18April2011

SENARAI ABSTRAK KERTAS KERJA SEMINAR ANTARABANGSA SUNNAH NABAWIAH: REALITI DAN CABARAN SEMASA (MUSNAD)
BIL NAMA PEMBENTANG . 1 DR SHAYUTHY B . ABDUL MANAS SALAHUDDIN B HUSAIN INSTITUS I TAJUK DAN ABSTRAK

‫مساهمة المحدثين في أطراف الحديث: تحفة الشراف للمزي نموذجا‬ ‫لقد نشأت فكرة كتابة الطهراف فهي الحهديث منهذ وقهت مبكهر، وانتشهر ههذا التيهار ههدفا‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫لمذاكرة الحديث وحفظه مع انتشهار الروايهة جنبها إلهى جنهب، ثهم تطهور بعهد أن تهم جمهع‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫الحديث في الدواوين الكبيرة، فتوجه العناية من المحدثين إلى جم هع ط هرق الح هاديث م هن‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫كتب عديدة، وتصنيفها على أطراف متونها، تسهيل الطلع على طرق عديهدة للحهديث فهي‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ .‫مكان واحد‬ ‫فلما كان كتاب "تحفة الشراف" للحهافظ المهزي، يعهد عمهدة فهي أطهراف أحهاديث كتهب‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫الستة، وكان مهؤلفه مهن أئمهة الحهديث العلم، أراد البهاحث أن يكهون موضهوع بحثهه فهي‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫الكشف عن حياة المزي العلمي وإسهاماته وعن المنهج الذي سار في التحفة، وبيان قيمته‬ ‫العلمية بين الكتب السابقة واللحقة في موضوعه، وبيهان قيمهة جههوده وأراءه بيهن علمهاء‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫الفن، ثم إبراز ما اشتمل عليه من انتقاداته الحديثية من خلل كتابه التحفة، حتى يتضح مهن‬ ،‫ذلك مشاركة هذا المام الجليل في الدراسات الحديثية، وإضافته في هذا الحقل المعرفههي‬ ‫واستفادة العلماء من علومه‬
KONSEP AL-TASFIYAH (PEMURNIAN) AKIDAH DALAM SUNNAH NABAWIYAH Kajian dijalankan bagi memperkenalkan konsep al-Tasfiyah dan menunjukkan bahawa ia adalah manhaj para Nabi dalam berdakwah dan bukan ideologi yang dibawa oleh mana-mana pihak atau gerakan. Dari sudut yang lain pula, ia bertujuan untuk memurnikan kefahaman dan akidah masyarakat Islam. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian yang hanya memfokuskan kepada al-Tasfiyah akidah ini dilakukan menggunakan metode analisis dokumen. Manakala metode pentakhrijan hadisnya pula dilakukan menerusi sistem hadis berkomputer dan tradisi. Kajian pengkaji terhadap hadis Nabi s.a.w telah berjaya mengumpulkan 48 buah hadis yang menunjukkan kepada konsep al-Tasfiyah dalam akidah. Penting untuk dinyatakan bahawa jumlah itu bukan menggambarkan keseluruhan hadis berkaitan pentasfiyahan akidah tetapi lebih kepada sekadar untuk membuktikan kewujudannya dalam hadis Nabi s.a.w. Maka melalui kajian dan pengumpulan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa konsep al-Tasfiyah layak dikategorikan sebagai epistemologi Islam dan ia merupakan manhaj dakwah para Nabi yang terkandung dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Kajian juga berjaya memperlihatkan bahawa ia bukan satu ideologi mahupun teori yang dibangunkan oleh mana-mana tokoh untuk menyokong perjuangan mereka dalam 1

UIA

2 SAKINAH SAPTU . DR AZWIRA ABD AZIZ

UKM

18April2011

mengislahkan masyarakat Islam. Di samping itu, ia juga menunjukkan bahawa hadis Nabi s.a.w terlebih dahulu telah memanifestasikan konsep al-Tasfiyah dalam usaha mendidik manusia ke arah jati diri Muslim yang sebenar. 3 NURUL IZZATI BT . NAZIRMUDDIN NAZIRMUDDIN BIN AHMAD KUIS & UPSI PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA: SATU ANALSIS DARI PERSPEKTIF ALHADIS Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi yang semakin pesat, tidak dapat dinafikan masyarakat Malaysia turut berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang menuntut kekuatan diri (jasmani, emosi, rohani dan intelek) dalam usaha mencapai status negara maju secara holistik. Oleh itu, pembangunan modal insan dilihat sebagai salah satu strategi kerajan untuk membangunkan daya tahan masyarakat. Sebagai sebuah Negara di mana Islam sebagai agama rasmi, strategi untuk membangunkan modal insan tidak lengkap jika aspek ad-din yang merangkumi al-Quran dan al-hadis tidak dijadikan panduan dan rujukan utama ke arah mewujudkan insan syumul, yang mempunyai kekuatan akhlak, moral dan jati diri, sebagai elemen penting dalam pembangunan insan. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang pembangunan modal insan di Malaysia, dari perspektif al hadis. Iatu untuk melihat sejauhmana pembangunan modal insan di Malaysia selaras dengan tuntuttan al-hadis dan al-sunnah ANALISIS PENDEKATAN ULAMA HADITH TERHADAP HADITH BAY’ AL-NASI’AH DALAM SHARH SAHIH AL-BUKHARI Sahih al-Bukhari karya Imam Muhammad bin Isma?il al-Bukhari adalah kitab hadith yang paling autentik dalam kalangan kitab-kitab hadith. Ia banyak diulas oleh para ulama di sepanjang zaman mulai daripada zaman al-Khitabi (m.387H) sehingga ke hari ini. Terdapat lebih daripada sembilan kitab sharh hadith yang dihasilkan oleh ulama sama ada daripada Timur Tengah mahupun rantau Asia Selatan. Tulisan ini bertujuan menganalisis pendekatan para pengulas Sahih al-Bukhari terhadap hadith Bay? al-Nasi?ah iaitu hadith yang Rasul Allah s.a.w menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi untuk membeli makanan. Imam al-Bukhari mengemukakan hadith ini lebih daripada 11 kali menerusi pelbagai kitab dan bab di dalam Sahihnya. Tumpuan analisis kepada kitab-kitab shuruh hadith seperti Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-?Asqalani, ?Umdat al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari oleh Badr al-Din al-? Ayni, al-Tawdih li Sharh al-Jami? al-Sahih oleh Ibn Mulaqqan dan lain-lain. Antara pendekatan yang dikesan penggunaannya ialah penjelasan tentang perkataan-perkataan tertentu dalam hadith, isnad dan para periwayat hadith, cara periwayatan dan kesimpulan dari hadith. Jelasnya, para ulama hadith mempunyai pelbagai pendekatan dalam menghurai dan mengulas sesuatu hadith Nabi s.a.w HADITH-HADITH MUAMALAT: KAJIAN TERHADAP AL-KUTUB AL-SITTAH (ANALISA TERHADAP HUKUM AL-RAHN MENURUT ULAMA HADITH DAN ULAMA FIQH) Artikel ini membahas tentang hadith-hadith tentang muamalat dalam hal ini berkaitan dengan al-Rahn. Al2

4 NIK MOHD ZAIM AB . RAHIM PROF MADYA DR ISHAK HJ SULIAMAN

UM

5 PROF. DR. JONI TAMKIN . BORHAN PATUROHMAN BIN ASRORI

UM

18April2011

Rahn adalah salah satu akad dalam muamalat yang berkaitan dengan hutang piutang dengan memberikan barang jaminan bagi penghutang. Hadith-hadith tentang al-Rahn yang terdapat pada kutub sittah ini banyak jumlahnya. Dan ada kemungkinan matan hadith atau sanadnya saling melengkapi antara satu dengan yang lainnya. Oleh kerana itu, penulis melakukan kajian dengan menggunakan kajian perpustakaan yakni penulis mengumpulkan data-data yang bersumber daripada al-Kutub al-Sittah dan berusaha menganalisa hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Rahn. Hasil kajian yang didapati oleh penulis bahawa setiap kitab-kitab yang terkumpul dalam kutub al-Sittah masing-masing penulisan dan penyusunan hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Rahn berbeza-beza yakni seperti Sahih al-Bukhari menyusun hadith tentang al-Rahn khusus dalam pembahasan kitab al-Rahn. Sahih Muslim menempatkan pembahasan hadith tentang al-Rahn masuk dalam kitab al-Buyu‘. Abi Dawud membahas tentang hadith yang berkaitan dengan al-Rahn dimasukkan dalam Kitab al-Ijarah. Al-Tirmizi menempatkan pembhasan hadith tentang al-Rahn itu pada Abwab al-Buyu’. Di dalam Sunan al-Nasa’i bahawa pembahasan tentang al-Rahn itu juga ditempatkan pada Kitab al-Buyu’. Kemudian pada Sunan Ibn Majah bahawa hadith mengenai al-Rahn khusus pembahasan dalam satu bab tentang al-Rahn. Selanjutnya penulis mengambil hadtih-hadith yang berkaitan dengan al-Rahn itu kemudian penulis menganalisa mengenai hukum al-Rahn menurut ulama hadith dan ulama fiqh. Sehingga pandangan ulama hadith dan ulama fiqh tentang al-Rahn itu ada keselarasan pandangan mengenai hukum al-Rahn. 6 SYAHADATUL . HAFIZAH BINTI ABDULLAH MUNIRAH@MONIKA BINTI ABD RAZZAK MENYANGKAL SALAH FAHAM TERHADAP PENYEMBELIHAN CARA ISLAM: ANALISIS MENURUT SUNNAH DAN KAJIAN SAINTIFIK Agama Islam telah terbukti merupakan satu agama yang sangat syumul dan sempurna. Ini kerana, ia merupakan suatu agama Samawi dari Tuhan, yang lengkap dengan panduan kitab wahyu berupa al-Qur'an dan juga pimpinan Rasul berupa al-Hadith. Allah sebagai pencipta manusia, tentunya menginginkan yang terbaik untuk hamba-hamba yang diciptakanNya. Disebabkan itu, panduan untuk sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar urusan; ada terdapat di dalam syariat Islam. Apatah lagi persoalan sepenting soal pemakanan; dengan mensyariatkan penyembelihan haiwan yang dikira merupakan sempadan dalam menentukan nilai halal dan haram sesuatu daging. Namun, di sebalik hikmahnya, terdapat banyak sekali tohmahan dan paradigma pesimis berkenaan hal ini khususnya dari Barat. Antaranya, metode penyembelihan Islam dikatakan sebagai kejam, kotor dan menjijikkan. Justeru, kajian ini berperanan menjelaskan permasalahan ini, dan seterusnya menyangkal segala tohmahan tentangnya. Analisis dilakukan berdasarkan ayat-ayat dari al-Qur'an, dan secara khususnya adalah berdasarkan hadith Nabi dan juga penemuan-penemuan saintifik moden. Dari kajian, jelas menunjukkan bahawa Islam menawarkan satu teknik penyembelihan haiwan yang terbaik berbanding yang lain. Ia mengandungi nilai rahmah (kasihan-belas), kebersihan, kesihatan dan pelbagai lagi kebaikan lain yang tidak terjangkau. Ini jelas menunjukkan bahawa panduan dari Tuhan merupakan sebaik-baik manual untuk manusia, dunia dan juga akhirat

UM

3

18April2011

7 MUHAMAD . ALIHANAFIAH NORASID MUHAMMAD ARIF YAHYA

KECENDERUNGAN TOKOH-TOKOH DAKWAH DALAM PENGHURAIAN AL-QURAN DAN HADIS DARI ASPEK HARAKI Perkembangan ilmu al-Qur’an dan hadis mutakhir ini menyaksikan suatu transisi penghuraian yang dinamik dalam merungkai persoalan semasa. Kemunculan aliran al-Haraki yang dilihat sebagai pemacu kepada pemahaman wahyu era kini kian mendapat tempat dalam kalangan umat lantaran senario kemunduran yang melanda umat Islam sejak kebelakangan ini. Justeru, aspek al-haraki dalam penghuraian al-Qur’an dan hadis memberi dampak pencerahan kepada kemelut yang melanda dalam mengetengahkan manhaj Islam yang unggul bersesuaian dengan arus perdana. Kemunculan gerakan terpadu al-Ikhwan alMuslimun pada tahun 1928 telah melahirkan beberapa tokoh dakwah seperti Sa`id Hawwa dan Dr Sayid Muhammad Nuh yang telah menabur bakti dalam menghuraikan al-Quran dan hadis dari aspek haraki. Maka kertas kerja ini akan menyoroti konsep haraki yang diketengahkan oleh tokoh-tokoh dakwah sebagai satu pendekatan segar dalam menghuraikan maksud al-Quran dan al-Hadis. Antara aspek-aspek haraki yang akan digarap oleh penulis ialah thabat (tetap dalam perjuangan), indibat (disiplin), himmah `aliyyah (semangat yang jitu), `azimah sadiqah (keazaman yang benar) dan sebagainya. Karya al-Asas fi al-Tafsir oleh Sa`id Hawwa dan Tawjihat Nabawiyyah `ala al-Tariq oleh Dr Sayid Muhammad Nuh telah dipilih sebagai sampel kajian dalam menganalisis aspek haraki dalam al-Quran dan al-Hadis. METODOLOGI AL-MU’ALLIMI DALAM MENANGANI ISU ORIENTALIS MELALUI KITABNYA AL-ANWAR AL-KASYIFAH Sejarah telah membuktikan bahawa Islam telah berjaya melebarkan empayarnya ke seluruh pelusuk bumi. Kejayaan Islam yang gemilang ini menjadi titik tolak kepada sarjana barat untuk mengkaji sosio budaya umat islam, ekonomi serta pemikiran yang meresap ke dalam jati diri umat ini. Bermula dari abad 10 masihi lagi golongan orientalis telah mula bergerak aktif menjelajahi segenap penjuru kawasan yang di diami oleh umat Islam untuk mengkaji corak perkembangan, mentaliti serta keadaan umat Islam. Kajian mereka tidak hanya tertumpu pada perkembangan budaya dan ekonomi sahaja malah menembusi perbahasan soal kepercayaan dan agama. Mereka bukan sahaja menjalankan kajian terhadap Islam malah turut menumpukan skop perbahasan kepada sumber-sumber asas Islam iaitu Quran dan Sunnah. Namun, kajian mereka dilihat seolah mempunyai agenda tersendiri apabila mula menolak sumber yang kukuh dengan menjadikan sumber yang tidak kuat dan yang diragui sebagai pengganti kepada asas kukuh yang sedia ada. Agak menghairankan apabila idea yang dihidupkan oleh kumpulan orientalis ini telah disambut baik oleh sebilangan muslim. Dalam menghadapi isu dan cabaran orientalis ini, ramai ulama telah tampil memberikan khidmat terhadap sunnah Nabi. Antaranya ialah As-Syeikh Abdul Rahman Bin Yahya AlMu’allimi Al-Yamani. Kajian ini akan menyingkap sumbangan dan metodologi yang digunakan oleh beliau dalam menangani isu orientalis melalui kitabnya Al-Anwar Al-Kasyifah. Semoga kajian ini membantu dalam memberikan sedikit sumbangan terhadap mempertahankan sunnah Rasulullah.

UM

8 AHMAD SANUSI AZMI . ZULHILMI MOHAMED NOR

USIM

4

18April2011

9 MUHAMMAD FAIDZ . MOHD FADZIL FAUZI DERAMAN

HADITH-HADITH BERMASALAH DALAM MUNAKAHAT: ANALISIS KITAB MUHIMMAH Kitab Muhimmah merupakan sebuah karya jawi Melayu yang masyhur di Malaysia. Terhimpun di dalamnya hadith-hadith yang berkaitan dengan persoalan rumah tangga secara khusus. Hasil penelitian awal yang dilakukan, kitab ini mengandungi kira-kira 128 buah hadith. Terdapat banyak hadith-hadith bermasalah boleh didapati dalam penulisan ini. Misalnya, hadis-hadis berkaitan balasan buruk yang dikenakan kepada wanita derhaka dalam peristiwa israk dan mikraj dan pelbagai lagi. Oleh itu, bagi menongkah arus rintangan dalam memastikan sunnah nabawiah terus terpelihara, hadith-hadith tersebut perlu dianalisa permasalahannya terutamanya dari sudut status. Justeru itu, beberapa buah hadith akan dipilih sebagai sampel dalam fokus kajian supaya dapat memberi gambaran umum bahawa tersebarnya hadith-hadith da‘if dalam masyarakat Melayu. SUMBANGAN YUSOF RAWA DALAM PENYEBARAN HADIS NABAWI: TUMPUAN TERHADAP RUANGAN SABDA NABI DALAM RUANGAN MAJALAH AL-ISLAH (1970-1974) Tuan Haji Yusof Rawa terkenal sebagai seorang tokoh yang mendokong inspirasi perjuangan Islam sebelah utara dalam tahun-tahun 70-an. Kesungguhan beliau dalam menyebarkan agama Islam dapat dilihat dalam pelbagai bidang seperti politik, perniagaan, penerbitan dan pendidikan. Antara sumbangan terbesar beliau ialah menerbitkan Majalah al-Islah (1970-1974). Majalah ini walaupun tempoh penerbitannya agak singkat namun ia sarat dengan idea pembaharuan dan seruan kepada pengembalian umat kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Terdapat ruangan tetap iaitu ruangan Sabda Nabi yang mengisi huraian mengenai hadis-hadis Nabi. Kertas ini akan cuba membincangkan kekerapan penerbitan ruangan Sabda Nabi dalam ruangan Majalah al-Islah dan kedudukan hadis-hadis yang dipersembahkan dalam ruangan tersebut serta topik-topik yang diperbincangkan agar ianya dapat memberi gambaran akan sumbangan dan kesungguhan Tuan Haji Yusof Rawa dalam penyebaran hadis-hadis Nabi s.a.w PENGARUH ORIENTALISM DALAM GERAKAN ANTI HADIS DI MALAYSIA : ANALISIS KRITIKAL Artikel ini bakal mempergunakan analisis meta-kognitif terhadap fahaman yang dipegang oleh gerakan Anti Hadis di Malaysia. Dalam perkembangan disiplin ilmu Islam yang terbaharu samada di IPTA Timur atau di barat, ternyata kaedah orientalism klasik telahpun mula dicabar dan ditolak sama sekali. Antara isu terbesar yang terkandung dalam disiplin orientalism klasik adalah penolakan mereka terhadap Quran dan Sunnah. Hal ini kemudiannya telah mempengaruhi sebahagian besar penganut Islam sendiri, yang secara terang-terangan menolak otoriti Hadis sebagai sumber pengetahuan Islam. Berasaskan kepada latar belakang ini, focus kajian ini akan ditumpukan kepada usaha meneliti kesilapan pendekatan orientalism barat dalam kajian mereka terhadap ajaran Islam, khususnya tentang ilmu hadis itu sendiri. Untuk itu, kajian ini dirangka bakal mengandungi beberapa bahagian utama. Pertama, pengenalan tentang gerakan anti hadis di Malaysia. Kedua, pendekatan kajian orientalism klasik terhadap sumber terpenting ajaran 5

UM

1 FAISAL @ AHMAD 0 FAISAL ABDUL HAMID . HAMIDAH JALANI

UM

1 RAHIMIN AFFANDI 1 ABD. RAHIM, . MOHAMAD KAMIL HJ AB MAJID RUZMAN MD NOR DAN NOR HAYATI MD DAHLAL

UM

18April2011

Islam : analisis meta-kognitif. Ketiga, reality pengajian orientalism semasa terhadap sumber hadis Islam. Terakhirnya, keempat, kesimpulan dan rumusan akhir kajian. 1 MOHAMED 2 AKHIRUDDIN IBRAHIM . M.Y. ZULKIFLI HJ. MOHD YUSOFF METODOLOGI PENGGUNAAN HADITH DALAM PENTAFSIRAN AYAT KAWNIYYAH OLEH SHEIKH MUHAMMAD AL-AMIN AL-HARARI : SATU TINJAUAN Kajian ini melibatkan tinjauan terhadap penggunaan hadith-hadith dalam proses pentafsiran terhadap ayatayat kawniyyah dalam al-Qur’an al-Karim, oleh Sheikh Muhammad al-Amin al-Harari melalui karyanya Tafsir Hada’iq al-Rawh wa al-Rayhan fi Rawabi ‘Ulum al-Qur’an. Ia melibatkan tinjauan terhadap penggunaan hadith untuk mentafsirkan ayat kawniyyah dalam al-Quran termasuklah penciptaan langit dan bumi, astronomi, fenomena alam yang meliputi awan, hujan, angin, guruh, kilat dan graviti, kejadian siang dan malam, penciptaan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, lautan, galian, geografi dan perubatan. Hadith-hadith yang digunakan oleh penulis buku berkenaan dalam mentafsirkan ayat-ayat kawniyyah akan dikumpulkan mengikut aspek-aspek kawniyyah yang disebutkan dan untuk mendapatkan makna yang lebih jelas ia diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Kemudian hadith-hadith berkenaan ditakhrij dan dibuat penilaian terhadap kualitinya. Seterusnya satu analisis ringkas akan dibuat terhadapnya serta kesimpulan mengenai metodologi penggunaan hadith-hadith oleh Sheikh Muhammad al-Amin al-Harari dalam pentafsiran ayat-ayat kawniyyah akan dibuat. PENDEKATAN AS-SUNNAH DALAM MENANGANI FENOMENA KAHWIN LEWAT DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA Kertas kerja ini merupakan satu kajian ke atas hadith-hadith Rasulullah saw dalam menyelesaikan salah satu daripada permasalahan sosial yang kian meruncing dalam masyarakat Malaysia mutakhir kini iaitu fenomena kahwin lewat. Suatu ketika dahulu, perkahwinan merupakan hak setiap individu yang tidak boleh diganggu. Namun hari ini, fenomena kahwin lewat semakin berleluasa sehingga memberi kesan terhadap masa depan agama, bangsa dan negara. Perkahwinan yang berlaku pada usia lewat akan memberi kesan kepada jumlah kependudukan negara pada masa hadapan. Hal ini telah mula membimbangkan pihak kerajaan kerana ia boleh mengurangkan sumber tenaga manusia yang diperlukan untuk membawa negara menjadi sebuah negara maju. Sebelum memulakan kajian ke atas fenomena kahwin lewat serta realitinya dalam masyarakat Malaysia, kajian ini akan cuba menentukan kadar usia yang dianggap lewat bagi lelaki dan wanita dengan menggabungkan antara hadith-hadith Rasulullah saw dan pandangan ulama dengan ilmu-ilmu biologi, psikologi, fisiologi dan sebagainya. Dalam usaha menangani fenomena kahwin lewat, punca kepada permasalahan akan dikaji terlebih dahulu agar penyelesaiannya dapat dicungkil dari dasar kerana menyelesaikan punca masalah akan mampu memberi kesan yang lebih baik untuk jangkamasa panjang. Kesan kahwin lewat ke atas individu, agama dan negara juga akan diteliti bagi menjelaskan impak perkahwinan lewat usia serta keperluan menanganinya. Akhir sekali, kertas kerja ini akan mendedahkan penyelesaian as-sunnah dalam menangani fenomena kahwin lewat.

UM

1 QURROTUL AIEN BT 3 FATAH YASIN .

UM

6

18April2011

1 SURYANI BINTI 4 MASNAN . AHMAD BIN YUSSUF BAHIYAH BINTI AHMAD UM

AL-QARADAWĪ DAN SUMBANGANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN AL-SUNNAH: SOROTAN DARI SUDUT ZAKAT Sumbangan al-Qaradawī terhadap al-Sunnah sangat besar dalam dunia Islam. Idea beliau terhadap pembangunan al-Sunnah secara sistematik dan selari dengan kepantasan teknologi semasa sudah bermula sejak tahun 1980 an lagi melalui kajian beliau yang bertajuk Nahwa Masyrū‘ Mausū‘ah li al-Hadīth alNabawīy. Kaedah-kaedah pelaksanaan untuk merealisasikan Projek Ensiklopedia Hadis Nabi tersebut mengambil kira realiti dan cabaran semasa. Kesedaran beliau mengenai kepentingan pembangunan alSunnah mengikut arus semasa sudah dapat dilihat melalui kitab karangan beliau yang masyhur iaitu Fiqh al-Zakat Dirasat Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha fī Dau’i al-Qur’an wa al-Sunnah. Walaupun ia telah disiapkan sejak tahun 1969 lagi tetapi isu semasa zakat yang dibentangkan dalam kitab tersebut masih releven sehingga ke hari ini. Kesungguhan beliau ini seharusnya dijadikan contoh kepada para ilmuwan di Malaysia untuk memikirkan cara-cara pembangunan al-Sunnah yang selari dengan realiti dan cabaran semasa. PENGHAYATAN AL-ASMA’ AL-HUSNA DAN PEMBENTUKAN INTEGRITI: ANALISIS TERHADAP HADIS-HADIS BERKAITAN AL-ASMA’ AL-HUSNA. Perbincangan tentang al-Asma’ al-Husna yang merupakan subtopik utama daripada topik al-ilahiyyat yang dibincangkan dalam karya-karya akidah Islam, bukan sahaja melibatkan diskusi tentang nama dan sifat Allah S.W.T secara teori, tetapi juga melibatkan diskusi tentang aspek amali yang menyentuh pelbagai dimensi kehidupan manusia. Hubungan antara aspek teori dengan amali ini boleh dilihat dari aspek hubungan antara kefahaman yang sebenar tentang pengertian nama-nama Allah S.W.T tersebut dengan penghayatan amali dengan menterjemah secara praktikal nilai-nilai mulia yang terkandung dalam nama-nama tersebut dalam kehidupan. Para ulama banyak menjelaskan bahawa penghayatan terhadap alAsma’ al-Husna mendorong manusia berakhlak dengan akhlak yang mulia dan membentuk modal insan yang berintegriti; antaranya yang memiliki sifat jujur dan amanah dalam menjalani kehidupan. Kertas kerja ini akan menganalisis beberapa hadis Rasulullah S.A.W berkaitan nama-nama Allah S.W.T. Tumpuan analisis diberikan dari aspek sejauh mana penghayatan terhadap nilai-nilai yang terkandung dalam nama-nama Allah S.W.T yang indah tersebut berperanan dalam pembinaan integriti dalam diri manusia. Akhirnya, kertas ini akan merumuskan bahawa penghayatan terhadap ciri-ciri akhlak Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Asma’ al-Husna mampu membentuk sifat integriti dalam diri manusia sekaligus membantu membina masyarakat yang berintegriti. KEKELIRUAN TERHADAP SUNNAH: KAJIAN BEBERAPA ISU TERPILIH Sejak dahulu hingga sekarang, Sunnah Nabi s.a.w. yang merupakan sumber rujukan dalam Islam tidak pernah terlepas daripada cabaran dan tentangan daripada pelbagai pihak. Antara cabaran yang dihadapi oleh Sunnah masa kini ialah kekeliruan atau syubuhat yang ditimbulkan sama ada berbentuk menolak 7

1 MOHD HASRUL 5 SHUHARI . MOHD FAUZI HAMAT

UM

1 MOHD NOOR DAUD 6 MUHAMAD ROZAIMI . RAMLE

UPSI

18April2011

kehujahannya ataupun mentakwilkannya dengan takwilan yang terpesong/tersasar dari metode yang betul. Kadang-kadang ia datang dari luar dan lebih parah lagi apabila ia datang dari penganut Islam sendiri. Lebih mengeruhkan keadaan apabila cabaran itu datangnya dari cendikiawan-cendikiawan Islam yang mempunyai tempat dalam masyarakat. Kekeliruan ini disebarkan melalui penulisan akademik dan juga melalui laman web dengan tujuan menimbulkan keraguan masyarakat Islam terhadap status Sunnah. Justeru, kajian ini bertujuan menjawab beberapa kekeliruan yang ditimbulkan terhadap Sunnah dan memurnikan pemahaman terhadap Sunnah itu sendiri. Metode perpustakaan dan dokumentasi akan digunakan bagi mengumpul data-data berkaitan. Data–data yang diperolehi itu kemudiannya akan dinilai secara kritis. Hipotesisnya, kekeliruan yang ditimbulkan terhadap Sunnah adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali. 1 MOHD FARID RAVI 7 ABDULLAH . MOHD NORZI NASIR INSTITUT KAJIAN HADIS (INHAD): PENUBUHAN, MASA DEPAN DAN HARAPAN Hadis merentasi pelbagai kurun dan ia tetap terpelihara melalui pelbagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaannya pasca perjuangan para ulama Dunia Islam meskipun pelbagai konspirasi atau cubaan jahat dari musuh-musuh Islam telah dilakukan untuk menyeleweng dan memalsukannya. Namun ironinya di Malaysia, perkembangan dan pemahaman masyarakatnya terhadap ilmu ini amat sedikit disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat untuk dinyatakan secara terperinci di dalam kertas kerja yang serba ringkas ini. Senario yang paling jelas adalah keghairahan para ulama klasik dan kontemporari memberikan fokus yang utama terhadap aspek fiqh dan pengajiannya melebihi ilmu-ilmu pengajian Islam yang lain. Akibatnya Masyarakat Muslim di negara ini (Malaysia) amat jauh dari penghayatan Hadis Nabi samada dari aspek pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan penulisan. Justeru keperluan untuk mewujudkan sebuah pengkalan data bagi hadis-hadis baginda SAW dan pengembangannya di negara ini amat dirasakan. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt keperluan tersebut terealisasi melalui cetusan idea dan perjuangan sebahagian mereka yang mencintai hadis baginda agar ia dilestarikan melalui penubuhan INHAD. Kertas kerja ini mengupas mengenai penubuhan, masa depan dan harapan Institut Kajian Hadis (INHAD) sebagai institut penyelidikan hadis pertama di Malaysia. METODOLOGI HURAIAN HADIS HUKUM: KAJIAN AWALAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB NAIL AL-AWTAR DAN SUBUL AL-SALAM Hadis Hukum merupakan salah satu subjek yang dikategorikan sebagai subjek pengkhususan pengajian Hadis. Pengajian Hadis Hukum ini meliputi kedudukan hadis sebagai sumber hukum, darjat hadis yang dijadikan hujah, cara mengistinbatkan hukum daripada hadis dan permasalah yang berkaitan dengan hadis tersebut. Di antara kitab yang menjadi rujukan utama dalam pengajian hadis hukum adalah kitab Nail aAwtar oleh al-Imam al-Syawkani dan Subul al-Salam oleh al-Imam al-San’ani. Mengapakah kedua-dua kitab ini dijadikan rujukan atau buku teks utama dalam pengajian hadis hukum? Apakah keistemewaan kedua-dua kitab ini berbanding kitab yang lain dan apakah pula perbezaan dan persamaan antara keduanya?. Kertas kerja ini akan cuba menjawab setra menghuraikan secara ringkas persoalan-persoalan 8

KUIS

1 NORZULAILI MOHD 8 GHAZALI . ZULHIMI MOHAMED NOR

UIA/ USIM

18April2011

yang dikemukakan di samping memperkenalkan biodata penulis-penulisnya. Kajian terhadap latarbelakang kehidupan penulis serta karya mereka yang merangkumi nama kitab, sebab penulisan, isi kandungan dan metode yang digunakan diharapkan dapat memenuhi kehendak tajuk dan merungkaikan persoalan awalan tentang kedua-dua kitab ini. Kertas kerja ini menggunakan metode pengumpulan maklumat, analisa dan metode perbandingan dalam melengkapkan perbincangan. Diharapkan kertas kerja ini menjadi salah satu sumbangan ke arah pemantapan ilmu hadis di Nusantara dan mengetengahkan pelbagai metode ulama silam di dalam karya mereka. 1 WAN KHAIRUL AIMAN 9 BIN WAN MOKHTAR . (UM)-(P) WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS BIN WAN KHAIRULDIN (UnisSZA) UM SUMBANGAN KHAZANAH FATHANIYAH TERHADAP PENGUMPULAN DAN PENULISAN KITAB-KITAB HADITH JAWI NUSANTARA Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mengkaji sumbangan Khazanah Fathaniyah yang diasaskan oleh Wan Mohd Saghir bin Wan Abdullah, seorang pengumpul dan pengkaji manuskrip dan khazanah tokohtokoh Islam di nusantara. Walaupun sumbangan yang dilakukan oleh Khazanah Fathaniyah amat besar, tetapi tiada kajian khusus yang pernah dilakukan terhadapnya. Kajian ini dikhususkan kepada pengumpulan dan penulisan semula kitab-kitab hadith jawi sahaja. Kajian ini adalah gabungan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa Khazanah Fathaniyah memberi sumbangan yang sangat besar dalam usaha memartabatkan karya-karya hadith di Malaysia selain daripada membantu para pengkaji dalam mentahqiq dan mentakhrij kitab-kitab jawi tersebut. Khazanah Fathaniyah secara umumnya telah mengumpulkan dan membuat penulisan semula banyak daripada kitab hadith jawi yang ada pada masa kini. METODE PENULISAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH MUHAMMAD TAQI UTHMANI DALAM INTERPRETASI HADIS SAHIH MUSLIM: SATU ANALISA KRITIS TERHADAP “TAKMILAH FATH AL-MULHIM” Interpretasi terhadap nas Al-Quran dan Hadis bersandarkan kepada metodologi yang betul adalah penting untuk penghayatan dan pengamalan yang selaras dengan perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Kesungguhan ulama silam dan kontemporari terhadap interpretasi nas Al-Quran dan Hadis tidak dapat disangkal lagi. Kewujudan pelbagai judul kitab tafsir Al-Quran dan syarah Hadis membuktikan kesungguhan mereka dalam memelihara kemurnian pemahaman terhadap ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Dalam interpretasi terhadap hadis Sahih Muslim, hal ini terbukti dengan lahirnya 67 buah kitab syarah berbahasa Arab dan 5 buah kitab berhasa lain (Urdu, Parsi, Punjab). Tidak terkecuali, ulama kontemporari kurun ke 14-15 Hijrah juga turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang ini. Salah seorang daripada mereka ialah Syeikh Muhammad Taqi Uthmani yang mengarang kitab “Takmilah Fath AlMulhim” berbahasa Arab dan “Dars Muslim” berbahasa Urdu. Beliau merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang ekonomi Islam. Sumbangan dan pengaruh beliau yang besar terhadap ilmu dan umat Islam melayakkan beliau terpilih ditangga ke-27 dikalangan 500 orang Islam yang berpengaruh pada tahun 2009. Kajian ini akan menganalisa metode penulisan dan pemikiran beliau dalam menginterpretasi 9

2 ZUNAIDAH BINTI 0 MOHD MARZUKI .

UIA

18April2011

hadis Sahih Muslim di dalam “Takmilah Fath Al-Mulhim” secara kritis. 2 ABD LATIFF ABDUL 1 HALIFF . PROF MADYA DR. FAUZI DERAMAN TERJEMAHAN HADIS-HADIS KE DALAM BAHASA MELAYU: ANALISIS KITAB MISBAH AL-ZALAM WA BAHJAH AL-ANAM Sunnah Nabawiyyah sebagai pemacu generasi Rabbani merupakan satu perkara yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Sesuatu yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana penyebaran hadis ini dapat diperluaskan kepada seluruh umat Islam di dunia ini umumnya dan rantau Nusantara ini khasnya Malaysia yang bertutur dalam bahasa Melayu. Ini kerana, hadis yang diucapkan oleh Nabi SAW di dalam bahasa Arab tidak dapat difahami maksudnya oleh masyarakat di Malaysia ini, kecuali mereka yang benar-benar mendalami ilmu bahasa Arab. Terjemahan yang dilakukan juga perlu tepat dan bersesuaian dengan zaman, supaya hadis yang diterjemahkan itu dapat difahami dengan baik oleh pembaca. Justeru, makalah ini akan cuba menilai dan menganalisis terjemahan yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Palestin (w.1998M) menerusi karya Misbah al-Zalam wa Bahjah al-Anam. Karya terjemahan hadis Melayu jawi berserta huraian ringkas ini mengandungi sebanyak 909 buah hadis yang dapat digambarkan daripada tajuk kitab bahawa ia sebagai sebuah ‘pelita yang menerangi kegelapan bagi membentuk sebaik-baik makhluk’. Analisis akan dilakukan dengan melihat bagaimana Abu Bakar Palestin menterjemah hadis-hadis dari sudut laras bahasa dan ketepatannya. Penulis juga akan mengenalpasti justifikasi pemilihan kitab-kitab hadis dan hadis-hadis daripadanya yang telah dipilih oleh pengarang untuk dimuatkan dalam karya terjemahan beliau tersebut. PENULISAN KARYA HADIS NUSANTARA ABAD KE-19: ANTARA SYEIKH NAWAWI BANTEN DAN SYEIKH WAN ALI KUTAN AL-KALANTANI Abad kesembilan belas merupakan suatu era yang penting dalam sejarah perkembangan keintelektualan Islam di Nusantara. Ini dapat dilihat menerusi kemunculan sejumlah besar ulama pada abad ini yang telah memainkan peranan yang signifikan dalam pengembangan dan pemantapan proses islamisasi masyarakat setempat dalam segenap aspek kehidupan seperti pendidikan, kemasyarakatan, politik dan sebagainya. Menerusi pengadaptasian teknologi percetakan, banyak daripada karya yang dihasilkan mereka telah dicetak dan diterbitkan dalam kuantiti yang besar untuk kegunaan masyarakat sebagai teks-teks pengajian agama dalam pelbagai bidang termasuk akidah, fiqah, tafsir, hadis, tasawuf dan sebagainya. Dalam bidang hadis khususnya, terdapat dua buah karya utama yang dihasilkan di akhir pertengahan kedua abad ini iaitu Tanqih al-Qawl al-Hathith oleh Syeikh Nawawi Banten (m. 1314H) dan al-Jawhar al-Mawhub oleh Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani (m. 1331H). Kedua-duanya merupakan penerangan ke atas karya bertajuk Lubab al-Hadith yang dinisbahkan kepengarangannya kepada Jalal al-Din al-Suyuti (m. 911H) dan dihasilkan oleh dua orang ulama Nusantara tersebut yang berdomisil di Mekah dan hidup pada waktu yang sama. Karya-karya hadis ini juga amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Nusantara dan masih lagi digunakan sebagai teks pengajian agama sehingga ke hari ini. Justeru, kertas ini terfokus untuk mengenal pasti dan membincangkan beberapa aspek penting berkaitan kedua-dua karya hadis ini dari 10

UM

2 DR. MUHAMMAD 2 MUSTAQIM MOHD . ZARIF

USIM

18April2011

aspek metode, skop, tujuan, persamaan dan perbezaan serta kaitan antara keduanya untuk menzahirkan dengan jelas identiti dan keunikan kedua-dua karya hadis ini. Di samping itu, sorotan ringkas terhadap biografi kedua-dua pengarangnya turut disertakan untuk mendapatkan gambaran yang komprehensif terhadap tajuk yang dibincangkan ini. 2 MOHD SAIFUL ANWAR 3 MOHD NAWAWI . MUHAMMADIN ABDUL NIRI SAADAN MAN UM PENAFSIRAN HADITH HISAB DAN RU’YAH DARI PERSPEKTIF ASTRONOMI: PENELITIAN AMALAN DI MALAYSIA & INDONESIA Kenampakananakbulan yang pertama merupakan fenomena penting dalam amalan social dan keagamaan masyarakat Islam. Kenampakannya akan membolehkan ummat Islam memulakan bulan Islam yang baru. Kertas kerja ini meninjau hadith-hadith berkaitan dengan hisab dan rukyah. Dengan mengambil kira amalan penentuan kenampakan anak bulan dalam calendar Islam, kami menjelaskan penafsiran hadithhadith ini dari perspektif astronomi. Penafsiran hadith ini membawa kepada teori wujudulhilal, teori rukyatulhilal, dan teori criteria kenampakan. Hasil penelitian ini kami mencadangkan teori criteria kenampakan adalah lebih sesuai di amalkan di Malaysia dan Indonesia. SIMBIOSIS ILMU SIRAH DAN SEJARAH DALAM HISTORIOGRAFI ISLAM Ilmu sirah dan sejarah Islam bermula selari dengan kerasulan Muhammad S.A.W. dan sejarah perkembangan Islam. Pada peringkat awal kemunculannya kedua-duanya berkongsi skop ilmu yang sama dengan ilmu hadith selaras dengan perkembangan ilmu hadith yang mencatatkan tentang aspek maghazi atau peperangan Rasulullah S.A.W. Peredaran masa dan keadaan akhirnya menyaksikan catatan sirah oleh para sejarawan Islam mulai terpisah daripada skop tradisi ilmu hadith. Perkembangan tersebut walaubagaimanapun tetap mempengaruhi perkembangan penulisan sirah yang masih berasaskan metode isnad sebagai legasi daripada ilmu hadith. Namun perkembangan penulisan sirah yang secara prinsipnya hanya mencatatkan riwayat tentang Rasulullah S.A.W berada pada kedudukan dan garis sempadan yang berbeza dengan ilmu sejarah Islam. Makalah ini bertujuan untuk menilai perbezaan skop di antara ilmu sirah dan sejarah dalam historiografi Islam. Perbincangan meliputi aspek kedudukan ilmu sirah dalam skop sejarah Islam dan garis sempadan yang memisahkan keduanya. Penulisan ini menggunakan metode analisis kandungan terhadap masadir (sumber) dan maraji’ (rujukan) utama sirah dan sejarah dalam historiografi Islam. Hasil penulisan mendapati bahawa wujudnya garis sempadan yang jelas diantara ilmu sirah dan sejarah Islam. Ironinya kedudukan sirah adalah sebahagian dalam skop sejarah Islam. Namun terdapat faktor-faktor utama yang dikenalpasti menjadi pemisah dan menyumbang kepada legitimasi keautoritian dan kemurnian sirah sebagai satu ilmu yang suci. APLIKASI KONSEP SHUBHAH DALAM INDUSTRI PRODUK MAKANAN HALAL MASAKINI: SATU KAJIAN MENGIKUT PERSPEKTIF HADITH Kajian mengenai hadis adalah penting dalam memahami isu-isu semasa sesuai dengan kedudukan hadis 11

2 AZMUL FAHIMI 4 KAMARUZAMAN . PROF. MADYA. DR WAN KAMAL MUJANI MOHD YUSRIZAL MOHD YUNUS

UKM

2 SUHAIMI AB RAHMAN 5 JAFRI ABDULLLAH . MOHD AIZAT JAMALUDDIN

UPM

18April2011

sebagai sumber rujukan kedua selepas al-Quran. Antara isu semasa yang sering menjadi topik perbincangan kini ialah tentang isu keraguan (shubhah) dalam makanan. Kemajuan sains dalam teknologi makanan dan produk gunaan mendedahkan umat Islam dengan bahan-bahan yang sukar untuk disahkan status halalnya atau pun dengan kata lain diragui (shubhah). Islam menetapkan panduan mengenai perkara shubhah di dalam beberapa hadis. Dalam hadis lafaz shubhah disebut dalam berbagai bentuk seperti mushtabihat, mutashabbihat, mushabbahat, mushabbihat dan mushbihat. Lafaz-lafaz ini mempunyai maksud dan pengertian yang berbeza. Kajian ini akan cuba mengkaji hadith-hadith yang berkaitan dengan shubhah dengan mengkaji pendapat-pendapat ulama mengenainya serta melihat bagaimana untuk memahami isu shubhah dalam konteks semasa, khususnya dalam industri makanan halal. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat memberikan suatu garis panduan kepada semua pihak berkenaan isu halal dan haram dalam makanan terutamanya kepada pihak pengeluar. 2 DR. MOHD ANUAR 6 RAMLI . PROF MADYA DR RAHIMIN AFFANDI ABDUL RAHIM UM HADIS MISOGINIS : SATU ULASAN Al-Sunnah merupakan sumber perundangan Islam kedua selepas al-Qur’an al-Karim. Ia memainkan peranan yang signifikan dalam proses transformasi umat Islam khususnya pasca zaman Rasulullah SAW. Dalam proses sosialisasi, al-Sunnah menjadi faktor utama dalam membentuk karakter budaya masyarakat yang Islami. Interaksi syariat Islam dengan tradisi masyarakat setempat ini menghasilkan varian kebudayaan Islam, namun semuanya tertakluk di bawah panji tauhidic weltanchuung. Pembenturan dengan budaya setempat ini kesan pemahaman dan pentafsiran nass al-Qur’an dan al-Sunnah yang beragam. Antara kesan interaksi tersebut, lahir masyarakat Islam yang memandang inferioriti kedudukan perempuan dalam masyarakat Islam. Akibatnya, al-Sunnah atau pun hadis tersebut dianggap bersifat misoginis. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan tentang hadis yang disifatkan misoginis menurut kerangka analisis gender, dengan pemilihan aspek teologi penciptaan wanita. PENGGUNAAN JADUAL DAN GAMBARAJAH DI DALAM PENGAJARAN SUBJEK MUSTALAH AL-HADITH Mustalah al-Hadith adalah subjek pengajian yang dikira kompleks, agak sukar difahami dan kebiasaannya pelajar tidak berminat untuk mendalaminya. Persepsi negatif terhadap subjek ini sepatutnya menjadi pendorong kepada pengajar untuk mendatangkan idea bagi menarik minat pelajar serta merungkai kekusutan maklumat pada mereka. Berikutan fenomena yang yang telah sedia maklum, topik ini mengetengahkan contoh-contoh percubaan mengajar Mustalah al-Hadith menggunakan jadual dan gambarajah bertujuan mengatasi masalah berkenaan. Ternyata dengan penggunaaanya, kandungan subjek yang kompleks bertukar menjadi mudah dan menarik perhatian. Jelas sekali, bantuan jadual dan gambarajah amat disyorkan bagi memberi nafas baru kepada subjek penting ini. SUNNAH KONTEMPORER: ANALISIS PANDANGAN SYAIKH AL-ALBANI

2 THURAYA AHMAD 7 PROF. MADYA DR. . FAUZI DERAMAN

UM

2 AHMAD NABIL B. AMIR 8

UM

12

18April2011

Kertas ini membincangkan pemikiran dan pandangan al-Imam al-Syaikh Muhammad Nasir al-din alAlbani yang menggagaskan kefahaman al-sunnah dalam kerangka mazhab yang kritis dan kontemporer. Idealisme ini dizahirkan melalui perbincangan kritis tentang fiqh al-sunnah al-mu‘asirah yang diketengahkan dalam penulisan dan karya-karya hadithnya yang monumental yang menzahirkan pembaharuan dan kefahaman yang tuntas dalam pemikiran hadith, sunnah dan syarah. Kertas ini turut meninjau kritikan dan bantahan Ulama ke atas hujah dan mazhab yang digerakkannya berlandaskan falsafah dan fikrah salaf. 2 AMRAN BIN ABDUL 9 HALIM . KAJIAN TENTANG KEKERAPAN PENGGUNAAN HADITH DAN STATUSNYA DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : TUMPUAN TERHADAP BUKU-BUKU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 1-6 Pengajian Agama Islam adalah sangat penting dan ia perlu diterapkan kepada kanak-kanak sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, antara matapelajaran yang ditetapkan dalam Kurikulum Pendidikan Malaysia di Sekolah-Sekolah Kebangsaan ialah subjek Pendidikan Islam. Ia lebih menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Fardu Ain seperti solat, puasa, pengenalan hukum, akhlak, sirah dan lain-lain. Penulis telah mendapati dalam buku-buku tersebut sejumlah hadith yang digunakan sebagai dalil atau sokongan kepada beberapa tajuk atau fakta yang dihuraikan. Walau bagaimanapun, hadith-hadith tersebut tidak dinyatakan hukumnya, bahkan menimbulkan kemusykilan adakah ianya hadith atau sebaliknya. Oleh itu, penulis cuba mengenalpasti jumlah atau kekerapan dan metod penggunaan hadith dalam buku-buku Pendidikan Islam serta statusnya. Ini adalah kerana penulis mendapati masih ramai tenaga pengajarnya samada guru-guru Pendidikan Islam atau j-QAF kurang mahir dalam ilmu hadith yang mana mereka tidak dapat membezakan adakah dalil-dalil yang dinyatakan itu hadith Sahih atau mawdu`. REALITI DAN CABARAN DALAM RAWATAN ISLAM: ANALISIS HADITH-HADITH TENTANG PENDEKATAN DAN KAEDAH RAWATAN NABI SAW MERAWAT PENYAKIT SIHIR Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dilabelkan sebagai “Pengubatan Islam” atau “Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah dalam rawatan yang dijalankan. Sebahagian yang lain hanya melebelkan mereka pendokong rawatan Islam, pada hal berlaku pencampuran antara hak dan batil serta kadang kala kaedah rawatan yang dijalankan menyalahi syariat. Melalui analisis kualitatif dan kuantitatif, artikel ini berusaha untuk mengumpulkan hadith-hadith yang berkaitan dengan rawatan sihir dan menilai fiqh al-hadith bagi menjelaskan pendekatan dan kaedah rawatan Rasulullah SAW merawat dan menghadapi penyakit ini. Hasil penelitian mendapati bahawa dalam rawatan sihir melibatkan dua (2) pendekatan utama, iaitu; [Pertama] Pendekatan dalam merawat sihir yang terdiri daripada tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan iaitu, (1) Kaedah 13

UM

3 KHADHER AHMAD 0 PROF MADYA DR. . ISHAK HJ. SULIAMAN

UM

18April2011

Mengenalpasti Tempat Barang Sihir Disembunyikan, (2) Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan Membatalkannya, (3) Kaedah Menanam dan Memusnahkan Bahan Sihir, (4) Kaedah Ruqyah Ke Atas Mangsa Sihir (Termasuk Melakukan al-Nushrah Yang Dibenarkan), (5) Kaedah Memberi Minum Air Ruqyah, (6) Kaedah Tepukan (Menepuk-Nepuk Tubuh Pesakit Menggunakan Tapak Tangan), dan (7) Kaedah Mandi. [Kedua] Kaedah perlindungan dan membentuk pertahanan diri daripada terkena sihir, yang terdiri daripada tiga pendekatan iaitu (1) Pencegahan Melalui Amalan Pemakanan Tamar ‘Ajwah, (2) Perlindungan Melalui Pembentuk Sikap dan Peribadi, dan (3) Perlindungan Melalui Pelaksanaan Ibadah 3 ROSHIMAH BINTI 1 SHAMSUDIN (USM) . AHMAD HAMZAH BIN MAT DAUD (UIA) METODOLOGI PENENTUAN HADIS DAIF : ANALISIS TERHADAP TARAJU ‘ AL-ALBANI DALAM SILSILAH AL-AHADITH AL-DA ‘IFAH WA AL-MAWDU ‘AH Muhammad Nasir al-Din al-Albani merupakan salah seorang penggiat hadith yang paling menonjol pada zaman ini. Usaha al-Albani dalam bidang hadith dapat dilihat pada penghasilan karya-karya ilmiah beliau yang berjumlah lebih daripada dua ratus buah karya. Tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya beliau menjadi rujukan yang penting dalam bidang hadith pada masa kini. Salah sebuah daripadanya bertajuk Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah wa al-Mawdu‘ah. Karya ini dapatlah dikategorikan sebagai salah sebuah karya al-Albani yang paling masyhur. Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah wa al-Mawdu‘ah ini merupakan koleksi hadith-hadith yang dinilai sebagai daif dan palsu oleh al-Albani. Dalam penilaian tersebut, terdapat beberapa kaedah yang diaplikasikan oleh al-Albani dalam menghukum hadith sebagai daif dan palsu. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan secara kritis metodologi penentuan hadith daif yang diaplikasikan oleh al-Albani dalam karya ini dengan menfokuskannya terhadap taraju‘ beliau terhadap hadith-hadith yang terdapat dalam karya ini. HADITH AL-AHRUF AL-SAB’AH DI SISI AL-TABARI DAN KESANNYATERHADAP METHOD PERBAHASAN ILMU QIRAAT Hadith berkaitan al-Ahruf al-Sab’ah merupakan antara dasar yang penting bagi memahami maksud di dalam Ilmu Qira’at. Di dalam tulisan ini penulis cuba melihat pendekatan al-Tabari dalam merungkaikan permasalahan yang berkaitan dengan hadith al-Ahruf al-Sab’ah. Tafsir al-Tabari merupakan salah satu almasadir al-asliyyah yang menafsirkan ayat-ayat al-Quran berdasarkan pandangan ulamak salaf serta pengajaran Rasulullah yang diriwayatkan melalui sanad yang thabit. Antara lain, keistimewaan Tafsir alTabari ialah ia membahaskan ilmu qiraat dengan agak terperinci jika dibandingkan dengan kitab-kitab yang lain. Namun begitu periwayatan Qiraat yang dibahaskan di dalam tafsir ini adalah merupakan wajah qiraat yang turun sebelum pembentangan akhir (al-urdah al-akhirah) dan masih tidak tersusun mengikut klasifikasi imam-imam qiraat secara terperinci . Tafsir al-Tabari terkenal sebagai sebuah kitab tafsir yang menggunakan pendekatan tarjih antara wajah qiraat. Antara contoh pendekatan tarjih tersebut ialah beliau telah melebihkan antara qiraat-qiraat yang mutawatirah dan sahihah serta menghukum syaz beberapa qiraat yang disepakati mutawatirah dan sahihah oleh tokoh-tokoh dalam bidang qiraat seperti Abu Amru al-Dani, al-Syatibi, Ibn al-Jazari dan lain-lain. 14

USM

3 SEDEK BIN ARIFFIN 2 NOR HAFIZI YUSOF .

UM

18April2011

3 NORAZMAN BIN ALIAS 3 .

METODOLOGI PENGAJIAN ULUM AL-HADITH: ANTARA KEPERLUAN PENGHAFALAN MATAN (MUSTALAH AL-HADITH) DENGAN PENGAJARAN SECARA MODEN Dewasa ini kaedah dan cara pengajaran sesuatu ilmu semakin ringkas dan menggunakan teknologi yang serba moden. Begitu juga yang berlaku terhadap ilmu-ilmu berkaitan dengan Hadith Nabawi SAW. Salah satu ilmu berkaitan dengan hadis adalah ilmu Mustalah al-Hadith atau Ulum al-Hadith. Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah berkenaan dengan kaedah mengajar dan belajar yang sesuai dengan ilmu ini. Adakah ia perlu dan hanya sesuai untuk diajar dan dipelajari dengan kaedah hafalan matan, atau cukup dengan menggunakan buku silibus untuk memahirkan pelajar dengannya? IPT di dalam dan luar Negara yang menawarkan pengajian Ulum al-Hadith di peringkat Ijazah Sarjana Muda kebanyakannya menumpukan kepada buku silibus tanpa memerlukan kepada hafalan matan tertentu di dalam Ulum alHadith. Sejauhmanakah cara atau kaedah ini melahirkan pelajar yang mahir di dalam Ulum al-Hadith. Kertas kerja ini akan cuba mengupas tabiat pengajian ilmu Ulum al-Hadith dahulu dan kini, keperluan kepada kefahaman yang mendalam dan keutuhan ilmu melalui penghafalan matan. Kajian serba sedikit juga akan dinyatakan sepertimana yang dipraktikakan di Universiti Sains Islam Malaysi di dalam pengajaran dan pembelajaran Ulum al-Hadith ini. Diharapkan kertas kerja ini akan dapat menjadi kayu ukur keperluan teknik dan kaedah pengajaran Ulum al-Hadith yang relevan pada masa ini. METODOLOGI AL-HAFIZ IBN AL-SALAH DALAM PERMASALAHAN PENTASHIHAN HADIS DAN FENOMENA PENTASHIHAN PADA MASA KINI Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan al-Hafiz Ibn al-Salah dan pandangannya terhadap permasalahan pentashihan hadis. Al-Hafiz Ibn al-Salah dianggap sebagai pelopor kepada penyusunan dan ulama yang menambahbaikan Ilmu Mustalah Hadis. Semua ulama yang datang selepasnya, kebanyakannya akan mengikut serta membahaskan asas dan kenyataan yang telah dibuat oleh al-Hafiz Ibn al-Salah. Al-Hafiz Ibn al-Salah lebih cenderung kepada menidakkan keupayaan ulama atau umat Islam pada zamannya di dalam mentashihkan atau menghukum sesuatu hadis. Pandangan ini tidak dipersetujui oleh ulama sezaman dan selepasnya. Bagaimana pula fenomenanya pada zaman ini? Adakah umat Islam layak untuk menghukum sesuatu hadis? Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengenegahkan pandangan ulama terhadap masalah pentashihan hadis dan sejauh mana pentashihan hadis atau penghukuman terhadap hadis yang berlaku pada masa kini. Kertas kerja ini akan menerangkan latarbelakang al-Hafiz Ibn al-Salah, pandangannya, kritikan ulama terhadap pandangannya dan seterusnya akan mengupas contoh pembabitan ulama masa kini di dalam mentashihkan atau menghukum hadis serta kelayakan yang sepatutnya wujud bagi sesiapa yang ingin menghukum hadis berdasarkan pandangan ulama. Diharapkan kertas kerja ini dapat membuka mata masyarakat tentang kotokohan ulama terdahulu dan fenomena pentashihan hadis yang berlaku dahulu dan sekarang.

USIM

3 ZULHILMI BIN 4 MOHAMED NOR .

USIM

15

18April2011

3 MUHAMMAD 5 NAQIUDDIN BIN MOHD . SAID ABDUL RAUF BIN BAHARUDDIN

SUNNAH NABAWIYYAH DAN SAINS : BUCAILISME ATAU ACUAN RABBANI? Al-Quran dan As-Sunnah merupakan dua sumber rujukan tertinggi dalam agama Islam. Sains pula pada hakikatnya adalah satu ilmu yang terbit daripada pengamatan dan pemerhatian pengkajinya yang selalunya dianggap objektif. Setelah tidak berkarya selama hampir 500 tahun, saintis muslim berasa ‘kerdil’ untuk Fakulti menghadapi barat. Justeru pendekatan bucailisme diambil walaupun dengan niat yang suci untuk Kejuruteraa memperlihatkan kemukjizatan al-Quran dan nubuwwah Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wassallam. n (UM) Justeru, kertas kerja ini ingin memperlihat sisi bahayanya bucailisme ini kepada agama Islam. Kajian juga & menyorot perkembangan 100 tahun dunia sains yang memperlihatkan bahawa status teori-teori yang al-Azhar dianggap ‘besar’ telah dicabar dan menunjukkan bahawa sains tidak bebas nilai. Justeru Al-Quran dan AsSunnah tidak wajar dijadikan ‘pengikut’ yang mengesahkan teori-teori saintis Barat seperti yang dilakukan oleh bucailis. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa saintis muslim perlu mendalami pengkajian al-Quran dan as-Sunnah supaya dapat menjadikan kedua-duanya sebagai ‘murabbi’ yang membimbing dalam proses berkarya serta menerbitkan teori-teori baru dalam acuannya yang rabbani. PENDEKATAN M. QURAISH SHIHAB DALAM PENULISAN HADIS DALAM TAFSIR ALMISBAH Artikel ini membicarakan pendekatan M.Quraish Shihab dalam penulisan hadis di dalam kitab tafsir alMisbah . Kitab ini merupakan karangan beliau berbahasa Indonesia melengkapi tafsiran 30 juzuk al-Quran dengan jumlah keseluruhan naskhahnya sebanyak 15 jilid. Berdasarkan penelitian awal yang dijalankan, mendapati bahawa M. Quraish Shihab kerap mendatangkan hadis dalam pentafsiran ayat. Hadis-hadis tersebut didatangkan dengan bentuknya yang pelbagai, merangkumi beberapa aspek seperti sanad, matan, sumber hadis, dan hukum hadis. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan penulisan hadis yang beliau gunakan dalam mentafsirkan ayat di dalam kitab tafsirnya. Bagi tujuan ini, kajian analisis data akan dilakukan menggunakan data primer iaitu Tafsir al-Misbah. Hasil kajian mendapati bahawa dari aspek sanad, M. Quraish Shihab kadangkala mendatangkan hadis dengan sanad dan juga sebaliknya. Manakala dari aspek matan, beliau menulis hadis dalam bentuk terjemahan makna secara keseluruhan, dan kadang kala mencampurkan antara terjemahan makna bersama ungkapan asalnya dalam bahasa Arab. Bagi sumber hadis pula, beliau bukan sahaja mengambilnya dari kitab-kitab hadis, malah turut mengambil dari sumber rujukan sama ada kitab tafsir mahupun kitab berbentuk umum. Di samping itu beliau juga menyatakan secara langsung hukum hadis dalam konteks ayat, dankadang kala menisbahkannya kepada muhaddith, namun kebanyakan hadis tersebut adalah tidak dinyatakan hukumnya.

3 AHMAD NAIM ABDUL 6 AZIZ . DR. LATIFAH ABDUL MAJID

Fakulti Pengajian Islam, UKM

3 SHAHRIL NIZAM 7 ZULKIPLI .

UM

PEMBELAJARAN CAPAIAN TEKS HADITH BERAUTORITI DI INTERNET: KAJIAN TERHADAP LAMAN SESAWANG ISLAMWEB
Peter Cochrane pernah menyatakan bahawa untuk mengkaji dan mengulas mengenai perkembangan internet adalah umpama menembak sebutir peluru yang sedang bergerak pantas dengan menggunakan 16

18April2011

anak panah. Ia menunjukkan pertumbuhan kemajuan ICT yang berubah dengan pesat dan pantas sekali. Sehubungan itu, ledakan ICT telah memberi ruang kepada perkembangan ilmu di alam siber yang mendasari dan mengatasi sempadan geografi. Sejajar dengan arus kemajuan tersebut, ilmu hadith dilihat tidak terkebelakang dalam mengecapi dan memanfaatkannya. Ia dapat dibuktikan melalui kewujudan beribu-ribu laman sesawang berorganisasi mahupun individu tertentu, khusus membicarakan dan menyediakan kemudahan terhadap capaian maklumat teks hadith di Internet. Justeru, artikel ini merupakan analisis terhadap Islamweb sebagai sebuah laman sesawang dakwah yang telah menyediakan perkhidmatan carian hadith secara pantas dan mudah melalui ruangan Mawsu‘ah al-Hadith. Berasaskan metodologi diskriptis dan analisis data, kajian ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Islamweb sebagai aplikasi pembelajaran takhrij hadith di internet berdasarkan kepada beberapa paparan maklumat carian yang tersedia seperti: (1) Sumber hadith. (2) Kedudukannya dalam kitab dan bab. (3) Rantaian sanad berserta maklumat dan kritikan bagi setiap perawi. (4) Hukum hadith. (5) Takhrij. (6) Syawahid. (7) Al-Asanid.

17

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful