You are on page 1of 22

1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

SET SOALAN 10

Sila pilih jawapan yang tepat bagi soalan-soalan berikut.

1. Yang manakah di antara pernyataan di bawah adalah BENAR berkenaan polisi


insurans?

A. Polisi insurans adalah merupakan kontrak insurans.


B. Polisi insurans adalah merupakan bukti wujudnya kontrak insurans.
C. Polisi insurans adalah merupakan rekod bagi perkara pokok insurans.
D. Polisi insurans adalah dokumen berkenaan perundingan.

2. Yang manakah di antara berikut merupakan fungsi-fungsi insurans?

I. Bagi melindungi pelaburan pemiutang seperti di dalam perjanjian


jual beli.
II. Bagi menyebarkan kerugian sebilangan kecil individu kepada
sebahagian besar individu.
III. Bagi membantu dalam mengelakkan dan mengurangkan
kerugian dengan menawarkan khidmat nasihat.
IV. Bagi membolehkan individu yang dilindungi mendapat
keuntungan daripada tuntutannya.

A. I & III sahaja


B. I & IV sahaja
C. I, II & III sahaja
D. I, II & IV sahaja

3. Yang manakah di antara berikut adalah merupakan fungsi sekunder insurans?

I. Menggalakkan timbulnya tuntutan oleh individu diinsuranskan.


II. Menyediakan sumber modal bagi pelaburan
III. Sebagai salah satu kaedah simpanan.
IV. Menyediakan peluang pekerjaan.

A. I, II & III sahaja


B. I, II & IV sahaja
C. II, III & IV sahaja
D. Semua di atas

4. Dalam insurans hayat, wang yang dibayar oleh pemegang polisi dikumpulkan
dan diletakkan di dalam dana am. Dana ini adalah lebih dikenali sebagai:

A. Saham
B. Faedah
C. Premium
D. Pelaburan

1
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

5. Hukum ______ menyatakan bahawa apabila meningkatnya jumlah risiko yang


terdedah, anggaran kerugian akan menghampiri kerugian sebenar.

A. Jumlah Bilangan Kecil


B. Jumlah Bilangan Pertengahan
C. Jumlah Bilangan Besar
D. Jumlah Bilangan Genap

6. Risiko boleh didefinisikan sebagai ______ di dalam konteks insurans.

A. ketidakpastian
B. ketidakpastian berkenaan kerugian
C. hazad
D. kerugian

7. Yang manakah di antara berikut TIDAK BOLEH diinsuranskan?

I. Risiko Tulen
II. Risiko Spekulatif
III. Risiko Imaginatif
IV. Risiko Subjektif

A. I, II & III sahaja


B. I, II & IV sahaja
C. II, III & IV sahaja
D. Semua di atas

8. _________ merujuk kepada bidang pengajian yang mengukur kemungkinan


berlakunya sesuatu kejadian atau peristiwa.

i. Kemungkinan
ii. Kebarangkalian
iii. Ketidakpastian
iv. Penganggaran

9. Kebarangkalian Probabiliti adalah ditentukan berdasarkan _____.

A. data-data kerajaan
B. data-data perpustakaan
C. data-data bersejarah
D. data-data polisi

10. Apabila sesuatu kerugian itu tidak boleh dijangka, ia adalah dikenali sebagai:

A. Kerugian yang tidak dijangka.


B. Kerugian akibat malapetaka.

2
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

C. Kerugian yang dikandungi.


D. Kerugian yang disengajakan.

11. Bilakah Kepentingan Boleh Insurans mesti wujud di dalam polisi insurans hayat?

A. Semasa mengikat kontrak dan semasa berlakunya kematian.


B. Semasa mengikat kontrak insurans.
C. Semasa berlakunya kematian.
D. Semasa pembaharuan semula polisi.

12. Definisi indemniti adalah ________.

A. penyebaran kerugian
B. sumbangan
C. pembayaran Pampasan
D. pemindahan Liabiliti

13. Yang manakah di antara berikut menyebabkan berlakunya pengengkaran prinsip


Penuh Percaya Mutlak?

I. Salah Nyataan
II. Ketakdedahan fakta matan
III. Penyembunyian fakta matan
IV. Tuntutan ke atas barangan yang diinsuranskan

A. I, II & III sahaja


B. I, II, & IV sahaja
C. I, III & IV sahaja
D. Semua di atas

14. Subrogasi boleh berlaku dengan cara-cara berikut KECUALI :

A. Melalui Kontrak
B. Melalui Sumbangan
C. Melalui Tort
D. Melalui Perkara Pokok

15. Prinsip sumbangan adalah merupakan prinsip yang menyokong prinsip _______.

A. Subrogasi
B. Penuh Percaya Mutlak
C. Kepentingan Boleh Insurans
D. Indemniti

16. “Mudharabah” didefinisikan sebagai perjanjian di antara __________.

I. Pelabur
II. Pemegang amanah
3
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

III. Usahawan
4. Pemberi modal

A. I & II sahaja
B. II & III sahaja
C. III & IV sahaja
D. II & IV sahaja

17. Definisi yang paling tepat untuk “Tabaruk” ialah _________.

A. untuk Pengeluaran.
B. untuk Menderma.
C. untuk Pemindahan.
D. untuk Menyumbang.

18. Jabatan ini terlibat di dalam meletakkan kriteria-kriteria pemilihan, memilih


risiko
boleh insurans dan menentukan premium, terma dan syarat bagi perniagaan baru
dan juga pembaharuan.

A. Jabatan Audit.
B. Jabatan Underaitan.
C. Jabatan Perkhidmatan Polisi.
D. Jabatan Aktuari.

19. Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan dan bantuan


kepada pemegang-pemegang polisi dan waris mereka:

Jabatan Aktuari
B. Jabatan Perkhidmatan Agensi
C. Jabatan Perkhidmatan Pelanggan
D. Jabatan Pentadbiran

20. Apakah kelebihan “Desentralisasi”?

A. Cawangan akan diberi kuasa dalam membuat keputusan serta-merta.


B. Cawangan akan dibebani dengan kerja-kerja rutin yang berlebihan.
C. Mewujudkan keseragaman dalam praktis pentadbiran.
D. Pihak pengurusan mempunyai lebih kuasa dalam mengawal operasi syarikat.

21. Objektif utamanya adalah mewujudkan struktur perniagaan insurans yang baik,
mencipta peraturan, undang-undang dan tariff dengan persetujuam Pengarah Am
Insurans (Director General of Insurance-DGI) bagi dilaksanakan oleh ahli-ahli.

A. Biro Perantaraan Insurans (Insurance Mediation Bureau-IMB)


B. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
4
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

C. Persatuan Broker Insurans Malaysia (Insurance Broker’s Association of


Malaysia- IBAM)
D. Persatuan Penyelaras Kerugian Malaysia (Association of Malaysia Loss
Adjuster-AMLA)

22. Objektif utama swa peraturan oleh industri insurans adalah seperti berikut
KECUALI:

A. Menyediakan elemen-elemen perlindungan kepada pelanggan-pelanggan


insurans.
B. Menyematkan disiplin di kalangan insurer-insurer dalam industri insurans.
C. Menggalakkan persaingan yang sihat.
D. Menyediakan pasaran yang lebih besar untuk insurer.

23. Berikut adalah kelebihan bagi swa peraturan KECUALI:

A. Perlunya bagi memperkenalkan undang-undang baru untuk mengawal


industri.
B. Menyematkan disiplin di kalangan insurer-insurer.
C. Jika undang-undang diluluskan, perkhidmatan birokrasi akan diperlukan
bagi menguatkuasakannya.
D. Ia boleh berubah mengikut keperluan semasa dengan lebih pantas
berbanding undang-undang.

24. Bagi perniagaan insurans hayat, pertubuhan utamanya adalah _______.

A. Persatuan Penyelaras Kerugian Malaysia


(Association of Malaysia Loss Adjusters-AMLA)
B. Persatuan Insurans Broker Malaysia
(Insurance Brokers Association of Malaysia-IBAM)
C. Persatuan Insurans Hayat Malaysia
(Life Insurance Association of Malaysia-LIAM)
D. Persatuan Insurans Am Malaysia
(General Insurance Association of Malaysia-PIAM)

25. Bagi melindungi kepentingan pemegang-pemegang polisi, Akta Insurans 1996


memfokuskan kepada tiga bidang utama:

A. Kesolvenan dari segi kewangan insurer.


B. Praktis perniagaan yang adil.
C. Keupayaan broker dan penyelaras kerugian.
D. Pengurusan dana insurans.

26. Pengarah Am Insurans (Director General of Insurance-DGI) diberi kuasa bagi


mengawas syarikat-syarikat insurans dan perkara lain seperti di bawah
KECUALI:

A. Memeriksa buku dan juga dokumen-dokumen insurer.


B. Pemeriksaan ke atas perniagaan yang dijalankan insurer.
C. Menentukan hala tuju berkenaan cara insurer menjalankan peniagaan
insurans.

5
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

D. Mengawal dari segi hartanah, pengurusan dan juga pekerja-pekerja insurer.

27. Tawaran dan penerimaan boleh dinyatakan dalam beberapa bentuk iaitu:

I. Perlakuan yang tersirat.


II. Secara bertulis.
III. Secara lisan.
IV. Secara sukarela.

A. II & III sahaja


B. III & IV sahaja
C. II & IV sahaja
D. Semua di atas

28. Dalam keadaan-keadaan tertentu, insurer tidak dapat menerima cadangan risiko
dengan terma asalnya tetapi menawarkan perlindungan insurans dengan terma
yang berbeza. Transaksi ini dinamakan:

A. Penawaran dan Penerimaan.


B. Tawaran Semula daripada insurer.
C. Penerimaan Semula.
D. Penawaran Semula daripada hayat diinsuranskan.

29. Sesuatu perjanjian dikatakan adalah berdasarkan “consensus ad idem”, di mana:

A. kedua pihak tidak bersetuju dalam perjanjian.


B. satu pihak sahaja bersetuju dengan perjanjian.
C. kedua pihak bersetuju dengan perjanjian.
D. tidak wujudnya perjanjian di antara kedua pihak.

30. Apabila kontrak dicemari oleh kecacatan di masa sesuatu kontrak tersebut dibuat,
kesahihan ke atas kontrak tersebut menjadi:

A. Batal
B. Boleh Batal
C. Tidak Boleh Kuatkuasa
D. Semua di atas, bergantung kepada bentuk kecacatan tersebut

31. Pihak-pihak tertentu haruslah menyediakan pertimbangan sebelum sesuatu


perjanjian itu sah di sisi undang-undang. Apakah yang dimaksudkan oleh
pertimbangan yang dimaksudkan oleh kenyataan di atas?

I. Faedah yang diberikan oleh satu pihak kepada pihak satu lagi.
II. Bebanan yang ditanggung oleh satu pihak untuk pihak satu lagi.
III. Perjanjian yang dipersetujui oleh satu pihak sahaja.

A. I sahaja
B. I & II sahaja
6
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

C. II & II sahaja
D. Tiada di atas
32. Agen akan menerima upah daripada prinsipalnya selalunya dalam bentuk _____.

A. Gaji
B. Ex-gratia
C. Komisen
D. Bonus

33. Di bawah Akta Insurans 1996, seseorang individu bersalah dalam cuba untuk
mempengaruhi atau memaksa individu lain memasuki kontrak insurans dengan
______.

A. memberikan kenyataan yang mana diketahui adalah salah.


B. menyembunyikan fakta-fakta matan yang berkaitan.
C. membuat janji yang salah dan tidak menepatinya.
D. Semua di atas.

34. Perhubungan di antara agen dan prinsipal boleh ditamatkan melalui tindakan
berikut KECUALI:

A. Dengan notis penarikan balik oleh insurer.


B. Dengan notis pelepasan oleh agen.
C. Kedua pihak tidak bersetuju.
D. Dengan persetujuan bersama.

35. Prinsipal boleh _______ tindakan agen yang dilakukan di luar daripada bidang
kuasanya, apabila prinsipal bersetuju dengan tindakan tersebut dan kemudiannya
akan mengikat prinsipal.

A. meratifikasikan
B. mempertingkatkan
C. menarik semula
D. pemberian Kuasa

36. Yang manakah di antara berikut TIDAK BENAR berkenaan Kuasa Jelas?

A. Kuasa Jelas menerangkan bahawa sebarang persembahan yang di buat oleh


prinsipal menyebabkan pihak ketiga mempercayai bahawa individu
tertentu
adalah merupakan agen kepada prinsipal.
B. Kuasa Jelas adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa agen
mempunyai kuasa.
C. Kuasa Jelas juga dikenali sebagai Kuasa Biasa.
D. Semua di atas.

7
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

37. Agen hanya boleh bertindak dalam lingkungan kuasa yang diberikan kepadanya
oleh prinsipal. Kuasa yang diberikan ini seperti ________.

A. Kuasa Nyata
B. Kuasa Tersirat
C. Kuasa Jelas
D. Semua di atas

38. Salah satu faktor utama yang mempengaruhi pencarian maklumat pelanggan
dalam memenuhi keperluan mereka adalah _________.

A. Pengalaman pengguna dalam membuat pembelian


B. Tabiat makan pengguna
C. Berat dan tinggi pengguna
D. Tiada di atas

39. Yang manakah di antara berikut BUKAN merupakan sebahagian daripada proses
pembuatan keputusan pembelian pengguna?

A. Mengenalpasti masalah
B. Pencarian maklumat
C. Menghadapi bantahan
D. Penilaian Selepas Pembelian

40. Fungsi dalam memilih segmen pasaran yang mempunyai keperluan polisi yang
lebih kurang sama yang dijual oleh syarikat adalah dipanggil:

A. Kepelbagaian Pasaran
B. Mengenalpasti Pasaran
C. Pembangunan Pasaran
D. Tiada di atas

41. Seseorang agen membantu pelanggan dalam menunjukkan keperluannya


dan mencadangkan polisi yang bersesuaian. Teknik jualan ini dipanggil:

A. Jualan Pemprosesan Pesanan


B. Penjualan Kreatif
C. Penjualan Misionari
D. Jualan berjumlah besar

42. Yang manakah di antara berikut adalah TIDAK BENAR berkenaan mod
pembayaran premium?

A. Premium boleh dibayar secara tahunan, separuh tahun, suku tahun dan juga
8
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

bulanan.
B. Premium tahunan adalah merupakan premium terendah yang dibayar.
C. Premium bulanan akan dikutip melalui rumah kampung.
D. Premium bulanan mengurangkan sedikit perbelanjaan pentadbiran.

43. Pembayaran premium perlu dibuat pada tarikh yang dinyatakan di dalam
kontrak.
Walaupun begitu, kebanyakan kontrak membenarkan pembayaran tersebut
dilakukan dalam masa 30 hari dari tarikh luput tersebut. Tempoh ini dikenali
sebagai:

A. Tempoh luput.
B. Tempoh tenggang.
C. Tarikh luput.
D. Elaun tempoh.

44. Dalam menentukan kadar premium, yang manakah di antara berikut yang tidak
diambil kira oleh syarikat insurans hayat?

A. Mortaliti
B. Perbelanjaan
C. Cukai
D. Kestabilan Politik

45. Terma “uberrimae fides” adalah merujuk kepada ______.

A. Kepentingan Boleh Insurans


B. Tuntutan
C. Penuh Percaya Mutlak
D. Hazad Moral

46. Di dalam insurans hayat, kecuali bagi polisi-polisi Insurans Kesihatan Kekal,
penyelesaian tuntutan akan _____ kontrak.

A. memperbaharui
B. menamatkan
C. memanjangkan
D. memendekkan

47. Dalam kontrak insurans hayat, amnya tidak wujud obligasi ke atas _____ untuk
melaporkan sebarang perubahan yang berlaku sesudah kontrak insurans
berkuatkuasa, kecuali berkaitan dengan perubahan dari segi pekerjaan dan alamat.

A. agen
B. insurer
C. hayat diinsuranskan
D. penguatkuasa undang-undang

48. Yang manakah di antara berikut merupakan kekurangan dalam pengisuan polisi
insurans hayat berjangka pendek semasa mula-mula ia diperkenalkan:

I. Perlindungan selalunya dinafikan apabila tiba masanya ia


9
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

paling diperlukan.
II. Insurer tidak perlu menanggung risiko dalam masa yang
panjang.
III. Premium akan meningkat dengan meningkatnya tempoh
perlindungan bagi mempertimbangkan tambahan risiko yang
meningkat.

A. II sahaja
B. I & II sahaja
C. I & III sahaja
D. II & III sahaja

49. Dengan berlalunya masa, Jadual _____ telah diwujudkan dengan berdasarkan
gabungan pengalaman kemortalan hayat-hayat diinsuranskan dan teknik saintifik
dan statistik digunakan bagi memperolehi kadar kemortalan hayat diinsuranskan.

A. Morbiditi
B. Mortaliti
C. Statistikal
D. Masa Lampau

50. Bentuk kontrak insurans hayat yang terawal dan paling mudah dipanggil _____.

A. Insurans Sementara Paras


B. Polisi Hayat Biasa
C. Insurans Sementara Menyusut
D. Insurans Sementara Boleh Baharui

51. Apakah polisi yang paling baik boleh dicadangkan bagi melindungi hayat
diinsuranskan jika dia mengalami sebarang kecederaan badan secara langsung
dan
semata-mata akibat daripada perbuatan luaran, ganas dan ketara?

A. Endowmen
B. Faedah Kemalangan Persendirian
C. Faedah Hilangupaya Kekal
D. Faedah Hospital

52. Peserta Pelan Takaful Keluarga boleh memilih untuk memasukkan faedah-faedah
sampingan berikut KECUALI ________.

A. Hilangupaya Kekal Sepenuhnya


B. Kemalangan Persendirian
C. Faedah Hospital
D. Faedah Pendidikan Kanak-Kanak

53. Faedah Pelan Takaful Keluarga harus dibayar kepada peserta bergantung kepada
kes-kes berikut KECUALI _______.

A. Peserta meninggal dunia sebelum tamatnya tempoh pelan.


10
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

B. Peserta masih hidup di penghujung tempoh pelan.


C. Peserta menamatkan kontrak takaful tersebut.
D. Peserta dikesan mengidap salah satu daripada penyakit berbahaya dalam
tempoh pelan takaful tersebut.

54. Setiap ansuran takaful yang dibuat oleh peserta akan dibahagikan dan dikreditkan
oleh syarikat ke dalam dua akaun yang berbeza iaitu _______.

A. Akaun Pelaburan dan Akaun Peserta.


B. Akaun Risiko dan Akaun Am.
C. Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta.
D. Akaun Khas Peserta dan Akaun Risiko.

55. Yang manakah di antara polisi berikut amnya digunakan untuk melindungi
pinjaman yang sedang dibayar secara ansuran?

A. Insurans Sementara Paras


B. Ciri Boleh Tukar
C. Insurans Sementara Boleh Baharui
D. Insurans Sementara Menyusut

56. Yang manakah di antara berikut adalah TIDAK BENAR berkenaan tempoh
tenggang?

A. Perlindungan insurans masih lagi diberikan semasa tempoh tenggang.


B. Tempoh tenggang selama 15 hari diberikan dalam pembayaran premium.
C. Jika premium bagi pembaharuan tidak dibayar dalam tempoh tenggang,
polisi akan luput.
D. Jika polisi tertakluk di bawah fasal Tidak Lucut Hak, polisi tidak akan
luput walaupun selepas tempoh tenggang.

57. Apabila polisi biasa telah berkuatkuasa untuk _____ tahun atau lebih, polisi
tersebut adalah layak untuk mempunyai nilai serahan.

A. 6
B. 2
C. 3
D. 5

58. Yang manakah di antara berikut adalah TIDAK BENAR berkenaan pinjaman
polisi?

A. Kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman polisi akan ditetapkan oleh
syarikat yang memberikan pinjaman.
B. Pinjaman polisi perlu dibayar dalam masa 3 tahun selepas selepas
11
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

pengisuan pinjaman tersebut.


C. Pemegang polisi hanya layak memohon untuk pinjaman polisi selepas
polisinya mempunyai nilai tunai.
D. Jumlah pinjaman yang hendak dibuat perlu dinyatakan kepada syarikat.

59. Polisi __________ adalah merupakan polisi di mana nilai tunai terkumpul
digunakan sebagai premium tunggal bagi insurans dengan terma asal, tetapi
dengan jumlah perlindungan insurans yang berkurangan.

A. Lanjutan Sementara
B. Berbayar
C. Sementara Menyusut
D. Sementara Paras

60. Yang manakah di antara berikut BUKAN di bawah Fasal Tidak Lucut Hak?

A. Pinjaman Premium Automatik


B. Polisi Berbayar
C. Insurans Lanjutan Sementara
D. Insurans Sementara Menyusut

61. Yang manakah di antara berikut adalah merupakan kriteria-kriteria bagi Pinjaman
Premium Automatik?

I. Ia akan menyediakan perlindungan insurans yang berterusan


apabila hayat diinsuranskan gagal membayar premiumnya.
II. Hayat diinsuranskan harus menyediakan bukti keboleinsuranan
apabila ingin mengembalikan semula polisi ke status asalnya.
III. Premium akan terus dibayar sehinggalah nilai tunai habis
digunakan.

A. I & II sahaja
B. I & III sahaja
C. II & III sahaja
D. I, II & II

62. Yang manakah di antara berikut TIDAK BENAR berkaitan dengan Polisi
Berbayar?

A. Setelah ditukar kepada polisi berbayar, premium tidak lagi perlu dibayar.
B. Kesemua kontrak perlindungan tambahan (rider) seperti hilangupaya dan
kematian disebabkan kemalangan akan terus berkuatkuasa.
C. Amnya polisi penyertaan tidak akan lagi terlibat dalam pengagihan dividen
dan di masa hadapan.
D. Ia adalah amat menarik bagi hayat diinsuranskan yang menghampiri umur
persaraan.

63. Di antara pernyataan berikut, yang mana satukah adalah TIDAK BENAR:

A. Kadar mortaliti perempuan adalah lebih rendah daripada kadar mortaliti


lelaki.
12
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

B. Premium yang lebih rendah bagi wanita.


C. Kadar morbiditi bagi lelaki adalah lebih rendah berbanding perempuan.
D. Kadar mortaliti bagi perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki.

64. Insurer selalunya akan menggunakan salah satu daripada kaedah berikut untuk
berurusan dengan hayat sub standard KECUALI _______.

A. mengurangkan perlindungan begitu juga dengan premium


B. menolak atau menunda dahulu perlindungan
C. menawarkan bentuk kontrak alternatif
D. mengenakan lien ke atas polisi

65. Apabila permohonan diluluskan tanpa pembayaran premium, syarikat akan


mengisu satu surat penerimaan kepada pencadang dengan meminta pencadang
membuat pembayaran premium dalam masa ______ hari.

A. 15
B. 30
C. 60
D. 90

66. “Hayat diinsuranskan boleh memulangkan semula polisi dalam masa 14 hari
dengan notis bertulis menyatakan bantahan ke atas terma atau syarat polisi dan
insurer perlu memulangkan semula premium yang telah dibayar”. Fasal ini
dinyatakan di dalam _______.

A. Tempoh Pertimbangan
B. Tempoh “Cooling-Off”
C. Tempoh Tidak Pasti
D. Tempoh Percubaan

67. Apabila wujudnya bebanan tambahan ke atas permohonan insurans, surat yang
menyatakan berkenaan bebanan tersebut akan diisu kepada pencadang sebagai
_______.

A. penolakan
B. penundaan perlindungan
C. penawaran semula
D. kepastian

68. “Insurer perlu menyenggarakan daftar terkini setiap polisi yang diisu dan tiada
satu pun daripada polisi ini boleh dikeluarkan dari daftar tersebut selagi polisi
tersebut masih berkuatkuasa.” Arahan ini tertakluk kepada ________.

A. Seksyen 47, Akta Insurans 1996


B. Seksyen 151, Akta Insurans 1996
C. Seksyen 3, Akta Cukai Pendapatan 1967
D. Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966
13
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

69. Prinsip insurans adalah di mana sebilangan ramai manusia yang menghadapi
risiko yang lebih kurang sama dikelaskan dalam satu kumpulan, akan
menyebabkan ketidapastian terhadap amaun kerugian yang perlu diinsuranskan
dalam tempoh masa tertentu akan berkurangan. Prinsip ini dipanggil _______.

A. Hukum Jumlah Bilangan Besar


B. Hazad Moral
C. Kadar Mortaliti
D. Risiko Pengkosan

70. Kebanyakan polisi insurans persendirian yang dijual masa kini menyediakan
pembayaran ______ untuk satu tempoh masa yang telah ditetapkan.

A. Premium Bersih
B. Premium Kasar
C. Bebanan Bonus
D. Premium Paras

71. Prinsip asas bagi premium risiko yang berbeza mengikut ______ adalah asalnya
daripada konsep premium paras.

A. umur
B. jantina
C. pulangan pelaburan
D. pekerjaan

72. Di bawah jenis premium berkala berikut, jika kematian berlaku sebelum kesemua
pembayaran premium pada tahun tersebut dapat dibayar, jumlah yang akan
dibayar di bawah nilai diinsuranskan akan ditolak dengan amaun premium
tertunggak pada tahun tersebut.

A. Premium Ansuran
B. Premium Sebenar
C. Premium Berterusan
D. Premium Sementara Paras

73. Terdapat dua jenis premium berkala:

I. Premium Ansuran
II. Premium Sebenar
III. Premium Berterusan
IV. Premium Sementara Paras

A. I & II sahaja
B. I & III sahaja
14
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

C. II & III sahaja


D. III & IV sahaja

74. Di bawah jenis premium biasa ini, pembayaran premium akan dihentikan apabila
berlakunya kematian dan tiada potongan akan dibuat dari amaun tuntutan :

A. Premium Tulen
B. Premium Sebenar
C. Premium Berterusan
D. Premium Sementara Paras

75. Kadar yang dikenakan bagi melindungi kos mortaliti sahaja adalah lebih dikenali
sebagai _______.

A. Premium Kasar
B. Premium Bersih
C. Premium Risiko
D. Bebanan bagi perbelanjaan

76. Di dalam kaedah membuat Pembahagian Surplus ini, bonus yang dianggarkan
adalah dalam bentuk sebahagian daripada nlai amaun diinsuranskan dan bonus-
bonus yang terkumpul di bawah polisi.

A. Bonus Berbalik Kompaun


B. Bonus Tunai
C. Bonus Interim
D. Bonus Dijamin

77. __________ hanya akan dibayar ke atas polisi yang membuat tuntutan di atas
kematangan atau kematian, dengan syarat polis berkenaan perlulah berkuatkuasa
sepenuhnya dengan pembayaran premium sehinggalah tarikh tuntutan dibuat.

A. Bonus Tunai
B. Bonus Terminal
C. Bonus Interim
D. Bonus Dijamin

78. Aset-aset boleh dinilai dengan beberapa cara, bergantung kepada tujuan sebenar
penilaian dilakukan. Salah satu daripada kaedah biasa yang digunakan dalam
menilai aset adalah ______.

I. Harga Kos
II. Nilai Buku
III. Nilai Pasaran
IV. Nilai Tunai

A. II & III sahaja


B. II & IV sahaja
15
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

C. III & IV sahaja


D. III & IV sahaja

79. Yang mana satukah antara berikut BUKAN merupakan bentuk bonus?

A. Bonus Berbalik dan Bonus Berbalik Kompaun


B. Bonus Tunai dan Bonus Kematangan
C. Bonus Interim dan Bonus Dijamin
D. Bonus Mortaliti dan Bonus Nilai Tunai

80. Surplus adalah merupakan perbezaan yang wujud di antara nilai _____ dan nilai
______. Ia akan berbeza-beza mengikut dasar yang digunakan bagi membuat
penilaian.

A. mortaliti, faedah
B. aset, liabiliti
C. perbelanjaan, aset
D. mortaliti, aset

81. Di bawah keadaan semasa, sumber utama bagi surplus adalah ________.

I. Faedah
II. Mortaliti
III. Perbelanjaan

A. I & II sahaja
B. II & III sahaja
C. II & III sahaja
D. Tiada di atas

82. Amnya, keadaan khas yang manakah memerlukan endorsemen?

I. Yang memberi kesan terhadap premium.


II. Yang memberi kesan terhadap nilai diinsuranskan atau mod
pembayarannya.
III. Yang ingin memasukkan faedah-faedah khas ke atas polisi.
IV. Yang ingin memasukkan syarat-syarat khas ke dalam polisi.

A. I & II sahaja
B. II & III sahaja
C. II & IV sahaja
D. Semua di atas
16
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

83. Endorsemen semasa pengisuan polisi selalunya adalah untuk menukar perkara-
perkara berikut KECUALI ________.

A. Perubahan yang melibatkan premium dan kekerapan pembayaran.


B. Perubahan yang memberi kesan ke atas nilai diinsuranskan.
C. Perubahan yang ingin memasukkan syarat-syarat khas.
D. Membuat serahan bonus.

84. “ Bahagian ini termasuk deklarasi yang menyatakan bahawa segala jawapan yang
diberikan di dalam borang cadangan dan borang laporan perubatan akan
menjadi
asas kontrak”. Pernyataan ini boleh dirujuk di bahagian _____ dalam struktur
polisi.

A. Pengenalan
B. Proviso
C. Fasal Kuatkuasa
D. Jadual

85. Bahagian ini merupakan bahagian terakhir di dalam polisi di mana tandatangan
pegawai tertentu syarikat yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.

A. Syarat dan Kemudahan


B. Fasal Penyaksian
C. Proviso
D. Jadual

86. Dua jenis polisi yang digunakan adalah jenis:

I. Naratif
II. Berjadual
III. Pengisytiharan
IV. Situasi

A. I & II sahaja
B. II & III sahaja
C. III & IV sahaja
D. I & IV sahaja

87. Yang manakah di antara berikut adalah TIDAK BENAR?

A. Kontrak insurans hayat akan ditamatkan apabila tuntutan dibayar.


17
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

B. Hayat diinsuranskan boleh membuat tuntutan apabila sampai tempoh


kematangan polisi insurans.
C. Reputasi insurer bergantung kepada jumlah tuntutan yang akan dibayar.
D. Tiada di atas.

88. Apabila tuntutan kematian dibuat, insurer perlu mendapatkan bukti dokumen-
dokumen berikut dari pihak yang membuat tuntutan KECUALI _______.

A. bukti masih hidup


B. bukti kematian
C. bukti umur
D. bukti hak dan kepunyaan polisi

89. Dokumen berikut adalah bukti hak dan kepunyaan polisi insurans hayat
KECUALI :

A. Surat penyerahan hak


B. Probat wasiat daripada mahkamah
C. Nota dari keluarga hayat diinsuranskan
D. Surat pentadbiran yang disu oleh mahkamah

90. Yang manakah di antara berikut adalah TIDAK relevan tentang opsyen
penyelesaian biasa bagi polisi endowmen?

A. Menukarkan nilai kematangan kepada anuiti


B. Terus mendepositkan nilai kematangan tersebut kepada insurer
C. Mengeluarkan 90% daripada nilai kematangan tersebut tanpa surat probat
D. Mengeluarkan nilai kematangan secara ansuran

91. Sarah dilahirkan pada Mei 1970. Sarah telah menghantar borang permohonan
insurannya pada 3 Oktober 1996. Jika insurer menggunakan Umur Kelahiran
Lepas sebagai asas pengiraan, berapakah umur Sarah di dalam borang
permohonannya?

A. 26
B. 27
C. 28
D. 29

92. Berapakah umur Sarah jika dia menyerahkan borang cadangannya pada 3
Februari, 1998 dan insurer menggunakan asas Umur Kelahiran Akan Datang?

A. 26
B. 27
C. 28
D. 29
18
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

93. Berapakah umur Sarah jika dia menyerahkan borang cadangannya pada 3
Disember, 1996 dan insurer menggunakan asas Umur Kelahiran Terdekat?

A. 26
B. 27
C. 28
D. 29

94. Kadar premium bagi polisi insurans hayat selalunya berbeza mengikut faktor-
faktor berikut:

I. Umur
II. Jantina
III. Kesihatan
IV. Ketinggian

A. I & II sahaja
B. II & III sahaja
C. II & IV sahaja
D. Semua di atas

95. Faedah akan dikenakan apabila pemegang polisi _____.

A. menguatkuasakan semula polisi yang telah luput.


B. membuat pembayaran ke atas premium tertunggak.
C. membuat pembayaran ke atas pinjaman polisi.
D. Semua di atas.

96. Garis panduan Kod Etika dan Tingkahlaku, yang mengawal semua pekerja-
pekerja syarikat insurans di Malaysia setiap masa adalah diwujudkan oleh:

A. Persatuan Insurans Hayat Malaysia


(Life Insurance Association Malaysia-LIAM)
B. Pertubuhan Aktuari Malaysia
(Actuarial Society of Malaysia-ASM)
C. Institut Insurans Malaysia
(Malaysian Insurance Institution-MII)
D. Pertubuhan Kebangsaan Agen Insurans Hayat Malaysia
(National Association of Malaysian Life Insurance Agents and Financial
Advisors-NAMLIFA)

97. Yang manakah TIDAK BENAR berkenaan pernyataan falsafah berkaitan garis
panduan Kod Etika dan Tingkahlaku?

A. Perniagaan insurans hayat perlulah cekap dan memberikan perkhidmatan


yang terbaik kepada pemegang polisi.
B. Perniagaan insurans hayat adalah berdasarkan kepercayaan dan kejujuran.
C. Syarikat insurans hayat perlu menguruskan perniagaan mereka dengan baik
19
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

bagi memastikan keselamatan wang simpanan agen mereka.


D. Insurer perlulah mengekalkan polisi mereka.

98. Objektif bagi Kod Etika dan Tingkahlaku adalah untuk menyediakan garis
panduan untuk ______.

A. Menggalakkan tahap perlakuan yang lebih baik.


B. Mengekalkan tahap etika yang tinggi.
C. Menjaga kepercayaan dan kebajikan pemegang polisi.
D. Semua di atas.

99. Yang manakah di antara berikut adalah merupakan sebahagian daripada tujuh
prinsip yang terkandung di dalam garis panduan Kod Etika dan Tingkahlaku?

I. Bagi mengelakkan pertindihan kepentingan.


II. Bagi memastikan transaksi dan komunikasi antara pemegang
polisi dan Bank Negara adalah sulit.
III. Untuk menjalankan perniagaan dengan penuh percaya mutlak
dan bertanggungjawab.

A. I sahaja
B. I & II sahaja
C. I & III sahaja
D. II & III sahaja

100. Sebagai seorang agen insurans, anda TIDAK sepatutnya _______.

A. Membuat kritikan yang tidak adil dan kurang tepat berkenaan insurer-insurer
lain.
B. Menunjukkan kad kuasa sebagai pengantara bagi memperkenalkan diri anda
apabila membuat sebarang pertemuan dengan bakal-bakal pelanggan.
C. Memastikan polisi yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan keperluan
bakal pemegang polisi.
D. Memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada pemegang polisi.

20
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

JAWAPAN
1. B 31. B 61. B 91. A
2. C 32. C 62. B 92. C
3. C 33. D 63. D 93. B
4. C 34. C 64. A 94. B
5. C 35. A 65. D 95. D
6. B 36. C 66. B 96. A
7. C 37. D 67. C 97. C
8. B 38. A 68. A 98. D
9. C 39. C 69. A 99. C
10. A 40. B 70. D 100. A
11. B 41 B 71 A
12. C 42. D 72. A
13. A 43. B 73. A
14. B 44. D 74. B
15. D 45. C 75. C
16. C 46. B 76. A
17. B 47. C 77. B
18. B 48. C 78. A
19. C 49. B 79. D
20. A 50. A 80. B
21. B 51. B 81. C
22. D 52. D 82. D
23. A 53. D 83. D
24. C 54. C 84. B
25. C 55. D 85. B
26. D 56. B 86. A
27. A 57. C 87. C
28. B 58. B 88. A
29. C 59. B 89. C
30. D 60. D 90. C

21
1000 Contoh Soalan Pra-Kontrak

22