KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Dalam kehidupan harian kita sebagai mahluk yang mempunyai naluri sosial, sama ada sedar atau tidak ,kita tidak dapat mengelak diri daripada melakukan interaksi dengan individu atau orang lain secara satu lawan satu mahupun dalam kumpulan komuniti. Interaksi tersebut boleh berlaku secara verbal mahupun bukan verbal yang bertujuan menyampaikan pesan dan membina hubungan. Berinterkasi dengan orang lain memerlukan kemahiran dan ketrampilan agar tujuan komunikasi itu tercapai, yang pada akhirnya mempengaruhi perlakuan individu dalam konteks pembangunan sosialnya. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi merujuk pada interkasi yang berkesan antara peserta komunikasi. Komunikasi Interpersonal Menurut para pakar dalam bidang komunikasi, komunikasi interpersonal merupakan proses pertukaran informasi diantara seseorang dengan paling kurang seorang lainya atau biasanya diantara dua orang yang dapat langsung diketahui balikannya (komunikasi langsung) [Muhammad, 2005 ]. Lebih lanjut lagi, Joseph A. Devto menjelaskan bahawa komunikasi interpersonal interpersonal adalah proses pengiriman pesan-pesan antara dua orang atau diantara sekelompok kecil orang, dengan beberapa kesan dan beberapa umpan balik seketika. Komunikasi ini dianggap sebagai suatu teknik psikologi manusiawi. Dalam Komunikasi interpersonal, individu yang terlibat dalam proses interkasi itu coba menginterpretasikan makna yang berkaitan diri sendiri, diri orang lain dan hubungan yang terbentuk. Kesemua ini berlaku melalui proses picker yang melibatkan pemberian makna atau kesimpulan. Secara umumnya, teori komunikasi interpersonal mengkaji bagaimana indvidu berinteraksi antara satu dengan lain secara verbal mahupun bukan verbal bagi mencipta maksud dan membina hubungan sosial. Interaksi itu boleh melibatkan perbualan secara satu lawan satu atau dalam sekumpulan individu dalam sesebuah komuniti Komunikasi interpersonal mempunyai karakteristik seperti:
1. Aspek isi pesan dan kualiti proses interaksi

2. Mempunyai hubungan saling mempengaruhi Prinsip komunikasi interpersonal pula adalah seperti kualiti hubungan, empati, saling menghargai, terterbukaan minda, trust ( percaya ) antara satu dengan lain dan harmoni. 1 Komunikasi interpersonal yang berlaku antara dua individu bagi mencapai persefahaman selalunya melibatkan hal-hal positif yang membolehkan hubungan sosial itu berkekalan. Biasanya, ada persamaan di antara persahabatan, percintaan, dan hubugan keluarga. Semuanya melibatkan kemesraan, kepercayaan, tolong menolong, berkongsi keyakinan serta tindakan spontan. Jadi penting bagi kita mengetahui bagaimana cara kita sepatutnya berkomunikasi supaya proses pembentukan hubungan untuk apa jua tujuan dapat berjalan dengan baik dan memenuhi keperluan semua pihak. Komunikasi interpersonal mempunyai tujuan yang jelas, antaranya adalah:
1. Mengetahui diri sendiri. Apabila seseorang terlibat dalam proses komunikasi, kita

juga secara tidak langsung akan mengetahui diri kita sendiri, iaitu apabila kita Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah

Kita selalunya berkunjung ke tempat atau rumah orang lain walaupun untuk sekadar bertanya khabar atau bercerita tentang pelbagai isu untuk mengisi masa lapang. kita mencadangkan orang itu mencuba menu makanan yang baru. Adam Smith. Hal ini terbukti dalam aktiviti profesional yang memerlukan klien menceritakan dan mendedahkan maklumat peribadi yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa teori komunikasi interpersonal yang dapat menjelaskan aplikasinya dalam mempengaruhi pembangunan sosial pihak yang terlibat dalam proses komunikasi serta perlakuan indivdu khususnya dalam membina kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi. 4. buku baru dan sebagainya. Membentuk dan menjaga hubungan yang terjalin. Komunikasi interpersonal memberikan kita peluang bercakap atau menceritakan tentang apa yang kita sukai. 2. Dengan melakukan komunikasi interpersonal seperti ini memberikan keseimbangan yang penting dalam fikiran yang memerlukan rehat daripada semua keseriusan di sekelilng kita. Albert Bandura). Untuk membantu.S. Ricardo. 3. kita sebenarnya memberikan penghargaan kepada diri kita sendiri. Skinner. sebenarnya melalui komunikasi interpersonal digunakan untuk mengubah sikap dan tingkah laku orang lain. walaupun maklumat itu mungkin telah kita ketahui tetapi perbincangan dengan orang lain menjadikan kita berinteraksi interpersonal. J. Social Exchange Theory Teori ini sebenarnya bergabung dalam Structural Anthropolgy ( Levi-Straus) . 6. Komunikasi interpersonal dijadikan salah satu modul atau terapi kejiwaan. Sociology (George Homans. atau apa-apa hal yang berkaitan dengan diri kita termasuk perasaan. Sedar atau tidak. 5. Utilitaran Economics ( D. Untuk berkunjung dan mencapai kesenangan. Banyak maklumat dan informasi yang kita ketahui dari orang lain. Dengan memberikan maklumat itu kepada orang lain. Mill).KOMUNIKASI INTERPERSONAL memberikan maklum balas atas pertanyaan orang lain.F. Mengetahui dunia luar. Komunikasi interpersonal memberikan kita peluang memahami dan mengetahui lebih banyak tentang diri orang lain yang berinteraksi dengan kita. Misalnya. Komunikasi interpersonal menjadi asas penting dalam membentuk dan mengekalkan hubungan sosial yang terbina itu. barangan tertentu. Peter Blau) dan Social Psychology ( Thibaut & Kelley). Behavioral Psychology ( B. Berubah sikap dan tingkah laku. Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . Salah satu hasrat dan keinginan orang yang paling utama ialah membentuk dan memelihara hubungan sosial yang telah terbina. fikiran dan tingkah laku kta sendiri.

Ini menjelaskan bahawa dalam melakukan komunikasi dengan orang lain . 2. Seperti yang dijelaskan sebelum ini. Individu mencipta satu set strategi yang mereka percaya dapat memberikan kelebihan kepada mereka. teori ini memberikan sumbangan terhadap pembangunan sosial terutamanya dalam mempengaruhi perlakuan invdividu khususnya dalam membina kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi. individu akan mempertimbangkan rewards (ganjaran) yang akan diperolehi dan coba mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman. Kenyataannya. Dalam konteks ini. Menggunakan segala sumber teknologi komunikasi secara positif 4. Kita mempelajari dan tahu tentang apa yang dapat memberikan ganjaran melalui pelbagai kelakuan dan tindakan sehinggalah salah satu tindakan itu menghasilkan sesuatu yang positif. Teori Exchange Social yang dicetuskan oleh Thibaut dan Kelly ini menjelaskan bahawa terdapat kesan atau pengaruh hubungan atau interaksi seseorang dengan orang lain dan kesan itu juga turut mempengaruhi perlakuan orang lain. dalam hubungan sosial yang sebenar. konsep utama teori ini adalah individu akan berinteraksi dengan orang lain selama hubungan itu memberikan kelebihan kepada kedua pihak yang berkomunikasi. 6. Analisis dan aplikasi teori. Mengembangkan Kebolehan atau kemahiran mendengar secara aktif dan memberikan maklum balas secara positif terhadap semua bentuk komunikasi yang diterima. Maka dalam hal ini. Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu 7. Dasar pemikiran teori ini adalah setiap individu secara sukarela akan memasuki dan tinggal dalam hubungan sosial selama hubungan itu dapat memberikan ganjaran kepadanya. seperti: 1. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan 5. Lebih lanjut. Menampilkan kebolehan menyampaian pesan dengan penuh keyakinan dan sesuai dengan tahap pendengar atau penerima pesan. pelaku komunikasi akan menampilkan perilaku yang dianggap paling berkesan sebagai suatu usaha mengekalkan interaksi itu. Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . teori ini mengatakan bahawa dalam melakukan interkasi dengan orang lain selalunya orang akan menilai hubungan yang terbentuk dan seterusnya mengharapkan sesuatu yang dapat memenuhi keperluannya hasil daripada pembentukan hubungan sosial itu.KOMUNIKASI INTERPERSONAL Fokus teori ini adalah individu berinteraksi untuk mendapatkan sesuatu ganjaran atau kelebihan dalam kumpulan sosial itu. individu akan berusaha melakukan hal-hal yang dapat mengekalkan hubungan sosial itu. 3.

empati dan kejujaran. Orang akan menilai pesan yang dicoba disampaikan. Sikap curiga misalnya akan menyebabkan jarak hubungan makin jauh dan terpisah. Faktor percaya pada orang lain adalah yang paling penting dalam mempengaruhi tahap hubungan interpersonal. Faktor menerima adalah merujuk pada kemampuan berkomunikasi dengan orang lain tanpa menilai dan tanpa usaha mengongkong orang lain. iaitu suatu usaha melihat orang lain seperti apa yang dialami dan dirasakan oleh individu tersebut. bukan sahaja pesan itu sendiri yang dinilai tetapi cara seseorang itu menyampaikan pesan akan dilihat dari konteks kejujuran. Bagaimanapun. terdapat beberapa hal yang akan meningkatkan tahap hubungan interpersonal yang baik iaitu sikap percaya. Kejujuran dalam berkomunikasi merupakan faktor yang selalu dinilai oleh orang lain sewaktu berlakunya proses komunikasi itu. Apabila seseorang percaya pada orang lain maka ruang komunikasi akan semakin luas dan semua bentuk pengiriman dan penerimaan pesan akan menjadi lebih mudah difahami. Sikap Percaya dalam proses komunikasi. Pertukaran sosial dalam bentuk ganjaran atau hukuman akan terjadi dengan baik atau buruk dalam ruang lingkup yang luas atau sempit hanya apabila semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu menunjukkan kemampuan berkomunikasi dengan baik terutamanya Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah .KOMUNIKASI INTERPERSONAL Komunikasi interpersonal yang efektif merangkumi banyak unsur tetapi hubungan interpersonal mungkin paling penting kerana orang akan memberikan penilaian sama ada positif atau negatif. maka bentuk komunikasi yang ditampilkan adalah yang dianggap paling berkesan melalui cara dan sikap berkomunikasi. Untuk mencapai tujuan itu. Masalahnya bukan terletak pada berapa sering kita berkomunikasi dengan orang lain tetapi sebenarnya bagaimana kita berkomunikasi itu yang banyak mempengaruhi perlakuan individu dan tahap hubungan sosial yang terbentuk. Empati pula adalah sikap atau kemampuan seseorang untuk membayangkan serta ikut serta menyelami perasaan orang lain. Menerima juga adalah sikap yang melihat orang lain sebagai manusia yang patut dihargai ( Anita Taylor 1977) Dengan sikap penerimaan seperti ini maka ruang komunikasi dengan orang lain akan semakin luas dan memberikan pengaruh kepada tahap hubungan interpersonal yang baik. Sikap empati ini akan mewujdukan sikap percaya orang lain kepada diri kita dan akhirnya komunikasi interpersonal akan terbina dan ganjarannya adalah hubungan sosial yang makin baik dan luas. semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu akan berusaha mempengaruhi satu dengan yang lain bagi mencapai tujuan masing-masing. Dalam teori pertukaran sosial ini. Menumbuhkan sikap percaya atau mengembangkan komunikasi yang didasarkan pada sikap saling percaya memerlukan faktor lain iaitu menerima. Halangan atau rintangan dalam komunikasi memang sering terjadi dan itu memberikan kesan terhadap tahap hubungan interpersonal. sikap spotif ( tolak ansur) dan sikap terbuka.

iaitu melalui sikap bertoak ansur dapat mengurangkan perilaku defensif yang akan mengagalkan komunikasi interpersonal. Faktor-faktor penentu komunikasi yang baik yang perlu diperhatikan dan dialplikasikan akan menjamin ganjaran yang diterima dalam proses komunikasi interpersonal itu. Orang yang bersikap defensif lebih banyak melindungi diri dari ancaman berbanding berusaha memahami pesan orang lain. sikap menutup diri. Bagaimanapun. untuk meluaskan ruang lingkup hubungan sosial maka kita perlu membangun kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi agar dapat membentuk suatu rangkaian sosial yang berkekalan dan memberikan timbal balik kepada kita. *Sikap terbuka dapat dilihat melalui sikap seseorang memberikan penilaian pesan secara objektif. Sehubungan dengan itu. dapat membezakan perkara yang perlu dan tidak perlu.KOMUNIKASI INTERPERSONAL apabila wujud sikap percaya dalam hubungan interpersonal melalui proses komunikasi verbal mahupun bukan verbal. Halangan komunikasi ini biasanya merujuk kepada persepsi antara pihak penyampai dan penerima pesan. dalam proses komunikasi yang digambarkan dalam teori ini masih terdapat halangan atau rintangan komunikasi. Sikap terbuka dalam proses komunikasi Sikap terbuka ( open –mindedness ) mempunyai pengaruh yang besar dalam mewujudkan komunikasi interpersonal yang efektif. Kaitannya dengan aplikasi teori pertukaran sosial adalah. Sikap bertolak ansur ( sportif ) dalam proses komunikasi Sikap bertolak ansur semasa berinterkasi dengan orang lain adalah faktor lain yang memberikan pengaruh dalam pembangunan sosial. Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . memberikan penilaian secara objektif dan berdasarkan isi atau fakta. lebih bersifat profesional dan bersedia mengubah kepercayaannya dan mencari pengertian pesan yang tidak sesuai dengan rangkaian kepercayaannya. Bagi mengekalkan hubungan interpersonal itu maka teori ini turut dilengkapkan dengan kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi bagi membangun hubungan sosial yang baik. mencari maklumat dari pelbagai sumber. individu yang mengharapkan ganjaran daripada proses komunikasi itu akan bersikap sportif bagi mencapai tujuannya iaitu mewujdukan hubungan interpersonal yang baik dan luas. isi pesan disalah tafsir dan faktor suka atau tidak suka. Dapat disimpulkan bahawa teori pertukaran sosial ( Social Exchange Theory ) yang berdasarkan pemikiran bahawa proses komunikasi interpersonal yang terbentuk banyak dipengaruhi oleh kemungkinan ganjaran yang akan diterima oleh pelaku komunikasi dalam interkasi sosial itu. Teori ini berfokuskan pada pola fikir bahawa semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi akan kekal dalam ruang lingkup hubungan sosial itu selagi hubungan interpersonal itu memberikan kesan positif pada semua pihak yang terlibat dalam interaksi sosial itu.

Dengan berkomunikasi. Pada dimensi jarak. Perbualan adalah pada tahap tidak formal. Pendedahan kendiri ada resiprokal atau ada timbal balik yang membolehkan perkongsian maklumat.html). sewaktu kita memasak dan menggunakan bawang sebagai salah satu bahan masakan. Perkara luaran lebih kerap dan lebih awal diceritakan kepada teman baru. proses pendedahan kendiri boleh berlaku. pekerjaan. proses atau usaha komunikasi yang bertujuan memperolehi maklumat tentang diri orang lain. Lazimnya. Rinehart and Winston. Contohnya. hal-hal peribadi menjadi topik perbincangan antara peserta komunikasi itu. Secara amnya. maka kita terlebih dahulu akan mengupas kulit luar bawang dan seterusnya lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam. Teori ini diterjemahkan sebagai Teori Tembusan Sosial. tidak intim kepada tahap lebih mendalam dan peribadi dalam jangksa masa tertentu. Keakraban dan keitiman hubungan sosial membantu pendedahan maklumat diri yang lebih peribadi.uky. Teori ini mengatakan dalam proses menjalin hubungan. *Gerald Miller dan rakannya menjelaskan bahawa komunikasi interpersonal dalam teori ini semakin sering interkasi itu dilakukan maka semakin bertambah peranan dan timbal balik dalam komunikasi mereka. Pendedahan maklumat lebih luas tentang personaliti seseorang hanya dapat diketahui apabila terbina hubungan sosial yang baik hasil daripada komunikasi awal. 1973 dengan tajuk buku Social Penetration: The Development of Interpersonal Relationships. proses mengetahui seseorang sebenarnya memerlukan kita menembusi lapisan luar dan seterusnya. Kita hanya boleh tahu dan kenal seseorang hanya apabila kita dapat berkomunikasi dengannya. Selain itu.KOMUNIKASI INTERPERSONAL Social Penetration Theory Salah satu proses komunikasi interpersonal yang sering dikaji aplikasinya dalam pembangunan sosial dan kaitannya dengan pembinaan kemahdiran dan ketramplan berkomunikasi ialah Socail Penetration Theory . Sedangkan pada dimensi keintiman. komunikasi berubah dari peringkat cetek. Jika resiprokal tidak berlaku maka komunikasi interpersonal Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . yang dikemukakan oleh Altman & Taylor. Terdapat beberapa demensi dalam teori ini. minat ataupun hobi. teori ini menggariskan bahawa hubungan menjadi lebih akrab seiring waktu ketika pasangan berkomunikasi mendedahkan maklumat mengenai diri mereka. Menurut teori ini. Proses inilah yang disamakan dengan personaliti kita. toeri ini menjelaskan bahawa pihak yang terlibat dalam proses komunikasi interpersonal akan melalui proses kenal-mengenal antara satu sama lain seperti berikut: 1. Proses pembentukan hubungan di antara dua individu dilihat seperti proses menembusi lapisan bawang besar. iaitu memiliki jarak (breadth) dan keintiman (deph). NewYork: Holt. pasangan komunikasi akan memberikan maka terhadap apa yang dilihat pada pasangan lawan komunikasinya seperti cara berpakaian dan bercakap. kegemaran. (http://www. Jika pada tahap ini ada pihak yang tidak bercerita tentang dirinya maka resiprokal tidak berlaku. menceritakan tentang jadual kerja dan aktiviti hariannya.edu/~drlane/capstone/interpersonal/socpen. Contohnya. 2. maklumat diri yang diceritakan pada peringkat awal adalah tentang tempat tinggal asal.

Hal ini berlaku kerana norma masyarkat yang tidak suka mendedahkan hal-hal peribadi pada peringkat hubungan awal. tembusan sosial mula perlahan dan ini berlangsung pada jangka masa yang lama. Tembusan sosial pada peringkat yang perlahan memakan masa untuk mendedahkan halhal yang peribadi. tempat tinggal. Selanjutnya. pekerjaan dan pengalaman lebih cepat diceritakan atau didedahkan. Situasi menarik diri atau berundur daripada hubungan sosial samalah dengan proses berhenti daripada berkawan. pekerjaan. Dalam konteks ini berlaku timbal balik antara Ahmad dan wakil sekolah dan dengan demikian mula terbentuk hubungan sosial. bercinta atau bersahabat.KOMUNIKASI INTERPERSONAL itu akan mengalami gangguan dan menggagalkan tujuan dan tahap komunikasi yang seterusnya.duanya menjalin hubungan sosial yang belum mendedahkan Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . Proses awal ini berlaku dengan cepat iaitu pendedahan nama dan daerah asal. menjauhkan diri dan tidak berkongsi sesuatu dengan orang tersebut. Dalam situasi pasangan lelaki dan wanita misalnya. memasuki tembusan sosial yang berikutnya memakan masa. Perjumpaan antara Ahmad dan wakil sekolah tersebut merupakan proses awal komunikasi interpersonal. Tetapi selepas itu. pada peringkat ini kedua. Tahap berikutnya berjalan dengan perlahan kerana komunikasi lebih kepada hal-hal lain seperti mendapatkan maklumat berkaitan keadaan tempat baru. dan adakalanya tembusan sosial ini tidak sampai ke peringkat yang lebih dalam. maklumat asas seperti nama. Hubungan sosial yang telah terbentuk banyak dipengaruhi oleh cara atau kualiti komunikasi yang ditunjukkan oleh pihak yang terlibat dalam komunikasi itu. tembusan sosial bermula dengan pendedahan nama. Proses komunikasi interpersonal dimulai dengan komunikasi non verbal iaitu masing-masing meneka. Tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan tetapi menjadi lambat selepas sampai ke lapisan yang lebih tengah. Selepas itu komunikasi verbal terjadi dengan pertanyaan nama masing-masing. Pada hari melapor diri. Komunikasi peringkat ini berlaku dengan cepat. Ahmad dijemput oleh wakil sekolah. kampung asal. Situasi berikut dapat menjelaskan bagaimana teori ini berlaku dalam masyarakat. Tetapi maklumat lebih lanjut misalnya hal-hal yang lebih peribadi tidak didedahkan. Ciri yang muncul dalam situasi ini adalah sikap seperti berdiam diri dan tidak bertegur sapa. Selalunya dalam perkenalan awal. Sekiranya ada pihak yang memaksa untuk mendapatkan maklumat peribadi maka akan menyebabkan ketegangan hubungan yang akhirnya mungkin membawa kepada perpisahan atau putus hubungan sosial. ‘ 3.Seorang lelaki bernama Ahmad bertugas sebagai guru dan ditempatkan di sebuah sekolah yang berada di luar daerahnya. Tempat bertugasnya ini adalah tempat baru yang dia tidak mempunyai kenalan. Biasanya proses menarik diri daripada melanjutkan komunikasi interpersonal berlaku secara perlahan. 4. Proses kebalikan tembusan ( depenetration) adalah proses menarik diri dari satu lapisan ke satu lapisan sama seperti dilalui pada peringkat tembusan. yang mana masing-masing belum mengenal antara satu dengan lain.

Sekiranya maklum balas yang diterima adalah baik maka hubungan sosial itu akan berlanjutan ke peringkat intim dan seterusnya hal-hal peribadi lainya didedahkan. * Lankard (1990) mendefinisikan kemahiran meliputi gambaran personal. Antara faktor penting yang mempengaruhi komunikasi interpersonal adalah cara atau kualiti pesan itu disampaikan.KOMUNIKASI INTERPERSONAL hal-hal peribadi. sama ada verbal mahupun bukan verbal. Dengan menguasai komunikasi interpersonal sebenarnya kita juga membuka wawasan diri untuk memahami orang lain dan seterusnya dapat berinterkasi secara positif dengan orang lain. Disinilah hal-hal yang lebih peribadi diceritakan dan diberi respon. Proses inilah yang dikenal sebagai proses menarik diri. Kemahiran dan Ketrampilan berkomunikasi. Terdapat beberapa faktor yang menjadi panduan dalam pembangunan sosial melalui komunikasi interpersonal yang efektif seperti : a. Pesan itu kemudiannya ditafsir atau direspon orang lain dan berlakulah komunikasi interpersonal. untuk menjadikan orang lain tertarik dengan kita maka kita hendaklah mencipta hal-hal yang menyebabkan orang lain tertarik dengan kita. kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkahlaku yang baik. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi merujuk kepada kecekapan seseorang dalam menyampaikan pesan dengan menggunakan sumber komunikasi dengan baik. Dalam konteks komunikasi interpersonal. sekiranya tidak terjadi sikap percaya atau kerana kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi tidak ditunjukkan dengan baik maka ada kemungkinan hubungan ini akan tegang atau berakhir. Oleh kerana itu. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan orang lain. dan seterusnya menentukan tahap atau kualtiti hubungan sosial yang terbentuk. Mencipta faktor yang menarik perhatian orang lain. berkesan. menarik dan difahami sepenuhnya oleh penerima pesan itu. olahraga dan isu-isu semasa yang sedang hangat dibincangkan Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . Keefektifan komunikasi interpersonal akan menjadi pemangkin kepada terbentuknya hubungan yang positif terhadap orang lain. Dengan demikian. Ramai orang yang berjaya dalam hidupnya kerana mempunyai hubungan yang sangat baik dengan orang lain sehingga identiti dan personalitinya baik dikalangan komuniti. kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi sangat berpengaruh dalam menentukan kesan kepada penerima pesan. Misalnya mengajak orang lain berbincang tentang perkara-perkara umum seperti model pakaian. Telah menjadi sifat asas manusia yang cenderung tertarik dengan diri sendiri berbanding orang lain. Pada waktu yang sama. mereka mempunyai peluang untuk memperoleh kepercayaan dari orang lain dibandingkan dengan orang yang tidak mempunyai kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi interpersonal yang baik. Setelah keduanya mempunyai sikap percaya dalam komunikasi maka fasa tembusan ke peringkat intim akan berlaku. Teori tembusan sosial menunjukkan bahawa untuk menjalin hubungan sosial dengan orang lain maka perlu memiliki kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi.

b. d. Sebahagian besar komunikasi yang efektif menggunakan tiga kemahiran ini. tegang dan tidak aman kerana kurang percaya diri. e. bukan direka-reka atau berpura-pura tertarik. takut.KOMUNIKASI INTERPERSONAL masyarkat. Percaya / yakin pada diri sendiri Memiliki kepercayaan atau keyakinan diri sangat penting dalam berkomunikasi kerana dengan keyakinan diri itu kita mencipta dan menunjukkan imej diri yang menjadikan orang lain percaya kepada kita. Diam dan mendengaar secara aktif. komunikasi interpersonal menjadi muram. Kemahiran mencipta faktor ketarikan ini perlu dilakukan dengan penuh saksama kerana adakalanya isu-isu seperti kesesakan lalu lintas. Selain penyampai komunikasi yang penuh keyakinan diri menjadi kekaguman orang lain. khuatir was-was atau ragu-ragu dengan ucapan sendiri. Bermodalkan keyakinan diri yang tinggi sewaktu menyampaikan komunikasi. Kita juga perlu menunjukkan rasa hormat kepada lawan komunikasi kita dengan cara menyebut namanya dan menghilangkan suasana tegang. cuaca dan hal-hal umum yang membosankan dan bersifat sensetif akan menjadikan kita sebagai faktor kegagalan komunikasi interpersonal. Kejujuran dan empati Mencipta ketarikan pada orang lain seperti yang dikemuakan di perkara awal sebenarnya adalah bagaimana kita mencipta suatu bentuk ketarikan pada orang lain dengan penuh kejujuran. Situasi ini sangat tepat digambarkan dalam teori tembusan sosial dan tukaran sosial. c. yakin dan selamat ketika berkomunikasi dengan kita. Perbuatan pura-pura tertarik biasanya mudah dikesan dan menjadikan komunikasi interpersonal menjadi muram Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . Membina rasa simpati Membina rasa simpati bermakna membangun suatu persekitaran atau ruang kawasan komunikasi di mana lawan komunikasi kita merasa percaya. Komunikasi menjadi kucar – kacir. Tiga hal penting itu adalah kemahiran bertanya. Kejujuran disini bermakna jujur tertarik dengan orang lain. orang yang menjadi pendengar yang baik turut disenangi dalam komunikasi. akan mencipta suasana yang positif dan membuat lawan bicara kagum. memberikan maklum balas yang positif terhadap topik perbincangan akan menjadikan suasana komunikasi itu membentuk interaksi sosial yang baik. Hal ini menyebabkan isi atau pesan komunikasi tidak difahami sepenuhnya. Kerapkali. Mengaplikasikan 3 (tiga) hal penting. Kurang percaya diri akan menjadikan penyampaian komunikasi interpersonal menjadi gugup. Sambutan yang mesra dan bersahabat melalui bahasa tubuh yang tepat akan menjadikan lawan komunikasi kita bersedia membincangkan secara bebas hal-hal yang dikehendaki. mendengar dan diam. gementar.

f. misalnya keadaan sedang sakit. mahu. Perilaku diam juga membawa erti tidak mahu diganggu. tegas. ketidakpuasan hati dan kemarahan. Badan dapat menunjukkan bagaiaman keadaan seseorang. situasi ini membawa kepada keharmonian hubungan sosial yang berkekalan. sinis. badan. Optimis Dalam interaksi dan komunikasi harian biasanya mudah membincangkan topik-topk yang bersifat negatif seperti kekecewaan. takut. tv dan sebagainya yang dapat Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . sayang. bukan atau tidak tahu’. Intonasi suara pula menunjukkan perasaan marah. benci dan sebagainya. misalnya ekspresi wajah. Gerak tubuh boleh memberikan tafsiran seperti ‘tidak tahu’. telefon. Sikap optimis dalam berkomunikasi dengan sendirinya akan mencipta ketarikan sosial dan selalunya komunikasi yang lemah dan negatif akan menyebabkan penarikan diri orang lain dalam ruang komunikasi itu. surat khabar. Rasa gembira. resah dan sebagainya dapat dilihat melalui ekspresi wajah. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi dapat dilakukan dengan mengamalkan perkara-perkara seperti berikut: 1. mempengaruhi orang lain dan dapat mengawal interkasi sosial menjadi seperti yang dikomunikasikan secara non verbal. gerakan tubuh badan. Ekspresi wajah sebenarnya menceritakan rasa. riang mahupun mengalami tekanan serta kebingungan. marah. projektor. Pelaksana komunikasi yang baik akan berusaha untuk memberikan maklum balas yang sepositif mungkin dan tidak berlegar pada hal-hal negatif. Bijak menggunakan sumber komunikasi Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi bukan sekadar bersumber pada kemampuan dan kebolehan yang datang daripada diri seseorang tetapi juga kecekapan pelaksana komunikasi itu menggunakan sumber komunikasi seperti kemudahan internet. kecewa dan meremehkan. dan tidak mahu’. sedih. intonasi suara. rungutan. rindu dan merayu. Ini bererti. 2. Fikiran positif perlu dikembangkan agar tercipta suasana komunikasi intepersonal yang nyaman dan harmoni. pelaksana komunikasi yang baik bijak mewujudkan suasana positif. risau.KOMUNIKASI INTERPERSONAL dan akhirnya akan menyebabkan ada pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu menarik dari atau berundur. radio. diam dan perilaku sentuhan. emosi dan perasaan seseorang. Gerakan tubuh yang bermaksud menolak atau tidak mahu biasanya dilakukan dengan menjauhkan diri dan menggelengkan kepala bermaksud ‘tidak. Situasi ini dapat dilihat dengan nyata sewaktu temuduga dijalankan. gerakan anak mata. Inilah yang membezakan pelaksana komunikasi yang baik dengan orang yang sekadar bijak bercakap. geram. Menurut para pakar komunikasi non verbal. Bijak melihat dan memaknakan komunikasi non verbal Komunikasi non verbal boleh menunjukkan pelbagai erti dalam proses komunikasi. gerakan mata seseorang sangat penting dan utama untuk menggambarkan perhatian dan minat. Perilaku sentuhan juga membawa makna komunikasi seperti kemesraan.

eleman-eleman yang perlu ada pada penyampai komunikasi yang baik adalah seperti: 3. dan Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah . Kemahiran menyampaikan maklum balas secara tepat dan optimis dengan penuh keyakinan diri dengan nada suara yang sesuai. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar 5. 3. 3. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi secara interpersonal sangat berpengaruh dalam menentukan kualiti hubungan sosial yang seterusnya.4. Kecekapan penggunaan alat tersebut akan menambahkan kekaguman orang lain dan seterusnya mencipta ketarikan. 3. Kemahiran menumpuhkan perhatian yang jujur. Sehubungan dengan itu. Dalam hal ini. wujud kepercayaan dan keyakinan orang lain kepada penyampai pesan itu.KOMUNIKASI INTERPERSONAL dijadikan alat komunikasi kepada kumpulan sasaran. masih terdapat beberapa eleman lain yang perlu diperhatikan seperti: 1.2. secara lisan dan bertulis. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan melalui penggunaan bahasa yang boleh dimengerti oleh semua orang. Sama ada interaksi sosial itu kekal dan mempunyai ganjarannya amat bermakna kepada semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu. 3. Cekap menilai suasana komunikasi dan seterusnya memberikan maklum balas berdasarkan suasana komunikasi dengan baik dan terarah. 3. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan 7. Selain perkara-perkara yang dinyatakan di atas.1. empati dan selari dengan bahasa tubuh iaitu menatap wajah lawan komunikasi. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi makluma balas 4. berkesan dan penuh keyakinan. Penyampaian pesan secara tepat melalui alat komunikasi merupakan bonus tambahan kepada pelaksana komunikasi yang baik.3. 2. Kemahiran mendengar secara aktif. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan 6. Menjadi penyampai komuikasi yang baik Menjadi pelaksana atau penyampai komunikasi yang baik memerlukan kemahiran tambahan seperti sikap peribadi semasa melaksanakan proses komunikasi interpersonal.

Berdasarkan pembahasan kedua-dua teori komunikasi interpersonal di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa kemahairan dan ketrampilan berkomunikasi amat penting dan ditekankan dalam kedua teori ini.jpmkuis. kedua teori ini memberikan penjelasan tentang pembangunan sosial terutamanya dalam mengembangkan kecekapan berkomunikasi.html http://www.com/2008/12/24/kontribusi-konsepsi-psikologi-behaviorismeterhadap-perkembangan-teori-ilmu-komunikasi/ Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah .com.KOMUNIKASI INTERPERSONAL 8. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi mempunyai banyak unsur dan eleman yang perlu dipelajari dan diamalkan bagi menjadikan seseorang itu peserta komuikasi yang baik. Dalam konteks teori tukaran sosial dan teori tembusan sosial.com/index.my/books? id=1uQsJ_jIEFEC&pg=PA64&lpg=PA64&dq=teori+tembusan+sosial&source=bl&ots=A bu_aIJ3Zm&sig=LsX__j2ZupML235bwCyp280Nuk0&hl=en&ei=qFOYTNzOIYycvgOij6nb DA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=3&ved=0CCIQ6AEwAg#v=onepage&q=te ori%20tembusan%20sosial&f=false http://kuliah. Kebolehan menggunakan kemahiran komunikasi bukan lisan. sama ada untuk mendapatkan ganjaran mahupun bagi mendapatkan maklumat atau informasi diri pihak lawan komunikasi.dagdigdug. Tidak diragui lagi bahawa.my/kokurikulum/panduan-kemahiran-insaniah/kemahiranberkomunikasi. kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi menjadi syarat penting bagi mencapai tujuan komunikasi itu dilangsungkan.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=105 http://wsmulyana.com/2008/04/22/komponen-konseptual-dan-jenis-jenis-teorikomunikasi/ http://www. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi yang dijelaskan dalam kedua teori ini sangat berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubugan sosial yang berkekalan dan harmoni. Sumber rujukan: http://books.utm.google.wordpress.

KOMUNIKASI INTERPERSONAL http://aton29.html http://en.pdf http://eprints.wikipedia.edu/~drlane/capstone/interpersonal/socpen.html http://apps.pdf Dixon Magusun Psikologi Bimbingan dan Kaunseling SMK Pulau Banggi Kudat Sabah .com/viewpaper/71294.my/4496/1/Document-5324_Version-5885_application-pdf_0.emoe.exampleessays.gov.uky.wordpress.my/bppk/nota/KOMUNIKASI/KOMUNIKASI%20KEPIMPINAN.edu/instruct/theory/spt.exampleessays.com/2010/04/27/komunikasi-interpersonal/ http://www.com/2008/06/teori-komunikasi-interpersonal/ http://zena07.com/2008/04/25/teori-komunikasi-interpersonal/ http://oregonstate.wordpress.org/wiki/Social_Penetration_Theory http://www.html http://www.usm.com/viewpaper/71294.html http://kuliahkomunikasi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful