You are on page 1of 2

Kem untuk mencari pelapis berbakat

ROSLINDA (kanan) turut hadir membimbing atlet muda pada program Kem Bakat Lompat Bergalah di MSN, Bukit Jalil semalam.

DEMI memastikan negara tidak ketandusan atlet pelapis dalam acara sukan khusus
(spesifik) pada masa hadapan, Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi cawangan
pelapisnya merancang untuk mengadakan tiga kem bakat setiap setahun bermula tahun
depan, lapor SHAHRIL NIZAM ABDULLAH.

Menurut pengarah cawangan pelapis MSN, Jefri Ngadirin, tujuan utama kem tersebut
ialah untuk mencungkil bakat baru dalam tiga acara khusus iaitu lompat bergalah, acara
lompatan dan acara balingan sekali gus bakal diserapkan ke dalam program latihan atlet
pelapis negara.

"Tujuan utama kem ini ialah untuk menghidupkan semula acara-acara sukan ini di
kalangan generasi muda. Sekiranya ada yang berpotensi, mereka akan diserapkan ke
dalam program latihan atlet pelapis negara di masa hadapan," kata Jefri ketika hadir
menyaksikan Kem Bakat Lompat Bergalah di MSN, Bukit Jalil semalam.

"Ini kerana MSN mendapati atlet pelapis bagi tiga acara khusus ini semakin berkurangan
sejak kali terakhir diwujudkan pada 1993.

"Hasil daripada program tahun 1993 itu, kita berjaya melahirkan atlet elit seperti
Roslinda Samsu dan Lee Hup Wei.

"Jadi, untuk memastikan negara tidak ketandusan atlet dalam acara khusus ini pada masa
hadapan, cawangan pelapis MSN bersedia mengadakan tiga kem bakat ini setiap tahun
dengan kerjasama daripada 17 pusat latihan di sekolah-sekolah seluruh negara," katanya
lagi.
Jefri turut memberitahu MSN juga akan bekerjasama dengan Pusat Latihan Prestasi
Tinggi (HPTC) bagi memberi peluang kepada jurulatih-jurulatih tempatan menimba
pengetahuan dan pendedahan dalam acara sukan tersebut.

"Menerusi kerjasama dengan HPTC, kita ada tiga agenda utama. Pertama dalam program
kejurulatihan, kedua pertandingan dan ketiga program latihan.

"Dalam kejurulatihan, MSN akan menghantar beberapa jurulatih tempatan untuk


menimba pengetahuan dan pengalaman bersama HPTC supaya kita tidak ketandusan
jurulatih-jurulatih dalam acara khusus ini.

"Dalam pertandingan pula, HPTC akan menghantar atlet pelapis terbaik kita untuk
menyertai kejohanan di luar negara setiap tahun bagi menimba pengalaman dan
pendedahan awal, manakala bagi program latihan pula, atlet-atlet yang terpilih akan
berpusat di HPTC untuk latihan pusat," ujarnya lagi.

Selain itu, Jefri turut berharap inisiatif yang diambil oleh MSN ini bakal membuka mata
semua sekolah di seluruh negara untuk mula memberi perhatian kepada tiga acara khusus
ini.

"Oleh itu, dengan adanya program seperti ini, saya harap setiap sekolah di seluruh negara
boleh mengambil inisiatif sendiri untuk memberi tumpuan kepada tiga acara khusus ini.

"MSN juga akan menghantar jurulatih-jurulatih bertauliah ke setiap sekolah sekiranya


mereka betul-betul memberi tumpuan kepada acara ini," kata Jefri lagi.

Pada kem bakat lompat bergalah yang bermula pada 24 hingga 29 November itu, seramai
37 atlet muda terpilih.

Mereka akan mendapat bimbingan daripada jurulatih, Mohd. Manshahar Abd. Jalil dan
Teh Weng Chang serta berpeluang menerima tunjuk ajar daripada atlet lompat bergalah
negara, Roslinda Samsu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm

You might also like