You are on page 1of 42

Modul Jawapan Pecutan Bestari A

JPN Perak
Set B
Soalan 1

Bincangkan struktur sosial masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di


Tanah Melayu.

Pendahuluan

Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat


feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan
yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada
raja atau sultan, pembesar dan ulama. Manakala golongan yang diperintah pula terdiri
daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Wujud hubungan timbal balas
anatara golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Isi

1. Golongan Pemerintah

 Terdiri daripada raja, sultan atau yang dipertuan, keluarga dan kaum kerabat
diraja, pembesar negeri termasuk kaum bangsawan, ulama, pendita dan
penghulu.

A. Raja/ Sultan/ Yang dipertuan Basar

 Raja atau sultan ialah pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Baginda
dibantu oleh kaum kerabat dan para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan
kewibawaan dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya di seluruh
negeri.

 Baginda adalah simbol perpaduan negeri. Mempunyai kuasa mutlak terhadap


rakyat jelata dan mesti dihormati. Segala perintahnya mesti dipatuhi. Rakyat
yang engkar dianggap menderhaka dan akan mendapat balasan buruk atau
dikenakan hukuman yang amat berat.

 Konsep daulat digunakan untuk menjadikan seseorang sultan lebih mulia dan
dianggap mempunyai kuasa dan kewibawaan yang mutlak. Jawatan raja/ sultan
adalah diwarisi oleh anak lelaki baginda daripada permaisuri yang sah ( anak
gahara).

B. Keluarga dan kerabat diraja

 Kedudukan kedua selepas raja ialah golongan anak raja dan kerabat diraja yang
terdiri daripada mereka yang berketurunan raja, bergelar raja atau tengku. Anak
raja tidak semestinya putera atau puteri raja yang memerintah kerana mereka
juga boleh terdiri daripada keturunan kerabat diraja.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 1


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Bilangan anak raja tidak ramai, tetapi mereka mempunyai kuasa tertentu apabila
diberi sesuatu tugas rasmi negeri. Ada juga putera raja yang dilantik menjadi
pembesar daerah. Anak raja menikmati keistimewaan seperti yang dimiliki oleh
raja tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan raja sebagai ketua pemerintah.

C. Golongan bangsawan dan pembesar

 Terdiri daripada para pembesar atau kaum kerabat yang amat berpengaruh
dalam pemerintahan dan pentadbiran. Kebiasaannya mereka menjadi pentadbir
iaitu membantu raja dalam pentadbiran negeri. Mereka juga menjadi penasihat
atau pembesar di daerah-daerah tertentu.

 Pembesar dilantik oleh raja melalui pemberian surat tauliah. Pemilihan


pembesar ditentukan oleh zuriat keturunannya. Kebiasaannya anak lelaki, sanak
saudara sebelah bapa kepada pembesar yang terdahulu. Pembesar diberi hak
mentadbir sesuatu daerah dengan kekuatan sendiri tanpa sokongan sultan. Ia
akan bertindak seperti seorang raja di dalam daerahnya sendiri.

D. Golongan ulama dan pendeta

 Golongan ulama dan pendeta ialah golongan yang dianggap cerdik pandai pada
masa itu. Mereka menjadi sumber rujukan dalam perkara-perkara tertentu.
Golongan ulama adalah golongan yang pakar dalam bidang agama. Mereka
mempunyai kedudukan yang istimewa dan sangat berpengaruh dalam
masyarakat.

 Golongan ulama terdiri daripada mereka yang berketurunan Arab Melayu.


Mereka menggunakan gelaran seperti maulana, makhdum, dan kadi. Mereka
diberi gelaran kebesaran seperti maharaja kadi, dato’ mufti seri utama dan imam
maharaja.

 Golongan ulama berperanan menyebarkan agama Islam. Mereka juga dilantik


menjadi guru, ketua agama, kadi dan penasihat kepada sultan dan kerajaan
dalam terutamanya tentang hukum syarak dan mengeluarkan fatwa agama.
Mereka juga menjadi imam, khatib dan juru nikah.

 Golongan pendeta pula ialah orang yang menpunyai kepakaran dalam bidang
kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Mereka
menjadi pakar rujuk kepada raja dan golongan istana disamping menjadi penulis
dan perawi diraja.

E. Penghulu

 Penghulu ialah ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dari kalangan
rakyat biasa. Mereka menjadi orang perantaraan diantara rakyat biasa dengan
pembesar.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 2


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Penghulu mempunyai pengaruh dan memiliki kuasa penuh ke atas anak-anak
buahnya. Antara bidang tugas penghulu ialah menyelesaikan sebarang
pertikaian dikalangan anak buah, memelihara keamanan kampung dan
mentadbir kampung serta menjadi lambang perpaduan kampung.

 Jawatan penghulu tidak dibayar gaji tetap tetapi pendapatannya diperolehi


daripada cukai perdagangan dan bayaran hasil sebahagian pendapatan yang
diterima daripada anak-anak buahnya.

2. Golongan diperintah

A. Rakyat biasa

 Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada
pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan. Ketaatan kepada sultan ialah
mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti
bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti
menjadi bala tentera dan mendirikan istana.

 Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang,


menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan
perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi
kepentingan raja.

 Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan


mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan
bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar
mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya

B. Orang Asing

 Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk
tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal
setelah urusan mereka selesai.

 Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri ( orang merantau kerana menuntut


ilmu ) dan mubaligh. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan

i. Melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera


upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa dan Pasai.

ii. Melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit,


pemborong dan pelombong.

 Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka
hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi. Rakyat asing ini tidak
diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun
demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan
tempatan.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 3


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

C. Hamba

 Golongan hamba menduduki susun lapis masyarakat yang paling bawah sekali.
Mereka menjadi hamba kepada para pembesar dan orang kaya dengan
melakukan pelbagai tugas seperti mencuci perahu, memetik kelapa, mencari
kayu api dan menjadi askar. Hamba boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu
hamba raja, hamba berhutang dan hamba abdi/ biasa.

i. Hamba raja ( biduanda )

 Mereka berasal dari golongan orang merdeheka. Dikenali juga sebagai


budak raja dan bergelar biduanda. Mereka dimiliki oleh raja dan
mempunyai taraf yang lebih tinggi berbanding dengan hamba-hamba yang
lain. Hamba raja dan keturunannya akan menjadi hamba secara turun
temurun dan hanya akan dibebaskan jika mendapat kerelaan raja.

ii. Hamba abdi/ biasa

 Hamba abdi/ biasa adalah terdiri daripada mereka yang berasal dari
keturunan hamba. Mereka diperolehi daripada pembelian atau pertukaran
oleh tuannya. Golongan hamba ini akan menjadi hamba seumur hidup
secara turun temurun. Hamba abdi boleh dibahagi kepada beberapa jenis
iaitu hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur,
hamba serah dan anak hamba.

iii. Hamba berhutang

 Hamba berhutang berasal daripada orang yang merdeka. Mereka


terpaksa menjadi hamba kerana gagal membayar hutang kepada
pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan. Isteri dan anak-anaknya juga
dikehendaki tinggal dengan si pemiutang sebagai hamba tebusan. Hamba
berhutang akan mengerjakan segala suruhan tuannya termasuk bercucuk
tanam, melombong dan membuat kerja-kerja rumah.

 Hamba berhutang boleh dibahagi kepada beberapa jenis iaitu orang


berhutang, anak emas, hamba waris dan hamba bayar.

Kesimpulan

Struktur social masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa susun


lapis masyarakat yang dapat digolongkan kepada golongan pemerintah dan diperintah.
Setiap golongan ini mempunyai peranan dan tanggung jawab masing-masing di dalam
masyarakat. Setelah kedatangan Barat, struktur masyarakat Melayu telah berubah
dimana peranan golongan pemerintah semakin berkurangan dan sistem hamba telah
dihapuskan.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 4


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Soalan 2

Jelaskan sistem perhambaan yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum campur


tangan British pada atahun 1874

Pendahuluan .

Institusi perhambaan merupakan amalan kemasyarakatan yang telah diamalkan di


Negeri-negeri Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Hamba dapat
melambangkan pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar pada ketika itu. Semakin
ramai hamba yang dimiliki seseorang pembesar, ini menunjukkan semakin berstatus
kedudukannya dalam masyarakat dan semakin kukuhlah kedudukan ekonominya.
Sebelum kedatangan Barat hamba boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
hamba abdi, hamba berhutang, dan hamba raja.

ISI.

1. Hamba raja.

 Hamba raja biasanya terdiri daripada orang yang merdeka. Hamba raja juga
dikenali sebagai budak raja atau digelar ‘ biduanda’ . Hamba raja lebih tinggi
tarafnya berbanding dengan hamba lain terutamanya biduanda.

 Hamba raja dan keturunannya akan menjadi hamba turun temurun. Mereka
boleh dibebaskan dengan kerelaan dan budi bicara raja . Hamba raja juga terdiri
daripada kalangan mereka yang menghulurkan diri ( menyerahkan diri ) kepada
raja setelah melakukan kesalahan jenayah berat dan kemudiannya meminta
ampun daripada raja atau keramat raja dan berjanji akan menjadi hamba turun
temurun. Kebanyakan hamba raja merupakan orang tawanan perang atau
banduan. Mereka boleh dibebaskan jika kedua-dua buah negara berbaik semula.
Antara gelaran dayang-dayang, beti-beti dan perwara (hamba perempuan )

2. Hamba Biasa.

 Hamba biasa atau abdi atau sahaya terdiri daripada golongan orang suruhan
yang khas dan mereka berasal daripada keturunan tersebut. Mereka menjadi
hamba seumur hidup kepada golongan pembesar atau orang biasa yang kaya
raya.

 Golongan hamba jenis ini biasanya diperolehi daripada pembelian atau


pertukaran sesama tuan punya hamba. Mereka akan menjadi hamba seumur
hidup kepada pemiliknya. Hamba biasa boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu.

1. Hamba abdi

i. Hamba abdi boleh dibahagi kepada beberapa jenis ;-

 Hamba tawanan menjadi hamba setelah tertawan dalam peperangan. Hamba


Diranggah iaitu hamba di kalangan orang bukan Islam seperti orang Batak ,
orang Asli dan penduduk bukan Islam dari Asia Tenggara yang diculik oleh
perniaga hamba abdi atau mereka yang ditawan oleh lanun menjadi hamba.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 5


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

 Hamba Habsyi iaitu hamba yang diimport dari Afrika. Kebanyakan mereka terdiri
adalah kulit hitam yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di
Makkah . Hamba ini juga diimport oleh saudagar-saudagar Arab dan kemudian
di bawa ke Tanah Melayu.

 Hamba Hulur ialah orang yang melakukan kesalahan jenayah dan menyerah diri
sebagai hamba kepada pemerintah kerana tidak mampu membayar hutang
darah atau denda.

 Hamba Serah iaitu orang yang menjadi hamba kerana mereka menghadapi
kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang
sanggup memberi makanan atau nafkah hidupnya. Anak hamba atau keluarga
hamba iaitu isteri dan anak-anak kepada hamba abdi.

 Hamba Dengan iaitu hamba yang dibeli atau hamba yang dijual kepada pembeli
lain tetapi mereka tidak bebas daripada status hamba.

 Hamba Biduanda iaitu orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.

4. Hamba Berhutang.

 Hamba berhutang berasal daripada orang yang merdeka. Oleh sebab gagal
membayar hutang dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh pemiutang dalam
tempoh yang ditetapkan, mereka terpaksa menjadi hamba kepada pemiutang
sehingga hutang mereka selesai. Isteri dan anak-anak orang yang tersebut juga
akan menjadi hamba dan hendaklah tinggal bersama-sam pemiutang sebagai
hamba tebusan. Taraf hamba akan luput apabila hutang tersebut selesai
dijelaskan atau setelah tamat sesuatu tempoh perkhidmatan yang dipersetujui
dengan pemiutang.
 Hamba berhutang akan mengerjakan segala suruhan tuan mereka seperti
bercucuk tanam, melombong dan melakukan kerja-kerja rumah. Golongan
bangsawan merupakan pihak yang paling banyak mempunyai hamba. Hamba
berhutang boleh dibahagi kepada beberapa jenis iaitu.

a. Orang Berhutang iaitu orang yang terikat dengan hutan dan akan dibebaskan
selepas membayar hutangnya.
b. Anak Emas iaitu orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan. Misalnya
hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada
tuannya.
c. Hamba Waris iaitu isteri dan anak-anak kepada hamba berhutang.
d. Hamba Bayar iaitu hamba abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang
lain sebagai mambayar hutang tuannya.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 6


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Hamba berhutang dapat juga dijeniskan mengikut bentuk perkhidmatan mereka.
Mereka boleh dibahagikan kepada sistem mengiring dan sistem berbelah;

a. Sistem mengiring ialah hamba berhutang memberi segala perkhidmatan


kepada si pemiutang dan mereka berkhidmat sepenuh masa.
b. Sistem berbelah pula hamba akan berkhidmat separuh masa atau sambilan
kepada si pemiutang sehingga hutang mereka selesai. Melalui sistem ini
hamba lebih bernasi baik kerana mereka masih dapat mencari pendapatan
dan menabung berpeluang membebaskan diri dengan lebih cepat. Satu-
satunya cara untuk cepat membebasken diri ialah dengan cara berjudi. Oleh
sebab itu amalan berjudi menjadi amalan orang Melayu untuk membebaskan
diri daripada menjadi hamba.

5. Peranan Hamba

 Hamba abdi dan hamba berhutang biasa berkhidmat untuk tuan mereka sebagai
pengikut dan ada yang berkhidmat sebagai pembantu rumah. Hamba berhutang
juga terlibat dalam kegiatan produktif seperti kegiatan pertanian dan melombong
bijih timah.

 Hamba lelaki diberi tugas berat di luar rumah. Mereka sering digunakan untuk
tujuan pertahanan negeri . Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti
penanaman padi seperti membajak,menanam, menuai dan memugar hutan baru
atau bertugas dilombong bijih timah. Hamba lelaki yang bernasib baik mungkin
berpeluang mengikuti tuan mereka berdagang atau berniaga.

 Hamba wanita biasanya membuat kerja-kerja rumah dan menjadi dayang-


dayang kepada pemerintah. Tugas lain hamba wanita termasuklah sebagai
tukang masak, mengasuh anak-anak kecil tuan mereka, mencuci, mengambil air,
membelah kayu dan menganyam. Kadang kala mereka dihantar ke sawah untuk
menuai padi. Ada juga hamba wanita dipaksa menjadi pelacur oleh tuannya bagi
menambahkan pendapatan tuan mereka. Seorang hamba wanita juga dijadikan
guntik oleh tuannya. Gundik ini mendapat taraf yang lebih tinggi daripada
hamba-hamba lain. Jika hamba ini melahirkan anak hamba ini berhak
dibebaskan.

Kesimpulan

Sistem perhambaan telah menjadi suatu amalan tradisi dalam masyarakat


Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Amalan perhambaan dapat
menunjukkan ketinggian status dan kekayaan sesorang pemiliknya. Apabila kedatangan
British di Tanah Melayu amalan perhambaan telah diharamkan oleh British. Ini telah
menimbulkan kemarahan dan penentangan daripada pembesar-pembesar Melayu.
Walau bagaimanapun, amalan perhambaan dapat dihapuskan oleh Britsih di Tanah
Melayu sehingga kini.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 7


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Soalan 3

Situasi politik dan ekonomi yang tidak stabil telah mempengaruhi British campur
tangan di Perak pada tahun 1874.

Pendahuluan

Negeri Perak merupakan negeri pertama British campur tangan di Tanah Melayu.
Negeri Perak menjadi semakin penting selepas bijih timah ditemui oleh Long Jaafar.
Penemuan bijih timah menyebabkan ramai orang China telah berhijrah ke Perak
terutamanya di Larut. Kedatangan orang Cina telah menyebabkan berlaku perebutan
kawasan bijih timah. Keadaan diburukkan lagi apabila berlakunya perebutan tahta di
kalangan putera-putera raja. Situasi yang tidak stabil ini telah menjejaskan kestabilan
dari segi politik dan ekonomi di Perak. Suasana yang tidak stabil ini
menyebabkan British mengambil kesempatan untuk campur tangan di Perak.

Isi:

1. Masalah perebutan tahta.

 Masalah perebutan tahta di Perak kerana tidak ada sistem penggantian


sultan secara automatik atau warisan. Ini disebabkan Perak mengamalkan
sistem giliran. Mengikut sistem ini, tiga orang keluarga diraja akan
berkongsi hak untuk menaiki tahta kerajaan. Keluarga akan mencalon
seorang putera yang bakal menaiki tahta melalui satu pusingan. Menurut
sistem ini, seseorang bakal sultan sepatutnya memegang jawatan Raja Di
Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebagai Sultan.

 Masalah timbul apabila sistem giliran tidak diikuti dengan betul. Terdapat
pembesar yang berpengaruh sering campur tangan dalam soal pelantik
sultan baru. Oleh itu, terdapat bakal penganti sultan diketepikan tanpa
alasan yang munasabah.

 Masalah perebutan tahta mulai tercetus pada tahun 1857 selepas


kemangkatan Sultan Muhammad ( 1847 -1857 ). Raja Jaafar telah dilantik
sebagai Sultan Perak yang baru dengan gelaran Sultan Jaafar Muazzam
Syah ( 1857- 1865).

 Raja Yusuf iaitu Putera Almarhun Sultan Muhammad yang menjadi Raja
Di Hilir tidak dilantik menjadi Raja Bendahara. Ini kerana Raja Yusuf tidak
disukai oleh pembesar-pembesar Perak yang menyokong Sultan Jaafar
yang pernah memusuhi Almarhum Sultan Muhammad.

 Sebaliknya, Raja Ismail berketurunan keluarga Diraja Siak telah dilantik


sebagai Raja Bendahara. Bonda Raja Ismail adalah Puteri Diraja Perak,
sedangkan ayahandanya adalah seorang Raja Siak. Putera Sultan Jaafar

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 8


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
iaitu Raja Abdullah telah dilantik Raja Di Hilir. Ini bermakna Raja Yusof
telah digugurkan dari sistem giliran.
 Pada tahun 1865, Sultan Jaafar telah mangkat, Raja Ali telah dilantik
menjadi sultan dengan gelar Sultan Ali Mukamal Inayat Shah ( 1865- 1971
). Raja Abdullah, putera Sultan Jaafar yang sepatutnya yang menjadi Raja
Bendahara dilantik sebagai Raja Muda. Raja Ismail yang sepatutnya
menjadi Raja Muda dikekalkan menjadi Raja Bendahara kerana dianggap
tidak dilayak. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati Raja Ismail. Raja
Yusuf yang sepatutnya menjadi Raja Muda diketepikan kali kedua.

 Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871 keadaan menjadi bertambah
rumit. Berdasarkan sistem giliran, Raja Abdullah ( Raja Muda ) sepatutnya
dilantik menjadi Sultan Perak yang baru.

 Raja Abdullah diketepikan dengan alasan Raja Abdullah tidak


menghadirkan diri semasa upacara pemakaman Sultan Ali. Sebaliknya,
pembesar-pembesar dari Hulu Perak telah sepakat melantik Raja Ismail
sebagai sultan. Ini telah menimbulkan perebutan tahta Kerajaan Perak di
antara Raja Ismail dan Raja Abdullah.

 Pelantikan Raja Ismail sebagai Sultan Perak tidak dipersetujui oleh Raja
Abdullah. Raja Abdullah telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan
Perak yang sah serta tidak mahu menyerahkan hasil-hasil Hilir Perak
kepada Sultan Ismail. Akibatnya , Perak telah diperintah oleh dua orang
sultan iaitu Sultan Ismail di Hulu Perak dan Sultan Abdullah di Hilir Perak.

 Bagi mengukuhkan kedudukannya, Raja Abdullah telah bersatu dengan


Raja Yusof dan melantiknya sebagai Raja Muda. Raja Abdullah juga telah
menjalinkan hubungan baik dengan kumpulan Kongsi Gelap Cina Ghee
Hin. Jesteru itu, secara tidak langsung Raja Abdullah telah terlibat dalam
pertelingkahan di antara kongsi-kongsi gelap Cina di Perak.

2. Pertelingkahan di antara Kongsi-kongsi Gelap Cina.

 Kemasukan orang orang-orang Cina secara beramai-ramai ke Perak


berlaku selepas Long Jaafar menjumpai bijih timah di Larut pada tahun
1848. Terdapat dua kumpulan kongsi gelap Cina yang besar iaitu Kongsi
Gelap Ghee Hin yang berpusat di Kemunting ( Klian Bahru ) dan Kongsi
Gelap Hai San yang berpusat di Taiping ( Klian Pauh ).

 Pergaduhan antara Kongsi Gelap Ghee Hin dan Hai San memburukkan
lagi keadaan huru-hara di Perak sehingga membawa kepada Perang
Larut 1 ( 1861 ), Perang Larut 11 ( 1865- 1867 ) dan Perang Larut 111
( 1872 ).

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 9


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

 Perang Larut 1 ( 1861 ) meletus berpunca daripada pergaduhan seorang


pelombong Hai San dengan seorang pelombong Ghee Hin tentang
masalah bekalan air untuk kerja pelombongan. Seorang pelombong Hai
San telah bertindak memotong bekalan air ke lombong-lombong Ghee
Hin.

 Menteri Besar Larut iaitu Ngah Ibrahim menyebelahi puak Hai San dan
melancarkan serangan ke atas puak Ghee Hin di Klian Bahru. Puak Ghee
Hin yang diketuai oleh Lee Coyen lari ke Pulau Pinang dan meminta
bantuan Inggeris.

 Gabenor Negeri-negeri Selat, Orfeur Cavenagh telah meminta Sultan


Perak supaya bertanggungjawab atas pertikaian tersebut. Beliau telah
mendesak Sultan Perak supaya membayar ganti rugi berjumlah $17,500
kepada puak Ghee Hin.

 Sultan telah menolak permintaan tersebut. Walau bagaimana pun Ngah


Ibrahim telah bersetuju membayar ganti rugi kepada Ghee Hin. Selepas
penyelesaiaan dicapai Ghee Hin dibenarkan pulang ke Klian Bahru dan
keamanan dapat dipulihkan.

 Ngah Ibrahim telah diberi gelaran ‘ Orang Kaya Menteri Larut’ untuk
membalas jasa Ngah Ibrahim dan beliau dijadikan pemerintah seluruh
daerah Larut.

 Sungguh pun, Perang Larut 1 tamat, puak Hai San masih tidak berpuas
hati. Puak Ghee Hin yang kalah dalam peperangan tersebut telah
mendapat semula lombong mereka dan mendapat ganti rugi yang banyak.
Sebaliknya puak Hai san tidak mendapat apa-apa. Hai san menunggu
peluang untuk membalas dendam.

 Pada 16 Jun 1865, Perang Larut II berlaku disebabkan oleh masalah


perjudian di antara puak Ghee Hind an Hai San. Sekali lagi Ngah Ibrahim
menghantar bantuan tentera untuk menolong puak Hai San dan
melancarkan serangan ke atas puak Ghee Hin di Klian Bahru.

 Puak Ghee Hin lari ke Pulau Pinang untuk meminta bantuan Inggeris
tetapi gagal. Peperangan berlaku sehingga ke Pulau Pinang sehingga
menyebabkan kegiatan perdagangan terganggu. Inggeris mengambil
keputusan untuk menamatkan peperangan dengan memaksa puak Ghee
Hind an Hai San membayar ganti rugi berjumlah $5000 kepada Kerajaan
Inggeris di Pulau Pinang atas alas an menjejaskan perdagangan.

 Pada tahun 1872, meletus Perang Larut III akibat skandal percintaan
antara seorang wanita puak Hai San dengan peminpin puak Ghee Hin.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 10


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Puak Hai San telah menangkap peminpin Ghee Hin bersama
pasangannya dan membuang mereka ke dalam lombong. Peristiwa ini
telah menimbulkan kemarahan puak Ghee Hin dan telah melancarkan
serangan menyerang puak Hai San di Klian Pauh. Puak Hai San telah lari
ke Pulau Pinang untuk mendapat bantuan. Masalah menjadi bertambah
rumit apabila kedua-dua kongsi gelap terlibat dalam pertelingkahan
merebut tahta kerajaan Perak.

 Puak Hai San menyebelahi Raja Ismail dan puak Ghee Hin menyokong
Raja Abdullah. Di samping kumpulan kongsi gelap juga terlibat dalam
kegiatan perlanunan di perairan Selat Melaka. Keadaan ini telah
menjejaskan aktiviti perlombongan dan mengganggu kegiatan
perdagangan di Negeri-negeri Selat. Akibat daripada keadaan negeri
Perak yang tidak stabil dari segi politik telah menjejaskan kegiatan
ekonomi dan perdagangan.

 Pada 4 November 1873 Sir Andrew Clarke iaitu Gabenor baru Negeri-
negeri Selat yang dilantik mengganti Sir Harry Ord telah menunggu saat
yang sesuai untuk campur tangan di Perak bagi menamatkan kekacauan
yang berlaku.

 Pada 30 Disember 1873, Raja Abdullah dengan bantuan W.H.Read dan


J.G.Davidson telah mengutus surat kepada Sir Andrew Clarke memohon
bantuan Inggeris untuk mendapat tahta negeri Perak. Sir Andrew Clarke
telah menggunakan kesempatan ini untuk campur tangan di Perak.

 Pada 15 Januari 1874 satu rundingan telah berlangsung di atas kapal


H.M.S.Pluto di Pulau Pangkor di antara Sir Andrew Clarke, pembesar-
pembesar Melayu dan peminpin-peminpin Cina. Satu perjanjian telah
ditandatangani pada 20 Januari 1874 yang dikenali dengan nama
Penjanjian Pangkor. Perjanjian ini sangat penting kerana ia bermulalah
campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu.

-
Kesimpulan

Dari perbincangan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa masalah


perebutan tahta kerajaan dan juga masalah perebutan kawasan
perlombongan di antara puak Hai San dan Ghee Hin telah menyebabkan
keadaan politik dan ekonomi di Perak tidak stabil. British telah mengambil
kesempatan daripada keadaan ini dengan mengadakan beberapa
rundingan untuk campur tangan di Perak. Campur tangan British di Perak
merupakan titik permulaan kepada campur tangan British di Negeri-negeri
Melayu yang lain.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 11


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

Soalan 4

Bincangkan perubahan sistem politik Melayu selepas campurtangan British di


Tanah Melayu sehingga akhir abad ke-19.

Pendahuluan

Sebelum campurtangan Inggeris di Tanah Melayu pada tahun 1874 kedudukan


pemerintah tertinggi yang bergelar Raja, Sultan dan Yam Di Pertuan merupakan
heirarki tertinggi di dalam sistem politik Melayu. Kebanyakan Negeri-negeri Melayu,
seperti Selangor, Perak , Kedah dan Pahang mengamalkan pemerintahan yang ditiru
daripada kerajaan Melayu Melaka. Hanya Negeri Sembilan yang mengamalkan adat
Perpatih. Sultan menguasai pemerintahan negara dan menjadi simbol perpaduan
rakyat. Pembesar pula terbahagi kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat pusat,
jajahan/daerah, mukim dan kampung. Namun begitu selepas kedatangan Inggeris pada
abad ke-19 kedudukan sultan dan pembesar mula terancam.

Isi

1. Kedudukan Sultan semasa Sistem Residen

1.1 Kehilangan kuasa sultan

 Pemerintahan secara tidak langsung ini digambarkan dengan pembentukan


Majlis Mesyurat Negeri (MMN) yang menjadi badan perundangan.Majlis ini terdiri
daripada 10 orang wakil ,iaitu sultan, anak-anak sultan,
pembesar(Temenggong),Residen, timbalan Residen dan 2 orang wakil Cina iaitu
Cheng Keng Kui dan Chin Ah Yam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin.

 Sultan tidak mempunyai kuasa untuk melantik wakil-wakil tersebut, tetapi


Residenlah yang berkuasa penuh untuk menamakan ahli-ahli tersebut yang akan
diluluskan oleh Gabenor. Sultan hanya melantiknya secara rasmi sahaja.

 Walaupun sultan mempengerusikan mesyuarat tersebut, tetapi Residen yang


menyiapkan agenda setelah berunding dengan Gabenor dalam mengusulkan
sesuatu undang-undang. Majlis ini walaupun baik sebagai tempat perbincangan,
tetapi pengaruhnya terhadap pengubalan undang-undang amat terhad.

 Lama-kelamaan Majlis ini semakin kurang fungsinya . Agenda mesyuarat


semakin diperincikan oleh Residen menyebabkan tiada peluang untuk
berbincang permasaalahan lain dan jumlah mesyuarat juga semakin
berkurangan. Hingga tahun 1890an Majlis ini hanya berfungsi sebagai
mengesahkan sahaja keputusan yang telah dibuat oleh Residen.

 Sultan juga kehilangan kuasa dalam urusan hasil negeri. Residen memperoleh
kuasa memungut dan mengurus hasil negeri melalui perjanjian Pangkor Fasal X,
yang menyatakan pemungutan dan pengawalan semua hasil negeri hedaklah
dijalankan atas nasihat Residen.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 12


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Sultan hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam serta
perlantikan pegawai-pegawai agama sahaja.

1.2 Kehilangan kuasa pembesar

 Di bawah pentadbiran sistem Residen ini pembesar juga turut kehilangan kuasa.
Pentadbiran daerah/jajahan kini terletak di bawah seorang Majistret atau
Pegawai Daerah.Pegawai Daerah ini berfunsi sebagai seorang Residen bagi
peringkat daerah. Kadang-kadang kuasa dan pengawalannya meliputi 20,000
orang penduduk dan melebihi kawasan 3800 Batu persegi, umpamanya di
Pahang.

 Kehadiran Pegawai Daerah ini menafikan hak pembesar-pembesar tempatan


yang selama ini mempunyai kuasa ke atas petani sebagai sumber hasil dan
sumber tenaga manusia. Pegawai daerah ini berkuasa ke atas khazanah
daerah misalnya hasil tanah, keadilan ,kutipan cukai, keamanan dan
ketenteraman, kesihatan awam dan pengawalan ke atas pihak berkuasa
Melayu.

 Elaun yang diberi oleh Inggeris kepada pembesar-pembesar amat sedikit dan
tidak mencukupi. Akibatnya hutang mereka semakin bertambah. Amalan
menyara pengikut-pengikut dan hamba tidak dapat dilakukan kerana
pendapatan mereka terjejas akibat kehilangan hak mengutip cukai. Pada masa
itu, amalan ini merupakan simbol taraf seseorang pembesar.

 Sementara itu, wujudnya sistem ini juga menyebabkan pembesar-pembesar


bukan keturunan bangsawan tidak terpilih menjadi penghulu. Mereka kini
bertanggungjawab terus kepada Pegawai Daerah dan bukannya pembesar
Melayu. Inggeris hanya mementingkan status bangsawan untuk memilih
penghulu. Mereka diberi gaji dan elauan tambahan. Penghulu juga berkuasa ke
atas penduduk di Mukim dan kampung yang kebiasaannya meliputi penduduk
sekitar 300 hingga 5000 orang.

2. Kedudukan sultan semasa Persekutuan 1896

2.1 Kedudukan sultan

 Persekutuan 1896 memberi kuasa penuh kepada Residen general. Hampir


semua kuasa Residen dipindahkan kepadanya.Kedudukan sultan masih seperti
pada zaman sistem Residen dahulu.

 Kuasa sultan semakin merosot sesudah tahun 1896 kerana banyak urusan
pentadbiran yang dijalankan sendiri oleh Residen yang berunding terus
dengan Residen General tanpa merujuk dahulu kepada sultan dan Majlis
Mesyuarat Negeri.

 Walaupun pada tahun 1897 diwujudkan Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu,


iaitu dengan menggabungkan keempat-empat orang sultan duduk berunding,
tetapi DURBAR ini mempunyai kuasa penasihat yang samar-samar.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 13


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

 Pembentukan Persekutuan juga menghapuskan keyakinan sultan bahawa


sultan yang memerintah atas nasihat residen. Kini Persekutuan 1896 semakin
menjauhkan lagi kuasa sultan-sultan dan menghilangkan keperibadian negeri,
disamping mengecilkan peranan pembesar-pembesar Melayu dalam
pentadbiran.

2.2 Kedudukan pembesar

 Persekutuan 1896 telah mengurangkan bilangan pembesar –pembesar Melayu


yang selama ini berkhidmat dengan sultan.. Melalui sistem ini Residen general
melantik Residen dan Residen melantik Pegawai Daerah dan seterusnya
penghulu. Peranan Pembesar Melayu menjadi terhad.

 Semua jabatan dikuasai pegawai yang dilantik oleh pihak Inggeris ,misalnya
jabatan polis, kerja raya, pos, telegraf, dan keretapi.Semuanya diletakkan di
bawah kawalan seorang pengarah.

 Pembesar-pembesar Melayu hanya memegang jawatan tertentu diperingkat


pusat, jajahan, mukim dan kampung yang kini kuasa mereka amat terhad.
Hanya segelintir pembesar Melayu bangsawan yang berpendidikan Inggeris
diberi peluang memegang jawatan sebagai pentadbir.

Kesimpulan

Kedatangan Inggeris memperlihatkan jurang yang semakin luas antara golongan


pemerintah Melayu peringkat tertinggi dengan golongan rakyat bawahan.Pemerintah
Inggeris mengekalkan hubungan yang rapat dengan golongan elit Melayu. Walaupun
sultan dan pembesar-pembesar elit Melayu semakin kurang kuasanya ,tetapi mereka
sedikit demi sedikit ditarik masuk ke dalam lingkungan Barat , seperti cara hidup, cara
mentadbir, berpakaian, dan lain-lain,yang asing dengan nilai-nilai hidup Melayu.Hal ini
lama-kelamaan menimbulkan perpecahan kebudayaan di antara kaum elit Melayu
dengan kaum tani Melayu.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 14


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 -
Soalan 5

Bagaimanakah perkembangan ekonomi kolonial mempengaruhi perubahan sosial


di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

Pendahuluan

Perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu pada pertengahan abad ke-19


bermula dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 di Perak
diikuti dengan campur tangan Inggeris di Selangor (1874), Pahang (1888) dan Negeri
Sembilan (1895). Pelaksanaan Sistem Residen di negeri-negeri tersebut telah
menyebabkan perubahan politik, sosial dan ekonomi. Dalam bidang ekonomi,
pentadbiran Residen telah menyebabkan perkembangan ekonomi komersil yang
berorientasikan eksport bagi memenuhi kepentingan ekonomi Inggeris sendiri. Pada
peringkat awal,ekonomi komersil tertumpu kepada perusahaan perlombongan bijih
timah dan perladangan getah. Bijih timah menjadi bahan eksport utama Tanah Melayu
pada akhir abad ke-19 manakala getah menjadi eksport penting mulai awal abad ke-20.
Perkembangan ekonomi kolonial yang berorientasikan eksport telah menyebabkan
banyak perubahan dalam bidang sosial.

Isi

A. Pertambahan bilangan penduduk

 Perkembangan ekonomi kolonial telah menyebabkan pertambahan pesat bilangan


penduduk di Tanah Melayu. Inggeris telah membawa masuk buruh Cina dan India
secara beramai-ramai menerusi Sistem Kontrak dan Kangani tuntuk memenuhi
keperluan tenaga kerja dalam perusahaan perlombongan bijih timah dan getah.

 Jumlah penduduk Tanah Melayu telah meningkat dari 2.9 juta orang (1921) kepada
3.7 juta orang (1931). Komposisi penduduk turut berubah. Pada akhir abad ke-19,
terdapat kira-kira 2 juta orang Cina di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun
1931, terdapat lebih setengah juta penduduk keturunan India di Tanah Melayu.

B. Kemunculan masyarakat majmuk

 Imigrasi buruh Cina dan India telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu yang terdiri daripada tiga kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Walaupun mereka tinggal menetap dalam satu unit politik yang sama di Tanah
Melayu, tetapi interaksi dan hubungan mereka terhad dan tidak bersatu.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 15


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Perbezaan ras ini diperkukuhkan lagi dengan dasar pecah dan perintah Inggeris
yang mengasing-asingkan kaum berdasarkan tempat tinggal dan jenis pekerjaan.
Orang Melayu tinggal menetap di kampung-kampung terpencil dan kekal dengan
aktiviti ekonomi tradisional terutamanya pertanian padi sawah dan perikanan, orang
Cina tertumpu di kawasan perlombongan dan bandar, bekerja dalam sektor
perlombongan dan pertanian dagangan, sementara orang India tinggal dan bekerja
di ladang-ladang getah.

 Kesannya setiap kaum berpegang teguh dan mengamalkan


agama,kebudayaan,bahasa dan cara hidup yang berbeza. Wujudnya pola
perkauman ini telah menyulitkan proses perpaduan kaum.

C. Kemunculan bandar-bandar baru

 Perkembangan perusahaan perlombongan bijih timah, perladangan getah dan


pertanian dagangan telah mengakibatkan kemunculan bandar-bandar baru.
Perkembangan bandar baru bermula dari pekan kecil yang terbentuk di kawasan
lombong misalnya Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan Taiping.

 Bandar Miri di Sarawak pula berkembang maju hasil perkembangan perusahaan


petroleum. Beberapa buah bandar baru juga muncul hasil daripada perkembangan
pertanian dagangan. Contohnya pada tahun 1840-an, bandar Kuching dan Johor
Bahru telah muncul akibat perkembangan dan kemajuan pertanian lada hitam.

 Terdapat juga bandar-bandar yang memainkan peranan penting akibat


perkembangan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi. Contohnya
perkembangan Kuala Lumpur bertambah pesat kerana pusat pertemuan jalan raya
dan keretapi utama.

 Menjelang tahun 1911, bilangan bandar baru di Tanah Melayu telah meningkat
kepada 92 buah dan meningkat lagi kepada 176 buah bandar pada tahun 1931.
Pertambahan bilangan bandar juga dipengaruhi oleh mobiliti penduduk dari luar
bandar ke bandar dan penghijrahan orang Cina dan India.

D. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan

 Sistem perhubungan yang lengkap dan sistematik diwujudkan bagi memenuhi


keperluan perkembangan kedua-dua sektor perlombongan dan perusahaan getah.
Pada mulanya jalan raya telah dibina di antara pusat-pusat perlombongan dan
pangkalan di sepanjang sungai.

 Landasan keretapi juga dibina untuk memenuhi keperluan mengangkut bahan-


bahan bijih timah dan getah. Landasan keretapi awal dibina bagi menghubungkan

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 16


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Taiping-Port Weld (1885), Kuala Lumpur-Bukit Kuda (1886) dan Tapah-Teluk
Anson (1893).

 Pada tahun 1902, pembinaan jalanraya diperluaskan ekoran meningkatnya


penggunaan kenderaan bermotor. Pada tahun 1911, jalanraya yang
menghubungkan Seberang Prai dengan Melaka telah siap dibina. Diikuti dengan
pembinaan jalanraya dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Antara tahun 1911 dan 1928,
jalanraya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.

E. Taraf kesihatan

 Pertambahan penduduk akibat perkembangan ekonomi komersil mendatangkan


pelbagai masalah kesihatan di Tanah Melayu. Persekitaran tempat tinggal dan
tempat kerja yang kotor dan tidak memuaskan menyebabkan merebaknya wabak
penyakit seperti malaria, taun, disenteri, beri-beri, batuk kering dan campak.

 Keadaan ini mendorong Inggeris mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan


perkhidmatan kesihatan. Pihak Inggeris telah mendirikan hospital, dan pusat
perubatan kecil sama ada di bandar dan luar bandar. Pada tahun 1878, hospital
kerajaan yang pertama didirikan di Taiping dan Kuala Lumpur. Beberapa pusat
perubatan kecil dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala
Kangsar. Klinik bergerak turut beroperasi di kawasan-kawasan pedalaman dan
sepanjang sungai terutamanya di Perak dan Pahang bagi memastikan kesihatan
penduduk berada pada tahap yang memuaskan.

F. Perkembangan pendidikan

 Sistem pendidikan turut berkembang selaras dengan kemajuan sosio-ekonomi di


bawah pemerintahan Inggeris. Pengasingan kaum di antara orang Melayu, Cina
dan India telah mewujudkan empat aliran pendidikan yang berbeza di Tanah
Melayu iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris.

 Penubuhan sekolah-sekolah vernakular ini adalah bagi memenuhi keperluan kaum


masing-masing baik dari segi bahasa pengantar mahupun kurikulumnya. Sekolah
pelbagai aliran ini adalah berorientasikan sistem pendidikan di negara masing-
masing. Keadaan ini telah meluaskan jurang perbezaan antara kaum di Tanah
Melayu. Kewujudan sistem pendidikan yang berasaskan ras telah menyukarkan lagi
proses pembinaan negara bangsa (nation building) selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 17


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Kesimpulan

Sebagai rumusannya,perkembangan ekonomi kolonial yang bercorak komersil


telah membawa perubahan sosial yang ketara di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia
Kedua. Perkembangan ini dilihat sebagai satu titik peralihan daripada zaman tradisional
kepada era pemodenan. Bagaimanapun penduduk pribumi tidak dapat menikmati
secara langsung faedah-faedah dari kemajuan tersebut. Kemunculan masyarakat
majmuk juga menimbulkan masalah perkauman di Tanah Melayu.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 18


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Soalan 6

Jelaskan Perubahan-perubahan pentadbiran yang berlaku di Kelantan dan


Terengganu antara tahun 1903 hingga 1920 an.

Pendahuluan

Negeri Kelantan dan Terengganu adalah termasuk di dalam pentadbiran Negeri-


negeri Melayu Tidak Bersekutu bersama-sama Kedah, dan Perlis. Menjelang tahun
1903 negeri-negeri ini mengalami perubahan pentadbiran apabila Inggeris berjaya
meluaskan pengaruh mereka ke negeri-negeri ini.Inggeris memperkenalkan beberapa
perubahan dalam pentadbiran dan undang-undang tanah.

Isi

1. Perubahan pentadbiran di Kelantan

 Pada tahun 1903 seorang Pegawai British telah dihantar ke Kelantan, bernama
W.A Graham. Beliau dilantik sebagai penasihat dan Pesuruhjaya Siam di
Kelantan.Pada tahun berikutnya W.A Graham telah menubuhkan beberapa
jajahandi Kelantan, antaranya di Kota Bahru, Hulu kelantan dan Pasir Putih.

 Setiap jajahan telah ditadbir oleh seorang ketua jajahan yang dibantu oleh 2 orang
pembesar yang bergelar Tok Kweng ( Penggawa) dan Tok Nebeng (penghulu).

 Di setiap jajahan telah ditubuhkan sebuah balai polis untuk menjaga keamanan
dan keselamatan penduduk.

 Pada tahun 1905 perubahan juga dilakukan ke atas pertanian. Undang-undang


Hasil Padi telah diluluskan. Menurut undang-undang ini, semua pemilik tanah perlu
memberi maklumat yang tepat mengenai keluasan tanah, hasil dan kedudukan
tanah kepada Tok Kweng.

 Pada tahun 1911 sistem cukai tanah yang tetap telah ditetapkan. Setiap tahun
penduduk yang ada tanah dikehendaki membayar cukai tanah.

 Sementara itu satu peraturan pendaftaran tanah padi telah diluluskan pada tahun
1915. Peraturan ini dikuatkuasakan di jajahan Pasir Putih. Ia menghendaki semua
pemilik tanah padi diwajibkan membayar cukai tahunan. Mereka yang gagal
menjelaskannya akan didenda atau disaman.

2. Perubahan pentadbiran di Terengganu

 Sama seperti di Kelantan, beberapa jajahan telah diperkenalkan di Terengganu,


antaranya jajahan Besut, Dungun, Kemaman dan Kuala Berang mulai tahun 1919.
Tiap-tiap jajahan dilantik seorang ketua jajahan.Sementara seorang penolong

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 19


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
penasihat British dilantik ke Kemaman dan Besut untuk membantu Pesuruhjaya
Kemaman dan Besut.

 Pada tahun 1920an peraturan tanah diperkenalkan dengan mewajibkan penduduk


Terengganu mendapatkan kebenaran meneroka tanah sebelum digunakan untuk
bercucuk tanam. Pada tahun berikutnya, penduduk yang ingin membuat
petempatan sementara diwajibkan membayar cukai 50 sen setahun
.
 Pada 1924, peraturan tanah menetapkan supaya setiap pemilik tanah membayar
$ 2.50 sen kepada mahkamah untuk menyelesaikan masalah tanah mereka.
Undang-undang binatang buas juga diperkenalkan pada tahun 1923. Dalam
peraturan ini penduduk dilarang memburu binatang liar tanpa mendapat lesen
daripada kerajaan.

Kesimpulan

Perubahan pentadbiran di Kelantan telah membangkitkan kemarahan pembesar


dan masyarakat Kelantan. Ini mendorong kepada kebangkitan Tok Janggut menentang
Inggeris pada tahun 1915. Di Terengganu perubahan pentabiran yang diperkenalkan
membawa penentangan Abdul Rahman Limbong terhadap Inggeris hingga 1928.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 20


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Soalan 7

Terangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sebelum
perluasan pengaruh Barat.

Pendahuluan

Dasar isolasi dimerujuk kepada pendirian sesebuah negara yang tidak


membenarkan campur tangan dan kemasukan pengaruh luar khususnya negara-
negara Barat ke negara mereka. Tujuan dasar ini diamalkan adalah untuk mengelakkan
campur tangan kuasa asing dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Antara contoh
yang paling jelas dalam memperlihatkan kewujudan dasar isolasi ialah dasar yang
diamalkan oleh China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19.

Isi

A. Dasar isolasi di China

 Sejak pertengahan abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19 apabila


Mancu mengambil alih pemerintahan China, mereka mengamalkan dasar
isolasi. Walau bagaimanapun, perdagangan terhad dijalankan dan diawasi
rapi oleh kerajaan China

 Sebab-sebab China mengamalkan dasar tutup pintu :

a. Negara China beranggapan bahawa kuasa Barat adalah tidak


setanding dengan mereka yang dikenali sebagai Middle Kingdom.China
yang sangat dipengaruhi oleh ajaran Confucius menganggap
negaranya sebagai ”Chung Kuo” atau pusat tamadun yang termasyhur
dan termaju di dunia. Negara-negara lain dianggap pembawa ufti yang
rendah martabatnya.
b. Kerajaan China enggan menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar
persamaan taraf dengan kuasa-kuasa Barat yang dianggap sebagai
orang gasar atau barbarian iaitu tidak mempunyai tamadun dan
sebagai hantu asing. Mereka mesti menerima kedaulatan, kekuasaan,
dan ketuanan negara China yang lebih unggul melalui adat sujud atau
“kowtow” dan pembayaran ufti.
c. Kerajaan China mengamalkan sistem sara diri yang merasakan bahawa
hubungan dengan luar tidak diperlukan sebab segala keperluan mereka
dapat diperoleh dari dalam negara mereka sendiri. Mereka tidak
memerlukan barangan dari luar sebab sumber barangan sama ada
makanan atau keperluan seharian dapat diperoleh dengan mudah.
d. Malahan masyarakat China menganggap kegiatan perdagangan
merupakan satu pekerjaan yang sangat menghinakan. Justeru,
perdagangan tidak digalakkan terutamanya dengan kuasa-kuasa Barat.
Sebarang urusan perdagangan sekiranya ada akan diawasi dengan
ketat oleh kerajaan China.
e. Kerajaan China bimbang dengan kemasukan pihak luar terutama kuasa
Barat akan campur tangan dalam politik tempatan. Mereka juga
bimbang budaya dan agama tempatan akan terjejas apabila pihak

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 21


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Barat campur tangan. Agama Kristian yang dibawa oleh Barat akan
menyebabkan agama tradisi menerima ancaman.
f. Sistem perundangan China bertentangan dengan sistem perundangan
Barat. Dalam sistem perundangan China berdasarkan prinsip-prinsip
bahawa seseorang yang didapati melakukan kesalahan dianggap
bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah dan menitikberatkan
tanggungjawab kumpulan. Semua ini jauh berbeza dengan sistem
perundangan Barat yang menegaskan tanggungjawab individu dan
segala kesalahan mesti dibuktikan.

 Pada pertengahan abad ke-18 Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan satu
dekri untuk mengehadkan perdagangan orang-orang Barat di China. Kerajaan
China telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang telah ditetapkan dan mesti
dipatuhi oleh pedagang asing iaitu :

a. Orang-orang Barat hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton


sahaja. Pelabuhan-pelabuhan lain tidak dibenarkan.
b. Orang-orang Barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang
merupakan wakil perdagangan yang dilantik oleh kerajaan China untuk
mengendalikan perdagangan dengan orang asing.
c. Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan
tarif perdagangan serta menguruskan pengedaran barang dagangan.
d. Saudagar-saudagar Barat dilarang mengahwini wanita tempatan.
e. Saudagar-saudagar Barat tidak dibenarkan membawa masuk isteri dan
senjata api ke China.
f. Saudagar-saudagar Barat dikehendaki pulang ke Macau setelah tamat
musim perniagaan.
g. Orang-orang asing juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina.
h. Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan
bebas. Mereka hanya dibenarkan melawat Flozver Garden sahaja.

 Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat ini menyukarkan pihak Barat


untuk berdagang di China.Tindakan ini jelas membuktikan bahawa China
sememangnya tidak memerlukan barangan Barat. Sebaliknya, orang-orang
Barat sangat memerlukan barang-barang dari China terutamanya teh, sutera
dan tembikar.

 Justeru, hubungan dengan China perlu diteruskan. Pelbagai usaha dilakukan


untuk mewujudkan hubungan perdagangan yang baik antara China dan pihak
Barat khususnya Inggeris. Namun, semua usaha yang dilakukan ternyata
gagal untuk mendapat kerjasama dari negara China.

 Inggeris terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengubah dasar luar negara


China. Kedegilan China dan tindak balas Inggeris menyebabkan tercetusnya
Perang Candu Pertama pada tahun 1839 dan berakhir melalui Perjanjian
Nanking pada tahun 1842.

 Perjanjian ini membuktikan kelemahan negara China yang terpaksa akur


dengan tuntutan Inggeris. Secara tidak langsung Inggeris telah berjaya
menamatkan dasar isolasi negara China yang telah diamalkan berkurun
lamanya.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 22


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

B. Dasar Isolasi di Jepun

 Jepun telah menjalankan dasar isolasi yang relatif dari dunia luar selama kira-
kira 250 tahun. Soghun Tokogawa telah mengamalkan dasar isolasi sejak
tahun 1638. Menurut dasar ini, orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan
perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa Barat.
Pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.

 Boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang


asing di Jepun kerana pada waktu itu Jepun lebih menekankan perkembangan
ekonomi dalaman sahaja.

 Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar


isolasi iaitu :

a. Wujudnya perasaan syak wasangka terhadap kejujuran pihak Barat. Jepun


bimbang kemungkinan besar kuasa-kuasa Barat akan menggunakan
kesempatan untuk melibatkan diri dalam politik tempatan.
b. Perkembangan agama Kristian akan dijadikan landasan oleh orang Barat
untuk menjatuhkan dan melemahkan kerajaan Jepun dan masyarakat
tempatan.
c. Jepun berasa bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada orang Barat
kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar. Sistem ekonomi sara
diri yang dilaksanakan oleh mereka lebih daripada mencukupi untuk
keperluan masyarakat Jepun.
d. Orang-orang asing juga dikatakan kerap kali mencetuskan masalah dan
huru-hara di Jepun yang dianggap boleh mengancam keamanan dan
keselamatan negara.
e. Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo
Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata
dan askar dari luar untuk menentang kerajaan.

 Berpunca daripada faktor-faktor tersebut, akhirnya Jepun mula menyekat


kemasukan orang-orang Barat ke Jepun. Malah mubaligh-mubaligh Kristian
yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar.

 Rakyat tempatan turut dilarang melawat ke negara-negara luar terutamanya


negara-negara Barat. Tindakan ini jelas membuktikan amalan dasar isolasi
Jepun

 Pada tahun 1825, Soghun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika
kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila
masa, penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka
mendarat, mereka akan ditawan, dibunuh dan kapal mereka akan
dimusnahkan.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 23


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Walau bagaimanapun, dasar isolasi ini juga tidak dapat bertahan lama.
Terdapat beberapa percubaan oleh kuasa-kuasa Barat bagi mengubah dasar
luar Jepun.

 Sebagai contoh Amerika Syarikat telah cuba menjalinkan hubungan


persahabatan dengan Jepun pada pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1853,
Amerika Syarikat telah menghantar perutusan yang besar di bawah Komoder
Matthew Perry.

 Utusan Perry menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi


menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan
sekiranya Jepun masih menganggap Amerika Syarikat sebagai musuhnya.

 Walaupun Maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan


Amerika Syarikat, tetapi mereka sedar sekiranya permintaan-permintaan
Amerika Syarikat tidak dipenuhi, Jepun akan senasib dengan China.

 Akhirnya Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani pada 31 Mac 1854 antara


Jepun dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini sekaligus telah menamatkan dasar
isolasi yang diamalkan oleh Jepun.

Kesimpulan

Kekalahan China dalam Perang Candu Pertama telah menamatkan dasar isolasi
yang telah diamalkan sejak pertengahan abad ke-18. Kekalahan ini bukan sahaja
merugikan China malah telah menjatuhkan maruah negara China sebagai ”Middle
Kingdom”.Selepas Perjanjian Nanking, China telah menandatangani beberapa
perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Wang Hsia dengan Amerika
Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Bagi Jepun pula, Perjanjian
Kanagawa telah membuka jalan kepada beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat
yang lain seperti Britain, Rusia dan Belanda. Akhirnya, China dan Jepun terpaksa
mengamalkan dasar pintu terbuka melalui hubungan perdagangan dan diplomatik
dengan kuasa-kuasa Barat selepas pertengahan abad ke-19.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 24


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Soalan 8

Huraikan perkembangan ekonomi di Myanmar (Burma) dan Thailand sebelum


kemasukan kuasa Barat pada abad ke-19.

Pendahuluan

Sebelum kedatangan kuasa Barat di Myanmar kegiatan ekonomi adalah bersifat


ekonomi tradisi. Kegiatan perdagangan yang menguntungkan hanyalah tertumpu
kepada kegiatan perniagaan dan pertanian. Sementara di Thailand mempunyai corak
ekonomi yang hampir serupa dengan Myanmar dengan pertanian menjadi penyumbang
utama ekonomi Thailand. Selepas kemasukan Barat barulah kegiatan ekonomi
komersial dijalankan secara besar-besaran.

Isi

1. Perkembangan ekonomi di Myanmar abad ke-19

1.1 Perkembangan ekonomi sara diri

 Pertanian merupakan aktiviti utama yang dijalankan di Myanmar. Penanaman


padi merupakan tanaman utama. Padi sawah ditanam di Delta Irrawaddy.
Penanaman padi ini menjangkau 3.7 juta ekar pada tahun 1886.

 Pada abad ke-19 pengeksportan beras diharamkan oleh Raja Myanmar kerana
lebihan hasilnya kecil. Beras hanya dibenarkan dieksport ke Hulu Myanmar yang
kekurangan beras.

 Padi huma pula ditanam di Hulu Myanmar. Mereka menjalankan pertanian


pindah yang dikenali sebagai Taungya.Pertanian ini dijalankan oleh kaum Karen
dan Kachin yang tinggal di kawasan pendalaman.

 Di kawasan Hulu Myanmar kegiatan ekonomi ialah menanam sekoi, minyak


sayur, ikan dan garam, membuat periuk belanga dan alat-alat senjata. Selain itu
di kawasan ini juga ditanam kapas, biji minyak dan kacang.

 Di bahagian tengah kawasan Hulu Burma juga terdapat petani-petani yang


mengamalkan petanian campur di tanah kering. Di dataran delta pula kegiatan
penduduknya ialah menanam padi, menangkap ikan dan menindih garam.

1.2 Perkembangan ekonomi komersial di Myanmar

 Sebelum adanya jalanraya sistem perhubungan utama yang digunakan untuk


menjalankan perdagangan dan perniagaan ialah jalan sungai, laut dan kereta
lembu.Sungai Irrawaddy menjadi nadi utama perhubungan. Dari hilir Burma
sampan-sampan dan tongkang-tongkang digunakan untuk mengangkut beras,
sambal ikan (ngapi), ikan kering, dan barang-barang ke Utara

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 25


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Myanmar.Pedagang-pedagang ini mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk
sampai ke Ava dari Ranggon.

 Apabila mudik ke hilir Burma mereka membawa barang-barang seperti


kapas,minyak masak, gula dan petroleum mentah. Pedagang-pedagang Shan
mengambil kesempatan di musim sejuk menaiki kereta lembu dan kuda ke ibu
kota dengan membawa embalan, plumbum, gula, kacang tanah, kain dan lembu.
Barang-barang ini ditukarkan dengan garam, ikan kering, ngapi dan pinang.

 Di Bhamo pula bersempadan dengan China, barang-barang dari China


dikumpulkan dari bulan Disember hingga Mac. Barang-barang ini dibawa ke
Sagaing. Barang-barang China seperti sutera, beroket,teh, kertas, madu dan
berbagai jenis buah-buahan, dan kacang kering dan daun emas.

 Barang-barang ini kemudiannya telah ditukarkan dengan kapas, gading, batu


ambar,permata, sarang burung dan candu. Raja Mindon memonopoli beberapa
perdagangan seperti kapas,batu permata, petroleum dan kayu jati.

2. Perkembangan ekonomi di Thailand pada abad ke-19

2.1 Ekonomi sara diri

 Pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang utama di Thailand. Padi
merupakan tanaman utama masyarakat Thai. Padi sawah banyak ditanam di
Menam Chao Phraya. Selain itu, padi huma juga ditanam terutamannya di
Dataran Tinggi Korat.Mereka mengamalkan cara pertanian pindah atau disebut
Tham Rai.

 Selain padi masyarakat Thai juga menanam sekoi, jagung , taro dan keladi.
Masyarakat pedalaman Thai mengusahakan pencarian hasil hutan seperti
damar, kapur barus, dan pencelup.

 Masyarakat Thai juga mencari kayu cendana, garam, sarang burung dan telur
penyu. Kegiatan kraf tangan juga dijalankan secara kecil-kecilan seperti
menenun kain untuk membuat pakaian sarung seperti lungyi,panung dan
sebagainya. Kegiatan menagkap ikan juga dilakukan di sepanjang pantai Teluk
Siam, persisiran sungai Chao Phraya dan di sawah-sawah padi.

2.2 Ekonomi komersial

 Perkembangan ekonomi komersial di Thailad bermula pada pertengahan abad


ke-19, terutama selepas kemasukan barat. Penanaman padi menjadi semakin
penting kerana ia menjadi eksport utama Thailand. Sebelum tahun 1826
perdagangan beras dimonopoli oleh raja. Hanya selepas tahun 1826 monopoli
beras dihapuskan oleh Rama III. Menjelang tahun 1855 iaitu selepas perjanjian
Bowring beras menjadi eksport utamanya. Padi banyak diusahakan di Delta
Menam Chao Phraya, Dataran tengah dan Korat.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 26


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Selain beras Thailand juga mengeksport kayu jati terutamanya ke negara-negara
Barat. Sehingga akhir abad ke-19 eksport kayu jati Thai ialah ½ juta Bath
setahun.

 Bijih timah dilombong di Ranong, dan Pulau Phuket. Kebanyakan perusahaan


ini dimonopoli oleh masyarakat Cina. Menjelang tahun 1850 perusahaan ini
berjaya menyaingi perusahaan beras di Thai.

 Masyarakat Thai pada abad ke -19 juga menjadikan perusahaan gula sebagai
aktiviti yang penting. Wilayah Makhon Chaisi telah dijadikan kawasan
penanaman tebu yang penting. Kawasan lain ialah seperti Bangplasoi, Paedriu
dan Bangplakong. Lebihan gula ini dieksport ke China. India dan Eropah.
Selepas perjanjian Bowring gula mendapat sambutan yang baik daripada
Amerika Syarikat. Firma-firma asing mula masuk ke Thai menjelang 1860 dan
membuka ladang di sekitar Bangkok, Cholburi, dan Nakhon Pathom.

 Selain itu, Thailand juga mengeksport lada hitam ke Indo-China. Kawasan yang
banyak mengusahakannya ialah di Chanthaburi, dan Tungyai.Mereka juga
menanam tembakau.

Kesimpulan

Perubahan ekonomi selepas kedatangan kuasa barat jelas menunjukkan


perubahan yang ketara dari segi jumlah eksport dan perniagaan yang dijalankan oleh
Myanmar dan Thailand.Namun begitu kemasukan pengaruh Barat tetap tidak dapat
meningkatkan tahap ekonomi masyarakat peribumi secara keseluruhannya. Kemasukan
orang-orang Cina ke Thailand dan kaum India di Myanmar telah menyekat peluang
masyarakat tempatan untuk terlibat dengan perdagangan.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 27


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Soalan 9

Bincangkan peranan Sukarno dan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di


Indonesia dan Filipina.

Pendahuluan

Sukarno dilahirkan 6 Januari 1901 di Blitar , JawaTimur. Ibunya berketurunan


Bali dan ayahnya iaitu Raden Sukemi berketurunan Jawa yang berkhidmat sebagai
guru.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Belanda , Surabaya.
Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang
kejuruteraan antara tahun 1921 hingga 1925.Beliau pernah menjadi anak angkat
kepada pemimpin Parti Sarekat Islam ,iaitu Omar Said Tjokroaminoto. Ketika
inilah beliau menimba pengalaman dalam bidang politik dan berpersatuan.
Sementara Jose Rizal di lahirkan di Calamba, Luzon pada tahun 1861. Beliau
adalah berketurunan Sepanyol-Cina. Beliau mendapat pendidikan di Maktab
Jesuit dan Universiti Santo Thomas di Manila.Kemudian melanjutkan pelajaran
dalam bidang kesusasteraan dan falsafah di Madrid, Sepanyol.

Isi

1. Peranan Sukarno

1.1 Menyertai pertubuhan pelajar dan Parti Nasional Indonesia

 Sukarno mulai aktif dalam politik Indonesia apabila menyertai Kelab


Perbincangan Bandung yang ditubuhkan oleh para pelajar Indonesia yang
belajar di Belanda, untuk menentang Belanda.Walaupun Sukarno bukan
merupakan seorang ahli atau pengasas Perhimpunan Indonesia, tetapi
oleh kerana dasar dan ideologinya bersesuaian dengan Perhimpunan
Indonesia maka beliau menceburkan diri dalam gerakan itu.

 Melalui Kelab bandung ini Sukarno telah menubuhkan Perserikatan


Nasional Indonesia pada tahun 1927.Kemudian ditukar nama kepada
Parti Nasional Indonesia (PNI).Tujuan PNI ditubuhkan ialah untuk
menuntut kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan yang demokratik yang
dipilih oleh rakyat.

 Kehebatan Sukarno menarik sokongan rakyat ialah melalui


kepimpinannya yang dinamis, berkaliber dan berkarisma serta kebolehan
beliau berpidato secara berapi-api. Dalam masa dua tahun PNI berjaya
menarik sokongan 10 000 orang. Sesetengah ahli datangnya daripada
bekas anggota Sarekat Islam dan kesatuan-kesatuan sekerja yang
dahulunya dikuasai Komunis.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 28


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Selain itu, Dasar tidak bekerjasama dengan pemerintah Belanda menarik
perhatian rakyat Indonesia untuk menganggotai PNI. Contohnya PNI
menyeru pegaawai-pegawai Kerajaan Indonesia supaya memulaukan
Volksrad dan perkhidmatan Awam Indonesia.

1.2 Menyatukan persatuan-persatuan

 Pada tahun 1928 pula Sukarno telah berusaha menyatukan semua


pertubuhan politik di Indonesia untuk mewujudkan perpaduan nasional.
Hasilnya satu persekutuan telah diwujudkan yang dinamakan
Pemuafakatan Parti-Parti Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Ia
disertai oleh Parti Sarekat Islam, Budi Utomo, Pasondon Ikatan Sumatera
dan Kelab Pelajar Surabaya.

 Belanda Menganggap tindakan Sukarno ini sebagai menganggu


ketenteramannya. Pemerintah Belanda tidak lagi bersimpati dengan PNI
dan berusaha melumpuhkan pergerakan ini. Langkah pertama ialah
dengan mengharamkan penerbitan akhbar Persatuan Indonesia. Pada 4
Disember 1928 Sukarno dan tujuh lagi pemimpin telah ditahan atas
alasan menganggu keselamatan negara.Mereka dipenjarakan selama 3
tahun hingga 1930.

1.3 Menyertai PARTINDO

 Semasa dipenjarakan Sartono telah mengambil alih PNI, namun begitu


berlaku pertelingkahan mengenai perubahan dasar yang dilakukan oleh
Sartono. Akibatnya Mohamad Tabrani dan pemimpin lain keluar dan
menubuhkan Parti Parti Rakyat Indonesia. Kemudian Sartono bertindak
membubarkan PNI dan menubuhkan Parti Indonesia (PARTINDO).

 Sebaik keluar daripada penjara Sukarno telah menyertai Partindo, lalu


beliau dipilih menjadi Presiden parti ini sebulat suara.Di bawah
kepimpinannya Partindo menjadi pertubuhan politik yang agresif.
Kepetahan Sukarno berpidato telah menyebabkan Partindo berkembang
dengan pesat. Dalam masa setahun Partindo berjaya menarik ahli
seramai 20 000 orang dan mempunyai 71 cawangan.

 Sukarno sekali lagi dipenjara pada bulan Ogos 1933 tanpa dibicara dan
dibuang ke Pulau Flores.Kemudian dipindahkan ke Bangkahulu pada
tahun 1938 dan kemudian dibebaskan oleh Jepun pada tahun 1942.

1.4 Peranannya semasa pendudukan Jepun

 Semasa Jepun menduduki Indonesia, mereka cuba mendapatkan


sokongan penduduk tempatan. Oleh itu, Jepun menubuhkan PUTERA

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 29


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
atau Pusat Tenaga Rakyat., pada tahun 1943. Sukarno telah dipilih
menjadi presiden PUTERA, sementara Muhammad Hatta menjadi naib
Presidennya.Sukarno menggunakan kesempatan ini untuk
menyemarakkan lagi semangat nasionalisme.

 Sukarno telah membawa PUTERA bersikap anti Jepun bukan


menyokongnya. Akibatnya menjelang akhir tahun 1943 PUTERA
dimansuhkan dan digantikan denngan HOKOKAI (Gerakan Kebangsaan
Jawa) yang juga dipimpin oleh Sukarno.Sukarno terus membangkitkan
semangat nasionalisme walaupun ia diletakkan di bawah kawalan ketat
pihak Jepun. Sukarno dapat menghubungi rakyat melalui pidato-pidatonya
yang disiarkan malalui radio dan alat sebaran am yang lain.

1.5 Peranannya dalam mencapai kemerdekaan Indonesia

 Pada pertengahan tahun 1945 kuasa Paksi telah mengalami kekalahan


kepada Kuasa Berikat. Oleh itu, pihak Jepun bersetuju untuk memberi
kemerdekaan kepada Indonesia. Marshal Terauchi telah memanggil
Sukarno dan pemimpin lain ke Saigon untuk merundingkan kemerdekaan.
Jepun bersetuju memberi kemerdekaan pada tarikh 24 Ogos 1945. Tetapi
belum sempat pada tarikh itu Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos
1945. Sukarno yang didesak oleh Sultan Shahrir telah mengisytiharkan
kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.

 Malangnya Jepun tidak mengiktiraf kemerdekaan ini kerana terikat


dengan syarat-syarat penyerahan kalah. Sukarno melancarkan
pemberontakan menentang Jepun dan seterusnya terhadap Belanda.

 Belanda juga enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut. Mereka telah


memilih Sutan Sjahrir sebagai sebagai Presiden Sementara bagi kerajaan
Republik Indonesia. Dalam rundingan di Hague, Belanda bersetuju akan
pembentukan Komanwel Belanda tetapi ditolak oleh Sutan Sjahrir.

 Pada masa yang sama Komunis di bawah Tan Malaka telah menculik
Sjahrir dan cuba menggulingkan kerajaan Republik Indonesia. Sukarno
telah berjaya mengalahkan komunis tersebut.

 Pada bulan Oktober 1946 persidangan Linggajati diadakan. Belanda


bersetuju mengiktiraf Republik Indonesia (Jawa, Sumatera dan Madura).
Persidangan ini gagal kerana Belanda tidak mematuhinya. Akibatnya
berlaku pemberontakan di Indonesia. Belanda bertindak keras dengan
memenjarakan Sukarno dan Hatta.

 Akibatnya PBB telah mengadakan persidangan meja bulat di The Hague


pada disember 1949. Belanda bersetuju mengiktiraf kemerdekaan

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 30


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Indonesia. Pada 27 Disember 1949 Indonesia merdeka secara rasmi.
Sukarno dipilih menjadi Presiden pertama Republik Indonesia.

2. Peranan Jose Rizal

2.1 Perjuangan menerusi akhbar

 Jose Rizal memperlihatkan strategi nasionalisnya secara sedarhana


melalui gerakan propaganda. Idea nasionalisnya diungkap dalam karya
novel Noli Me Tengere yang ditulis di Berlin pada tahun 1887. Judul buku
ini bermaksud “ Jangan sentuh daku atau barah masyarakat” . Ia
membincangkan kepincangan yang berlaku dan penindasan Spanyol ke
atas masyarakat Filipina. Selain itu karya beliau yang lain ialah El
Filibusterismo atau “ Pemerintah yang tamak”.Buku ini mengkritik undang-
undang dan golongan agama di Filipina.Beliau bersama para nasionalis
yang lain telah menrbitkan akhbar La Solidaridad di Barcelona pada tahun
1889. Akhbar ini mendedahkan keburukan pemerintahan Sepanyol,
keadaan petani yang ditindas, dan penyalahgunaan kuasa paderi
Sepanyol di Filipina.

2.2 Perjuangan menerusi pertubuhan politik

 Sekembalinya Jose Rizal dari Eropah beliau telah menubuhkan Liga


Filipina pada tahun 1981 di Hong Kong. Membuka cawangan di Filipina
dan berjuang untuk pembangunan masyarakat. Ia juga bertujuan
melindungi rakyat daripada ketidakadilan penjajah Sepanyol, selain
mengkritik golongan gereja yang menjadi penghalang kepada
kemerdekaan Filipina.

 Sepanyol menganggap Liga Filipina mengancam kedudukannya ,lalu


mengambil tindakan menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke
Dapitan di Pulau Mindanao.

 Para nasionalis yang lain bersimpati dengan Jose Rizal. Mereka bertindak
menubuhkan pertubuhan yang bersifat revolusiner,iaitu Katipunan.
Pengasasnya ialah Andres Bonifacio. Sebaik ditubuhkan mereka
menemui Jose Rizal di Dapitan untuk mendapat restunya.

 Walaupun Jose Rizal menasihati Katipunan supaya jangan mencetuskan


revolusi, kerana rakyat Filipina belum bersedia. Namun begitu tindakan
Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan yang bersifat radikal. Tulisan
mereka menjurus ke arah mencetuskan revolusi, telah menaikan
semangat rakyat Filipina.Mereka mula merancang melancarkan revolusi.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 31


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Pihak Sepanyol berjaya mengesan bibit-bibit revolusi sebelum meletus.
Sepanyol berasa Jose Rizal sebagai satu ancaman kerana ketokohannya.
Akibatnya beliau dijatuhi hukuman tembak pada 30 Disember 1896.

Kesimpulan

Kedua-dua tokoh Sukarno dan Jose Rizal telah memberi sumbangan


penting untuk mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing. Walaupun
Sukarno dilihat lebih berjaya dalam usahanya kerana Indonesia merdeka
ditangannya. Tetapi Jose Rizal tetap dianggap wira sebenar kerana telah
mengorbankan nyawanya untuk kemerdekaan Filipina. Selepas kematiannya
pertubuhan politik lain bangkit dengan gigih sehingga berjaya memperolehi
kemerdekaan daripada Sepanyol.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 32


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

Soalan 10

Huraikan dasar luar India dengan Pakistan dari tahun 1949 hingga 1963

Pendahuluan

Perisytiharan akta kemerdekaan India yang diluluskan oleh Parlemen British


pada bulan Ogos 1947 telah membolehkan India dan Pakistan memperolehi
kemerdekaan. Benua kecil ini telah di bahagikan kepada dua bahagian, iaitu kepada
India yang dianuti sebilangan besarnya penganut Hindu dan Pakistan yang sebilangan
besarnya menganut agama Islam.

Isi

1. Hubungan Luar India selepas merdeka

1.1 Menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

 India telah menjadi anggota PBB sejak tahun 1946 dan menganggotai banyak
cawangan badan PBB. Seorang rakyat India dipilih menjadi pengarah Agung
FAO pada tahun 1956, dan dilantik menjadi setiausaha ECAFE yang
pertama.Selain itu, ibu pejabat UNESCO dan UNICEF juga terletak di India.

 Ibu kota India, New Delhi juga sering menjadi tuan rumah pelbagai persidangan
antarabangsa dan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957. India juga mengambil
bahagian dalam perjanjian damai antara Korea, Vietnam , Laos dan Kampuchea
(Kemboja).

 Dalam bidang ketenteraan India pernah menghantar pasukan pengaman ke


Mesir pada tahun 1956, untuk menyertai pasukan kecemasan PBB.Lebih 700
asakar dihantar ke Conggo di bawah panji PBB untuk mengawasi hospital
tentera dan perkhidmatan komunikasi. Pada tahun 1961 India menghantar 700
tentera ke lebih 24 buah negara di bawah program bantuan teknikal PBB.

1.2 Hubungan diplomatik dengan negara-negara asing

 Hubungan diplomatik India dengan negara asing bertujuan untuk mengeratkan


hubungan perdagangan antarabangsa. Perdagangan luar India melibatkan
eksport bahan mentah dan bahan industri serta tekstil yang ditukar dengan
barangan mesin berat dan peralatan.

 Eksport terpenting India termasuklah teh, dan jut yang merupakan 2/3 eksport
India. Eksport lain seperti kain kapas, besi keluli , peralatan pengangkutan,
barangan elektrik, bahan kimia, beras dan lain-lain. Rakan dagang India yang
utama ialah Britain, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan lain-lain.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 33


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

2. Hubungan Luar Pakitan selepas Merdeka

2.1 Hubungan dengan Pertubuhan bangsa –Bangsa ( PBB)

 Pakistan telah menganggotai PBB pada tahun 1947 dan menjadi anggota
kepada beberapa buah agensi khas PBB.Pakistan menerima projek-projek
UNESCO yang melibatkan perjanjian kebudayaan dengan negara-negara lain
dan juga menerima bantuan daripada tabung khas PBB.

 Sumbangan Pakistan kepada PBB ialah menyedia kemudahan latihan bagi


Rancangan Colombo untuk pemenang biasiswa PBB, terutama dalam bidang
pendidikan, perubatan, kejuruteraan, industri dan perdagangan, pengangkutan
dan komunikasi, pentadbiran, koperasi dan kawalan pengangkutan udara.

 Dalam bidang keselamatan Pakistan telah menghantar 1400 ahli untuk


berkhidmat di bawah PBB, dalam mengawal keadaan di Guinea pada tahun
1962 hingga 1963.

2.2 Hubungan dengan negara-negara lain

 Pakistan telah mengadakan hubungan diplomatik dengan rakan dagang


utamanya seperti Amerika Syarikat, Uniter Kingdom, Jerman, Jepun, India ,Itali
dan lain-lain.

 Barangan eksport mereka ialah jut,kapas, bulu biri-biri, teh dan lain-lain.
Sementara import Pakistan ialah mesin, kenderaan bahan kimia, kain kapas dan
sebagainya.

Kesimpulan

Pakistan dan India menjalin hubungan baik dengan semua negara termasuk
PBB. Namun begitu hubungan antara ke dua-dua negara sering tegang kerana isu
Kashmir yang berpanjangan. Tambahan pula persaingan senjata juga menyebabkan
hubungan menjadi semakin tidak baik. India dan Pakistan pernah terlibat dengan siri
peperangan terutamanya di kawasan sempadan berhampiran Kashmir.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 34


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
Soalan 11

Bincangkan sistem pentadbiran di Thailand dan Filipina selepas Perang Dunia


Kedua.

Pendahuluan

Selepas Perang Dunia ke dua menyaksikan berlakunya gerakan kemerdekaan di


negara-negara dijajah. Negera-negara ini masing-masing ingin membentuk sistem
pentadbiran sendiri sebagai sebuah Negara yang merdeka. Sistem pemerintahan
Negara-negara ini, secara langsung atau tidak lansung dipengaruhi oleh dua ideologi
utama dunia iaitu Liberal Demokratik di bawah Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya
di Eropah Barat dan Komunis di bawah Soviet Union dan sekutu-sekutunya di Eropah
Timur dan Asia. Filipina yang merdeka di tangan Amerika Syarikat pada pada tahun
1946 telah membentuk sistem pemerintahan ala Amerika Syarikat, manakala Thailand
yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa asing turut menerima pengaruh Barat
dalam sistem pentadbirannya iaitu monarki berperlembagaan.

Isi

1. Sistem pentadbiran Thailand

 Sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun1932 iaitu monarki


berperlembagaan telah menggantikan sistem monarki mutlak di Thailand dan ia
kekal hingga ke hari ini. Raja sebagai ketua bagi tiga badan utama kerajaan iaitu
eksekutif, perundangan dan kehakiman. Bentuk pemerintahan ini tidak
pernah ditukar sejak tahun1932. Pada zaman Jepun dan selepas itu bentuk
pemerintahan seumpama ini telah diteruskan. Walaupun sepanjang tahun 1932
sehingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan
raja berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand.

 Badan eksekutif merupakan badan pembuat dasar kerajaan Thailand. Ia


dipimpin oleh perdana menteri dan ahli-ahli kabinet lain terdiri daripada parti
yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thai pula bertindak melantik
perdana menteri. Sementara itu terdapat badan perundangan yang
mengandungi dua dewan. Sebuah lagi badan adalah kehakiman.

 Di peringkat tempatan Thailand dibahagikan kepada 71 wilayah pentadbiran


yang disebut Changwats. Setiap Changwats ini diperintah oleh pesuruhjaya
yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. Changwats ini pula
dipecahkan kepada 412 daerah atau amphurs dan 4533 communes atau
tambons.

 Selepas kekalahan Jepun, Perdana Menteri Khuang Apahiwong kehilangan


kuasanya dan diganti oleh Seni Pramoj. Pemerintahan Seni Pramoj hanya
kekal sehingga bulan Januari 1946 kerana beliau tidak berpengalaman dalam
pentadbiran. Nai Pridi Phanomyong menjadi Perdana Menteri pada tahun

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 35


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
1946. Semasa pemerintahan beliau, Raja Ananda Mahidol ditembak mati dan
adindanya Raja Bhumipol Adulyadej menaiki takhta kerajaan Negara Thailand.

 Pada Ogos 1946, Pridi melantik Thamrong Nawasawat sebagai Perdana


Menteri. Kerajaan Thamrong hanya memerintah sehingga 1947 kerana Pibul
Soggram melancarkan satu rampasan kuasa dengan bantuan tentera dan
merampas kuasa kerajaan Thailand daripada Thamrong Nawasawat. Pibul
berjaya mewujudkan keadaan politik yang kukuh dan stabil serta memberikan
satu perlembagaan baru. Beliau berjanji mengadakan pilihan raya dan mengatur
Parlimen semula.

 Pada tahun 1948, pilihan raya utama diadakan. Pibul mendapat kepercayaan
rakyat dan menjadi Perdana Menteri Negara Thailand. Beliau memerintah
dengan dasar diktator tentera. Pibul dapat meneguhkan kuasanya dengan
bantuan dua orang sahabatnya iaitu Jeneral Phao Sriyanan dan Jeneral Sarit
Thanarat.

 Pada tahun 1949, perlembagaan baru tetap digubal. Di bawah perlembagaan


ini, Parlimen terdiri daripada dua buah dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
diraja. Semua ahli Dewan Rakyat dipilih oleh Raja. Pibul memerintah dengan
dasar anti-komunis dan dasar persahabatan dengan Amerika Syarikat. Beliau
memberi rakyat jelata kebebasan berpolitik dan membenarkan parti-parti politik
bergerak secara bebas.

2. Sistem pentadbiran di Filipina

 Pada 4 Julai 1946, Republik Filipina diisytiharkan. Manuel Roxas menjadi


Presiden pertama dengan dibantu oleh Eidio Quirino sebagai Naib Presidennya.
Setelah Manuel Roxas meninggal dunia pada tahun 1948, Eidio Quirino
menjadi Presiden Filipina. Pada tahun 1953, Ramon Magsaysay menjadi
Presiden selepas memenangi pilihan raya. Pada tahun 1961, Macapagal pula
menjadi Presiden.

 Filipina, kerajaannya berbentuk sebuah republik demokrasi yang meniru corak


pemerintahan Amerika Syarikat. Kuasa eksekutif diserahkan kepada presiden.
Presiden dipilih oleh rakyat untuk empat tahun sepenggal. Presiden menguasai
jabatan eksekutif dan mengadakan pengawasan umum terhadap kerajaan
tempatan. Beliau merupakan ketua angkatan tertinggi tentera, berperanan
melantik ketua jabatan, biro dan pegawai (dengan mendapat pengesahan
daripada suruhanjaya). Selain itu presiden juga mempunyai kuasa veto dalam
kongres. Namun demikian dengan undi dua pertiga, kongres mempunyai hak
untuk membatalkan veto presiden.

 Sementara itu badan perundangan Filipina terletak di bawah kongres yang


mengandungi dua bahagian, iaitu Senat dengan 24 orang senator dan Dewan
Perwakilan yang mengandungi tidak lebih daripada 120 perwakilan. Senator-
senator ini dipilih oleh rakyat untuk tempoh enam tahun sepenggal. Manakala
ahli Dewan Perwakilan pula dipilih oleh rakyat untuk tempoh empat tahun
sepenggal. Kongres mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan
mengisytiharkan perang.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 36


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

 Filipina secara keseluruhannya terbahagi kepada wilayah, perbandaran dan


bandar raya. Terdapat 56 wilayah di Filipina dengan terdapatnya gabenor, naib
gabenor dan dua ahli lembaga wilayah yang dipilih bagi tempoh empat tahun.

 Pegawai wilayah yang lain seperti bendahari,audit, pentafsir dan lain-lain akan
dilantik oleh kerajaan pusat. Di peringkat wilayah terdapat badan pentadbir
awam yang dibentuk oleh kongres dan dikawal oleh undang-undang
perbandaran. Pegawai-pegawai yang dilantik adalah seperti Datuk Bandar, Naib
Datuk Bandar dan ahli majlis (empat hingga lapan, bergantung kepada
kewangan perbandaran).

 Selain itu, terdapat 39 bandar raya berpiagam dibentuk di bawah undang-undang


khas dan setiap bandar raya ini dipilih untuk tempoh empat tahun sepenggal.
Bandar raya berpiagam mempunyai kuasa untuk mengenakan cukai, membuat
ordinan, menyediakan pelaksanaan kerja-kerja awam dan mengurus pasukan
polis.

Kesimpulan

Kesimpulannya ialah, kedua-dua negara Thailand dan Filipina mempunyai corak


pentadbiran tersendiri selepas perang dunia kedua. Kedua-dua negara telah
mengambil kira suara rakyat terutamanya dalam memilih pemimpin negara iaitu melalui
pilihan raya. Namun perbezaan yang nyata ialah sering berlaku pertukaran pucuk
pimpinan di Thailand sama ada melalui piliharaya atau pun rampasan kuasa.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 37


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

Soalan 12

Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Filipina


dan Thailand.

Pendahuluan

Perkembagan sistem pendidikan Barat telah melahirkan golongan intelektual yang


menjadi tenaga utama kepada gerakan nasionalisme. Golongan nasionalisme Filipina ini
juga telah terdedah dengan idea-idea politik barat dan telah menyedari penindasan yang
dilakukan oleh penjajah ke atas bangsa mereka. Penindasan yang berterusan terhadap
penduduk memberi semangat untuk bangkit memprotes dan menaikkan semangat
nasionlisme. Nasionalisme Siam pula bergerak mengikut haluan yang berbeza daripada
negeri-negeri lain di Asia Tenggara. Nasionalisme Siam tidak bercorak anti-koloniah
kerana Siam tidak dijajah. Ianya lebih bercorak anti-monarki, anti-Cina dan nasionalisme
ekonomi serta kebudayaan. Pembaharuan yang dilaksanakan di Siam terutamanya
sejak pemerintahan Chulalongkorn menjadi faktor yang mengakibatkan kebangkitan dan
perkembangan nasionalisme Siam. Perkembangan tersebut telah menyedarkan rakyat
Siam untuk bangun mempertahankan kemerdekaan mereka. Golongan intelektual yang
terlibat seperti Jose Rizal dan Andres Banifacio di Filipina dan Pibun Songram di
Thailand.

Isi

A. Filipina

 Di Filipina gerakan nasionalisme pada peringkat awal bersifat hanya menuntut


keadilan. Selepas pemberontakan di Cavite pada tahun 1872 , nasionalisme
Filipina bertunjang kepada Gerakan Propaganda. Gerakan ini digerakkan oleh
pemimpin intelektual seperti Jose Rozal, Don Miguel Morayta M.H.Del Pilar dan
lain-lain. Pergerakan mereka berdasarkan perjuangan “pen dan kertas’ untuk
mengkritik dasar penindasan dan kekejaman Sepanyol di Filipina.
 Tokoh yang paling menonjol dalam gerakan nasionalisme Filipina kalangan
golongan intelektual ialah José Rizal merupakan anak yang ketujuh dari 11
bersaudara dari keluarga Francisco Rizal Mercado dan Teodora Alonzo dan
dilahirkan di dalam sebuah keluarga kelas menengah Tionghoa-Mestizo yang
kaya di Calamba, Provinsi Laguna, Filipina. Sejak masa kanak-kanak Rizal telah
mengajukan gagasan-gagasan politik yang asing pada masa itu, berupa
kebebasan dan hak-hak individu yang tentu telah membangkitkan kemarahan
penguasa.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 38


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
 Jose Rizal turut melahirkan rasa tidak puashati dan kritikannya terhadap
golongan gereja yang dianggap tidak menjalankan tanggungjawab terhadap
rakyat Filipina dan keluhannya ini dilakukan dalam penulisan hasil
karyanya.Peranan Jose Rizal untuk membangkitkan semangat nasionalisme
bermula melalui penulisan novel. Setelah menulis Noli me Tangere, sambutan
yang menggalakkan kalangan penduduk tempatan. Gambaran plot bagi novel
Noli me Tanggere menjuruskan kepada penindasan dan kekejaman paderi dan
rahib Sepanyol terhadap para petani tempatan. Tekanan yyang hebat terhadap
petani ini telah menyebabkab mereka bangun memberontak terhadap pihak
rahib. Keberanian watak-watak petani ini menentang rahib Sepanyol telah
berjaya menaikkan semangat nasionalisme Filipina. Ini adalah langkah berani
Jose Rizal untuk menyerapkan semangat kental kalangan rakyat untuk
menentang kekejaman penjajah.

 Jose Rizal juga lebih merupakan pelopor sebuah masyarakat yang terbuka,
daripada seorang pejuang revolusioner yang menuntut kemerdekaan politik. Ia
menganjurkan sistem perwakilan rakyat untuk menghasilkan pembaharuan
institusional dengan cara-cara damai, dan bukan melalui revolusi kekerasan.
Dalam hal ini ia adalah penganjur pembaharuan politik anti-kekerasan pertama di
Asia.

 Sebagai ketua gerakan Gerakan Propaganda mahasiswa Filipina di Spanyol, ia


menyumbangkan beberapa artikel kepada surat kabar La Solidaridad di
Barcelona dengan agenda-agenda yang berikut:

i. Bahwa Filipina menjadi salah satu provinsi Spanyol


ii. Perwakilan bagi orang Filipina di Cortes (Parlemen)
iii. Gereja-gereja Filipina dipimpin oleh imam-imam Filipina dan bukan para
imam Augustinian Sepanyol
iv. Kebebasan berserikat dan bersuara
v. Hak yang sama di hadapan undang-undang (untuk orang Filipina maupun
Spanyol yang mengadu ke pengadilan)

 Pemerintah kolonial di Filipina tidak menyukai pembaharuan-pembaharuan ini,


meskipun misalnya usul-usul itu didukung secara terbuka oleh para intelektual
Sepanyol seperti Morayta, Unamuno dan Pi y Margal . Sekembalinya ke Manila
pada 1892, ia membentuk sebuah gerakan masyarakat yang dinamakan La Liga
Filipina. Liga ini menganjurkan pembaharuan-pembaharuan sosial yang moderat
ini melalui cara-cara yang sah, namun kemudian dibubarkan oleh pemerintah.
Pada saat itu, ia sudah dinyatakan sebagai musuh negara oleh penguasa
Spanyol kerana novel-novelnya yang menghasut. Noli me Tangere, khususnya,
menampilkan para rahib dalam gambaran yang sangat buruk, dengan sedikit
sekali atau bahkan tidak ada harapan untuk diperbaiki.

 Pada 7 Juli 1892, Andrés Bonifacio, seorang penjaga gudang dan juru cata dari
Manila, mendirikan Katipunan, sebuah organisasi rahsia yang bertujuan untuk

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 39


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B
meraih kemerdekaan dari kolonial Sepanyol dengan cara revolusi bersenjata.
Katipunan menyebar ke banyak wilayah, dan Revolusi Filipina pada 1896
dipimpin oleh para anggotanya.

 Andres Bonifacio merupakan seorang tokoh nasionalisme Filipina yang bangkit


berjuang menentang penjajahan setelah Liga Filipina dibubarkan. Perlancaran
revolusi pada Ogos 1896 di Bandar San Juan akhirnya telah menempah
kejayaan awal . Bagi pihak Sepanyol mula bertindak mengatasi kejayaan
revolusi Katipunan dengan cara kekerasan.

 Pejuang di wilayah Cavite mendapatkan kemenangan awal. Salah satu


pemimpin yang berpengaruh dan popular adalah Emilio Aguinaldo, yang
menguasai sebahagian besar timur Cavite. Akhirnya, Aguinaldo dan faksinya
mendapatkan kuasa dalam Katipunan. Katipunan akhirnya dikuasai oleh
pemerintahan yang

B. Thailand

 Perkembangan pelajaran Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn


telah melahirkan golongan intelek di Siam. Mereka yang mendapat pelajaran
Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat
seperti kerajaan berperlembagaan, demokrasi, liberal, sosialisme, komunisme
dan sebagainya. Usaha-usaha mereka untuk melaksanakan idea-idea tersebut di
Siam mendapat tentangan golongan bangsawan yang menguasai pentadbiran
Siam. Mereka yang dapat pelajaran di Jerman dan Perancis dianggap lebih
radikal kerana golongan ini menentang sistem monarki mutlak dan
menganggapnya sebagai sistem lapuk yang menghalang kemajuan Siam.

 Parti rakyat yang ditubuhkan oleh golongan intelek Thailand yang terdiri
daripada pegawai-pegawai tentera darat, laut dan pegawai perkhidmatan awam.
Antara golongan intelek ini ialah Pridi Panomyong, Pribun Songkram, Khuang
Aiphaiwong, Phya Bahol, Phya Manopakorn dan lain-lain lagi.

 Donald E. Nuechterlein dalam bukunya “Thailand and the Struggle for South
East Asia” mendakwa punca utama kebangkitan nasionalisme ialah keazaman
golongan intelek untuk memodenkan struktur politik dan mengadakan
pembaharuan ekonomi yang radikal.

 Pada 24 Jun 1932 , satu revolusi ‘tanpa pertumpahan darah’ telah dilancarkan
oleh Parti Rakyat dan tertumpu kepada menghapuskan pemerintahan kuasa
mutlak raja. Golongan tentera telah memberi sokongan terhadap Parti Rakyat
dalam melancarkan revolusi ini.

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 40


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

Kesimpulan

Gerakan nasionalisme di Siam merupakan percubaan orang-orang Siam untuk


meminda perlembagaan negeri dan perjuangan rakyat untuk mendapatkan hak mereka.
Gerakan nasionalisme di Siam adalah sesuatu yang unik kerana ia hanya melibatkan
golongan elit dan tentera dan tidak melibatkan rakyat. Keadaan ini telah membezakan
Siam dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Manakala di Filipina perjuangan
nasionalisme bertambah getir apabila berlaku konflik yang berterusan melibatkan
tokoh-tokoh tempatan dan melibatkan pertukaran penjajahan .

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 41


Negeri Perak
Modul Jawapan Pecutan Bestari A
JPN Perak
Set B

Jawatankuasa Kurikulum Sejarah 2 STPM 42


Negeri Perak

You might also like