P. 1
20110329140311PENGURUSAN MURID

20110329140311PENGURUSAN MURID

|Views: 8,469|Likes:

More info:

Published by: Nor Atikah Abdul Razak on Apr 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/28/2013

pdf

text

original

Sections

  • 5.0 PENGENALAN
  • 5.1 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN MURID
  • 5.2 KOMPONEN PENGURUSAN MURID
  • 5.3.1 Pengenalan
  • 5.3.2 Kepentingan Mengurus Rekod
  • 5.3.3 Merekod Maklumat
  • 5.3.4.1 Naratif
  • 5.3.4.2 Rekod anekdot
  • 5.3.4.3 Rekod Berterusan
  • 5.3.5.1 Senarai Semak
  • 5.3.5.2 Event Sampling
  • 5.3.5.3 Time Sampling
  • 5.3.6 Pertimbangan menggambarkan sesuatu
  • 5.3.7 Pemerhatian
  • 5.3.8 Portfolio
  • 5.3.9 Melapor
  • 5.3.10.1 Sistem Maklumat Murid Berkomputer
  • 5.3.10.2 Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
  • 5.3.10.3 E-pantau
  • 5.3.10.4 Sistem Laporan Adab Belajar
  • 5.3.10.5 Sistem Pengurusan Disiplin
  • 5.4.1.2 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Kognitif
  • 5.4.2 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Afektif
  • 5.4.3 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Psikomotor
  • 5.4.4 Kesediaan Guru Mengajar
  • 5.4.5 Peranan Guru dalam Menangani Kesediaan Pelajar
  • 5.4.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar
  • 5.4.7 Langkah- langkah Membantu Kesedian Belajar Pelajar
  • 5.5.1 Definisi Motivasi
  • 5.5.2 Kepentingan Motivasi
  • 5.5.3 Cara-Cara Memotivasikan Murid
  • 6. Lebihkan Pembelajaran Visual
  • 7. Gunakan Pelbagai Emosi Untuk Merangsang Pembelajaran Dan Motivasi
  • 8. Strategi dan Teknik
  • 9. Terima Pelajar Seadanya

KPS 3014-PENGURUSAN PEMBELAJARAN

(KUMPULAN PEMBENTANGAN: 2) PENGURUSAN MURID KUMPULAN KULIAH: N AHLI KUMPULAN NAMA NURHAFIZA BT JAMALUDIN NOR SAKHIYAH BINTI ILYAS WAN NORFARHAH BT WAN HARUN NUR IZZAH BT IBRAHIM AZMA AMIRA BT MOHAMAD NOOR IZZATIE BT AMIR MUHHAMMAD HAFIZ B ABD KADIR NO. MATRIK D20091034727 D20091034756 D20091034864 D20091034874 D20091034859 D20091034878 D20091034812

BAB 5: PENGURUSAN MURID 5.0 PENGENALAN Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaiamana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimana perancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik. Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran (memimoin) dan pengawalan atau pemulihan. Perancangan merupakan satu proses menentukan objektif dan cara pengoperasian aktiviti-aktiviti pengurusan murid yang bertujun bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kemudian, pengelolaan pula merupakan pengumpulan resos-resos serta pembentukan prosedur dalam menguruskan murid. Meminoin boleh diertikan sebagai aktiviti pentadbiran seperti penyeliaan dan penyelarasan program murid. Aspek yang terakhir ialah pengawalan serta pemulihan yang melibatkan laporan dan maklum balas untuk memperbaiki rancangan pengurusan murid yang telah dijalankan. Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir iaitu guru besar atau pengetua dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara penyelaras dan pengawal serta kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya terutama kepada para pelajar bagi memastikan sistem pengurusan murid ini lebih dinamik.

5.1 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN MURID Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) di dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. 5.2 KOMPONEN PENGURUSAN MURID Bagi memastikan kejayaan seseorang individu dan pencapaian sesebuah sekolah berada pada tahap yang tinggi, pengurusan yang strategik perlu diambil. Seperti yang telah dinyatakan, pengurusan murid merangkumi aspek yang luas misalnya aspek displin, kejayaan akademik serta sahsiah murid. Maka, pihak pentadbiran sekolah perlu melakukan perancangan terlebih dahulu agar pengurusan murid menjadi lebih teratur dalam menguruskan perkara-perkara lain seperti menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan pelajar. Bagi memastikan proses pengurusan murid berjaya, semua pihak yang terlibat di sekolah perlu bekerjasama sebagai sebuah organisasi dan antara pihak yang terlibat didalam organisasi tersebut ialah pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada guru besar atau pengetua, penolong kanan (Hal Ehwal Murid), guru serta murid. Antara langkah yang boleh diambil atau komponen dalam pengurusan murid ialah dengan menguruskan rekod murid. Mengurus rekod murid merupakan suatu proses mencatat segala perubahan yang dilakukan oleh murid seperti markah yang diperoleh bagi setiap matapelajaran pada setiap ujian yang dilakukan. Melalui proses ini, guru dapat melihat turun naik prestasi murid tersebut serta mengenal pasti murid yang lemah dalam satu-satu mata

pelajaran. Setelah itu, secara tidak langsung para guru boleh melakukan kelas tambahan bagi membantu pelajar yang lemah serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru tersebut agar prestasi dan potensi murid dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu, melalui rekod murid juga dapat membantu ibu bapa murid mengetahui tahap prestasi pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Seterusnya ialah kesediaan murid belajar dimana guru perlu memastikan bahawa murid mereka bersedia untuk belajar sebelum guru memulakan proses pembalajaran dan pengajaran. Bagi memastikan kesedian murid belajar, pihak sekolah perlu memaklumkan murid mengenai sukatan pelajaran kerana melalui cara ini dapat membantu para pelajar untuk membuat persediaan awal melalui pembelajaran akses kendiri iaitu mencari maklumat dengan sendiri berkaitan tajuk yang akan dipelajari di dalam bilik darjah nanti. Selain itu, bagi memastikan kesediaan murid belajar, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya melakukan set induksi iaitu menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat murid agar dapat member perhatian kepada pngajaran yang akan berlaku. Selain daripada itu, guru boleh memastikan kesediaan murid belajar dengan menguruskan bahan pelajaran. Bahan pelajaran terdiri daripada bahan pengajaran, bahan pembelajaran dan bahan rujukan serta secara tidak langsung dengan menggunakan bahan tersebut, para guru boleh merancang aktiviti pengajaran dalam menyampaikan konsep dengan cara yang efektif. Murid juga boleh menggunakan bahan tersebut untuk memahami konsep dan kemahiran dengan lebih seronok dan mudah difahami. Memotivasikan murid merupakan antara komponen yang terdapat di dalam pengurusan murid. Pihak sekolah seharusnya memberikan peranan yang lebih dalam memotivasikan pelajar kerana sekiranya murid di sekolah tersebut kebanyakannya mempunyai masalah emosi atau tidak mempunyai semangat untuk belajar. Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat dijalankan terhadap murid dalam memotivasikan mereka. Jika pihak sekolah tidak mengambil sebarang tindakan sama ada mengadakan aktiviti atau program untuk memotivasikan murid maka murid yang berjaya dalam bidang akademik tidak dapat dilahirkan. Bagi memotivasikan pelajar, guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti atau program iaitu dengan memberi khidmat kaunseling atau konsultasi kepada murid, mengadakan seminar atau program motivasi dengan menjemput

penceramah luar di samping bimbingan kerohanian dan psikososial yang dapat membantu murid untuk mengembangkan potensi diri.

5.3 MENGURUS REKOD PELAJAR 5.3.1 Pengenalan Mengurus rekod murid boleh didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Hal ini menandakan bahawa mengurus rekod murid adalah satu perkara yang perlu dilakukan supaya maklumat yang berkaitan dengan murid dapat disusun dan disimpan dengan teratur, cekap dan selamat dari perkara-perkara yang akan memusnahkannya. Jika ini terjadi pastinya memberi kesan yang mendalam kerana data berkenaan murid amat diperlukan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sebelum aktiviti rekod ini berlaku pentaksiran perlu dilakukan. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Perkara ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan dan dilaksana secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara tidak langsung, hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya dapat membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. 5.3.2 Kepentingan Mengurus Rekod Mengurus maklumat murid dengan baik adalah penting. Hal ini kerana, secara tidak langsung dapat membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah. Bilik darjah merupakan antara medium yang penting dalam berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Jika bilik darjah berada dalam keadaan selesa maka guru dapat menyampaikan ilmu dengan jayanya. Keadaan ini ditambah lagi apabila guru memiliki maklumat berkenaan murid secara tidak langsung guru dapat menggunakan kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh anak didiknya

Hal ini penting supaya murid tersebut tidak tercicir dalam akademik serta tidak bersikap rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Oleh itu. berpengetahuan dan berkemahiran. Selain itu.untuk mempertingkatkan dan memperkasakan kaedah pengajaran supaya cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai dengan berkesan. Maklumat sebegini dapat membantu guru dalam pengurusan bilik darjah. pekerjaan ibu bapa. ponteng kelas atau sekolah. tidak melaksanakan kerja rumah atau menunjukkan masalah tingkah laku yang lain serta rawatan penyakit atau kecemasan boleh diberi kepada murid ketika di sekolah. Guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka kurang sihat. pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut. maklumat peribadi murid-murid dapat membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Pihak sekolah juga akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Keadaan ini berikutan segala maklumat telah direkodkan akan dirujuk jika pihak yang berkaitan ingin melihatnya. maklumat ini juga memberi peluang kepada guru kelas menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang anak muridnya. Tambahan pula. keputusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun . Hal ini bermakna ibu bapa dapat mengetahui keadaan sebenar anak mereka dan tidak akan berlaku kecurangan dari pihak murid seperti menipu ibu bapa. Murid-murid yang menghadapi masalah kewangan akan sentiasa dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di sekolah. Selain itu. berfikiran kreatif dan kritikal memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan. rekod yang mengandungi catatan atau komen guru mata pelajaran serta markah purata membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya. Walau bagaimanapun. khususnya dalam mewujudkan psikososial yang sihat. alamat rumah dan nombor telefon perlu ada dalam rekod peribadi murid-murid. maklumat seperti nama ibu bapa atau penjaga. berdikari. Seterusnya. misalnya bantuan dari segi kewangan. melalui maklumat peribadi murid juga dapat memaklumkan kepada guru tentang keperluan murid-murid lain. Hal ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang. Di samping itu.

Selain daripada persekitaran yang kondusif. Perkara ini penting supaya kesukaran yang dialami oleh murid dapat dibantu dan secara tidak langsung murid-murid akan berasa tertarik untuk belajar. Hal ini membolehkan ibu bapa menasihati. pengurusan pentaksiran dan sumber maklumat murid mempunyai implikasi ke atas proses pembelajaran di dalam biik darjah. Secara tidak langsung. bagi murid yang sering tidak hadir guru boleh mengambil tindakan menghubungi ibu bapa murid tersebut dan secara tidak langsung jika semua perkara ini dilaksanakan dengan telus sudah pasti gejala sosial yang semakin meruncing dapat dikurangkan sedikit demi sedikit dan matlamat untuk mencapai negara maju 2020 akan tercapai dengan jayanya bak kata pepatah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju didunia. Keadaan ini berikutan maklumat diri murid yang terdiri daripada pelbagai macam dapat diubahsuai dengan mangikut kesesuaian keadaan diri murid-murid itu sendiri.dicatat dalam Buku Laporan. guru boleh mengesan murid yang ada masalah kehadiran atau kelewatan dan membantu guru memperoleh tren kehadiran muridnya. Buku ini mencatat kehadiran murid pada setiap hari persekolahan. Buku Laporan juga mengandungi catatan atau komen oleh setiap guru mata pelajaran tersebut. Dengan itu. membimbing anak-anak mereka dan juga bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu anak ini. maklumat ini mesti sentiasa dikemaskini dan disimpan dalam keadaan yang baik dan mudah diperoleh apabila diperlukan. Sehubungan dengan itu. Maka. Hal ini bermakna rekod yang ada dapat dijadikan sumber rujukan dalam membuat keputusan. . kesepakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat dijalinkan dan mengetahui segala tindak tanduk anak-anak ketika berada di sekolah. Buku ini membantu memaklumkan kepada guru bilangan murid di dalam sesebuah kelas dan jika ada murid yang berpindah keluar atau masuk atau murid tercicir daripada kelas tersebut. Buku kedatangan murid juga merupakan salah satu lagi rekod rasmi murid.

Misalnya. merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu secara huraian. murid yang ingin diperhatikan tidak perlu ditentukan dan mengenal pasti kepentingan peristiwa yang berlaku serta signifikan kepada aspek perkembangan murid. 5. apa. perincian dan pertimbangan yang praktikal. bila. Justeru. kemajuan dan pencapaian murid. Pemilihan rekod yang sesuai merupakan aspek terpenting untuk memastikan rekod yang disimpan mempunyai ciri-ciri yang menepati kriteria penilaian yang bakal dibuat ke atas rekod. Selain itu. antara perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum melaksanakan rekod ke atas tingkah laku murid adalah tujuan. di mana rekod-rekod ini mengaplikasikan teknik merekod secara cerita atau naratif.3. kebolehan.4. setiap pemerhatian perlu ditulis secara objektif dan perkara-perkara yang ditulis mestilah .4 Kaedah Merekod 5.3 Merekod Maklumat Merekod dapat didefinisikan sebagai aktiviti mencatat maklumat secara bersistematik berkaitan dengan perkembangan.3. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menulis rekod anekdot adalah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.4. Oleh yang demikian. Rekod anekdot merupakan rekod yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa dan berbentuk catatan ringkas yang merekodkan satu kejadian atau tingkah laku yang penting.2 Rekod anekdot Kebiasaannya merekod maklumat secara huraian melibatkan penggunaan rekod anekdot dan rekod berterusan. siapa dan tujuan atau objektif peristiwa tersebut berlaku. guru mempersoalkan di mana.1 Naratif 5. mengira masa dan menghitung jumlah serta mencatatkan maklumat secara kesimpulan atau pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu perkara. rekod ini akan menerangkan sesuatu peristiwa yang dicatatkan secara berperingkat dan diterangkan secara fakta dengan menimbulkan pelbagai persoalan bagi menceritakan peristiwa tersebut.5. aspek. bagaimana.3. Secara umumnya.3.

tempat. tiada panduan yang perlu diikuti dalam melaksanakan rekod ini. Namun. cadangan dan tindakan yang diambil oleh guru. peristiwa yang berlaku. kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang diperoleh murid. pemerhati berkemungkinan lupa tentang perkara tersebut atau salah mencatatkan fakta mengenai peristiwa tersebut. Setiap persoalan yang timbul mengenai peristiwa atau tingkah laku yang ingin direkodkan dapat diterangkan oleh guru dengan menggunakan perkataan iaitu dalam bentuk ayat atau menggunakan gambar. tarikh. ulasan guru. rekod anekdot digunakan untuk merekod kejadian yang tidak diduga dan mencatatkan tingkah laku yang diperlukan. Justeru. maka guru akan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid keluar daripada permasalahan yang dihadapinya. Jika sesuatu peristiwa yang berlaku memerlukan campur tangan guru. Kadangkala catatan peristiwa yang direkod sukar untuk dianalisa oleh orang lain. Kebiasaannya. Persediaan alat tulis dan buku kecil atau helaian kertas di tempat yang mudah dicapai amat penting agar guru dapat mencatatkan peristiwa yang berlaku dengan serta-merta. masa. Antara kebaikan penggunaan rekod anekdot adalah tidak memerlukan latihan dan guru boleh menulis apa-apa sahaja yang diingininya. Sesuatu rekod harus mengandungi maklumat tentang nama murid. Contoh Rekod Anekdot Nama : Muhammad Munir Bin Mohtar Umur : 6 Tahun Kelas : Pra Bestari . Hal ini kerana pencatat mencatatkan peristiwa yang berlaku terlalu ringkas sehinggakan tidak mempunyai gambaran peristiwa yang lengkap.menggambarkan perkembangan bahasa dan literasi. sekiranya pemerhati tidak mencatatkan peristiwa yang berlaku dengan segera. pola interaksi sosial. Selain itu. sesiapa sahaja boleh melakukan rekod anekdot.

Hazeem. Faris. Selain itu. dia juga mempunyai sifat interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik berbuat demikian. Tiba-tiba. Munir menyuruh Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal berlari menuju ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang beratur tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Ulasan Guru: Munir memiliki sifat empati pada rakan. . dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Kelihatan Munir. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. tangannya sakit. Haikal dan Faris pun bersalam.35 Pagi Tempat : Taman Permainan Prasekolah Nama Guru : Puan Zailani Binti Zakaria Peristiwa yang diperhatikan: Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Haikal kelihatan mengangguk-angguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Cadangan: Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula peristiwa yang berlaku di hadapan rakan-rakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang lain.Tarikh : 22 Februari 2009 Masa : 8. Tambahan pula. cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran. Munir dengan segera membangunkan Faris. Katanya.

4.Lazimnya. semasa merekod guru perlu menjauhkan diri daripada murid-murid agar tidak diganggu oleh mereka.3. Oleh sebab itu. rekod berterusan memberi makna yang besar untuk murid dalam memperlihatkan kemampuan dan kejayaan yang mampu mereka capai. rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perbuatan dan percakapan murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Oleh yang demikian. Di samping itu. urutan masa yang ditetapkan adalah di antara lima minit sehingga sepuluh minit. setiap perkara boleh dicatat tetapi mesti berpandukan masa manakala. Rekod yang dicatatkan hendaklah tepat dan padat serta setiap perlakuan mestilah dicatatkan dengan jelas mengikut urutan. Sekiranya pemerhatian dilakukan secara berkumpulan. guru dapat merekodkan setiap perkara yang disukai oleh guru kerana rekod berterusan merupakan satu bentuk rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada sesuatu peristiwa sahaja.3 Rekod Berterusan Rekod berterusan adalah suatu catatan terperinci mengenai sesuatu kejadian mengikut urutan masa. data yang direkodkan sukar untuk ditentukan ketepatan peristiwa yang berlaku dengan masa yang dicatatkan. Catatan rekod jenis ini akan diulang beberapa kali dan dicatatkan secara berterusan. Prosedur untuk melaksanakan rekod ini adalah dengan memfokuskan kepada murid yang diperhatikan. Setiap hasil kerja atau perubahan yang berlaku pada murid dapat dikenal pasti dengan kadar yang segera. guru dapat lakukan pemantauan dan pemerhatian tanpa perlu mempunyai kemahiran pemerhatian yang khusus. Justeru. memastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian dan merekodkan setiap perkara yang dilakukan oleh murid secara terperinci.5. dari sudut pemerhatian. Percanggahan data akan berlaku dan ini menyebabkan guru sukar untuk . Rekod berterusan amat membantu ibu bapa dan guru dalam memahami perkembangan potensi murid. Secara ringkasnya. Sekiranya guru dan ibu bapa prihatin dan sentiasa memberi galakan kepadanya untuk membuat yang terbaik secara tidak langsung keazaman. Rekod berterusan memerlukan guru peka dengan perubahan masa. kepercayaan diri dan keyakinan diri murid akan meningkat.

Minah. tentu lebih ringan.10. Noni dan Milah di hujung sini. OK..10 pagi Nama Guru : Puan Sofia Pemerhatian rakannya. Rozi duduk di hujung sana. Ainon : Ya betul. Ainon memanggil rakan-rakannya. Dia bangun dan mengatakan ³Penatlah main pasir. sebab saya dua-dua kurus. Menunjukkan Ainon : Janganlah berebut-rebut Liza : Saya pun nak naik juga Ainon : Gilir-gilirlah.ya! Milah : Saya tak boleh dengan Noni. jom main jongkang jongkit. Contoh Rekod Berterusan Nama : Ainon Bakar Umur : 6 tahun Tarikh : 26 September 2002 Masa : 10. nanti tak sama Memahami konsep matematik kerjasama sifat toleransi dan Ulasan Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa orang Ada ciri kepimpinan . Masa yang banyak akan diperlukan dalam menyiapkan laporan rekod.00 . nanti tak sama.merekod semua kejadian yang berlaku secara terperinci. Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit itu.

Di samping itu. tolong duduk depan Noni. Setiap item hendaklah disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. kemahiran.5. sikap dan kebolehan. Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah menyediakan senarai semak lebih awal daripada pemerhatian dibuat. Tambahan pula. borang senarai semak tidak perlu dilengkapkan dalam masa sehari dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tetapi. jangka masa dan keterangan tentang tingkah laku. Senarai semak sesuai untuk digunakan menilai tingkah laku yang mudah dalam konteks semula jadi dan hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai tersebut. dapat diperhatikan dan kekerapan tingkah laku tersebut berlaku. Senarai semak adalah satu senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan. Senarai semak mudah untuk digunakan kerana guru hanya perlu menanda serta banyak maklumat yang dapat diperolehi melalui kaedah ini. Senarai item yang akan disediakan adalah untuk mengkaji dan menentukan sama ada masa tingkah laku yang berlaku. Hah. baru sama berat. Som pun kurus.Rozi : Tak mau. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas sahaja tanpa huraian yang panjang. time sampling dan senarai semak. senarai semak kurang melibatkan maklumat mengenai kekerapan.3. saya nak duduk dengan Minah juga. item-item yang terdapat dalam borang senarai semak adalah terhad dan perlu ditafsir dengan berhati-hati agar maklumat yang ingin disampaikan dapat dikenal pasti. Memahami konsep keseimbangan 5.1 Senarai Semak Cara merekod berdasarkan masa dan menghitung jumlah masa adalah melibatkan kaedah event sampling. Ainon : OK.3.5 Mengira Masa dan Menghitung Jumlah 5. Guru perlu . Guru akan menandakan (¥) atau cara lain mengikut arahan dalam borang senarai semak.

senarai semak tidak sesuai untuk digunakan. Hal ini kerana senarai semak tidak menunjukkan darjah kemajuan atau hasil pembelajaran dan tingkah laku murid. Komponen: Bahasa dan Komunikasi Nama murid: «««««««««««««««. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu. Contoh Senarai Semak Komponen: Bahasa dan Komunikasi Nama murid: «««««««««««««««. sebutan yang y Tidak ramai kawan y Sudah boleh berbual semasa berkongsi bahan y Berinteraksi secara sopan bertatasusila dan y Apabila disoal.. HASIL PEMBELAJARAN 1. Sekiranya guru ingin melihat peningkatan pencapaian murid. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu.. beliau menjawab dengan satu y Sudah mula menggunakan ucapan terima kasih dan y y Yakin apabila bercakap Sebutan jelas y Sudah ramai kawan ULASAN /TARIKH 13/1/2001 ULASAN /TARIKH 16/5/2001 ULASAN /TARIKH 18/10/2002 .melaksanakan pemerhatian beberapa kali untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Kelas:«««««« Arahan: Sila tandakan (_/ ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Kelas:«««««« Arahan: Sila tandakan (_/ ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Berinteraksi dengan mesra y Berbual menggunakan bahasa yang mudah dan betul.

guru akan merekod perkara tersebut sahaja secara khusus.3. maklumat yang diperolehi akan kurang lengkap dan sekiranya merekod mengenai sesuatu perkara. Justeru. berkemungkinan guru akan tertinggal untuk merekod tingkah laku yang sangat berguna.5. Memandangkan hanya cacatan ringkas yang dicatatkan semasa merekod. Maklumat yang direkod menggunakan event sampling lebih mudah untuk dianalisa dan lebih objektif atau bermatlamat.3. Ini kerana guru mengetahui tempoh masa yang akan digunakannya dalam merekod tingkah laku yang ingin dikajinya. Kaedah ini amat bersesuaian dalam merekod serta mengkaji kekerapan tingkah laku yang berlaku. pembaziran masa dapat dielakkan dan hasil rekod pemerhatian lebih bermatlamat kerana guru akan mengkaji serta memantau terlebih dahulu tentang tingkah laku yang ingin dikaji beserta jangka masa tingkah laku tersebut berlaku. . Kawalan masa secara berhemah dapat menjimatkan masa yang yang digunakan dan pemerhatian yang dilakukan lebih terkawal.5. 5.3 Time Sampling Time sampling adalah merekod kekerapan tingkah laku dalam masa yang ditetapkan dan tingkah laku yang dikaji adalah nyata dan kerap berlaku. Hal ini kerana guru akan memfokuskan perhatiannya terhadap tingkah laku yang ditetapkan tanpa menghiraukan perubahan-perubahan yang berlaku di persekitarannya. Apabila guru telah menetapkan rekod tingkah laku yang diinginkan. guru dapat menetapkan tempoh masa yang akan digunakan agar bersesuaian dengan kekerapan tingkah laku berlaku. Daripada pemantauan tersebut.dua patah perkataan ³tolong´ 5.2 Event Sampling Manakala event sampling merupakan satu catatan ringkas tentang keadaan sebelum dan selepas sesuatu tingkah laku berlaku.

Skala yang digunakan boleh dinyatakan dalam gred atau angka.5.7 Pemerhatian Pemerhatian perlu dilaksanakan terhadap murid-murid di dalam bilik darjah bagi melihat aktiviti yang dijalankan. Hal ini penting supaya guru dapat menilai perkembangan yang dilalui oleh murid-murid dalam pertumbuhannya. Walaupun kaedah ini berbentuk tertutup iaitu hanya merekod tingkah laku yang khusus sahaja namun mudah untuk guru memberikan skor. Contohnya. Ketekalan boleh didefinisikan sebagai konsisten atau sesuatu yang tidak berubah-ubah.6 Pertimbangan menggambarkan sesuatu Guru akan memilih kaedah rekod skala kadar sekiranya ingin merekodkan maklumat tingkah laku secara kesimpulan atau pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu tingkah laku yang dikaji. Daripada sini boleh dilihat bahawa matlamat yang mahu ditekankan adakah murid dapat memberi jawapan yang sama untuk soalan yang sama pada hari yang berbeza. Walau bagaimanapun. jawapannya adalah tujuh. Pemerhatian melalui kaedah ini juga secara tidak langsung rekod yang didapati akan menunjukkan tingkah laku yang positif dan negatif tetapi menyukarkan guru untuk membezakan mata dalam skala. Selain itu. Temuduga ini dilakukan semasa murid menjalankan aktiviti.3. Skala kadar digunakan bagi merekod kadar tingkah laku seseorang murid dan sesuai digunakan untuk mengkaji murid yang mempunyai tingkah laku yang sama pada masa yang sama. Keesokannya. Skala ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Aspek kedua yang ditekankan adalah ketepatan iaitu adakah murid menjawab soalan dengan betul. Guru akan menilai kemahiran dan pencapaian murid berdasarkan skala. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah ketekalan. Kaedah ini mudah dan menjimatkan masa kerana dapat merekodkan beberapa tingkah laku yang melibatkan beberapa orang murid dalam satu masa. guru tersebut mengulang jenis soalan yang sama iaitu 2 + 5 bersamaan dengan berapa. 5. dalam konteks tadi. Temuduga berstruktur merupakan contoh pemerhatian yang boleh dilaksanakan. guru menanyakan soalan berkenaan matematik seperti 3 + 4 bersamaan dengan berapa. terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika sesi temuduga dijalankan. semasa murid sedang bermain bersama rakannya.3. kejelasan juga .

Sebagai contoh ulasan guru adalah baik. tindak balas yang diberikan termasuk dalam senarai jawapan yang lengkap. Guru perlu memberikan ulasan terhadap setiap hasil kerja murid setelah dianalisis dan dinilai. penentuan kriteria pemilihan isi . hasil kerja terpilih murid. Melalui data yang terdapat dalam portfolio. kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid serta kejayaannya ketika bersama-sama rakan-rakan yang lain. Justeru. gambaran secara realistik tentang kemampuan murid dapat diperolehi daripada terlalu bergantung kepada penilaian secara ujian. Setiap koleksi kerja murid yang dipilih harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid terutamanya ketika pemilihan isi kandungan. Kebiasaannya catatan yang dibuat oleh guru menggambarkan tahap pencapaian murid. Perkara ini perlu kerana perkara tersebut dapat menilai perkembangan murid berdasarkan jawapan yang diberikan. Portfolio menyediakan medium asas untuk menilai perkembangan murid dan panduan untuk merangka pembelajaranyang seterusnya. 5.dititikberatkan dalam temuduga berstruktur ini. usaha. perkongsian portfolio dengan ibu bapa murid atau penjaga murid amatlah penting agar mereka dapat mengetahui dengan jelas mengenai perkembangan dan kemajuan anak mereka.8 Portfolio. tujuan diwujudkan portfolio adalah untuk merekodkan pengalaman. Justeru. Setiap maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang dilakukan secara sistematik akan disimpan dalam portfolio. pemilihan setiap hasil kerja perlulah dibuat oleh guru bersama-sama murid. rekod peribadi murid serta rekod perkembangan dan kemajuan murid. portfolio adalah satu fail. Antara kandungan portfolio adalah pelaporan perkembangan murid. Setiap hasil kerja yang terpilih menunjukkan peningkatan dalam pencapaian. teruskan usaha dan telah berjaya membuat bulatan. Antara hasil kerja murid adalah lukisan. binaan yang disempurnakan. Jika dilihat secara fizikal. tulisan. Portfolio merupakan himpunan bukti atau keterangan yang dikumpul berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Justeru. Keadaan ini bermakna respon atau tindak balas yang diberi oleh murid jelas dan boleh diterima. kotak atau disket komputer yang menyimpan bukti dan maklumat murid. cerita yang ditulis dan buku skrap. Di samping itu. Hasil kerja murid perlu dipilih dan dinilai daripada setiap komponen sekurangnyakuranya dua bulan sekali.3.

Malah. guru akan menggunakan rekod maklumat peribadi murid untuk mendapatkan nombor telefon ataupun alamat rumah. Rekod ini berbentuk ulasan mengenai item-item yang telah dibina menerusi hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Rekod maklumat peribadi murid amat penting bagi guru. maklumat daripada hasil kerja murid juga dapat membantu guru memahami murid dari segi sikap. pihak sekolah dan guru serta tindakan susulan yang diambil daripada cadangan atau hasil maklumat yang diperolehi. Laporan akan dicatatkan dalam rekod kemajuan murid sekurangkurangnya tiga kali. Manakala untuk murid bermasalah dari segi kesihatan.3. Jika berlaku sesuatu hal kecemasan. komunikasi. Rekod perkembangan dan kemajuan murid adalah rumusan yang dibuat oleh guru berdasarkan maklumat yang telah dikumpul dan dianalisis berkaitan dengan perkembangan diri murid secara keseluruhan dan spesifik. pengetahuan dan amalan-amalan nilai murni. hubungan antara murid dan guru dapat dieratkan. Melalui pemilihan hasil kerja ini. Justeru. tindakan susulan merupakan tindakan untuk membantu murid meningkatkan lagi potensi dan prestasi diri serta mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak . guru perlu memastikan maklumat yang diperolehinya adalah tepat dan terkini.kandungan.9 Melapor Pelaporan dapat didefinisikan sebagai proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pengetahuan. perasaan dan mengenal pasti tahap kemajuan penguasaan murid berkaitan sesuatu kemahiran. rekod maklumat peribadi murid penting sebagai bahan rujukan untuk guru mengambil tindakan sewajarnya. Maklumat untuk pelaporan kebiasaannya didapati daripada analisis yang dibuat daripada pemerhatian dan pelaporan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan murid. sikap dan pencapaian murid. Secara ringkasnya. 5. pengukuhan dan pengayaan setelah mengenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dilakukan oleh murid. Hal ini kerana rekod tersebut bukan sahaja mengandungi maklumat diri murid malah turut mengandungi maklumat keluarga murid dan maklumat fizikal. kemahiran. nilai. Tindakan susulan dapat ditarifkan sebagai aktiviti bimbingan. Rekod kemajuan murid merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid dan pencapaiannya dari segi kemahiran. sikap dan kreativiti.

pengguna hanya boleh memasukkan data di dalam komputer pelanggan yangmempunyai sistem LAN. maklumat bukan sahaja dapat dikemaskini secara atas talian malah dapat menggunakan data yang terkini untuk sebarang kegunaan. Sistem Pengurusan Kokurikulum. guru turut akan memberikan aktiviti pengayaan berkaitan soalan yang lebih mencabar untuk menguji tahap pemahaman murid. Sistem Merit Demerit. Sebagai guru yang memegang amanah. pakar perubatan atau pihak-pihak yang berkenaan. Sistem Pengurusan Peperiksaan. guru perlu meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. . pihak kerajaan telah mula memperkenalkan aplikasi komputer dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian.3. Sistem ini terdiri daripada Sistem Maklumat Murid Berkomputer. 5. guru perlu memastikan semua maklumat berkaitan dengan murid adalah sulit. segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak tertentu sahaja seperti ibu bapa. rekod tersebut tidak boleh dipamerkan sewenang-wenangnya kepada umum. Urusan-urusan seperti menganalisis enrolmen murid dapat diperoleh dengan pantas. menyelesaikan masalah matematik berdasarkan topik yang telah diajarkan oleh guru pada hari tersebut. Setelah diberikan bimbingan. guru besar. Setiap sekolah perlu mempunyai sistem rangkaian setempat (LAN) yang mana aplikasi menyimpan data akan diinstall di dalam komputer server dan aplikasi memasukkan data pula akan diinstall di komputer-komputer pelanggan yang disambungkan dengan wired atau wireless. untuk memantapkan lagi pemahaman sedia ada murid. Maka kesemua rekod penilaian berkaitan perkembangan dan kemajuan murid perlulah dijaga dengan teliti berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Selain itu. aktiviti pengukuhan akan diberikan kepada murid iaitu sebagai contoh. Sekiranya ingin mengambil gambar dan merakam video murid. Ringkasnya.Sekolah. Aktiviti pengayaan lebih menekankan kepada pemikiran secara kreatif dan kritis.terhimpun. Urusan merekod menjadi lebih mudah dan pantas.10 Kaedah Terkini dalam Mengurus Rekod Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Selain itu. Melalui pengurusan maklumat digital. Sistem yang diperkenalkan ialah E. Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah dan Sistem Laporan Adab Belajar. murid akan dinilai semula untuk melihat tahap penguasaannya berkaitan kemahiran yang telah diajarkan oleh guru.

rekod kedatangan harian dan kemudahan mendaftar untuk murid. Penggunaan sistem yang sistematik dan berteknologi memudahkan urusan guru serta pengurusan sekolah menjadi lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan. Semua maklumat hanya berada di hujung jari. rekod Rancangan Makanan Tambahan. kes kecemasan serta penglibatan mutid dapat diperolehi daripada sistem ini. Sistem ini dibangunkan di peringkat sekolah untuk membolehkan guru menggunakan kemudahan teknologi maklumat atau ICT dalam mengemaskini data dan maklumat dari semasa ke semasa. sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara. Sistem ini bukan sahaja mengandungi maklumat mengenai butir-butir peribadi murid malah turut mencakupi maklumat senarai rekod kesihatan murid. Guru hanya perlu sentiasa mengemaskinikan maklumat murid agar maklumat yang ada adalah maklumat yang terkini. Murid yang layak untuk menerima bantuan dapat dikenalpasti melalui sistem ini tanpa memerlukan guru mengedarkan borang untuk mendapatkan maklumat yang diingini.1 Sistem Maklumat Murid Berkomputer Sistem Maklumat Murid merupakan sistem maklumat murid berkomputer yang diperkenalkan pada tahun 2000. Malah rekod penerima bantun. Di samping itu. sekiranya murid bertukar ke sekolah baru. sistem ini amat memudahkan guru untuk mencari maklumat murid iaitu hanya dengan memasukkan sebahagian nama pada bar carian.10. Setiap urusan berkaitan dengan bantuan seperti biasiswa dapat dilaksanakan dengan segera. anggaran belaja mengurus. Tambahan pula. Selain itu.3. Hal ini kerana maklumat lain telah sedia ada di dalam komputer.5. Justeru. antara kelebihan lain sistem ini adalah nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. guru hanya perlu mengemaskinikan maklumat tentang nama sekolah baru dan alamat baru murid. . Rekod Skim Pinjaman Buku Teks.

10. Jumlah membuat cerapan dalam satu penggal adalah minimum sebanyak 3 kali bagi setiap penggal dan laporan pentaksiran lisan boleh dijana setelah cerapan dilakukan.3. . Tujuan sistem ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban guru membuat kerja-kerja perkeranian terutamanya berkaitan dengan ujian lisan. Hal ini kerana guru boleh memasukkan maklumat yang dikehendaki pada bila-bila masa yang dihendakinya sama ada sebaik sahaja murid melakukan cerapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Rajah 1: Sistem Maklumat Murid 5.2 Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah merupakan salah satu sistem yang berangkaian dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer.

Tujuan sistem ini dilaksanakan adalah untuk memantau prestasi peperiksaan bulanan di sekolah-sekolah. Markah-markah ini akan dicarikan nilai purata dengan setiap ujian telah ditentukan .3 E-pantau E-Pantau merupakan gabungan antara Sistem Maklumat Murid Berkomputer dan Sistem Pengurusan Peperiksaan.3. Untuk mengira TOV. Ujian Pengesanan Awal Tahun diperlukan.Rajah 2: Sistem Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah 5. Dengan kewujudan sistem ini. Sistem ini juga membolehkan sekolah-sekolah menentukan Take-off Value (TOV) setiap murid sebelum melaksanakan Expected Target Result (ETR). bebanan guru untuk membuat analisis tahap pencapaian murid dalam ujian dan peperiksaan dapat diringankan. Ujian Akhir Tahun Lepas.10. markah-markah Ujian Pertengahan Tahun Lepas. Ujian Sebenar Akhir Tahun semasa.

murid dengan bimbingan guru akan menetapkan ETR. Maka setiap kali selesai ujian. Pelbagai strategi akan dirangka oleh guru supaya murid-murid defisit ini dapat diberikan bantuan untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam ujian-ujian OTI yang akan datang. OTI 2. Seandainya hasil perbezaan daripada perbandingan OTI-ATR bernilai positif. Sistem ini juga dapat mengatur markah sasaran Ujian OTI (Operasional Targeted Incrementalisme). sistem ini dilengkapi dengan Sistem Auditan Berteraskan OTI. ini bermakna pembelajaran murid melangkaui target. Sistem Pengurusan Peperiksaan Sistem Pengurusan Peperiksaan mempercepatkan proses keputusan peperiksaan untuk dikeluarkan. Akhir sekali guru hanya perlu menghantar disket data yang dieksport melalui sistem ini untuk digabungkan di peringkat daerah dan negeri. Apabila guru memasukkan markah Ujian OTI 1 iaitu Actual Target Result (ATR) markah ini akan dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Setiap mutid akan cuba mencapai sasaran Ujian OTI 1. Setiap markah TOV dan unjuran OTI akan diproses oleh komputer.pemberatnya. Berdasarkan markah TOV yang diperoleh. Tetapi pengubahsuaian masih boleh dilakukan agar bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Tujuan perbandingan ini dilakukan untuk memastikan markah diperoleh murid melangkau. sistem ini dapat menyenaraikan murid-murid berdefisit besar bagi memudahkan guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan. markah yang didapati oleh murid akan . Nama murid tidak dimasukkan dalam sistem ini kerana dihubungkan dengan Sistem Maklumat Murid. tepat atau defisit. Tindakan susulan akan diambil untuk membaiki tahap pencapaian murid. Guru hanya perlu memasukkan markah-markah ujian dan markah sasaran sahaja (rujuk E-pantau). Justeru. Guru perlu memasukkan markah-markah sahaja dan sistem ini akan mengeluarkan keputusan TOV. Proses ini dikenali sebagai Auditan Hasilan Berteraskan OTI (AHBOTI). 1. Sekiranya bernilai 0 bermakna berjaya mencapai target yang ditetapkan dan nilai negatif menunjukkan murid gagal mencapai target. Secara tidak langsung. Malah sistem ini juga akan mencadangkan ETR untuk setiap murid. OTI 3 dan seterusnya.

Kebiasaannya kesilapan data yang diberikan sekolah dapat dikesan di peringkat daerah.dibandingkan dengan markah OTI yang telah ditetapkan. Sekiranya berlaku defisit. Proses ini dikenali sebagai pembetulan. Proses ini akan dilakukan dari satu ujian ke satu ujian sehingga ke ujian yang terakhir iaitu sama ada peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan awam. Maka ketepatan analisis amat bergantung kepada kesempurnaan data yang diperolehi. auditan akan dilakukan untuk mengesan kelemahan murid agar pengukuhan atau bimbingan yang sesuai dapat diberikan. Sistem ini bukan sahaja berperanan mengumpul data tetapi juga mengeluarkan analisis ujian. . Rajah 3: Sistem Pengurusan Peperiksaan 2. Sistem Kutipan Data Peperiksaan Sistem kutipan data peperiksaan yang diguna di sekolah-sekolah ialah Sistem Pengurusan Kawalan Auditan Hasilan Berteraskan OTI.

4 Sistem Laporan Adab Belajar Sistem Laporan Adab Belajar mula dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari 2004 ekoran daripada cadangan daripada Kementerian Pendidikan (2003) untuk menilai murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah mereka perlu dinilai secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku. kekuatan serta kelemahan anak mereka. Kebiasaannya guru akan memaklumkan kepada .Rajah 4: 3 Sistem Kutipan Data Peperiksaan 5. Penilaian ini dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat melahirkan muid yang seimbang sama ada dari segi jasmani. rohani. Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah sebagai medium untuk melaporkan dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap setiap murid.10. emosi. Kesibukan ibu bapa bukanlah penghalang lagi dalam mengambil tahu tentang potensi.3. intelek dan sahsiah.

Manakala sikap merujuk kepada kemahuan untuk belajar dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi sama ada dari segi akademik. Segala maklumat berkaitan dengan kerja kelas. . maka guru boleh mencatatkan terlebih dahulu adab murid di dalam Buku Rekod Mengajar untuk digunakan sebagai rujukan semasa ingin membuat Laporan Adab Belajar. Memandangkan guru perlu melaporkan dalam sistem yang menggunakan teknologi komputer. ibu bapa dapat berinteraktif bersama-sama guru kelas dan guru bagi setiap mata pelajaran. Kerja kelas merupakan kerja atau penglibatan murid dalam aktiviti atau ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun semasa berada di sekolah. kokurikulum dan sebagainya. Laporan yang dibuat oleh guru kelas perlulah meliputi tentang profil murid berkenaan iaitu dari segi kedatangan dan pencapaian akademiknya. Guru akan mencatatkan serta memberi komen mengenai kualiti kerja yang dihasilkan oleh murid. Sekiranya guru tidak mencatatkan di mana-mana. kegiatan dan pencapaian kokurikulum turut perlu dimasukkan dalam laporan. Manakala guru mata pelajaran akan melaporkan prestasi atau pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diajarkan oleh mereka. Laporan berkenaan akan dilaporkan mengikut tahap atau kualiti serta jangka masa yang telah ditetapkan. Kelakuan merupakan tingkah laku seseorang murid dalam semua situasi sama ada ketika berada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Menerusi pengenalan sistem ini. pastinya setiap orang akan mengatakan bahawa kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. berkemungkinan guru akan lupa tentang perkara yang ingin dicatatkan. Guru juga akan melaporkan di dalam sistem sekiranya murid tidak menyiapkan atau sebaliknya. guru akan berbincang dengan ibu bapa cara yang terbaik untuk membantu perkembangan murid. kelakuan dan sikap turut akan dilaporkan dalam sistem ini. Hal ini kerana guru-guru tersebut banyak meluangkan masa bersama murid semasa waktu persekolahan dan seterusnya dapat memahami tingkah laku serta perangai murid berbanding guru lain.ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun dan sekiranya perlu tindakan susulan. Di samping itu. Apabila memperkatakan tentang sikap dan kelakuan. Laporan Adab Belajar hanya boleh dilakukan oleh guru kelas dan guru bagi setiap mata pelajaran. kerja rumah.

10. Untuk memudahkan kerja guru. Rajah 5: Sistem Laporan Adab Belajar 5. Setiap kesalahan .5 Sistem Pengurusan Disiplin Sistem Pengurusan Disiplin juga dikenali sebagai Sistem Merit Dimerit. guru dapat menggunakan maklumat daripada sistem ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik dan seterusnya dapat menimbulkan minat murid untuk mengikuti pengajaran yang diajarkan. Di samping itu. Kelemahan murid dalam sesuatu bidang juga mudah untuk dikenalpasti oleh guru dan memudahkan guru untuk memberikan pengukuhan serta bimbingan sekiranya diperlukan oleh murid.3.Antara kelebihan sistem ini adalah dapat membantu guru dan ibu bapa dalam mengikuti serta melihat dengan jelas Peringkat Formatif dan Peringkat Perkembangan murid dalam semua bidang. sistem ini dihubungkan dengan nama-nama murid di Sistem Maklumat Murid Berkomputer. Tujuan mewujudkan Sistem Pengurusan Disiplin adalah untuk merekodkan kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid.

menandatangani surat perjanjian. dia telah diberikan dimerit sebanyak 3. Di samping itu. memberikan khidmat kaunseling dan akhir sekali jika murid masih tidak berubah. Maka dari jumlah markah keseluruhannya iaitu 40 markah akan ditolak dengan 3. Antaranya adalah Program Sistem Penalti dan Pengurusan Disiplin Konvensional. Justeru. Selain itu. Sebagai hukuman. Untuk menambahkan kembali markahnya. Murid akan diberikan 40 markah setiap tahun dan markah ini perlulah dijaga oleh murid untuk memastikan rekod disiplin murid bersih daripada pungutan markah dimerit. . sekiranya markah merit lebih banyak daripada markah dimerit. menghubungi ibu bapa atau penjaga. tindakan buang sekolah akan diambil. Sebagai contoh. bentuk tindakan yang lain adalah seperti guru memberikan amaran. Murid yang markah dimeritnya berkurangan sehingga 10 markah. Hal ini kerana sekiranya murid melanggar peraturan sekolah markahnya akan berkurangan. Selain itu. merotan. Ali telah ditangkap ponteng kelas oleh guru disiplin. Bilangan hukuman rotan atau gantung persekolahan adalah bergantung kepada markah yang sentiasa berkurangan sehingga kepada tindakan buang sekolah sekiranya markah 40 yang diberikan pada awal tahun tidak mempunyai baki lagi. ini menunjukkan guru berjaya mengawal tingkah laku murid untuk berkelakuan baik. membuat kerja khidmat sosial. murid perlu melakukan sumbangan seperti membantu guru untuk mendapatkan markah tambahan. Namun. sistem ini dapat dibahagikan kepada beberapa kaedah pengurusan disiplin. tindakan akan diambil dengan menghantar surat makluman kepada ibu bapa. Program Sistem Penalti lebih mirip kepada Sistem Merit Dimerit yang menguruskan disiplin murid menggunakan mata penalti untuk setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid. Jumlah markah yang tinggal kini hanyalah sebanyak 37. Ali perlu melakukan kerja sumbangan seperti membersihkan makmal sains atau membantu guru. Kerjasama antara guru disiplin dengan semua guru amatlah penting agar setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid dapat dikenalpasti dan tindakan yang sepatutnya dapat diambil. guru boleh mengenakan hukuman rotan terhadap murid tersebut. Setiap markah akan dikira dan dianalisis oleh komputer.disiplin yang dilakukan ada markah demeritnya dan begitu juga sekiranya murid melakukan sumbangan.

Guru Besar dan guru-guru tentang bentuk tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin agar hukuman yang diambil tidaklah secara membuta tuli. Di samping itu. Penyelarasan bentuk tindakan salah laku disilin dapat menghindarkan daripada timbulnya isu masalah dari segi perundangan. murid juga akan mengetahui setiap jenis kesalahan disiplin dan mata penalti yang telah dikenakan terhadapnya. ibu bapa akan lebih jelas dengan kehendak Jabatan Pendidikan Negeri tentang tindakan yang tidak dibenarkan di srkolah serta bentuk hukuman yang akan diambil ke atas anak mereka sekiranya melanggar peraturan sekolah. Selain itu. Dengan kewujudan sistem ini diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar serta kondusif.Guru dapat menggunakan buku kawalan untuk mencatat setiap kesalahan tingkah laku murid sebelum merekodkan dalam Sistem Pengurusan Disiplin atau dicatatkan dalam kad penalti murid yang disimpan oleh guru disiplin. Rajah 5: Sistem Pengurusan Disiplin . Program Sistem Penalti dilaksanakan bertujuan untuk memberikan panduan kepada Pengetua.

1.Jadual 1: Pelan Tindakan Program Sistem Penalti Bil. 20 4. Mata penalti 5 10 y y y y y y y y y y y y y y y Langkah/hukuman Amaran Khidmat sosial Hubungi ibu bapa/penjaga Rotan satu kali Surat amaran Mengisi borang pengakuan pelajar Rotan dua kali Surat amaran Mengisi borang pengakuan pelajar Sesi kaunseling Hubungi ibu bapa/penjaga Rotan tiga kali Surat amaran Mengisi borang pengakuan pelajar Menandatangani surat perjanjian Surat pemberitahuan (pertemuan dengan ibu bapa/penjaga) Gantung sekolah Menandatangani surat perjanjian Sesi kaunseling Buang sekolah 3. 40 y y y y y 6. 2. 50 . 30 5.

sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.10 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Secara umumnya. Sistem tersebut dijalankan sebagai usaha untuk membangunkan sistem yang akan menggalakkan murid mencintai ilmu di samping dapat membangunkan budaya persekitaran kurikulum yang mantap tanpa perlu diberi keutamaan terhadap peperiksaan.3. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh yang demikian. diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan. Antara tujuan lain pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah untuk mengurangkan mata pelajaran dalam peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). . pekerjaan dan urusan harian. Pentaksiran Berasaskan Sekolah perlu dirancang. Bagi mata pelajaran yang tidak terkandung dalam peperiksaan awam. mata pelajaran tersebut akan diuji di peringkat sekolah. Sebenarnya tanpa mengira di peringkat mana pentaksiran atau ujian dijalankan mata pelajaran tersebut sama penting dan memainkan peranan penting dalam kecemerlangan akademik. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk format pentaksiran. Maka jelaslah di sini bahawa pelaksanaan sistem ini bukanlah untuk memansuhkan sistem peperiksaan sedia ada. Pentaksiran Berasaskan Sekolah di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dapat dibahagikan kepada bentuk projek. penguasaan kemahiran ini amatlah penting dalam menyediakan murid untuk berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin mencabar.5. kerja kursus. Sebagai contoh. selaras dengan matlamat kurikulum bahasa sekolah menengah iaitu untuk melahirkan murid yang berketerampilan dalam berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah serta modul (Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR 2007). Tetapi ini tidak bermakna bahawa mata pelajaran tersebut tidak penting.

Sebagaimana yang diketahui.10. matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat kesetiaan terhadap negara dan jati diri sebagai seorang warganegara Malaysia. Justeru. Justeru. kemahiran-kenahiran tersebut dapat dipertingkatkan terutamanya kemahiran mendengar serta bertutur. untuk mahir dalam sesuatu bidang terutamanya bidang bahasa memerlukan latihan yang banyak serta berterusan. Maka untuk menilai atau mengukur penguasaan murid dalam matapelajaran ini.5.1 Cara Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Setiap mata pelajaran mempunyai matlamat yang berbeza dalam merealisasikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. murid perlu membiasakan diri menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan sehariannya. Misalnya. membaca dan menulis. bertutur. melalui pengajaran mata pelajaran tersebut diharapkan keyakinan diri murid semakin bertambah. sentiasa kreatif dan berinisiatif dalam memajukan kehidupan agar selari dengan teknologi yang sentiasa berubah. projek kerja kursus yang diberikan oleh guru perlulah berkaitan dengan penghayatan serta pengetahuan tentang sejarah tanah air dan juga sejarah negara lain. Sebagai contoh. memahami penggunaan teknologi dan ekonomi. Oleh yang demikian. pentaksiran yang sesuai digunakan untuk menilai penguasaan murid adalah melalui tugasan menghasilkan projek kerja kursus. . Manakala bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi. guru akan menilai tahap pemahaman murid menerusi hasil tugasan kerja kursus murid berdasarkan modul-modul yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Arab untuk memberikan penekanan terhadap penguasaan kemahiran mendengar. untuk memperolehi markah pentaksiran yang tinggi. Menerusi instrumen ini. guru akan melaksanakan pentaksiran lisan beberapa kali dalam tempoh setahun. Misalnya.3. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari. Markah yang diberikan kepada projek kerja kursus tersebut merupakan markah murid untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

beramal soleh. Hal ini kerana setiap peserta iaitu guru yang mengikuti seminar tersebut akan dilatih untuk melakukan tugas mereka dengan profesional. agregat dan pangkat atau band. Ini kerana setiap mata pelajaran bukan sahaja mempunyai matlamat yang berbeza malah kemahiran yang dikuasai juga berbeza. Guru perlulah kreatif dalam menggunakan penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Berlainan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam. guru akan mengukur prestasi murid berdasarkan penguasaannya dalam kemahiran Tilawah dan Hafazan serta melalui Pemerhatian Adab dan Akhlak Islamiah. mesyuarat atau seminar yang berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang diadakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. berketerampilan. beradab dan berakhlak mulia berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh yang demikian.10. peratus markah mentah. setiap murid yang akan mengambil peperiksaan awam untuk Pendidikan Islam sama ada semasa Ujian Penilaian Sekolah Rendah ataupun Penilaian Sekolah Rendah perlu mengambil Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). telus. adil dan tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Ini bertepatan dengan matlamat Pendidikan Islam sendiri iaitu untuk menghasilkan seorang Muslim yang berilmu. Selain itu. Guru boleh menggunakan proses pengukuran. penilaian atau pentaksiran dalam mendapatkan maklumat tentang prestasi pembelajaran murid. sebelum melaksanakan pentaksiran guru perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu seperti menyertai kursus.2 Peranan Guru Peranan guru amatlah penting dalam mendapatkan maklumat murid dan seterusnya melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Prof Madya Mohamad Ali Hassan (2007) mengatakan bahawa kajian yang dilaksanakan . persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain). 5. Hal ini kerana maklumat yang tidak tepat akan menyebabkan data kajian atau hasil maklumat yang diperolehi tidak betul atau tidak tepat. Proses pengukuran kebiasaannya berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah. beriman. Pengukuran dapat ditakrifkan sebagai proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.3.

Antara objektif penyelarasan adalah untuk memastikan setiap penilaian dilakukan dengan adil. sahsiah. pentaksiran produk serta pentaksiran proses dan produk. Selari dengan arus teknologi yang semakin berkembang. budi pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan di semua peringkat persekolahan sama ada di bandar mahupun di kampung. semua bentuk pentaksiran yang lebih bersifat alternatif dan tulen seperti pentaksiran kerja kursus.3 Penyelarasan Penyelarasan dapat ditakrifkan sebagai suatu proses untuk memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi peraturan penskoran.oleh Kementerian Pelajaran pada 2007 adala bertujuan untuk memastikan setiap guru mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan penilaian dan seterusnya melaksanakannya dengan adil serta berhemah.10. Selain itu. penyelarasan turut melibatkan proses penyeragaman alat. Datuk Seri Hishammuddin Hussein 2008). penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.3. ko-kurikulum. kegiatan jasmani. Di samping itu. projek. mengurangkan peperiksaan berpusat dan sekaligus mengurangkan tekanan peperiksaan yang dihadapi oleh murid (Menteri Pelajaran Malaysia. penyelarasan dilakukan untuk menentukan skor pentaksir mengikut kriteria yang ditetapkan dan ketekalan skor. 5. Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini. bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terselaras. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein (2004) berpendapat universiti atau institusi perguruan perlu melahirkan guru terlatih dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah agar usaha untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam dapat dicapai. peranan guru juga semakin mencabar. Bukan itu sahaja. persembahan. Kaedah penyelarasan terbahagi kepada kepada tiga iaitu pentaksiran proses. Peranan guru bukan lagi sebagai mendidik tetapi juga sebagai pemudah cara yang berkesan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran proses merupakan . sahih dan amanah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan.

alat . bahan dan situasi semasa calon iaitu murid melakukan tugasan atau aktiviti. Sekiranya terdapat perbezaan skor. sampel evidens murid atau sampel murid akan dipilih sebanyak 10 sampel berdasarkan tahap pencapaian sama ada kompeten atau sebaliknya. Manakala pentaksiran produk adalah proses penyeragaman yang bertentangan dengan pentaksiran proses iaitu dilakukan selepas calon menjalankan tugasan atau aktiviti. Kebiasaannya. Seperti biasa. Guru yang ingin menilai murid akan menyediakan kumpulan murid tersebut yang terdiri daripada murid kompeten dan belum kompeten. . sekiranya keputusan skor berbeza. alat . sampel ditaksir berdasarkan beberapa elemen atau konstruk yang berlainan. Memandangkan guru penyelaras mahir serta berkepakaran dalam bidang ini maka skor yang didapatinya adalah muktamad. bahan dan situasi akan diseragamkan sebelum dan semasa calon melakukan tugasan atau aktiviti. Pemilihan sampel boleh dilakukan dalam dua cara. semua sampel ditaksir berasaskan satu elemen atau konstruk dan keduanya.proses penyeragaman skor. guru penyelaras tersebut akan membandingkan keputusan skornya dengan skor guru pentaksir. guru penyelaras tersebut akan membandingkan skor yang diperolehi dengan skor guru. Maka ketika calon melakukan aktiviti. guru pentaksir akan diberikan bimbingan. Pertamanya. Setelah selesai mengumpulkan data. bimbingan akan diberikan kepada guru agar guru lebih memahami dan mendapatkan kesefahaman kriteria yang ditetapkan serta dapat menskor dengan betul. Guru penyelaras yang telah dilantik akan memilih sample murid yang mewakili kumpulan tersebut. Pentaksiran proses dan produk pula merangkumi kedua-dua keadaan di mana skor. Guru penyelaras luar akan memilih sampel evidens murid yang mewakili kumpulan yang kompeten dan belum kompeten. Pentaksiran dilakukan oleh guru penyelaras luar pada sample evidens murid dan apabila memperolehi skor. pentaksiran akan dilakukan secara berasingan oleh guru dan guru penyelaras luar.

Rumusannya. 5.1 Kesediaan Pelajar 5. hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapanpersiapan yang perlu ada. psikomotor dan kematangan pelajar. Kesediaan pelajar berkembang seiring dengan perkembangan individu dari segi emosi. akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya. afektif dan psikomotor ini adalah berbeza bagi setiap individu pelajar. Persediaan ini boleh membantu pelajar memahami pelajaran yang baru berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada. intelek.1. kaedah pembelajaran yang ingin digunakan dan sebagainya. Sebagai contoh.4. Kesediaan belajar merangkumi kesediaan pelajar dan juga kesediaan guru untuk mengajar. Kognitif dikaitkan dengan . iaitu belajar.4. kesediaan belajar merupakan satu permulaan yang sangat penting untuk memastikan setiap pembelajaran dapat difahami oleh pelajar. Menurut Bruner (1966) kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan. memikir dan menakul dalam keadaan pembelajaran yang baru. Menurut hukum kesediaan Thorndike. Kesediaan pelajar yang merangkumi kesediaan kognitif. akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya.5. guru sendiri perlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan. apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalam aspek ini. buku rekod mengajar dan juga jadual kedatangan menjadi persediaan untuk guru memahami peranan mereka di sekolah.4 KONSEP KESEDIAAN BELAJAR Dalam proses pembelajaran.sebelum individu itu bertindak. kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan pemikiran konkrit ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran abstrak. Di sekolah. peranan guru sangat penting untuk menangani dan mengatasi kesediaan pelajar. Ini termasuk peranan guru untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar melalui teknik dan kaedah pembelajaran yang betul dan berkesan. (1913).2 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Kognitif Persediaan dari segi kognitif bermaksud kesediaan mental seseorang untuk memahami. Selain kesediaan pelajar. Sekiranya dia tidak melakukannya.

muridmurid sekolah rendah hanya bersedia untuk belajar operasi konkrit dan apabila telah masuk sekolah menengah.2 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Afektif Kesediaan afektif ialah sikap keinginan. Kemahiran kognitif seseorang berkembang seiring dengan perkembangan intelektual mereka. Sebagai contoh. perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. maka mudah bagi mereka untuk memahami pembelajaran yang lebih mendalam. semangat. setiap kajian menunjukkan kecekapan yang berkembang secara beransur selama beberapa tahun. Pembelajaran afektif . Kesediaan kognitif bagi peringkat awal merupakan kebolehan mengamati dan mengenalpasti idea berdasarkan pengalaman mereka. Tambahan pula. Kesediaan kognitif berkembang bermula dengan perkembangan semasa peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Sebagai contoh. seorang kanak-kanak mendengar bunyi telefon dan bunyi itu sampai ke telinga. mereka mula sanggup bersedia untuk belajar operasi yang kompleks. pengalaman dan pengetahuan tersebut akan terus menjadi memori bagi setiap individu.proses mental mengubah input sensori kepada bentuk yang lebih bermakna dengan merekod. Ini bermaksud seorang pelajar telah bersedia bagi pembelajaran kognitif apabila pencapaian ilmiahnya sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.kanak itu boleh dikatakan sebagai pernah mendengar dan mempunyai pengalaman mendengar bunyi tersebut. ketekunan. Maka. Jika pelajar menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi. kesediaan kognitif melibatkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.4. 5. dengan tempoh penggabungan penghuraian dan inovasi. Pengetahuan sedia ada pelajar boleh dikutip dan disimpan daripada pengalaman mereka bersama masyarakat dan alam sekeliling sepanjang proses pembesaran mereka di samping itu. kanak-kanak itu dapat memberi makna kepada bunyi dan kanak. Tahap kesediaan mereka juga akan bersesuaian dengan tahap emosi. menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang sedia ada. mental dan pemikiran mereka. Menurut Fox (1995). Hal ini dapat melihat cara seseorang menggunakan maklumat yang sedia ada dalam persekitarannya dan peranan ingatan dalam membuat keputusan.

didemonstrasikan melalui perlakuan yang menunjukkan sikap kesedaran. minat. tahap perkembangan mereka adalah berbeza walaupun mempunyai umur yang sama. Keadaan ini kerana. Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Minat yang mendalam menjadi kunci utama dalam memotivasikan pelajar untuk mencapai tahap pemahaman dan pencapaian yang tinggi. Sebaliknya. Domain psikomotor sendiri meliputi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot.3 Kesediaan Pelajar Belajar dari Segi Psikomotor Persediaan yang terakhir adalah persediaan psikomotor. prihatin dan bertanggungjawab. Tidak dapat dinafikan kemahiran fizikal seperti ini memerlukan proses latihan yang berterusan dan betul. Melalui kesediaan ini. Melalui latihan ini. pelajar dapat meningkatkan kadar pembelajaran pelajar. menuruti dan membina atau mencipta. 5. kesediaan amat berkait rapat dengan latihan. kemahiran hidup dan permainan alat muzik. minat terhadap pembelajaran dan juga persaingan yang sihat dalam kalangan mereka.4. seperti aktiviti fizikal dalam persembahan. Contoh mata pelajaran yang berkait dengan kesediaan psikomotor adalah pendidikan jasmani. mereka juga akan menganggap bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkkan dan mendatangkan kepuasan kepada diri pelajar itu sendiri. pelajar dapat memperbaiki prestasi psikomotor mereka disamping kesediaan psikomotor ini amat berkait rapat dengan kesediaan kognitif dan afektif. Domain afektif ini juga sangat berkait rapat dengan harga diri dan cara murid menganggap diri mereka sebagai pelajar. Melalui minat juga. Bagi kesediaan psikomotor pula. Apabila pelajar merasakan mereka bagus dan baik sebagai seorang pelajar. jika seseorang pelajar mempunyai sikap negatif terhadap pembelajaran kesediaan afektifnya rendah akan menyebabkan pembelajarannya tidak dapat dilakukan dengan kejayaan walau pun pelajar berkenaan telah banyak kali melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. mereka akan lebih bersedia menghadapi risiko dan menumpukan kepada pembelajaran seterusnya. Hal .

tingkatan. Pada permulaan.4. Buku rekod mengajar merupakan himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar.4 Kesediaan Guru Mengajar Kesediaan belajar juga meliputi kesediaan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Buku rekod mengajar ini akan dinilai oleh Pengetua atau Guru Besar. tingkatan. guru mestilah mempunyai buku rekod mengajar dan jadual waktu. aktiviti. Rekod pencapaian pelajar untuk setiap peperiksaan juga dimasukkan dalam buku rekod mengajar. Buku tersebut mengandungi rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian. Kelebihan lain termasuk guru sendiri dapat menilai keberkesanan atau kelemahan pengajaran hari ini untuk . Sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula. Guru dapat memilih dan menyusun perancangan pembelajaran yang paling bagus dan berkesan untuk pelajar. Pejabat Pendidikan Daerah. Rancangan pelajaran harian pula merangkumi masa dan tarikh. gaya pembelajaran dan tindakan yang akan ditonjolkan di dalam kelas bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. dan refleksi. ianya disusun berdasarkan takwim minggu persekolahan. Hal ini akan memudahkan guru untuk mengenalpasti prestasi setiap pelajarnya. mata pelajaran. tajuk. nilai dan bahan bantu mengajar. kemahiran. Jabatan Pelajaran Negeri dan Jemaah Nazir.ini berikutan kemahiran psikomotor memerlukan tahap pemikiran yang kreatif dan kritis disamping minat dan sikap yang mendalam terhadap kemahiran ini. penerimaan pelajar amat agresif terhadap pembelajaran tetapi melalui latihan berterusan mereka mula dapat menerima dan menunjukkan perubahan dan tindakbalas yang lebih baik dan teratur. Hal ini kerana. objektif. kemahiran. Butiran yang perlu dimasukkan dalam buku rekod mengajar adalah matapelajaran. Bagi rancangan pelajaran tahunan. tajuk dan isi. 5. Perubahan penerimaan ini dapat dilihat apabila pelajar itu sendiri mempunyai tahap kesediaan psikomotor yang tinggi disamping kesediaan kognitif dan afektif. guru mempunyai persediaan awal berkenaan dengan tajuk. Penggunaan buku rekod ini akan membantu guru dalam menjalankan proses pembelajaran. Buku ini haruslah diserahkan kepada pihak sekolah sebelum cuti akhir tahun sebagai penilaian bagi setiap guru.

Kesediaan guru untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku rekod mengajar. jadual waktu haruslah mempunyai senarai mata pelajaran yang diajar. Jadual waktu akan diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan. Jadual ini akan ditanda setiap oleh guru kelas untuk memastikan bilangan yang hadir dan tidak hadir. . jadual waktu dan jadual kedatangan pelajar akan memudahkan peranan guru sendiri disamping menyediakan corak pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Selain buku rekod mengajar. kesediaan afektif dan juga kesediaan psikomotor. guru dapat merancang masa mereka dengan lebih teliti dan teratur. nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar. Lebih mudah jika kesediaan murid diberi perhatian mengikut aspek yang telah dibincangkan terlebih awal dalam tajuk ini iaitu merangkumi 3 aspek utama termasuklah kesediaan kognitif. Kesediaan pelajar untuk belajar perlu dititikberatkan oleh para guru untuk memastikan pelajar bersedia untuk menerima apa yang bakal diajarkan oleh guru di dalam kelas ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan dan pembahagiaan masa yang efisien dapat membantu meningkatkan produktiviti seorang guru. mereka perlu mengemukakan surat rasmi untuk memaklumkan ketidakhadiran mereka. komputer. Guru juga lebih mudah untuk menyediakan bahan bantu mengajar seperti peta minda. Menerusi penggunaan jadual waktu. risalah dan sebagainya.4. Menurut Akta Pendidikan. 5.5 Peranan Guru dalam Menangani Kesediaan Pelajar Bagi mereka yang bergelar guru seharusnya memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan mengetahui cara untuk mengatasi dan memahami kehendak pelajar dalam usaha membantu pelajar menuntut ilmu pengetahuan dalam keadaan yang terbaik bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sedia untuk menimba ilmu dan juga pengalaman baharu di sekeliling mereka.diperbaik pulih bagi pembelajaran yang akan datang. Guru akan menganalisis kedatangan pelajar dan mencari punca ketidakhadiran pelajar di dalam kelas. Jadual kedatangan pelajar pula merekodkan kehadiran setiap pelajar pada setiap hari di sekolah. jadual waktu dan jadual kedatangan pelajar juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Bagi pelajar yang tidak hadir.

Keadaan ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kesediaan pelajar untuk proses pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Hal ini dapat menarik minat pelajar untuk fokus pada tajuk yang bakal mereka pelajari di samping pelajar juga akan bersedia lebih awal untuk mempelajari topik tersebut. Guru juga boleh menggunakan deria para pelajar untuk memerhati. Tambahan pula. proses pembelajaran bagi pelajar meliputi pembelajaran terdahulu yang telah mereka pelajari akan banyak membantu mereka dalam aspek kognitif. Antara langkah-langkah yang diambil oleh guru adalah menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. guru boleh menarik perhatian para pelajarnya dengan memulakan proses pengajaran melalui fakta-fakta yang menarik berkaitan dengan sesuatu yang dikatakan ajaib dan sesuatu yang jarang didengar misalannya fakta sains yang menarik. . Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mengadakan kuiz yang menguji minda para pelajar serta keaktifan mereka di dalam kelas. mendengar dan juga melakukan sesuatu di dalam kelas. seorang guru ingin mengajar subjek biologi bertajuk fotosintesis perlulah menyediakan artikel ataupun keratan akhbar berkaitan untuk merangsang minat pelajar.Kesediaan kognitif Untuk kesediaan kognitif. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk bersiap sedia lebih awal dan mengulang kaji pelajaran yang terdahulu sekali gus membantu kesediaan pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Contohnya. Kebanyakan daripadanya melibatkan konsep spontan yang dapat dibentuk berdasarkan pengalaman sedia ada. untuk kesediaan kognitif guru boleh membantu pelajar untuk bersedia terlebih dahulu dengan memberikan tugasan yang berkaitan dengan tajuk yang bakal diajar seperti mereka lagu ataupun mengadakan sesi pembentangan secara sketsa atau drama ringkas. Hal ini kerana pengetahuan dan kemahiran-kemahiran asas yang dimiliki oleh pelajar amat penting untuk membantu dan membolehkan mereka menguasai bahanbahan baharu berdasarkan pengalaman mereka yang ada terutamanya yang lebih mendalam dan tinggi serta kompleks. Sebagai contoh.

bersimpati dan memberi nasihat serta panduan. Jika pelajar tidak mampu menjawab. perasaan dan juga minat seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. guru harus mengamalkan kaedah pemusatan Lobcen. Sebagai contoh. Guru tidak perlu melatah apabila mendapat jawapan yang salah daripada pelajar sebaliknya guru perlu memberi peneguhan yang positif agar mereka tidak takut untuk mencuba. Dengan cara ini. guru bertanyakan definisi kemerdekaan kepada pelajar. guru bolehlah memberikan kata kunci seperti bebas dan pengaruh barat untuk memandu pelajar menjawab. Para pendidik harus peka kepada keperluan emosi pelajar. guru harus mendengar. guru hendaklah menekankan aspek perilaku pelajar seperti keinginan. . Misalnya. Selain itu. hubungan antara guru dengan pelajar menjadi lebih erat.Situasi pembelajaran lebih menarik Kesediaan kognitif Kepekaan deria (memerhati dan mendengar) Permulaan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik Kesediaan afektif Bagi kesediaan afektif pula. jika pelajar ingin menceritakan tentang perasaan kecewa dengan rakan sebaya. Melalui kaedah itu. semangat. ketekunan. guru berasa bertanggungjawab untuk mendengar sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. guru harus membantu pelajar dengan memberi bayangan jawapan sewaktu sesi soal jawab di dalam kelas. Carl Rogers ada menyatakan bahawa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. dari segi kesediaan afektif.

perlu ditegaskan bahawa penguasaan kemahiran psikomotor berkait rapat dengan perkembangan kognitif dan afektif. Kita harus ingat bahawa pengalaman yang kita berikan kepada pelajar boleh mendatangkan kesan dalam kehidupan pelajar. Pengalaman itu mungkin boleh meningkatkan perubahan dalam diri pelajar apabila tahap pematangan dan kesediaan membenarkan perubahan itu. Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk melakukan tindakan motor seperti kemahiran menulis. berjalan dan sebagainya. Guru juga harus mencakna dengan tahap kecerdasan setiap pelajar dan cuba untuk mengenalpasti kelemahan pelajar.Kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran Membantu pelajar menjawab soalan yang dikemukakan Kesediaan afektif Peka pada emosi pelajar Penerangan yang jelas Kesediaan psikomotor Antara langkah-langkah dalam menangani kesediaan psikomotor pelajar adalah guru perlu memahami keadaan fizikal pelajar itu terlebih dahulu. . Di samping itu. Guru juga harus meletakkan jangkaan yang tinggi kepada pelajar untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal. membaca. guru bolehlah memberikan sokongan moral kepada pelajar dan mencuba untuk menyakinkan pelajar bahawa semua orang adalah sama dan apa-apa yang diperlukannya adalah keyakinan diri. Selain itu. Pemikiran yang cerdik dan sikap yang positif amat diperlukan untuk mencapai prestasi psikomotor yang cemerlang.

4.Memandu pelajar ke arah yang lebih menyokong pembelajarannya Kesediaan psikomotor Memahami dengan jelas proses pemahaman pelajar Mengetahui kemampuan pelajar 5.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar Fizikal Intelek Faktor warisan Kematangan Emosi Kesediaan pembelajaran pelajar Sosial IQ Faktor Persekitaran Pengalaman EQ .

faktor warisan dan persekitaran sentiasa saling mempengaruhi dalam menghasilkan kesan terhadap pembelajaran. Kedua± dua faktor ini menyumbang kepada perkembangan pelajar dalam proses mempelajari sesuatu perkara yang baru. Kematangan boleh diertikan dengan kematangan fizikal. Kebiasaannya. Dalam hal yang berkaitan.Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi. Setiap pelajar yang ingin mengikuti sesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung. kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan oleh faktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersedia untuk proses pembelajaran dan pengajaran yang bakal berlangsung. Oleh itu. Faktor warisan dan persekitaran turut menentukan kematangan dan pengalaman dan seterusnya akan mempengaruhi kesediaan pembelajarannya. kesediaan pelajar untuk belajar dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu warisan dan faktor persekitaran. Kematangan Fizikal Intelek Emosi sosial . kematangan intelek. Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Faktor ini menyebabkan terdapatnya kesediaan untuk sesorang itu belajar dalam kalangan pelajar. kematangan sosial dan kematangan emosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

Hal ini kerana mereka belum mencapai tahap kematangan fizikal di mana otot-otot mereka belum mampu untuk menampung reket tenis yang berat itu. Tindakan berhati-hati daripada guru boleh memajukan lagi perkembangan potensi pelajar. Perubahan otot dan ketinggian serta saiz pelajar akan menjalani perubahan untuk menunjukkan kematangan fizikal pelajar. Misalannya.i. perhatian terhadap corak kematangan fizikal murid-murid haruslah diambil kira oleh guru untuk menyediakan aktiviti yang sesuai dan selaras dengan kesediaan belajar mereka. Pada peringkat tua. Guru harus mengetahui untuk menyesuaikan keadaan yang berbeza-beza ini. dewasa dan tua. Proses pertumbuhan dalaman berlaku sebagai pengasas dan harus ada untuk pembelajaran yang efisien dan mungkin merupakan pra-syarat bagi sesetengah jenis pembelajaran. Kematangan Fizikal Setiap manusia normal akan menjalani corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam 5 peringkat iaitu bayi. Guru pula tidak seharusnya memaksa pelajar itu untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar itu tidak bersedia melakukannya. cepat letih. Pada peringkat bayi. Kematangan fizikal biasanya akan sempurna tercapai kira-kira pada umur 17 tahun dan 18 tahun. kanak-kanak. perkembangan fizikal adalah cepat begitu juga pada peringkat remaja. kekuatan tenaga beransur-ansur hilang. seseorang individu itu sudah sampai di akhir perkembangan fizikal. remaja. Guru sepatutnya boleh membuat apa saja penyesuaian bersesuaian dengan kematangan fizikal pelajar. kurang tenaga dan kesihatan selalu terganggu. Aktiviti pembelajaran kadang-kadang berkait rapat dengan perkembangan jasmani dan kebolehan kemahiran fizikal seseorang murid. Orang tua pula kelihatan mudah penat. penggunaan alat bantu mengajar merupakan medium yang boleh digunakan dalam kaedah mengajar yang berbeza-beza mengikut kesesuaian pelajar. individu tetap boleh membesar sedikit lagi dan boleh bertambah berat badannya. Pada peringkat umur ini. . Sebagai contoh. Biasanya corak pertumbuhan fizikal di antara individu berbeza. murid tahun 1 tidak boleh memegang reket tenis dan bermain dengan baik. kematangan menjadi begitu bererti kerana seseorang itu boleh menggunakan apa-apa sahaja kebolehan dan kekuatan yang telah diperolehinya pada peringkat perkembangan yang lebih awal. Pada peringkat dewasa.

sesuatu rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginan dapat membangkitkan emosi yang mendorong pembelajaran.ii. kadar perkembangan bagi setiap pelajar tidak sama tetapi beberapa sifat umum dapat diperhatikan dalam proses kematangan. Kesediaan pembelajaran bukan bergantung pada kematangan intelek sahaja faktor-faktor lain seperti latar belakang pengalaman dan pencapaian masa lalu juga mempengaruhi kesediaan pembelajaran. Kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak telah cukup bersedia untuk menerimanya. . Secara umumnya. perubahan berlaku pada keupayaan mental mereka. Kadangkala perasaan benci pada guru juga mungkin berlaku. Kematangan Intelek Kematangan intelek ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang pelajar meningkat. guru haruslah sedar akan tahap emosi murid-murid sebelum merancangkan pengajarannya selaras dengan kesediaan belajar murid-murid. iii. guru haruslah sentiasa menimbangkan tahap kematangan dan perbezaan mental antara murid-murid. Semasa merancangkan program pembelajaran kematangan ini tidak mempunyai hadnya di mana semasa kanak-kanak membesar. pasif dan tidak membuat kerja yang disuruh oleh guru. Walau bagaimanapun. Oleh itu. Setelah pembelajaran dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian. maka terhasillah kepuasan dalam pembelajaran. kematangan mental berubah daripada operasi mental yang mudah kepada operasi mental yang kompleks. Kematangan Emosi Kematangan emosi merupakan darjah pencapaian kestabilan dalam perasaan yang berkaitan dengan minat. pelajar telah bersedia untuk menerimanya dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. keinginan. Maka timbullah pelajar yang malas. emosi akan berkurangan dan mungkin akan lenyap sama sekali. rangsangan yang sama tidak semestinya membangkitkan emosi yang sama dalam kalangan murid-murid. Walau bagaimanapun. Maka. Sehubungan dengan itu. Guru hendaklah selalu mempelbagaikan pengajaran supaya keinginan dan kepuasan dalam pembelajaran berterusan dan jika minat serta keinginan ini dihapuskan. kepuasan dan gangguan dalaman terhadap pembelajaran.

maka semua kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa juga idea tentang urutan pembelajaran dan pra-syarat tertentu adalah berdasarkan andaian bahawa kemahiran yang asas diperlukan terlebih dahulu sebelum pembelajaran kemahiran yang lebih tinggi dan lebih kompleks. v. periang. Dalam sesebuah darjah. Kematangan Sosial Kematangan sosial ialah kebolehan murid-murid berinteraksi sesama mereka atau guruguru yang boleh mewujudkan keadaan yang mendorong pembelajaran. pelajar-pelajar tersebut dapat berinteraksi dengan baik di antara mereka dan boleh menerbitkan suasana kesediaan belajar. Sebagai contoh. tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. pelajar tersebut akan mengalami kesusahan . kesediaan pembelajaran tidak boleh wujud kerana mereka tidak seronok belajar. Ada pelajar yang pendiam. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu. pelajar tingkatan tiga yang hendak masuk aliran sains mesti memenuhi pra-syarat sains dan matematik sekurang-kurangnya C dan ke atas. Oleh itu. Terdapat sesetengah ahli teori pembelajaran yang mengatakan bahawa sekiranya bahan pembelajaran disusun dengan sempurna mengikut kesusahan dan perkaitannya. Jika pelajar tersebut tidak memenuhi pra-syarat tersebut. pelajar pendiam digabungkan dengan pelajar periang. pelajar yang lemah digabungkan dengan pelajar yang pandai. Melaui cara ini. guru hendaklah sentiasa bersoal jawab supaya dapat mengaktifkan murid-murid tersebut. misalannya bagi pelajar yang pendiam diberikan kerja berkumpulan. Pengalaman Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada kematangan. bagi menghasilkan kesediaan pembelajaran. Sekiranya mereka gagal berinteraksi sesama mereka. Bagi pelajar yang aktif atau cergas. guru yang mengurus bilik darjah haruslah memperkembangkan kematangan sosial yang positif untuk mengalakkan pembelajaran. Bagi pelajar yang pendiam dan pemalu. sikap dan tingkah laku setiap pelajar adalah berbeza. suka berkawan dan ada juga yang suka menyendiri.iv. guru hendaklah mengajarnya bertolak-ansur dan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain. Pergaulan di antara rakan sebaya adalah amat penting terutama dalam kalangan remaja.

Sebagai contohnya.Melalui cara ini.untuk meneruskan pelajaran yang lebih kompleks. kemampuan IQ sangatlah penting untuk menentukan tahap mereka sebagai pelajar dan merupakan aspek yang dinilai dalam proses pembelajaran di sekolah. seseorang pelajar itu boleh mempersiapkan diri mereka dengan membaca atau meneroka terlebih dahulu apa yang akan dipelajarnya di dalam kelas nanti. sebelum memasuki kelas pelajar sewajarnya mempunyai kemampuan IQ yang boleh menyokong pembelajarannya di dalam kelas. IQ (Intelligence adalah kemampuan atau kecerdasan untuk Quotient) memecahkan sebuah pertanyaan dan selalu dikaitkan dengan hal akademik seseorang. keluarga daripada kelas menengah adalah kelas keluarga yang paling banyak membantu murid-murid dalam kesediaan pembelajaran. pengalaman kanak-kanak sangat bergantung kepada latar belakang keluarga. pelajar tersebut merasakan diri mereka berkeupayaan untuk belajar dan dapat mengatasi situasi pembelajaran baru dengan berkesan. Kanak-kanak daripada keluarga kelas menengah. Dalam aspek ini.faktor ini terbahagi kepada 2 iaitu dari segi Intelligence Quotient (IQ) dan juga Emotional Quotient (EQ). faktor. Hal ini . Kesediaan belajar perlu dihubungkan dengan pengalaman asas kanak-kanak untuk mewujudkan perasaan yakin dan percaya terhadap diri sendiri. Rakan sebaya boleh mempengaruhi murid-murid terutama di peringkat remaja supaya mengutamakan kegiatan yang bukan berkaitan dengan tugas pembelajaran. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menimbulkan satu perkara baru yang seronok diterokai dan bukan satu tugas yang menyusahkan. Oleh yang demikian. Selain daripada itu. biasanya diasuh supaya menumpukan perhatian mereka kepada tugas pembelajaran. kebudayaan masyarakat dan alam sekelilingnya. guru haruslah memberi perhatian terhadap hubungan antara kesediaan belajar dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid apabila konsep baru diperkenalkan atau melaksanakan sesuatu program pembelajaran yang baru. Mereka dibiasakan sentiasa bersedia dalam pembelajaran untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam persekolahan semenjak kecil lagi. keluarga juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesediaan pembelajaran murid. Dari segi aspek pengalaman. Bagi seseorang pelajar. Selain rakan sebaya. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Rosen (1958).

4. Goleman mengemukakan bahwa kecerdasan emosi merujuk pada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain. 5. Bagi pelajar yang ingin berjaya mereka haruslah peka dengan persekitaran dan perlu pandai untuk mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran sekeliling.langkah Membantu Kesedian Belajar Pelajar Mempelbagaikan aktiviti Asingkan murid. Antara langkah-langkahnya adalah seperti mengasingkan . Kesediaan pembelajaran yang dapat dibuat berdasarkan aspek ini adalah dengan menangani dan juga mengawai emosi mereka untuk menyiapkan diri menerima suasana proses pembelajaran yang mungkin akan berlaku.seterusnya akan menyokong proses pembelajaran mereka dalam kelas kelak selain menambahkan kefahaman serta penghayatan pelajar dalam sesuatu tajuk. Tujuannya supaya murid-murid mendapat keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar.7 Langkah. Bagi EQ (Emotional Quotient) pula kecerdasan emosi merupakan kemampuan untuk mengelola emosi atau perasaan.murid yang cerdik dan murid yang kurang cerdik Isi kandungan yang menarik Galakkan murid berkerjasama Alat bantu mengajar Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak sekolah untuk memastikan setiap pelajar telah benar-benar bersedia belajar. Peka terhadap keadaan sekeliling dan juga saling membantu kawan yang lain sebelum proses pembelajaran bermula contohnya untuk menstabilkan emosi kawan yang sedang dilanda masalah. kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain.

bagi murid-murid yang lemah. guru haruslah membenarkan murid-murid memilih dengan sendiri rakan-rakan mereka supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh muridmurid dan alat bantu mengajar juga dapat menolong menarik minat murid kepada mata pelajaran tersebut. saling bantu membantu semasa membuat kerja berkumpulan.murid-murid yang cerdik dan murid kurang cerdik.1 Definisi Motivasi Motivasi boleh didefinasikan sebagai kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat. 2004). kesungguhan mereka untuk belajar di peringkat tinggi lebih cerah manakal. Di samping itu. Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik yang berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zuraida. Menurut Strenberg (2001). Bagi pelajar yang lemah. motivasi belajar ditakrifkan sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar. Guru haruslah mempelbagaikan aktiviti seperti kerja berkumpulan.5 MEMOTIVASIKAN MURID 5. Alat bantu mengajar tidak boleh sama setiap kelas kerana ianya perlu mengikut kesesuaian pelajar. 5. motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Selain itu. bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di sekolah. motivasi turut melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang. murid-murid digalakkan bekerjasama. guru haruslah memberi panduan yang lebih agar dapat menjalani aktiviti pemulihan serta matlamat pelajaran yang sama dapat dicapai. Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004). guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai bagi kelas yang berlainan. kepelbagaian aktiviti turut dapat membantu kesediaan belajar pelajar. Bagi murid-murid yang cerdik jika diberikan penekanan yang lebih. jika seseorang pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang . galakan perlu diberikan untuk menghabiskan peringkat mana yang mereka terdaya. Selain itu. Bagi murid-murid yang cerdik berikan lebih latihan supaya dapat menguasai sesuatu mata pelajaran itu.5. Menurutnya lagi.

Kepentingan yang pertama adalah untuk menarik minat murid bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka memberikan sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. motivasi menghindar. guru haruslah mengawal motivasi ini kerana persaingan yang tidak sihat mampu menjejaskan motivasi pelajar. motivasi tidak hanya terikat kepada pembelajaran semata-mata. motivasi aspirasi. Pelajar yang bermotivasi akan meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran guru tetapi juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada. Hal ini akan mecetuskan kepentingan yang kedua iaitu meningkatkan daya pemahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Guru dapat membantu pelajar yang memiliki motivasi aspirasi yang rendah dengan menggalakan pelajar tersebut untuk mengejar citi-citanya. Terdapat 8 jenis motivasi yang boleh dikembangkan oleh guru di dalam kelas iaitu motivasi tugas. Sebagai contoh. 5. Motivasi tugas adalah motivasi yang ditimbulkan oleh tugas-tugas yang ditetapkan manakala motivasi aspirasi yang tinggi akan dapat dipupuk sekiranya pelajar memiliki perasaan ingin berjaya. Selain daripada itu.5. motivasi juga penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. motivasi persaingan. Selain itu. motivasi afiliasi. Murid yang bermotivasi akan bersemangat untuk mengikuti pengajaran oleh guru dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran.maka pelajar itu adalah pelajar bermotivasi.2 Kepentingan Motivasi Motivasi mempunyai beberapa kepentingan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid. motivasi kecemasan. guru subjek kimia boleh meningkatkan motivasi pelajarnya untuk menghafal simbol kimia dengan mengadakan kuiz . Motivasi afiliasi adalah dorongan untuk melaksanakan kegiatan belajar dengan sebaikbaiknya. motivasi penguatan dan motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri. Namun begitu. Bagi motivasi persaingan pula dapat diterapkan melalui persaingan yang sihat sekaligus menjadi motivasi yang kuat. kerana ingin diterima dan diakui oleh orang lain manakala motivasi kecemasan sangat berkesan untuk meningkatkan usaha dan hasil belajar pelajar yang bermotivasi rendah dan yang memiliki kecerdasan tinggi.

Motivasi penguatan dapat ditimbulkan melalui diagram kemajuan belajar murid.5. Hal ini akan mencetuskan motivasi kecemasan di dalam diri pelajar sekaligus mendorong pelajar untuk belajar. sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya memberikan aktiviti yang bersesuai dengan pelajar. perkaitan . ingin ke perpustakaan.ringkas pada permulaan setiap kelas mengenai simbol kimia. Sebagai seorang pendidik. memberikan komentar pada setiap kertas tugas. 5. Oleh itu. Dalam hal ini.iaitu sebab-sebab tugasan yang diberikan penting. Teknik intrinsik ialah dorongan dalaman dan minat yang terdapat dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran dan boleh diwujudkan secara semula jadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran. ujian dan peperiksaan pelajar dan memberikan penghargaan. Contohnya. gemar membaca dan menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran. guru adalah individu yang bertanggungjawab untuk memberikan motivasi kepada murid.3 Cara-Cara Memotivasikan Murid Terdapat 2 teknik motivasi iaitu teknik intrinsik dan teknik ekstrinsik. guru haruslah memberi penjelasan terhadap pelajarnya mengenai beberapa perkara tersebut. tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik. Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi ialah mereka sentiasa rajin untuk datang ke sekolah lebih awal. Motivasi yang diarahkan oleh diri sendiri sangat berkesan dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apakah tujuan melaksanakan kerja dan tugasan tersebut. Teknik ekstrinsik pila boleh diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi ini menunjukkan tingkah laku yang mandiri dalam belajar dan mempunyai sistem nilai yang baik yang menjadi latar belakang tingkah laku mereka. Motivasi ini dapat dilaksanakan dengan memberi penghargaan dan pujian sekiranya terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar dan memberi nasihat sekiranya terdapat sebarang penurunan dari segi prestasi murid.

Mengambil Berat Pelajar akan memberikan respon yang positif terhadap guru yang mengambil berat mengenai diri dan masalah mereka. Tetapkan Matlamat Guru yang mengajar setiap mata pelajaran haruslah menetapkan matlamat bagi setiap pelajarnya iaitu bagi setiap subjek yang dipelajarinya. puji-pujian. Contohnya. ini mungkin dapat membantu pelajar memahami kepentingan mereka melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar. Jika matlamat tersebut tidak dapat dicapai. 2. 1. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. dan sebagainya. 3.antara subjek dengan kehidupan dan memastikan pengetahuan asas pelajar mantap serta caracara bagi menilai hasil kerja mereka. guru harus membimbing pelajar supaya matlamat tersebut tercapai. bagi subjek Biologi. mengenal pasti kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkanya dan mereka pasti akan mengulangi kebaikan ini pada masa akan datang. guru yang mengajar subjek tersebut haruslah menetapkan matlamat kepada pelajar bahawa mereka harus faham tentang topik yang diajar pada hari tersebut di akhir kelas. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah. Antaranya. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat tetapi juga bersaing antara satu sama lain untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Selepas pelajar jelas akan perkara-perkara di atas. Di sini terdapat beberapa cara dan kaedah yang boleh diambil oleh seorang guru untuk meningkatkan tahap motivasi dalam diri pelajar. Guru tersebut juga perlu mengikuti perkembangan pelajar dan memastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. markah bonus. Ganjaran Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Ada ketikanya guru perlu . Ganjaran luar yang berkesan secara tidak langsung mampu menjana motivasi dalaman pelajar.

aktiviti luar bilik darjah. memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan sebagai satu teladan untuk pelajar. keseronokan dan kebebasan. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka merasakan diri mereka penting dan diperlukan. Contohnya. Oleh itu. 4. Gunakan bahan-bahan seperti gambar. graf. Misalnyanya.bercerita mengenai pengalaman sendiri. kuasa memilih. 6. Penglibatan Pelajar Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. penyelesaian masalah. Guru memainkan peranan untuk merangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan. dan sebagainya. Penuhi Keperluan Pelajar Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup. dan interaksi antara pelajar dan guru. Guru juga perlu menciptakan suasana pembelajaran yang seronok dan menarik yang membolehkan mereka bebas menyumbangkan idea dan ini akan mengaktifkan dan menaikkan semangat murid untuk berfikir dan menghasilkankan idea baru. hubungan antara guru dan pelajar haruslah berterusan supaya pelajar dapat berkomunikasi serta mewujudkan silaturrahim baik dengan guru. memberikan peluang kepada pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan atau memberikan mereka membuat pilihan membuat tugasan berkumpulan mengikut tajuk pilihan sendiri. carta. Seperti yang diketahui. pelajar yang sedang melalui alam remaja lebih mahukan kebenasan dan mahu individu lain memahaminya. Keadaan ini penting berikutan apabila pelajar berasa diri mereka diperlukan secara tuntasnya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya. video. kasih sayang. lakaran. kesemua pelajar perlu terlibat dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Lebihkan Pembelajaran Visual Berikan penerangan dalam bentuk visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu kandungan penting . 5. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang guru benar-benar mengambil berat tentang mereka di samping guru haruslah mencuri sedikit masa supaya sesi perbincangan secara personal dapat dilakukan kepada semua pelajar. Oleh itu. imej 3D. Keadaan ini kerana melalui cara ini dapat mewujudkan kemesraan antara hubungan guru dan pelajar.

pengurusan masa. Hal ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap sesuatu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka. siapa guru tidak penting yang penting ialah siapa mereka iaitu pelajar 10 hingga 15 tahun akan datang. Mereka sering terpemgaruh dengan pandangan rakan-rakan dan senior-senior mereka yang mengatakan aliran sains adalah aliran yang paling sukar. dan sebagainya. guru haruslah memainkan peranan menjadi penasihat dan memberikan cadangan yang sesuai seiring dengan keupayaan pelajar-pelajar tersebut. 7. Kini. subjek Matematik Tambahan adalah subjek yang amat susah dan sebagainya. kerajaan telah menyediakan prasarana ICT di dalam kelas seperti projektor. Gunakan Pelbagai Emosi Untuk Merangsang Pembelajaran Dan Motivasi Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. LCD.tentang sesuatu bab dan dapat melihat perkaitan antara subtopik dalam bab tersebut. Contohnya. dan skrin yang membolehkan guru menggunakannya untuk menanyangkan video serta nota dalam bentuk powerpoint yang berkaitan dengan subjek yang diajar di dalam kelas. 8. gaya. situasi ini sering berlaku kepada pelajarpelajar tingkatan empat yang ingin membuat pilihan aliran yang ingin diambil. pelajar-pelajar akan lebih memahami dengan jelas dan sekali gus menaikkan motivasi untuk belajar dalam diri pelajar. Hakikatnya. Guru haruslah mempelbagaikan watak. Jadi. Strategi dan Teknik Berikan kaedah kepada pelajar mengenai teknik pembelajaran berkesan. Tanamkan dalam fikiran pelajar bahawa µBelajar Itu Mudah¶. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah. kaedah membaca. kaedah mengambil nota. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu apabila disertai dengan pendekatan emosi. dan pendekatan demi menarik minat pelajar terhadap apa yang ingin disampaikan. Mereka tidak sepatutnya terus terpengaruh dengan andaian-andaian tersebut. dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakonan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik. Buangkan sebarang halangan mental terhadap pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain. tegas. Melalui kaedah ini. Pelajar lebih bersedia untuk belajar apabila terdapat unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan mudah berasa bosan. menghiburkan. .

pandai. Persedian yang dimaksudkan adalah persediaan dari segi kognitif. Bagi mendapatkan impak yang berjaya pengurusan murid disesebuah institusi pendidikan tersebut haruslah dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru. Pelajar ini juga tidak dipedulikan kerana mereka menganggap pelajar tersebut sukar dibentuk. afektif dan juga psikomotor. pengurusan murid juga dapat membantu menarik minat murid untuk belajar kerana melalui persedian sebelum belajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah. gigih. kemajuan serta pencapaiaan murid. Selain daripada itu. Guru yang cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar. kebolehan. Suatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan.9. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih bersedia dan berkeyakinan sebelum memulakan . tekun. persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Terima Pelajar Seadanya Ramai guru berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar rajin. segala yang telah direkodkan boleh dijadikan rujukan bagi guru dan ibu bapa untuk membantu memastikan murid tersebut dapat mengekalkan prestasi akdemik dan juga sahsiah murid serta dapat membantu pihak sekolah untuk menghubungi keluarga murid sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar seperti kemalangan atau perkara yang berkaitan displin. Ramai pelajar gagal kerana guru tidak yakin dan memberikan ramalan awal bahawa mereka akan gagal. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Maka.6 KESIMPULAN Secara konklusinya. tidak memberikan perhatian kepada pelajar yang bermasalah. dan berdisiplin. kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri. 5. Mereka tidak sanggup menerima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu serta . pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid.

Antara insiatif yang boleh dilakukan adalah dengan menempatkan kaunselor di sekolah tersebut. Pengurusan murid yang sempurna juga melibatkan proses memotivasikan murid. Secara tuntasnya. Misalnya. antara persediaan dari segi kognitif yang boleh disediakan adalah dengan mendedahkan murid terhadap sukatan pelajaran dalam mata pelajaran yang akan mereka pelajari. sesuatu perkara tersebut tidak akan dapat dijayakan sekiranya tiada kerjasama. murid akan lebih bersedia untuk memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Memotivasikan pelajar amat penting kerana perkara ini bukan sahaja untuk memotivasikan murid supaya lebih cenderung di dalam akademik tetapi untuk menangani masalah displin serta salah laku murid. Secara tidak langsung. Melalui pendekatan ini mungkin lebih sesuai untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid serta memotivasikan murid untuk lebih bersemangat untuk belajar atau menghadapi sesuatu peperiksaan. sesebuah sekolah haruslah peka serta mengetahui cara-cara untuk memotivasikan murid. . kerjasama semua pihak haruslah dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan murid yang berkesan dapat dilakukan kerana pengurusan yang berjaya akan menjadi pemangkin prestasi murid. Seperti mana yang sering diperkatakan. Bagi melengkapkan sebuah pengurusan murid yang baik.proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

com/usrafidi/motivasi. Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. diperoleh daripada http://www. Pustaka Cipta Sdn Bhd 1988. pada 27 Januari 201. Robert J. 2. Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah.tripod. Pusat Penyelidikan University Islam Antarabangsa Malaysia 2002.htm . 3. Pentaksiran pembelajaran. Azizi Ahmad (2010).html .com/pengurusanhem1. MOTIVASI DALAM BELAJAR. Azizi Yahaya. Fawziah Yahya & Amir Hamzah Abdul (2004) Psikologi Sosial. Asas Pentadbiran Pendidikan. Mohamad Sahari Nordin. Jamaludin Ramli.RUJUKAN 1. pada 3 Februari 2011. Johor: Perpustakaan Negara Malaysia. diperoleh daripada http://semekanet99. Azman b.oocities.com/doc/14269856/peranan-pendidik-di-dalam-kelas. pada 3 Februari 2011. diperloleh daripada http://www. Jaafar Sidek. Drs.scribd. Skudai. Psikologi sosial. 6.Songgok. Dr Robiah Sidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. . 5. 4. Peranan Pendidik Di dalam Kelas. 7. Hj Adnan. Yusuf Boon.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->