Tuhanku…..

Entah berapa kali harus ku terangkan pada hati ini… Ini hanyalah satu permainan perasaan Yang tak patut ku turuti kehendak hati Hati yang penuh dengan karung-karung rindu yang sarat Membuat aku semakin lemah dalam hidup Lesu tak bermaya Cinta yang menggegar dada Cinta yang menggetar jiwa Cuma tinggal kenangan Aku masih lagi di sini Berbekalkan cerita indah semalam Kait-kait mimpi yang aku larikkan Terkadang aku lupa siapa aku Tuhan ku…. Andainya ini satu anugerah dariMu Ku terima dengan Ikhlas Walau hanya keparahan hati yang ku tanggung Tetap terselit kemanisan yg sukar utk dimengertikan Terima kasih tuhan kerana masih sudi Memberi aku rasa ini Rasa-rasa yang terlalu indah bila dikenang Terlalu sayang untuk ku buang Terlalu mahal untuk ku lupakan Anugerah terulung untuk insan seperti aku Malam ini rasa itu datang lagi Menjenguk hati Singgah sebentar dan berlalu pergi Meninggalkan aku separuh hati Separuh lagi dibawa pergi.... Pergi yang tak mungkin kembali... Tuhanku .. Ku mohon dengan sangat kembalikan hatiku Hati yang telah ku serahkan paada dia Dia yang terlalu istimewa.. Kerana aku telah lama tahu Dalam hati ada cinta

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful