kerana mereka mempunyai banyak petua yang boleh diperturunkan. tuntutan dan kemahuan hidup tidak mampu mengatasi kekuasaan undang-undang. Konteks kesopanan dan kesusilaan amat luas jika dihuraikan. Kes-kes sebegini banyak berlaku terutamanya pada zaman sekarang kerana tuntutan kehidupan yang inginkan kesenangan. Walau bagaimanapun. Usaha ini amat bertepatan dengan pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Selain itu. Sesiapa yang didapati bersalah menebang hutan secara haram atau meneroka hutan simpan akan dikenakan hukuman. Rukun Negara yang terakhir ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara yang merdeka seperti hari ini. contoh yang seterusnya ialah Akta Penebangan Hutan. 85 . Oleh itu. Ini kerana tanpa usaha mereka menentang penjajah satu masa dahulu. Kerana jasa mereka jualah kita dapat menghirup udara segar seperti ini. Walau bagaimanapun. denda yang dijatuhkan ke atas pesalah berbeza mengikut tahap kesalahan yang telah mereka lakukan. Perasaan cinta akan kedaulatan undang-undang dan perjuangan dalam melahirkan sebuah masyarakat yang boleh menegakkan keadilan haruslah diterapkan dalam diri setiap rakyat sejak kecil lagi agar menjadi satu cita-cita yang unggul. Kesopanan dan kesusilaan yang digunakan dalam Rukun Negara amat bertepatan dengan negara kita kerana Malaysia terkenal dengan kehalusan budaya timurnya. Contoh kesopanan dan kesusilaan ialah yang muda haruslah disayangi dan yang tua wajib dihormati. Prinsip yang muda harus disayangi kerana kanak-kanak dikatakan jarang melakukan dosa berbanding orang dewasa. Yang tua wajib dihormati kerana orang-orang tua lebih banyak makan garam berbanding orang muda. Nilai-nilai murni seperti ini dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup lebih-lebih lagi hidup dalam keadaan berbilang bangsa seperti di Malaysia.

masyarakat di Malaysia kaya dengan sikap saling membantu. Jika semua warga di Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni ini. persekitaran sekolah akan menjadi lebih kondusif untuk para pelajar menimba ilmu secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan awam mahupun peperiksaan di peringkat sekolah. Rukun Negara menjadi asas untuk merealisasikan nilai dan prinsip secara bersama. Kesopanan dan kesusilaan juga boleh diamalkan dengan mengadakan program gotong-royong sama ada di peringkat kampung. Perpaduan sudah tentu akan dapat diperkukuhkan lagi jika semua rakyat menghayati hak dan tanggungjawab kenegaraan dan kewarganegaraan. Oleh yang demikian. prinsip dan juga berdasarkan kepada suatu visi masa depan. Contohnya ialah Gotong-royong Perdana peringkat negeri telah diadakan di semua sekolah di negeri Terengganu baru-baru ini. Sebagai contoh orang yang celik membantu orang buta melintas jalan. Melalui program sebegini. perasaan saling mempercayai antara satu sama lain 86 . setiap warga Malaysia wajib mematuhi Rukun Negara untuk menjamin kehidupan yang lebih selesa. menyediakan tempat duduk untuk warga tua dan wanita yang hamil. Di samping itu juga. pasti negara kita akan sunyi daripada segala jenayah seperti penderaan kanak-kanak. Ternyata bahawa asas kepada perpaduan negara ialah komitmen bersama nilai. Selain itu. Secara tuntasnya. Oleh sebab itulah konsep sebegini mesti dikembangkan lagi dengan tujuan memperkukuhkan perpaduan dan melahirkan satu identiti Malaysia. Walau apa pun. membantu orang tua mengangkat barang-barang. negeri mahupun kebangsaan. hubungan silaturahim antara pelajar dan guru dapat dieratkan lagi. pembuangan bayi dan pengabaian keduadua ibu bapa. daerah. kepatuhan rakyat terhadap Rukun Negara secara tidak langsung akan memperkenalkan Malaysia di mata dunia melalui layanan mesra terhadap pelancong dan penjagaan alam sekitar.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Selain itu. Ini membuktikan bahawa hubungan antara pelajar dan guru tidak terhad pada masa persekolahan sahaja.

pmo. Walaupun Malaysia sudah hampir dua dekad tidak menghadapi rusuhan kaum. Indonesia dan kebanyakan negara di barat. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 2. Rujukan 1.gov. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana negara kita dipimpin di bawah penguasaan yang adil dan mengamalkan konsep demokrasi. www. Buku Rujukan Sejarah Visual Pelangi PMR 3.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dan kerjasama antara kaum perlu dipupuk jika kita ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang aman. Justeru itu. semua perlu mengambil iktibar di atas setiap kejadian yang menimpa negaranegara lain seperti di Thailand. teguh dan bersatu padu.gov.my/rukunegara 4. www.sarawak. namun tidak mustahil sejarah akan berulang jika soal kesensitifan kaum diambil mudah.engkililido.my 87 .

.

Sejak tahun 1957 hingga kini Malaysia banyak memainkan peranan diperingkat antarabangsa. Berbanding era penjajah keharmonian antara kaum sukar dicapai dan masyarakat berpecah-belah ketika itu. RUKUN NEGARA. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 dan lain-lain lagi. Selepas merdeka. Walaupun 50 tahun sudah berlalu sejak kemerdekaan namun laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih lagi tersemat dalam kalangan rakyat Malaysia. Di arena antarabangsa Malaysia banyak menyumbang kepada keamanan dunia dan kesejahteraan masyarakat negara serantau. Malaysia telah terlibat dalam usaha mencari jalan penyelesaian konflik antarabangsa. Ini dapat kita lihat dari segi kestabilan politik dan semangat perpaduan yang berjaya diwujudkan atas semangat kerjasama antara kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa negara Malaysia telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan sejak kemerdekaan. dalam usaha mengeratkan perpaduan rakyat kerajaan telah memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1957.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Lim Yeh En SMJK Perempuan China Pulau Pinang N egara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah berada selama 446 tahun dalam cengkaman penjajah. 89 .

Memandangkan sektor pelancongan merupakan sektor kedua terbesar dari segi sumbangan ekonomi negara selepas sektor perindustrian maka kerajaan melancarkan “Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007”. Malaysia juga komited dalam pertubuhan ASEAN bagi mewujudkan semangat persahabatan dan perpaduan dengan negara-negara Asia Tenggara. Antara usaha Kerajaan ialah memperkenalkan projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) iaitu e-pendidikan. e-dagang dan penyiaran digital. bergantung pada pertanian tradisional kepada negara yang memiliki ekonomi yang pelbagai. Sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Malaysia telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dari segi daya pengeluaran. Malaysia juga menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq. Peranan yang dimainkan Malaysia di peringkat antarabangsa menunjukkan keupayaan negara kita dalam usaha menentukan keseimbangan dunia. Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB bagi menamatkan perang saudara di Congo (Zaire) pada tahun 1960. Menurut laporan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2005. Dalam konteks ekonomi. nanoteknologi dan sebagainya adalah sejajar Misi Nasional ke arah Wawasan 2020. Malaysia telah diberi penghormatan yang tinggi dengan menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003. pengeksportan dan pelaburan asing. negara telah berjaya mencapai kadar pertumbuhan yang tertinggi pernah dicapai oleh negara berdaulat yang setaraf iaitu sebanyak 6. penerokaan bidang baru seperti k-ekonomi. Pencapaian tersebut telah memperlihatkan keupayaan Malaysia berubah dari sebuah negara yang miskin. bioteknologi. Malah. Ini amat berbeza pada zaman penjajahan di mana 90 . e-ekonomi.Ternyata kempen tersebut telah memperlihatkan kejayaan dengan jangkaan lebih 20 juta pelancong melawat Malaysia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Misalnya. pemasaran tanpa sempadan. Sektor teknologi maklumat turut diberi penekanan Malaysia bagi meningkatkan daya saing negara menghadapi arus globalisasi. ICT. Selain itu.5 peratus setahun.

Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pembangunan infrastruktur negara dengan pengenalan sistem transit aliran ringan (LRT). perkhidmatan monorel. Bagi meningkatkan mutu sistem perhubungan. Ia sememangnya mendatangkan implikasi yang buruk terhadap semangat kemasyarakatan mahupun pembangunan negara dari segi politik. Selepas kemerdekaan. Rangkaian lebuh raya dan jalan raya yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar juga telah meningkatkan pertumbuhan bandar dan pekan baru. negara kita mengambil iktibar daripada pengalaman pahit tersebut dengan memperkenalkan sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan dan sukatan pelajaran bersatu bagi mengukuhkan hubungan kaum. Perkembangan ini menunjukkan bahawa Malaysia kini telah berubah menjadi negara yang berupaya menyediakan infrastruktur yang setanding dengan negara maju. pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menampakkan kejayaan dan 91 . Ilmu pendidikan dalam sesebuah negara adalah penting bagi pembangunan negara. Pengenalan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Berbanding zaman penjajahan dahulu sistem pendidikan vernakular yang tidak mementingkan perpaduan dan integrasi. sosial dan ekonomi. negara kita telah memperkenalkan kemudahan satelit misalnya MEASAT 1 dan MEASAT II. komuter dan sistem bas pengantara yang efisien dan cekap. Pembinaan projek mega seperti Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Jambatan Pulau Pinang juga menonjolkan imej negara di peringkat antarabangsa. Penyata Razak 1956. Negara turut memperkenalkan kemudahan satelit mikro TiungSat-1 di samping Medium Apperture Camera Satellite (MACSat) kerjasama dengan Korea Selatan dan satelit MalaysiaIndonesia Experimental Satellite (Mixsat) kerja sama dengan Indonesia. Kini perkembangan ekonomi negara makin pesat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei penguasaan teknologi dan kepakaran berada dalam cengkaman penjajah sehingga berjaya mengeksploitasi ekonomi negara dalam industri perlombongan bijih timah dan getah.

Indonesia pada tahun 1962. kejayaan ekspedisi mendaki Gunung Everest pada 23 Mei 1997 oleh M. Kejayaan Datuk Azhar Mansor mengelilingi dunia secara solo. Malaysia telah menjadi pemenang Piala Thomas 1992 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir. Dalam bidang sukan. Semasa zaman sebelum 92 . Negara juga berjaya dalam bidang penganjuran sukan bertaraf antarabangsa contohnya kejohanan Le Tour De Langkawi dan Formula One di Sepang. Di samping itu. Kecemerlangan para atlet negara sebenarnya merupakan hasil daripada kesempurnaan kemudahan sukan dan keutuhan semangat dalaman. Antara kejayaan negara ialah kejayaan M. Jegathesan yang buat pertama kalinya memenangi pingat emas dalam acara 200 meter di Sukan Asia keempat yang berlangsung di Jakarta. negara kita mampu menyediakan kemudahan pendidikan tinggi misalnya dengan penubuhan Universiti Malaya (UM). Mohandas serta kejayaan Justin Maurice Read dan Gerald Malcorm Read menjadi anak Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Kutub Utara menunjukkan semangat “Malaysia Boleh” dan insan terbilang. Kejayaan anak Malaysia mencipta kejayaan dunia dengan usaha gigih telah meningkatkan imej negara di muka dunia. pencapaian negara kita di peringkat antarabangsa agak membanggakan kerana negara kita merupakan negara kecil. taraf kesihatan rakyat bertambah baik berbanding zaman penjajahan. Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain lagi.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Sehingga abad ke-21. Malah negara kita pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Ia sememangnya menjadi titik perubahan sejarah negara kita selepas 50 tahun merdeka. negara kita tidak pernah mengabaikan pembangunan fizikal sukan dengan menyediakan stadium-stadium yang lengkap dan peralatan sukan yang canggih beserta sistem latihan yang sempurna. Dari segi penyediaan prasarana kesukanan. Dalam bidang perubatan pula. Magendran dan N.

kekurangan bekalan bahan makanan dan perubahan cuaca memerlukan komitmen antarabangsa untuk mengatasinya. mereka di manipulasi oleh penjajah asing. pusat-pusat kesihatan dan klinik didirikan oleh kerajaan di seluruh pelosok negara termasuk kawasan luar bandar. pihak British telah membina hospital. Malaysia sebuah negara yang sudah pun bebas daripada penjajahan. beri-beri. Malaysia turut berperanan penting dalam pemeliharaan alam sekitar. Seiring dengan kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan. Selain itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei merdeka. demam campak dan batuk kering menjadi masalah kesihatan yang serius ketika itu. Usaha tersebut menunjukkan keupayaan negara Malaysia memelihara sumber alam semulajadinya. Lebih separuh daripada keluasan tanah negara kekal sebagai hutan dan wujud jaringan menyeluruh bagi taman negara. masalah kesihatan seperti penyebaran wabak penyakit malaria. Hal ini terbukti dengan beberapa pembedahan besar telah berjaya dilaksanakan seperti pembedahan “Artery By Pass” di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Oktober 1982. Masalah alam sekitar yang semakin serius misalnya pencemaran alam. Bagi mengatasi masalah tersebut. keadaan ini telah berubah selepas tercapainya kemerdekaan. Menurut Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31 Mac. rizab dan santuari hidupan luar serta hutan simpan kekal. Malaysia sebagai sebuah negara “megadiverse” terus berusaha untuk menjaga kekayaan warisan alam semula jadinya. Negara telah mengambil inisiatif seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). RMK-9 menjurus kepada lima teras utama bagi mencapai matlamat negara maju dan seimbang dari segi sosioekonomi dan pencapaian individu. taman laut. Walau bagaimanapun. mutu perubatan di Malaysia semakin meningkat sehingga menampakkan kejayaan. pusat kesihatan dan pusat penyelidikan perubatan tetapi hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja. Kini. taun. sebuah negara yang berdaulat dan sedang berkembang 93 .

94 . 150 tahun dan selanjutnya? Memang tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai anak Malaysia. Malaysia merupakan negara yang gagah gemilang. apatah lagi 100 tahun. Kejayaan negara sememangnya membanggakan rakyat jelata.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei maju. Adakah perkembangan negara begitu memberangsangkan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. kita seharusnya menanamkan semangat cintakan negara kerana Malaysia negara tumpah darah kita.

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Norliza Binti Haris SMK Seri Kampar. Perak R ukun Negara merupakan ideologi negara untuk memupuk perpaduan kaum. MAGERAN ini telah mengambil alih pentadbiran negara. menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta percaya mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan. MAGERAN juga telah menubuhkan Majlis Perundangan 95 . sebuah badan khas iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah diwujudkan bertujuan untuk mengembalikan keamanan. Ekoran daripada peristiwa tersebut. pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum. kebudayaan. Hal ini berlaku kerana. Ideologi ini mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat. ekonomi. pada masa itu penjajahan British lebih mementingkan pembangunan ekonomi yang telah mewujudkan jurang perbezaan antara wilayah dan pengenalan ekonomi mengikut etnik. Peristiwa hitam tersebut telah memberi kesedaran kepada kerajaan bahawa semangat bertoleransi dan sudi berkongsi pengalaman perlu dipupuk dalam diri rakyat berbilang kaum dan agama. politik dan perundangan. Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi negara yang dapat menyatukan fikiran. Rukun Negara terbentuk akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969. nilainilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan. setelah berlakunya rusuhan antara kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Kampar.

Keadaan ini bertambah rumit apabila kerajaan mengalami ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum. Selain itu. Di samping itu. Di samping itu Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan. Bagi mengelak peristiwa 13 Mei daripada berulang. Semua rakyat diseru supaya mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing bagi mencapai perpaduan yang lebih erat. Kepentingan negara mestilah diutamakan lebih 96 . setiap warga negara Malaysia di negara ini menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan dalam hidup masyarakat. Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama. Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik asalkan tidak melanggar undangundang negara. demokratik. kesetiaan kepada Raja dan Negara. liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. kedaulatan undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan. Justeru itu. Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat seterusnya melahirkan sebuah negara yang bersatu. Berdasarkan keputusan tersebut maka lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Sungguhpun wujudnya unsur-unsur perbezaan ini. Rukun Negara yang telah diwujudkan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu tanpa sebarang perbezaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Negara (MPN) di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. kepatuhan kepada perlembagaan. adil. Majlis Perundangan Negara menyatakan satu ideologi perlu diwujudkan untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. pelbagai konflik dan persoalan yang muncul ketika negara kita mencapai era kegemilangan kemerdekaan.

kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilainilai ketuhanan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei daripada kepentingan sesuatu kaum atau pihak. jika tidak kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. Peluang menikmati kekayaan negara adalah sama untuk semua anggota masyarakat. Bagi mencapai tujuan ini pihakpihak yang lemah akan dibantu agar mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari 97 . Keluhuran Perlembagaan. Objektif Rukun Negara yang seterusnya adalah untuk mencipta masyarakat yang adil dalam menikmati kemakmuran bersama secara adil dan saksama. Masyarakat progresif yang ingin diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi dan akhirnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat wawasan 2020. India dan lain-lain. Prinsip-prinsip Rukun Negara terdiri daripada Kepercayaan kepada Tuhan. adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan perpaduan negara. Dengan ini masyarakat adil itu akan bebas daripada penindasan oleh golongan yang lain dan dapat membentuk satu sikap yang liberal. Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Walau bagaimanapun. Objektif ini menekankan tentang masyarakat yang bebas mengamalkan agama. Cina. Meskipun ada perbezaan. Sesungguhnya negara kita mempunyai kekayaan daripada segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum yang terdiri dari kaum Melayu. berlainan budaya ini dapat mewujudkan satu masyarakat yang menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia setelah semua anggota masyarakat bercita-cita menuju ke arah itu. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Akhir sekali adalah membina sebuah masyarakat progresif iaitu masyarakat yang mengikut langkah kemajuan sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. jujur dan ikhlas kepada Seri 98 . Walaupun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama rasmi negara. Ini menunjukkan bahawa bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. kebebasan beragama tetap diberikan kepada penganut agama lain. Rakyat yang menjadi penderhaka kepada Raja juga bermaksud penderhaka kepada negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei akan kepentingan agama dan kepercayaan kepada tuhan dalam kehidupan manusia. Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan negara pula amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan negara. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang raja dalam sistem beraja yang juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri yang tidak mempunyai raja. Kepercayaan kepada Tuhan menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan sesama bangsa Malaysia bagi menjadikan bangsa bermaruah dan mempunyai jati diri yang tinggi. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. setiap warganegara mestilah menumpukan sepenuhnya taat setia. Selain itu prinsip ini juga mewujudkan ikatan agama agar masyarakat dapat membentuk fikiran. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing. pertuturan dan perbuatan yang memanfaatkan diri serta orang lain disebabkan semua agama mengajar kebaikan. Kebebasan ini diberikan kerana menyedari ketiadaan kepercayaan terhadap agama boleh meruntuhkan institusi negara jika rakyat tidak mempunyai pegangan hidup. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud. Hal ini jelas menunjukkan sikap toleransi rakyat negara ini yang tidak membezabezakan antara warganya. prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga suatu bangsa dan negara. Raja juga merupakan simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat.

Keluhuran Perlembagaan pula menekankan tentang kepentingan rakyat untuk menerima. Ini merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan digugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Melalui prinsip ini juga masyarakat boleh memahami bahawa perlembagaan merupakan sumber perundangan tertinggi yang harus dipatuhi demi keharmonian negara. Oleh itu. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga merupakan satu faktor rakyat Malaysia dapat disatukan. Pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini juga ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia. seperti pemberian taraf 99 . hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera juga diberikan. Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada negara Malaysia dan rajanya merupakan elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara. rakyat mestilah menumpukan taat setia kepada Yang di-Pertua Negeri.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Prinsip ketiga Rukun Negara. mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara kerana prinsip ini merupakan sumber perundangan negara yang tinggi. Walau bagaimanapun. Berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini Perlembagaan Negara telah digubal. Perlembagaan merupakan sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan. kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. Sikap kesetiaan seperti ini merupakan suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk rakyat cinta akan negara. Rukun Negara menekankan adalah wajar setiap warganegara memahami maksud dan latar sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Di peringkat negeri pula. perundangan. Rakyat juga perlu sedar bahawa Perlembagaan Negara berfungsi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Prinsip ini bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab. sanggup berkorban demi negara dan memberikan sumbangan dalam pembangunan negara.

Oleh itu. Oleh itu. Kehidupan masyarakat akan terjamin dengan kewujudan undangundang kerana semua anggota masyarakat akan merasa selamat apabila mereka dapat bergerak bebas dan teratur tanpa sebarang kekacauan. Di samping itu. Keadilan diasaskan kepada kedaulatan undang-undang di mana taraf setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang. Walaupun Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. undangundang tidak boleh dipersendakan sebaliknya mesti dihormati dan dipatuhi. Sekiranya tiada undang-undang. hidup masyarakat dan negara pasti tidak akan aman dan tidak stabil. Dengan ini. Institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa menjamin kedaulatan undang-undang negara. undang-undang. perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dilarang. Prinsip ini mewujudkan masyarakat yang menghormati dan mengikut undang-undang negara kerana undangundang berfungsi memberi perlindungan kepada semua anggota masyarakat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kewarganegaraan Malaysia kepada mereka sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Masyarakat perlu mempertahankan kedaulatan undang-undang. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan 100 . Kedaulatan undang-undang negara yang berasaskan kepada Perlembagaan perlulah diterima dan dipertahankan. Sekiranya rakyat tidak menerima keluhuran Perlembagaan Negara kestabilan negara akan tergugat. Kedaulatan Undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana prinsip ini penting dalam menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang amat stabil dan makmur. Hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan tidak termasuk dalam hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. kehidupan masyarakat dan negara pasti tidak akan aman dan tidak stabil. semua rakyat menjalankan aktiviti kehidupan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dinyatakan oleh Perlembagaan Negara.

Perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat ditekankan dalam prinsip kelima ini. Sekiranya prinsip ini tidak dipertahankan perpaduan antara kaum akan menjadi renggang. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Dalam masyarakat yang pelbagai kaum di negara ini. masyarakat yang bersatu padu. Di samping itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei harmoni. negara akan menjadi lemah. Rukun Negara diwujudkan dan diguna pakai sehingga kini ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah menyedarkan kita semua. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Apabila keadaan ini berterusan. sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran rakyat negara ini. prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan mengenai kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat kerana prinsip ini penting dalam menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat-sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain. sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat-menghormati antara 101 . Darjah kesusilaan yang tinggi dalam keduadua kehidupan persendirian dan kehidupan masyarakat meliputi tingkah laku bersopan santun. Akhir sekali. Prinsip ini bertujuan memupuk sahsiah mulia dalam kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi dapat dibentuk jika sikap bersopan santun dan bersusila diamalkan seterusnya membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

kaum dan bahasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini. Sehubungan itu. Kementerian Penerangan Malaysia 2. Pengajian Am 6. adalah tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif membabitkan agama. Negara Kita 5. Intan 1993. Intan 1991.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei satu sama lain dapat dilahirkan apabila Rukun Negara diamalkan. Intan 1980. Rujukan 1. Oleh itu semua rakyat Malaysia mestilah mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Rukun Negara Resipi Masyarakat Adil. Buku Fajar Bakti. Malaysia Kita 4. (Suliana) 102 . Melalui perpaduan kita juga dapat membantu negara dalam mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi. mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersikap liberal dan demokratik. Masyarakat Majmuk dan Masalah Perpaduan (Negara Kita) 3.

Setelah berakhirnya pemerintahan Jepun yang memeritkan. Perak M alaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan tanah semenanjung yang mempunyai pelbagai sumber bahan mentah seperti bijih timah dan emas. diikuti pula Belanda.50 TAHUN MALAYSIAKU GAGAH GEMILANG Muhammad Hisyamuddin Bin Sharif SMK Sultan Yusof. Pasir Salak. barulah orang Melayu sedar akan kepentingan menentang penjajah dan memerintah tanah air sendiri.W. British dan Jepun. Negeri Sembilan yang diketuai oleh Dol Said. Setelah hampir empat dekad dijajah. Perak yang menyebabkan J. Birch terbunuh di tangan kumpulan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela dan banyak lagi. Tanah Melayu telah terkenal di seantero dunia sejak tertubuhnya pelabuhan entrepot seperti di Kedah Tua dan Melaka. Setelah sekian lama kerajaan ini wujud. Batu Gajah. Apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu. maka datanglah penjajah barat yang dimulai dengan negara Portugis. pentadbiran British terhapus sama sekali akibat tindakan Jepun yang mengambil alih tampuk pemerintahan British.W. Orang Melayu ketika ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. rakyat di Tanah Melayu mula menunjukkan semangat patriotisme 103 . barulah orang Melayu bangkit dengan pelbagai jenis tentangan yang bermula di Naning. Ketika ini. Semua penentangan ini dibuat demi menentang birokrasi barat yang mengambil secara langsung hak-hak peribumi orang Melayu.

Selain itu. Demokrasi Berparlimen. Kemerdekaan telah dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu apabila Perjanjian Persekutuan 1957 telah dimeterai. Setelah Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan Malaysia ditubuhkan. Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya dibentuk dengan menggabungkan 11 buah negeri dan mengamalkan konsep raja berperlembagaan. Pembentukan Malaysia yang menggabungkan Singapura. Persatuanpersatuan ini mula bersatu bagi menentang pelaksanaan Malayan Union yang akan menggabungkan sistem negeri-negeri Melayu Bersekutu. negara kita mulai mengalami pelbagai kemajuan dan perubahan dalam pelbagai sektor seperti dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia. Hasil daripada ketegasan orang Melayu ketika itu. Pembangunan ekonomi telah dibuat melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermatlamatkan 104 . Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negerinegeri Selat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang tinggi apabila pelbagai persatuan muncul di Tanah Melayu ibarat cendawan tumbuh yang bermatlamatkan pengembalian hak peribumi orang Melayu ke atas tanah air mereka sendiri. Perubahan yang telah dilaksanakan ketika itu telah berjaya melicinkan pembangunan dan dapat membentuk perpaduan di negara kita. Raja Berperlembagaan dan Badan Perundangan telah diamalkan. Malayan Union juga menyebabkan hak istimewa orang Melayu terhakis di samping prinsip syarat kerakyatan Malayan Union yang mengamalkan prinsip Jus Soli yang secara tidak langsung menyebabkan taraf orang Melayu sama dengan rakyat migrasi yang lain. Sabah dan Sarawak juga telah berjaya dibentuk pada tahun 1963. Sistem Malayan Union ini mendapat tentangan orang Melayu apabila Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan surat persetujuan raja-raja Melayu secara paksa bagi meneruskan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu. Sebanyak 41 pertubuhan Melayu telah hadir ke kongres Melayu SeMalaya yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menubuhkan Parti United Malayan National Organization (UMNO) yang bertujuan menyatukan orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

Di bawah rancangan ini Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan dan ia berakhir pada tahun 1990 dan Dasar Pembangunan Nasional pula telah dilaksanakan sehingga tahun 2000 bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru. Pada tahap kedua dijalankan. rancangan Malaysia telah diperbaharui dari masa ke semasa bagi merancakkan lagi pembangunan di dalam semua sektor di negara kita. Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dibentuk untuk memberikan penekanan kepada sektor ekonomi. Dua agensi besar telah ditubuhkan ketika itu iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah (FELDA) di bawah Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap pertama. Tun Dr. Dengan wujudnya dasar-dasar seperti ini. Mahathir Mohamad bagi 105 . hasilnya negara negara kembali pulih dan bertambah baik. Antaranya ialah dasar penswastaan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri yang keempat. sosial dan awam yang memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Akan tetapi. Rukun Negara mula dibentuk bagi menjamin perpaduan kaum di negara kita. Peristiwa ini telah menyedarkan kerajaan betapa pentingnya perpaduan di antara kaum kerana ia menentukan kestabilan sesebuah negara di seluruh dunia. Rancangan ini terbahagi kepada dua tahap yang berlainan. satu peristiwa hitam telah berlaku ketika pelbagai usaha sedang dilakukan demi mengejar kemajuan iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan pergaduhan kaum di antara kaum Cina dan kaum Melayu akibatnya wujud jurang perbezaan pendapat antara kedua-dua kaum masih ketara. Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan banyak lagi badan-badan kerajaan lain ditubuhkan pada tahap ini bagi merancakkan lagi pembangunan negara ketika itu. banyak pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan sehingga tahun 2000 bagi memastikan pembangunan negara dapat ditingkatkan dengan lebih progresif.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei membasmi kemiskinan dan merombak semula masyarakat tanpa mengira kaum. Ekoran ini. Setelah peristiwa hitam ini reda. Peristiwa yang membawa pengajaran yang besar sekali maknanya ini telah mengganggu pertumbuhan ekonomi negara.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mengurangkan beban kewangan kerajaan di samping meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan dan dasar ini dilihat telah berjaya menampakkan hasilnya pada masa kini. Malaysia telah memainkan peranan di dalam semua pertubuhan yang disertainya seperti menyertai pasukan pengaman dan pendamai PBB ketika perang saudara di Congo pada tahun 1960. Malaysia berjaya menongkah arus pembangunan dengan begitu baik sekali. Masa terus berlalu. Selain itu. Malaysia yang pada mulanya mengamalkan dasar pro barat akibat terlalu bergantung dengan negara Britain telah mengubah dasarnya dengan menggunakan pendekatan berbaikbaik dengan semua negara dengan harapan agar keselamatan rakyat dan negara terjamin dengan memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara dan keamanan sejagat amnya melalui kerjasama antarabangsa. Bosnia pada tahun 1990 dan yang terbaru di penghujung akhir tahun 2006 di Lubnan. Penglibatan Malaysia di dalam pertubuhan-pertubuhan seperti ini dilihat dapat membantu negara kita seperti sekatan pengaruh Parti Komunis Malaya pada satu ketika dahulu. Pergerakan Negaranegara Berkecuali (NAM). Malaysia juga banyak memberikan sumbangan dalam kerjasama antarabangsa. Malaysia juga berpeluang menganjurkan sukansukan yang bertaraf tinggi seperti sukan Komanwel pada tahun 1998 yang dapat membina semangat setia kawan antara negara 106 . Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kumpulan Selatan-selatan. Kerjasama antarabangsa telah dibuat sebaik sahaja Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dengan melibatkan diri di dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). pelbagai perubahan telah diambil seperti pemberian pelajaran secara percuma kepada pelajar sekolah rendah tanpa mengira keturunan bangsa dan agama. Komanwel. Semua ini dibuat oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan rakyat yang sedia ada supaya rakyat dapat bergerak seiring dengan kemajuan negara yang pesat membangun. Sektor pelajaran contohnya. Pada tahun 1982. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan dan tindakan ini diikuti oleh Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988.

beliau mendapati bahawa sistem PPSMI telah dijadikan bahan kajian di negara tersebut. mendaki gunung Everest dan sebagainya. Inilah usaha terpenting buat negara bagi mengekalkan dan menambah baikkan integrasi nasional. bidang sukan. Ini menunjukkan bahawa sistem pelajaran di Malaysia telah setanding dengan sistem pelajaran negara-negara di seluruh dunia. Malaysia menyedari bahawa pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam mengejar kemajuan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei anggota Komanwel dan menjadi tuan rumah persidangan bertaraf antarabangsa seperti persidangan kemuncak NAM ke-13 yang dibuat pada tahun 2003. kerajaan telah cuba menerapkan nilai-nilai murni dan patriotisme dan mewujudkan mata pelajaran agama Islam. Kita akan dapat melihat ramai pihak membuat rumah terbuka dengan menjemput semua orang tanpa mengira perbezaan kaum. Lihatlah. Tahun Baru Cina mahupun Deepavali. Semua sektor di negara kita telah berjaya meningkat dengan begitu pesat sekali. kita merayakannya bersamasama. kemajuan negara kita terbukti apabila rakyatnya yang bersatu padu walaupun berlainan kaum mencapai pencapaian yang luar biasa seperti belayar mengelilingi dunia secara solo. moral dan sivik. pelbagai kejayaan telah berjaya di kecapi sama ada di dalam bidang ekonomi yang melibatkan sektor industri dan pertanian. Dalam kurikulum sekolah juga. Menurut watikah ucapan Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam bidang pelajaran. bidang teknologi mahupun bidang pelajaran. Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein sempena hari guru 2007. 107 . Malahan kita masih lagi boleh mengamalkan sikap toleransi yang tinggi bak kata pepatah. Sekarang. beliau berasa terkejut apabila di dalam lawatannya ke negara asing baru-baru ini. setelah hampir genap negara kita menyambut kemerdekaannya yang kelima puluh. bagai aur dengan tebing kerana apabila datangnya hari-hari perayaan kaum seperti Hari Raya. Bahasa Inggeris dipilih kerana bahasa ini merupakan bahasa ilmu dan antarabangsa. Oleh itu pihak kerajaan telah menaik taraf sistem pembelajaran Matematik dan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

108 . takraw dan lain-lain lagi tidak sempat untuk diketengahkan di sini. Malaysia telah berjaya menganjurkan perlumbaan Formula One dunia di litar Sepang yang telah diiktiraf setanding dengan litar perlumbaan lain yang terdapat di dunia. Sektor ini berjaya menjadikan negara kita terkenal sebagai pengeluar minyak sayuran terbesar dunia. Selain itu. negara kita telah berjaya menukarkan sebahagian daripada hasil minyak sawitnya dengan negara Rusia menerusi misi penghantaran seorang bakal angkasawan negara kita yang pertama ke angkasa lepas. negara kita juga mempunyai kepakaran tersebut dengan wujudnya bangunan pencakar langit yang berdiri megah di tengah ibu negara. Apabila ditinjau dalam sektor pertanian dan asas tani. negara kita juga telah berjaya merekodkan sejarah apabila Nicol Ann David yang merupakan pemain pertama negara yang mendapat gelaran pemain terbaik dunia dengan menyandang gelaran pemain wanita sukan skuasy nombor satu dunia. Di samping itu. di dalam bidang sukan pula. sektor ini telah berjaya menyumbangkan pendapatan kedua terbesar negara di samping menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat Malaysia. Hasil daripada kejayaan ini. Menara Berkembar Petronas yang merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan menara Kuala Lumpur berada di kedudukan menara keempat tertinggi di dunia menjadi bukti bahawa Malaysia juga tidak ketinggalan dalam bidang pembinaan. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada kejayaan-kejayaan negara dalam bidang sukan kerana banyak lagi sukan seperti sukan bina badan. Pencapaian negara di dalam sukan hoki telah terbukti apabila negara telah meraih naib johan di dalam Pertandingan Hoki Antarabangsa Sultan Azlan Shah yang baru saja dilangsungkan baru-baru ini. badminton. negara juga telah menempa nama di mata dunia dengan kejayaan menghasilkan bahan bakar alternatif iaitu biodiesel bagi menggantikan penggunaan minyak diesel dan petrol yang semakin berkurangan di seluruh dunia untuk menggerakkan enjin kenderaan. Dalam sukan permotoran pula.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Jika dilihat pada teknologi kejuruteraan dan seni bina.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Sektor awam pula menunjukkan satu perkembangan yang amat positif apabila pada 21 Mei yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan kadar kenaikan gaji yang tertinggi di dalam sejarah iaitu dari 7.5 peratus sehingga 35 peratus dan bagi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia pula kadar kenaikan dari 7.5 peratus sehingga 42 peratus di samping menaikkan elaun kos sara diri (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menggalakkan produktiviti pekerja kakitangan awam. Ini membuktikan bahawasanya negara kita sudah mencapai pada satu tahap yang amat baik kerana negara dilihat mampu memberikan kakitangannya pendapatan yang mampu membantu kos sara hidup yang kian meningkat saban hari. Perdana Menteri kita yang kelima, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melaungkan pelbagai moto dan motivasi bagi meniup semangat rakyat untuk meningkatkan lagi nilai jati diri ataupun modal insan agar negara menjadi cemerlang dan terbilang bukan sahaja di dalam negara, akan tetapi di peringkat global. Kesimpulannya, setelah Malaysia mencapai usia kemerdekaannya yang kelima puluh tahun, ia telah berjaya memajukan dirinya sebaik sahaja Tanah Melayu mendapat kemerdekaan. Pelbagai kemajuan telah diraih hasil usaha pelbagai pihak yang berusaha menjadikan negara yang kita cintai ini terus melangkah maju ke hadapan dan terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai kejayaan seperti penciptaan biodiesel dan banyak lagi. Di bawah pucuk pimpinan kerajaan yang berwibawa dan peka terhadap keperluan rakyat, pastinya negara kita akan mencapai kejayaan yang diidam-idamkan seterusnya merealisasikan matlamat kerajaan untuk menjadikan negara cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam semua aspek iaitu Wawasan 2020. Rujukan 1. Guru-guru sumber sejarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2007. 2. Buku Sisipan Pelajar Sejarah Tingkatan Lima, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
109

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz SMK Kuala Balah, Kelantan

Pengenalan Penduduk Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan terdapat kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian bangsa membawa kepada kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam yang ternyata amat sukar untuk disatukan. Sebelum merdeka, dasar penjajahan British yang berbentuk pecah dan perintah ternyata benar-benar berkesan. Dari segi pendidikan, mereka memperkenalkan pendidikan yang bertujuan menjamin kepentingan, hasrat dan cita-cita bangsa penjajah. Mereka juga ingin mengekalkan semangat dan taat setia rakyat pelbagai kaum kepada negara asal. Mereka membelenggu fikiran anak-anak peribumi dan memecahbelahkan kumpulan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selepas peristiwa 13 Mei 1969 barulah kita menyedari bahawa perpaduan nasional, toleransi kaum dan usaha menghapuskan jurang perkauman menjadi agenda utama kerajaan. Kerajaan menyedari bahawa jurang sosial dan ekonomi yang wujud dalam masyarakat pelbagai kaum menjadi masalah utama rakyat Malaysia ketika itu. Kita telah belajar dari pengalaman masing-masing dan mereka mulai
111

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

menyedari bahawa keadaan harmoni dan semangat ‘memberi dan menerima’ haruslah dipupuk supaya negara terus berkembang dan bersatu sebagai satu bangsa Malaysia yang unggul. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia Perpaduan Negara boleh didefinisikan sebagai rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Selepas tragedi 13 Mei 1969, lahirlah ideologi negara yang dikenali sebagai Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970. Apabila membincangkan tentang masyarakat majmuk di negara ini, amat sesuai dipetik daripada pendapat Furnivall yang mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai: “Mereka bergaul tetapi tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang kepada agama, budaya, bahasa, idea-idea dan cara hidupnya. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar-pasar, membeli dan menjual. Inilah masyarakat majmuk, mereka hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik. Golongan Cina, Melayu dan India, semuanya mempunyai fungsi yang berlainan.” Ini menunjukkan Malaysia menghadapi masalah yang sama. Situasi itu membolehkan Rukun Negara dipraktikkan yang berfungsi untuk menyatupadukan masyarakat yang sudah berpecah belah. Oleh itu, kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan berulangnya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Justeru, “Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung citacita hendaklah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat seluruh masyarakat....”
112

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Rukun Negara dianggap sebagai ideologi negara, yang bermaksud suatu penyelarasan, penggabungan pola pemikiran dan kepercayaan yang menerangkan sikap manusia. Ia juga boleh dianggap sebagai falsafah sosial dan politik yang menjadi simbolik kepada kehidupan rakyat di bawahnya. Memandangkan tempoh perisytiharan Rukun Negara sudah berlangsung selama 36 tahun lalu, didapati penghayatannya di kalangan muda-mudi kini semakin rapuh dan hambar. Justeru, kempen penghayatan Rukun Negara dilancarkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada 27 Januari 2006. Kempen ini bertemakan Rukun Negara Amalan Rakyat Malaysia akan berlanjutan selama lima tahun bermula dari tahun 2006 2010. Matlamat Rukun Negara adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara cara hidup berdemokrasi, mewujudkan masyarakat yang adil dan kekayaan negara dinikmati sama rata, memastikan bahawa pendekatan kepada kebudayaan tradisi yang pelbagai dan membina masyarakat yang progresif dengan menitikberatkan sains dan teknologi. Usaha untuk mencapai kesemua matlamat ini hendaklah berpandukan kepada lima prinsip berikut: • • • • • Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan Kepada Tuhan Prinsip pertama menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan hidup paling utama rakyat Malaysia. Mereka yang mempunyai agama dikatakan akan lebih mudah untuk diurus dan ditadbir, supaya mereka menjadi warganegara yang
113

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

bertanggungjawab. Dalam perlembagaan Malaysia 1963, telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Walau bagaimanapun agama-agama lain turut diberi kebebasan oleh kerajaan untuk diamalkan dalam situasi yang aman dan harmoni. Sekiranya semua kaum di Malaysia mempercayai kewujudan Tuhan (konsep tuhan yang dipercayai mereka adalah berbeza-beza) tetapi rakyat Malaysia mempercayai kewujudan Tuhan. Konsep ini boleh membawa mereka hidup dalam keadaan aman dan tenang. Mereka akan merasakan diri mereka adalah makhluk yang amat kerdil di muka bumi ini. Justeru, mereka akan sujud kepada Tuhan Yang Maha Besar Lagi Berkuasa. Oleh itu, ketaatan dan kepatuhan kepada Tuhan secara tidak langsung membawa mereka ke arah perpaduan. Ini menjadikan mereka yang beragama akan mudah untuk dibentuk akhlak dan tingkah lakunya. Dengan kata lain, mereka yang beragama dan percaya kepada Tuhan akan mudah disatupadukan. Begitulah sebaliknya, hidup manusia tanpa agama seolah-olah mereka tidak mempunyai pedoman dan hidup dalam ketidaktenteraman. Justeru, pengamalan prinsip pertama Rukun Negara yang pertama dituntut oleh semua agama agar ia menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Prinsip kedua pula menuntut supaya semua rakyat Malaysia memberikan Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara dan Raja-raja Melayu adalah ketua bagi setiap negeri. Raja dianggap sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung kepada hak istimewa pribumi. Penderhakaan kepada raja akan membawa maksud penderhakaan kepada negara juga. Semua kaum di Malaysia perlu mengakui bahawa pemerintahan beraja memang wujud di Tanah Melayu lebih 500 tahun dahulu lagi.
114

Perjanjian itu membukti sudah wujud kedaulatan dalam sistem Kerajaan Melayu. saya percaya bahawa perpaduan rakyat Malaysia akan tercapai. Keluhuran ini termasuklah peruntukan yang berkaitan dengan isu bahasa kebangsaan (Perkara 152). mereka yang dianggap sebagai simbol penyatuan ditaati rakyat Malaysia. Justeru. Belanda. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ketiga menekankan kepada Keluhuran Perlembagaan. Inggeris dan Jepun dalam Perang Dunia ke-2. pada masa yang sama ia akan menjamin keamanan dan perpaduan nasional. prinsip kedua Rukun Negara yang sudah menjadi amalan. Justeru. Sehubungan itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Ketika itu sultan dan raja telah menentukan sempadan geopolitik negeri masing-masing sebelum kedatangan penjajah. Perkara (75) menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya. Keluhuran Perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong. J. keistimewaan orang 115 . Birch. Jemaah Menteri dan Mahkamah.W. pemerintahan beraja diteruskan hingga ke hari ini yang meminta semua kaum mencurahkan sepenuh ketaatan yang tidak berbelah bahagi lagi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.W. Parlimen. Buktinya Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di antara Sultan Perak dengan Residen Inggeris. Dalam Islam pun dituntut supaya semua penganutnya mentaati ketua selagi dia tidak berlaku zalim. Kedaulatan mereka sebagai ketua pada waktu itu telah diakui oleh penjajah seperti Portugis. Perlembagaan ditakrifkan sebagai sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan yang dikuatkuasakan dalam negara. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian udang-undang dalam perlembagaan itu sendiri.

kita sebagai rakyat tidak boleh ‘mempersoalkan’ perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Parlimen. Ini kerana perlembagaan akan menjamin kecekapan. kejujuran. Sehubungan itu. Agama Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 151). Dalam isu bahasa contohnya ia merupakan satu isu yang sensitif untuk diselesaikan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Melayu (Perkara 153). Jelasnya. hak-hak bumiputera dan bukan bumiputera yang telah dipersetujui hendaklah dihormati. Teringat saya kepada kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.. “Kalau hendak kekal dalam Malaysia. 116 . perlembagaan negara merupakan satu tolak ansur semua kaum. Justeru. Perlembagaan menjamin dan mengekalkan keamanan walaupun pemerintahan silih berganti. Cuma dapat diselesaikan melalui tolak ansur politik antara kerajaan melalui kelulusan Akta Bahasa di Parlimen (1963) dan (1967). Sehingga kini kepatuhan kepada keluhuran perlembagaan masih lagi kukuh dan fungsi perlembagaan masih menjadi panduan rakyat Malaysia. Kesannya. ketelusan serta kelicinan pentadbiran kerajaan. kami tidak lagi menerima kamu dalam Malaysia. kedudukan institusi beraja (Perkara 32) secara jelas mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pribumi. Dapat ditegaskan di sini bahawa perlembagaan dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa di negara ini. Lee Kuan Yew ketika keluar dari Malaysia. kita dapat mengecapi keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan walaupun terdiri daripada penduduk pelbagai bangsa. Kalau kamu enggan menerimanya.. keadilan.. Menghormati perlembagaan merupakan satu amalan yang penting dalam pembinaan semangat perpaduan nasional. Perdana Menteri Pertama yang berkata kepada Perdana Menteri Singapura. kamu mesti menerima hak bangsa Melayu dan kedudukannya sebagai bangsa utama negara ini. Terdapat juga peruntukan yang memberi faedah kepada kaum bukan Melayu.

pelaksanaan undang-undang dikenakan terhadap setiap individu dalam masyarakat. Oleh itu. Kedaulatan di sini menunjukkan sebagai sesuatu yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan dan kedaulatan itu penting untuk membendung kekacauan dalam masyarakat. amalan menghayati Rukun Negara bagi menjamin keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi ini akan terus berkekalan untuk selama-lamanya. Mengikut 117 . maka undang-undang tidak akan mempunyai kedaulatan sepenuhnya. Ia juga bermaksud. kedaulatan undang-undang dikaitkan dengan tiga badan utama iaitu. Kedaulatan bermaksud kuasa yang tertinggi dan mutlak yang dimiliki oleh sesebuah institusi pemerintahan. Hidup akan lebih tenteram sekiranya terdapat undang-undang dalam negara yang berdaulat. Justeru. yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Undang-undang bermaksud peraturan yang dibuat oleh badan perundangan melalui proses yang sah. Di negara kita. Justeru.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kedaulatan Undang-Undang Prinsip Rukun Negara keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang. Badan Perundangan. badan pembuat dan penguatkuasaan undang-undang. Eksekutif dan kehakiman yang berfungsi dengan baik. mutlak dan paling berkuasa yang dapat dijelaskan dengan kemampuan badan perundangan negara yang menggubal dan melaksanakan undang-undang. Kesopanan dan Kesusilaan Kesopanan dan kesusilaan merupakan prinsip Rukun Negara kelima. Tanpa undang-undang kekacauan dan peperangan akan berlaku. kesediaan masyarakat majmuk Malaysia menghayati Prinsip Rukun Negara yang keempat akan memudahkan hasrat kerajaan mewujudkan perpaduan nasional. Sekiranya satu daripada badan ini tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Kedaulatan undang-undang membawa maksud undang-undang wang mempunyai kuasa yang tertinggi.

Jadikan amalan hormatmenghormati dalam masyarakat kerana ia dapat mewujudkan keamanan dan mengelakkan kumpulan extremis dan fanatik terhadap satu kaum kepada kaum lain. Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Seterusnya mereka akan bersikap sentiasa bersedia untuk saling mempercayai antara kaum dalam masyarakat. Pelajar-pelajar digalakkan untuk bekerjasama antara kaum dalam semua aktiviti di sekolah. Unsurunsur yang bersifat negatif dari segi pertuturan. beradab dan berakhlak. ia boleh mengundang konflik dalam masyarakat kita. Dengan penghayatan nilai-nilai murni akan menjauhi segala prasangka negatif itu. Ini kerana unsur yang bersifat negatif itu akan mencemarkan kesusilaan sesuatu kaum. Kita digalakkan bertutur dan berkelakuan sopan apabila bergaul dengan kaum-kaum lain supaya tidak timbul perasaan mencurigai antara kaum. Sikap inilah yang menjadi asas kepada integriti 118 . Apabila seseorang warganegara itu sopan-santun. Manakala kesusilaan pula bermaksud bersopan santun. kesopanan bermaksud. percakapan dan kelakuan perlu dielakkan oleh semua kaum. adab sopan santun.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kamus Dewan. prasangka itu perlu dielakkan agar integrasi dan perpaduan nasional tercapai. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab. tatasusila. tingkah laku dan tutur kata yang baik. penyayang dan saling menghormati. contohnya pelajar Melayu membuat tanggapan terhadap kaum India yang melibatkan kebersihan. kerajinan dan kesopanan. Kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab perlu sedar bahawa budaya membanggakan budaya sendiri supaya kaumkaum lain tidak terasa. Justeru. Mereka juga perlu mengikis tanggapan negatif terhadap sesuatu kaum. semua bangsa perlu bersedia untuk hidup sopan santun dan bertatasusila. ia dapat menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni. Sekiranya ini yang berlaku dalam masyarakat majmuk.

Kata-kata berbisa daripada bekas Perdana Menteri keempat kita iaitu Tun Mahathir bin Mohamad semasa Perhimpunan Agung UMNO (24 Ogos 1995) lalu yang mengatakan bahawa. Mereka perlu sedar dan peka kepada cita-cita dan prinsip Rukun Negara agar hasrat perpaduan benar-benar tercapai. tetapi kita mahu bahasa dan bangsa bersama-sama. bangsa di sini merujuk kepada bangsa Malaysia. Kita bukan mahu bahasa sahaja dan bangsa sahaja. ikrar Rukun Negara bukan sekadar di mulut. Penghayatan Rukun Negara memerlukan komitmen yang tinggi daripada ibu bapa dan guru-guru. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. mempunyai satu masa depan yang boleh dikongsi bersama.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei nasional. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi cara hidup 119 . Justeru.” Mengikut beliau lagi. generasi muda perlu lebih bersifat patriotik sekiranya inginkan keamanan yang berterusan untuk generasi akan datang. Perlu ditekankan di sini bahawa sekiranya kita inginkan perpaduan rakyat pelbagai kaum. yang penting di sini ialah kata-kata yang terkandung di dalamnya bukan prinsip semata-mata. Adalah diharapkan bangsa Malaysia satu bangsa yang bersatu padu. “Bahasa tanpa bangsa tidak bermakna. Kesimpulan Kepatuhan mendukung cita-cita dan etika hidup yang diinginkan hanya boleh dicapai dengan berkesan sekiranya ada penghayatan rohaniah dan semangat yang berkobar-kobar. seterusnya inilah yang menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. tetapi penghayatan di hati akan lebih bermakna. muda mudi kini lebih cenderung mengingati prinsipprinsip Rukun Negara tanpa menghayati ideologi sebenar di sebalik Rukun Negara. Kita sedih.

Edisi Kedua. 2. Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar Pelajaran. Kuala Lumpur. 9. politik dan kebaktiannya tertumpu pada bangsanya. 4 September. Kuala Lumpur. Ramanathan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Government Press.S Milne dan Diana K. 5. Mauzy. 1983. Kuala Lumpur. Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. 8. Khusairi Hj. 1992 (Terj). Majalah Official Year Book 1970. Abdullah. 1993. Konsep Asas Politik. 3. Kamus Dewan. Jurnal Guru. Kuala Lumpur. 6. Satu bangsa Malaysia yang kesetiaan. 1971. Keluaran 1. “Ke arah Pembinaan Budaya Ilmu”. Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Kuala Lumpur. KBSM. Konsep Asas Politik. Fajar Bakti. 1970. Jadi marilah kita bersamasama kekalkan keharmonian dan integriti bangsa Malaysia supaya tahun 2020 nanti dapat dikecapi dengan aman dan damai dengan menjadikan kelima-lima prinsip Rukun Negara sebagai amalan hidup rakyat Malaysia. K. R. 120 . Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. 1993. 4. Abdul Rahim Abdul Rashid. Edisi Baru. 16 Mei. Rujukan 1.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang adil. Kuala Lumpur. 1992. Malaysia Digest. Politik dan Kerajaan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989.

Rakyat Lebih Berdisiplin Jika Amal Rukun Negara. Kontrak Sosial Rukun Negara Bina Kesepakatan Kaum. 11. Kelantan. Jun Akhbar 1. Salleh Mohd Akib. 26 Januari 2. Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara. Tun Razak: His Life and Times. Willian Shaw. 1992. Prinsip dan Kaedah Pengajaran Bahasa. Februari 2. 1975. Bhd.. Petikan Ucapan 1. Longman Malaysia Sdn. Pustaka Aman Press Sdn. Jawatankuasa Integriti Nasional. Bhd. 2006. 121 . Berita Harian. 1992. 28 Januari. 1976.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei 10.

.

pendidikan mahupun bidang sukan. apakah cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan kemerdekaan selama 50 tahun ini? Semua pihak dilihat memainkan peranan yang dominan dalam hal ini. Justeru. negara kita telah dilanda krisis ekonomi sehingga menyebabkan berlakunya kegawatan. NEGARAKU GAGAH GEMILANG Al Falah Has Bin Abdul Aziz SM Sains Johor. sosial. Sebelum ini. Persoalannya kini. baik dari sudut ekonomi. apakah dugaan di sebalik kejayaan?. Sepanjang tempoh tersebut kita telah mengharungi pelbagai suka dan duka bermula dari era penjajahan hinggalah kini. Pelbagai kejayaan ditempa. Selama 50 tahun kemerdekaan. Batu Pahat. Johor D ewasa ini. ekonomi negara telah mengalami perubahan yang positif walaupun ada ketikanya dilanda kemelut pada tahun 1998. kita harus sedar sebenarnya sudah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. tetapi kini ekonomi berasaskan pertanian turut memainkan peranan yang penting. Warganegara Malaysia yang bersemangat patriotik telah memberikan sumbangan dalam rencam aspek sehingga telah mengharumkan nama negara di persada seantero dunia.50 TAHUN KEMERDEKAAN. dalam kita mengecapi keharmonian hasil titik peluh pejuang bangsa. politik. Pada tahun 1998. detik kecemerlangan negara. kita memperkenalkan ekonomi berasaskan perindustrian. Kegagahan negara boleh dinilai melalui peningkatan sektor ekonomi. Kemelut ekonomi yang disebabkan 123 .

Malaysia telah mencapai kejayaan dalam pelbagai aspek. Antaranya. langkah drastik berdasarkan prakarsaprakarsa inisiatif yang digariskan oleh pihak kerajaan akan memantapkan ekonomi negara pada tahap yang optimum.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pemanipulasi mata wang oleh tokoh ekonomi dunia. ialah sukan. Kemenangan demi kemenangan yang diperoleh telah meletakkannya sebagai nombor satu dunia. Mantan Perdana Menteri memperkenalkan dasar tambatan tinggi yang akhirnya berjaya menstabilkan nilai mata wang negara di pasaran dunia dan kesannya dapat dirasakan hingga kini. Kini. Nicol merangkul gelaran pemain skuasy dunia telah membuktikan kegagahan negara sepanjang 50 tahun kemerdekaan. Ekonomi negara semakin hari semakin mantap dijana oleh pelbagai aset yang bernilai. Sektor pertanian telah membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk terutama penduduk luar bandar. Mahathir Mohammad. ekonomi negara kita mula berpasakkan sektor pertanian dilihat begitu dominan memainkan peranannya. Implikasinya. Selain itu. berdiri sama tinggi” 124 . sektor pelancongan turut memberikan sumbangan yang utama sehingga pihak kerajaan menganjurkan kembali Tahun Melawat Malaysia 2007. Malaysia kini sudah mampu untuk “duduk sama rendah. Kejayaan atlet negara pada hari ini sudah boleh dibanggakan. Tun Dr. Buktinya. George Soros telah berjaya diatasi oleh Perdana Menteri kita pada ketika itu. Kejayaan Nicol Ann David misalnya merupakan bukti kecemerlangan negara. Atas keperluan semasa. Diharapkan. Kejayaan negara kita menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa juga turut menaikkan nama negara. Perdana Menteri kita Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggubal dasar tersebut kepada dasar wang apungan disebabkan keyakinan yang jitu bahawa ekonomi negara kita sudah mantap. Dalam dimensi yang sama. kejayaan pasangan regu badminton negara Koo Kien Kiat dan Tan Bong Heong telah membuktikan betapa rakyat Malaysia mampu untuk berdaya saing pada peringkat global. Semangat juang yang tinggi dalam diri para atlet berdasarkan slogan “Malaysia Boleh” telah membimbing mereka ke arah kejayaan. Dalam konteks ini.

pihak kerajaan sedang giat dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dari aspek jasmani. Kejayaan yang dicapai oleh pelajar Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah membuktikan kegemilangan tersebut. Sesungguhnya. rohani dan intelektual. Hal ini akan melahirkan pelajar yang bersatu padu dan harmoni. Terbuktilah. Sepanjang tempoh 50 tahun kemerdekaan. Langkah alternatif pihak kerajaan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. sekolah kebangsaan ataupun sekolah satu aliran merupakan wadah terbaik melahirkan perpaduan dalam kalangan pelajar berdasarkan penerapan nilai murni melalui program integrasi murid. Pertandingan Perahu Layar Monsoon Cup di Terengganu dan Le Tour De Langkawi telah menunjukkan kapabiliti negara untuk menyediakan prasarana bertaraf dunia. kegagahan negara juga dapat dilihat dalam aspek pendidikan. PIPP merupakan usaha murni kerajaan untuk membuktikan kecemerlangan negara. Jelasnya. PIPP juga turut menggariskan usaha memperhebat sekolah kebangsaan. emosi. Dalam konteks ini. prospek pendidikan turut menjadi akar kegagahan negara di mata dunia. pelbagai perubahan telah dilakukan untuk memajukan bidang ini. Salah satu teras PIPP adalah untuk memartabatkan profesion keguruan. Di samping itu. pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 (PIPP). Kejayaan Cik Nor Amalina Che Bakri pada tahun 2004 dan Cik Nadiah Amirah Jamil pada tahun 2006 telah membuktikan kualiti pendidikan negara kita semakin meningkat. modal insan yang dilahirkan akan menjadi aset untuk memajukan negara. Teras ini adalah untuk membentuk komuniti pendidik yang mampu melahirkan anak bangsa yang menerajui pucuk pimpinan negara. negara kita turut mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Selaras dengan salah satu teras Misi Nasional untuk melahirkan modal insan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dengan negara-negara maju lain. Natijahnya. 125 . Penganjuran acara sukan seperti perlumbaan Formula Satu.

Tun Hussein Onn. Selain itu. akhirnya mereka yang berjiwa besar ini merupakan perintis kepada pencapaian lain yang membanggakan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Dalam konteks yang sama. Dalam rentetan sejarah negara terpalit 126 . Semangat anak muda seperti saudara Muqarrabin bin Mokhtaruddin yang akan mengharumkan nama negara dengan ekspedisinya mengelilingi dunia dengan berjalan kaki dan berbasikal pula perlu disokong penuh oleh semua rakyat Malaysia. negara kita telah diterajui oleh lima orang pemimpin yang telah memacu negara ke arah kecemerlangan. Selain itu. Maka jelas. Mohandas yang berjaya menawan puncak Everest. Dalam kita mengecapi nikmat keamanan yang diperoleh. Tun Abdul Razak. Cara pemikiran dan ideologi masing-masing telah membawa perubahan kepada kemajuan negara. Intihanya. para pemimpin negara kita juga merupakan individu yang boleh dibanggakan. kegagahan negara turut berpaksikan semangat waja yang ditonjolkan oleh rakyatnya. Sepanjang 50 tahun kemerdekaan. Usaha anak muda ini membuktikan kegagahan negara menerusi kecemerlangan warganegaranya yang sanggup berkorban demi negara. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan ikon dalam usaha menaikkan nama negara. Kejituan dan kemapanan semangat mereka haruslah dicontohi oleh rakyat Malaysia. Terbukti darah pejuang yang mengalir dalam tubuh rakyat Malaysia seperti mereka ini telah berjaya menjulang martabat negara. Suatu ketika dahulu kita digemparkan dengan pencapaian yang membanggakan seperti Datuk Azhar Mansor yang mengelilingi dunia secara solo dengan perahu layarnya dan Datuk M. kegemilangan ekspedisi Datin Paduka Mazlina menjelajah kutub utara dan selatan telah menambah senarai panjang kekentalan rakyat Malaysia untuk memartabatkan bangsa dan negara di persada antarabangsa. Ini adalah pembakar semangat individu yang berkorban demi negara tercinta. terdapat kekangan-kekangan yang menghalang kita untuk menikmati kebebasan sepuas-puasnya. Pucuk pimpinan yang diteraju oleh Tunku Abdul Rahman. keterbilangan negara boleh diukur berdasarkan kecemerlangan warganya. Tun Dr.

Dalam era globalisasi ini. Bilangan belia kita yang terjerumus dalam najis dadah juga amat menyedihkan. demikian kerana belia yang diharap dapat memacu negara ke arah kejayaan telah menghampakan harapan seisi warga Malaysia mengekang kita untuk menikmati kemerdekaan yang di kecapi. pemudi tiang negara” sudah tidak menggambarkan peranan golongan belia untuk memartabatkan bangsa. Nilai istimewa ini telah menjadi cermin keunikan negara kita. Belia kini semakin terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang menguasai minda dan mentaliti mereka. kemajuan negara bukan sahaja diukur melalui dimensi ekonomi tetapi jua diukur berdasarkan pembangunan sosial masyarakat. “umpama mencurah air garam ke laut”. Kegiatan ini telah merencatkan kemajuan negara sepanjang 50 tahun kemerdekaan. Negara kita Malaysia telah terkenal sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 merupakan insiden yang hampir berulang pada masa kini. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Majalah dewan Siswa keluaran April 2004 mencatatkan sebanyak 52 peratus remaja kita terlibat dalam aktiviti penagihan dadah. masyarakat yang berbilang kaum ini masih mempunyai kelemahan dari aspek perpaduan. pagar makan padi” adalah amat bersesuaian. Ketidaksamarataan 127 . Namun hakikatnya. Justeru mentaliti dan tindakan belia sungguh signifikan dalam hal ini. Dari sudut perspektif yang sama. Pepatah “harapkan pagar. masalah perpaduan menjadi kekangan yang dominan dalam usaha mengekalkan nikmat kemerdekaan. Hal ini dapat dilihat dalam aktiviti lumba haram yang semakin membimbangkan masyarakat. Hal ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa negara kita dalam era penjajahan semula tetapi dari sudut yang berbeza. Sesungguhnya. Budaya “merempit” misalnya telah mencalarkan imej negara dan bangsa. kini kebebasan kita semakin terhakis akibat tindak-tanduk belia negara kita. Isu perpaduan kaum merupakan isu yang umpama tiada titik noktahnya.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Hal ini. ungkapan “pemuda harapan bangsa. Usaha-usaha yang diambil untuk mengatasi permasalahan ini.

Oleh yang demikian kerajaan telah menggariskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berobjektif untuk memastikan keseimbangan dari segi ekuiti antara kaum. Sesungguhnya. terdapat pelbagai langkah positif perlu diambil untuk mengekalkan negara. Masyarakat berilmu merupakan wahana kemajuan negara. Budaya rock heavy metal atau kumpulan muzik underground seperti Black Metal telah mencemarkan budaya masyarakat kita yang terkenal dengan keluhuran budi bahasa sekali gus menjadi batu penghalang kepada perpaduan yang dipupuk selama ini. masalah perpaduan boleh menjadi prioriti yang mengekang nikmat kemerdekaan di negara kita. dijual tak laku”. Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala 128 . Oleh hal demikian. Pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan bandar siber seperti Putrajaya dan Cyberjaya merupakan ilham rakyat Malaysia yang berpandangan jauh dan berinovasi tinggi. Rakyat Malaysia sewajarnya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Di samping itu. Masyarakat Cina yang memonopoli kekayaan telah menimbulkan prejudis bangsa lain terhadap mereka. Realiti telah menyaksikan negara kita telah melahirkan golongan inteligensia supranasional yang telah memberikan sumbangan untuk memajukan negara. ini menyebabkan hubungan silaturahim semakin renggang. kemajuan negara sukar untuk dicapai tanpa perpaduan. Masyarakat kita sukar untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Orang berilmu. Selaras dengan tuntutan kerajaan untuk melahirkan modal insan yang global.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dari segi ekuiti bangsa menjadi isu yang mengekang kita daripada memperoleh perpaduan yang jitu. ditetak tak makan. Maka jelas. Individu berilmu berperanan untuk mengisi agenda kerajaan dalam usaha memurnikan usaha mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. ketandusan nilai moral dan etika juga menjadi faktor yang menghalang perpaduan. “laksana golok kayu. Konsekuensinya dapat dilihat melalui senario pada masa sekarang ini yang menyaksikan pengamalan nilai yang bertentangan dengan nilai dan norma tempatan dalam kalangan masyarakat. Hal ini secara tidak langsung. individu berilmu dilihat sebagai medium efektif untuk bersaing pada peringkat global. menyebabkan masyarakat majmuk ini sukar mencapai perpaduan.

“untuk membentuk dunia pada aturannya. Dalam persepsi ini. Lafaz ini sungguh jelas membuktikan kepentingan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam pembangunan negara. untuk membentuk bangsanya. Ibu bapa perlulah mendedahkan kepada anak-anak mereka tentang kepentingan mengekalkan kemerdekaan dan pahit getir untuk mencapai kemerdekaan. Ibu bapa sewajarnya menanamkan nilai tersebut sejak anak-anak mereka kecil agar pengamatan nilai ini berterusan hingga mati yang bertepatan dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. PLKN menggariskan empat modul untuk melahirkan insan 129 . Penganjuran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan alternatif kerajaan menyuburkan nilai cinta akan negara. Hal ini untuk meningkatkan pengetahuan dan penghayatan nilai patriotik dalam diri anak-anak. New Mexico. Kejayaan tiga orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. kita perlu terlebih dahulu membentuk bangsanya. Lantaran itu. ibu bapa dilihat sebagai medium efektif untuk menyemai nilai patriotik dan nilai cinta akan negara yang tinggi dalam diri masyarakat terutama anak-anak. Amerika Syarikat telah menunjukkan tahap penguasaan ilmu dan inovasi rakyat Malaysia yang tinggi. Jelaslah terbukti masyarakat berilmu merupakan pemangkin kegagahan negara. Hal ini terbukti dengan penghantaran angkasawan Malaysia ke bulan pada masa terdekat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Lumpur (KLIA) dan Litar Sepang merupakan mercu tanda kejayaan negara. kita perlu membentuk keluarga. Conficius pernah berkata. bentuklah diri mu dan punyailah hari yang murni”. Hal ini akan dapat memberikan informasi serba sedikit kepada anakanak. ibu bapa boleh menyemai semangat patriotik dalam diri anak-anak dengan membawa mereka berkunjung ke kawasan bersejarah. Ibu bapa sewajarnya menjadi idola dalam menunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak. Kedah mengharumkan nama negara dengan memenangi tempat keempat dalam Pameran Sains dan Kejururawatan Intel Antarabangsa (Intel ISEF) yang berlangsung di Alberquerque Convention Center. Kerajaan juga dilihat begitu aktif menyemai nilai patriotik dalam kalangan masyarakat.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei berkualiti. Tuntasnya. flying fox dan abselling akan dapat membentuk disiplin yang tinggi. PLKN merupakan langkah terbaik untuk melahirkan masyarakat yang berpatriotik tinggi. para pelatih dibawa untuk membantu mangsa tragedi tsunami yang melanda pada 24 Disember 2005. Dirgahayu Bangsa dan Negaraku. Modul kewarganegaraan akan mendedahkan para pelatih tentang nilai kemasyarakatan. Modul pembangunan karakter pula merupakan landasan yang berkesan untuk membentuk sahsiah dan peribadi para peserta. Justeru. Sesungguhnya semangat patriotik dan semangat juang yang tinggi merupakan agen untuk membendung negara kita daripada dijajah kembali. Dalam konteks ini. Maka jelas. dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan negara. Hal ini akan dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam permasalahan sosial yang kian meruncing. Kekangan yang mendatang perlulah diatasi agar negara kita dapat menikmati nilai kemerdekaan buat selama-lamanya. akan melatih para pelatih untuk berdisiplin. 130 . PLKN akan dapat menjadi wadah melahirkan individu yang mantap semangat patriotiknya. para pelajar lepasan SPM atau belia berumur lingkungan 17 tahun akan menyertai aktiviti ini. Apa yang diharapkan. nilai budaya dan warisan masyarakat. Modul fizikal misalnya. Aktiviti lasak seperti kawat kaki. penggemblengan tenaga adalah diperlukan untuk mempertahankan negara dalam dunia serba mencabar ini. Manakala modul khidmat komuniti pula memberi peluang kepada para pelatih untuk berkhidmat kepada masyarakat bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. kita telah mengharungi saat getir yang akhirnya membawa kepada kecemerlangan negara. Semoga segala hasrat murni kerajaan dapat direalisasikan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Sebagai contoh. Rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada Prinsip Rukun Negara akan senantiasa bersedia untuk mempertahankan tanah air tercinta ini.

Memantapkan Profession Keguruan. Dewan Siswa (April 2004).Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rujukan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Kejayaan Pelajar MRSM di New Mexico Harumkan Nama Negara. Utusan Publications and Distributors Sdn. 2. Bhd. 131 . Dewan Bahasa dan Pustaka. Berita Harian. 4. Rahmat Ismail (1997). Kuala Lumpur. Majalah Dewan Masyarakat (Februari 2007). Belia dan Dadah. Etika Sosial: Satu Peradaban Dalam Kehidupan Sosial Manusia. Akhbar Skor (23 Mei 2007).

.

133 . perebutan takhta adalah alasan kepada penjajah untuk campur tangan di Tanah Melayu di samping dasar imperialisme iaitu keinginan mereka untuk menguasai kekayaan hasil bumi Tanah Melayu seperti bijih timah. hasad dengki.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Nur Atikah Binti Mohamad Nadzri SMK Matang. Namun fahaman ini tidak dapat diterima oleh sebahagian besar penduduk negara ini dan mereka telah berusaha bersama-sama untuk membasmi kegiatan komunis dan darurat berjaya ditamatkan pada 1960. negara kita pernah dijajah oleh Portugis. Kita seharusnya memahami dan mengetahui sejarah negara kerana melalui sejarah kita dapat mengenali diri. jujur dan berani dalam diri di samping memupuk semangat nasionalisme. perpecahan antara kaum. bangsa dan negara ini. Selepas era penjajahan. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Belanda. negara kita dilanda zaman darurat di mana berlakunya pemberontakan Parti Komunis Malaya yang ingin menjadikan negara ini sebuah negara komunis. getah dan hasil pertanian lain. masyarakat. Perak S ebagai warganegara Malaysia dengan memahami sejarah kita dapat menanam nilai-nilai seperti setia kepada negara. Sekiranya diteliti dengan mendalam. Inggeris dan Jepun. kelemahan pemerintahan.

Dari segi sistem pemerintahan dan struktur pentadbiran negara. Kemunculan para intelek-intelek Melayu telah mendorong perjuangan menggunakan diplomasi yang disokong oleh semangat kebangsaan. Kemerdekaan negara ini dicapai melalui perjuangan semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme yang tinggi warga ketika itu. Namun raja dan kerabat diraja tidak diketepikan. Banyak pihak telah mencadangkan percantuman negeri-negeri serantau dengan Malaya tetapi gagasan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 mendapat sambutan dan diikuti dengan tindakantindakan tertentu yang berkesan sehingga Malaysia berjaya diisytiharkan. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Rakyat akan memilih wakil-wakil mereka dan seterusnya akan membentuk kabinet. Ketika itu timbul kesedaran bahawa kemerdekaan boleh dicapai bukan sahaja melalui pemberontakan atau peperangan tetapi juga melalui perundingan dan semangat kebangsaan yang dimiliki rakyat. malah diperkukuhkan lagi menerusi institusi raja berperlembagaan dan Majlis Raja-Raja yang masing-masing mempunyai sistem dan peranan yang telus. namun hakikatnya ialah ‘rakyat yang memerintah’. Ini bermaksud rakyat berkuasa membentuk kerajaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Perpaduan di antara kaum dan tolak ansur merupakan pemangkin ke arah mendapatkan kemerdekaan negara ini pada 31 Ogos 1957. Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Pengaruh daripada luar negara iaitu perjuangan nasionalis dan juga pendidikan yang diterima oleh anak-anak tempatan merupakan faktor utama yang menimbulkan kesedaran di kalangan penduduk tempatan memperjuangkan kemerdekaan tanpa kekerasan. Sememangnya darurat telah mengakibatkan kesan yang buruk kerana mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. 134 . Sistem beraja yang kukuh dan masih lagi dipertahankan sehingga sekarang.

Tragedi itu telah memberi banyak pengajaran termasuk kesedaran bahawa selama ini memang sedia wujud konflik di antara kaum. Negara kita merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik yang hidup dengan harmoni. Selain daripada itu. perpaduan adalah diasaskan kepada ideologi negara (Rukun Negara). sistem pentadbiran dan pemerintahan yang diamalkan telah berfungsi menjadikan kesejahteraan rakyat serta ke arah pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu padu. politik. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan satu kejayaan luar biasa bagi Malaysia kerana peralihan kuasa pemerintahan berlaku dengan aman. Di negara kita. Rukun Negara berhasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. sosial dan kebudayaan. Sudah tentulah matlamat akhir kita ialah integrasi yang menyeluruh dan berpanjangan. Keunikan terserlah kerana tiada jurang perbezaan yang memungkinkan kewujudan berlakunya konflik antara etnik. Ini menggambarkan bahawa perpaduan menjamin kestabilan negara. 135 . selepas pilihan raya 1969. pelajaran. Seterusnya Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip untuk mencapai lima objektif telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 melalui lima prinsip itu. Kemakmuran masyarakat seterusnya akan mewujudkan integrasi nasional. menghormati undang-undang serta taat setia dan cintakan negara di samping bersikap terbuka terhadap cara hidup rakyat daripada pelbagai kaum. saintifik dan progresif. Namun. ekonomi. perpaduan nasional diharap dapat dicapai melalui perpaduan di tahap perpaduan wilayah. Seterusnya kesepakatan kaum dan pembangunan berjalan seiring menapak maju. perpaduan kaum hancur apabila tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Rasa prasangka kaum yang telah tersemai lama dalam sejarah telah meletus menjadi rusuhan yang serius sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat untuk mengawal keadaan.

Agenda besar negara ini adalah merupakan satu gerakan awal mengubah status dari sebuah negara sedang membangun kepada negara maju yang seimbang dari segi ekonomi dan fizikal. Matlamat asas pembangunan itu ialah untuk memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat jelata. saintifik dan hidup bersatu padu. Usaha-usaha ini selari dengan Wawasan 2020 yang sejajar fokusnya ke arah melahirkan satu bangsa Malaysia yang maju. Dasar pembangunan negara yang didokumentasikan dirancang berdasarkan tempoh lima tahun yang dikenali sebagai Rancangan Lima Tahun Malaysia (RLTM). Kemerdekaan merupakan titik tolak untuk meneruskan pembelaan kepada rakyat melalui perancangan dan pembangunan 136 . Malaysia mewarisi sisa peninggalan penjajahan yang amat kompleks dan mendalam baik dari struktur ekonomi mahupun sosial. Keadaan ini menagih satu dasar pembangunan yang komprehensif dan perlu dilaksanakan dengan teliti. Ketelusan falsafah. lebih-lebih lagi kerana Malaysia sebuah negara bermasyarakat majmuk. Dasar Pembangunan Negara yang dibentuk oleh kerajaan bertujuan mencapai “kemakmuran bersama pengagihan secara saksama” buat pertama kalinya diusahakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). progresif. Kemiskinan rakyat. serta dari segi sosial dan kemasyarakatan. objektif dan strategi yang dianjurkan oleh DEB merupakan satu pakej pembaikan ekonomi dan sosial yang tidak dapat dinafikan. Malaysia telah melancarkan dasar pembangunan negara yang tersendiri. kemunduran antara wilayah dan sektor ekonomi serta taburan kependudukan mengikut jenis kaum dan lokasi tertentu merupakan realiti yang tidak boleh dinafikan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Rancangan lima tahun negara yang pertama dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan sehingga kini negara sudah melalui sembilan tahap rancangan lima tahun itu. Menghapuskan kemiskinan relatif dan penumpuan kepada rakyat termiskin menjadi agenda yang terpenting di samping melipatgandakan usaha-usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Pengurusan alam sekitar melalui penggunaan teknologi yang berkesan mesti diusahakan di samping mempertingkat pencapaian dan prestasi pembangunan. Rakyat Malaysia perlu sentiasa bersedia dan sanggup mengharungi cabaran demi cabaran untuk membangunkan negara dengan lunas-lunas keadilan. Kerajaan mengimbangi pembangunan negara dengan usahausaha keprihatinan memelihara dan memelihara alam sekitar yang berkualiti. sains dan teknologi. matlamat untuk negara ialah menjadi sebuah negara yang makmur berlandaskan perpaduan rakyat yang stabil.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Malaysia mengikut acuan tempatan dari segi ekonomi. Kerajaan secara berterusan menitikberatkan kesepaduan nilai-nilai alam sekitar dengan kehidupan bagi memastikan pembangunan ekonomi dan sosial yang mapan. Di samping itu. Sekolah Bestari adalah contoh program yang menunjukkan keprihatinan negara bagi menyediakan pendidikan yang berlandaskan perkembangan teknologi semasa. selamat dan produktif penting bagi melaksana pelbagai projek pembangunan 137 . Dasar-dasar utama Malaysia merupakan satu pemangkin yang boleh menyatupadukan rakyat melalui program sosioekonomi bagi memajukan rakyat khususnya penduduk luar bandar. rakyat menjadi fokus utama kerajaan bagi membina kemajuan yang seterusnya. Dasar-dasar utama Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri sebab dirancang secara teliti dengan ciri-ciri keperluan semasa negara. Sejak mencapai kemerdekaan. bangsa dan negara amat penting bagi mengacu satu kesepaduan wawasan dan matlamat yang mampu menghadapi cabaran masa depan yang sangat kompleks. kemasyarakatan. Pendidikan merupakan antara agenda terpenting terus dan diolah bagi mewujudkan satu konsep program “acuan sendiri” negara kita yang bertaraf dunia. Penglibatan rakyat dan keiltizaman kerajaan untuk menggembleng tenaga dengan rasa kecintaan kepada agama. ketekunan dan kecekalan yang jitu. Kesedaran tanggungjawab dan kefahaman yang kukuh di kalangan rakyat untuk mewujudkan alam sekitar yang sihat.

Pembangunan insan perlu dipupuk di kalangan rakyat supaya dapat bangkit di pentas dunia bagi menerajui pembangunan. Usaha melahirkan rakyat berpengetahuan yang mempunyai kekuatan mental dan rohani menjadi tanggungjawab belia sendiri agar pelbagai program yang disediakan untuk rakyat khususnya remaja benarbenar mencapai matlamatnya. bersedia dan mampu berdiri teguh dengan nilai-nilai murni dan etika yang tidak mudah digugat oleh corak atau ragam musuh negara. keadilan. Justeru itu sumber tenaga yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang positif perlu dibina secara menyeluruh supaya dapat menyumbang terhadap kesejahteraan dan keharmonian negara. Negara Malaysia perlu dipelihara oleh rakyat 138 . Sumber tenaga manusia khususnya belia merupakan aset negara yang penting. Pembangunan insan dan pembanterasan gejala negatif merupakan usaha terpenting bagi mewujudkan ‘insan berkualiti yang bersepadu’ kerana kemajuan negara bukan hanya tertumpu terhadap kemajuan fizikal tetapi juga kerohanian. kerjasama. Perpaduan. Sokongan padu rakyat yang menyeluruh amat penting bagi menjayakan semua agenda murni negara kita.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kerajaan secara berkesan dan menyeluruh kerana sokongan padu penduduk Malaysia. pencapaian ilmu dan kemahiran yang tinggi membolehkan rakyat Malaysia bersaing. keharmonian dan penyeimbangan pembangunan ekonomi merupakan perkara penting yang menjadi panduan bagi memenuhi hasrat Kerajaan. Pembinaan maruah yang tinggi dan pencapaian kecemerlangan yang bertaraf sejagat di kalangan rakyat akan mendorong ke arah kemajuan negara yang dicita-citakan. kegigihan. Di samping itu. Pembangunan insan bagi mewujudkan sumber tenaga yang berkualiti diperlukan dalam membangunkan negara. Setiap rakyat Malaysia secara bersepadu dan menyeluruh bertanggungjawab menangkis segala nilai-nilai negatif dalam dan luar negara.

kebudayaan dan kesenian di samping maju dengan sains dan teknologi. 139 .Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Malaysia sendiri iaitu rakyat yang cemerlang dengan pegangan agama. Kita semestinya tidak mahu negara yang indah dan aman ini dijajah buat kali kedua dan kesenangan yang diperoleh pada hari ini harus dipelihara dan segala pengorbanan serta jasa wira-wira kita terdahulu haruslah sentiasa dikenang.

.

Mahathir Mohamad merupakan pencetus idea kepada 141 . Kemajuan ini adalah hasil usaha dan kerjasama antara barisan pimpinan dan rakyat yang berbilang kaum. Malaysia juga telah banyak melakar sejarah tersendiri sama ada dalam negara atau luar negara. Kita dapat melihat kecemerlangan Malaysia melalui sektor ekonomi. teknologi. Ipoh.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA. Putrajaya bukan sekadar menjadi pusat pentadbiran negara malah turut mempamerkan kreativiti. Tun Dr. warisan dan kecantikan semula jadi bandar raya ini. NEGARAKU GAGAH GEMILANG Amira Rafhan Binti Jafri SMK Raja Perempuan. Putrajaya ialah bandar raya bestari yang bertaraf antarabangsa telah menjadi kebanggaan negara kerana kehebatan perancangannya. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ataupun lebih dikenali sebagai Putrajaya merupakan lambang negara bangsa merdeka. Kemajuan kita membangunkan negara telah diiktiraf sebagai satu-satunya negara membangun yang berjaya kerana kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum yang mengamalkan agama. budaya dan bahasa yang berbeza. Perak T ahun ini genap 50 Tahun Malaysia menyambut kemerdekaan dengan tema sambutan “50 Tahun Malaysia Merdeka. seni budaya. sosial dan pentadbiran. ekonomi. Negaraku Gagah Gemilang” amat bersesuaian untuk menunjukkan bahawa Malaysia telah maju dan mantap dari segi pembangunan. pelajaran dan perpaduan dalam tempoh tersebut.

Rakyat perlu menjadikan Putrajaya sebagai sumber inspirasi untuk memajukan bangsa dan negara. Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan Kumpulan Mobilisi Bantuan Bosnia-Herzegovina. Sepang kepada sebuah bandar raya bestari yang menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini telah diberi gelaran sebagai arkitek Putrajaya. Hal ini dipesan sendiri oleh beliau dalam sajaknya yang bertajuk “Di Atas Runtuhan Kota Melaka. sebagaimana kesungguhan Tun Dr. contohnya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB). Malaysia juga menyertai Pergerakan Negara142 .” Malaysia juga memainkan peranan penting dalam badan-badan berwajib antarabangsa. Malaysia telah menghantar tentera menyertai pasukan pengaman PBB di Bosnia-Herzegovina dan Timor Timur. Dalam bidang politik antarabangsa pula. Beliau salah seorang wakil Malaysia juga telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 1998. Tan Sri Razali Ismail pernah dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1996 dan 1997. Malaysia pernah memegang jawatan penting dalam badan-badan PBB antaranya ialah sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh 1965-1966. Mahathir Mohamad merencanakan sendiri pembangunan. Usaha Malaysia ini telah menunjukkan bahawa Malaysia amat mengambil berat terhadap negara-negara jiran yang sering dilanda pergolakan dalam pentadbiran dan pegangan agama. Pembangunan Putrajaya telah menyerlahkan kemampuan anak watan untuk membina sebuah bandar raya berwawasan yang mempunyai identiti tersendiri sehingga dikagumi dunia. Kita Dirikan Putrajaya.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei perancangan pembangunan kawasan hutan dan estet Prang Besar. 1989-1990 dan 1999-2000. Kesemua ini menunjukkan bahawa para pemimpin kita adalah setanding dengan pemimpin-pemimpin luar yang lain sehingga diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan tinggi dalam PBB. Dalam bidang sosial pula. Tujuannya adalah untuk meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan sejagat.

Pembangunan menara ini secara langsung adalah hasil penswastaan Jabatan Telekom Malaysia. Menara Kuala Lumpur menempatkan pusat transmisi IV dan menjadi mercu tanda ibu kota yang mempunyai ketinggian 451. Pencapaian ini boleh meningkatkan semangat kita untuk terus maju di samping membaiki pencapaian dalam bidang-bidang lain. Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia diperkenalkan pada tahun 1983.9 meter. Melalui dasar ini.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei negara Berkecuali (NAM) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). mencakupi tema simbiosis teknologi tinggi dan identiti Malaysia. Malaysia telah diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang berada dalam kategori tinggi untuk pembangunan insan. Pelbagai dasar telah diperkenalkan sejak era 80-an lagi. Lapangan terbang ini juga sebahagian daripada Koridor Raya Multimedia (MSC) dan suatu idea yang cukup bernas yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kita 143 . Dalam usaha untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia sering kali menjadi tuan rumah untuk sidang kemuncak bagi OIC. Pada 1 Oktober 1999. Selain itu. Menara ini merupakan bangunan yang tertinggi di dunia pada ketika itu dan juga lambang kejayaan pembangunan Malaysia. Menara ini juga merupakan menara telekomunikasi yang tertinggi di dunia. Dasar ini bermatlamat untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjalankan rancangan projek pembangunan di samping meluaskan lagi peluang pekerjaan rakyat Malaysia. Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Jun 1998 merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam sejarah penerbangan Malaysia. berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2006. NAM dan ASEAN. kedudukan Malaysia telah meningkat daripada kedudukan ke-20 pada tahun 2005 kepada kedudukan ke-23 pada tahun 2006 juga. ekonomi Malaysia dapat berkembang dengan pesat dan berjalan dengan lancar seiring dengan pembangunan negara. Menara Berkembar Petronas yang menjadi tarikan pelancong ketika ini telah dirasmikan pada 30 Ogos 1999. KLIA mencerminkan seni bina lapangan terbang yang tersendiri.

Mahathir Mohamad. Dasar Perindustrian Negara telah dilancarkan dengan berteraskan untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum di sektor perindustrian dan industri kecil dan menggalakkan pertumbuhan penyelidikan dan Pembangunan (R&D). MODENAS. TiungSAT dan RazakSAT. MSC merupakan prasarana multimedia yang terunggul di dunia akan terlaksana. kereta nasional kedua. motosikal nasional. MEASAT II. Pada abad ke-21. kesungguhan dan kemampuan Malaysia dalam bidang kejuruteraan. HICOM telah ditubuhkan untuk memajukan pertumbuhan sektor ini dengan pengeluaran kereta nasional pertama. trak nasional dan lain-lain. Jika dahulu Malaysia hanya menjadi pengguna teknologi pihak lain. Negara kita mengalami transformasi dalam bidang pendidikan. Kini muncul pula. Semua ini tidak akan berhasil jika Dasar Pandang ke Timur tidak diaplikasikan. Negara kita juga telah berjaya menerokai bidang angkasa lepas dengan pengasas Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan Planetarium Negara pada tahun 1994. Tidak cukup dengan itu. Proton Saga oleh Perusahaan Automobil Nasional (PROTON). iaitu Tun Dr. Perodua. Pemilikan serta pelancaran satelit ini menandakan bahawa Malaysia berkemampuan untuk menghasilkan satelit buatan Malaysia. HICOM PERKASA. kita telah menuju ke era sains dan teknologi. Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Menyedari hal ini. tetapi hari ini kita boleh berbangga kerana kita turut menjadi pencipta dan pencetus teknologi. Pada masa kini. sekolah-sekolah kebangsaan dan institusi-institusi pendidikan negara telah diperkasakan untuk melahirkan generasi 144 .Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang keempat. Antaranya ialah MEASAT 1. Di samping itu juga melalui penubuhan HICOM telah menawarkan peluang pekerjaan kepada beribu rakyat Malaysia. Malaysia juga mempunyai satelitnya sendiri. Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) dilengkapi prasarana untuk memajukan teknologi maklumat dan fizikal bertaraf dunia selain disokong sistem rangkaian logistik dan telekomunikasi berkapasiti yang tinggi. Ini semua membuktikan kebolehan.

Bersesuaian dengan tema PIPP iaitu ‘Pembaharuan-Satu Misi Nasional. Pelan ini bertujuan untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti terutama bagi masyarakat luar bandar. pada 21 Mei 2007. Dr.’ Semangat “Malaysia Boleh” yang diterapkan oleh Tun Dr. Ini menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini. enam daripada tujuh orang pendaki Merdeka de’ Everest 2007 termasuk seorang wanita telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest. Pada tahun 1999. Dr. Mohandas pada 27 Mei 1997. Dua orang calon angkasawan negara. Syeikh Muzaphar dan Kapten.8 kilometer pada Ogos 2003. Jika kini kita boleh melihat ada anak Malaysia yang mampu mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest. Datuk Azhar Mansur telah mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar Jalur Gemilang. Mahathir Mohamad telah menyaksikan satu pencapaian luar biasa rakyat Malaysia di pentas dunia. Faiz Khaleed yang sedang menjalani latihan di Rusia sebagai persediaan menjadi angkasawan Malaysia yang pertama. Ini berkemungkinan ekspedisi tersebut bakal mencatatkan suatu lagi sejarah baru dunia. Datuk Abdul Malik Mydin juga telah berjaya mencipta sejarah apabila berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 32. Terbaru. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 sehingga 2010 telah dilancarkan Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal tahun ini. Institusi-institusi pengajian tinggi negara juga sudah mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa seperti Universiti Islam Malaysia (UIAM).Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei muda yang berkualiti dan berkaliber. Kita juga seharusnya berbangga dengan 145 . Memang tidak pernah terlintas di fikiran ramai akan ada seorang antara rakyat Malaysia yang bakar bergelar angkasawan. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia setanding dan mampu bersaing dengan bangsa lain dan bukan sekadar menyandang gelaran jaguh kampung. PIPP telah meletakkan asas yang kukuh agar pelan ini dapat melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan memartabatkan sistem pendidikan negara di mata dunia. Contohnya. M. Setakat ini belum pernah puncak Everest ditawan oleh kumpulan seramai itu dan tiba di sana pada satu masa. Magendran dan N.

” Sukan merupakan salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan yang berkesan untuk membina patriotik dan cinta akan negara. Tun Dr. Negara kita telah melahirkan pemandu F1 pertama dari Asia iaitu Alex Yoong dalam sukan Grand Prix Malaysia berserta dengan pembinaan Litar F1 Sepang yang dianggap antara termoden dan indah. lancar dan paling meriah pernah dianjurkan dengan upacara penutupan penuh gilang-gemilang sambil disaksikan sendiri oleh Ratu Elizabeth II. Mahathir Mohamad pernah berkata “Kita tidak perlu berambut perang untuk menjadi lebih baik daripada yang lain. Kemudahan dan prasarana sukan di Malaysia sememangnya telah mencapai kemuncak dengan pembinaan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil yang bernilai ratusan juta ringgit. Sauber sejak 1995 telah berjaya mengangkat imej Malaysia. Terbuka Malaysia dan Terbuka Switzerland pada tahun ini sememangnya telah membuka mata ramai peminat badminton seluruh dunia. Nicol David juga telah menjadi olahragawati pada tahun ini kerana sering kali muncul sebagai dalam sukan skuasy. Pembabitan PETRONAS sebagai syarikat gergasi petroleum negara dengan pasukan Formula One. Penganjuran Le Tour de Langkawi bagi acara lumba basikal yang bersifat dua dalam satu iaitu untuk menanam minat terhadap sukan berbasikal jelajah di samping mempromosi Pulau Langkawi bagi acara lumba basikal yang bersifat dua dalam satu iaitu untuk menanam minat terhadap sukan berbasikal jelajah di samping mempromosi Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Pencapaian seperti ini sememangnya amat membanggakan rakyat Malaysia. Kemunculan 146 . Kejayaan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dalam menyandang gelaran juara All England.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pencapaian hebat Datin Seri Paduka Sharifah Mazlina yang telah berjaya menjelajah ke Antartika dan baru sahaja melaksanakan misi kedua iaitu ekspedisi menawan Kutub Utara pada 19 April 2007. Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 merupakan temasya sukan yang berjaya. Apa yang penting kita harus yakin dengan keupayaan diri sendiri. Pada tahun ini juga kita dapat melahirkan atlet bertaraf dunia dalam sukan yang tidak asing lagi iaitu badminton.

Kunci utama kepada perpaduan yang kita banggakan ini adalah semangat toleransi dan sikap saling menghormati antara satu sama lain yang kita amalkan. Dalam tempoh 50 tahun itu jugalah. Melalui ucapan ini sahaja kita sudah dapat menyimpulkan bahawa tanpa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat. Tanpa kita sedari. Kestabilan ini membolehkan kita berjaya menarik pelabur asing. Dengan cara ini kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara”. kita telah berjaya memelihara kemerdekaan Malaysia dengan aman dan harmoni selama 50 tahun. tidak ada gunung yang tidak dapat didaki. cita-cita dan harapan kita akan terlaksana jua akhirnya. negara yang kita cintai akan berpecah belah dan akhirnya akan binasa. Erti kemerdekaan bukanlah semata-mata pembebasan pemerintahan penjajah tetapi yang lebih utama dan penting adalah semangat. bangsa dan negara yang kita cintai. Mahathir Mohamad dalam perutusan tahun baru pada 31 Disember 1992 di RTM. 147 .Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei bakal pelumba F1. dorongan dan tindakan kita untuk mengisi dan membawa kemuliaan. Memartabatkan Maruah Bangsa. Dengan mewujudkan perpaduan antara kaum ini kita telah berjaya melahirkan sebuah negara yang terus stabil dari segi ekonomi. setiap warga Malaysia perlulah melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Segala usaha dan kemakmuran yang ingin dibina akan hancur musnah dan sia-sia. tidak ada lurah yang mustahil untuk dituruni. Justeru itu. Mahathir. “Kestabilan negara yang wujud adalah hasil kerjasama antara kaum yang sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menentukan perpaduan dan keharmonian kaum sentiasa terpelihara di negara ini. Kuala Lumpur dalam buku bibliografi beliau iaitu. kesejahteraan dan kebahagiaan kepada bangsa dan negara. kita telah menempa nama di persada dunia demi mendaulatkan agama. Begitulah ucapan Tun Dr. Fairuz Hashim juga telah mengembangkan lagi sukan yang bertaraf dunia ini. politik dan sosial. Dengan gandingan kerjasama erat dan persefahaman serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak.

.

Pada tahun 2007. negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Temerloh. Hari kemerdekaan ini diadakan untuk meraikan pembebasan negara daripada penjajahan British. Setiap kali Jalur Gemilang dikibarkan. Kemeriahan sambutan dirasai oleh penduduk tempatan mahupun pelancong yang datang ke Malaysia dan mereka juga kagum akan perubahan dan kemajuan kita kecapi. 149 . Tema Malaysiaku Gemilang bertepatan dengan hasrat ke arah negara gemilang. Beberapa tahun lalu. agama dan usia datang menyaksikan perarakan sempena kemerdekaan.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Amy Suhaida Binti Mat Mokhtar SMK Seberang. Pahang S etelah Tanah Melayu dijajah selama lebih kurang 400 tahun. Kini sambutan kemerdekaan diadakan bagi memperingati para pejuang negara yang bermatimatian menentang penjajah suatu ketika dahulu. Sebelum ini negara telah ditakluki oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis. Belanda dan British serta tidak ketinggalan kuasa Jepun. akhirnya pada tanggal 31 Ogos 1957 menjadi peristiwa bersejarah yang membawa perubahan besar kepada negara. Hal ini jelas dipaparkan apabila menjelangnya hari kemerdekaan. semua bangsa tidak kira keturunan. tema Keranamu Malaysia digunakan kerana pakejnya yang lengkap berdasarkan semangat nasionalisme. patriotisme dan toleransi dalam setiap lapisan masyarakat sebagai landasan sebuah negara yang merdeka.

telah mewujudkan suatu dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Negara. rakyat juga telah mempelajari peri pentingnya sebuah kemerdekaan kepada negara kerana hal ini juga merupakan pemacu pembangunan negara daripada kepompong kemunduran dan penindasan. Hal ini bukan sahaja bertujuan untuk mengembangkan sistem ekonomi malah menjadi peneraju untuk mengembangkan ekonomi dan menghapuskan kemiskinan sekali gus dapat mengatasi masalah pengangguran di Malaysia. maka selama itu jugalah pelbagai alternatif dilakukan oleh pucuk pimpinan mengorak langkah membangunkan negara. Dalam pada itu. British telah mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi ekonomi di bumi bertuah ini khususnya terhadap sumber alam. penjajahan tersebut sebenarnya turut memberi impak positif terhadap kemajuan negara. Dari situlah asas idealisme dan gambaran untuk membawa Malaysia meniti titisan pembangunan mula terbentuk. Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan pada tahun 1984. Seperti yang telah diatur oleh agensi tertentu. kerajaan mengambil pelbagai pendekatan untuk memajukan ekonomi negara demi kepentingan rakyat di negara ini. yang juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Setelah 50 tahun rakyat Malaysia mengecap kemerdekaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei tepukan gemuruh kedengaran dalam sesuatu temasya sukan atau sebagainya melambangkan betapa padu dan eratnya hubungan rakyat dengan semangat nasionalismenya. Sepanjang di bawah pucuk pimpinan Tunku Abdul Rahman. Kebanyakan ekonomi selepas merdeka tertumpu pada pembangunan ekonomi luar bandar. selepas bumi bertuah ini mengecap kemerdekaan pada tahun 1957. Usaha kepimpinan negara kini menumpukan perhatian kepada pembangunan ekonomi. Jika kita mengkaji dengan lebih mendalam lagi. Kerajaan berusaha untuk 150 . Walau bagaimanapun. Ketika era penjajahan sedang hebat melanda Tanah Melayu. politik dan sosial supaya usaha untuk membangunkan negara terhasil.

Kaum Melayu ditetapkan di kawasan pedalaman dan menjalankan kegiatan penanaman padi serta menjadi nelayan. Agensi yang terlibat ialah FELDA. Semasa era penjajahan British. Melalui rancangan ini. Jadi. Natijah pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan hasil eksport daging dan susu. meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk serta memastikan pertanian memainkan peranan penting dalam negara. beberapa kebun kecil akan disatukan. Agenda dasar ini ditubuhkan adalah untuk memaksimumkan pendapatan. Tanaman jualan ini begitu giat dijalankan untuk kepentingan negara dan juga dieksport ke luar negara. Natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial ini amat buruk padahnya kepada orang Melayu akibat daripada diskriminasi kaum dan menyebabkan orang Melayu ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi. Bagi meneruskan projek ini. kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan melalui pengurangan import makanan. 151 . Beberapa projek pertanian yang meliputi penanaman padi. bidang perikanan juga turut dimajukan dengan bantuan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Selain itu. Hal ini bertujuan untuk mendedahkan penduduk peribumi terlibat dalam ekonomi komersial. projek pertanian telah diperluaskan khasnya pertanian berkelompok. RISDA dan FELCRA. dasar pecah dan perintah diamalkan. tindakan drastik yang diambil oleh pemimpin terdahulu berjaya mengubah ekonomi khususnya bagi kaum Melayu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei meningkatkan hasil dan pengeluaran. Namun begitu. Dalam memodenkan pertanian. agensi-agensi tersebut memberikan sebidang tanah kepada setiap keluarga untuk didirikan rumah dan satu kawasan untuk diusahakan. Begitu juga dalam bidang penternakan yang dijalankan secara komersial. Kesannya. kelapa. kerajaan melaksanakan sistem estet mini. Kawasan yang disediakan ini adalah untuk tanaman jualan seperti kelapa sawit dan getah. koko. getah dan ternakan ikan air tawar dimajukan. Ekonomi diagihkan berdasarkan komposisi kaum. pendapatan masyarakat luar bandar dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung dapat mengatasi atau membasmi kemiskinan masyarakat tersebut. Di bawah Dasar Pertanian Negara.

beliau telah dilabelkan sebagai Pencetus Malaysia Negara Maju dan gelaran Bapa Pemodenan. Di samping itu terdapat banyak lagi dasar yang telah dilaksanakan demi mencapai hasrat belia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan maju. Hal ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan 152 . Oleh itu. Maka tidak hairanlah pelbagai pembangunan prasarana telah dilaksanakan semata-mata untuk melahirkan sebuah negara gemilang di persada dunia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Menyedari hakikat itu. mulai tahun 1970-an. Hasilnya. Dasar Perindustrian Malaysia telah dijalankan bertujuan untuk menyemak dan mengubah suai dasar perindustrian yang telah memperkenalkan strategi untuk memajukan sektor perindustrian. Mahathir Mohamad. Walaupun banyak kelemahan di peringkat awal. namun usaha ke arah memajukannya dipergiatkan. kerajaan telah mencanangkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Dasar ini telah dilancarkan oleh Tun Dr. Usaha ini sebenarnya sudah menampakkan hasil apabila kadar kemasukan pelancong asing ke negara ini kian meningkat. Dalam usaha memacu ekonomi negara. Ekoran daripada itu. negara mampu memajukan industri gentian import dan industri berat. Agenda ini merupakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. tahun 2007. Beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan Dasar Produktiviti yang menekankan kemampuan bekerja secara teratur dan bermutu tinggi. Seperti yang diketahui umum. Contohnya. kerajaan juga tidak ketinggalan mewujudkan Dasar Penswastaan iaitu pemindahan perkhidmatan dan perusahaan daripada kerajaan kepada swasta. Perdana Menteri Malaysia keempat pada Mac 1983. kerajaan mengalihkan kebergantungan ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian. pembuatan kereta nasional oleh Perusahaan Automobil Nasional Sendirian Berhad dan perusahaan simen oleh Kedah Cement Sendirian Berhad. Selain itu Dasar Pandang Ke Timur juga diperkenalkan bertujuan untuk memperbaiki sistem pengurusan dan pembangunan negara serta memupuk semangat setia kepada negara.

negara telah mendapat pendidikan tinggi kerana bimbang akan berlakunya penentangan. Kesimpulannya. kerajaan sangat menekankan pendidikan rakyat. rakyat Malaysia juga dapat menikmati tempiasnya melalui kemudahan infrastruktur yang disediakan serta peluang pekerjaan yang sentiasa terbuka. Kini melalui pendidikan. Antaranya ialah Melati Abdul Hamid yang berjaya menjuarai pidato peringkat antarabangsa. Namun selepas termeterainya perjanjian kemerdekaan. Ketika era pascamerdeka. British tidak mahu masyarakat Melayu mendapat pendidikan tinggi kerana bimbang akan berlakunya penentangan. Pada tahun 1998. usaha ke arah meningkatkan ekonomi negara ini telah berjaya mengatasi zaman kemelesetan ekonomi dan membangunkan kesemua sektor dalam negara. kebudayaan dan sebagainya. kerajaan sangat menekankan pendidikan rakyat. Unsurunsur perpaduan dan persefahaman dalam pelbagai bidang selain sentiasa mengamalkan semangat muhibah yang terlalu luhur menjadi faktor utama negara berkembang dengan efisien. Secara tidak langsung Malaysia juga dikenali sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Malaysia telah mendapat mandat untuk 153 . Kini melalui pendidikan. Apa tidaknya dengan kebanjiran pelancong asing.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei ekonomi negara. Arus pembangunan terus menyusur dari setahun ke setahun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bidang sukan sendiri merupakan penyumbang kepada kemajuan negara. peluang untuk rakyat menceburkan diri dalam bidang pendidikan adalah tipis. Namun selepas termeterainya perjanjian kemerdekaan. Pembangunan sosial begitu rancak dijalankan dan berlaku anjakan sekali gus memecahkan rekod dunia sebagai antara negara yang paling cepat meningkat maju. Pertumbuhan pusatpusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus bertaraf dunia menyebabkan Malaysia tidak ketinggalan menjadi tumpuan pelajar luar negara untuk belajar di sini. negara telah berjaya melahirkan ramai tokoh pelajar yang mampu menjulang nama Malaysia dalam pelbagai bidang. sukan. Antara bidang yang menyumbang kepada peningkatan sosial ialah bidang pendidikan.

Datuk Azhar Mansor pula berjaya dalam ekspedisi mengelilingi 154 . kemudahan prasarana bagi tujuan pentadbiran negara diberikan tumpuan yang utama. Dalam kata lain.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mengelola sukan bertaraf antarabangsa iaitu Sukan Komanwel. Terbuka Badminton All England dan sebagainya. Hal ini dapat dibuktikan apabila salah seorang anak watan yang berjaya mengukir nama sebagai wanita pertama menawan Kutub Utara iaitu Syarifah Mazlina Othman. Malaysia juga mampu melahirkan jaguh sukan skuasy iaitu Nicol Ann David yang merupakan pemain nombor satu dunia pada masa kini. Sementara itu. anak-anak Malaysia mampu menempa cabaran untuk memecahkan rekod kebangsaan juga rekod dunia. Pembangunan pusat pentadbiran negara yang baru memberikan pelbagai kemudahan serta moden. Di samping itu. Kemudahan ini selari dengan konteks masyarakat yang hidup berlandaskan teknologi maklumat yang dapat kita banggakan. penganjuran sukan ini telah meningkatkan pendapatan negara melalui pelancong yang bertandang. Sebagai bangsa Malaysia kita juga patut berbangga dengan pencapaian-pencapaian yang berjaya digapai melalui konsep Malaysia Boleh. Litar Lumba bertaraf dunia telah dibina di Sepang sebagai menyahut cabaran sukan permotoran. Rangkaian prasarana seperti Putrajaya yang gah terbina menjadi pusat pentadbiran negara yang canggih dan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang merupakan gerbang perkembangan teknologi maklumat serta Lembah Silikon Malaysia seharusnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia dalam menempuh arus globalisasi. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam arena sukan permotoran. Oleh itu. Hal ini jelas apabila Malaysia berjaya mengukir nama di arena antarabangsa. kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan keperluan pentadbiran yang lebih cekap dan bertanggungjawab terhadap kehendak rakyat. Dalam konteks ini. Selain itu nama Malaysia juga terukir indah dalam arena sukan apabila sukan badminton banyak membawa kejayaan seperti juara Piala Thomas 1992. Selain membuka mata dunia.

Sebagai pendedahan kepada rakyat tentang perkembangan sains dan teknologi. maklumat dan juga teknologi. Siri 155 . Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) telah dilancarkan bagi mencapai matlamat perkembangan teknologi maklumat dan multimedia global dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Manakala semasa pimpinan Tun Abdul Razak. agama dan adat resam. Sepanjang di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Begitu juga dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menggunakan teknologi seni bina termoden telah berjaya meletakkan Malaysia di peta dunia. Kestabilan politik negara sepanjang tempoh kemerdekaan negara mengagumkan dunia apatah lagi keamanan yang wujud walaupun negara ini didiami oleh pelbagai kaum. Rencah kestabilan negara ialah perpaduan yang berpegang kepada Prinsip Rukun Negara. Sehubungan itu. Dasar Luar Malaysia telah diamalkan oleh kelima-lima tampuk pemerintah Perdana Menteri Malaysia. Malaysia mengamalkan dasar luar yang antikomunis dan probarat. Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam arus kecanggihan prasarana. Selain itu. Planetarium Negara telah dibina sebagai tanda kemajuan dalam bidang kajian angkasa lepas. Beliau mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara timur. Malaysia lebih menitikberatkan pembangunan negara dan integrasi nasional. budaya. Kini kita terus mengorak langkah mengharungi pemodenan dalam era globalisasi. kita juga patut berbangga apabila sekumpulan “Mat Rempit” berjaya dalam terjun udara di Kutub Utara walaupun tidak langsung berpengalaman dalam bidang tersebut. Keharmonian inilah yang membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara di dunia. Apatah lagi pada masa kini dunia berdepan dengan era globalisasi. Semangat inilah yang membuka mata dunia bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang kecil dalam peta dunia. Banyak infrastruktur bertaraf dunia telah dibina untuk mewujudkan negara yang gagah gemilang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dunia mengelilingi dunia melalui jalan laut secara solo.

Semasa Tun Hussein Onn memegang teraju pemerintahan. teknologi dan juga maklumat. beliau telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara Islam dan menjalin kerjasama pertahanan dan keselamatan negeri. Negara kita juga bertuah kerana semasa pemerintahan Dato’ Seri Abdullah Hj. 156 . perdagangan dunia serta pelaburan asing. kemakmuran dan persefahaman akan terus bersemadi utuh dan berkekalan. kita mestilah memastikan rakyat telah disalut dan disemai dengan semangat patriotisme dan perpaduan agar peristiwa hitam yang pernah melanda negara 400 tahun dahulu tidak berulang kembali. Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) selain kredibiliti pemimpin yang menitikberatkan rundingan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu. Kesimpulannya. Beliau sangat peka terhadap isu-isu keamanan dunia. Kerjasama serantau dan antarabangsa banyak membantu negara dalam menempuh masalah sejagat. sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tidak lama lagi. alam sekitar.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei lawatan ke negara-negara luar dititikberatkan demi mencedok dan bertukar-tukar fikiran. wajarlah kita mengenang kembali detik-detik perjuangan para nasionalis dalam membawa Malaysia ke arah pembangunan dan kemajuan. Maka kita hendaklah berpegang pada prinsip Malaysia Cemerlang. Tidak hairan juga negara kita pernah diberi mandat untuk mengelolakan sesuatu persidangan bertaraf dunia. Ahmad Badawi yang menekankan konsep Islam Hadhari. Hal ini juga merupakan kelangsungan daripada tertubuhnya Zon Aman. Gemilang dan Terbilang. Dasar Luar Malaysia semakin rancak dan menyeluruh ketika pemerintahan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Penghayatan terhadap prinsip tersebut menjadi kunci ke arah negara gagah gemilang dan semoga keharmonian. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Negara ini melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam Pilihan Raya 1955. 157 . Akhirnya. Tanjung Malim. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957 seterusnya mewujudkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Ramlah Adam dan rakan-rakan : 2003). Perak K epelbagaian kelompok etnik di negara ini telah diterima oleh semua masyarakat sejak sebelum merdeka lagi dan ia merupakan sumber kekuatan. Permuafakatan formula perkongsian kuasa ini telah dipersetujui oleh semua pihak sejak dahulu lagi dan masih menjadi amalan sehingga sekarang.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Siti Syamirah Binti Razali SMK Khir Johari. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Dari segi sejarah.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Proses pembinaan negara memerlukan rakyat Malaysia menyemai semangat hidup dan bangga terhadap negara. Rukun Negara yang digubal selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan sedang berusaha untuk membentuk bangsa Malaysia menerusi berbagai-bagai cara termasuklah pengukuhan konsep perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka. merupakan batu asas kepada kesepaduan dan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia kerana ia telah menjadi amalan hidup rakyatnya. sama bahasa. Komuniti dan masyarakat ditakrifkan oleh ikatan yang menyatukan manusia. Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat yang berbilang agama dan kaum. Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dengan jelas membuktikan ia adalah kunci yang perlu dipegang dan diamalkan oleh semua peringkat rakyat supaya keamanan dan keharmonian Negara dapat dikekalkan. Rukun Negara pada asasnya dilaksanakan melalui penerimaan umum serta kepatuhan kepada ideologi negara yang beridentiti dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat. Proses pencapaian matlamat perpaduan Negara adalah sukar serta penuh dengan dugaan dan cabaran (Malaysia Kita : 1991). saling menghormati. iaitu yang menyumbang dan berbakti kepada Negara. sejarah dan kawasan (Drucker : 1995. tolong menolong dan berkongsi masa depan serta mempunyai semangat kebangsaan. Kepatuhan kepada norma sosial ini amat penting dan jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Rukun Negara adalah menjadi satu peraturan hidup yang amat penting kepada setiap masyarakat. hal 32). 158 . saintifik dan progresif serta bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. budaya. sudah pasti akan mewujudkan perpaduan dalam kalangan kumpulan pelbagai kaum di Malaysia. Taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara ialah bersatu padu. Ikrar Rukun Negara juga mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik.

Sebagai warganegara Malaysia yang berjiwa merdeka. Rakyat juga sama-sama tanpa mengira bangsa dan agama menumpahkan kesetiaan kepada raja dan Negara. negara mahu mencipta satu masyarakat yang adil. Rukun Negara sudah menggariskan apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Sehubungan dengan itu. pemimpin dan pemerintah. adalah asa kepada keharmonian hidup semua lapisan kaum di Malaysia. Rukun Negara merupakan teras ke arah mewujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip. 159 . Perkara ini penting bagi mengekalkan kestabilan dan keselamatan Negara. politik dan perundangan. keharmonian dan kesepaduan sosial di negara ini. Ia dijadikan teras dalam kehidupan bermasyarakat selain menyemai nilai-nilai murni melalui lima prinsip Rukun Negara yang menjadi pedoman rakyat Malaysia berbilang kaum. kestabilan. nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan. bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia sekiranya dia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai Tuhan. Sikap kesaksamaan itu dapat membentuk satu sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak. objektif Rukun Negara menetapkan bahawa melaluinya. Ia adalah tunjang kepada keutuhan. Oleh sebab itu. kepentingan bangsa dan negara hendaklah diberi keutamaan berbanding kepentingan sesuatu kaum. Kelima-lima prinsip yang mendasari Rukun Negara telah menjadi pegangan dan amalan rakyat Malaysia sejak dahulu. ekonomi. Rukun Negara adalah ideologi yang mementingkan prinsipprinsip kehidupan bermasyarakat. menjunjung kedaulatan undang-undang dan menghayati konsep kesopanan dan kesusilaan sebagai satu budaya dan cara hidup dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undangundang dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. Rakyat mestilah mendukung kepercayaan kepada Tuhan dan menolak ateisme. kebudayaan. perpaduan. Amalan sikap bertolak ansur selain memberi dan menerima.

Melalui prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Hanya mereka yang percaya kepada Tuhan akan sentiasa mematuhi ajaran agamanya serta sentiasa berusaha membentuk keperibadian dan moral yang baik. Mereka akan selalu menghormati orang lain dan mengelak daripada melakukan perkaraperkara yang dianggap salah atau berdosa. Taat setia kepada raja harus diberikan 160 . Keadaan ini jelas menunjukkan sikap toleransi rakyat negara ini yang tidak membeza-bezakan antara warganya. Amalan sebegini telah lama menjadi budaya hidup kita. rakyat Malaysia disaran menghormati dan memandang tinggi sistem Demokrasi Berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan oleh negara ini. Jika tiada pegangan agama yang kukuh. Kebebasan ini diberikan. Kepercayaan Kepada Tuhan turut menerapkan kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan sesama bangsa Malaysia bagi menjadikan bangsa bermaruah dan mempunyai jati diri yang tinggi. Perlembagaan Persekutuan walaupun memperuntukkan Islam adalah agama rasmi negara. ia bukan sahaja boleh meruntuhkan keperibadian seseorang. menyedari ketidakpercayaan terhadap agama boleh meruntuhkan sebuah institusi negara kerana rakyatnya tidak mempunyai pegangan hidup. Kepatuhan terhadap ajaran agama masing-masing menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia selain mengikut prinsip Rukun Negara yang pertama. Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan melalui agama masing-masing menyebabkan wujudnya pelbagai perayaan keagamaan. malah bangsa dan negaranya. Kunjung mengunjung dilakukan bagi mengeratkan hubungan selain mencipta persefahaman. kebebasan beragama tetap diberikan kepada penganut agama lain. Ia dapat membentuk masyarakat Malaysia yang stabil dan aman.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kepercayaan Kepada Tuhan Perayaan-perayaan kaum di Malaysia telah menjadi satu mekanisme memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan Negara pula amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan Negara.

masyarakat. negara. kita telah lama menyaksikan betapa rakyat Malaysia sentiasa menghormati dan menjunjung tinggi institusi beraja yang menjadi lambang kedaulatan dan keutuhan negara. Perlembagaan Negara menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di Negara ini selain menjadi sumber 161 . Kesetiaan kepada Raja dan Negara Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara adalah faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Adalah wajar setiap warganegara memahami maksud. politik dan sosial di Malaysia dengan diikat kemas oleh frasa perpaduan yang diwarnai oleh pelbagai kaum apatah lagi dalam sistem politik pada masa kini membolehkan semua rakyat bekerjasama dengan cara mereka yang sangat unik (Ensiklopedia Mahathir Mohamad : Jilid 5). Jika seseorang itu memilih kesetiaan sebagai prinsip hidupnya. Rakyat perlu sedar bahawa Perlembagaan Negara berfungsi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. kandungan dan latar sejarah pembentukan Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di Malaysia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei secara jujur dan ikhlas kerana ia adalah lambang kesetiaan rakyat kepada negara. Rasa cinta akan negara adalah teras kestabilan ekonomi. malah agamanya sendiri – pasti dia akan menjadi orang yang berbudi pekerti selain memiliki semangat patriotisme yang jitu. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ketiga Rukun Negara ialah Keluhuran Perlembagaan yang menekankan pentingnya rakyat untuk menerima dan mematuhi keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara kerana ia adalah sumber perundangan Negara yang tertinggi. Raja sentiasa dihormati dan disanjung tinggi. tidak kira kepada diri. keluarga. Dalam hal ini.

Kesepakatan dan persetujuan semua kaum tentang perkara ini tidak boleh diganggu gugat dan telah menjadi amalan hidup bermasyarakat di Malaysia. Keadilan di Malaysia diasaskan oleh undang-undang yang menetapkan bahawa setiap rakyat di negara ini adalah sama kerana undang-undang dicipta dan digubal berasaskan perlembagaan dan ia harus dipatuhi. Setiap rakyat tidak terkecuali daripada mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Suasana sebegini akan member ruang lingkup yang selamat bagi semua rakyat menjalankan urusan seharian dan meneruskan kehidupan. Melalui prinsip dan semangat Kedaulatan Undang-Undang juga. Amalan ini perlu bagi menjamin dan mewujudkan masyarakat yang aman. Agama Islam (Perkara 3). perbuatan dan segala perlakuan kita dalam hidup bermasyarakat. jelaslah bahawa semuanya itu adalah pengiktirafan terhadap kedudukan bangsa Melayu sebagai peribumi. stabil dan makmur. Kedaulatan Undang-undang Ia bermaksud undang-undang itu betul-betul dikuatkuasakan (Siri Rukun Negara : 1885). Jika merujuk kepada Perlembagaan Negara terutama mengenai kedudukan Institusi Raja (Perkara 32). Semua rakyat di negara ini perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan keran ia mengawal tindak tanduk. Undang-undang juga menjamin kehidupan setiap ahli masyarakat dengan teratur tanpa sebarang kekacauan. Ia memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana ia dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Bahasa Melayu (Perkara 152) dan Hak Istimewa Orang Melayu (Perkara 153). Rakyat mesti menghormati 162 . hak-hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan tetapi masih terkawal dan tertakluk oleh undang-undang. Segala perlanggaran terhadap undang-undang atau peraturan akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang seperti yang ditetapkan. Perlembagaan Negara merupakan panduan yang melingkungi dan membatasi segala perlakuan kita dalam masyarakat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei perundangan tertinggi.

Ia menjamin hubungan yang harmoni. Kesopanan dan Kesusilaan sebagai satu cara hidup atau amalan membentuk perkembangan personaliti dan tingkah laku. warganegara yang bersopan santun dan bertatasusila dapat dibentuk. Tingkah laku sopan yang diamalkan sebagai satu cara hidup mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun bernegara. Justeru. merendah diri dan tidak suka menyinggung orang lain.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei undang-undang dan bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Rakyat yang mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara ini sebagai satu amalan atau cara hidup dapat dilihat melalui tutur kata yang sopan. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan mengenai kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat kerana ia penting dalam menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. amalan hidup yang sentiasa mengikut lunas undang-undang telah lama menjadi faktor yang mengikut tatacara kehidupan rakyat Malaysia. Ia sememangnya telah lama menjadi amalan hidup di Malaysia. Sememangnya masyarakat berbilang kaum di negara ini terkenal dengan budayanya yang menghormati dan menghargai orang lain. Rakyat Malaysia sentiasa akur dan patuh dengan undangundang yang membatasi hidup mereka. kegemilangan dan keter bilangan kita akan muncul jika sekiranya kita menjadi satu bangsa yang berpekerti 163 . Rakyat Malaysia yang mengamalkan cara hidup bertatasusila akan membenci dan mengutuk tingkah laku yang melanggar norma-norma kehidupan sehingga boleh mengeruhkan hubungan sesama mereka. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan ini telah lama menjadi amalan sehingga berjaya membentuk masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi. berdisiplin dan bermoral. Kecemerlangan. Melaluinya juga.

kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa jua cabaran. Rukun Negara menuntut supaya dicipta satu masyarakat demokratik. keluarga. saksama dan liberal (Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia : 2006). bagi generasi muda. ahli perniagaan atau mereka di dalam kerajaan di semua peringkat menghargai nilai-nilai kesatuan. di samping mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik serta cinta akan negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mulia. Semangat Rukun Negara perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam mendepani cabaran kini dan masa depan. 164 . supaya keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan dan dalam waktu yang sama. Budaya dan moral yang kuat adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju ke arah pencapaian Wawasan 2020. Inilah yang perlu kita tonjolkan dan usahakan agar warga Malaysia keseluruhannya memiliki pekerti mulia dan menjadi amalan hidup bersama. kupasan prinsip Rukun Negara diharap dapat menerapkan semangat kenegaraan dalam kalangan mereka. Pelaksanaan lima prinsip Rukun Negara akan lebih berkesan secara praktikalnya jika setiap unit kecil dalam masyarakat sama ada individu. Malah. adil. sama ada dari dalam atau luar negara. Dengan berpegang teguh kepada kelima-lima prinsip itu. Kita telah melihat bagaimana pentingnya semangat dan falsafah Rukun Negara kepada perpaduan. Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat jelas membuktikan ia adalah kunci yang perlu dipegang oleh semua peringkat rakyat. terus menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia. berbudi tinggi dan berbahasa baik. demokrasi dan keadilan ekonomi dalam menyemarakkan perkembangan budaya (Ghazali Shafie : 1985). kita mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu. keharmonian dan kemajuan rakyat Malaysia sejak ia diperkenalkan 35 tahun lalu.

Bhd. Penerbitan ASA Sdn. Shakila Parween Yacob. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995. 1982.. 1985.. Abdul Hakim Samuri. Jabatan Penerangan Malaysia. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.. 1985. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Siri Rukun Negara (Dalam Konteks Islam). Bhd. Creative Enterprise Sdn. Drucker F. 165 . Terjemahan Nazlifa Bt. 5. 2003.. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Siri Percetakan Am. 2. Masyarakat Pasca Kapitalis. 2006. 8. Ramlah Adam.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rujukan 1.... 1993. Kuala Lumpur. Muslimin Fadzil. 1991. Kuala Lumpur 6. Ghazali Shafie.. Sejarah Tingkatan 5. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Rukun Negara: A Testament Of Hope. Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Mohd Ali. Kedaulatan Undang-undang. Bhd. Kuala Lumpur. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof. Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 7. Golden Book Centre Sdn. 3. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan.. Kuala Lumpur.

.

Nilai intrinsik dan ekstrinsik yang terkandung dalam Rukun Negara ini amat penting bagi membentuk negara bangsa. institusi. Perak Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan ni adalah lima prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi negara untuk mencapai kesepakatan dalam hubungan sosial. Hubungan erat di antara kelompok sosial masyarakat akan membentuk masyarakat yang bersatu-padu. Masyarakat adalah satu organisasi yang dianggotai oleh individu yang membentuk dan mengamalkan nilai-nilai bersama seperti 167 I .RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Siti Syafiqah Binti Razali SMK Khir Johari. organisasi atau kerajaan (Ghazali Shafie : 1985). Ia bukanlah satu undang-undang atau peraturan yang perlu dipatuhi. Teras kepada tercapainya prinsip Rukun Negara ini dalam menjadikannya sebagai amalan dalam masyarakat adalah sumbangan dan peranan setiap individu untuk memahami dan mematuhinya. ekonomi dan politik di Malaysia. tetapi merupakan prinsip yang memandu pemikiran dan pola pembentukan sikap untuk menghormati antara satu sama lain dalam kalangan rakyat. Tanjung Malim.

Ia adalah asas kepada keutuhan dalam pembangunan negara. mengamalkan cara hidup demokrasi. Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 bertujuan supaya rakyat dapat hidup dengan muhibah. telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. damai dan harmoni kerana Rukun Negara kekal menjadi amalan hidup sehingga Negara mencapai kemerdekaannya yang ke-50. telah wujud Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan serta memelihara keselamatan negara. Rukun Negara Sebelum Rukun Negara diperkenalkan. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. iaitu Rukun Negara. bersatu padu. MPN telah memperkenalkan ideologi negara. mengamalkan budaya tersendiri selain menikmati kesaksamaan kualiti hidup dengan adanya kemudahan sains dan teknologi. Ghazali Shafie dalam bukunya Rukun Negara : A Testament of Hope menyatakan. Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama serta budaya. melindungi perpaduan dan kestabilan. kestabilan dan keamanan dan sewajarnya ia menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia. Rukun Negara amat penting peranannya dalam masyarakat demi menjamin dan memelihara keharmonian. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. seorang jurutera pembina lebuh raya yang 168 . keadilan sosial. Sehubungan dengan itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei bersatu. saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Atas pegangan prinsip inilah rakyat majmuk kita dapat hidup aman. Berdasarkan semangat Rukun Negara juga. Paling penting.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei melakukan semua perkiraan berdasarkan sains dan teknologi akan membuat kesimpulan bahawa untuk membina jalan yang paling cepat dan murah adalah dengan membina jalan yang lurus. Rukun Negara menuntut supaya dicipta satu masyarakat demokratik. Kepercayaan Kepada Tuhan adalah prinsip pertama dalam Rukun Negara yang antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan sesama bangsa bagi menjadikan bangsa 169 . Kepercayaan Kepada Tuhan Rakyat Malaysia berbilang kaum mempunyai pelbagai kepercayaan. Sememangnya. saksama dan liberal (Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia : 2006) supaya mana-mana pihak tidak membangkitkan atau menimbulkan isu sensitif. Walau bagaimanapun. apabila jalan berkenaan melalui tempat yang ada kaitan dengan nilai kerohanian seperti tempat yang dianggap suci. Justeru. Semangat Rukun Negara yang masih menjadi amalan memang wajar diteruskan kerana ia sangat relevan dalam mendepani cabaran pada masa kini. Rukun Negara menyuarakan tanggapan. adil. apa sahaja gangguan yang berkaitan dengan tempat suci bagi agama di Malaysia akan menimbulkan reaksi kurang senang masyarakat. Ini kerana. Dengan berpegang teguh prinsip-prinsip Rukun Negara. jalan yang paling dekat adalah dengan menghindari tempat itu. Ia merupakan pedoman negara dan amalan hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam menentukan kehidupan dan masa depan bangsa dan negara. politik dan sosial di Malaysia dengan diikat kemas oleh frasa perpaduan yang diwarnai oleh pelbagai kaum (Ensiklopedia Mahathir Mohamad : Jilid 5). kita mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu. kepercayaan dan keazaman rakyat mengenai bangsa Malaysia dan ia membentuk cara hidup kita. kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa saja cabaran selain memupuk semangat cintakan negara. Rasa cinta akan negara adalah teras kepada kestabilan ekonomi. amalan keagamaan menjadi teras budaya hidup masyarakat Malaysia. Justeru. anutan dan agama.

Mengikut prinsip ini. Kesetiaan kepada Raja yang menjadi lambang Ketua Negara amat perlu supaya kestabilan Negara 170 . Kerana itulah pepatah Melayu ada menyebut “kerja sendiri dikelek kerja raja dijunjung”.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Malaysia sebagai bangsa bermaruah dan mempunyai jati diri yang tinggi. Perlembagaan Persekutuan walaupun memperuntukkan Islam adalah agama rasmi negara. Hal ini jelas menunjukkan. kebebasan beragama yang diberikan mengikut peruntukan perlembagaan menyebabkan negara kita diwarnai dengan pelbagai sambutan hari perayaan dan kebesaran agama. Rakyat yang mempunyai pegangan agama yang kukuh akan mudah diurus. sikap toleransi rakyat negara ini yang tidak membeza-bezakan antara warganya telah menjadi amalan hidup sejak sekian lama. Kebebasan ini diberikan kerana menyedari ketiadaan kepercayaan terhadap agama boleh meruntuhkan sebuah institusi negara. Malaysia tidak mengakui ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan (Malaysia Kita : 1991). kebebasan beragama tetap diberikan kepada penganut agama lain. Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke zaman Kesultanan Johor-Riau adalah daripada kecemerlangan pimpinan raja-rajanya kerana kesetiaan tidak berbelah bahagi daripada rakyatnya. satu daripada sebab utama yang menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka ialah perpecahan dalam kalangan pemimpin-pemimpin (Zainal Abidin Wahid dalam Persatuan Sejarah Malaysia : 1982). Jika melanggar titah perintah raja. Kita harus ingat. Sejarah juga mencatatkan. Sehubungan dengan itu. ia dianggap derhaka dan boleh dihukum bunuh. Amalan ini telah lama menjadi cara hidup masyarakat kita. Kerajaan Melayu Bruas. Senario ini melambangkan masyarakat Malaysia yang unik dan dikagumi oleh ramai orang di seluruh dunia! Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sejarah Negara kita membuktikan bahawa kegemilangan yang diraih bermula dari zaman Kerajaan Kedah Tua.

Setiap rakyat tidak terkecuali daripada mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. prinsip ketiga Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan menekankan pentingnya rakyat untuk menerima. Walaupun selepas mencapai kemerdekaan. Pegangan hidup bersandarkan kepercayaan ini sudah lama menjadi amalan masyarakat Malaysia malah ia menjadi kunci kekuatan dan keteguhan hubungan sosial yang ada.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei sentiasa terjamin. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi atau bumiputera. Sehubungan dengan itu. Rakyat perlu sedar Perlembagaan Negara berfungsi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. semua rakyat dituntut supaya menunjukkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagai ketua yang dipayungi oleh kemegahan takhtanya sebagai simbol kemegahan dan kekuatan. mematuhi. menyanjung dan mempertahankannya. suci dan unggul. Rakyat perlu menerima. Segala pelanggaran terhadap undang-undang atau peraturan akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara. Perlembagaan adalah luhur. Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan Negara merupakan panduan yang melingkungi dan membatasi segala perlakuan kita dalam masyarakat. Penderhakaan kepada raja sama seperti menderhaka kepada negara. Rukun Negara melalui prinsip ketiga ini menekankan wajar bagi setiap warganegara memahami maksud. mematuhi dan mempertahankan kemuliaan 171 . kandungan latar sejarah pembentukan Perlembangaan Negara. masyarakat perlu hidup berlandaskan undang-undang yang dipatuhi bersama. amat bersesuaian kerana raja adalah lambang perpaduan negara. Justeru. Tahap kesetiaan tinggi yang diberikan kepada Raja dan Negara. Rakyat dituntut supaya menerima. mematuhi dan mempertahankan Keluhuran Perlembagaan Negara.

Agama Islam (Perkara 3). Justeru. Melaluinya juga. Justeru. semuanya mengiktiraf kedudukan Bahasa Melayu. Keharmonian inilah yang menjadi amalan masyarakat Malaysia demi memastikan tiada berlaku sebarang kekacauan yang akan menimbulkan perbalahan dan persengketaan. 172 . hak-hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas tetapi masih terkawal dan tertakluk mengikut undangundang. Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. ia adalah satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak kerana Perlembagaan Negara menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undangundang terpelihara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini. Kepatuhan terhadap prinsip ini yang menjadi amalan hidup rakyat Malaysia memastikan Melaysia terus aman dan rakyatnya dapat hidup dalam suasana harmoni. kepatuhan kepada perlembagaan akan menimbulkan suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat. Kedaulatan Undang-undang Jika merujuk kepada Perlembagaan Negara terutama mengenai kedudukan Institusi Raja (Perkara 32). Rakyat bertanggungjawab memastikan undangundang Negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh manamana pihak. Mereka yang tidak mematuhi undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan. dan jika didapati benar bersalah maka dia akan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya (Siri Rukun Negara : 1985). Bahasa Melayu (Perkara 152) dan hak Istimewa Orang Melayu (Perkara 153). Kedaulatan Undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana ia dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa tanpa dikawal oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Rukun Negara juga mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. ikhlas. Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. sabar. adalah tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif membabitkan agama. Memetik daripada ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia. Ikrar Rukun Negara juga 173 . jujur. penyayang dan saling hormat-menghormati.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kesopanan dan Kesusilaan Akhir sekali. sopan santun dan memiliki semangat kekeluargaan yang tinggi. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. kaum dan bahasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini. Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat dengan jelas membuktikan ia adalah kunci yang perlu dipegang oleh semua peringkat rakyat supaya keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. ketika melancarkan Kempen Budi Bahasa pada 11 Januari 2005 yang lalu. Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni. “budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sebuah negara maju”. Rukun Negara menyumbang kepada skala keseimbangan antara keperluan material dan kerohanian (Ghazali Shafie : 1985). Kita perlu bijak menjana semula nilai-nilai tradisional yang menjadi cermin dan pegangan hidup untuk diadunkan dengan nilainilai kontemporari bagi terus memacu kejayaan selain dipergunakan untuk menjalin perpaduan sesama kita. Sehubungan itu. Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Sejarah telah mengajar kita bahawa memutuskan diri daripada akar budaya sendiri dan menerima budaya asing secara total tidak dapat menjadikan sesuatu bangsa itu maju atau kuat apatah lagi untuk bersatu-padu. prinsip Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan mengenai kepentingan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat kerana ia penting untuk menjaga hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Masyarakat kita terkenal dengan sifat amanah.

Siri Rukun Negara (Dalam Konteks Islam). 1985. Masyarakat Pasca Kapitalis. 4... Justeru. Ensklopedia Mahathir Mohamad: Jilid 5. Rujukan 1. Creative Enterprise Sdn. Bhd. amat jelas Rukun Negara menggariskan apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara. 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 3. Terjemahan Nazlifa Bt. objektif Rukun Negara menetapkan ia mahu mencipta satu masyarakat yang adil. 514). Kuala Lumpur. Kedaulatan Undang-undang . Keluhuran Perlembagaan. Kuala Lumpur. Bhd. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Di dalamnya terkandung semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya. Penerbitan ASA Sdn. Drucker F. Mohd Ali. Seharusnya ia menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia yang berbilang kaum supaya negara kita kekal bebas dan merdeka. Sikap kesaksamaan itu dapat membentuk satu sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak. Sikap keprihatinan dan saling menghormati seperti ini amat penting apatah lagi dalam kehidupan zaman moden ini (Sufean Hussin : 1993.. Rukun Negara: A Testament Of Hope. hal. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. 174 . supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Ghazali Shafie. Kuala Lumpur.. Selain itu. saintifik dan progresif serta bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan. tidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Darul Fikir. 1985. kepentingan bangsa dan negara hendaklah diberi keutamaan berbanding kepentingan sesuatu kaum. 1995. Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mahu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik.

Persatuan Sejarah Malaysia. 6. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Siri Percetakan Am. 9. 1993. 175 . Kuala Lumpur. 11. Kuala Lumpur.. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei 5. Kuala Lumpur. 1991. Abdul Hakim Samuri. Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Sejarah Tingkatan 5. 1996. Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof. 10. Jabatan Penerangan Malaysia. Shakila Parween Yacob. Baharom Mahusin. Mingguan Malaysia: 26 November 2006. Bhd. Sufean Husin.. Kuala Lumpur. 1982. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan.. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sistem dan Falsafah.. 8. Muslimin Fadzil. Ramlah Adam. Pendidikan Malaysia: Sejarah. Golden Book Centre Sdn.. 2006. Kuala Lumpur. Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur.

.

gemilang dan terbilang. Kuching. Tun Dr. Seiring dengan hasrat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan negara Malaysia yang cemerlang. Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa negara kita mencapai kegemilangan atas dasar keberkesanan pucuk pimpinan negara. berdiri sama tinggi. sosial dan ekonomi. Dengan adanya pemimpin yang berwibawa dan berkaliber. Buktinya. kini negara kita menjadi pengeluar barang elektrik dan elektronik yang bermutu di dunia. dasar negara yang baik dan berkesan dapat dirancang supaya negara kita dapat membangun dengan pesat. Mahathir Mohamad telah mengambil langkah untuk menetapkan kadar pertukaran mata 177 . negara kita telah mengalami pelbagai kemajuan dan perubahan yang pesat dari segi politik.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Ho Kui Lan SMK Batu Lintang. Dari sebuah negara yang hanya bergantung pada timah dan getah. kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50. Sarawak M enjelang 31 Ogos 2007. Malahan negara kita menjadi tempat sasaran pekerja-pekerja asing untuk mencari sumber kekayaan. Selama 50 tahun ini. Kesemua kejayaan ini patut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana negara kita dapat menandingi negara-negara maju yang lain di dunia. bak kata pepatah duduk sama rendah. semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1996 mantan Perdana Menteri negara.

negara kita juga berjaya dalam mengurus pentadbiran negara dengan melaksanakan pelbagai dasar. mengadakan kempen pencegahan rasuah. Antara strategi yang dijalankan ialah memperkenalkan penggunaan kad perakam waktu. meningkatkan daya pengeluaran dan mengamalkan perkhidmatan yang bersih. kebebasan dari segi pemilikan organisasi. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan zon pelaburan khas yang dibentuk untuk membolehkan syarikat berteknologi tinggi dari seluruh dunia melabur dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia. Apabila Malaysia mula-mula memasuki era Internet pada tahun 1995.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei wang asing dengan nilai 1USD bersamaan dengan RM3. mewujudkan bilik khas untuk berurusan dengan orang ramai serta memperkenalkan konsep pejabat terbuka dalam organisasi. Langkah lain seperti memberhentikan pengeluaran mata wang bernilai RM500 dan RM1000 dan menghadkan jumlah mata wang negara yang boleh dibawa keluar dari negara turut dilaksanakan bagi mengelakkan pengaliran keluar mata wang negara yang boleh melemahkan ekonomi negara. Kemajuan ini memberi impak yang amat baik kepada rakyat untuk menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi. kebebasan dalam pengambilan tenaga kerja mahir asing dan kelonggaran peraturan dan undang-undang siber. pemakaian tanda nama. mengadakan pengisytiharan harta milikan peribadi semua kakitangan kerajaan. Mahathir pada tahun 1983. cekap dan amanah. Contohnya. Syarikat-syarikat yang terletak dalam zon MSC dapat menikmati sistem telekomunikasi yang canggih. Tun Dr. 178 . Di samping itu. Objektif dasar ini adalah untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan yang boleh dicontohi. beliau turut memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancarkan untuk membangunkan industri telekomunikasi dan teknologi maklumat negara. melalui Dasar Kepimpinan Melalui Teladan yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri. menubuhkan kumpulan meningkatkan mutu kerja. Tun Dr. Mahathir merupakan ketua kerajaan pertama di dunia yang mengadakan sidang media secara langsung melalui internet.80 bagi memulihkan ekonomi negara. Selain itu.

kelahirannya juga memanifestasikan perpaduan yang erat dalam masyarakat majmuk Malaysia. sekali gus membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia tidak akan ketinggalan di dunia yang kian rancak dengan arus globalisasi. negara kita juga setanding negara lain dalam bidang kejuruteraan dan seni bina. Kompleks Sukan Bukit Jalil yang masih setahun jagung ini pula menyaksikan kecemerlangan Malaysia mencipta sejarah dengan merangkul sepuluh pingat emas dalam Sukan Komanwel 1998. pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil telah membawa semua rakyat bersama menikmati kejayaan demi kejayaan yang ditempah oleh rakyat Malaysia. pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang merupakan antara stadium yang terbesar di rantau ini menjadi mercu tanda kegemilangan negara terutamanya dalam bidang sukan. Pembinaan kompleks Sukan Bukit Jalil yang menelan belanja yang amat tinggi ini pernah menjadi topik perbincangan yang hangat pada suatu ketika dahulu. bangunan yang tersergam megah dan indah ini telah memadamkan kritikan terhadapnya dengan menjadi medan pertandingan-pertandingan bertaraf antarabangsa yang cukup berprestij. Litar F1 Sepang ialah satu-satunya litar lumba di dunia yang diberikan penghormatan untuk memasukkan logo 179 . masyarakat negara ini tidak akan dipandang rendah oleh negara-negara luar yang lebih maju dari segi sains dan teknologi. Mohamad Hafiz Hashim merangkul kejuaraan dalam acara perseorangan lelaki dalam Pertandingan Badminton All England 2003. Namun. Tambahan pula. pembinaan Litar F1 Sepang juga membuktikan kepada dunia bahawa kemampuan Malaysia tidak boleh diperlekeh. Dengan itu. Selain pembinaan Kompleks sukan. Dalam erti kata lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kompleks sukan ini telah menjadi kebanggaan kita. Pembinaannya yang impresif ini bukan sahaja meningkatkan martabat negara pada mata dunia malahan juga mencerminkan kemajuan sains dan teknologi. kini mampu membuahkan hasil. Selain itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Dalam pada itu. Jika gelanggang badminton di England pernah menyaksikan kejayaan anak muda Malaysia.

operasi ini mencatat rekod Guiness sebagai operasi menyelamat kebakaran yang tertinggi di dunia. Bhd. Lapangan terbang ini dibina dengan konsep ‘lapangan terbang di dalam hutan. Bukti lain yang amat ketara ialah pembinaan Menara Kuala Lumpur setinggi 421m adalah menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia. sekumpulan 22 orang anggota Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada 22 anggota lelaki dan seorang wanita telah berjaya melakukan operasi menyelamat di menara berkembar tertinggi di dunia yang setinggi 452 meter. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pembinaan jambatan. Litar canggih yang menggabungkan teknologi seni bina dan kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya Malaysia ini boleh menampung 130. termasuk 30. Walaupun sekadar latihan. dan dibina oleh firma Wayss & Freytag dari Jerman. di mana kawasan berlandskap hijau dibiarkan hidup di tengah-tengah bangunan itu.5 pada skala Richter.000 penonton. Contohnya. Pembinaan Menara Berkembar Petronas juga membuktikan keunggulan Malaysia.5 km yang dibuka pada tahun 1985 adalah jambatan terpanjang di Asia dan ketiga terpanjang di dunia. hutan di dalam lapangan terbang’. Sebelum jambatan itu dibina. Tamsilnya. jambatan Pulau Pinang sepanjang 13. Anjung dwi-hadapan ini adalah yang pertama seumpamanya dibina di dunia. Malaysia juga berjaya dalam pembinaan lapangan terbang antarabangsa. Jambatan enam lorong itu dibina dengan keupayaan kalis gempa bumi sehingga 7. Dengan 180 . Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka pada tahun 1998 telah dipilih sebagai lapangan terbang keempat terbaik di dunia dalam satu kajian AETRA (program antarabangsa mengenai kepuasan pelanggan penerbangan) pada tahun 2004. orang ramai menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi Selat Pinang. Menara ini direka bentuk oleh Kumpulan Seni Reka Sdn.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei F1 di dalam nama rasminya.000 di anjung utama dwi-hadapan. Menara ini dibuka pada 1996 dan menampilkan reka bentuk bercirikan seni tradisi Malaysia dan Islam. Contohnya. Lebih membanggakan lagi apabila pembinaan litar ini mendapat pujian daripada pelancongpelancong asing yang berkunjung ke negara kita.

Bhd. Ia boleh menunjukkan tindak balas dengan ekspresi muka serta pergerakan tubuh bersesuaian dengan perbualan. mengangkat beban serta membaiki kerosakan. Pada tahun September 2000 pula. rakyat dapat memanfaatkan pembinaan jambatan ini untuk keselesaan mereka dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya. pusat-pusat pengajian tinggi dan sektor swasta. perhubungan 181 . Hal ini mencerminkan kejayaan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi yang begitu pesat membangun pada era pasca moden ini. Program Robot Interaktif Pertama Malaysia yang dikenali sebagai AINI (Artificial Intelligent Neural-Network Identity). malah Bahasa Inggeris dengan loghat Amerika atau British. Jepun. Kegunaan mikrosatelit bukan komersial ini meliputi aplikasi untuk agensi-agensi kerajaan. AINI telah dibangunkan oleh Prof Madya Dr. Mikrosatelit ini dimiliki dan diselenggarakan oleh Astronautic Technology (M) Sdn.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kemudahan ini. Pada April 2004. sebuah syarikat milik penuh kerajaan. negara tidak ketinggalan untuk mencapai kemajuan dalam bidang pengangkutan. Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia dengan kerjasama pereka cipta Zulkifli Haron berjaya mencipta robot yang mampu berfungsi menggantikan manusia dalam menjalankan kerja-kerja keselamatan apabila berlaku kecemasan di dalam bilik radioaktif. Korea. Dalam zaman globalisasi ini. Robot Maya ini boleh bersembang dengan manusia dalam apa jua topik perbualan. Goh Ong Sing bersama sepasukan penyelidik dari Kolej Teknikal Kebangsaan Malaysia di Melaka. Robot ini juga boleh menjalankan pelbagai fungsi lain di luar bilik radioaktif. Pada lazimnya kegunaan robot ini adalah bagi tujuan pengimejan bumi menggunakan tiga kamera sudut tirus dan sebuah kamera sudut lebar. serta boleh bertutur dalam bahasa Perancis. Itali. Malaysia telah melancarkan mikrosatelit reka bentuk sendiri pertama iaitu Tiungsat-1. Antara lain fungsi robot ini ialah memberi bacaan dedahan radiasi.

Malaysia maju setapak lagi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pencapaian dalam pelbagai bidang dapat dilihat dalam kehidupan kita seharian. Manusia sentiasa berusaha mencapai kemajuan. Pelbagai uji kaji mampu diselesaikan dengan adanya kemajuan teknologi. Kemajuan dalam pelbagai peralatan canggih yang boleh membantu melakukan kerja seperti mesin-mesin atau robotrobot digunakan bagi mengatasi tenaga pekerja. Sebagai contoh. Dua tahun kemudian. dari surat menyurat hinggalah kepada penggunaan telefon mudah alih dan fax bagi memudahkan perhubungan. Pelancaran kereta Perodua model terbaru pada tahun ini iaitu 2007 ialah kereta Viva yang direka khas untuk menampung keperluan dan keselesaan pengguna. industri automotif negara telah berkembang dengan pesat dengan Proton melancarkan beberapa model lain. Pengangkutan tidak ketinggalan dari arus modenisasi. sistem transit rel ringan Putra yang menghubungkan kawasan-kawasan sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur telah dilaksanakan dan merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan moden di bandar raya itu. Pada tahun 1983. Bakteria seperti H5N1 dan sebagainya dianalisis dan penawarnya 182 . dari kapal hinggalah burung gergasi iaitu kapal terbang yang membawa penumpang ke seluruh persada dunia. Dari bangunan yang diperbuat daripada tanah liat hingga bangunan konkrit yang mencakar langit. Inokom dan Naza. virus selesema burung dapat dikenal pasti di bawah mikroskop elektron berkuasa tinggi. kerajaan mengumumkan projek kereta nasional. manusia sejagat tidak pernah berhenti berusaha. model kereta nasional pertama iaitu Proton Saga dikeluarkan oleh kilang Proton di Shah Alam. France dipanjangkan kepada 32 km pada tahun 2000. Semenjak itu. sehingga perkhidmatan kereta api ringan di Lille. Sistem ini yang meliputi laluan sejauh 29 km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya. diikuti dengan penubuhan syarikat-syarikat lain seperti Perodua. Malahan. Bahkan dari zaman batu hingga ke era globalisasi.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dan telekomunikasi.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mungkin dapat ditemui. kemajuan yang dicapai dalam bidang perubatan dapat menjamin kesihatan rakyat pada tahap yang optimum. Nasmizan Mohammad yang meraih gelaran “Raja Pecut Asia Tenggara” yang telah memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter dalam Sukan SEA di Vietnam. kerajaan telah melancarkan program pelancongan kesihatan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat negara ini. pada Mei 2004 mahasiswa Universiti Teknologi Mara. rakyat Malaysia juga mencapai kejayaan dalam beberapa aspek yang mengangkat martabat dan imej negara Malaysia di pentas dunia. Malaysia juga mencapai banyak kecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang sukan sebagaimana peribahasa “Usaha Tangga Kejayaan” yang menjadi pegangan hidup rakyat. Justeru. Selangor dalam menjalankan pembedahan pemindahan lengan ke atas seorang bayi yang pertama di dunia iaitu Chong Lih Ying. Langkah ini jelas menunjukkan usaha kerajaan Malaysia dalam membangunkan dan memperkembangkan taraf kesihatan rakyat seantero dunia. Misalnya. Buktinya. Buktinya. Sementelahan itu. pengetahuan dan kepakaran dengan pakar-pakar perubatan dari negara-negara asing. Kesihatan rakyat terjamin dengan ubatubatan dan alat pembedahan yang canggih. pakar bedah Dr. Prinsip ini dipegang oleh jaguh-jaguh sukan untuk mereka menyerlah dalam bidang sukan masing-masing. Pembedahan untuk menyambung lengan Lih Jeng kepada tubuh Lih Ying mengambil masa 15 jam. Bayi itu telah menerima lengan dari saudara kembarnya Lih Jeng. Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin dan Ahmad Reduan Rozali. yang dilahirkan tanpa lengan. Baru-baru ini. Selain itu kerajaan menawarkan pakej kesihatan yang murah dan efektif kepada pelancong-pelancong yang datang melancong di negara ini. pada Mei 2000. yang meninggal dunia akibat kerosakan otak semasa dilahirkan. V Pathmanathan mengetuai sekumpulan 55 orang dari Hospital Selayang. kedua-duanya berumur 22 tahun yang menjadi pelajar 183 . Pakar-pakar perubatan di Malaysia juga mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman.

29 yang berjaya melakukannya dalam masa 17 jam 35 minit pada Ogos 2003. Lee menjadi rakyat Malaysia kedua berjaya merenangi Selat Inggeris.100 km.6 km dari Dover. Pendek kata. Sharifah Mazlina memulakan ekspedisinya pada 9 Disember meluncur sejauh 30 km – 40 km sehari. Chin memegang 12 rekod dunia. kita tidak seharusnya terlalu bergantung pada nasib untuk menentukan pencapaian kita. kaum wanita di Malaysia turut menyumbang nama dalam pencapaian Malaysia. Datin Paduka Sharifah Mazlina memecahkan rekod dunia sebagai wanita Asia pertama merentasi Antartik yang diketahui sebagai tempat paling sejuk di dunia. orang pertama di dunia menghadiri lapan majlis konvokesyen untuk menerima lima ijazah. berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 33. Mereka merupakan kumpulan rakyat Malaysia kedua yang menjejakkan kaki ke puncak tertinggi dunia tersebut selepas kejayaan N. Mohandas dan M. Scotland dan Malaysia dalam masa setahun. Pada 30 Disember 2004 pensyarah Psikologi Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM). yang pipih tidak akan datang melayang”. Oleh itu. 20 seorang pelajar jurusan perubatan di Universiti Cambridge. Malahan. telah meluncur ski dari Kutub Selatan ke Hercules Inlet yang meliputi jarak sejauh 1. United Kingdom. Buktinya tokoh berjaya dalam bidang pendidikan ialah tokoh pendidikan Prof.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei universiti dari Asia Tenggara yang pertama berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest. Dr. dengan suhu serendah 80 darjah Celsius dan purata kelajuan angin 85 km sejam. Perancis dalam masa 9 jam 45 minit pada Julai 2004. orang pertama di dunia yang memiliki empat ijazah sarjana muda dan melengkapkan ijazah pada tahun 184 . Magendran pada Mei 1997. tiga diploma pasca-siswazah dan sijil dari Amerika Syarikat. Australia. di antaranya. England ke Calais. Contoh lain yang amat ketara juga ialah Lennard Lee. Chin Yew Sin yang mencatat rekod dalam buku Record Book of World Initiators di atas pencapaian luar biasa di dalam bidang akademik. Dr. kejayaan hanya akan berpihak kepada orang yang berusaha kerana “yang bulat tidak akan datang bergolek. selepas Abdul Malik Mydin.

Sekolah Wawasan adalah sekolah yang mempunyai pelajar yang berlainan bangsa. Malaysia melancarkan pewujudan Pusat Serantau Asia Tenggara bagi menentang keganasan (SEARCCT) di Kuala Lumpur pada 2003. Sejak sejarah negara kita dicalitkan dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang membabitkan perbalahan kaum. integrasi nasional di Malaysia membantu menjamin kestabilan politik. ekonomi dan sosial negara. kata sepakat dapat dicapai. perpaduan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk dan disemai supaya mereka turut mengamalkan prinsip hidup “bagai aur dengan tebing” dalam kehidupan mereka. Mereka diumpamakan sebagai “pemuda harapan bangsa. kerajaan Malaysia telah berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni dan aman damai. Dengan adanya semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum. Malaysia merupakan negara peneraju utama di dunia dalam usaha menentang keganasan. Salah satu daripada pencapaian terbesar dan merupakan keunikan Malaysia sejak merdeka adalah keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati oleh penduduknya yang berbilang kaum. pemudi tiang negara.” Sesungguhnya. dan beliau adalah orang pertama di dunia yang memiliki 72 kelayakan termasuk 11 ijazah. ijazah MBA dalam masa sembilan bulan dan Doktor Falsafah dalam masa 15 bulan. Untuk ini rakyat Malaysia harus memainkan peranan sebagai 185 . Pendek kata. dua diploma. 7 sijil profesional dan 37 keahlian profesional. Melalui Sekolah Wawasan. kaum dan agama.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang sama. Pelajar merupakan aset penting negara yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Inisiatif yang perlu diambil untuk mewujudkan integrasi nasional adalah menubuhkan Sekolah Wawasan. orang pertama di dunia yang berjaya melengkapkan program ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pentadbiran Perniagaan dalam masa empat bulan. ringan sama dijinjing”. Rakyat hidup dalam keadaan saling membantu antara satu sama lain selaras dengan peribahasa “berat sama dipikul. masyarakat di Malaysia dapat hidup bersama-sama secara aman tanpa berlakunya persengketaan. diploma pasca-siswazah dan sijil. 15 sijil.

http://web5. Estidotmy. Estidotmy.com/event/merdeka2005/bm/about. 31 Januari 2007 5.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei seorang warganegara yang bertanggungjawab dan menggembleng tenaga bersama untuk membantu pemimpin-pemimpin negara membangunkan negara Malaysia bagi menjamin kejayaan Malaysia yang lebih gemilang serta berusaha berjuang demi kemerdekaan negara. Rujukan 1. 20 Januari 2007 3.bernama.htm 2. 31 Disember 2006 186 . Berita Minggu. 28 Mac 2007 4. Mingguan Malaysia.

50 TAHUN MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Siti Munirah Binti Arifin SMK Seberang Temerloh, Pahang

M

enjelang ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, berbagai-bagai perubahan telah berlaku di negara ini sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Perubahan demi perubahan ini juga menjadikan Malaysia sebagai negara yang gagah gemilang. Sebagai sebuah negara yang sedang meningkat maju, Malaysia sudah mencipta nama tersendiri di peringkat antarabangsa melalui pelbagai bidang, dan yang paling menonjol buat masa kini ialah bidang sukan dan sektor pelancongan. Dalam soal memperjuangkan tanah air, kita tidak boleh lupa pada perjuangan dan pengorbanan nama-nama besar seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Mat Salleh serta ramai lagi tokoh pejuang tempatan yang berjuang bagi mengembalikan kedaulatan bangsa. Bagaimana cekalnya, Dato’ Bahaman menentang British yang menghapuskan peranan beliau sebagai pembesar tempatan, bagaimana beraninya, Hj. Abdul Rahman Limbong menentang peraturan tanah yang membebankan penduduk, begitulah juga yang patut dilakukan oleh generasi pada masa kini yang kebanyakan sebelum ini tidak pernah merasa pahit getir dan perit jerih seorang pejuang bangsa yang mempunyai nilai-nilai nasionalisme dan patriotisme dalam usaha mempertahankan maruah bangsa dan negara.
187

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Semangat juang inilah perintis kepada perjuangan pemimpinpemimpin terdahulu untuk berjuang memerdekakan tanah air daripada cengkaman penjajah dalam acuan tersendiri. Dari aspek politik, negara Malaysia selepas merdeka mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran bercorak demokrasi berparlimen. Melalui sistem demokrasi berparlimen, rakyat secara tidak langsung akan terlibat dalam sistem pemerintahan. Melalui sistem ini juga rakyat berpeluang menubuhkan kerajaan. Hal inilah yang sangat diperlukan oleh sebuah negara yang bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa mengingati akan perjuangan Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang berusaha bersungguh-sungguh membawa Tanah Melayu pada masa itu ke arah kemerdekaan. Termeterainya, perjanjian antara Tunku Abdul Rahman dan pihak British, Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan daripada pihak British yang seterusnya menggelar Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan. Sebagai generasi hari ini dan masa depan kita semestinya berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan dengan pelbagai pengisian sehingga mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang unggul di mata dunia. Hubungan diplomatik dengan negara-negara luar amat dititik beratkan demi memelihara keamanan sejagat. Antaranya Perdana Menteri Malaysia yang pertama ini telah mencadangkan penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Beliau juga telah diberikan penghormatan untuk memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama di samping Malaysia mendapat mandat sebagai tuan rumah persidangan ini pada tahun 1974 dan 2003. Selain OIC, Malaysia juga terlibat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa semenjak era Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada tampuk pemerintahan sekarang iaitu Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Dasar luar yang diamalkan ini mengutamakan kesejahteraan serantau dunia secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada negara kita.
188

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Era penjajahan menunjukkan kepincangan ekonomi melalui dasar yang diamalkan oleh pihak British. Namun langkah bijak yang diambil oleh pemimpin-pemimpin negara mampu mengubah struktur ekonomi melalui rancangan pembangunan yang terancang. Pemimpin terdahulu telah dilaksanakan dasar ekonomi melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang masih diamalkan hingga kini. Pentingnya sektor ekonomi dalam membentuk sebuah negara merdeka yang gemilang adalah seiring dengan kestabilan politik. Bapa Pembangunan Negara, Tun Abdul Razak menyedari masalah ekonomi kaum bumiputera telah mengambil langkah bijak dengan menukarkan hutan belantara kepada tanah-tanah rancangan untuk memajukan sektor pertanian. Dari sektor ekonomi berasaskan pertanian, negara mengalami perubahan yang ketara apabila bekas Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencetus satu lagi revolusi dalam membawa Malaysia ke arah kegemilangan negara maju. Hasrat beliau untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian terlaksana apabila negara terlibat dalam perindustrian berat sehingga terhasilnya kereta keluaran tempatan yang pertama iaitu Proton Saga yang kini semakin pesat berkembang dengan model-model terbaru keluaran EON. Langkah ini membuka mata dunia apabila negaranegara maju berminat untuk melabur di negara ini. Wawasan 2020 adalah idea mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diumumkan dalam persidangan pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Januari 1991. Matlamat wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara industri yang maju beracuan sendiri setanding dengan Negara maju lain di dunia. Beliau yang sebelum ini juga telah memperkenalkan Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pandang ke Timur, menegaskan bahawa Wawasan 2020 hanya akan menjadi kenyataan apabila kesemua sembilan cabaran utama dapat disahut oleh rakyat Malaysia. Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Cabaran kedua pula mengetengahkan proses
189

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

untuk membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Cabaran ketiga membina masyarakat demokratik yang matang. Cabaran yang keempat menekankan untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Manakala cabaran kelima pula menegaskan idea yang lebih menjurus kepada hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Cabaran keenam pula ialah usaha membina masyarakat yang maju dan saintifik. Hasrat murni Tun Dr. Mahathir Mohamad diketengahkan lagi melalui cabaran yang ketujuh dan kelapan untuk mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang dan juga hasrat untuk menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Cabaran yang terakhir ialah cabaran untuk memupuk dan membina masyarakat makmur. Dapatlah dirumuskan bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ini akan terus memacu kemajuan negara setanding negara-negara maju. Kemajuan yang diharapkan itu menitikberatkan kemajuan fizikal dan kemajuan bersepadu. Apa yang paling penting ialah Malaysia akan mencapai kemajuannya sendiri dengan menitik beratkan keseimbangan kemajuan fizikal dan rohaniah. Kemakmuran yang dikecap oleh rakyat negara ini merupakan usaha berterusan yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu hinggalah kini. Apa tidaknya, kepelbagaian kaum yang wujud akibat daripada dasar penjajah menyukarkan penduduk negara ini untuk bersatu padu. Kesungguhan Tunku Abdul Rahman yang berjaya menyatukan penduduk pelbagai kaum melalui rundingan khususnya melalui Pakatan Murni membuka hati penjajah untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Begitulah uniknya negara Malaysia yang mampu mengekalkan kemerdekaan hingga ke hari ini ekoran semangat perpaduan yang jitu. Perpaduan merupakan agenda utama negara dalam mengekalkan kemerdekaan. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa sukan merupakan antara alat perpaduan terpenting tanpa mengira keturunan
190

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

dan ideologi. Selain itu, sukan juga mampu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Negara Malaysia sendiri pernah mencipta sejarah apabila diberi kepercayaan untuk menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa iaitu Sukan Komanwel pada tahun 1998. Semenjak itu, sukan telah banyak melonjakkan nama Malaysia di persada dunia. Apatah lagi negara kita juga telah berjaya menganjurkan sukan permotoran khususnya Formula One apabila kita mempunyai litarnya tersendiri di Sepang, Selangor. Baru-baru ini negara telah melahirkan jaguh squash negara apabila Nicol David telah dinobatkan pemain nombor satu dunia. Dalam arena Badminton, personaliti seperti Misbun, Razif, Jailani dan Rashid Sidek meledakkan pencapaian terbaik mereka dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, sehingga berjaya menempatkan mereka dalam kelas yang tersendiri. Hingga kini pasukan badminton negara masih digeruni pasukan lain walaupun diteruskan oleh pemain-pemain baru. Hal inilah yang harus dijadikan contoh dalam mencorakkan langkah kita yang seterusnya menuju ke arah gelaran negara merdeka yang gagah gemilang. Selain aspek perpaduan, kemantapan sistem pendidikan amat penting untuk melahirkan sebuah negara yang gagah gemilang. Mengimbas semula semasa era penjajahan, peluang penduduk tempatan menuntut ilmu sama ada di sekolah atau ke peringkat yang lebih tinggi sangat terhad. Hal ini demikian kerana pihak penjajah tidak mahu penduduk tempatan lebih berpengetahuan dan seterusnya mengancam kedudukan mereka di negara ini. Namun, kesedaran bangsa yang membawa kemerdekaan negara mengubah paradigma tersebut. Lihatlah kini berpuluh-puluh institusi pengajian tinggi yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia mencedok ilmu sebanyak mungkin sehingga ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara. Malah terdapat juga pusat-pusat pengajian tinggi Malaysia yang menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar luar negara untuk menuntut di Malaysia. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perubahan arus perdana. Selaras dengan era maklumat di hujung jari dan dasar langit terbuka,
191

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

maka projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Koridor (MSC) telah dilancarkan. Tujuan penubuhan MSC adalah untuk memastikan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perlaksanaan ICT secara tidak langsung dapat memantapkan ekonomi negara agar dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang lebih baik pada zaman atau era globalisasi ini. Selain itu juga, kita seharusnya menitik beratkan lagi konsep “Malaysia Boleh” yang sentiasa menjadi laungan rakyat Malaysia apabila mencipta nama ataupun kejayaan terbesar di peringkat antarabangsa seperti ekspedisi menawan Gunung Everest dan juga ekspedisi secara solo Dato’ Paduka Sharifah Mazlina ke Atlantik membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang mempunyai semangat Boleh. Di samping itu, perubahan yang besar sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang ini ialah perubahan infrastruktur. Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain dengan terbinanya rangkaian sistem perhubungan bertaraf dunia. Mercu tanda negara yang dibina seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas serta Menara Kawalan KLIA dapat membuktikan bahawa, pada abad ke-21 ini telah berlaku banyak perubahan infrastruktur di Malaysia setelah hampir setengah abad merdeka. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini disediakan demi kesejahteraan rakyat Malaysia setelah hampir setengah abad merdeka. Dalam bidang perubatan negara kita juga tidak ketinggalan dalam kecanggihan alatan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Hal ini demikian dapat dibuktikan apabila negara kita juga telah menjadi destinasi pelancongan perubatan. Selain itu negara juga dapat membuktikan rakyat Malaysia juga mempunyai kemahiran dan kepakaran apabila Smart Tunnel atau Terowong Pintar telah dibina. Malaysia juga telah dikenali ramai sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik. Hal ini demikian berlaku kerana
192

Selepas merdeka. pastinya negara Malaysia kurang mendapat perhatian dunia. Tunku Abdul Rahman semestinya. Namun usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu dan kini mampu menaikkan nama Malaysia di persada dunia. kita tidak seharusnya lupa akan kelima-lima orang Perdana Menteri Malaysia yang ada ketika dulu dan kini saban waktu memerah keringat bagi menjulang negara kita ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk merancakkan sektor pelancongan serta mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan. Walau bagaimanapun. merupakan seorang Perdana Menteri yang sangat cekal dan tabah menghadapi jerih perih kehidupan di bawah jajahan kuasa asing. banyak kemudahan infrastruktur telah dilaksanakan demi kemudahan pelancong dan juga penduduk di Negara ini. Sebagai sebuah negara kecil dalam peta dunia. perubahan dari segi politik. Namun beliau telah berjaya menyatupadukan rakyat yang seterusnya memperoleh kemerdekaan daripada penjajah. Kesinambungan kegiatan pelancongan. Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 bermatlamat untuk memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan serta memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei keunikan yang terdapat di Malaysia sama ada dari segi sejarah dan juga masyarakatnya yang berbilang kaum dapat tinggal bersama di bawah satu tompok pimpinan. ekonomi dan sosial. Tunku Abdul Rahman memulakan projek 193 . Gelaran Bapa Kemerdekaan memang sewajarnya diberikan kepada beliau atas jasanya memerdekakan Malaysia. Citra Warna Malaysia dan sebagainya. Malaysia telah melancarkan beberapa kempen seperti Tahun Melawat Malaysia. Kesungguhan serta langkah-langkah strategik yang diambil oleh badan-badan kerajaan di Malaysia dalam strategi dasar luarnya membuktikan tentang pentingnya sebuah negara dalam mengejar maklumat dan mengikuti perubahan dunia dan juga usaha mengejar kejayaan dalam dunia tanpa sempadan ini.

Muzium Negara dan juga Tugu Kebangsaan. Stadium Negara. Tun Hussein Onn. Beliau juga telah bertanggungjawab melancarkan Skim Amanah Saham Nasional. Selain itu beliau juga dilabel sebagai “Pencetus Negara Maju”. sejarah telah membuktikan betapa rakyat Malaysia sangat beruntung berada di bawah tampuk pimpinan negara yang begitu bertanggungjawab dalam memacu negara Malaysia ke landasan kegemilangan yang di kecapi hampir sepenuhnya selepas lebih 400 tahun Malaysia menjadi mangsa 194 . Tun Dr. Perdana Menteri kita pada hari ini Dato’ Seri Abdullah Hj. Perdana Menteri ketiga dikenang sebagai Bapa Perpaduan. Beliau telah mendorong rakyat untuk “Pandang ke Timur” bagi mencapai kemajuan dalam aspek pendidikan. Bangunan Parlimen. Dasar Pembangunan Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru. teknologi dan cara berfikir. Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat telah digelar sebagai Bapa Pemodenan kerana sumbangan dan misi beliau yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara moden setaraf dengan negara maju yang lain. Antara sumbangan beliau ialah perlaksanaan Penyata Razak 1956. Walaupun tempoh pentadbirannya singkat namun beliau juga banyak menyumbang ke arah kegemilangan bangsa. Beliau juga begitu menitik beratkan kesejahteraan rakyat dengan membawa banyak perubahan kepada ekonomi negara khususnya pembangunan luar bandar. Tun Abdul Razak mendapat gelaran Bapa Pembangunan atas sumbangan beliau dalam pembangunan dan kemakmuran negara. Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri yang sangat tersohor dengan konsep Islam Hadhari.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pembangunan seperti pembinaan Masjid Negara. Kesimpulan bagi kegemilangan Malaysia yang akan menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun ini. Langkah beliau ini sebagai kesinambungan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Jika tidak kerana mereka. sebagai rakyat yang taat setia kepada Tuhan. Sungguhpun begitu segala kemajuan dan keamanan yang di kecapi sekarang sudah mampu membuktikan bahawa Malaysia sememangnya negara yang cemerlang. raja dan negara. Hal ini demikian kerana walaupun hampir setengah abad kemerdekaan dan mampu menjadi negara gagah gemilang kita seharusnya mengamalkan sikap sediakan payung sebelum hujan kerana segala bentuk penjajahan baru bukanlah sesuatu yang baru. 195 . Namun begitu. kita perlu memahami sedalam-dalamnya dasar pembangunan dan perpaduan serta jati diri bangsa dan seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam usaha memupuk perpaduan nasional. kita perlu berwaspada dan tidak alpa dalam mengecap keamanan hari ini. gemilang dan terbilang! Sememangnya juga selepasnya 50 tahun Malaysia Merdeka memang telah terbukti sebuah negara yang gagah gemilang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei penjajahan kuasa-kuasa asing yang tamak dengan sumber bumi negara ini. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang demokrasi demi kesejahteraan rakyat. pastinya negara kita tidak mampu membangun seperti yang di kecapi sekarang. Prinsip Rukun Negara yang diamalkan dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan konsep nasionalisme dan patriotisme serta toleransi kaum. Konklusinya.

.

keadaan ini sudah cukup untuk membuka mata dunia bahawa negara kita bukan lagi sebuah negara yang boleh diremeh dan diperbodohkan lagi seperti yang penjajah lakukan sebelum ini. Mengimbau kembali masa lampau. negara penjajah sering menganggap kita tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk memajukan negara. segala penat jerih dan keperitan hidup yang dilalui masyarakat 197 . Buktinya. tetapi setelah 50 tahun berlalu semakin jelas ketidakbenarannya. semasa negara kita dijajah. Pahang T anggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang sangat penting kepada negara. Bermula dari tarikh tersebut. Jerantut. Setelah beratus-ratus tahun negara kita tunduk kepada kuasa penjajah dari era Portugis hinggalah ke zaman Jepun.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Mohd Firdaus Mohd Azman SMK Damak. negara kita telah diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai kerajaan. akhirnya detik yang paling ditunggu-tunggu sekian lama oleh penduduk Malaysia menjelma jua. kerana bermula dari saat tersebut negara kita telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan dari segi ekonomi. Peristiwa ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap enteng oleh kita semua. politik dan sosial. Jika suatu ketika dahulu. lihat sahajalah kepada ekonomi negara kita yang semakin hari semakin kukuh.

198 . Selama lebih kurang 13 tahun beliau memerintah. telah berjaya membentuk negara kita kepada sebuah negara yang lebih berorganisasi tanpa bantuan penjajah mahupun kuasa asing. beliau telah diganti oleh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang kedua. Sedikit demi sedikit negara kita dirangka ke arah sebuah negara yang lebih maju oleh Perdana Menteri yang pertama ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Rentap. sebaliknya diarak ke seluruh kampung beliau dengan keadaan yang sangat menyedihkan untuk memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang dilakukan oleh Tok Janggut. Tok Janggut. Telah ramai wira-wira kita yang terkenal pada waktu itu seperti Mat Kilau. Setelah pembangunan dirancang oleh Perdana Menteri yang kedua. Beliau telah berjaya menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum. Setelah negara kita mencapai kemerdekaan. segala kesengsaraan yang ditanggung oleh masyarakat ketika itu berakhir jua. beliau pula dikenali dalam perpaduan masyarakat kita pada waktu itu. Pada tahun 1970. Pembangunan negara selepas itu dijana ke arah negara yang lebih moden iaitu Tun Dr. Mereka bersusah payah dan berganding bahu hanya untuk mendapatkan sebuah negara yang berstatus merdeka. bangsa dan negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pada waktu itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Beliau telah meneruskan usaha yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan telah banyak berjasa dalam membangunkan negara dalam pelbagai sudut. Dato’ Bahaman. Dato’ Maharaja Lela dan banyak lagi yang gugur di tangan penjajah hanya kerana mereka ingin menuntut hak mereka sebagai pribumi. Ada di antara mereka mati dibunuh oleh penjajah dengan kejam dan tanpa belas kasihan seperti yang telah berlaku ke atas Tok Janggut yang tidak dikebumikan. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang keempat. Setelah itu beliau telah diganti oleh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri yang ketiga pada tahun 1976. Beliau telah banyak memodenkan negara sepanjang tempoh yang agak lama iaitu selama 22 tahun seperti bangunan KLCC yang tersergam indah.

kelapa sawit dan petroleum yang sukar didapati di negara mereka. negara kita merupakan antara sepuluh negara perdagangan yang terpenting bagi beberapa buah negara juga negara-negara luar sangat mengharapkan produk-produk daripada negara kita seperti getah asli. Kerajaan telah menyedari potensi produk-produk seperti ini dan berusaha untuk memajukan 199 . politik dan sosial. Walaupun Singapura bersikap angkuh dan keras kepala dalam rundingan itu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga terkenal dengan sikap yang sangat bertoleransi dalam memerintah negara. Beliau sedar sekiranya beliau mempersetujui hubungan itu. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pula mengambil alih pucuk pimpinan negara pada tahun 2003. Antara dasar yang diperkenalkan oleh beliau ialah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). tetapi Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi tetap mencari jalan penyelesaian berdamai kerana beliau tidak mahu bermusuhan. Rusia dan Jepun. Atas usaha gigih kelima-kelima Perdana Menteri kita. industri kecil-kecilan di negara kita mungkin akan tergugat oleh syarikatsyarikat besar daripada Amerika. Mahathir Mohamad. Beliau telah melaksanakan pelbagai dasar baru yang lebih tersusun demi untuk memajukan negara supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Perdagangan import dan eksport negara kita dengan negara lain sememangnya boleh dibanggakan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Setelah berakhirnya zaman pemerintahan Tun Dr. Sikap toleransi beliau dapat kita lihat semasa negara kita mengalami perselisihan pendapat dengan Singapura. Jika dilihat pada situasi sekarang. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi juga bijak dalam memerintah terutamanya boleh kita lihat semasa Amerika menawarkan hubungan perdagangan bebas dua hala dengan mereka. negara telah membangun dengan pesat sekali merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu ekonomi. Beliau sangat menitikberatkan modal insan yang perlu ada dalam setiap diri masyarakat untuk menjana pembangunan Negara. Kestabilan ekonomi negara sememangnya diakui oleh negara-negara lain walaupun ekonomi negara masih belum setaraf dengan negara-negara berkuasa besar seperti Amerika.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

industri-industri ini dengan memperuntukkan sejumlah dana yang agak besar, kerana produk-produk seperti getah asli dan kelapa sawit ini mempunyai pasaran yang semakin meluas di masa akan datang. Dengan kemajuan teknologi sekarang, pelbagai produk baru diterokai yang menggunakan getah asli dan kelapa sawit. Syarikat Petronas Malaysia pula termasuk antara 500 syarikat terbesar di dunia dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang lain di antarabangsa. Bukan itu sahaja, kenderaan berjenama proton juga terkenal di arena antarabangsa. Dari segi politik negara pula, perkembangannya cukup memberangsangkan. Walaupun negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa, tetapi politik negara kita tetap berjalan dengan aman, tidak seperti di sesetengah negara lain seperti Thailand, Filipina, Amerika dan Britain yang sering berlaku permusuhan serta pemberontakan lantaran keadaan politik yang tidak stabil. Di Malaysia, negara kita mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi. Ternyata, sistem ini mendapat sokongan padu daripada rakyat walaupun ada juga segelintir rakyat tidak bersetuju yang mewakili pihak pembangkang. UMNO ialah parti politik yang terkenal di Malaysia. Parti ini jugalah, yang banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Keamanan dan kestabilan politik negara sebagai sebuah negara Islam telah diberi kepercayaan oleh negaranegara Islam yang lain untuk mempengerusikan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Pemilihan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Pengerusi OIC juga adalah kerana kewibawaan beliau sebagai pemimpin. Sikap tegas beliau yang lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin harus dipuji kerana tidak banyak negara yang berani melakukan sedemikian kerana Israel adalah sekutu Amerika Syarikat. Seterusnya, perkembangan sosial negara juga tidak kurang hebatnya terutamanya dalam bidang pendidikan. Langkah
200

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pembestarian pembelajaran yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ternyata memberi impak yang besar dalam bidang pendidikan negara dan juga antara sistem pembelajaran yang tercanggih setakat ini. Dalam pembestarian pembelajaran ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar dana untuk memperlengkapkan sekolah-sekolah di negara kita dengan perisian komputer. Langkah ini mendapat pujian daripada negara-negara lain kerana belum banyak lagi negara yang melaksanakan sistem ini termasuklah negara-negara maju. Selain itu, bidang sukan juga mengalami peningkatan yang pesat. Sukan negara seperti tenis, badminton dan hoki telah banyak menaik dan mengharumkan nama negara. Kecemerlangan Nicol Ann David di dalam sukan Skuasy yang menduduki ranking pertama dunia masih sukar digugat. Selain daripada tenis, penampilan negara kita di dalam arena sukan lain juga sedikit sebanyak menggerunkan negara lain. Semasa tsunami melanda Acheh pada penghujung tahun 2004, Malaysia merupakan negara pertama yang menderma untuk bantuan mangsa tsunami walaupun pada ketika itu negara kita juga terkena tempias tsunami itu. Hal ini menunjukkan negara kita bukan sahaja prihatin malah mampu membantu negara lain yang dalam kesusahan. Kesimpulannya, kita seharusnya lebih bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi sekarang. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning atau Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, atau Dato’ Maharaja Lela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, mahupun warna kulit. Setapak kita melangkah, usahlah kita menoleh ke belakang lagi. Sempena 50 tahun kemerdekaan yang kita kecapi pada tahun ini, marilah kita sama-sama bersatu hati dan berganding bahu dalam memperjuang dan mempertahankan kedaulatan negara yang kita nikmati sekarang, supaya peristiwa
201

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pahit getir sebelum 50 tahun dahulu tidak akan berulang kembali. Semoga negara kita menjadi semakin maju dan terus maju dalam meniti arus kegemilangan. Selamat hari kemerdekaan yang ke-50. Rujukan 1. Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. Prof Datuk Dr. Ramlah binti Adam, Abdul Hakim Samsuri, Muslimin bin Fadzil, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004. 2. Masteri Memori Melalui Peta Minda, Sejarah SPM. Junaidah Salehudin, Rosnani Rifin, Nor Aslina Mamat. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. 2006. 3. http://www.OIC-un.org.

202

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG
Devika A/P Gunasegaran SMK Tinggi Perempuan Melaka

D

alam tempoh lima puluh tahun merdeka, pembangunan dan kemajuan Malaysia begitu menakjubkan. Malaysia adalah antara negara membangun yang paling maju dan sedang menuju status negara maju pada tahun 2020. Malaysia juga menjadi negara contoh kepada negara-negara Islam lain serta kagum dengan pencapaian dan kemajuan singkat Malaysia dalam tempoh lima puluh tahun. Selepas mencapai kemerdekaan dan berjaya bebas daripada cengkaman penjajah, kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara kita selama lima puluh tahun telah banyak mencipta kejayaan dan pembangunan negara. Malaysia sebelum ini hanya bergantung pada pertanian tetapi kini ekonomi negara dipelbagaikan dengan perindustrian, pelancongan, perkhidmatan, teknologi maklumat dan sebagainya selain sumbangan sektor pertanian. Sistem pentadbiran juga semakin cekap dan sistematik dengan terbinanya Putrajaya sebuah lokasi pentadbiran kerajaan persekutuan baru. Pembinaan Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Pelabuhan Bebas Cukai Langkawi serta penganjuran F1 Sepang, LIMA telah dan menaikkan imej negara di peringkat
203

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

antarabangsa. Jika diimbas sejarah kemerdekaan negara, banyak pihak mempertikaikan keupayaan Tanah Melayu untuk merdeka apatah lagi mencapai kejayaan yang kita nikmati sekarang ini. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam kemajuan bidang aeroangkasa dengan melancarkan satelit MEASAT 1, 2 dan 3 serta menubuhkan agensi angkasa negara dan tidak melepaskan peluang dengan menghantar anak tempatan ke angkasa lepas. Penghantaran MEASAT 2 dan 3 ke angkasa lepas untuk mempertingkatkan satelit komunikasi bertaraf dunia. Malaysia juga telah banyak mencapai kemajuan dalam mempertingkatkan bidang pengangkutan dan infrastruktur demi untuk keselesaan rakyat. Pengangkutan moden seperti sistem LRT, monorel, ERL dan kereta api elektrik telah diwujudkan hingga dikagumi oleh pelancong luar negara. Pembinaan lebuh raya yang bertaraf dunia di kawasan utara-selatan, timur-barat menujukkan kecanggihan Malaysia. Jambatan Pulau Pinang yang terpanjang di Asia adalah antara arus pemodenan negara. Malaysia sekali lagi telah membuktikan kemampuannya apabila mencipta sejarah dalam industri automobil dengan mengeluarkan kereta sendiri iaitu jenama Proton. Selain dari pada itu Malaysia sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan mencipta pesawat negara Eagle X – T5 yang pertama. Kemajuan dan kejayaan negara ini membuktikan kejayaan Malaysia selepas mencapai kemerdekaan lima puluh tahun. Satu lagi mercu tanda kejayaan Malaysia yang amat dikagumi dunia ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang canggih di rantau Asia. KLIA juga banyak mendapat anugerah antarabangsa kerana perkhidmatan terbaik yang ditawarkan serta kecanggihannya. Menara Berkembar Petronas yang pernah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi dunia juga membuktikan betapa besarnya kemampuan Malaysia. Penganjuran Sukan Komanwel, Formula One (F1), Le Tour De Langkawi dan kejohanan dunia lain juga membuktikan keupayaan negara menganjur kejohanan bertaraf dunia dengan kelengkapan infrastruktur sukan bertaraf dunia. Malaysia
204

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

juga telah melahirkan ramai insan terbilang yang terdiri daripada anak watan negara. Di antaranya N. Mohandas dan M. Mahendran yang telah berjaya menawan puncak gunung Everest pada 26 May pada 26 Mei 1997, ekspedisi penerjunan kutub utara pada 18 April 1998 oleh enam belas orang rakyat Malaysia dan tidak ketinggalan juga misi Datuk Azhar Mansur mengelilingi dunia secara solo. Selain daripada itu ramai atlet negara telah mencatat nama di arena sukan antarabangsa seperti Punch Gunalan yang telah mencipta nama dalam sukan badminton diikuti dengan keluarga Sidek dan ramai lagi. Anak watan negara iaitu Nicole David telah melakar sejarah dalam dunia sukan squash hingga dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia. Dalam jangka masa lima puluh tahun Malaysia merdeka, negara kita juga telah mencipta nama dalam bidang seni dan kebudayaan seperti Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee di mana kebolehannya tiada tandingan sehingga ke hari ini. Tahap pencapaian pendidikan juga sudah terbukti akan tarafnya yang setanding dengan negara-negara maju dunia kerana kita memiliki institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang memiliki sistem pendidikan yang diiktiraf antarabangsa. Pelajar-pelajar kita di luar negara juga setanding dengan pelajar-pelajar lain di dunia dari segi aspek pendidikan. Di samping itu, terdapat ribuan pelajar asing yang menuntut di institusi-institusi pengajian di negara ini. Justeru, kita sebagai anak Malaysia patut berbangga dengan kemakmuran dan kekayaan yang negara miliki berbanding dengan negara jiran. Walaupun beberapa negara jiran telah mencapai kemerdekaan awal daripada negara kita tetapi aspek pembangunan kita mengatasi mereka. Kejayaan, kemajuan, kebebasan dan kegemilangan yang kita nikmati selama lima puluh tahun merdeka ini tidak datang bergolek begitu sahaja. Ia diperolehi hasil pengorbanan tumpah darah para perwira dan pahlawan-pahlawan lampau yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Setiap insan yang bergelar
205

agama dan negara hingga tergadai maruah. Di sebaliknya kita harus mempertahankan kemajuan negara bertambah maju mengikut acuan kita sendiri. Kesemua ini sepatutnya dijadikan iktibar oleh segenap peringkat lapisan rakyat. Kita juga harus mempertahankan martabat dan maruah negara yang diwarisi turun-temurun. Dengan ini kita patut ada nilai berkualiti dalam diri serta tanggungjawab mempertahankan keharmonian. Segala kejayaan dan kemajuan yang dicapai selama lima puluh tahun Malaysia merdeka telah meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk muncul sebagai salah satu kuasa ekonomi di Asia. Perdana Menteri yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Kenikmatan kesejahteraan negara kini harus dihargai dengan penuh bermakna.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei rakyat Malaysia sepatutnya tidak mudah lupa akan sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan ancaman Komunis serta rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. agama dan kebudayaan Malaysia. Kita seharusnya mengisi kemerdekaan dengan anak-anak bangsa yang bijak berfikir dan berjuang demi untuk meneruskan matlamat kemerdekaan yang dicapai dan tidak menyalahgunakan kebebasan. lebih-lebih lagi generasi muda yang bakal menjadi tunggak negara dan harapan bangsa. Mahathir Mohamad. kemajuan dan kejayaan yang tidak terhingga nilainya. Di manakah kedudukan kita tanpa mereka yang pernah berjuang untuk kemerdekaan. 206 . Bapa kemajuan Malaysia iaitu pemimpin negara yang paling lama mampu bertahan dan mengharumkan nama Malaysia sehingga seluruh dunia iaitu legenda negarawan Tun Dr. Kekuatan ekonomi dan kemajuan yang dikecapi dalam masa lima puluh tahun Malaysia merdeka adalah hasil kebijaksanaan dan kecekapan para pemimpin-pemimpin yang berwawasan seperti Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kita juga jangan sekali-kali leka dengan keseronokan dan tenggelam dalam kemewahan yang melimpah di atas bumi bertuah ini atau menjadi pengkhianat kepada bangsa. yang ketiga Tun Hussein Onn. kedaulatan dan perpaduan demi untuk bangsa yang berbilang kaum.

Beliau adalah pencipta bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Erti kata sebenar merdeka bukan sahaja kebebasan daripada cengkaman penjajah semata-mata tetapi kebebasan daripada kejahilan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Dengan ini adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia memelihara keamanan keharmonian dan kemakmuran yang sedia ada. Pencapaian kegemilangan dan kemajuan negara Malaysia dari semua aspek adalah hasil daripada kesediaan setiap warga negara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap bertolak ansur dan kesederhanaan. Ancaman gejala sosial seperti dadah dan budaya liar tidak sesuai langsung dengan keperibadian negara. Rujukan 1. Oleh yang demikian setiap kaum mestilah sanggup berkongsi secara bijak dalam politik. Pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama mengingati insan yang bernama Muhammad Hamzah. ekonomi dan sosial bagi memperkukuhkan dan mengekalkan lagi pembinaan negara Malaysia. Kita sepatutnya bersyukur dan tidak patut menjadi hamba kepada budaya songsang kerana ini adalah satu-satunya musuh negara yang lebih berbahaya daripada penjajah. kebebasan daripada kemiskinan serta kebebasan menikmati semua peluang keemasan yang sedia ada dan jangan sekali-kali kita kehilangan identiti. Jika tidak dapat dikawal pasti akan membawa padah dan menjadi ancaman kepada ketulenan kemerdekaan. rabun minda. Dengan hasil usaha beliaulah maka wujudnya jalur gemilang yang menjadi lambang Malaysia dan juga memperkenalkan Malaysia di mata dunia. jati diri dan menggadai maruah bangsa dan negara. Keratan Akhbar 207 .

.

Tun Dr. Semua rakyat Malaysia telah menggembleng tenaga yang intensif bagi merintis jalan ke arah negara yang ‘Cemerlang. Mahathir Mohamad bermatlamat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi perindustrian. Wawasan 2020 yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia. perhubungan dan teknologi dalam era globalisasi yang radikal sekarang. Bendera Malaysia yang berkibar megah di puncak tiang ditatap oleh setiap warga telah mencambahkan lagi semangat patriotisme dalam lubuk sanubari mereka. Kemerdekaan ibu pertiwi yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah mengimplikasikan negara kita bebas daripada belenggu dan cengkaman penjajah hampir 446 tahun.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Tan Poh Chai SMK Berapit. pelancongan. pendidikan. Pulau Pinang ‘ Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan ini disahut dengan penuh gemilang yang bergema memenuhi segenap pelosok negara. Bukit Mertajam. perubatan. 209 . Sudah menjadi testimoni bahawa kesejahteraan dan keharmonian yang di kecapi kini merupakan hasil keringat pemimpin terdahulu mahupun komitmen padu yang diberikan oleh setiap rakyat untuk membangunkan negara supaya kemerdekaan yang dicapai boleh dikekalkan.

e-dagang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Gemilang dan Terbilang’ supaya dapat merealisasikan aspirasi dan gagasan negara kita. Industri elektronik seperti di Kuala Lumpur. pemasaran tanpa sempadan dan penyiaran digital merupakan satu usaha melahirkan modal intelek dan generasi yang cerdik dalam bidang mekanisme bagi menghadapi pancaroba dalam era urbanisasi kini. Bayan Lepas. Petaling Jaya. ICT boleh ditakrif sebagai salah satu prakarsa progresif yang boleh mempercepatkan mahupun memantapkan proses perhubungan tanpa mengira sempadan. Bintulu dan sebagainya mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk berhampiran sekali gus menggalakkan perkembangan teknologi moden dalam era industrialisasi yang serba ligat sekarang. projek Koridor Raya Multimedia (MSC) telah dilancarkan. Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara baharu yang menggantikan Kuala Lumpur dan juga dibangunkan sebagai bandar metropolis yang menggunakan infrastruktur yang berteknologi tinggi bagi melancarkan segala urusan negara dan multimedia global yang konsisten. Selain itu. Barangan elektronik seperti perakam video kaset dan komputer telah diproses melalui industri di negara kita telah dapat meningkatkan taraf iktisad negara. barangan tersebut dapat dieksport ke negara lain bagi meningkatkan pendapatan negara. Bagi mencapai objektif pembangunan yang konkrit itu. k-ekonomi. Cyberjaya dan Putrajaya. Dalam bidang perindustrian. MSC mencakupi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA). Inovasi dan kreativiti anak watan yang dinamis telah menyumbangkan kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). lembah silikon Malaysia yang memulakan e-pendidikan. e-perubatan. Sementelahan itu. Zon Perdagangan Bebas telah dilengkapi dengan prasarana yang canggih bagi melancarkan proses penghasilan produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi serta mampu bersaing dengan produk asing. tele-kesihatan. perkampungan hiburan. 210 .

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Pihak kerajaan sentiasa membangunkan bidang pelancongan dalam negara kita dan hasil pendapatan daripada bidang pelancongan ini. Proton Saga dan Kenari yang amat dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat pada 211 . bersih dan indah. Kelisa. Negara kita memang berjaya melangkah setapak lagi dalam bidang penghasilan kenderaan. Dari segi pengangkutan pula. meningkatkan taraf kemudahan asas. Jaguh. melancarkan kempen dan memberi pelbagai motivasi melalui promosi tertentu di samping mementingkan amalan budi bahasa di tempat-tempat tertentu. Kancil. jaringan jalan raya telah dilipat gandakan bagi menghubungkan bandar-bandar pesat. Malaysia juga berjaya mengeluarkan kenderaan dan motosikal sendiri seperti Kriss. Contohnya ialah Lebuh Raya Damansara–Puchong mengaplikasikan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang memiliki kemampuan tinggi dari segi mengesan segala pergerakan kenderaan dan rangkaian maklumat lain. Monorel. Implikasinya. masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara dapat diatasi dengan lebih efektif terutamanya di bandar-bandar besar. Tahun 2007 merupakan Tahun Melawat Malaysia sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan para pelancong asing datang ke negara ini untuk menikmati keindahan pantai. LRT dan kereta api merupakan pengangkutan awam yang telah di naik taraf dengan menggunakan teknologi yang canggih. Proton Wira. Pihak kerajaan telah membangunkan dan menambahbaikkan taraf pelancongan dengan mengekalkan keselamatan politik. mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan penduduk. Kemahiran teknik pembinaan yang moden mahupun pengetahuan yang saintifik amat diperlukan untuk membina lebuh raya tersebut merentasi bukit dan banjaran besar. hutan belantara dan bangunan yang istimewa. Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sentiasa di naik taraf bagi menyenangkan para pengguna di samping menjimatkan masa perjalanan. negara kita dapat menikmati berjuta-juta ringgit daripada industri pelancongan itu sendiri. Port Dickson dan Pulau Pangkor membolehkan para pelancong menikmati pemandangan semula jadi yang cantik. Justeru itu. Proton Waja.

Selain itu. Dalam Tele-kesihatan. Melalui komputer. melaksanakan kerja taip-menaip. Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang mengaplikasikan seni pembinaan yang sofistikated mahupun kemahiran teknologi yang tinggi. doktor sering menjalankan pelbagai penyelidikan untuk mempercepatkan peringkat tahap kesihatan rakyat dan mengurangkan kadar kematian di samping meningkatkan jangka hayat rakyat negara. Kemudahan hospital yang berteknologi tinggi dapat memudahkan para doktor untuk menjalankan pembedahan atau pengubatan. Menara Kuala Lumpur pula yang didirikan pada tahun 1996 bagi memajukan sistem penyiaran televisyen dan radio di samping memainkan peranan yang mustahak dalam usaha untuk memantapkan sistem komunikasi di Malaysia sekali gus menjadi tempat tumpuan pelancong kerana bangunan ini membolehkan para pelancong menikmati pemandangan seluruh Kuala Lumpur. pengguna dapat menghantar e-mel. doktor negara kita sentiasa berkongsi pandangan tentang ilmu perubatan dengan doktor negara lain melalui komputer supaya negara kita dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut. menganalisis maklumat dan interpretasi yang lain supaya segala urusan perniagaan dan perdagangan dapat dijalankan dengan efektif dan 212 . Sekolah Bestari telah dimajukan dengan memperkenalkan Rangkaian Sekolah Global yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan multimedia terkini. menyimpan maklumat. mencetak.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei alaf baharu ini. Kemajuan negara dengan tersergamnya bangunan tinggi. Para pelajar boleh menggunakan internet untuk mencari informasi dan ilmu pengetahuan yang amat berguna secara sistematik telah memainkan peranan yang imperatif dalam proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Anjakan paradigma ini telah membuktikan bahawa negara kita mempunyai bakat dan kemampuan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi untuk menghasilkan kenderaan nasional yang terkini.

memupuk hubungan telekomunikasi dan menjadi 213 . Magendran dan N. Malaysia telah berjaya melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) dan Tiungsat pada 13 Januari 1996 untuk memantapkan sistem perhubungan negara dari segi penerimaan siaran langsung dari negara luar. Kita sepatutnya mendabik dada kerana M. Selain itu. Di sekolah pula. kecekalan dan kegigihan mereka yang progresif telah meningkatkan nama baik negara mahupun menyemarakkan semangat rakyat supaya berdaya usaha dan berdedikasi dalam mengharungi segala kemusykilan kehidupan. nama negara menjadi harum di mata dunia dan secara langsung. gunung tertinggi di dunia. prasarana tertentu dapat dimajukan. para guru mentransformasikan pengajaran dengan menggunakan LCD dan CD-ROM supaya pelajar mudah memahami tentang pengajaran sesuatu subjek.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pantas. Kejayaan mereka telah menjadi satu pedoman yang terbaik dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelajar pula boleh menggunakan kemudahan internet untuk bertukar pandangan serta berinteraksi dengan rakan lain di seluruh dunia tanpa sempadan sekali gus menjalinkan silaturahim yang erat. Sementara Datuk Azhar Mansor berjaya mengelilingi dunia secara solo. Dalam sukan ini rakyat Malaysia berganding bahu menunjukkan semangat setia kawan yang jitu untuk menjayakan acara sukan tertentu dengan lancar serta dikagumi oleh negara-negara lain. Melalui sukan itu. Maka. Malaysia menjadi tersohor apabila berjaya menganjurkan Sukan Komanwel yang merupakan satu majlis sukan berprestij di peringkat antarabangsa pada tahun 1998. Berkat kerajinan. Mohandas berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest. sistem pendidikan dapat diimplementasikan dengan strategik melalui teknologi canggih. Datuk Abdul Malik Maidin mampu berenang menyeberangi Selat Inggeris. yakni komputer mahupun dapat mencerminkan keunggulan dan daya cipta pelajar yang berimaginasi tinggi dan jauh ke hadapan supaya celik dalam IT.

getah.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pusat perhubungan serantau di Asia Tenggara. nanas dan padi. Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang dapat meningkatkan kecekapan dan prestasi negara dalam perkhidmatan pengangkutan udara. mengubahkan sistem penanaman berskala kecil kepada berskala yang lebih besar bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perlombongan. kelapa sawit. yakni bioteknologi. Teknologi ini juga mampu meningkatkan hasil ternakan dan perlombongan seperti emas. Tidak dapat dinafikan lagi negara kita telah membangunkan sektor pertanian dan perlombongan dengan pelbagai inisiatif yang menarik dan strategik. Seismik dan In-Vitro. pelbagai destinasi dimajukan dengan menubuhkan kontena seperti Pasir Gudang. Insiden ini kerana kaedah melombong lebih tertumpu terhadap pengaplikasian ilmu teknologi seperti Eko Sounder. Senario ini dapat menampung keperluan penduduk yang kian bertambah di samping dieksport ke luar negara untuk memajukan sektor tersebut. sekali gus menambah pendapatan negara. Malaysia telah menghasilkan baka yang berkualiti dan bermutu untuk tanaman koko. GPS (Global Positioning System). yakni ASTRO oleh MEASAT Broadcast Network System Sdn. meningkatkan pendapatan petani atau pelombong. Bajabaja kimia yang baik juga dihasilkan dengan menggunakan pengetahuan tentang biologi dan kejuruteraan tertentu. antimoni dan bijih timah. Pulau Pinang dan Klang bagi meningkatkan jumlah kegiatan import dan eksport di samping transaksi antarabangsa dapat ditambahbaikkan. dalam mempelbagaikan rancangan rakyat serta menyiarkan siaran menarik mahupun mengisi masa lapang rakyat dengan penuh bermakna. Teknologi ini telah mengendalikan satu lagi kemajuan. Sebagai contoh. Bhd. perak. Ramai pedagang asing telah melabur dalam bidang penerbangan Malaysia supaya dapat berkembang pesat serta menyediakan kemudahan yang pantas. pihak kerajaan mempelbagaikan kegiatan pertanian melalui penyelidikan dan kajian saintifik. cekap dan canggih. Dari segi sektor pelabuhan pula. Hasil Perikanan 214 .

makmur-damai. membangunkan pelbagai bidang di Malaysia dan mewujudkan pelbagai pembaharuan. agama. minyak.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei juga dapat dipertingkatkan melalui teknologi tersebut. keturunan dan kaum untuk memajukan negara dan meletakkan Malaysia di peta dunia. Institusi Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) atau MPOB juga memberi sumbangan yang besar dalam bidang pertanian negara melalui pelbagai kajian dan penyelidikan drastik yang dijalankan oleh pakar dalam bidang sains dan teknologi. iaitu Petronas di Kerteh dan Bintulu dikhaskan untuk menerokai minyak di laut menjadi suatu sektor negara yang sangat penting dan merupakan nadi utama penggerak pembangunan ekonomi negara. Lantaran ini. bak kata pepatah: “bulat air kerana pembetung. semua rakyat Malaysia haruslah terus bekerjasama dan berganding bahu tanpa mengira warna kulit. ubat-ubatan yang berasaskan kelapa sawit dapat ditambahbaikkan dari segala hasil mahupun mutunya. menghasilkan tanaman bermutu tinggi dan tahan penyakit dan dapat mengeluarkan daya pengeluaran. harmoni dan aman boleh mekar di segenap pelosok negara dengan selama-lamanya. Sebagai intiha. Dirgahayu Malaysia! Malaysia Boleh! 215 . barangan seperti sabun. Peranan remaja sebagai pewaris pucuk pimpinan dan bakal peneraju negara memang tidak dapat dinafikan dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara. Marilah kita bersama-sama memajukan negara untuk mengisi kemerdekaan Malaysia yang penuh bermakna supaya negara terus gagah gemilang! Marilah kita berkongsi tenaga dan fikiran untuk meningkatkan martabat negara! Saya berharap agar Tuhan boleh melimpah dan mencucurkan rahmat terhadap negara kita yang tercinta supaya bunga-bunga hening. Impaknya. perikanan dan perlombongan. teknologi yang digunakan mampu mengesan kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. bulat manusia kerana muafakat”. Syarikat minyak tempatan.

.

Semenjak Rukun Negara diperkenalkan. Batu Gajah. merupakan salah satu detik bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Masih segar dalam ingatan peristiwa hitam di mana berlakunya rusuhan kaum pada detik itu hingga menggugat ketenteraman dan keharmonian rakyat. Impak daripada peristiwa tersebut. Perak T anggal 13 Mei 1969. Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang merangkap Pengarah MAGERAN telah mengadakan mesyuarat pertamanya bersama anggota-anggota Majlis Perundingan Negara yang lain bagi membincangkan dan mengkaji sedalam-dalamnya isu perpaduan negara. Perundingan tersebut yang telah mengambil masa beberapa bulan terakhirnya telah dapat mencari satu formula bagi mengatasi isu tersebut agar tidak berulang lagi dengan memperkenalkan ideologi negara yang dikenali Rukun Negara.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Loii Mun Yee SMK Sultan Yussuf. Rukun Negara yang menjadi ideologi rakyat Malaysia telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Ketika itu. rata-rata masyarakat Malaysia masih lagi tidak mengerti dan menghayati makna ‘Rukun 217 .

Oleh itu. lima prinsip Rukun Negara sering dilafazkan oleh golongan pelajar dan lima prinsip ini juga sering terpampang di media massa. agama dan kepercayaan lain bebas 218 . Kita percaya bahawa rakyat yang beragama mudah diurus dan Perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi Persekutuan namun begitu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Negara’ yang telah sekian lama diwujudkan. Di samping itu. nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma kehidupan yang meliputi aspek keagamaan. Lantaran itu. bangsa. agama dan negara. malah jika ditanya apa itu Rukun Negara sudah pasti ramai yang menggeleng kepala. Rukun Negara bukanlah sekadar lafaz ikrar dan sumpah taat setia. Antara matlamat Rukun Negara diwujudkan adalah untuk mengukuhkan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat dan memelihara satu corak hidup demokratik. Namun. kebudayaan. Bangsa dan negara Malaysia yang harmonis dapat diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. dapat difahami dan dihayati oleh rakyat Malaysia? Kita tidak mahu rakyat menjadi macam burung kakak tua yang hanya melafazkan lima prinsip Rukun Negara tanpa mengerti apa yang dilafazkan. malah perlu dipraktikkan dalam meniti arus kehidupan agar sebuah masyarakat yang hidup bersama secara demokrasi dan patriotik dapat diwujudkan. Prinsip utama yang terkandung dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan yang bersifat universal. Hari ini. Rukun Negara juga diharapkan dapat mencipta sebuah masyarakat yang adil untuk memastikan kemakmuran negara dapat menikmati bersama secara adil dan saksama serta menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. dapatkah kita pastikan apa-apa yang di lafaz. pengamalan akhlak dan nilai murni dalam kehidupan akan dapat memajukan diri. dibaca. Di samping itu. Rukun Negara merupakan ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat. ekonomi politik dan perundangan. tidak keterlaluan jika dikatakan generasi muda hari ini bukan sahaja tidak mengamalkan dan menghayati lima prinsip Rukun Negara.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei diamalkan. Senario ini akan membawa kecemerlangan dan kegemilangan kepada rakyat dan negara ini. Manakala. setiap warganegara dituntut menumpukan taat 219 . Iban. natijahnya akan berlaku kepincangan hidup di dunia dan lebih dahsyat lagi individu berkenaan akan menerima azab di akhirat kelak. Pengamalan dan penghayatan nilai keagamaan dalam diri setiap rakyat Malaysia akan melahirkan keluarga yang harmonis dan bahagia serta tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Punjabi. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada rakyat pelbagai kaum. Cina dan India. Hal ini bermakna. agama dan kepercayaan yang berbeza. Menyedari hakikat ini. sejak kecil lagi anak-anak dididik dan dipupuk untuk mengamalkan nilai Kepercayaan Kepada Tuhan. Misalnya. Islam melarang sama sekali umatnya terjebak dalam kegiatan negatif dan sekiranya gagal mematuhi hukum-hukum Islam. agama Islam ada menggariskan bahawa ‘Sesungguhnnya tiada Tuhan yang disembah selain Allah’ dan segala tindakan yang diambil perlulah berlandaskan prinsip-prinsip Islam dan Al-Quran. maka prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Sudah pasti setiap agama yang diamalkan mempunyai pegangan agama dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi kerana tanpa pegangan agama yang kukuh boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa serta negara. terdapat juga golongan minoriti seperti Orang Asli. Justeru itu. Oleh itu. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masingmasing. Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua yang terkandung dalam Rukun Negara. menagih dadah dan jenayah-jenayah lain yang akan mengundang kesusahan. Golongan terbesar di negara ini ialah Melayu. Kadazan dan etnik-etnik lain. pengamalan dan penghayatan agama yang tinggi akan menghindarkan golongan belia daripada terjerumus dalam gejalagejala negatif seperti mencuri. Hal ini bermakna. secara tidak langsung dapat membendung masalah kegawatan sosial yang kian meruncing.

Fenomena ini menunjukkan bahawa tidak mengambil kira pemerintah yang memegang tampuk pemerintahan sekalipun. sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kepada Raja dan Negara adalah merupakan satu aspek yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara. kesetiaan yang tinggi seperti ini merupakan satu kebanggaan kepada negara dan dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara serta menjadi kunci yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Upacara pertabalan ini dilangsungkan dengan penuh gilang-gemilang dan keadaan ini melambangkan keutuhan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini. Baru-baru ini. Prinsip Keluhuran Perlembagaan yang terkandung dalam baris ketiga Rukun Negara pula menekankan rakyat menerima. Sultan Terengganu. jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. rakyat perlu menjadi benteng bagi menghakis ancaman seperti peperangan. kita perlu sentiasa bersepakat dan bersatu padu dalam mempertahankan maruah bangsa dan negara serta tidak mudah dipengaruhi. Bak kata. mematuhi dan mempertahankan keluhuran dan kemuliaan 220 . Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara. Walau apa pun ancaman yang dihadapi negara. Selain itu. rakyat perlu sentiasa menghormati dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja atau Sultan serta sentiasa menjamin kedaulatan Raja dan Negara agar terpelihara. Sultan Mizan Zainal Abidin telah selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. pemberontakan dan pengaruh negatif yang lain. Bercerai Kita Roboh’. pepatah ‘Bersatu Kita Teguh.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei setia. Sesiapa yang menderhaka kepada Raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara. Sekiranya berlaku sebarang anasir negatif luar yang boleh menggugat kesejahteraan negara. Lantaran itu. Kita tidak mahu melihat ada kalangan rakyat yang hanya menundukkan kepala menjadi seperti seorang pengecut dan tidak mempunyai pendirian yang teguh sehingga dianggap lemah. manakala Raja atau Sultan sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat di negara ini.

Perlembagaan merupakan satu kontrak sosial rakyat yang menjelaskan bahawa tidak ada sesiapa yang dibenarkan mempersoalkan isu-isu yang terkandung dalam Perlembagaan kerana semua isi kandungannya telah ditetapkan sejak dahulu lagi berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. hak-hak yang adil juga diberikan kepada kaum bukan Bumiputera seperti pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. namun perkembangan bahasa lain adalah tidak dihalang. kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. Agama Islam (Perkara 3). Perlembagaan merupakan satu sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan. prinsip keempat dalam Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang pula menuntut rakyat agar 221 . semangat yang berupaya menerapkan nilai-nilai murni ke arah perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya dapat dipupuk. perundangan. Tambahan pula. Sehubungan itu. Perlembagaan adalah sumber tertinggi perundangan dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Dengan demikian. hormatmenghormati dan saling memahami antara satu sama lain tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang berunsur perkauman. Walaupun Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Sekiranya rakyat tidak menerima Keluhuran Perlembagaan. Pengiktirafan terhadap kedudukan bangsa Melayu jelas dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai Institusi Raja (Perkara 32). orang bukan Islam juga bebas menganuti dan mengamalkan agama mengikut kepercayaan agama masing-masing serta hak asasi rakyat juga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. seluruh rakyat perlu mengamalkan sikap toleransi. kestabilan negara akan tergugat dan lebih mendukacitakan jika ada sesetengah pihak yang terus mempersoalkan serta mengkritik tanpa mengetahui asas penggubalannya.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Perlembagaan Persekutuan. Maka. dengan wujudnya prinsip ini. Bahasa Melayu (Perkara 152) dan Hak Istimewa Orang Melayu (Perkara 153). Sungguhpun demikian.

rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara dan rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan serta tidak dicabar oleh mana-mana pihak. dewasa ini masyarakat kian mengetepikan prinsip ini. hidup masyarakat tidak akan aman dan harmoni. namun tidak termasuk hak mengguling kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. selagi sesiapa sahaja yang bermastautin di Malaysia. Fenomena ini jelas dilihat menerusi peningkatan kes kesalahan lalu lintas. Dengan ini. Natijahnya. Objektif sebenar prinsip Kedaulatan UndangUndang untuk memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini akan terlaksana sekiranya rakyat mematuhi dan mengamalkannya kerana perkara ini dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. individu berkenaan perlu mengikut dan mematuhi segala undang-undang dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Tanpa undang-undang. Dengan demikian. stabil dan makmur. akan timbullah kesedaran dalam kalangan rakyat kita untuk menyedari akan peranan masingmasing dalam mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan itu. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang mengisi baris terakhir dalam Rukun Negara menggambarkan kepentingan pengalaman personaliti dan tingkah laku yang baik dalam kehidupan seseorang 222 . Walaupun hak-hak dan kebebasan rakyat dijamin oleh Perlembagaan. kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan dan semua anggota masyarakat akan berasa selamat. Malangnya. ‘Mat Rempit’ dan pelbagai kesalahan jenayah lain.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang iaitu setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. ribuan nyawa terkorban saban tahun akibat kecuaian dan kegagalan anggota masyarakat mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman. Dalam pada itu. Justeru itu. Hal ini kerana.

tetapi mentaliti kelas ketiga’. Sehingga kini. Sekali imbas.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei individu. Oleh itu. Bagi membendung masalah ini daripada kian menular. sebaliknya kemudahan tersebut tidak dihayati ibarat kata-kata Perdana Menteri ‘Kemudahan yang digunakan sahaja kelas pertama. kerajaan telah melaksanakan semula dasar ‘Pendidikan Kenegaraan’ pada tahun 2003 yang setelah sekian lama dimansuhkan. tandas-tandas awam. prasarana awam yang paling kerap menjadi mangsa kegiatan vandalisme atau laku musnah ini ialah telefon awam. entah sudah berapa banyak kemudahan awam telah dirosakkan oleh jari-jari halimunan yang tidak bertanggungjawab seperti ini! Sebenarnya. Kesopanan dan Kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang. Kecewa berbaur sedih. sekiranya bilangannya hendak ditaksirkan tentulah tidak terkira banyaknya! Persoalannya. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memberi kemudahan kepada rakyat. pasti dapat diatasi sekiranya prinsip Rukun Negara diamalkan dan dihayati oleh rakyat negara ini. Golongan sasaran dasar ini ialah pelajarpelajar sekolah rendah Tahun Satu. Namun. nilai-nilai murni masyarakat kita kian terhakis gara-gara hanyut dalam arus pembangunan moden yang semakin pesat membangun. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dijalankan sekarang. apa yang dapat dilihat sekarang dalam era globalisasi ini. kerusi konkrit di taman-taman rekreasi dan di pondok-pondok menunggu bas. sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan 223 . adakah situasi ini menggambarkan Kesopanan dan Kesusilaan seperti yang tercatat dalam Rukun Negara? Keadaan yang menggusarkan semua pihak ini. Golongan utama yang menjadi sasaran keruntuhan akhlak yang drastik ialah golongan remaja di negara kita. Dua dan Tiga yang bertujuan untuk mendidik dan memupuk kembali nilai-nilai Kesopanan dan Kesusilaan dalam diri anak-anak ini kerana ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’. serta kelengkapan taman permainan kanak-kanak. itulah yang dapat diungkap terhadap golongan masyarakat ini.

Melalui perpaduan juga akan membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiat pertumbuhan ekonomi. Manakala. Tuntasnya. tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Belia adalah pelapis negara yang akan menjadi tonggak utama dalam mewujudkan sebuah negara yang berdaya saing dan maju. Prinsip ini jika dipraktikkan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei sebuah masyarakat yang harmoni. akan dapat membentuk seseorang individu yang berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang mantap. golongan belia hari ini bangkit dari alam keanak-anakan mereka dan bersedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Sudah tiba masanya. bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. kemahiran dan berkeperibadian mulia. Hal ini bermakna. berbudi bahasa. mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. keharmonian dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. dengan itu akan lahirlah rakyat Malaysia yang mengamalkan prinsip Rukun Negara. kita telah melihat betapa pentingnya semangat dan falsafah Rukun Negara kepada perpaduan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Ungkapan ada menyatakan bahawa ‘Muafakat itu Berkat. tatasusila pula membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh serta menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. 224 . dengan Muafakat Dapat Diangkat’. Pengamalan dan penghayatan Rukun Negara menjadi titik tolak yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Cina dan India yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. pada 31 Ogos 1970.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Aina Afiqah Binti Kasim SMK Bandar Putera. Keluhuran Perlembagaan. Kelima-lima prinsip Rukun Negara ini akan menjadi penghayatan. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah menyedarkan kerajaan bahawa perpaduan kaum di Malaysia masih goyah dan memerlukan satu ideologi kebangsaan untuk membangkitkan satu semangat dan identiti yang sama. kepercayaan kepada Tuhan.S. Kulai. Lee dan Tun Sambanthan yang mewakili kaum masing-masing. pelbagai adat resam. bahasa dan agama. satu idealisme baru iaitu Rukun Negara diperkenalkan yang mempunyai lima prinsip dan menjadi pegangan serta amalan rakyat Malaysia. Johor M alaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum. Walaupun telah 12 tahun Malaysia merdeka ketika itu. amalan dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Hasilnya. Lima prinsip Rukun Negara ialah. Asas kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 ialah hasil pakatan dan kerjasama tiga kaum utama iaitu Melayu. Tun H. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. 225 . Hakikatnya untuk mencapai perpaduan antara kaum bukanlah mudah. namun perpaduan negara ini masih belum mantap. budaya.

di sekolah-sekolah diwujudkan kelab Rukun Negara. Melalui kelab ini berbagai-bagai aktiviti yang menjurus kepada kelima-lima prinsip ini dijalankan. Hakikatnya. Malah. demokratik. Islam merupakan agama rasmi negara ini tetapi rakyat Malaysia bebas menganuti agama lain seperti masyarakat Cina yang menganuti agama Kristian atau Buddha atau masyarakat India yang kebiasaannya menganuti agama Hindu dan segelintirnya beragama Kristian. Bahai dan lain-lain. adil. sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah akan mengadakan lafaz ikrar Rukun Negara oleh para pelajar pada setiap perhimpunan mingguan. Prinsip Rukun Negara yang pertama memberi penekanan kepada pegangan hidup masyarakat Malaysia. Untuk menjamin kehidupan yang bersatu padu. Rata-rata di dinding sekolah ataupun pejabat-pejabat kerajaan dapat dilihat pernyataan Rukun Negara ini. Prinsip ini membawa maksud bahawa semua rakyat Malaysia mengakui kuasa Tuhan melebihi kuasa lain. prinsip Rukun Negara diajarkan kepada para pelajar melalui mata pelajaran sivik dan ketatanegaraan. maka kelima-lima prinsip ini diterapkan melalui pendidikan di sekolah-sekolah. “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. adil. Setiap sekolah. iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kelima-lima prinsip ini adalah bertujuan untuk mencapai cita-cita negara iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu. selain agama Sikh. Melalui agama masing-masing diharapkan semua rakyat Malaysia akan berpegang teguh kepada ajaran agama mereka dengan sentiasa mematuhi suruhan dan menjauhi larangan agama. Kita percaya bahawa untuk menjadi amalan kepada rakyat. Di samping itu. Dengan itu Penyataan Rukun Negara juga telah dicetak di buku tulis murid sekolah supaya senang pelajar-pelajar menghafal. liberal dan progresif. Rukun Negara perlu diterapkan kepada rakyat sejak mereka di bangku sekolah lagi seperti kata pepatah Melayu. kita memerlukan masyarakat yang beragama. Untuk menjamin penghayatan dan amalan masyarakat secara kekal. liberal dan demokratik. kita percaya bahawa setiap agama mendidik umatnya untuk melakukan kebaikan dan menghindari 226 .

Melalui prinsip Rukun Negara yang kedua pula ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara memberi penekanan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita 227 . Ini dapat dilihat dengan jelas di mana-mana sahaja dalam Malaysia. surau. Masjid-masjid. Kita berharap dengan usaha ini Malaysia dapat melahirkan rakyatnya yang bersatu padu. Umumnya orang yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan mempunyai peribadi dan sifat-sifat baik seperti menolong orang yang susah. rumah-rumah ibadat didirikan seperti sama ada dengan bantuan kerajaan ataupun secara persendirian. tokong. malahan ada kalanya kita bergabung merayakan perayaan seperti Perayaan Kongsi Raya yang dibuat setiap tahun di negara kita dengan penyertaan seluruh rakyat. Melalui rumah ibadat ini kerja-kerja kebajikan untuk membantu orang yang berkeperluan dijalankan. di mana perpaduan menjadi teras yang penting dalam kehidupan mereka. dari pemimpinan atas sehingga rakyat jelata biasa di peringkat bawah. Setiap kaum berganding bahu untuk memakmurkan negara. bantuan anak yatim dan sebagainya. Setiap perkara yang sensitif antara kaum ditangani dengan teliti oleh pemimpin negara ataupun pemimpin agama. rakyat Malaysia hidup dengan aman dan damai. Setiap rakyat tahu menghormati dan bertoleransi dengan agama dan perayaan agama lain. Prinsip ini menjadi amalan hidup masyarakat Malaysia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei keburukan. Di rumah-rumah orang India dan Cina dapat dilihat tempattempat sembahyang didirikan. Dengan ini secara terancang Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai yang mulia dan hati yang tulus. kuil. Antaranya program kempen derma darah. Hampir setiap taman perumahan. gereja dan sebagainya dapat dilihat dengan jelas. berkasih sayang dan hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Ini boleh mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat. Ini terbukti setelah kita mencapai 50 tahun kemerdekaan. tanpa mengira agama atau bangsa. Ini menunjukkan bahawa prinsip Rukun Negara yang pertama ini dijadikan amalan dan pegangan rakyat Malaysia.

sanggup berkorban demi raja dan negara serta memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Dalam perjanjian tersebut. 228 . pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Konsep “tulah”. Oleh itu setiap rakyat merasakan mereka perlu mentaati raja sebagai lambang perpaduan dan keselamatan bangsa. kesetiaan merupakan suatu semangat kebangsaan yang menyatupadukan rakyat. tetapi juga raja orang Cina. Raja Melayu digambarkan sebagai mempunyai pertalian dengan raja China dan India. Pemerintahan pertama Kerajaan Melaka ialah Parameswara yang asalnya beragama Hindu dan kemudiannya memeluk Islam. Raja pula membalas dengan memberi berbagai-bagai anugerah kepada semua bangsa pada hari keputeraan baginda. Raja adalah payung negara tempat rakyat bernaung.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Perkahwinan antara Raja Melaka dengan puteri China iaitu Puteri Hang Li Poh pula lebih mengeratkan lagi hubungan bangsa itu. Walaupun konsep itu telah meragui pemikiran anak muda sekarang. “waad” atau “waadat” antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang digambarkan sebagai perjanjian antara raja dan rakyat masih menjadi pegangan. Menerusi sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. rakyat akan menuruti segala titah perintah rajanya sebagai tanda taat setia. Contohnya. kemerdekaan dapat dicapai kerana adanya rasa taat setia kepada negara. Kesimpulannya. orang India atau orangorang lain di negara ini. “derhaka”. Prinsip kesetiaan ini bertujuan untuk menanamkan sifat bertanggungjawab. Adalah menjadi pegangan rakyat Malaysia sejak dari zaman dahulu bahawa rakyat perlu bertaat setia kepada raja. namun konsep raja sebagai payung dan lambang perpaduan masih kekal dan menjadi ikutan serta kebanggaan rakyat Malaysia. Setiap kaum merasakan bahawa raja bukan hak orang Melayu sahaja. Daulat raja diharapkan dapat memakmurkan negara. rakyat tidak boleh derhaka kepada raja dan raja perlu berlaku adil kepada rakyat. Seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mentaati raja. Titah raja dihormati dan disanjung sebagai lambang keagungan negara.

Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan perlembagaan yang menjadi sumber rujukan bagi pemerintahan negara. Sesebuah negara perlu mempunyai perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan yang cekap dan adil. Terdapat beberapa perkara penting yang termaktub dalam perlembagaan iaitu tentang kewarganegaraan yang merupakan cara seseorang itu mendapat hak kerakyatan di Malaysia tentang hak asasi kemanusiaan. Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sebagai undang-undang tertinggi. ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan di Malaysia adalah secara bertulis. tentang Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan negara ini.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Prinsip ketiga dalam Rukun Negara ialah keluhuran perlembagaan. Keperluan kepada suatu perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan berbilang agama seperti Malaysia. kemuliaan dan kebesaran. keluhuran membawa maksud keagungan. Perlembagaan ditakrifkan sebagai kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah. sekiranya berlaku pertentangan ini maka batallah undang-undang berkenaan. Menurut Kamus Dewan. Perkara 153 yang merupakan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta agama Islam sebagai agama rasmi negara. Setiap rakyat perlu 229 . Perlembagaan Malaysia merupakan sebuah dokumen tertinggi bagi mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur dan moden. Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan. Prinsip ini menghendaki rakyatnya menghormati dan mematuhi perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. Perlembagaan ini perlu untuk mewujudkan suatu rangka politik. Perlembagaan ini juga perlu untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemerintah dan melindungi kepentingan semua kaum. perlembagaan merupakan punca segala perundangan yang lain.

bertimbang rasa dan berkelakuan baik. Enakmen dan ordinan yang diluluskan oleh badan perundangan negeri dan perundangan subsidiari. Kesimpulannya. Sumber undang-undang terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis. Amalan mulia ini yang diterapkan dalam sistem pendidikan kita telah membuahkan hasilnya. setiap negara perlu memiliki undang-undang untuk menjamin keselamatan. Undangundang tidak bertulis pula terdiri daripada Undang-undang Adat. Undang-undang Inggeris dan keputusankeputusan mahkamah. Amalan kepada prinsip ini dapat memupuk sahsiah mulai di kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Rata-rata kita dipuji kerana sikap bertolak ansur. Setiap rakyat tidak kira kaum atau agama adalah sama rata di sisi undang-undang. Kedaulatan undang-undang yang merupakan prinsip yang keempat menegaskan bahawa keadilan dalam masyarakat dijamin oleh undang-undang. Kelebihan ini menjadi kemegahan kepada negara kita ini. Setiap rakyat juga tidak boleh menyoal kesetiaan rakyat lain berdasarkan keturunan kaum. Undang-undang bertulis terdiri daripada perlembagaan. rakyat perlu menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Rakyat kita telah pandai menghormati budaya dan agama orang lain. Sejak berdekad lamanya rakyat Malaysia terkenal dengan ketinggian moral dan tatasusila mereka. Undang-undang juga terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Sivil dan Undang-undang Jenayah. Definisi kepada prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan ialah rakyat harus bertolak ansur.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei akur dengan kehendak perlembagaan. Contohnya seorang penceramah bukan Islam akan berhenti bercakap apabila 230 . Oleh itu. perpaduan kaum akan tercapai. Inilah yang menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Undangundang sivil berkaitan dengan kesalahan sivil seperti kes saman manakala undang-undang jenayah pula berkaitan dengan kesalahan jenayah seperti membunuh atau mencuri. peramah. Dengan amalan mematuhi undang-undang negara. berhemah tinggi dan pandai menghormati tetamu. keharmonian dan kedaulatan sesebuah negara. akta-akta yang diluluskan oleh parlimen. Undang-undang Islam.

Selain itu. Kempen ini bertujuan untuk mendedahkan dan menanam erti pelbagai nilai murni dan nilai budi bahasa. Dalam sambutan Hari Guru tahun ini bersempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia turut diadakan kempen “Terima Kasih Cikgu” untuk melatih para pelajar kita menghargai orang telah berjasa kepada mereka. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni di Istana Budaya. Untuk memantapkan lagi prinsip kelima pada 11 Januari 2005 Perdana Menteri kita Y. kempen ini juga menggalakkan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat dan sebagai inti sari jati diri peribadi serta perilaku anggota masyarakat dalam kehidupan harian.B. melahirkan masyarakat demokratik di mana kuasa ada pada rakyat yang bertindak melalui ahli Parlimen yang dilantik 231 . Begitu juga seluruh masyarakat boleh bertoleransi dengan sambutan perayaan ‘Cingge’ masyarakat Tionghua ataupun perarakan kavadi oleh masyarakat beragama Hindu. Sebagai kesimpulannya. Adalah menjadi harapan kita agar nilai-nilai yang baik ini akan menjadi amalan rakyat Malaysia sepanjang zaman.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mendengar seruan azan untuk menghormati seruan suci masyarakat Islam. Cita-cita pertama kita ialah agar rakyat berbilang kaum dan budaya dapat bersatu mencipta satu bangsa Malaysia. Kedua. Memandangkan prinsip kelima ini sungguh penting kepada rakyat Malaysia. Kita juga berharap agar amalan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan yang bertujuan memupuk sahsiah mulia di kalangan masyarakat agar tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh menjejaskan keharmonian negara akan tercapai. berbagai-bagai-bagai kempen lain juga turut dijalankan. Kita mengharapkan agar kempen ini juga mampu menggilap nilai-nilai berbudi bahasa yang semakin terhakis. Kuala Lumpur.A. sama-samalah kita mengharap semoga kelima-lima cita-cita kita melalui amalan Rukun Negara di kalangan rakyat Malaysia akan tercapai.

adil. Kita juga mengharapkan agar Pelan Integriti Nasional yang menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara akan membantu negara kita membina masyarakat Malaysia bersatu padu. mewujudkan masyarakat liberal yang bebas mengamalkan agama. melahirkan masyarakat adil di mana semua anggota berpeluang menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama dan diharapkan masyarakat kita akan bebas daripada penindasan golongan tertentu. 232 . Ketiga. Kelima. mewujudkan masyarakat progresif berlandaskan kemajuan sains dan teknologi dengan tidak melupakan nilai-nilai kerohanian. liberal dan progresif dengan berpegang teguh kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara. demokratik. adat resam dan kebudayaan masing-masing. Kebebasan asasi dan kegiatan politik dijamin oleh perlembagaan selagi tidak melanggar undang-undang negara. Keempat. Dengan ini perpaduan negara akan terjamin.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei menurut perlembagaan. Kita juga mengharapkan agar falsafah Pelan Integriti Nasional (PIN) yang digubal dengan mengambil kira hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama akan menjadi satu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun. Hasil dari kemenangan tersebut. Jika diselak satu persatu halamannya. Peristiwa ini berlaku selepas Pilihan Raya 1969 dan menyaksikan kemenangan besar parti Gerakan Rakyat Malaysia dan pihak pembangkang serta kejatuhan Parti Perikatan. Ia merupakan peristiwa pertelingkahan kaum yang paling hebat dan dahsyat yang pernah berlaku di negara tercinta ini. masyarakat Cina yang menang telah mengutuk dan menghina orang Melayu dalam perarakan tersebut. pasti anda dapat melihat pelbagai buku tentang sejarah Malaysia. Ekoran daripada celaan dan hinaan orang Cina tersebut maka orang Melayu telah membuat perarakan dan memprotes tindakan orang Cina tersebut sehingga terjadi satu tragedi berdarah yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah membuat perarakan sebagai tanda meraikan kemenangan mereka.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kassim Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Selangor J ika anda berkunjung ke Arkib Negara Malaysia. anda akan melihat dan membaca satu peristiwa yang menjadi tompokan hitam dalam sejarah negara iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Perarakan tersebut telah mendapat keizinan polis. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan Parlimen Malaysia dibubarkan sementara dan Majlis Gerakan Negara 233 .

rata-rata mereka tunduk dan menggeleng malu kerana tidak mengingati prinsip Rukun Negara apatah lagi membudayakan atau mengamalkan lima prinsip tersebut. MAGERAN telah mengambil alih pentadbiran negara dan seterusnya mengambil inisiatif yang terbaik untuk mengatasi masalah perpaduan kaum bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi. Ahli-ahli MPN seperti Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein merangkap pengerusi MAGERAN. Sambanthan telah duduk semeja dan memerah otak memikirkan langkah terbaik mengatasi masalah perpaduan kaum ini.T. Pengarah MAGERAN iaitu Tun Abdul Razak telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara (MPN) yang bertujuan bagi membincangkan dan menilai sejauh mana perpaduan rakyat Malaysia. khususnya golongan belia. apabila ditanya anak muda kita tentang Rukun Negara. Ia diibaratkan sebagai satu 234 . Rukun Negara merupakan satu ideologi atau pemikiran kebangsaan yang menjadi amalan rakyat Malaysia sebagai asas hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 38 tahun tragedi berdarah itu ditinggalkan. Hasil daripada pemikiran mereka yang kritis dan kreatif tersebut maka lahirlah satu ideologi kebangsaan yang diberi nama Rukun Negara. Lebih memilukan. Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abd. Mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun V. Rahman. negara berada dalam keadaan aman dan damai.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei (MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak. perpaduan rakyat semakin kukuh. Rukun Negara yang pernah menjadi kunci ikatan perpaduan kita suatu masa dahulu sudah pudar pada ingatan masyarakat kini. Dalam keadaan kita yang aman damai ini. Rukun Negara Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat iaitu Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III pada 31 Ogos 1970 sempena sambutan ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kulawangsa yang besar bernaung di bawah satu payung yang sama iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tanpa pegangan agama dan keyakinan kepada tuhan. Prinsip pertama dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Agama juga menjadikan seseorang itu dihormati dan melahirkan bangsa dan negara yang disegani dan berdaulat seperti negara Arab Saudi yang dihormati kerana keyakinan dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. rakyat Malaysia juga boleh mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian berdasarkan prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang menumpukan taat setia dan mempertahankan kedaulatan raja dan negara. negara kita mengamalkan 235 . rakyat Malaysia boleh mengamalkan atau membudayakan Rukun Negara dalam kehidupan seharian berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Dalam pada itu. Atas kesedaran inilah. Negara dan bangsa akan disisih dan diperlekehkan dunia. Seperti yang kita sedia maklum. keyakinan akan kewujudan tuhan adalah penting untuk membimbing manusia ke arah jalan yang lurus kerana setiap agama ingin memberi yang terbaik kepada penganutnya. Kepercayaan Kepada Tuhan Secara literalnya. pihak Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara meletakkan prinsip ini sebagai prinsip utama supaya masyarakat Malaysia menjadikan prinsip ini sebagai amalan utama dalam kehidupan. Agama membimbing manusia supaya berakhlak mulia dan menghormati antara satu sama lain. menyebabkan seseorang hilang maruah dan menjatuhkan martabat seseorang. Mengapakah Jawatankuasa Penggubal Rukun Negara meletakkan prinsip ini sebagai prinsip yang pertama dalam Rukun Negara? Ini kerana.

Oleh sebab itu. prinsip Rukun Negara yang seterusnya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia ialah Keluhuran Perlembagaan yang bermaksud kemuliaan atau keagungan undang-undang negara Malaysia. Melaka pada suatu masa dahulu merupakan sebuah kerajaan Melayu yang terulung di rantau Asia Tenggara. Keluhuran Perlembagaan Sementara itu. Rakyat hendaklah patuh dan mengikut segala titah perintah Yang di-Pertuan Agong dan melaksanakannya dengan ikhlas. Sebagai contoh. Melaka mampu menjadi kerajaan yang terbilang suatu ketika dahulu. nescaya pohon tidak akan dapat berdiri”. mematuhi dan bersiap sedia mempertahankan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan 236 . rakyat mempunyai semangat cinta dan sayang akan negara dan bersedia mempertahankan negara daripada segala ancaman anasir luar. Rakyat perlu taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana baginda merupakan lambang kedaulatan negara. jikalau tiada akar. Sejarah Melayu mengumpamakan hubungan rakyat dengan raja seperti “akar dan pohon. Rakyat juga harus menumpukan taat setia kepada Raja atau Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri yang tiada beraja. Jika prinsip ini menjadi amalan rakyat Malaysia nescaya Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang unggul dan disegani oleh dunia. Dalam prinsip ini rakyat hendaklah menerima. Apabila rakyat mempunyai sifat taat setia yang penuh kepada raja. tanpa mengurangkan sedikit pun taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Apabila seluruh rakyat Malaysia taat dan patuh kepada baginda maka bangsa Malaysia yang berbilang kaum ini dapat hidup bersatu padu dan aman damai.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. kerana rakyatnya menumpukan taat setia tanpa berbelah bagi kepada Sultan Melaka.

prinsip keempat dalam Rukun Negara yang boleh dijadikan amalan hidup rakyat Malaysia ialah Kedaulatan Undangundang. Rakyat tidak boleh mengkritik dasar-dasar yang terdapat dalam Perlembagaan Negara kerana boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan peperangan yang menggugat keutuhan dan keselamatan negara seperti tragedi 13 Mei 1969. Undang-undang yang digubal di negara ini telah disusun berdasarkan prinsip di mana semua rakyat Malaysia adalah sama tarafnya di sini undang-undang negara. ahli-ahli politik daripada barisan pembangkang telah mengkritik kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera. Seterusnya. rakyat hendaklah sentiasa mematuhi dan mengamalkan perkara-perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Negara supaya negara berada dalam keadaan yang harmoni dan suasana yang kondusif. Undang-undang merupakan asas keadilan dalam kehidupan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Rakyat hendaklah menerima dan mempertahankan serta mengamalkan undang-undang negara. Proses pentadbiran menjadi telus.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang tertinggi di dalam negara dan harus dihormati oleh semua lapisan masyarakat di negara ini Ini kerana Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan yang digubal khas dan memberi perlindungan serta keistimewaan kepada rakyat Malaysia. 237 . Dalam peristiwa ini. Hal ini telah menyebabkan semangat perkauman bergolak kerana mempertikaikan kedudukan orang Melayu yang seterusnya telah menyebabkan berlaku persengketaan yang membawa kepada pertumpahan darah. Rakyat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati serta mengamalkan Perlembagaan Negara dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu. Jika rakyat mengamalkan undang-undang negara dan tidak mempersia-siakan serta merendahkan undang-undang negara nescaya kehidupan bermasyarakat menjadi aman dan tiada persengketaan yang berlaku.

Negara yang mana rakyatnya tidak mempunyai tatasusila dan kebudayaan yang luhur merupakan negara yang tidak aman kerana pelbagai kejadian jenayah berlaku di dalam negara tersebut seperti mana yang berlaku di negara-negara barat. Oleh itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei ekonomi berkembang pesat dan negara menjadi idola kepada negara-negara lain. rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan prinsip keempat Rukun Negara ini supaya kehormatan dan kedaulatan negara terpelihara. Kesopanan dan Kesusilaan Selain daripada itu. 238 . Rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan nilai-nilai integriti supaya sesuatu yang dilakukan membuahkan hasil yang lumayan dan kekal lama. prinsip Rukun Negara yang seterusnya yang boleh menjadi amalan rakyat Malaysia ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Kesopanan dan kesusilaan yang tinggi juga akan meningkatkan jati diri yang tinggi dan dapat membendung seseorang daripada godaan anasir-anasir yang boleh merosakkan. Program-program yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Budi Bahasa Budaya Kita dan Hari Integriti Negara hendaklah dihayati oleh rakyat supaya prinsip kelima Rukun Negara ini boleh menjadi amalan rakyat. Negara yang mempunyai rakyat yang bertatasusila merupakan negara yang terbilang dan dihormati dunia. Sifat-sifat ini penting dalam konteks menjaga perhubungan dan perpaduan antara kaum. Ia mencerminkan rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang bermoral tinggi dan berdisiplin serta mempunyai tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Untuk mencapai matlamat ini. Prinsip ini amat penting untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang mempunyai budi bahasa dan nilai integriti yang tinggi. Lihatlah betapa besarnya impak undang-undang terhadap negara. rakyat Malaysia hendaklah sentiasa menjaga pertuturan dan tingkah laku dalam perhubungan dengan masyarakat.

Malahan rakyat Malaysia dituntut untuk melakukan perkara-perkara yang membawa perpaduan rakyat Malaysia seperti tolong-menolong dan hormat-menghormati. Antaranya. semua rakyat Malaysia hendaklah menganggap diri mereka sebagai satu bangsa Malaysia tanpa mengira perbezaan keturunan dan agama masing-masing. Dalam konteks ini. Masyarakat yang adil bermaksud masyarakat yang 239 . Rakyat tidak boleh menyimpan perasaan dengki terhadap kelebihan yang diperoleh oleh orang lain mahupun kaum lain. Dengan wujudnya cara hidup demokratik ini maka lahirlah bangsa Malaysia yang dihormati di serata dunia. Rakyat Malaysia juga bebas melakukan sebarang aktiviti selagi tidak bercanggah dengan prinsip Rukun Negara. ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Perpaduan Selain daripada lima prinsip utama dalam Rukun Negara. Rakyat juga tidak boleh menggunakan keistimewaan demokrasi untuk memusnahkan dan merosakkan perpaduan antara kaum di negara ini. Dengan cara inilah perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dapat dicapai. Masyarakat Yang Adil Selain itu. Perlembagaan Negara serta undang-undang negara. Demokratik Dalam pada itu. Rakyat Malaysia hendaklah bertolak ansur dan hormatmenghormati antara satu sama lain. objektif pembentukan Rukun Negara juga hendaklah menjadi amalan rakyat. objektif penubuhan Rukun Negara yang boleh menjadi amalan rakyat Malaysia ialah mencipta satu masyarakat yang adil. masyarakat Malaysia hendaklah mengamalkan satu cara hidup demokratik yang memegang prinsip demokrasi dalam membuat sesuatu keputusan.

masyarakat Malaysia hendaklah berlaku adil dan bijak dalam menguruskan semua infrastruktur ini. Kita hendaklah mengamalkan sikap progresif yang mahu menuju kemajuan dan kebaikan. bahawasanya negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa yang semestinya mempunyai pelbagai kebudayaan dan kepercayaan. Rakyat Malaysia harus mempunyai satu sikap yang liberal terhadap tradisi masyarakat Malaysia yang kaya dan pelbagai corak yang penuh dengan keunikan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei sentiasa berlaku adil dan tidak memilih kasih dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira status dan kedudukan seseorang. kemudahan hospital dan pelbagai lagi. kepelbagaian budaya rakyat Malaysia merupakan satu wahana yang boleh memikat kedatangan pelancong dan seterusnya memberi pulangan yang lumayan kepada negara. masyarakat yang berlaku adil merupakan masyarakat yang berjaya dan mempunyai tamadun yang tinggi. Sikap Liberal Sikap yang liberal adalah bersifat bebas atau berpandangan terbuka terhadap kebudayaan rakyat Malaysia. Masyarakat Malaysia hendaklah bangun dan berjalan seiring 240 . semua masyarakat Malaysia berhak untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti sekolah. Sesungguhnya. Sesungguhnya. Jika sikap liberal ini diamalkan oleh rakyat Malaysia nescaya satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri dapat dibentuk. Seperti yang sudah sedia kita maklum. Kita perlu menghormati kebudayaan masyarakat lain dengan tidak menghina dan mencaci kebudayaan mereka agar perpaduan kaum yang teguh dapat dibentuk. Dalam konteks ini. Oleh sebab itu. masyarakat Malaysia dituntut untuk menguasai bidang teknologi maklumat dengan sepenuhnya supaya Malaysia dapat bersaing dengan negara maju. Dalam konteks ini.

kadar peratus buta komputer serta berfikiran superfisial dalam bidang sains dan teknologi dapat dikurangkan. Ingatlah Rukun Negara merupakan ikatan perpaduan antara kaum dan merupakan ideologi yang amat penting untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dengan kemajuan sains dan teknologi. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti sekolah bestari. kerajaan elektronik dan jaringan internet tanpa wayar hendaklah dimanfaatkan oleh rakyat sepenuhnya. Kesimpulannya. Renung dan hayatilah serangkap pantun di bawah: Cantik sungguh sang puteri. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama hendaklah mengamalkan prinsip dan objektif Rukun Negara dalam kehidupan seharian. Harus diamalkan setiap masa. Rukun Negara merupakan sesuatu yang amat signifikan dalam proses melahirkan masyarakat Malaysia yang bertamadun. Dalam kesibukan mengejar kemajuan masyarakat juga jangan melupakan batas-batas keagamaan dan mesti menghormati antara satu sama lain. Rukun Negara menjadi identiti. Masyarakat Malaysia hendaklah menguasai segala ilmu-ilmu sains dan teknologi seperti ilmu pengkomputeran dan ilmu perubatan. Selain itu. cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif dapat dicapai. Jika sikap progresif ini menjadi amalan rakyat Malaysia nescaya negara tidak mundur dalam bidang sains dan teknologi. Seterusnya. Menjadi gilaan sang putera. 241 . Hayatilah dan amalkanlah Rukun Negara dalam kehidupan anda.

d) Diperolehi Mei 27. Rukun Negara. dari http://ms. 2. Peristiwa 13 Mei (n.(n. Rukun Negara.). 3.wikipedia. 242 . Bunga Raya dan Rukun Negara. 2007. Diperolehi Mei 27. 2007. Dewan Siswa. Jabatan Penerangan Malaysia. dari http://ms. 4.org/wiki/Rukun_Negara.wikipedia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rujukan 1.org/wiki/Peristiwa_13_Mei. 2007.d. Kuala Lumpur: 2007.

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Karen Lee Yii Ping SMK Sacred Heart. melicinkan pentadbiran dan memulihkan keharmonian kaum melalui penubuhan Majlis Perundingan Negara. Sarawak M erenungi tragedi berdarah 13 Mei 1969. Sibu. “bumi mana tak ditimpa hujan”. Onak dan duri yang dilalui menjadikan kita bersemangat kental dan waja. Alhamdulillah. dihiaskan lagi dengan 243 . sedih. duka lagi hampa yang cukup mengancam ketenangan jiwa. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diamanahkan tanggungjawab suci mengembalikan keamanan. Bak kata pepatah. hasil usaha MAGERAN yang murni. kita tidak seharusnya berduka atas cabaran yang dihadapi. seluruh warga Malaysia nescaya digamit perasaan pedih. maka lahirlah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-13. sebaliknya berjuang bermati-matian mencari alternatif yang efektif membanteras halangan. Sebagai warga yang berwawasan. Rentetan itu. Malaysia. Namun sebarang bencana yang melanda akan meninggalkan inisiatif dan pedoman kepada kita agar memeras otak berikhtiar merumuskan satu formula bagi menangani masalah tersebut. Generalisasinya. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan untuk menjamin perpaduan. ibu pertiwi tercinta kita yang dicorakkan dengan pelbagai ragam manusia.

kebejatan moral penduduk acap kali dihubungkaitkan dengan kemuflisan ilmu agama. Perlembagaan Persekutuan pula melambangkan kehidupan demokrasi. melahirkan yang adil saksama. Hal ini berikutan dengan matlamat utama Rukun Negara yang berwawasan mencapai perpaduan yang lebih erat antara warga Malaysia bersempena amalan “berat sama dipikul. Konfusianisme. Sebaliknya. bangsa dan budaya berlainan dengan menanam semangat kekitaan di jiwa rakyat. Masyarakat progresif dibentuk bagi mengalu-alukan cabaran Wawasan 2020. Secara langsungnya. hasil daripada pertimbangan ahli jawatankuasa penggubal Rukun Negara tentang kepentingan agama dalam pembentukan akhlak dan sahsiah seseorang. agama berperanan sebagai benteng pertahanan menjauhkan penganutnya daripada godaan nafsu malah mengelakkan penganutnya terjerumus ke kancah hina. adat resam dan agama. Prinsip pertama yang termaktub dalam Rukun Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan. kita bersyukur ke hadrat Allah. Buddhisme. membina masyarakat progresif yang peka terhadap pembangunan sains dan teknologi moden. Rukun Negara merupakan pendekatan yang efisien untuk menyatupadukan penduduk Malaysia yang mempunyai latar belakang. prinsip-prinsip suci dalam Rukun Negara perlu dipraktikkan serta diasimilasikan dalam senario harian. membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang variasi. Taoisme. Hinduisme. Sesungguhnya. Prinsip diskriminasi dan eksploitasi diabaikan sepenuhnya dalam Rukun Negara. Kekayaan dan kebanggaan negara adalah milik bersama. ringan sama dijinjing”. Contohnya. Agama diibaratkan pelita hidup yang menerangi kehitaman bagi masa depan seseorang dan menghindarkan umatnya daripada kejahilan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei beraneka jenis budaya. memelihara satu cara hidup demokratik. Berbekalkan hati murni yang yakin akan kewujudan Tuhan. keturunan. Pelbagai ragam kebudayaan yang diwarisi turun-temurun dihargai serta diaplikasikan dalam kehidupan harian. 244 . namun warganya adalah bebas menganuti agama lain seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. agama Islam berfungsi sebagai agama kebangsaan di Malaysia.

dasar pecah dan perintah diamalkan. sebagai sebuah negara Islam yang berwibawa sememangnya tidak mengakui ideologi yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri melambangkan perpaduan rakyat. Mesir dan Maghribi terpegun dan memuji keberkesanan Malaysia membangunkan perbankan Islam. lebih 59% daripada warga Malaysia menganuti agama Islam. Ideologi ini hanya menguntungkan pihak 245 . Memang tidak dapat dinafikan kepentingan agama Islam dalam menjamin sistem pemerintahan yang teratur lagi sistematik. Malaysia. Secara umumnya. prinsip ini perlu dijunjung bagi menjamin keharmonian sejagat. Pada hemat saya. Malaysia mempraktikkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. menghindarkan salah laku seperti bohsia dan bohjan. menguruskan haji dengan sistematik. Semangat Islam Hadhari membimbing penganutnya daripada kehidupan yang terumbangambing ke hala tuju yang sebenar. Objektif agama Islam ialah menyedarkan penganutnya agar menjaga harga diri. Pemimpin penjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Sebelum tanah air mencapai kemerdekaan. Selain itu. sudah menjadi lumrah hidup bahawa kehidupan kita penuh dengan halangan dan cabaran. Walau bagaimanapun. Umat Islam yang beriman mengerjakan umrah di Mekah Al-Mukaramah berasa megah apabila Malaysia dinobatkan sebagai negara Islam contoh kerana keupayaan kita melaksanakan Islam tanpa sebarang pertumpahan darah terutamanya semasa mempertimbangkan ciri Malaysia didiami masyarakat majmuk. memesatkan perkembangan ekonomi Islam serta memerintah negara berkonsepkan “Bersih. Cekap dan Amanah” dan “Kepimpinan Melalui Teladan”. meninggalkan kejahilan. Seri Paduka Baginda. Negara lain seperti Arab Saudi. Kesetiaan kepada Raja dan Negara menduduki tangga kedua dalam prinsip Rukun Negara. perlakuan sumbang serta jenayah yang menghancurkan masa depan seseorang. bersikap mulia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kristian dan Sikhisma turut diamalkan oleh rakyat bukan Islam.

mengembangkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) malah menubuhkan beberapa agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). Pembangunan sosioekonomi penduduk menjadi tidak seimbang dan seterusnya menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir kaum. Rakyat perlu rela berkorban untuk nusa dan bangsa. Sebagai rakyat. Namun. tak hendak seribu dalih” berikrar menghapuskan ketidakadilan sosioekonomi. membasmi kemiskinan masyarakat serta mewujudkan interaksi antara kaum melalui bantuan kredit kepada usahawan-usahawan yang berpotensi. menumpukan ketaatan malahan pula kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan negara. Parlimen. para pemimpin yang berkaliber dan berjiwa bangsa melancarkan Rancangan Malaysia beriringan dengan dasardasar baru sebagai batu loncatan merealisasikan Wawasan 2020. tibalah saat-saat genting kita mencurahkan tenaga menyokong segala dasar dan saranan pemimpin serta merestui usaha mereka. taktik penjajah yang mementingkan diri sendiri tidak mampu mencabar kewibawaan pemimpin malah membangkitkan semangat berkobar-kobar para pemimpin menolak segala dasar yang mencetuskan polarisasi kaum. Perlembagaan Persekutuan 246 . mempertingkatkan taraf hidup. Warga India pula bertungkus-lumus di ladang. Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Rakyat untuk menghulurkan bantuan serta sokongan padu kepada golongan yang memerlukannya. Misalan mereka mengklasifikasikan orang Melayu yang tinggal di kampung bertumpu dalam bidang pertanian. Pemimpin Malaysia disifatkan seperti “hendak seribu daya. Prinsip ketiga yang tertera dalam Rukun Negara ialah Keluhuran Perlembagaan. Prinsip ini menekankan ketinggian perlembagaan dan keluhurannya mengatasi Yang di-Pertuan Agong. jemaah Menteri serta mahkamah. Hal ini terbukti apabila semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia akan hilang kesahihannya. Tambahan pula. kaum Cina yang menetap di bandar menjalankan perlombongan dan perniagaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei penjajah tetapi menjarakkan lagi jurang perbezaan kegiatan ekonomi penduduk tempatan.

akhirnya jatuh ke tanah jua”. Pemberian taraf kewarganegaraan juga berasaskan perlembagaan. Semangat menyanjung keluhuran perlembagaan tumbuh mekar di sanubari rakyat demi mengekalkan keharmonian sejagat. Bukan itu sahaja. kedudukan raja sebagai pemimpin berdaulat. Mujurlah rakyat Malaysia yang beretika serta berdisiplin mampu mempertahankan kesucian undang-undang. Undang-undang tidak boleh diabaikan atau dipersendakan sebaliknya perlu diiktiraf kewibawaannya. Di samping itu. agama Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi tidak boleh dicabar. Bak kata pepatah. kedaulatannya dititikberatkan lagi dipertahankan. menganuti agama serta kepercayaan lain dengan syarat tidak melanggar perlembagaan. hak asasi rakyat amat terjamin. rakyat bebas mempelajari bahasa lain. Prinsip selanjutnya ialah kedaulatan undang-undang. Prinsip ini mendukung cita-cita kerajaan mewujudkan sistem pentadbiran yang berdaulat dan bebas daripada anasir-anasir jahat yang cuba menodai kestabilan politik yang sedia ada. undang-undang merupakan hasil titik peluh pemimpin kita yang tegas tetapi tidak alpa semasa menggubalnya. Hak istimewa bumiputera pula tidak boleh dipersoalkan. “sepandai-pandai tupai melompat. Hajat Malaysia untuk mencapai sifar jenayah mustahil dicapai sekiranya rakyat Malaysia menerapkan sikap ‘endah tak endah’ terhadap kedaulatan undang-undang. Justeru. Seperti kita yang sedia maklum.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei merupakan teras perundangan tertinggi malahan pula mendukung fungsi melindungi hak asasi setiap rakyat. Seseorang yang berbuat jahat nescaya mendapat balasannya. Oleh hal yang demikian. Akan tetapi. 247 . Undang-undang yang digubal amat menekankan prinsip keadilan dan menyatakan dengan jelas bahawa semua insan adalah sama di sisi undang-undang. warga Malaysia amat berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak mencabuli kedaulatan undang-undang yang sedia ada. Hak-hak dan kepentingan rakyat termaktub dalam undang-undang yang berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan rakyat adalah liberal. Hak asasi seseorang tidak boleh dicabar kerana Malaysia mengamalkan sifar diskriminasi dan eksploitasi.

berkomunikasi dengan berkesan dan efektif antara satu sama lain untuk mengetahui budaya serta adat masing-masing agar menghindar perkelahian dan perselisihan faham. Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat dikekalkan demi membuka satu langkah lebih dekat dengan Wawasan 2020 yang bakal menjelang tiba. Dasar penerapan “Bersih.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Menginsafi pedoman daripada prinsip kelima. Rakyat merupakan tunjang pembangunan negara dan memikul tanggungjawab yang mulia untuk membangunkan tanah air yang tercinta. Amalan bersopan-santun dan bertata susila telah diamalkan sejak turun temurun lagi. 248 . berdaya saing. Penduduk bertegur sapa. Kita bersama-sama menatang cita-cita “di mana bumi dipijak. berintegriti dan memiliki kekuatan moral seiring dengan pelaksanaan prinsip ini. hujan batu di negara sendiri. Keadaan di mana “seperti enau dalam belukar. amatlah mustahak bagi kita bersopan santun dan bertatasusila semasa bergaul antara satu sama lain. Tanpa disedari. rakyat Malaysia mendapat ilham bahawa demi menjalani kehidupan di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. melepaskan pucuk masing-masing” dielakkan. lebih baik di negara sendiri” supaya dapat membanteras anasir-anasir yang cuba merenggangkan perpaduan yang dikecapi. selanjutnya mengecap motif pembentukan Rukun Negara dengan gemilangnya. Rakyat berbangga menghuni di Malaysia kerana kagum dengan perpaduan dan kemajuan negara yang dicapai. Amanah dan Cekap” melahirkan generasi yang berkomitmen tinggi. kemajuan Malaysia pada mutakhir ini adalah hasil usaha murni dan kerjasama antara pemimpin dengan penduduk. Kehidupan yang harmoni merupakan jalan pintas pembangunan negara yang pesat. Rakyat Malaysia sering mengaplikasikan dan mempraktikkan prinsip ini dalam senario harian. Kefahaman sepakat dan muafakat dicapai. Kerajaan berazam melahirkan generasi muda yang diperlengkap dengan minda kelas pertama agar pemikiran bernas mereka tidak lenyap dihanyutkan arus globalisasi. di situlah langit dijunjung” dan “hujan emas di negara orang. iaitu kesopanan dan kesusilaan.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya. jati diri dan keutuhan akhlak warga Malaysia menjamin perpaduan. mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Rakyat harus menggembleng tenaga dan berusaha dalam menjamin kepatuhan prinsip-prinsip mulia Rukun Negara. perpaduan kaum dapat dicapai dengan mudahnya. Negara Kita 249 . Pengaplikasian prinsip-prinsip Rukun Negara nescaya membentuk masyarakat yang proaktif. Secara tidak langsungnya. Biarlah peristiwa 13 Mei 1969 berlaku ibarat sejarah yang selalunya memberi iktibar kepada warga Malaysia. Murid-murid diajar prinsip-prinsip ini sejak berada di bangku sekolah lagi seperti pepatah Melayu. mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal serta demokratik. INTAN 1993. INTAN 1980. berfikiran terbuka dan bermuhibah. Hargailah usaha murni pihak-pihak yang menghasilkan Rukun Negara yang juga merupakan ubat mujarab dalam menangani rusuhan kaum. Masyarakat Majmuk dan Masalah Perpaduan (Negara kita) 3. Rakyat Malaysia mengiktiraf kewujudan Rukun Negara dan melafazkannya semasa upacara rasmi seperti dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan juga perhimpunan yang diadakan di peringkat sekolah.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Konklusinya. Rujukan 1.” Kita diselubungi perasaan megah dengan keamanan yang dikecap hasil dari pengaplikasian prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian. ikatan tali silaturahim yang erat antara rakyat pemangkin pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Rukun Negara Siri Pengetahuan Am oleh Jabatan Penerangan Malaysia 2. progresif. Hanya melalui pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara.

250 . INTAN 1991.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei 4. Malaysia Kita 5. Siri Teks Referens SPM Sejarah oleh Zamri Talib 6. Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Karangan Isu-isu Semasa oleh Liew Siaw Lin.

Malaysia diperintah oleh kabinet darurat di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Yokesvaren A/L Sunderasen SMK Taman Universiti P ada 16 Mei 1969. Akibat huruhara ketika itu. Atas kecerdikan dan kebijaksanaan golongan pemimpin ketika itu. Malah. di tempat yang tidak diduga. selepas Peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengadakan mesyuarat pertamanya pada 27 Januari 1970. Mereka telah dibunuh dek kerana ketegangan kaum yang tidak terduga dahsyatnya. Yang di-Pertuan Agong memerintahkan seluruh negara diletakkan dalam perintah darurat mulai 14 Mei 1969. satu episod duka telah menghiasi diari negara yang mengakibatkan beberapa lokasi di Kuala Lumpur menjadi merah disimbah darah mangsa-mangsa terkorban. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak Hussein telah ditubuhkan bagi menyelenggarakan hal-hal yang berkenaan dengan darurat. Tiada apa yang ingin mereka lihat ketika 251 . Parlimen digantung fungsinya. Begitulah secebis kisah Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah membunuh pemerintahan demokrasi di negara yang tercinta ini selama 22 bulan. Peristiwa hitam inilah telah mendorong Tun Abdul Razak menerusi Majlis Perundingan Negara yang dibentuk. maka satu gagasan yang telah menjadi ideologi negara ketika itu dibentuk. Mangsa-mangsa yang tidak berdosa itu telah berada di tempat yang salah.

Memelihara cara hidup yang lebih demokratik 3. universal dan hidup dalam kerukunan serta bersatu padu dalam segenap aspek dan peristiwa.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei itu. Menjamin kewujudan bangsa Malaysia yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. sosiobudaya. objektif terperinci Rukun Negara adalah seperti berikut: 1. lahirlah Rukun Negara yang diumumkan kepada bangsa Malaysia sewaktu sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1970. Besarlah harapan agar rakyat Malaysia tidak menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai lubuk perbalahan dan permusuhan kaum sehingga mengakibatkan jurang kaum yang besar. 4. permusuhan dan persengketaan. Bertepatan dengan itu. kesetiaan kepada negara. Rukun Negara menggabungkan falsafah dan semangat yang ada pada Perlembagaan Persekutuan dengan wajah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. ekonomi. Sanggup bersatu padu. Membina bangsa Malaysia yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. menggenggam matlamat dan aspirasi yang sama. Justeru. malah rela bangkit berjuang mempertahankan pertiwi dengan satu tekad dan hati yang membulat. sains dan teknologi serta modenisasi. holistik. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh bangsa Malaysia. kesaksamaan politik. Secara amnya. Matlamat Rukun Negara adalah melahirkan masyarakat yang sanggup mendepani zaman yang mencabar. Rukun Negara dibentuk bagi memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan. melainkan mahu mewujudkan satu negara dan satu bangsa berjiwa Malaysia. 2. Secara umumnya. Rukun Negara mengandungi prinsip ketuhanan. 5. kerangka perpaduan yang dibentuk ini adalah untuk menghapuskan prasangka kaum yang 252 . Disebabkan itu. Membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dengan pelbagai corak.

di samping agama itu sendiri akan menjadi perisai dan pendinding daripada kelakuan. Kepercayaan kepada Tuhan. agama ialah. sikap dan perbuatan songsang serta mungkar. Tambahan pula. Hidup yang berasaskan kepada Kepercayaan kepada Tuhan pasti membawa bahagia. malah tidak sesekali menimbulkan sebarang perkara onar dan noda yang secara tidak langsung akan merosakkan diri. Asas keagamaan dan keutamaan menjadi prinsip utama Rukun Negara kerana nilai-nilai murni dan pembentukan akhlak mulia yang ada pada ajaran agama. Menurut Kamus Dewan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei wujud di negara ini sebelum dan sesudah peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rakyat yang beragama mudah diurus. masyarakat dan negara. menduduki senarai teratas dalam prinsip Rukun Negara. Malah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang pada asasnya memberikan peruntukan yang jelas kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi di samping jaminan kebebasan beragama kepada penganut agama lain. agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. keamanan dan kerukunan serta kebahagiaan bangsa Malaysia yang tercinta. Ini kerana. Situasi ini telah menyumbang kepada kesejahteraan. “Kepercayaan Kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Kepercayaan kepada Tuhan Terdapat lima prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang perpaduan dan pembentukan bangsa Malaysia yang harmoni. di samping jaminan kebebasan beragama kepada penganut agama lain. Begitulah prinsip pertama yang menjadi pegangan dan anutan rakyat Malaysia.’ Ini jelas menunjukkan bagaimana penganut yang baik pasti akan taat dan patuh. Perlembagaan Persekutuan juga pada asasnya memberikan peruntukan yang jelas kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi. agama itu sendiri adalah asas kepada pembentukan akhlak dan moral yang akan membentuk kekuatan dalam diri seseorang individu. 253 .

tibalah giliran Tuanku Mizan Zainal Abidin memayungi rakyat mendukung konsep Raja berperlembagaan dalam menjalankan pemerintahan baginda. “Adat bersendikan agama.” Sejak 1957. kita sudah 13 kali bertukar tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong. Bertepatan dengan prinsip kedua Rukun Negara. Kesetiaan kepada raja dan negara adalah manifestasi kepada pembentukan negara bangsa (union state) yang berwibawa dan berdaulat. Apabila rakyat Malaysia mengamalkan prinsip Rukun Negara ini. rakyat Malaysia mengamalkan hidup setia dan taat serta patuh kepada Raja dan Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga adalah salah satu ciri asas yang membentuk bangsa Malaysia menjadi patriotik. sistem beraja ini adalah sebagai sumber kekuatan semula jadi kepada rakyat yang diperintah oleh baginda. Raja adalah lambang penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa penduduk peribumi. ia bukan sahaja akan membina ketenteraman dan kemakmuran negara bahkan melahirkan rakyat yang sedia berkorban untuk mempertahankan sebarang ancaman sama ada bentuk luaran dan dalaman yang mengganggu gugat keamanan dan ketahanan negara. Raja ialah Ketua Negeri yang menjadi naungan rakyat. Kini. Raja juga menjadi simbol perpaduan dan menjadi tempat untuk rakyat sebagai benteng terakhir mengenai hal check and balance dalam mempertahankan institusi awam seperti polis dan kehakiman supaya menjalankan khidmatnya dengan penuh berkesan. agama bersendikan kitabullah. selepas 50 tahun kita merdeka. kemerdekaan dan kedaulatan negara akan dapat dipertahankan. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Dengan cara ini. 254 . Gambaran ini membolehkan rakyat Malaysia menaruh sepenuh kepercayaan dan ketaatan kepada raja dalam memastikan kehidupan rakyat aman dan damai.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Bertepatan seperti yang telah dikatakan oleh Hamka. Malah. Begitu juga halnya kepada rakyat dalam negeri-negeri yang mempunyai raja.

Ia adalah Rukun Negara yang menjamin keselamatan. Perlembagaan itu ditafsirkan supaya tidak dijadikan bahan untuk menimbulkan keresahan. keturunan dan agama. Keluhuran Perlembagaan Selain itu. ketenteraman. kejayaan Petronas di peringkat dunia dan penciptaan kereta nasional Proton adalah contoh kesetiaan kepada raja dan negara. Nilai guna sesebuah perlembagaan itu sangat besar dan merupakan nyawa kepada undang-undang negara. Keluhuran Perlembagaan harus didukung bersama tanpa ada perasaan prejudis dan buruk sangka dalam kalangan rakyat demi kelangsungan keamanan negara. kestabilan dan kemakmuran rakyat serta Malaysia. suci dan unggul kerana ia dirangka untuk mengatur hidup rakyat dalam sesebuah negara. Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan dalam Perkara 4(1). “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan. tidak kurang pentingnya juga tentang prinsip ketiga Rukun Negara. Terdapat beberapa perkara dalam 255 .” Maka tidak timbul isu Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan” dan isu perlembagaan dipertikai. prinsip ini akan mendorong semua rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan semaksimum yang mungkin dalam memastikan negara berdaya saing di peringkat global. Seharusnya. Ini dibuktikan dengan kemajuan dan kemodenan yang dicapai oleh negara seperti pembinaan projek mega Multimedia Super Corridor (MSC).Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Sewajarnya. Kita tidak mahu rakyat kembali derita seperti awal 1964 sehingga Peristiwa 13 Mei yang mengorbankan banyak nyawa. Oleh itu. serta dipolitikkan bagi mencapai tujuan peribadi tanpa memikirkan soal kontrak sosial yang telah lama dipersetujui bersama sejak 50 tahun dahulu. kerana prinsip ini menjadikan bangsa Malaysia serba boleh untuk melonjakkan martabat Malaysia di peringkat antarabangsa. jurang antara kaum. perbalahan dan permusuhan antarabangsa Malaysia yang berbilang kaum. perlembagaan dianggap luhur. Keluhuran Perlembagaan.

Walhal undang-undang yang digubal oleh ahli Yang Berhormat di institusi Parlimen adalah untuk memelihara kesejahteraan sosial. keamanan dan ketenteraman awam. masih lagi tersergam indah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil untuk memberikan pendidikan kepada mereka yang memerlukannya. atau daripada mengajar atau belajar bahasa lain. betapa prinsip Rukun Negara. Dalam konteks Keluhuran Perlembagaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Perlembagaan boleh meretakkan hubungan sesama rakyat. kelompok. bangsa Malaysia tidak pernah dihalang untuk menggunakan atau mempelajari bahasa ibunda masing-masing. perlu berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang telah digubal. Antaranya dalam Perkara 152(1)(a) yang mengatakan “dengan syarat tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud lain daripada maksud rasmi). prinsip Rukun Negara ini sepatutnya harus dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia kerana ia adalah sebaik-baik amalan dalam mewujudkan negara yang aman. masalah keruntuhan akhlak dan kelakuan songsang yang semakin membimbangkan masyarakat Malaysia. boleh dijadikan penanda aras. Maknanya. organisasi dan masyarakat supaya dapat mengekalkan tatacara hidup berbudi 256 . Negara memerlukan undang-undang dan peraturan bagi mengawal segala tindak tanduk individu. prinsip kedaulatan undang-undang diperkukuhkan dengan prinsip keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Undang-undang Dewasa ini. toleransi dan muafakat. Amalan hidup rakyat Malaysia yang setia dan taat kepada negara. Atas semangat inilah sehingga hari ini. Kedaulatan Undang-undang semakin dilupakan.” Apabila hanya perkara 152(1) sahaja difahami dengan mengabaikan klaus 152(1)(a) maka ada segelintir rakyat Malaysia yang memahami seolah-olah Perlembagaan hanya membenar penggunaan bahasa Melayu tetapi.

dikenakan kompaun berjumlah RM22. undang-undang yang dikenakan kepada rakyat bawahan mestilah dikenakan juga kepada ‘orang besar’ yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki masyarakat. Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyetujui pelaksanaan undang-undang moral seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 15 April 2005 adalah manifestasi kepada prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pekerti dan berakhlak mulia. hukuman telah setia menunggu di kandang orang bersalah. Ini kerana apabila seseorang rakyat itu melakukan kesalahan.5000 kerana menjual milo ais dengan harga RM1. Rakyat Malaysia mesti bertanggungjawab untuk memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Sebarang tindakan yang bercanggah dengan undang-undang akan mendatangkan mudarat yang besar dan meletakkan kepentingan negara dalam keadaan terancam dan tergugat. kedaulatan undang-undang yang tertera pada prinsip Rukun Negara yang keempat ini dijunjung tinggi dan tidak dibiarkan begitu sahaja hanya kerana kekuasaan yang disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Seharusnya usaha dan tindakan pihak berkuasa ini patut dipuji tetapi sepatutnya tindakan yang sama juga harus dikenakan kepada pemilik premis yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan kawalan seperti beras dan minyak masak. Sepatutnya. Kesannya. Restoran Nasi Kandar Tanjung di Jalan Hiliran. Beliau bersetuju rakyat Malaysia 257 . Kesopanan dan Kesusilaan Usaha dan tindakan YAB Perdana Menteri. Justeru. melebihi harga biasa. Contohnya dalam kes bertarikh 27 Mei 2007 dalam Utusan Malaysia yang melaporkan. ketenteraman awam dan keamanan negara akan terlaksana sekiranya undang-undang dipatuhi oleh segenap masyarakat ke peringkat pimpinan atasan.80 segelas.

Nilai-nilai murni dan cara hidup bersopan santun ini telah menjadi kempen Kementerian Kebudayaan. Tambahan pula.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei perlu mengamalkan kesopanan dan kesusilaan walau di mana jua. Pelaksanaan undang-undang moral secara tidak langsung akan melahirkan rakyat Malaysia yang budiman dan berakhlak mulia. Amalan nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara yang terakhir ini diharap dapat menjadikan institusi keluarga lebih bahagia dan institusi masyarakat hidup dengan penuh kerukunan. Rukun Negara yang garap dan di acu dengan lenggok budaya Malaysia ini sewajarnya menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Mendiang Tun Sambanthan serta semua pemimpin utama dari Semenanjung. penghayatan falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara ini perlu disematkan dalam hati dan diamalkan dalam setiap perbuatan dan tingkah laku 258 . Kesenian dan Warisan Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2005 sejajar dengan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukun Negara. Mendiang Tun Tan Siew Sin. Kita tidak dapat menafikan jasa dan budi pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Prinsip utama yang ingin digembleng dalam Kesopanan dan Kesusilaan ini adalah berbudi bahasa dan mempunyai jati bangsa yang mampu menahan segala asakan dan tingkah laku songsang yang meruntuhkan akal budi seorang manusia. pelaksanaannya ini adalah sebahagian daripada pembentukan budi pekerti mulia. Sabah dan Sarawak yang berkerah keringat dan segalagalanya bagi memastikan negara yang tercinta ini tidak terjerumus ke kancah kehancuran akibat peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei 1969. Oleh itu. Kewujudan Rukun Negara yang tersusun indah ini bukan sekadar untuk dihafal semata-mata tetapi yang paling penting. rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup yang bersopan santun dan bernilai murni. Amalan nilai-nilai murni serta budi bahasa adalah penting dalam membangunkan bangsa Malaysia yang bertamadun. Kesimpulannya. Allahyarham Tun Abdul Razak.

pmo.my/index.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kita.php 3. http://www.utusan. 259 . http://www.gov. Rujukan 1. Dengan ini. terbitan Kementerian Kebudayaan.com. http://www. Kesenian dan Warisan.my 4. Budi Bahasa Budaya Kita.kempen.my 2. tidak sia-sia usaha pemimpin kita yang terdahulu bertungkus-lumus menyelamatkan negara tercinta ini daripada hancur dimamah rantaian belenggu penjajah.gov.

.

Selain itu.A. 261 . rakyat Malaysia telah berikrar untuk mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Bagi mencapai cita-cita tersebut. Walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Kuala Lumpur M alaysia merupakan sebuah negara yang unik dan istimewa. Perdana Menteri Malaysia. budaya dan bahasa. agama. Y. Malaysia juga ingin menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang variasi serta membina satu masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden untuk membangunkan negara. Ini kerana Malaysia mengamalkan Rukun Negara yang menyeru agar rakyat Malaysia untuk mendukung cita-cita mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. rakyat Malaysia diseru untuk mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin dalam kalangan warga Malaysia yang berlatar belakangkan pelbagai kaum. rakyat Malaysia masih boleh hidup dengan aman sejahtera. mencipta satu masyarakat yang adil dengan kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Ho Eileen SMK Datok Lokman. Ini dapat dilakukan dengan memelihara satu cara hidup demokratik.B. menyeru kepada warga Malaysia untuk sama-sama berusaha memperkukuhkan perpaduan nasional.

Sejarah Rukun Negara Bagi mewujudkan perpaduan supaya negara maju. Contohnya. Hormat-menghormati antara agama masing-masing perlu diamalkan oleh setiap warga Malaysia untuk mewujudkan suasana harmoni. Toleransi juga merupakan asas perpaduan kaum dan kunci keharmonian negara. kedaulatan negara akan terjejas. Cina dan India. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha oleh orang Melayu. Cuba anda bayangkan jika tiada perpaduan. Rukun Negara merupakan ideologi negara 262 . gemilang dan terbilang. Justeru. bercerai kita roboh”. rakyat Malaysia perlu mengamalkan prinsip-prinsip dan objektif-objektif dalam Rukun Negara. berpakaian kemas dan sopan serta tidak mencaci kepercayaan kaum lain. Ini kerana. Jika masalah ini bertambah serius. toleransi ditakrifkan sebagai seseorang individu yang mempunyai kesanggupan untuk bertolak ansur. menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum dalam sesuatu majlis. Tahun Baru Cina oleh orang Cina dan Deepavali yang diraikan oleh orang India. taraf hidup rakyat bertambah maju dan wujudnya masyarakat Malaysia yang cemerlang. Perpaduan kaum pula merupakan matlamat penting kerana kepelbagaian kaum di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu. Bak kata pepatah Melayu “bersatu kita teguh.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Toleransi Nilai atau amalan toleransi amat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia. Selain itu. sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham dalam pergaulan seharian demi kesejahteraan hidup. Sikap toleransi yang sering dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia antaranya. kepelbagaian perayaan diadakan di Malaysia. perpaduan kaum perlu diamalkan bagi mewujudkan keadaan yang harmoni agar tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan. perpecahan kaum akan berlaku dan seterusnya menyebabkan pergaduhan antara kaum.

pihak Inggeris telah berusaha untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah ini. Orang Melayu telah ditempatkan di desa untuk bekerja sebagai petani. Orang Cina pula bekerja di bandar untuk berniaga manakala orang India bekerja di estet. Peristiwa tersebut dianggap sebagai peristiwa berdarah 13 Mei 1969. politik dan perundangan. satu kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf bandar raya kepada Pulau Pinang. kebudayaan. Inggeris menggalakkan kemasukan buruh dari negara China. ekonomi. Berikutan itu. nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial dari segi keagamaan. Keadaan ini telah berterusan sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perbalahan yang sama telah berlaku secara kecil-kecilan di Pangkor pada 1960 dan di Bukit Mertajam pada 1966. 263 . satu rusuhan kaum yang serius telah berlaku. Selepas peristiwa tersebut. telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Inggeris juga telah memperkenalkan dasar ‘pecah dan perintah’ yang memisahkan orang Melayu. Melalui dasar ini. Pada 13 Mei 1969. Pembentukan Rukun Negara bermula apabila pihak Inggeris menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan dasar imigrasi liberal. India dan Indonesia. setiap bangsa mempunyai sekolah aliran masing-masing yang mempunyai sukatan pelajaran yang berbeza. Dari segi pendidikan pula. Pada 1956. Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Tun Abdul Razak.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat. pekerjaan dan pendidikan. untuk melombong bijih timah dan menjalankan perniagaan di bandar-bandar dan estet dengan keuntungan dikaut oleh pihak Inggeris. Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. iaitu setahun sebelum kemerdekaan. Cina dan India dari segi tempat tinggal.

Berasaskan keputusan tersebut. Objektif ketiga ialah mencipta satu masyarakat yang berganding bahu di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Ekoran itu. kepentingan bangsa dan negara perlu diutamakan. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman. Tun Tan Siew Sin dan Tun V. Rukun Negara diwujudkan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. Demokrasi adalah amat penting untuk mewujudkan suasana yang aman damai. Tanpa mengira taraf atau bangsa setiap anggota 264 . telah merumuskan supaya satu ideologi negara yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum diwujudkan di negara ini.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Majlis Perundingan Negara ini terdiri daripada Pengerusi. persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. wartawan. tiga orang Menteri iaitu Tun Dr. maka lahirlah Rukun Negara. Semua bangsa perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Perlembagaan Negara diwujudkan untuk membolehkan rakyat Malaysia bebas melibatkan diri dalam politik dan menjamin kebebasan hak asasi selagi tidak melanggar undangundang. Namun begitu. perkhidmatan awam. wakil-wakil dalam kalangan tokoh agama.T Sambanthan. semua rakyat Malaysia dapat bekerjasama untuk membangunkan ekonomi Malaysia. kesatuan sekerja. badan-badan profesional. Objektif Rukun Negara Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu lima objektif dan prinsip. Objektif kedua ialah memelihara satu cara hidup demokratik. Tun Abdul Razak bin Hussein yang juga Pengarah MAGERAN. Mesyuarat pertama yang diadakan pada 27 Januari 1970 dengan dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN. Dengan perpaduan. wakil-wakil kerajaan negeri. wakil-wakil parti politik. Sekiranya berlaku sebarang masalah yang melanda negara ini. Seperti mana yang kita sedia maklum. Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. hak-hak serta kebebasan ini tidak boleh disalahgunakan bagi memusnahkan demokrasi.

satu sikap yang liberal dapat dibentuk. sains dan teknologi. Secara tidak langsung. dengan pencapaian ini. bangsa dan agama. Bukan sahaja sumber-sumber negara dibahagikan sama rata kepada semua kaum di Malaysia. Masyarakat di Malaysia juga mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama. ia tidak akan menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia dan terkeluar daripada batas-batas agama serta nilai-nilai ketuhanan. Objektif keempat ialah membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. malah dari segi undangundang hukuman yang dikenakan adalah adil tanpa mengira warna kulit. Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan kebudayaan. tetapi setiap anggota masyarakat harus mewujudkan ikatan persaudaraan yang menjadi sumber kekuatan bangsa dan negara. objektif untuk mencipta satu masyarakat yang adil dapat diwujudkan. Justeru. adat resam dan kebudayaan masing-masing sejajar dengan matlamat perpaduan negara. Dengan itu. Ia ditakrifkan sebagai seseorang yang mempercayai kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan 265 . Meskipun demikian. Tujuan objektif ini adalah untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. kerajaan negara ini bercita-cita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang progresif bagi mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Prinsip Rukun Negara Prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan. Objektif yang terakhir ialah membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden. Walaupun mempunyai perbezaan. Dunia kini sedang berkembang maju dan menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu mendadak dalam bidang ilmu pengetahuan.

akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat kerana setiap agama telah mengajar penganutnya untuk berbuat baik. kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. Menurut Perlembagaan Persekutuan. Seseorang itu adalah dilarang menghina dan membeza-bezakan seseorang warganegara atas alasan agama. Perlembagaan Malaysia memainkan peranan sebagai satu bahan rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan. kandungan serta latar belakang sejarah terbentuknya Perlembagaan Negara. 266 . agama-agama dan kepercayaankepercayaan lain boleh diamalkan. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Prinsip ini menyatakan rakyat sedia menerima. Walau bagaimanapun. Setiap agama mempunyai kepercayaan tersendiri. menghargai dan memahami maksud. Prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama kerana Jawatankuasa penggubal Rukun Negara telah menyedari pentingnya agama dalam kehidupan manusia dan pentadbiran negara. perundangan. perlu dihayati kerana ia melambangkan perpaduan. Oleh itu. Prinsip ketiga ialah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan Negara digubal dengan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Perlembagaan Negara merupakan perundangan yang tertinggi dan fungsinya adalah untuk memberi perlindungan dan menjaga hak serta keistimewaan rakyat Malaysia sebagai warganegara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Tuhan. Setiap individu juga perlu setia kepada raja dan negara. Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Sistem beraja yang diamalkan. Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ini bukan sahaja menyatukan rakyat Malaysia malah memupuk perasaan cintakan negara. warga Malaysia perlu menghormati. Melalui kepercayaan beragama ini. Ia merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak. mematuhi dan mempertahankan Perlembagaan Negara.

Sikap sopan santun dan bertatasusila yang tinggi. Setiap rakyat mempunyai taraf yang sama di sisi undang-undang. penting dalam perhubungan dan pergaulan seharian. Setiap individu perlu menerapkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. bertujuan untuk meningkatkan budi bahasa rakyat Malaysia. rakyat akan berasa selamat dan pentadbiran negara mampu dilaksanakan dengan lancar. Walau bagaimanapun. Undang-undang merupakan satu bahan rujukan untuk memberi hukuman yang setimpal kepada mereka yang melakukan kesalahan. Tanpa undang-undang. malah perlu diterima dan dihormati. Selain itu. Jika rakyat tidak mematuhi Perlembagaan Negara. Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta hak-hak istimewa orang Melayu. Undang-undang negara perlu dipertahankan dan diterima oleh semua rakyat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Aspek-aspek utama Perlembagaan adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Undangundang adalah penting untuk menjamin keselamatan rakyat sebuah negara. kedaulatan undang-undang tidak boleh diabaikan. kestabilan negara akan tergugat. hak-hak kaum bukan Bumiputera turut diberikan. Dengan undang-undang. Mereka diberi taraf kewarganegaraan Malaysia. Ia menekankan sikap dan tingkah laku seseorang individu. Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang dianjurkan. Prinsip yang terakhir ialah Kesopanan dan Kesusilaan. tidak aman dan stabil. Oleh itu. Undang-undang dapat menjamin hakhak seseorang individu dan dapat melaksanakan perkara-perkara yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Oleh itu. penggunaan bahasa asing juga tidak dilarang dan orang bukan Islam bebas menganuti agama masing-masing. Islam sebagai agama rasmi. negara akan berada dalam keadaan huru-hara. Perlembagaan Negara merupakan satu tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja. sikap ini penting untuk mewujudkan individu yang berdisiplin dan bermoral agar dapat mewujudkan 267 .

sosial dan politik.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei suasana yang harmoni. Pengajian Kenegaraan Malaysia STPM: TQM Consultants Sdn. Kesannya. 3. prinsip ini penting kerana dapat mewujudkan masyarakat yang berbudi bahasa. Rujukan 1. imej negara dapat dipelihara. Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia: Jabatan Penerangan Malaysia (2006). bertatasusila dan bersatu padu. Pendidikan Moral Tingkat Lima: Dewan Bahasa dan Pustaka (2003). bersopan santun. Kesimpulannya. Rukun Negara dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia serta memajukan negara dari segi ekonomi. Seharusnya. 2. Dengan mengamalkan prinsip ini. 268 . masyarakat luar memandang tinggi kredibiliti kita yang seterusnya mampu meningkatkan sektor pelancongan negara. Rukun Negara perlu dijadikan amalan hidup rakyat Malaysia pada setiap masa. (2005). Bhd.

ekonomi dan sosial. Kuantan. Sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pertama. suasana politik di negara ini sentiasa terkawal. kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah membawa implikasi yang cukup besar dalam memajukan negara antaranya ialah dari segi politik. kemerdekaan dan kesejahteraan hidup yang kita nikmati hari ini tidak dapat kita kecapi. iaitu bebas daripada penjajahan kuasa asing. kita harus mengingati dan mengenang jasa-jasa pemimpin negara kita sebelum ini. Tetapi. Jepun serta Portugis dan Belanda. rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa. Oleh sebab itu. Justeru. implikasi kemerdekaan terhadap negara dan rakyat dari segi politik merupakan implikasi yang penting dan asas dalam pembentukan ekonomi dan sosial.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Abdul Azim Bin Arshad SMK Bukit Goh. Disebabkan penjajahan yang berterusan. kita telah mempunyai kerajaan sendiri yang memerintah negara ini. rakyat hidup susah meskipun hasil negara kita begitu mewah. melalui pemerintahan sendiri. Zaman penjajahan rakyat hidup menderita dan menjadi hamba di negara sendiri sebaliknya bertuankan penjajah asing. negara kita telah dijajah oleh kuasa asing seperti Inggeris. Pahang K emerdekaan membawa maksud kebebasan. Perdana Menteri terdahulu dan kini telah banyak menabur jasa 269 . Jadi. Dari segi politik. Tanpa mereka.

Lahirnya MAGERAN kemudian Rukun Negara yang menjadi kunci perdamaian antara kaum. iaitu Filipina dan Indonesia. Selain itu. Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak juga pemimpin yang banyak berjasa terutamanya dalam usaha menjadikan Asia Tenggara “kawasan aman. bebas dan berkecuali” daripada sebarang bentuk campur tangan kuasakuasa luar. cinta beliau terhadap keamanan dan kedamaian adalah amat mendalam. Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan keharmonian negara. Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri Kelima dan kini Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Allahyarham Tun Abdul Razak telah memainkan peranan penting sebagai Menteri Pertahanan dengan menyelesaikan krisis tersebut secara aman. Terdapat lima prinsip penting dalam Rukun Negara yang ditekankan iaitu Kepercayaan 270 . Usaha untuk mencapai kemerdekaan bukannya mudah kerana melalui proses perundingan dan pemuafakatan sebelum persetujuan dicapai dengan British. Rombongan kemerdekaan ke London yang diketuai Tunku Abdul Rahman ternyata membuahkan hasil dan negara bebas daripada cengkaman penjajah asing selama hampir 446 tahun. Perdana Menteri Keempat Tun Dr. Dalam kes ini. Tragedi 13 Mei 1969 menjadi iktibar kepada kita semua.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kepada kita. Perdana Menteri Ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn. Keamanan telah dikembalikan dan perpaduan kaum telah dipupuk. Kelima-lima Perdana Menteri ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam usaha memajukan negara kita dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Allahyarham Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Pertama adalah Bapa Kemerdekaan Negara kerana jasa beliau memerdekakan negara kita pada 31 Ogos 1957. Perdana Menteri Pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 merupakan peristiwa yang bersejarah bagi negara kita walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya negaranegara jiran kita. Seperti yang kita semua ketahui.

Contohnya dalam sektor pertanian Malaysia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia. Selepas negara mencapai kemerdekaan banyak perubahan telah berlaku. Kota Kinabalu dan banyak lagi. Melaka. Terdapat pelbagai sumber dan kegiatan ekonomi yang menjana pendapatan negara contohnya. Selain itu. lada hitam. Dianggarkan hampir 20 juta pelancong asing akan melawat Malaysia pada tahun ini dan jumlah ini akan meningkat setiap tahun. Contoh jelas dapat dilihat daripada aspek pengangkutan. Di samping itu. industri pelancongan juga merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara. industri pelancongan. Kesusilaan. Semua hasil ini dikaut oleh Kerajaan British ketika itu dan rakyat tempatan hanya sebagai pekerja sahaja. Sektor perindustrian juga mencapai perkembangan yang pesat. Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. perkilangan dan sebagainya. implikasi kemerdekaan juga telah memberi impak kepada ekonomi negara. kesihatan. keindahan pantai. Antara hasil sektor perlombongan utama ialah bijih timah manakala sektor pertanian ialah getah. Malaysia menawarkan banyak tempat menarik yang bersejarah. pertanian. perbandaran. sistem pendidikan dan sebagainya. Sebelum negara mencapai kemerdekaan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu dimonopoli oleh kerajaan British iaitu sektor perlombongan dan pertanian. Implikasi kemerdekaan turut memberi kesan kepada aspek sosial. pusat membelibelah dan sebagainya untuk pengunjung tempatan dan asing. Namun keadaan ini berubah selepas merdeka kerana rakyat tempatan menjadi pemilik di negara sendiri. Kesan sosial seperti perbandaran merupakan kesan yang dapat dilihat 271 . Kesetiaan kepada Raja dan Negara. teh dan rempah ratus. Keluhuran Perlembagaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kepada Tuhan. Kita sepatutnya berasa bangga kerana bumi Malaysia kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Antara destinasi popular ialah Pulau Langkawi.

klinik dan sebagainya. Proses pembandaran ini lengkap dengan kemudahan awam dan sosial seperti jalan raya. Aspek perkhidmatan kesihatan juga mencapai kejayaan yang membanggakan. Sistem pendidikan sekolah rendah atau sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga dikatakan berpotensi berkembang seiring dengan perubahan zaman. Pendidikan agama dan akhlak diterapkan di sekolah-sekolah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia. Pusat-pusat kesihatan ini lengkap dengan infrastruktur dan peralatan moden bagi merawat pesakit dengan kos rawatan yang paling minima sejajar dengan dasar Kerajaan memberi perkhidmatan sempurna bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Kini Malaysia mempunyai lebih kurang 49 pusat kesihatan seperti hospital kerajaan. pusat kesihatan. Kerajaan juga membenarkan sistem pendidikan jenis Kebangsaan Cina dan India dipraktikkan bagi memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia memilih sistem pendidikan tanpa melunturkan semangat kebangsaan. hospital swasta. Sistem pendidikan juga telah mengorak langkah jauh ke hadapan. Kadar celik huruf dan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. sekolah. rakyat dapat menikmati hasil daripada perkembangan pembandaran ini dengan lebih selesa dalam keadaan negara yang aman.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dengan jelas pada hari ini. Sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah sentiasa dikemaskinikan mengikut keperluan semasa. Kini. bank dan sebagainya. tetapi kini Malaysia mempunyai 11 buah universiti awam dan enam buah kolej universiti serta mempunyai lebih 100 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Jika sebelum merdeka. 272 . Ia bertepatan dengan pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pusatpusat bandar baru serta perumahan-perumahan baru telah muncul dan berkembang pesat. negara kita hanya mempunyai sebuah universiti. Perbandaran secara amnya bermaksud perubahan daripada pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.

Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia (MPOPC) Tingkat 2. Jalan Perbandaran 47301 Kelana Jaya. Proton dan Tenaga Nasional Berhad yang menjadi kebanggaan rakyat negara ini. Rujukan Majalah 1. “ICT JELAS”. Dalam tempoh 50 Tahun Malaysia merdeka telah berlaku banyak perubahan dari segi politik. Kegigihan berterusan pihak pemerintah selepas merdeka telah berjaya membuktikan bahawa penduduk negara ini berupaya memajukan sektor ekonomi moden dan mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan hingga ke peringkat global. “Anjakan Bangsa. Jilid 03 Bil. Negara kita semakin maju sehingga banyak melahirkan pemimpin yang berwawasan serta disegani. 2. 02 Jabatan Penerangan Ibu Pejabat Felda Jalan Perumahan Gurney 54000 Kuala Lumpur 3. taraf hidup masyarakat semakin meningkat dan kadar kemiskinan dapat dikurangkan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Ternyata kemerdekaan negara memberi implikasi yang besar dalam memajukan negara dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat seperti yang kita nikmati hari ini. Lot 6 SS6. Maka kita seharusnya bersama-sama berganding bahu dan berusaha memelihara kemerdekaan ini demi masa depan negara agar kemerdekaan ini berterusan dan dapat dinikmati sehingga ke generasi yang akan datang. Wisma Sawit. ekonomi dan sosial. kejayaan Petronas. Sebagai contoh. Hasil kemerdekaan negara juga mencorakkan kemajuan negara tanpa mengikut telunjuk sesiapa. Selangor Darul Ehsan 273 . Selain itu.” Zainuddin Maidin Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Malaysia. 03 dan Jilid 05 Bil.

Koleksi Skrip Pengisahan Kenegaraan 2005 Jabatan Penerangan Malaysia 2006 6. Kelahiran Sebuah Negara Merdeka 1946-1963 Tajaan Petronas. 31 Ogos 2005. 2006 7. Terbitan Berita Harian Sdn. Malaysia 2005 Jabatan Penerangan Malaysia Akhbar 8. Jabatan dan Agensi di Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia. Bhd. Kementerian-kementerian.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Buku 4. Kuala Lumpur 2005 5. 274 . Hari Kebangsaan Malaysia: Tema dan Logo (1957-2005) Jabatan Penerangan Malaysia.

Pulau Pinang M erdeka! Merdeka! Malaysia Mampu Merdeka! Sekiranya kalimah agung ini dilafazkan 50 tahun yang lepas. boleh dikatakan setiap jiwa di Tanah Melayu pada masa itu akan tampil ke platform keadilan hanya untuk merealisasikannya. Rata-rata lapisan masyarakat daripada pelbagai bangsa dan agama tidak kira daripada seorang pemuda gagah perkasa hingga kepada seorang nenek tua tidak berdaya. kemerdekaan mutlak merujuk kepada masyarakat yang merdeka untuk memerintah negara sendiri. kesemuanya akan bersatu untuk suatu matlamat murni iaitu untuk mencapai azimat unggul yang dinamakan kemerdekaan mutlak. Dalam konteks ini. Kita tidak perlu lagi berlindung di bawah bayang-bayang kezaliman dan janji-janji penjajah yang kebanyakannya hanya seperti indah khabar dari rupa.50 TAHUN NEGARA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Mohd Azrul Affandi Bin Md Kassim SMK Teknik Seberang Perai. Bukit Mertajam. Semua impian seolah-olah menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri pertama kita melaungkan kalimah ‘merdeka’ bersama-sama rakyat apabila hak kemerdekaan telah dirampas kembali daripada cengkaman penjajah. 275 . Merdeka untuk menikmati hasil bumi negara yang dicintai dan yang paling penting merdeka untuk bebas menjadi diri sendiri.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

50 tahun sudah berlaku sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan buat julung-julung kalinya. Sudah 50 tahun masa menjarakkan kita daripada belenggu penjajah. Sesungguhnya, pada hari ini kita bangga mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Pada hakikatnya, dalam tempoh 50 tahun ini, Malaysia gah mencapai zaman kegemilangannya. Kegemilangan ini sentiasa berkembang bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak pembaharuan telah dibawa, daripada pembinaan bangunan pencakar langit sehinggalah kepada penciptaan teknologi siber yang serba canggih dan maju. Sungguh mengharukan sebenarnya apabila mengenangkan bahawa perkara yang menjadi titik tolak kemajuan yang dimiliki pada hari ini semuanya disebabkan oleh kesungguhan tokoh-tokoh intelek masa lalu yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam diri mereka untuk menjadi warganegara merdeka di tanah air sendiri. Adalah sesuatu yang mengagumkan apabila melihat semangat juang yang kental dalam sanubari mereka untuk mempertahankan hak asasi diri dan tanah air. Sudah terlakar dalam sejarah negara namanama seperti Tok Janggut, Dol Said, Mat Salleh dan ramai lagi yang telah mengharumkan persada negara. Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan tokoh-tokoh berkenaan merupakan suatu anugerah, suatu lagenda. Dalam arus globalisasi ini, masyarakat sering bersikap alpa terhadap pengorbanan mereka. Ketahuilah, tanpa mereka siapalah kita pada hari ini. Renungkanlah, jika mereka sanggup untuk memerah keringat, terlalu takut untuk bermandikan darah, mungkin kita masih berada di bawah tampuk penjajahan asing. Jikalau pada hari bersejarah itu Perdana Menteri kita, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak memiliki keberanian dan semangat yang secukupnya untuk memohon kemerdekaan di London, pasti pada hari ini negara kita masih mengikut telunjuk kuasa luar. Insafilah, bahawa segala keperitan dan susah payah yang dilalui oleh tokoh-tokoh yang berkenaan, daripada peristiwa Portugis menguasai Melaka sehinggalah ke era Jepun bermaharajalela di
276

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

pelosok Tanah Melayu, hanyalah untuk kesejahteraan anak cucu mereka iaitu generasi muda pada hari ini. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita selaku pemangkin masa depan Malaysia untuk bermuafakat demi meneruskan perjuangan mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan negara, bak kata pepatah muafakat membawa berkat. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah drastik dengan menggariskan suatu peraturan tetap di mana setiap sekolah dan institusi pengajian di Malaysia diwajibkan untuk mempelajari subjek sastera berunsurkan nilai patriotik terhadap negara. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat dalam zaman atom ini supaya bersemangat merdeka dalam erti kata yang sebenar terutama dari segi pembangunan lahiriah, sahsiah dan cara hidup dalam pergaulan seharian. Bukan itu saja, Malaysia juga menyambut ulang tahun kemerdekaannya pada setiap tahun. Boleh dikatakan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaannya, tidak sekalipun kerajaan Malaysia pernah melupakan agenda sambutan hari bersejarah yang amat bermakna ini. Apabila difikirkan semula, apakah rasionalnya majlis ulang tahun kemerdekaan yang acap kali menjadi buah mulut rakyat kita ini? Adakah sekadar untuk bermegah-megah dengan kemajuan yang telah di kecapi? Atau adakah sekadar untuk melihat pelancaran bunga api yang berwarna-warni selama sepuluh minit pada tiap-tiap tahun? Sudah tentu tidak! Hal ini kerana tujuan sebenarnya hanyalah untuk menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Susah payah mereka bermandikan peluh serta darah hanya untuk mengambil kembali sesuatu yang memang sepatutnya menjadi hak mutlak diri masing-masing. Justeru, adalah suatu perbuatan yang tidak wajar sekiranya kita mengetepikan pengorbanan serta jasa baik mereka dengan bersikap seperti kacang lupakan kulit. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa semua orang bersetuju apabila saya mengatakan bahawa perjuangan yang diteruskan oleh tokoh-tokoh negara pada masa sekarang juga tidak kurang hebatnya. Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara luar
277

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

yang maju seperti Amerika Syarikat, Rusia, Jepun dan lain-lain lagi dengan wujudnya ketokohan pimpinan yang unggul. Adalah menjadi tamparan hebat kepada negara-negara maju itu apabila sebuah negara membangun seperti Malaysia yang pada masa lalu menjadi wilayah kekuasaan mereka telah berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, setaraf dengan kemajuan negara mereka. Sudah pastinya, pemimpin-pemimpin agung yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan para Perdana Menteri kita sendiri. Daripada Tunku Abdul Rahman yang mendapat hak kemerdekaan untuk rakyat sehinggalah Perdana Menteri kita sekarang iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kesemuanya hebat-hebat belaka. Mereka adalah tokoh yang sangat bijaksana yang telah membawa kita keluar daripada zaman kemunduran. Semuanya bermula apabila Tunku Abdul Rahman Putra berjaya dalam rundingannya di London bagi mendapatkan kemerdekaan bagi anak-anak Tanah Melayu. Dari saat itu, beliau telah membawa masuk pelbagai pembaharuan dari segi sistem pentadbiran, perundangan, ekonomi dan politik. Sehingga hari ini di seluruh Malaysia masih mengenangnya sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Seterusnya tampuk pemerintahan negara diteruskan oleh Perdana Menteri kedua kita iaitu Tun Abdul Razak. Beliau membawa kelainan dalam aspek pentadbirannya dengan mementingkan aspek pembangunan. Pada zaman pemerintahannya, negara kita pesat membangun dengan pembinaan pelbagai bangunan yang menjadi lambang keperibadian negara. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Negara. Selepas beberapa tahun, Tun Hussein Onn menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Beliau yang dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara, telah memberi sumbangan besar dalam konsep pentadbiran Malaysia demi memajukan bumi berdaulat ini, “bapa borek, anak rintik,’ inilah perumpamaan yang sesuai diberi apabila anaknya turut meneruskan usaha murni beliau selama ini. Tokoh tersebut tidak lain tidak bukan tentulah Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran kita sekarang.
278

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selepas peninggalan mereka, jawatan Perdana Menteri yang keempat diambil alih oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau merupakan pemimpin yang arif lagi berwibawa sehingga berjaya menggemparkan negara-negara asing yang maju dengan perubahan cara pemerintahan serta anjakan paradigma yang diterapkan kepada rakyat Malaysia. Idea-idea beliau yang bernas dan cara pentadbiran yang efektif menjadikan beliau antara pemimpin terulung yang disegani ramai. Antara konsep yang diperkenalkan dan menjadi panduan dalam sistem pemerintahan pada hari ini adalah Wawasan 2020. Beliau mengetengahkan usaha ini untuk menjadikan Malaysia negara yang maju dalam semua aspek dengan mengikut caranya yang tersendiri tanpa terikat dengan corak pentadbiran negara asing. Beliau telah dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pemodenan Malaysia dan menjadi contoh kepada generasi masa sekarang. Pada dasarnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun. Negara kita dijangka akan tersenarai dalam senarai negara maju menjelang tahun 2020. Hal inilah yang sedang diusahakan oleh Perdana Menteri kita pada hari ini, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menyeru agar semua rakyat Malaysia menggembleng tenaga dan usaha ke arah mencapai matlamat murni tersebut. Hal ini kelihatan begitu izhar sekali semasa beliau berkata “Jangan bekerja untuk saya, bekerjalah bersama saya.” Dewasa ini boleh dikatakan bahawa sudah wujud seribu satu pencapaian yang dicapai oleh negara Malaysia. Usia 50 tahun kemerdekaan digunakan sepenuhnya untuk maju dalam semua bidang kehidupan. Sebagai contoh, bidang pendidikan adalah keutamaan mutlak pada masa kini. Kerajaan Malaysia sanggup membelanjakan bilion-bilion ringgit setahun untuk biasiswa kepada pelajar cemerlang sebagai intensif kepada mereka bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekolah-sekolah diberi pelbagai kemudahan yang serba canggih dan pembelajaran alternatif seperti e-pendidikan yang diajar menggunakan komputer di sekolah-sekolah bestari yang terpilih.
279

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Selain itu, kemajuan alam siber dan teknologi turut diberi perhatian. Malaysia telah menyediakan ramai jurutera pakar dalam bidang automotif, elektronik dan lain-lain. Setakat ini, pencapaian dalam bidang ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Jepun telah dijadikan negara contoh yang ideal dalam bidang ini. Harapan kerajaan Malaysia adalah semoga kemajuan bidang teknologi negara menjadi setaraf dengan kecemerlangan di negara matahari terbit itu. Aspek pertanian juga tidak diabaikan dan kerajaan sedang berusaha mempergiatkan lagi bidang ini dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar dan peluang pekerjaan yang luas dalam sektor berkenaan. Dalam pada itu, mutu sukan negara turut dipertingkatkan. Sukan seperti bola sepak, badminton, hoki, boling dan sebagainya sudah acap kali mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia. Malaysia sudah merangkul banyak pingat serta piala dalam bidang sukan sejak dari awal penglibatannya lagi. Negara kita juga pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel suatu ketika dahulu. Hasilnya, Malaysia telah melahirkan ramai atlet-atlet yang berbakat seperti Nicol Ann David, Alex Yoong, Rashid Sidek dan ramai lagi. Dari segi pembangunan, bumi berdaulat ini telah muncul sebagai negara paling agung dalam aspek seni bina. Bukan hanya terdapat tujuh keajaiban di dunia sahaja, malah begitu juga di Malaysia. Tujuh keajaiban ini adalah Menara Berkembar Petronas, Menara Condong Teluk Intan, Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangunan Sultan Abdul Samad serta KLIA. Sesungguhnya, aspek ini menjadi kayu pengukur keagungan sesebuah negara. Oleh itu, kita harus memelihara kemerdekaan yang kita kecapi dengan baik seperti menatang minyak yang penuh. Ingatlah bahawa rakyat yang bersatu padu adalah kunci kepada negara yang unggul. Hargailah apa yang ada pada hari ini kerana esok mungkin ia tiada lagi. Oleh itu, bersemangatlah wahai anak-anak Malaysia! Jangan
280

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

biarkan titik-titik hitam berulang kembali. Cantumkan segala semangat, azam, keperitan usaha dan ukhuwah menjadi satu. Teruskanlah membawa negara ke arah zon kecemerlangan agar ia sentiasa menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Malaysia Boleh!

281

.

Namun. dan makmur bukan suatu perkara yang mudah atau bak kata pepatah “yang pipih tidak datang melayang. M alaysia adalah sebuah Negara yang ditubuhkan dengan rakyat yang berbilang bangsa. dan yang bulat tidak akan datang bergolek”. 283 . Asas Perpaduan bangsa Malaysia. Dengan konsep yang bertemakan demokrasi. Sebagai contoh. Cantik juga bunga Rafflesia. Mereka telah menyalahgunakan hak “Kebebasan bersuara.RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Abu Sufian Bin Mansoor Sekolah Tuanku Abdul Rahman. berhimpun dan menubuhkan persatuan” untuk menyemarakkan api perkauman dan mewujudkan polarisasi kaum. Malaysia yang kini gagah berdiri telah berhadapan dengan pelbagai masalah yang sangat mencabar daripada pelbagai jenis cabaran dan perspektif. pemimpin-pemimpin di Malaysia berjaya menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia. bunga pertiwi. Rukun Negara pembentuk komuniti. Perak Bunga raya. aman. untuk mencapai tahap Malaysia yang maju. pemerintahan di Malaysia pernah dinodai dek tragedi 13 Mei 1969 – tiga hari selepas pembuangan undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-3. Ia dilakukan oleh segolongan pemimpin politik yang dipercayai mengamalkan konsep demokrasi ekstrem dan melulu. Ipoh.

Golongan pragmatis berpendapat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei anasir-anasir ini dipercayai berusaha menghancurkan Malaysia. Allahyarham Tun Abdul Razak juga telah memperkenalkan Rukun Negara yang disifatkan sebagai ideologi nasional. Pada 1971. Rukun Negara adalah satu karya pemikiran yang mendepani zamannya. dan universal. 284 . dan modenisasi Negara. Bukan itu sahaja. Desawarsa ini. dan budaya. pembangunan. Selain itu. Rukun Negara telah diumumkan kepada rakyat Malaysia sewaktu sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1970. realistik. iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula bangsa Malaysia yang berbilang kaum. kemajuan. Rukun Negara diwujudkan untuk menghakis seluruh prasangka kaum yang mungkin wujud di negara ini sebelum dan sesudah peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rukun Negara adalah asas utama yang boleh memangkin pembentukan rakyat Malaysia yang patriotik. sebuah karya yang holistik. Namun dengan kebijaksanaan para pemimpin dan dengan bantuan cerdik pandai daripada semua kaum. kononnya demokrasi tidak sesuai dengan negara yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Allahyarham Tun Abdul Razak telah menyusun semula bangsa Malaysia melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). bahasa. agama. membentuk sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan akhir sekali membentuk bangsa Malaysia yang progresif. Dasar ini mempunyai matlamat serampang dua mata. menjamin kewujudan rakyat Malaysia yang adil supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Sesetengah pihak menyifatkan Rukun Negara sebagai doktrin kefahaman nasional. Objektif terperinci Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. masalah ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Rukun Negara adalah ‘blueprint’ untuk menentukan perpaduan. Memelihara cara hidup yang demokratik.

Setiap penganutnya dituntut untuk memberikan ketaatan mereka sepenuhnya kepada tuhan yang mereka sembah. Di setiap pelusuk dunia. Apabila semangat patriotisme tegar di dalam diri. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana mampu mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera walaupun rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum. perasaan cinta dan sayangkan Negara akan menjadi alasan yang kukuh untuk mereka berkorban demi tanah air daripada sebarang ancaman dan 285 . Secara umumnya. Dengan itu kerjasama dan perpaduan yang erat dapat dibentuk. Justeru agama telah diwujudkan seperti agama Samawi. Manusia juga mula mempercayai kewujudan tuhan. Hanif dan Watani. semua agama di dunia menekankan penganutnya agar berkelakuan baik. Untuk mencapai keharmonian ini. patuh.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kepercayaan kepada Tuhan Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip Rukun Negara yang pertama. dan sanggup berkorban. Sejak zaman dahulu kala manusia telah mula mempercayai kewujudan kuasa yang menguasai dunia ini. Kesetiaan membawa erti taat. Jika diteliti. berfikiran positif dan menghindari perbuatan negatif. Justeru. Kesetiaan kepada raja dan Negara adalah satu elemen penting yang boleh disematkan di dalam diri setiap warga Malaysia untuk menjadi patriotik. prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan telah diadakan. manusia mula mencari satu pegangan yang khusus merujuk perlindungan kepada mereka daripada sebarang bahaya termasuk fizikal mahupun rohani. dengan menyatakan soal keagamaan dan keutuhan sebagai prinsip utama pastinya rakyat Malaysia mempunyai sikap dan gaya hidup yang sihat dan positif. agama adalah asas kepada pembentukan akhlak mulia dan moral yang tinggi.

Prinsip ini sewajarnya dihayati oleh rakyat Malaysia kerana ia mendorong rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan. maka kesejahteraan awam dan keselamatan tanah air pastinya akan terancam. dan permusuhan antara rakyat Malaysia yang berbilang keturunan. Keluhuran Perlembagaan. Dengan cara tersebut. Misalnya. Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipercayai pernah diungkit oleh sesetengah pihak di Malaysia. Keluhuran Perlembagaan Seterusnya. perbalahan. atau daripada mengajar atau belajar bahasa lain”. Prinsip berkenaan juga akan menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang berkebolehan untuk melonjakkan martabat Malaysia dan bangsa Malaysia diperingkat global. Jika mana-mana peruntukan dalam perlembagaan Persekutuan dijadikan bahan provokasi. Provokasi tersebut telah berjaya menarik perhatian sebilangan bangsa pada 1969 kerana pihak yang mencetuskan provokasi dikatakan tidak menguraikan dengan jelas maksud perkara 152 (1)(a) yang menyatakan “Dengan syarat tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakannya (bagi apa-apa maksud. Dalam Persekutuan juga termaktub Rukun Negara tidak dijadikan sebagai bahan untuk menimbulkan keresahan. Perkara 152(1) yang memaktubkan bahawa “Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan yang diperlukan dengan undang-undang oleh Parlimen.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei anasir-anasir negatif. polirisasi. kedaulatan bangsa akan dijulang dan kesucian agama akan sentiasa dipelihara pada setiap masa. agama. Perkara ini dipercayai telah menimbulkan provokasi sesetengah bangsa Malaysia. dan budaya ini. pada suatu ketika dahulu hingga 13 Mei 1969. kemerdekaan akan terus dipertahankan. selain maksud rasmi). 286 .

antaranya gejala rasuah yang semakin menular dalam masyarakat. Hal ini akan mencetuskan kesan yang amat menakutkan dan dikhuatiri sukar untuk dipulihkan. Namun jika pihak berkuasa seperti Badan Pencegah 287 . damai dan muafakat. termasuk bahasa ibunda masing-masing. Prinsip kedaulatan undang-undang juga berkait rapat dengan memelihara keharmonian sosial. Terdapat pelbagai jenis jenayah yang amat membimbangkan pada ketika ini. rakyat Malaysia tidak pernah dilarang untuk mendalami bahasa lain. Tuntutan seperti ini sewajarnya dipatuhi supaya seluruh isi kandungan Perlembagaan Persekutuan tidak diungkit. dicemar. Malaysia masih mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sehingga kini. prinsip kedaulatan undang-undang akan membendung perlakuan dan juga jenayahjenayah yang serius menjadi topik utama perbualan dan yang kerap terpampang di dada akhbar. walaupun bahasa kebangsaan Malaysia diangkat sebagai bajasa Kebangsaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Perkara 152(1) dan 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan ini membuktikan bahawa. Sebab itulah. rakyat Malaysia menjunjung Keluhuran Perlembagaan. kemakmuran negara dan ketenteraman awam. Kedaulatan membawa erti kekuasaan tertinggi yang mesti dipatuhi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Gejala rasuah ataupun makan suap akan menyebabkan kejatuhan sesebuah negara dalam jangka masa tertentu. dan dijadikan sumber antinasional dalam kalangan rakyat Malaysia. dipolitik. Lantaran itu. Amalan munjunjung tinggi Perlembagaan adalah sebaik-baik dan semurni amalan oleh semua rakyat Malaysia yang mahu hidup aman. dipertikaikan. Dalam konteks Malaysia hari ini. Kedaulatan Undang-undang Rukun Negara juga memaktubkan prinsip Kedaulatan Undangundang. Prinsip ini sebenarnya menyokong penuh prinsip Keluhuran Perlembagaan bagi memantapkan lagi kesinambungan Rukun Negara.

amalan menjaga adab pergaulan akan membentuk kemesraan dan keharmonian. gemilang dan terbilang. Kesopanan dan Kesusilaan Bunga raya. Kehidupan di Malaysia tentunya bersama dengan kaum yang berbilang bangsa. Kesopanan dan kesusilaan. dan kemakmuran. prinsip Kedaulatan Undangundang sewajarnya menjadi satu penghalang bagi seluruh rakyat Malaysia daripada terjebak dengan keganasan dan ekstremisme. berbudi bahasa. Dalam konteks hubungan manusia. Amalan mengatakan tidak kepada keganasan dan eksterisme akan menjauhkan Malaysia daripada kemungkinan diserbu secara tidak langsung oleh sesetengah kuasa besar yang giat dan ghairah mencerobohi negara-negara merdeka dan berdaulat. Prinsip ini melibatkan proses pembentukan ummah mulia. 288 . serta tindakan yang bersopan dan bertatasusila akan membantu Malaysia mencapai tahap negara yang cemerlang. Misalnya. berhemah. dan berwibawa. Asas pembentuk ummah mulia. bunga kebangsaan. keakraban. Prinsip yang terakhir ialah prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. hormat-menghormati dan tidak sombong. masyarakat akan terus mantap dan mempunyai ekonomi yang seimbang. Contohnya. Penaklukan semula ke atas negara-negara merdeka oleh kuasa besar ini berdasarkan alasan memerangi penjenayah antara bangsa walaupun tanpa usul yang konkrit. kehidupan berjiran. berdisiplin. sifat. Dalam konteks pemesatan negara. Pada keseluruhannya.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rasuah (BPR) bingkas menangani gejala rasuah ini. Mekar harum bunga dahlia. menjaga tutur kata. Jadi. prinsip Kesopanan dan Kesusilaan akan menimbulkan kemesraan. sikap.

seluruh rakyat Malaysia meneliti. tiada lagi kegusaran. Sikap-sikap seperti mengadu domba. diamal dan diterapkan dalam kehidupan harian setiap rakyat Malaysia. Perasaan prihatin dan sayang menjadikan sesebuah masyarakat itu mengambil berat tentang nasib manusia senegara dan umat sejagat. tiada lagi masalah dalaman dan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang cemerlang. dan rasional yang terbit di dalam Rukun Negara membuktikan bahawa kewujudan Rukun Negara amat penting kepada proses pembentukan Malaysia. Sifat-sifat berkenaan akan menjadikan institusi keluarga bahagia. Ia mesti dihayati. memupuk semangat patriotisme dan sekaligus mencegah segala gejala negatif yang semakin hari semakin menular dalam kalangan masyarakat. pencetus sentimen perkauman dan pengkhianat negara harus disingkirkan daripada kamus pemikiran rakyat Malaysia yang sepatutnya semakin matang selaras dengan usia kemerdekaan Malaysia yang ke-50 tahun. Kesimpulannya. Hakikatnya kewujudan Rukun Negara bukan sekadar ole-ole patriotisme yang hanya untuk diperhatikan tanpa menyedari tujuan penciptaannya. Jika Rukun Negara menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. makmur dan sejahtera. menghayati dan mendalami maksud yang tersirat dan tersurat disebaliknya. institusi masyarakat terbela. Masyarakat yang penyayang dan prihatin juga dibentuk melalui kesopanan dan kesusilaan. Seluruh pandangan. dan institusi kerajaan lebih terpelihara. gemilang dan terbilang dipersada dunia. memakmurkan negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Apabila hubungan sesama rakyat Malaysia menjadi mesra dan akrab. Penghayatan yang baik mampu membentuk sifat patriotisme atau sayang kepada negara yang sangat mendalam. Ini seterusnya membantu Malaysia menjadi aman. 289 . secara tidak langsung juga persefahaman antara mereka akan menjadi ikhlas dan abadi. Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau diikrarkan. elemen. Seharusnya.

my/ 4.com. Sejarah Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 5. http://www.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rujukan 1.utusan.google. http://www.com.com. Mahathir Mohammad 6.my/ 3. Dilema Melayu hasil karya Tun Dr.my/ 2. http://www.yahoo. Patriotisme Malaysia hasil karya Datuk Ruhanie Haji Ahmad 290 .

Selain itu. sambutan kemerdekaan yang diadakan saban tahun adalah untuk memperingatkan rakyat Malaysia bahawa yang dinikmati kini merupakan hasil titisan darah dan keintelektualan para pejuang pertiwi kita dahulu. Perkara ini bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh oleh setiap ahli masyarakat bahkan perlu disebar lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda agar keperitan dan kesusahan 291 . Namun begitu. Kepala Batas. Justeru. Oleh itu. apakah ertinya negara berada dalam situasi bebas dan merdeka sedangkan rakyatnya terus dibelenggu pelbagai ikatan yang menyekat mereka daripada menikmati erti kemerdekaan yang sebenar. Pulau Pinang P ada setiap tanggal 31 Ogos. kita akan menyambut hari pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. kemerdekaan negara tidak cukup sempurna tanpa kemerdekaan setiap individu rakyat di negara ini. “Erti Kemerdekaan” diperkenal pada setiap sambutan kemerdekaan adalah untuk membangkitkan kesedaran dan mengingatkan mereka khususnya generasi muda yang lahir dalam era pascamerdeka untuk memahami serta mendalami signifikan kemerdekaan negara kita yang ditafsirkan secara berbezabeza mengikut pengalaman dan peringkat umur. Oleh itu. Seberang Perai Utara. negara merdeka mestilah mempunyai rakyat yang berstatus bebas dan merasai kebebasan itu di dalam dirinya.50 TAHUN MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Siti Rusniza Binti Tajul Ariff SMK Pokok Sena.

tugas menaikkan dan memartabatkan negara terletak di tangan generasi muda yang akan mewarisi tonggak kepimpinan pada masa akan datang. Tambahan pula. kita sepatutnya menyertai program ini secara rela hati tanpa berdolak-dalik dengan memberi alasan yang tidak munasabah. kita menumpang berteduh dan di sinilah kita dapat menggapai cita-cita kita tanpa gangguan anasir luar. Kemerdekaan yang dicapai kini haruslah dihayati dan dipelihara oleh segenap lapisan masyarakat. Di samping itu. Tegasnya. muncullah pemimpin berhati cekal seperti Dato’ Onn Jaafar dan Tun Tan Cheng Lock yang mengusulkan kemerdekaan. Rundingan mengusulkan kemerdekaan ini diadakan dengan 292 . Menyedari hakikat itu. rakyat Malaysia mula bangkit untuk mencapai kemerdekaan. Inilah tanah tumpah darah kita. Sebagai generasi baru pewaris negara. Kita semua seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bernaung dan berteduh di bawah sebuah negara bernama Malaysia yang sentiasa dikurniakan keamanan berbanding beberapa negara luar yang sering berlaku peperangan akibat konflik keagamaan dan ekonomi. tanyalah diri apakah sumbangan kita dalam memajukan negara. Sebagai yang kita maklum. generasi muda haruslah memainkan peranan dengan memenuhkan dada dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat agar dapat mencapai wawasan 2020. Di sinilah. tempat kita mencari rezeki. Penjajahan sejak ratusan tahun dahulu telah menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara mundur yang sering ditindas. Walaupun pelbagai pembangunan telah dilakukan di negara ini. Oleh itu. kita melafazkan taat setia kita terhadap raja dan negara tanpa rasa berbelah bagi. Seharusnya. kerajaan telah melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei pejuang dan pemimpin dahulu dihayati bersama. Kita seharusnya berusaha dengan mengangkat martabat bangsa di seluruh pelosok dunia agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. rasa syukur haruslah sentiasa tersemat di hati setiap orang yang mengaku sebagai warganegara Malaysia. Selain itu. namun keterbatasan dalam memimpin negara tetap ada sehingga rakyat kekal mundur.

Kewibawaan Tunku Abdul Rahman haruslah dihayati bersama kerana beliau menuntut kemerdekaan tanpa ada pertumpahan darah yang berlaku. Ketibaan rombongan itu disambut oleh 100. Tunku Abdul Rahman meletakkan kepentingan bangsa dan negara melebihi kepentingan lain. MIC juga mempunyai hala tuju untuk menyampaikan pendapat-pendapat kaum India kepada kerajaan. Dalam usaha mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. MCA untuk penduduk Cina dan MIC untuk kaum India.000 rakyat yang inginkan kemerdekaan sejak dahulu lagi. Rombongan ini bertungkus-lumus menuntut kemerdekaan daripada pihak British. tokohtokoh seperti Tun V. Presiden pertama MCA ialah Tun Tan Cheng Lock. Rombongan merdeka akhirnya pulang dengan penuh kemenangan. Persatuan Cina Malaya atau MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Semua kaum mengemukakan cadangan mereka melalui pemimpin tertinggi parti politik yang mereka anggotai.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mengambil kira penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bandar Hilir Melaka adalah tempat untuk mengumumkan tarikh keramat itu. MCA juga bermatlamat untuk bekerjasama dengan masyarakat Melayu untuk mencapai kemerdekaan. MCA ditubuhkan adalah untuk melindungi hak-hak dan kepentingan ekonomi. Rombongan itu telah disambut dengan jutaan harapan. Kemudian.T Sambanthan pula mewarisi impian tersebut sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Terdapat tiga buah parti politik besar yang mewakili setiap kaum iaitu UMNO untuk penduduk Melayu. 293 . Ini adalah untuk memberi penghormatan terhadap lahirnya hulubalang-hulubalang Melaka yang terbilang iaitu Hang Tuah. Rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra bukanlah perkara yang mudah. Oleh sebab beliau lebih mengutamakan keamanan dan kesejahteraan dan bukan darah dan air mata. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Kuala Lumpur dan presiden pertamanya ialah Dato’ Onn bin Jaafar. Manakala Kongres India Malaya iaitu MIC ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan Presiden pertamanya ialah John Tivy. sosial dan politik kaum Cina di Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman lebih banyak mengamalkan sikap tolak ansur dan berkompromi dengan pihak British.

Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai Malaysia tidak perlu diragui lagi. Melalui slogan keramat “Malaysia Boleh” itu juga rakyat Malaysia bakal menyaksikan satu lagi kejayaan luar biasa apabila ada rakyat Malaysia menjadi angkasawan ke angkasa lepas. Rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia setanding dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia dan tidak lagi setakat menjadi jaguh kampung. Pada tahun 1999 pula Datuk Azhar Mansor telah mengelilingi dunia secara solo hanya dengan menggunakan kapal layar Jalur Gemilang dan seorang lagi anak kampung iaitu Datuk Abdul Malik Mydin telah berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 328 kilometer pada Ogos 2003. M. Malaysia telah bangkit daripada kepayahan masa silam hingga gah di mata dunia! Semangat “Malaysia Boleh” yang diterapkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. pemimpin kita telah berjaya mengubah 294 . Beberapa surat telah ditandatangani sebagai membuktikan Tanah Melayu akan terhindar daripada cengkaman penjajah. Buktinya kini telah ada dua orang rakyat Malaysia yang akan menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Mohandas anak Malaysia yang berani mempertaruhkan nyawa dengan mendaki Gunung Everest semata-mata ingin mengharumkan nama Malaysia. Selain itu. Nah. Agensi Angkasa Negara (NSA) giat meneliti kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang angkasawan. Mahathir Mohamad telah menyaksikan satu pencapaian luar biasa bagi rakyat Malaysia di pentas dunia. Mereka kini dalam persiapan untuk persediaan semasa di sana nanti. Magendran dan N. Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai Malaysia tidak lagi setakat menjadi jaguh kampung.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Di padang Bandar Hilir Melaka iaitu Tunku Abdul Rahman Putera akan mengumumkan tarikh kemerdekaan kepada semua rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama. Sekarang kita sudah gah di mata dunia. hari ini telah mencapai 50 tahun kemerdekaan. Kedua-dua wira ini telah berjaya menawan puncak pada 23 Mei 1997. Buktinya sudah ada anak Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest.

matlamat wawasan 2020 turut menekankan nilai-nilai agama bagi mewujudkan keseimbangan antara keperluan hidup dan rohaniah. Dia telah menewaskan peserta-peserta dari negara-negara yang pernah menjajah kita dahulu. Malaysia juga boleh dianggap setaraf dengan negara maju kerana sudah mempunyai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas. Kita dapat melihat kemenangan beliau sedikit sebanyak membantu Malaysia terkenal di pentas dunia sekali gus menolak gangguan anasir luar.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Malaysia daripada negara pertanian kepada negara perindustrian yang tumbuh dengan begitu pesat dan disasarkan akan menjadi negara maju menjelang 2020. iaitu Litar F1 Sepang. Putrajaya dan banyak lagi monumen fizikal yang meletakkan Malaysia di peta dunia. politik dan sukan. Malaysia turut diberi kepercayaan dalam menganjurkan persidangan utama dunia termasuk Sidang Kemuncak 295 . bandar pintar Cyberjaya. Malaysia berupaya menganjurkan pelbagai acara sukan berprestij pada peringkat dunia seperti Sukan Komanwel 1998. Litar Lumba F1 tercanggih di dunia. Dalam menuju kemajuan kehidupan seharian. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kejayaan Malaysia juga bukan sahaja pada pembangunan negara bahkan jelas terlihat kecemerlangan Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan ekonomi. Dalam arena sukan. Jika dahulu kita sentiasa ditindas dan dihalang menerokai bidang baru tetapi kini sesiapa sahaja bebas menerokai dan mempelajari pelbagai bidang yang berteraskan pengetahuan sains dan teknologi. Selain itu. Slogan keramat itu juga telah menyaksikan kemunculan satu demi satu anak Malaysia tampil menyatakan kesanggupan mereka untuk mengharungi cabaran yang sebelum ini dilihat mustahil untuk melakukannya. Anak bangsa kita iaitu Nicol Ann David telah mencipta nama di arena skuasy dengan menjadi ratu skuasy dunia. Kemampuan Malaysia menganjurkan perlumbaan kereta F1 buat pertama kali pada 1999 telah menaikkan profil Malaysia di mata dunia.

Negara Malaysia juga telah menjadi pengeksport yang dikenali dunia dan tidak lagi bergantung pada semua barangan luar negara. satu formula yang mengambil masa selama 42 tahun untuk membinanya. Ini adalah sebagai tarikan bagi pelancong asing untuk datang ke Malaysia dan melihat keindahannya. Semangat Malaysia Boleh! merupakan suatu revolusi mental rakyat Malaysia dan pembakar semangat kepada semua untuk melakukan apa yang dianggap mustahil. Bukti jelas ialah keupayaan kita untuk keluar dari belenggu kemelesetan ekonomi yang melanda dunia dengan kadar yang mengagumkan semua pihak. Komitmen masyarakat Malaysia dalam menyahut aspirasi Malaysia Boleh! ditunjukkan dengan begitu bersemangat apabila hampir 2. Pada tahun ini iaitu tahun 2007 kita sekali lagi dapat melihat perkembangan Malaysia. Tetapi kejayaan sebenar formula Malaysia bukanlah terletak pada jumlah prasarana fizikal atau jumlah penganjuran acara dunia. agama dan budaya untuk bersatu menggembleng tenaga membina negara tanpa wujud perasaan curiga antara satu sama lain dan inilah yang patut kita banggakan dan uar-uarkan kepada dunia kerana tiada negara di dunia ini mampu mensimulasikan apa yang ada di Malaysia hari ini. Kami rakyat Malaysia yang bersatu padu. Kejayaan sebenarnya ialah menyatukan rakyat Malaysia yang berjumlah 20 juta penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. berjiwa kental dan berdiri sendiri mencapai wawasan 2020.1 juta warga Malaysia bersama-sama “Berjalan untuk Negara” sebagai tanda sokongan terhadap penawaran kita untuk menganjurkan sukan kedua terbesar di dunia iaitu Sukan Asia. harmonis. Sebuah roda gergasi telah dibina iaitu “Eye On Malaysia”. Jurutera tempatan juga telah mencatat sejarah apabila berjaya menghasilkan satelit buatan Malaysia iaitu RazatSat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Persidangan NegaraNegara Berkecuali (NAM). Inilah hasilnya Formula Malaysia. 296 . Ramai penganalisis ekonomi menyatakan tentang keraguan kaedah Malaysia pada awalnya tetapi mengubah pandangan mereka apabila keupayaan mencatatkan pertumbuhan purata KDNK 4% untuk tahun 1999 jauh mengatasi nilai jangkaan 1%.

kita sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawahnya haruslah mengekalkan kejayaan dan kegemilangan Malaysia agar negara dapat mengejar arus dunia berteknologi. Kita haruslah menerapkan dalam diri masing-masing semangat kemerdekaan agar negara kita tidak menjadi seperti dahulu yang dimonopoli oleh penjajah durjana. Pemimpinpemimpin haruslah berusaha memajukan negara dalam sektorsektor perindustrian. Sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan negara berpanjangan kita haruslah mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pejuang dahulu. kejayaankejayaan dahulu akan sentiasa diingati oleh dunia luar. Oleh itu. Kemasukan pendatang tanpa izin ini akan menghakis dan menghalang kemajuan Malaysia. Selain itu. Kemajuan ini dapat membina kejayaan-kejayaan baru sekali gus tidak menjatuhkan reputasi kemajuan yang terdahulu. Untuk mengekalkan kejayaan ini semua pihak haruslah memainkan peranan. perdagangan dan lain-lain. Dengan pencapaian yang terbaru. berbanggalah kerana semua ini adalah kerana kita memiliki pemimpin yang berpandangan jauh dan sentiasa berusaha memajukannya. kita juga harus mengekalkan kegemilangan dan kejayaan Malaysia agar generasi akan datang dapat mengenali Malaysia dengan lebih mendalam dan dapat melihat kejayaan-kejayaan Malaysia. atlet-atlet negara haruslah mempertingkatkan lagi keupayaan mereka agar kejayaan dapat dicapai. Oleh itu. 297 . Pihak kerajaan haruslah membasmi kemasukan pendatang tanpa izin. Segala penderitaan dan keperitan terpaksa dihadapi untuk kita berjaya sebegini.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kejayaan Malaysia kini bukan dapat dicapai dengan mudah. Pengambilan tenaga asing yang tiada henti akan menyebabkan tenaga tempatan seperti remaja tidak lagi berpeluang mendapat tempat di sektorsektor pekerjaan pada masa akan datang. Selain itu.

Empat Dasawarsa (Sejarah & Kejayaan Malaysia) 2. 298 .Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rujukan 1. Penubuhan Malaysia. E-media (NSTP) 3. Tunku Abdul Rahman (Siri Tokoh-tokoh) 4.

Jika tidak. Selain itu. negara kita juga telah menjadi satu-satunya negara di rantau Asia yang menuntut kemerdekaan tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah. nama Malaysia sering meniti di bibir masyarakat seluruh dunia. Tun Hussein Onn. Malaysia telah membangun dengan begitu gah sehingga boleh berdiri sebaris dengan negara-negara maju lain di Asia Tenggara. Tun Dr. Walaupun negara kita baru sahaja bebas dari cengkaman penjajah selama 50 tahun. Dari situ. ketokohan pemimpin terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman dapat dilihat. Tun Abdul Razak. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. tidak hairanlah jika negara kita semakin maju dari hari ke hari hasil terajuan Perdana MenteriPerdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman. jitu dan berwawasan sejak dahulu lagi. masakan Malaysia menjadi satu-satunya negara di dunia yang masyarakat majmuknya 299 . Hal ini membuktikan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Tanah Melayu suatu masa dahulu mampu melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Nor Amaleena Binti Mohamad SMK Abdul Rahman Talib. Pahang K ebelakangan ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa negara kita telah menjadi lebih maju daripada negara-negara lain yang terlebih dahulu mencapai kemerdekaan. Oleh itu. Kuantan. Apabila disebut nama Malaysia seantero masyarakat dunia mengenalinya. Ketokohan pemimpin-pemimpin ini tidak dapat disangkal lagi.

Mahathir Mohamad telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model dalam menggalakkan rakyat Malaysia menerima pakai nilai-nilai positif yang diamalkan oleh masyarakat di negara itu yakni semangat mencintai negara. pada tahun 1982. Bagi menunjukkan penentangan terhadap dasar yang membezakan taraf penduduk mengikut warna kulit itu. Malaysia juga berusaha memelihara keamanan dunia dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan piagampiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tun Dr. Malaysia tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehingga undang-undang itu dihapuskan oleh Afrika Selatan. kesungguhan dalam pekerjaan. Terdapat pelbagai faktor yang membantu memperkenalkan nama Malaysia di mata dunia. Pemimpin negara kita berusaha bersungguh-sungguh memastikan ekonomi negara berkembang pesat di samping 300 . negara kita banyak bergantung pada kuasa barat seperti mengharapkan modal dan juga pasaran dari Britain dan Amerika Syarikat bagi menggalakkan pelaburan asing dalam meningkatkan ekonomi negara serta peluang pekerjaan di negara kita. Memandangkan ketika itu pertahanan Malaysia belum cukup teguh. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Pemimpin-pemimpin negara kita telah banyak berusaha bagi memastikan negara kita berkembang pesat setanding dengan negara-negara membangun lain. dan etika pengurusan pekerjaan yang baik. Malaysia juga amat mengutamakan perpaduan dan mementingkan hak asasi manusia. negara kita telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Negara kita tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB untuk mengekalkan keamanan dunia. Hal ini kerana setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain mementingkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei hidup dalam suasana harmoni dan saling membantu.

Hal ini jelas dibuktikan melalui penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) atas cadangan Perdana Menteri Malaysia pertama. Tunku Abdul Rahman yang mula-mula mencadangkan OIC yang pertama pada tahun 1971 yakni hanya 14 tahun selepas kemerdekaan Malaysia. Perjuangan NAM adalah berteraskan beberapa prinsip seperti tidak campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara dan juga penghormatan terhadap hak asasi dan kedaulatan sesebuah negara. masyarakat seluruh dunia mula membuka mata akan kebolehan Malaysia lebih-lebih lagi apabila negara kita menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan antara IranIraq yang sekali gus membuktikan negara kita mencintai keamanan. Antara bantuan yang diberikan oleh OIC ialah menghantar pasukan perubatan ke Lubnan. Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah. Tunku Abdul Rahman yang telah banyak membantu dalam perkembangan negara-negara Islam di dunia. Selain OIC.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei memastikan rakyat negara kita menerapkan nilai mencintai negara dalam diri masing-masing. Melalui OIC. Pertubuhan yang bermatlamat mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam semua bidang ini dianggotai oleh 57 buah negara di awal penubuhannya. Hal ini membuktikan kepimpinan beliau diyakini sehingga beliau diberi jawatan tersebut walaupun baru 14 tahun memimpin negara ketika itu. Bosnia dan Afghanistan memandangkan negara-negara itu sering menghadapi peperangan. Pada peringkat awal kemerdekaan. Malaysia juga telah menjadi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970 setelah berlakunya pertukaran dasar luar Malaysia daripada anti-komunis kepada dasar berbaikbaik dengan semua negara. Ketika sidang kemuncak NAM ke-7. Malaysia telah mengemukakan beberapa isu iaitu berkenaan isu 301 . negara kita telah bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan dalam memastikan Malaysia dikenali di arena antarabangsa di samping membantu mempertingkatkan perkembangan negara-negara sedunia.

Mereka menjadi pelajar universiti pertama di Asia Tenggara berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest dan kumpulan kedua menapak kaki ke puncak tertinggi dunia itu selepas kejayaan pendaki negara M. Pada tahun 2003 pula. NAM dan PBB ini. Dua anak muda ini begitu bulat hati dan tabah melaksanakan misi mereka walaupun ketika pendakian mereka. Pada Jun 1987. Melalui pertubuhan-pertubuhan yang disertai Malaysia seperti OIC. Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak NAM ke-13 di Kuala Lumpur yang mencatatkan kejayaan di mana dua negara anggota baru didaftarkan selain pernyataan bersama berkenaan kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Palestin telah dikeluarkan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Palestin. Mohandas dan N. Malaysia juga telah menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1957 sejurus selepas mencapai kemerdekaan. negara kita juga dikenali melalui pelbagai kejayaan yang ditempa oleh rakyat-rakyatnya. Sepanjang menyertai PBB. dua orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu Ahmad Reduan dan Muhammad Muqharrabin mencatatkan kejayaan membanggakan apabila berjaya menawan puncak Gunung Everest. angin bergerak dengan 302 . Kejayaan demi kejayaan yang telah dicatat oleh mereka telah memartabatkan negara kita di mata dunia selain menjadi bahan bualan masyarakat global. Malaysia telah menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB yang bermatlamat menamatkan perang saudara di Congo pada tahun 1960 dan menghantar pasukan pengaman ke Bosnia pada tahun 1990-an. Magendran yang berjaya melakukannya pada 23 Mei 1997. Selain penyertaan aktif negara kita dalam pertubuhan-pertubuhan dunia. Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua Persidangan Penyalahgunaan Dadah di Vienna. Malaysia juga telah diberikan kepercayaan menjadi Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM selain dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara-negara anggota. kerjasama ekonomi dan isu benua Antartika. Malaysia telah berjaya mengangkat namanya sebaris dengan negara-negara membangun yang lain ketika itu. Pada 12 Mei 2004. Selain OIC dan NAM.

Kejayaan beliau menjadi lebih bermakna apabila pihak Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE) iaitu badan yang mengurus dan mengendalikan ekspedisi tersebut turut mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan rekod pendakian selama 24 hari yang dicatatkan sebelum beliau memecahkan rekod pendakian selama 24 hari yang dicatatkan sebelum beliau. Brian Edden menawarkan Najmil peluang untuk membentangkan hasil kajiannya di House of Common. pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) menjadi pelajar Malaysia pertama membentangkan kajian ‘Micro Machine Process’ kepada anggota Parlimen United Kingdom di London. lebih baik negara sendiri”. Menteri Perindustrian Britain.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei kelajuan 120 hingga 200 km sejam.D. rakyat Malaysia juga sering diberi pengiktirafan atas kecemerlangan akademik mereka. Selain kejayaan bersifat ekspedisi. seorang lagi anak Malaysia yang mencatatkan kejayaan yang telah mengharumkan nama Malaysia ialah Melati Abdul Hamid yang memenangi anugerah pembahas terbaik dalam debat undang-undang universiti seluruh dunia di Amerika Syarikat. Najmil Mohamed Aris. Selepas kejayaan dua pemuda yang mengamalkan pepatah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Tekad dan usaha dua anak muda ini meneruskan misi mereka walaupun dalam keadaan serba sukar telah membuktikan pemuda-pemudi Malaysia mampu menjadi tunggak harapan dalam memimpin negara kelak. Selain daripada kejayaan membanggakan beliau. Pertandingan itu 303 . bakal menjadi rakyat Malaysia termuda memiliki Ph. hujan batu di negara sendiri. nama negara sekali lagi diharumkan dengan kejayaan yang dicapai oleh Datin Paduka Sharifah Mazlina yang melalui ekspedisi 1100 km merentasi Antartika dengan kaedah ‘ski sailing’ selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet. Najmil telah menolak ganjaran tinggi yang boleh didapati di United Kingdom apabila memilih untuk berbakti di negara sendiri bak kata pepatah “Hujan emas di negara orang. Hasil daripada pembentangannya selama 15 minit itu. Lebih membanggakan. anak muda ini telah memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect hasil kajiannya berkenaan proses mikro dan kejuruteraan nano.

Hal ini jelas menunjukkan industri pertanian kita berkembang dengan begitu pesat sehingga mendapat perhatian dari negara-negara luar. Hal ini dibuktikan apabila republik Benin yang merupakan salah satu wilayah Afrika menyatakan kekagumannya di atas kejayaan Malaysia menjadikan kelapa sawit sebagai komoditi pertanian utama negara. Walaupun bergiat aktif dalam skuasy. Presidennya. Fadiah Nadwa Fikri dan Ng Noon Ka meraih tempat naib juara. Sektor pertanian di Malaysia merupakan salah satu di antara sektor yang berkembang dengan pesat. Selain kejayaan dalam bidang akademik. 304 . Antara tanaman yang sering menjadi tumpuan ialah kelapa sawit. ratu skuasy negara ini juga cemerlang dalam pencapaian akademik. Melalui pencapaian-pencapaian ini. terdapat satu lagi faktor yang membantu meningkatkan martabat Malaysia di mata dunia yakni bidang pertaniannya. Thomas Boni Yayi yang mengetuai delegasi Benin mengunjungi ibu pejabat MPOB bagi meninjau lebih dekat kemajuan industri sawit di Malaysia sambil menyatakan minat untuk berkongsi kepakaran penyelidikan negara kita bagi memajukan industri yang sama di negaranya. Dr. Kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan oleh beliau sangat membanggakan sehingga telah bergelar pemain nombor satu dunia. Antara atlet kelahiran Malaysia yang sedang mengungguli persada sukan antarabangsa ialah Nicol Ann David. Esma Mohamad Yunus. Nama anak muda ini tidak lekang di kalangan penggemar sukan skuasy di serata dunia. Hal ini dibuktikan melalui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau yang cemerlang walaupun kebanyakan masanya dihabiskan di gelanggang skuasy. Malaysia juga sering melahirkan atlet-atlet yang melakar sejarah di arena sukan antarabangsa.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei juga menyaksikan Melati dan rakan sepasukannya yang terdiri daripada Siti Aliza Alias. jelas sekali rakyat Malaysia memainkan peranan yang dominan dalam memastikan nama Malaysia terus harum di mata dunia. Selain hasil usaha pemimpin dan kecemerlangan rakyat.

Walaupun begitu.beritaharian. di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Rujukan 1.my 305 .my. www. Gemilang dan Terbilang”. negara kita pasti akan terus disanjung dan dihormati seiring dengan wawasan 2020 yang insyallah dicapai kelak kerana bulat air kerana pembetung. keharmonian dan kemajuan ini berkekalan. Buku teks sejarah Tingkatan 5 3. www. Ulang kaji Total SPM Sejarah 2. Malaysia bangun dengan gagah dan pesat bagi melahirkan warga yang proaktif dan berdaya saing yang banyak memberikan sumbangan kepada tanah air yang tercinta.edu. “Cemerlang. Walaupun baru 50 tahun mengecap nikmat kemerdekaan.com.research. Jika inisiatif semua pihak dijana. www. bulat manusia kerana muafakat. Kini. sudah pasti perubahan sikap dan anjakan paradigma rakyat ke arah masyarakat positif akan dapat dicapai sekali gus menjadikan Malaysia bertambah maju dan semakin disegani masyarakat dunia berpadanan dengan slogan yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri kita. terdapat pelbagai faktor yang membantu mengharumkan nama Malaysia di seluruh pelosok dunia. www.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Sebagai intiha.usm. semua pihak harus berusaha menyematkan kejituan dan menjana semangat perpaduan dalam diri masing-masing. saya pasti.docushare 4. bagi memastikan keamanan.my 5.pustaka.my 6.ukm.fizik.

.

Temerloh. Hal ini bagi memastikan negara Malaysia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Selain itu tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju serta mewujudkan suasana politik yang stabil. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku rusuhan. bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat yang cemerlang. kebudayaan serta kepercayaan yang berbeza. perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang diperuntukkan sama ada dalam bidang ekonomi. negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan. Sebagai falsafah negara. Pahang M alaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. bersatu padu. Oleh itu. Rukun Negara merupakan tonggak tatasusila rakyat Malaysia dan ideologi kebangsaan Malaysia. sosial dan politik. keharmonian masyarakat yang sejahtera. 307 .RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Nur Abidah Binti Kasman SMK Seri Tulang. Tanpa perpaduan. gemilang dan terbilang. pergaduhan kaum dan sebagainya. agama. Kecemerlangan dalam pendidikan.

Oleh itu. Keluhuran Perlembagaan. memelihara satu cara hidup demokratik. Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dipertanggungjawabkan untuk merangka falsafah nasional tersebut sehingga menjadi seluruh rakyat Malaysia. 308 . kini semakin dilupakan khusus di kalangan generasi muda. menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagaicorak dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Rukun Negara menyatakan bahawa negara kita mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih bererti dalam kalangan seluruh masyarakatnya. Ini terbukti berdasarkan kajian kerajaan ke atas lebih 1000 anggota masyarakat berusia dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. Di dalamnya terkandung semangat yang menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya. tidak keterlaluan jika kita katakan tidak semua orang mampu mengingati lima prinsip itu apabila ditanya mengenainya. Ketenteraman Negara telah terjejas akibat kejadian itu. Pancasila merupakan perkataan Sanskrit bermaksud lima rukun.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rukun Negara dapat disamakan dengan Pancasila negara Indonesia. Proses penggubalan Rukun Negara bermula sebaik sahaja berlakunya rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Semangat yang terkandung melalui lima prinsip Rukun Negara. mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. tidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. tahun lalu mendapati kurang 20 peratus daripada mereka mampu menyatakan kandungan Rukun Negara sepenuhnya.

Matlamat yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam kerana terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum. Seterusnya yang kedua ialah memelihara satu cara hidup demokratik. Walaupun wujud unsurunsur perbezaan. hal ini tidak menghalang bagi membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum menunjukkan tanda kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang Negara. Bagi mencapai tujuan ini pihak yang terlibat dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain. Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan dengan melakukan demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan demokrasi. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masingmasing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Objektif yang ketiga pula ialah semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. 309 . Objektif yang keempat pula ialah akan dapat membentuk satu sikap yang liberal. Ini berlaku kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara. kepentingan bangsa dan negara mestilah dibela dan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak. adat resam dan kebudayaan masing-masing serta perpaduan negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Objektif pertama ialah mencapai perpaduan yang lebih erat. jika tidak ketenteraman negara akan terancam. Masyarakat akan aman di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama.

peristiwa hitam yang menimpa negara pada tahun 1969 yang dipanggil sebagai peristiwa 13 Mei telah menyedarkan para pemimpin negara bahawa suatu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan sebagai pegangan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira fahaman politik. Sesungguhnya.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Walaupun wujud perbezaan. sains dan teknologi. 310 . Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan. Dunia kini telah mengalami perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dan seiring dengan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Kita perlulah bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif bagi mencapai kemajuan di bidang sains dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. kita juga boleh membina sebuah masyarakat progresif. Seperti mana yang dimaklumi. tetapi ada kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Perlembagaan Persekutuan dan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya. semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita tinggi kerana berlainan budaya itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan negara Malaysia. anutan agama. setiap agama dan kepercayaan menganjurkan nilai-nilai ke arah kebaikan. Kelima-lima prinsip Rukun Negara dirangka berdasarkan keperluan nasional dan rupa bentuk komposisi penduduk negara kita. Prinsip pertama. Justeru. kepercayaan kepada Tuhan bersifat universal dan menuntut agar setiap warga menganuti kepercayaan agamanya sendiri. bangsa dan keturunan. Melalui kepercayaan ini akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Selain itu. Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara selaras dengan kedudukan Yang diPertuan Agong sebagai Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Malaysia menjadi tempat setiap warga berteduh serta mencari nafkah hidup. Sebagai negara yang mengamalkan dasar demokrasi berparlimen. tujuan sebenar di sebalik prinsip pertama Rukun Negara ini adalah untuk mencipta masyarakat yang mempunyai pegangan kuat terhadap ajaran agama masing-masing. Sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia Rukun Negara juga menetapkan rakyat perlu menumpahkan taat setia yang sepenuhnya kepada raja dan negara melalui prinsip keduanya. pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing berdasarkan prinsip pertama dalam Rukun Negara. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa. Prinsip ketiga pula. rakyat dituntut agar melafazkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi kepada raja yang menjadi naungan setiap rakyat dan juga simbol perpaduan negara.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada manusia. Di peringkat negeri pula. 311 . Oleh itu. rakyat dikehendaki patuh kepada raja yang memerintah negara tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada rajanya. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud. iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan negara. Justeru. iaitu keluhuran perlembagaan bermaksud Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tubuh negara yang harus disanjung dan dipatuhi oleh semua masyarakat pada setiap masa. bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan seperti ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Prinsip keempat yang tidak kurang pentingnya adalah kedaulatan Undang-undang yang membawa maksud sebagai sebuah negara merdeka dan kita bebas menentukan haluan kita sendiri. Setiap warganegara Malaysia perlulah menghargai. Kita harus menolak sebarang campur tangan asing dalam pentadbiran negara kita. Sekiranya rakyat gagal mematuhi undang-undang. 312 . Di sini sekali lagi rakyat diseru agar bersedia mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara apabila keadaan memerlukan. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.berkumpulan. serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan perlembagaan negara ini. setiap warganegara bertanggungjawab memastikan undang-undang negara tidak dilanggar oleh manamana pihak luar sama ada orang perseorangan mahupun secara . Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Prinsip ini menekankan supaya rakyat menerima. maka akan porak-perandalah negara kita. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Sehubungan dengan ini. mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara yang merupakan sumber perundangan yang tertinggi. Rakyat akan hidup dalam keadaan aman apabila kedaulatan undangundang terpelihara. negara kita adalah menjadi tanggungjawab kita dalam mempertahankannya. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini serta merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara Malaysia. Tegasnya.

Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni. terdapat unsur-unsur kepelbagaian dalam amalan kebudayaan. Berdasarkan semangat Rukun Negara juga lahirnya Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan serta memelihara keselamatan negara. Bagi memastikan kita tidak melupakan semangat itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Sementara prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bermaksud setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan sikap terpuji yang bersesuaian dengan amalan budaya masing-masing. melindungi perpaduan dan kestabilan. Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 antara lain bertujuan supaya rakyat dapat hidup dengan muhibah. Walaupun demikian. damai dan harmoni. memang wajar ikrar Rukun Negara dibaca pada setiap majlis rasmi. setiap warga dikehendaki menunjukkan perilaku yang sopan dan bertatasusila dalam kehidupan seharian. Kita telah melihat bagaimana pentingnya semangat dan falsafah Rukun Negara kepada perpaduan. Atas pegangan prinsip inilah rakyat majmuk dapat hidup aman. perhimpunan jabatan dan agensi kerajaan. Justeru. Justeru. Kempen peringkat nasional selama lima tahun bagi menyemarakkan penghayatan Rukun Negara itu akan dilancarkan pada satu masa yang akan ditetapkan. setiap rakyat perlu menghayatinya. Dasar yang masih diguna pakai sejak lebih tiga dekad itu juga yang menjadi teras pembangunan negara dalam semua bidang. saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. penyayang dan saling menghormati. tidak 313 . Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila kerana perkara ini merupakan nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. bersatu padu. Kempen itu sepatutnya diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat. Paling penting. Ia adalah asas kepada keutuhan dalam membangunkan negara. keharmonian dan kemajuan rakyat dan Negara Malaysia. Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama serta budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.

Dengan berpegang teguh kepada prinsip itu. Sikap sebegini memberi contoh kepada generasi yang akan datang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja. Berita Harian. 10 Disember 2005 6. Rukun Negara sebagai suatu falsafah nasional haruslah dihayati dan diamalkan oleh setiap rakyat sesuai dengan tatasusila dan norma masyarakat kita tanpa sebarang unsur paksaan.com 4. http://www. Agensi swasta.wikipedia>orf/wiki/Rukun_Negara 2. Di samping itu juga dapat mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik serta cintakan negara. http://www. Rujukan 1.com 3. Utusan Malaysia. Rumusannya. Semangat Rukun Negara perlu diteruskan kerana sangat relevan dalam mendepani cabaran kini dan masa depan. tanpa penghayatan terhadap semangat dan tujuan ia diperkenalkan 35 tahun lalu.darulnuman.JPNIN. pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi juga perlu melakukan usaha sama ada dalam menghayati Rukun Negara. kita mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu.gov. http://ms. kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa sahaja cabaran. http://www.my 5. badan politik. 10 Disember 2005 314 . Kita mahu Rukun Negara bukan sekadar di ikrar pada bibir sahaja.bernama. sama ada dari dalam atau luar negara.

tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Serentak itu. tepat pukul 12. Pada tarikh inilah seluruh negara termasuklah rakyat di bandar mahupun di ceruk desa meraikan hari kemerdekaan Tanah Melayu setelah dijajah beratus-ratus tahun lamanya. Rundingan tersebut berlangsung selama hampir tiga minggu bermula dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Laungan keramat iaitu ‘Merdeka’ amat dinantikan mereka dengan harapan Tanah Melayu terus kekal merdeka dan aman. Melaka. Akhirnya. Besut.00 tengah malam pada 31 Ogos. Melalui Perjanjian London.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Wan Nadzirah Binti Wan Hassan SMK Nasiruddin Shah. Rombongan kemerdekaan kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956 dan disambut dalam satu perhimpunan yang besar di Padang Merdeka. Terengganu P eristiwa kemerdekaan di Tanah Melayu bermula dari peristiwa rombongan Parti Perikatan ke London untuk merundingkan hal kemerdekaan bagi Tanah Melayu. bendera Union Jack diturunkan 315 . Rombongan itu diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan terdiri daripada empat orang wakil RajaRaja Melayu dan empat orang wakil parti Perikatan. Tanggal 31 Ogos 1957. Bandar Hilir. maka terciptalah satu sejarah yang amat bermakna bagi seluruh rakyat Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman telah melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh seluruh rakyat yang berkumpul di Dataran Merdeka.

Pada hari ini. Allahyarham Onn Jaafar dan ramai lagi. Mahathir Mohamad yang menjadi 316 . negara ditadbir dengan cemerlang oleh Tun Dr. bangunan dan kemudahan pengangkutan sudah banyak berkembang daripada kosong hinggalah pesat seperti sekarang. kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pahlawan tanah air yang bermati-matian menentang musuh demi memastikan negara tercinta bebas merdeka. Era penjajahan oleh kuasa asing seperti Portugis. dan keselamatan terancam walaupun berada di negara sendiri. Mat Kilau. kekurangan bekalan makanan. Betapa seksa dan peritnya nenek moyang kita menjalani kehidupan sebelum mengecap kemerdekaan. negara telah dipimpin oleh lima orang Perdana Menteri yang berwibawa bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman yang dikenali juga sebagai Bapa Kemerdekaan Negara. Dataran Merdeka yang pada hari ini sebenarnya siap dibina hanya sehari sebelum tarikh keramat tersebut. Pepatah ada mengatakan ‘harimau mati meninggalkan belang. Seterusnya. Allahyarham Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri yang ketiga. Contohnya. Jepun kembali semula kepada British akhirnya Tanah Melayu berjaya membebaskan rakyat daripada dibelenggu oleh penjajah. Antara nama-nama pejuang bagi kemerdekaan Tanah Melayu yang masih lagi segar ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman. Malaysia pada awal kemerdekaan memang sukar untuk digambarkan dengan keperitan yang dialami oleh pejuang kemerdekaan kita sehinggalah apa yang kita kecapi pada hari ini. manusia mati meninggalkan nama’. pembunuhan tanpa usul periksa. Sebagai iktibar. Setelah 50 tahun Malaysia merdeka.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dan bendera Tanah Melayu dinaikkan dengan megah dan perasaan yang gembira. Dari aspek infrastruktur jalan raya. kemudian disusuli pula oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Tok Janggut. Belanda. pemerintahan Jepun telah memperlihatkan kepada kita pada hari ini bahawa penyeksaan yang amat pedih oleh tentera Jepun kepada rakyat tempatan. British.

Dengan ini telah meletakkan nama beliau sebagai rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia menggunakan kapal layar. Walaupun Malaysia nampak kecil di peta dunia. Sebagai contoh. Usaha ini telah direalisasikan dengan memberi penerangan tentang konsep Islam Hadhari kepada masyarakat luar dan dapat diterima oleh semua pihak. Di samping itu. Hal yang demikian kerana setiap agenda yang ingin dilaksanakan mestilah bermula dari pucuk pimpinan yang adil dan bijaksana. satu ekspedisi belia untuk mengubah cara hidup mat rempit kepada insan yang berguna telah mengharumkan nama negara kerana telah berjaya menjalani aktiviti terjunan udara di Kutub Utara. Selain itu. Datin Paduka Sharifah Mazlina telah berjaya menawan Kutub Utara secara solo. ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Tambahan lagi. Baru-baru ini. Antaranya ialah kejayaan Datuk Malik Maidin yang berjaya berenang merentasi Selat Inggeris secara solo telah membuktikan bahawa semangat Malaysia Boleh memang tebal dalam diri rakyat Malaysia. Inilah dikatakan semangat wanita yang kental walaupun berhadapan dengan masalah yang amat getir. wanita di negara ini juga telah membuktikan bahawa mereka bukanlah golongan yang lemah dan sanggup meredah cabaran yang getir. Seperti kata pepatah. Beliau juga digelar sebagai Bapa Pemodenan Negara kerana telah banyak membangunkan Malaysia dari segala aspek sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2003. Dato’ Seri Abdullah banyak menekankan Islam Hadhari dan modal insan sebagai teras kepimpinannya. Mereka 317 . Malaysia telah banyak mengecap kejayaan demi kejayaan di peringkat global malah terkenal di seantero dunia. namun kejayaan ini telah membuktikan kepada semua pihak bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang kerdil. Bukan mudah untuk menghadapi pelbagai cabaran di sana seperti ancaman Beruang Kutub dan suhu yang sejuk melampau. kejayaan Datuk Azhar Mansor yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan menaiki kapal layar amat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Perdana Menteri keempat dan memerintah negara selama 21 tahun.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah menara kawalan udara yang tertinggi di dunia dan ia menjadi tumpuan pelancong dari seantero dunia dengan kecanggihan teknologi terkini. Pasar raya ini menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang besar dan selesa untuk semua pengguna dan dilengkapi dengan ciriciri keselamatan. Baru-baru ini lapangan terbang ini 318 . Menara Berkembar Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia malah menjadi mercu tanda Malaysia di mata dunia. Menara Kuala Lumpur adalah menara yang tertinggi di Asia dan keempat tertinggi di dunia. pembukaan Putrajaya sebagai pusat pemerintahan negara yang menggantikan Kuala Lumpur telah memberi impak yang positif kepada negara. pembinaan Menara Kuala Lumpur. Pembangunan infrastruktur semakin hari semakin pesat tidak kira di ibu kota mahupun di desa. Sebagai contoh. Masjid Putrajaya yang dilengkapi dengan kemudahan lif dan keselesaan tandas telah menyebabkan ia adalah satu tempat untuk beribadat yang paling selesa. Ini telah membuktikan kemajuan teknologi di Malaysia telah berkembang pesat. Pelancong juga terpesona dengan kecantikan landskap dan kebersihan dijaga dengan rapi. Setiap rakyat Malaysia pasti pernah menjejakkan kaki di sini dan merasai sendiri pengalaman berada di puncak menara sambil menikmati keindahan bandar raya Kuala Lumpur dengan menggunakan teropong yang disediakan. Kawasan ini meliputi Pejabat Perdana Menteri. Terdapat juga pusat membelibelah yang besar di sini iaitu Pasar Raya Alamanda Putrajaya. Selain itu. Selama 50 tahun ini juga Malaysia telah banyak berubah dari segi infrastruktur dan perpaduan yang semakin erat. Masjid Putrajaya yang indah. Keindahan dan keunikan kawasan bandar Putrajaya telah berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun. kediaman Perdana Menteri dan kediaman Timbalan Perdana Menteri serta beberapa bangunan kementerian yang lain.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei telah membuktikan bahawa golongan ini juga mampu memberi sumbangan kepada negara dengan menyertai aktiviti seperti ini.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei telah memenangi tempat pertama dalam kategori 15 hingga 20 juta pelancong bagi tahun 2006. Ini telah membuktikan lapangan terbang ini telah menjadi tumpuan pelancong dan salah satu lapangan terbang yang tercanggih di dunia. hubungan yang terjalin menjadi bertambah erat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Setiap tahun pasti Malaysia menyambut tidak kurang daripada lima perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri. terdapat akuarium terbesar di Asia iaitu Aquaria KLCC yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Walaupun tinggal dalam satu negara. Sebagai contoh. Cina dan India. Sebagai contoh. Dengan ini jelas menunjukkan perpaduan dalam kalangan masyarakat sangat kukuh seperti kata pepatah. Malaysia mempunyai tiga bangsa utama dan lebih 10 suku kaum yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Tidak cukup dengan itu. ikan jerung dan banyak lagi. Perayaan di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Rumah Terbuka juga diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Terdapat lebih 2000 spesies hidupan laut dan darat dari seluruh dunia seperti ikan pari. Krismas dan Hari Aidiladha. bangsa malah pelancong dari luar negara turut hadir. Deepavali. Tambahan lagi. Secara tidak langsung. Malaysia telah berjaya menganjurkan pelbagai kejohanan antarabangsa yang disertai oleh negara-negara luar. agama. sambutan Hari Raya yang disambut oleh seluruh umat Islam turut disambut oleh agama Hindu dan Buddha. perayaan bagi sesebuah agama juga turut disambut oleh agama lain sebagai menghormati antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. masyarakat Malaysia mampu hidup penuh dengan keamanan dan kedamaian di sesebuah kawasan. bulat manusia kerana muafakat’ Jadi. betullah apa yang dikatakan pepatah ini kerana perpaduan masyarakat adalah asas bagi sesebuah negara untuk berkembang maju. Malaysia sememangnya terkenal dengan keunikan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti bangsa Melayu. “bulat air kerana pembetung. Tahun Baru Cina. Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 319 .

Zaman sekarang ialah zaman dunia tanpa sempadan dan teknologi tersebar ke seluruh pelosok dunia. Sempena 50 tahun kemerdekaan negara. Cara ini jauh lebih mudah berbanding dengan 50 tahun lalu di mana pelancong memang sukar untuk mendapatkan maklumat tentang negara ini. Michael Schumacer dan ramai lagi. Sambutan ini diadakan untuk memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. negara ini juga telah berjaya menganjurkan kejohanan lumba kereta yang terbesar iaitu acara Grand Prix Malaysia Formula 1 yang diadakan setiap tahun di Litar Antarabangsa Sepang. Pihak hotel. Dengan ini. Jika dahulu tiada kemudahan komputer. resort dan kawasan peranginan berlumba-lumba untuk memberi khidmat yang terbaik demi memastikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2007. internet dan 320 . sentiasa ramah. Terengganu telah meletakkan nama Terengganu di peta sukan dunia.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang diadakan di Kuala Lumpur dan acara Sukan SEA pada tahun 2001 juga di Kuala Lumpur. pelancong yang pertama kali datang pasti akan datang lagi kerana terpikat dengan keramahan rakyatnya. Sukan Komanwel disertai oleh negaranegara Komanwel iaitu yang pernah menjadi jajahan British manakala Sukan SEA melibatkan negara-negara Asia. Dengan penganjuran acara terbesar ini nama Malaysia telah tersebar dan terkenal dalam hal-hal berkaitan dengan kejohanan sukan. pelancong dari pelbagai negara dapat mengenali Malaysia dan budayanya sebelum datang ke sini. Segala maklumat tentang Malaysia terdapat dalam internet dengan hanya melayari laman web kerajaan Malaysia dan agensi pelancongan di seluruh negara. Tambahan lagi. Terdapat juga acara Monsoon Cup yang diadakan di Pulau Duyong. Dengan ini. senyum dan bersedia memberi pertolongan. Acara ini disertai oleh nama-nama besar dalam sukan permotoran ini seperti Alonso. Setiap warganegara memainkan peranan penting dalam melaksanakan rancangan ini seperti memberi layanan yang terbaik. Banyak usaha telah dijalankan oleh pelbagai agensi pelancongan untuk mempromosikan Malaysia sehingga tiket penerbangantempatan habis ditempah. Malaysia pada tahun ini menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007.

Secara tuntasnya. setelah 50 tahun Malaysia mengecap kemerdekaan. Modal insan seperti apa yang dicanangkan oleh Perdana Menteri ialah masyarakat yang memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan dan menjadi generasi yang cemerlang.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei telefon. hari ini segala-galanya telah tersedia dan ini membantu merancakkan lagi promosi Malaysia ke serata dunia. 321 . Kita perlu memastikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang. pelbagai kemajuan dan kejayaan yang dicipta oleh rakyat Malaysia demi mengharumkan nama negara tercinta di mata dunia. Akhir kata. Malaysia Boleh. ‘sediakan payung sebelum hujan’. Rujukan 1. menjadi tanggungjawab setiap individu di negara ini untuk memastikan Malaysia terus mengecap keamanan dan peristiwa penjajahan tidak berulang lagi. Golongan belia ialah modal insan yang sebenar bagi meneruskan perjuangan orang yang terdahulu dan mengambil alih tampuk pemerintahan sekarang. gemilang dan terbilang. Kita sebagai rakyat Malaysia mesti mempunyai semangat cintakan negara dan berkorban untuk memastikan negara terus maju dan berjaya. Seperti kata pepatah. Oleh itu. Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 dan Majalah.

.

JPPK ini berperanan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia (GM). objektif dan matlamat penubuhan Malaysia.00 tengah malam 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor. semua ini cumalah satu permulaan sahaja. mengumpulkan pandangan penduduk serta menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. Merdeka. bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan. Maka. beliau berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah (Jun 1961) dan Brunei (Julai 1961) dengan tujuan menerangkan konsep. iaitu di Jesselton (Sabah). Tunku Abdul Rahman telah berucap di Singapura. Detik-detik ini melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Choo Thiam Shin SMK Datok Lokman. Pada akhir bulan Mei 1961. Mesyuarat JPPK telah berlangsung sebanyak empat kali. Merdeka! tepat jam 12. Sabah dan Singapura. Kuala Lumpur M erdeka. Selepas itu. Perundingan diadakan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak. terdapat banyak prosedur lagi sebelum pembentukan Malaysia. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuangpejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga. 323 . Hasilnya terbentuk Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) di Singapura pada Jun 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens.

Keputusannya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Indonesia dan Filipina diadakan. Kejadian ini menyulitkan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya Cobbold juga mencadangkan beberapa cadangan iaitu Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1957. wujudnya laporan Suruhanjaya Cobbold yang menyatakan bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong GM tanpa syarat. dan 1/3 lagi menginginkan kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Gagasan Malaysia. terdapat tentangan daripada Indonesia dan Filipina. Presiden Suharto dan Presiden Macapagal yang diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 6 Ogos 1963. Sabah dan Sarawak bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963. Dalam mesyuarat terakhir di Singapura (Februari 1962). 1/3 menyokong dengan syarat (kepentingan mereka perlu dilindungi). Kuala Lumpur (Tanah Melayu) dan Singapura. Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imigresen. penduduk Sabah dan Sarawak adalah lebih suka menyertai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu daripada menganggotai Indonesia 324 . Namun demikian. Suruhanjaya Cobbold ini ditugaskan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang Gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British. jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak. Selepas peninjauan dibuat. pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk dan penentuan tarikh penubuhan Malaysia. perjumpaan yang melibatkan Malaysia. ahli bersepakat mengemukakan satu memorandum yang mengandungi perkara penting tentang pertimbangan kepada pandangan dan pendapatan Sarawak serta Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru kepada Suruhanjaya Cobbold (SC) yang dibentuk oleh kerajaan British.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Kuching (Sarawak). Singapura. Bagi mengurangkan ketegangan. Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan. iaitu Tunku Abdul Rahman. Ini merupakan sidang kemuncak antara ketua kerajaan. Walau bagaimanapun. Di samping itu.

Selain itu. lahirnya masyarakat yang saling 325 . Pada 16 September 1963. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dan Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Masyarakat yang stabil ini menjamin pembangunan negara. Walau bagaimanapun tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963 kerana laporan daripada PBB tidak sempat disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina yang berterusan. Banyak peristiwa yang manis mahupun sedih pun telah alami. Sehinggalah sekarang. Di samping itu. Tambahan pula. Negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu. Singapura. Kesannya. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir. perpaduan membentuk masyarakat yang menjalinkan ikatan kukuh dari aspek kekeluargaan dan keagamaan. persefahaman antara kaum memudahkan rancangan-rancangan negara kita seperti Wawasan 2020. Perpaduan ini adalah penting untuk mewujudkan masyarakat majmuk yang stabil. Sarawak dan Sabah. Walau bagaimanapun pada tahun 1965. Sungguhpun Singapura berpisah dengan Malaysia pada 9 Ogos 1965 namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Pencapaian negara kita dari segi politik. Perpaduan diertikan dengan hubungan rapat dan sifat bertoleransi yang wujud untuk mencapai sasaran bersama. dapatlah kita mengelakkan perpecahan kaum. negara kita telah merdeka selama 50 tahun. Dengan ini.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei mahupun Filipina. Jalur Gemilang yang baru ini mempunyai bilangan jalurjalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. ekonomi dan sosial sejak tahun 1957 boleh dikatakan amat membanggakan. Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963. Singapura telah berpisah dengan Malaysia. Bendera Malaysia yang baru telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia. Politik negara yang stabil telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keharmonian sejak tahun 1957.

rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3). terdapat pelbagai langkah dan usaha telah dijalankan untuk memupuk perpaduan di antara masyarakat negara kita. iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga bertujuan ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan dan mengimbangi kerohanian dan pembangunan fizikal negara. Usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dapat kita lihat melalui rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1). negara kita juga mempunyai hubungan diplomatik yang sungguh baik dengan negara-negara lain. Pertubuhan ini membolehkan kita mengeratkan hubungan dengan negara serantau 326 . Peristiwa hitam ini memberi kesedaran kepada kerajaan bahawa pentingnya perpaduan masyarakat. Terdapat lima prinsip Rukun Negara. pendapat.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei menghormati dan bertolak ansur. Sekali lagi dapat kita lihat betapa pentingnya perpaduan melalui peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Rukun Negara ini bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang demokratik. Selain itu. Misalnya. Ketiga-tiga rangka rancangan jangka panjang turut bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama melalui dasar-dasar tertentu. dan perasaan rakyat pelbagai kaum. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara yang dapat menyatukan fikiran. Rukun Negara ini bercita-cita untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyertaan negara kita dalam Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Dasar Kebudayaan Kebangsaan. adil. Keluhuran Perlembagaan. Di samping itu. Justeru. Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Kesannya. Dasar ini memupuk kesedaran dan perasaan menghormati kebudayaan etnik-etnik Malaysia bagi mewujudkan perpaduan negara. liberal dan progresif. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Selain itu.

Selain itu. Contohnya tumpuan kepada pengeksportan keluaran secara besar-besaran dengan mempelbagaikan sektor-sektor berkenaan. Di sini. dapatlah kita lihat perpaduan yang wujud di kalangan masyarakat adalah penting untuk pembangunan negara. Mahathir Mohamad. Menurut kajian. IMP 1 ini bermatlamat untuk menjadikan sektor pengilangan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan perindustrian negara. kempen penggunaan barang dan perkhidmatan tempatan diadakan untuk mengurangkan import negara asing. Misalnya. Pencapaian ini adalah kerana keyakinan kerajaan terhadap keperluan sektor perindustrian pada masa depan. sebarang pertikaian di Asia Tenggara perlu diselesaikan secara aman dan ahli-ahli tidak digalakkan melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa besar. sektor pembuatan menyumbang hampir 50 peratus kepada pendapatan negara kita. Konsep Zon Aman. Selain itu. pelbagai usaha telah dilaksanakan. pelancaran kempen galakan menabung peringkat nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri. Selain itu. Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah diwujudkan pada 27 November 1971. Tun Dr. industri kecil dan sederhana (IKS) diberi perhatian. Di samping itu.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dan antarabangsa. Kerajaan telah mengadakan Pelan Induk Perindustrian Pertama (IMP 1) dari tahun 1986 hingga 1995. dasar kewangan yang lebih berkesan dan boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi telah dirangka. IMP 1 ini telah diteruskan 327 . Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara-negara ASEAN. Pada masa itu. pelbagai langkah strategik yang menyeluruh dan berkesan telah dilaksanakan oleh kerajaan. pencapaian negara kita adalah baik. Dengan ini. Semua ini memerlukan kerjasama rakyat dengan kerajaan. Dari segi ekonomi pula. kita masih dapat menanganinya dengan secepat mungkin. Pertubuhan ZOPFAN adalah untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara. Walaupun negara kita pernah mengalami krisis ekonomi serantau pada tahun 1997 yang mengakibatkan pembangunan ekonomi negara kita terjejas. Sektor pembuatan merupakan satu sektor yang agak penting kepada ekonomi negara kita.

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei oleh pelan induk perindustrian kedua (IMP 2). Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS dalam negara kita. pensyarah-pensyarah yang berkaliber diimport dari luar negara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan 328 . Pulau Langkawi. Misalnya. wujudnya peluang pekerjaan yang banyak dan kadar pengangguran negara kita telah menurun kepada lebih kurang 3 peratus. berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Selain itu. Antara kawasan pelancongan yang menikmati pembangunan ini termasuklah Port Dickson. Selain itu. Dari segi sosial pula. Tambahan pula. industri pelancongan membawa pendapatan yang sangat lumayan kepada negara kita. Menurut kajian. industri pelancongan memainkan peranan dari segi pembangunan setempat bagi kawasan-kawasan pelancongan. Perubahan global yang begitu pantas dan meluas serta pelbagai cabaran dalam bidang dan dimensi menyebabkan negara kita meletakkan sistem pendidikan di tahap dunia. pada tahun 2004. negara kita mempunyai pendidikan yang bertaraf dunia. Semua ini membolehkan negara kita berupaya meningkatkan dan memantapkan ekonomi dalam alaf baru. Industri pelancongan negara kita juga mengembang dengan pesat sejak kemerdekaan.7 juta orang pelancong asing yang melawat negara kita telah membawa pendapatan sebanyak RM30 bilion melalui pertukaran wang asing. Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk menyiapkan makmal multimedia. Keadaan ini juga selaras dengan matlamat RRJP 2 yang hendak mencapai pembangunan seimbang. Sasaran IMP 2 adalah mewujudkan sektor perkilangan yang lebih luas. Industri ini berperanan penting dalam ekonomi negara seperti perusahaan perhotelan. perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur yang lain. kira-kira 15. Melalui pelan ini. pengangkutan. pemindahan teknologi dari luar negara berlaku dengan pesat. penginapan. usaha kerajaan melengkapkan pusat pengajian dengan teknologi maklumat merupakan satu langkah yang amat penting dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia. Gua Musang dan Gua Mulu. Selain itu.

satu projek yang mega. dengan adanya MSC ini. Keluasan MSC ini ialah 750 kilometer persegi yang merangkumi Kuala Lumpur City Center (KLCC). telah dirasmikan oleh Tun Dr. dapatlah kita mengurangkan kesan rumah hijau yang amat membimbangkan sejak kebelakangan ini. dapat kita lihat kerajaan kita adalah sangat mementingkan sistem pendidikan negara kita.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei yang sistematik dan berkesan bagi membentuk modal insan bestari. Mahathir Mohamad sempena pelancaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 29 Ogos 1995. MSC ini berperanan sebagai pemangkin dalam teknologi maklumat. Namun kita masih dapat mengatasi semua peristiwa yang kurang menggembirakan tanpa bantuan negara-negara asing. teknologi maklumat seperti multimedia digunakan sepenuhnya di sekolah. Sistem ini dapat mengurangkan penggunaan kereta di kalangan masyarakat. pengenalan sistem LRT dan MRT di bandar-bandar besar merupakan satu penggunaan laluan yang berlainan yang mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas. Dengan ini. Selain itu. menjadikan Malaysia negara maju. Justeru. tetapi dengan selesa dan selamat. maklumat penemuan baharu dalam bidang perubatan dapat disebarkan dan diterima oleh doktor-doktor tempatan dengan pantas. Projek MSC ini merupakan projek ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Koridor Raya Multimedia (MSC). negara kita telah mengalami banyak peristiwa yang berbeza-beza sejak kemerdekaan. Pendek kata. melalui MSC. perubatan menjadi lebih murah dan cepat kerana rakyat boleh menerima rawatan pakar perubatan luar negara dengan bantuan doktor tempatan di sisinya melalui tele perubatan. Sebaliknya. penumpang-penumpang bukan sahaja dapat sampai ke destinasi dengan cepat. kita dapat menggunakan tanah berkenaan untuk kegunaan lain dengan lebih manfaat. Sistem ini juga dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta. Misalnya. Dengan ini. Selain itu. taraf sosial negara adalah baik berbanding dengan masa lalu. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya. pencapaian-pencapaian 329 . Selain itu. Kesimpulannya. Dengan ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.com 2.rukunegara malaysia. Bhd. Kuala Lumpur. Akhbar Utusan Malaysia (20 April 2006) 4. Ramlah binti Adam. semua ini merupakan usahausaha dan kerjasama yang kita lakukan bersama. 50 tahun negaraku merdeka. 330 . Abdul Hakim bin Samsuri. 3. Muslimin bin Fadzil. Pengajian Kenegaraan Malaysia STPM: TQM Consultant Sdn. Rujukan 1. negaraku gagah gemilang. Shakila Parween binti Yacob.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei negara kita yang cemerlang sehinggalah kita rakyat Malaysia berani menyuarakan “Malaysia Boleh”. 2003 Sejarah Malaysia.

Hari Kemerdekaan itu sukar diperoleh ibarat mahal dibeli. Bekas Perdana Menteri kita. Mahathir bin Mohamad telah mengilhamkan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di dunia menjelang tahun 2020. Negara telah menjadi gagah dan gemilang setelah lima puluh tahun Malaysia merdeka. barulah kita dapat kemerdekaan. Cita-cita ini akan tercapai dalam masa lebih kurang tiga belas tahun dari sekarang. sukar dicari kerana setelah beberapa puluh tahun negara kita berusaha untuk menuntut kemerdekaan. Pahang P engisytiharan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan hari bersejarah bagi negara kerana bermula saat itu negara kita bebas daripada penjajahan British. Pembangunan negara juga semakin pesat dari setahun ke setahun. Cita-cita yang juga dikenali dengan Wawasan 2020 ini bermaksud negara kita akan menjadi negara yang maju dalam bidang ekonomi.50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Lee Xiao Qian SMK Damak. Tun Dr. sosial dan politik setanding dengan negaranegara yang telah maju di dunia pada masa ini. Negara kita akan dapat menjadi negara maju seperti negara-negara yang lain. 331 . Jerantut. Negara kita boleh mencapai wawasan 2020 menjelang tahun 2020 kerana kita telah mempunyai kemajuan dan pembangunan negara yang pesat. Setelah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.

Persefahaman antara kaum membolehkan rakyat mengamalkan cara hidup dan budaya masing-masing dalam keadaan yang harmoni. Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia dan rakyat Malaysia yang bersatu ibarat sama lebur sama binasa telah sekian lama dikagumi oleh masyarakat dunia. Hal ini tidak dapat menghalang keharmonian dan perpaduan rakyat. Dayak dan lain-lain. Sumber-sumber utama ini boleh dijadikan asas bagi kemajuan dan kemakmuran negara. Mereka mempunyai adat resam dan pantang larang yang istimewa serta bertutur dalam pelbagai bahasa. Cina dan India. Negara kita pada hari ini telah mempunyai sumber bahan mentah yang terpenting di dunia iaitu minyak dan gas. Negara kita telah menjadi maju kerana kita mempunyai kawasan yang subur di seluruh negara. Komposisi rakyat majoritinya terdiri daripada kaum Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia menganut pelbagai agama dan kepercayaan. terdapat juga orang Asli. Bidayuh. hasil pertanian dan kekayaan hutan sehingga timbul niat mereka untuk menjajah negara kita. malah meningkatkan perasaan bangga dan sayangkan negara. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. 332 . Di samping itu. Selain hasil yang diperoleh daripada sumber-sumber ini. Keadaan ini menunjukkan rakyat Malaysia sayang akan negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Kita boleh menggunakan minyak dan bahan galian seperti besi dan timah dalam pelbagai sektor pembuatan jentera dan kenderaan.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Negara kita memang terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber-sumber semula jadi. Kayu-kayan yang diperoleh di negara kita boleh menjadi asas bagi perkembangan industri perabot dan pembinaan. kita juga maju dalam industri-industri kecil dan sederhana yang bergantung pada bahanbahan pertanian dan sumber-sumber asli yang lain. Iban. Selain itu. kita juga dapat menggunakan sumber asli yang ada bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian negara. Rakyat bebas bertutur dalam pelbagai bahasa walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara. Kadazan. Warga asing yang telah datang ke negara ini sejak zaman dahulu lagi untuk mendapatkan bahanbahan mentah seperti bijih timah.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei Rakyat juga berazam untuk terus memelihara perpaduan negara supaya segala hasil pembangunan dapat dinikmati bersama. mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Di samping itu. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Mereka berhak menyokong. sejahtera dan stabil. Kemajuan ini amat menggalakkan dan untuk mencapai matlamat ‘Wawasan 2020’ seperti yang dirancang kita hanya perlu mencapai kemajuan ekonomi enam setengah peratus setahun sahaja. Kita dapat melihat perkembangan ekonomi yang sungguh menggalakkan pada hari ini 333 . perkembangan ekonomi telah memperlihatkan kemajuan negara yang semakin menggalakkan pada setiap tahun. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Negara kita sering mencapai perkembangan ekonomi tujuh peratus setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Gandingan tersebut telah menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Politik negara kita berada dalam keadaan yang stabil. Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan adil. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara. Kestabilan negara bergantung pada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan bak kata pepatah bagai aur dengan tebing.

Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk untuk mengkaji semula sistem pelajaran kebangsaan. Malaysia sendiri telah banyak melakukan promosi pelancongan ke peringkat antarabangsa sehingga meningkatnya kedatangan pelancong asing ke negara kita. pembuatan dan pemprosesan makanan. Objektif utamanya adalah untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara. masyarakat dan negara. perabot dan sebagainya telah menyumbangkan hasil eksport yang bernilai beribu-ribu juta ringgit setahun. bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei terutamanya dalam sektor perindustrian. adat resam dan agama. Keistimewaan Malaysia dapat diperhatikan melalui 334 . Kemajuan falsafah pendidikan kebangsaan penting untuk memupuk perpaduan. Kita telah berupaya menjadi sebuah negara yang menjadi pengeluar barangan elektronik dan semi konduktor ini. Bidang-bidang perindustrian yang lain juga menjadi penyumbang yang besar dalam kemajuan ekonomi negara. berketerampilan. Industri tekstil. Di samping itu. Usaha ini adalah melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. jawatankuasa tersebut ingin mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu. berakhlak mulia. Pendidikan merupakan faktor utama dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. pembuatan jentera dan kereta nasional. Industri pelancongan di negara kita semakin maju. Negara kita telah berjaya menarik banyak pelabur dari luar bandar supaya bergiat dalam bidang perindustrian di negara ini. berdisiplin dan terlatih. rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

bangunan dan perusahaannya. Tempat-tempat menarik di Malaysia lazimnya berkaitan dengan keindahan hutan lipur dan taman-taman negara tentunya terdapat di kawasan pedalaman. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei budaya dan etika kerja pendidiknya. Negara kita banyak mempunyai tempat bersejarah seperti A Famosa. rangkaian pulau yang cantik. selain dapat menjimatkan masa pengguna. lebar dan selesa telah disediakan oleh kerajaan. Matlamat wawasan ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia. Lalu lintas yang lurus. menantu molek. Idea wawasan ini dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri. Tempat-tempat bersejarah ini dapat mendorong pelancong datang ke negara kita. Sebagai contoh. Lapangan terbang ini amat strategik 335 . Kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dengan adanya lebuh raya yang lebar dan luas. air terjun yang bertingkat-tingkat dan pantainya yang putih bersih. Industri pelancongan telah menjadi satu kegiatan yang menguntungkan negara ibarat anak baik. Keistimewaan tersebut menjadi faktor pendorong kepada kedatangan pelancong ke negara kita. Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan satu pencipta pembangunan yang dikagumi oleh seluruh dunia. tempat-tempat bersejarah yang unik dan keindahan alam semula jadinya seperti bukit bukau yang menghijau. Pembinaan LRT pula dapat mengurangkan pencemaran udara berbanding kereta dan bas yang berasap hitam yang akan menjejaskan kesihatan pengguna jalan raya yang lain. Tun Dr. perigi Hang Li Poh dan rumah merah di Melaka. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh raya Timur Barat. perigi Hang Tuah. Kemajuan yang diharapkan seperti negara-negara maju di barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata tetapi kemajuan bersepadu. Taman Negara yang berada di Jerantut telah menjadi tumpuan pelancong asing kerana mereka tertarik dengan keindahan alam semula jadi.

Kesimpulannya. Kita juga mempunyai Nicol David yang mendapat kedudukan pertama dalam permainan skuasy di peringkat dunia. sukan merupakan aktiviti ko-kurikulum yang sangat digalakkan. Negara kita telah memiliki banyak pemain badminton yang handal seperti Lee Chung Wai. Malaysia telah maju dalam bidang sukan dalam beberapa tahun ini. Pada peringkat sekolah. dasar pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. aman dan sejahtera. Pingat emas ini amat bermakna kerana negara kita telah menunggu selama dua puluh lima tahun untuk mendapatkan pingat emas ini. Majlis Sukan Sekolah-sekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah. Hafizi Norsham. Generasi pelajar yang sedang berada 336 . pasukan beregu lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong telah memenangi pingat emas dalam acara terbuka England.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei dengan keluasan tapaknya yang kira-kira 139 ekar yang dibuka pada tahun 1998. Peristiwa ini amat bermakna kerana ianya menaikkan nama Malaysia.8 kilometer pada 3 Ogos 2003 dalam masa 17 jam 30 minit 15 saat. Antara pemain badminton yang cekap dalam bidang tersebut. Penubuhan lapangan terbang ini telah meningkatkan ekonomi negara dan pembangunan negara. negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan. Dato Abdul Malik Mydin telah menaikkan nama negara apabila beliau merentasi Selat Inggeris sejauh 32. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang wujud selama ini telah menyediakan asas kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan. Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat. Tan Boon Heong. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali jelas memainkan peranannya mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri. Sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Koo Kien Keat.

Kita dapat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang makmur dan tenteram pada masa akan datang dengan kerjasama dari semua pihak. Buku Teks Pendidikan Moral Tingkat 5. Kita haruslah berusaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Dewan Bahasa dan Pustaka 2003. Pelajar-pelajar bukan sahaja terlibat dalam pengisian wawasan tetapi juga meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpinpemimpin negara terdahulu untuk terus mengekalkan kemajuan negara kita supaya negara dapat berdiri sama tinggi. Ramlah binti Adam.Edu-Sejarah). Fokus 2U Sejarah PMR. Fazira Khaini (B. Cetakan Pertama 2003. 2003. Penerbit Pelangi Sdn. Bhd. 4. EduSejarah. Rujukan 1. Cetakan Keempat 2006. Napisyah binti Muhammad. Buku Teks Sejarah Tingkat 5. Muslimin bin Fadzil. Cetakan Kedua 2005. duduk sama rendah seperti negara maju yang lain. Malaysia yang menggunakan acuan kemajuannya sendiri malah mempunyai kelebihan kerana menitikberatkan keseimbangan antara kemajuan fizikal dan kemajuan rohaniah. tahun 2006.3. Shakila Parween binti Yacob. Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding dengan negara-negara maju di barat. Kaladevi a/p Arumugam. 337 .Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei di bangku sekolah pada hari ini sebenarnya bertanggungjawab yang berat. 2. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Rakyat negara perlu bekerjasama dalam semua aspek kehidupan agar kemajuan dan pembangunan negara dapat bersama-sama kita nikmati. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. Lee Sin Cian. M. 3. Aleeya Atiqah Ammor. 1001 Nota & Soalan PMR Sejarah 1. Abdul Hakim Samsuri. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Chang Keng Ling.2.

L. Target PMR Formula Bestari Sejarah Tingkatan 123. Mansor Hassan. penerbit Sasbadi Sdn. Target SPM Citra Pintar Sejarah Malaysia Tingkatan 5. Bhd. tahun 2001. Penerbitan Sasbadi Sdn. Yew Chee Wai. Edisi 1996.Devi. 6. (Syarikat Kumpulan Ebiza) Kuala Lumpur. 7. 338 . Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8 Leukemia-Myrtales. Malaysia. Bhd. Bhd.Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei 5. penerbit Anzagain Sdn.tahun 2000.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->