TANDA BACA Menurut Md. Sidin Ahmad Ishak, et.

al, tanda baca ialah satu kaedah dan matlamatnya adalah untuk memandu pembaca mendengar dan mengikuti sesuatu penulisan. Sebahagian daripada sifatnya adalah sebagai peraturan manakala sebahagian lagi adalah untuk menyampaikan rasa atau perasaan. Aspek rasa merupakan suatu cabang seni. Oleh itu, tanda baca bersifat sains dan seni. Walaubagaimanapun, penulis tidak digalakkan menumpukan aspek seni atau rasa sematamata tetapi kedua-duanya perlu digunakan secara berimbang. Terdapat beberapa jenis tanda baca yang digunakan di dalam sesuatu penulisan. ( Md. Sidin Ahmad Ishak, 1998). Antaranya adalah seperti berikut:a) Tanda Elipsis («) Tanda elipsis merupakan suatu tanda baca («) yang digunakan dalam kalimat terputus-putus, misalnya, ³Tidak « sekali pun tidak mungkin ia melukai hati ibunya´. Tanda elipsis juga digunakan untuk menunjukkan bahawa dalam suatu kalimat atau naskah ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, ³Desakan « pertambahan penduduk di beberapa negara sedang berkembang menyebabkan mereka dengan terpaksa atau tidak disedari mengabaikan asas-asas ekologinya´. Apabila bahagian yang dihilangkan tersebut mengakhiri suatu kalimat, perlu digunakan empat buah titik, iaitu tiga titik untuk menandai penghilangan teks dan satu untuk menandai akhir kalimat, misalnya, ³Kendatipun akhirnya diketahui banyak memiliki kelemahan, namun sistem pemikiran Keynesian merupakan mazhab pemikiran ekonomi paling besar yang diterima masyarakat ilmuwan «.´. ( Prof. Komaruddin, 2000)

b) Tanda Garis Miring (/) Tanda garis miring ialah suatu tanda baca ( / ) yang digunakan sebagai pengganti kata atau, setiap, tiap, dan per. Tanda baca ini juga digunakan di dalam nombor yang terdapat pada surat dan alamat serta berperanan sebagai penandaan masa dalam satu tahun yang dibahagi dalam dua tahun takwim. Contohnya: i. ii. PSKU/134/96 Tan Sri/Dato¶/Tuan/Puan

Kakak ipar saya ± kenapa saya masih berada di rumah ketika dia datang? ± menuntut hutangnya lagi daripada saya. marah. tanda baca jenis ini digunakan untuk pemberhentian secara mendadak terutamanya bagi ayat yang digunakan semasa memberikan ucapan. yang terhenti. dan sebagainya. ii. Tanda sengkang digunakan untuk memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea dan menggantikan pengulangan nama penuh penulis dalam sesuatu penulisan. Peranan khayalak di sini adalah untuk mengisi maklumat itu sendiri lebih-lebih lagi tentang perkara yang memalukan. Dia berharap dapat menyempurnakan wasiat ibunya ± mendirikan sebuah masjid ± sebelum dia meninggal dunia. frasa. keterangan itu diambil berat. Sengkang juga boleh mengambil peranan kurungan apabila keterangan itu tidak bersinambungan dengan ayat utama. Selain itu. Tanda sengkang juga digunakan bagi menunjukkan gangguan aliran fikiran penulis. Saya ± tidak bermaksud ± buat ± macam itu. Di samping itu. Contohnya:i. atau klausa untuk penegasan atau untuk maksud tertentu dan boleh juga digunakan bagi menggantikan perkataan hingga. Novel yang dibaca olehnya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya ± sedih. tanda baca ini berperanan untuk memperkenalkan satu perkataan atau sekumpulan perkataan yang hendak dibuat penegasan. Oktober ± November. Sengkang boleh juga digunakan bersama tanda baca yang lain dan untuk menunjukkan dialog yang terputus-putus. gembira. atau berubah-ubah. Kurungan tidaklah terlalu mengambil berat keterangannya tetapi jika sengkang digunakan. penulis ingin memberitahu dengan lebih banyak lagi maklumat tetapi dia tidak meneruskan hasratnya kerana baginya hal itu sudah sedia dimaklumi dan tidak perlu dihuraikan lagi. lebih kuat daripada koma. Tanda sengkang juga digunakan dalam sesuatu penulisan bagi menyisipkan perkataan. iv. Hal ini kerana. iii. pembicara. dengan meletakkan sengkang. . atau disebut supercoma. berpindah-pindah.c) Tanda Sengkang atau Dash (-) Tanda sengkang menunjukkan pemisahan unsur dalam ayat. v. kesal.

Contoh ayat yang menggunakan tanda koma ialah seperti berikut: i. Di samping itu.) ii. Tanda koma ialah tanda baca yang sangat penting dan diperlukan ketika menyenaraikan tiga unsur atau lebih. Tanda koma juga digunakan di belakang kata seru dan untuk menandakan tempat berhenti sebentar. kooma. cantiknya baju kamu! e) Tanda Kurung ( ) Tanda baca ini digunakan untuk mengapit keterangan atau penjelasan tambahan serta mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Tanda baca ini juga digunakan sebelum tanda penutup kata ( ´ ) dan pembuka kata ( ³ ) dalam cakap ajuk. jawab Encik Roslan.d) Tanda Koma (. baik hati. ³ Terima kasih´. rajin tetapi pemarah.) Koma berasal daripada perkataan Yunani. ii. iv. digunakan dalam ayat untuk menyertakan penjelasan yang dikira penting tetapi jika tidak dibuat di dalam kurungan kelancaran ayat akan terganggu. Ali. Tanda kurung juga digunakan bagi mengapit angka atau huruf senarai. penggunaan yang pertama mesti secara penuh dan barulah diikuti singkatan atau akronimnya untuk digunakan seterusnya. Fungsinya sama dengan tanda baca sengkang jenis berkembar. (Dalam setiap penulisan singkatan atau akronim. ( Hashim Abdul Hamid. Contoh ayat ialah seperti berikut: i. Muthu dan Chong tidak pernah datang ke mari. 1995) . Tanda koma ini digunakan bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat. Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pernah diperkatakan lagi sejak dari tahun 1989. Tanda koma ini tidak digunakan untuk memisahkan anak kalimat dari induk kalimat apabila anak kalimat tersebut mengiringi induk kalimat. Tanda koma juga tidak digunakan untuk memisahkan petikan langsung dari bahagian lain yang mengiringinya dalam kalimat apabila petikan langsung itu berakhir dengan tanda tanya atau tanda seru. yang bermaksud tidur nyenyak. Tanda koma biasanya digunakan di belakang kata penghubung pada awal ayat dan juga untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza. iii. Amboi. Nicholas merupakan seorang yang pemurah.

Tetapi jika selepas noktah. huruf besar digunakan dan ada noktah di dalam kurungan. filem-filem lakonannya sering menjadi rujukan kajian. Filem lakonan Azean tidak popular (walaupun dia pernah dianugerahi Anugerah Panca Delima). ingatlah. Dia µdah tiba µ90 . Hal ini telah disuarakan oleh Perdana Menteri [Datuk Seri Dr. kurungan siku boleh digunakan. Pendeknya kurungan siku digunakan untuk memuatkan penjelasan. Tanda ini menjadi isyarat bahawa kesalahan itu memang terdapat di dalam naskhah asal dan boleh juga digunakan untuk mencelah dalam petikan langsung. f) Tanda Kurung Siku [ ] Tanda kurungan siku mengapit huruf. begitulah sebaliknya. pembetulan. iii. Malam µkan tiba jua. Mahathir Mohamad] baru-baru ini.iii. pemanjangan. apabila kita menemui kurungan siku dalam sesuatu petikan. Oleh itu. Huruf pertama di dalam kurungan dan kurungan siku jika masih dalam ayat asal ialah huruf kecil. ii. Contohnya: i. Jika sudah ada kurungan biasa. Tanda kurungan siku juga boleh digunakan untuk membezakan kurungan dengan kurungan siku. Ali: [Rupert] Murdoch merupakan perancang media terbesar di Asia apabila dia membeli Star TV. dan komentar dalam petikan langsung. Prof. itu ialah celahan yang dibuat pengarang kedua. atau kelompok kata sebagai pembetulan atau tambahan kepada kalimat atau bahagian kalimat yang ditulis oleh orang lain. g) Tanda Penyingkat (µ) Tanda penyingkat digunakan untuk menghilangkan bahagian kata atau nombor. Contoh penggunaannya ialah: i. kata. tetapi di kalangan penuntut universiti.

petikan langsung dan dialog. dan tanda petik penutup pada ayat terakhir. Osman menyifatkan pembangkang sebagai ³degil dan tidak tahu adab´ kerana enggan mematuhi larangan mengadakan rapat umum. Tanda petik penutup tidak perlu pada paragraf pertama. esei. tanda petik pada awal ayat paragraf pertama. Bagi petikan yang lebih daripada satu para. Contoh ayat ialah seperti berikut: i. ii. sebaliknya berdiri sebagai makna tersendiri. Jika tidak pun. Pengikat kata tidak boleh muncul selepas kolon. karangan. buat inden. buat pemisahan dengan garis condong. ii. iii. Dr. dibuat inden berasingan. Ini adalah untuk dialog dan ucapan.´ Quite trading µdagangan lengang¶ . Terdapat beberapa peraturan yang diambil kira semasa menggunakan tanda baca ini. ada pendapat yang mengatakan bahawa jika lebih daripada dua baris. Contoh penggunaan tanda petik tunggal dalam ayat ialah seperti berikut: i. kecuali pengikat kata itu digunakan untuk ayat selepas kolon. tanda petik juga boleh digunakan untuk mengapit istilah ilmiah atau perkataan yang tidak berdiri sebagai komponen ayat. ³Dia membaca puisi µDi Hujung Malam¶ dalam sayembara itu. makalah. Selain itu. paragraf yang terakhir. dan bab buku. tetapi hanya perlu dibuat tanda petik pembuka pada permulaan paragraf kedua dan seterusnya. Petikan langsung yang bukan dialog dan kurang daripada empat baris dibuat pengikat kata. puisi.h) Tanda Petik (³ ´) Tanda petik berfungsi untuk mengapit cakap ajuk. tetapi sebelum kolon. Tanda baca jenis ini juga digunakan untuk mengapit terjemahan atau penjelasan sesuatu kata yang tidak menggunakan kurungan. Ali berkata. ada permulaan dan ada akhiran.´ Sudahkah anda membaca manuskrip ³Seniman Jalanan´? i) Tanda Petik Tunggal (µ ¶) Tanda petik pula digunakan dalam ungkapan yang sudah ada tanda petik. Antaranya ialah seperti terletak di luar koma dan noktah. ³Jangan letak kasut di situ. Tanda petik ini juga digunakan bagi mengapit judul rencana. jika lebih. Untuk puisi.

penutupnya ialah noktah. tanda soal boleh digunakan dalam ayat yang mengemukakan siri pertanyaan tetapi tidak dianggap berperanan sebagai noktah kerana peranannya cuma sebagai koma. tidaklah perlu lagi tanda seru yang kedua walaupun ayatnya berbentuk tekanan. Selain itu. Ayat tanya yang hanya memerlukan reaksi segera. Dalam ayat tanya yang menggunakan tanda pengikat kata. v. bukan dua atau tiga sebagaimana yang kerap dilakukan oleh sesetengah penulis baru. Namun begitu. Tanda soal itu boleh digantikan dengan koma tetapi sekiranya ayat itu tidak berbentuk pertanyaan. iv. cantiknya dia! Berhenti! ³Jangan datang ke sini lagi!´ Tolong jangan bising! Wah. iii. Amboi. Tanda tanya juga diperlukan dalam soalan retorik. iaitu huruf yang mengikutinya hanya huruf kecil. Penggunaan ini bergantung pada kadar tekanannya. Desakan memerlukan tanda seru tetapi permintaan bersahaja tidak memerlukan tanda seru. ada burung di dalam rumah ini?. perbuatan awak sungguh melampau! k) Tanda Tanya/Soal (?) Tanda tanya merupakan salah satu tanda baca yang menggunakan simbol (?) semasa menulis sesuatu ayat dalam penulisan. Contoh ayat ialah seperti berikut: i. tidak memerlukan tanda soal. ii. Contohnya. cukuplah satu tanda seruan. Tanda tanya biasanya digunakan pada akhir ayat tanya. Tanda tanya atau tanda soal tidak semestinya menjadi noktah kerana peranannya boleh menjadi koma.j) Tanda Seru Tanda seru adalah untuk menunjukkan tanda hairan dan juga tanda seruan. tanda soal diletakkan sebelum pengikat kata. iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan. Kalau nama dalam petikan itu sudah ada tanda seru. sekiranya ayat yang diajuk memang ayat tanya. Tanda seru terletak sebelum pengikat kata. cukuplah dengan noktah. bukan jawapan daripada orang lain. Dalam keadaan apa sekalipun. tanda soal tersebut tidak perlu digunakan sebanyak dua kali di dalam ayat yang sama. Ayat tersebut pada mulanya berasal daripada ayat penyata yang diulang semula untuk menunjukkan rasa tidak percaya. Mereka menyangka itulah kaedah untuk menggambarkan ekspresi yang dimaksudkan. Jika tekanannya rendah. Tanda soal boleh diletakkan di .

T. judul kecil daripada judul besar. Fungsi tanda noktah juga ialah diperlukan sebagai penamat ayat tanya dalam ragam cakap pindah. Tanda baca ini juga digunakan sebagai penamat ayat tanya yang berbentuk retorik.Ramlee RM28. iii. iv. v. Karim?´ laung emak dari dapur.11 peratus m) Tanda Noktah Bertindih/Kolon (:) Tanda noktah bertindih digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat dan untuk menggantikan maksud ³iaitu´. yang tidak memerlukan jawapan.S. ii. Lanang. Dia bertanya kenapa saudara datang ke mari. tanda baca jenis ini juga digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan. Contohnya: i. ii. tanda tanya diperlukan untuk menyatakan bahagian kalimat yang disangsikan atau didapati kekurangan bukti tentang kebenarannya. iii. jam dan minit serta berperanan bagi menerangkan sesuatu dalam ayat.dalam kurungan dan sengkang. kependekan nama.10 5. nisbah. Bilakah cuti semester awak akan bermula ? Apakah faktor yang menyebabkan peristiwa 13 Mei berlaku? Siapakah Tuhan pada pandangan kamu? ³Siapa datang. Apabila dua klausa bebas . Contoh ayat yang menggunakan tanda baca tersebut ialah: i. vi. Setelah tanda soal digunakan. ³Apakah yang kamu lihat?´ tanya Jimmy. iv. memisahkan ringgit dan sen serta untuk menulis peratus. P. Di samping itu. l) Tanda Titik/Noktah (.) Tanda noktah biasanya digunakan pada akhir ayat pelengkap dan berperanan sebagai penamat ayat perintah. Majlis Sukan Negara menganjurkan Malam Anugerah Sukan Negara pada setiap tahun. noktah atau koma tidak perlu diletakkan lagi. Berhenti. Selain itu. v.

dan lalu. Contoh ayat ialah seperti berikut: i. tetapi. Klausa pertama menerangkan satu idea. Selain itu. 2:3 (dua nisbah tiga) Di dalam beg ini ada: a) Buku b) Pen c) Payung d) Sarang pensil e) Botol air n) Semikolon/Koma Bertitik (. yang berlainan kategori. Semikolon juga digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung oleh dan. dan lain-lain. Kamu mesti belajar bersungguh: Jika tidak berpelajaran. oleh yang demikian. Ada kalanya noktah digunakan tetapi semikolon juga boleh digunakan sekiranya kita mahu mewujudkan pertalian yang berterusan antara dua ayat atau klausa. Semikolon digunakan untuk memisahkan dua klausa apabila kedua-duanya mempunyai taraf yang seimbang. penjelas. ii. Klausa kedua itu berperanan sebagai penerang. Jurulatih: Apakah perasaan awak setelah dipilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara ini? iv.) Banyak orang menyamakan semicolon dengan fungsi kolon dan sebaliknya. Peranan tanda baca ini juga untuk memisahkan klausa utama yang dimulai dengan kata hubung juga. sekiranya keterangan itu dipisahkan oleh koma. malah. atau. semikolon adalah untuk memisahkan klausa yang lebih daripada satu terdapat dalam satu ayat dan juga untuk memisahkan keterangan yang bersiri. Semikolon juga boleh digunakan dalam . Semikolon dalam ayat begini adalah untuk menggantikan kata hubung dan. Maksudnya. ikatan antara kedua-dua komponen begitu erat: saling memerlukan. kolon digunakan. walau bagaimanapun. Kita mesti membantu orang yang dalam kesusahan: sikap yang disukai oleh masyarakat. kita akan dipandang hina oleh orang lain. klausa kedua menerangkan idea yang lain. iii. atau ilustrasi bagi klausa pertama.digabungkan dalam satu ayat. v. namun. sesungguhnya. di samping itu.

dan ada yang bercita rasa Melayu.A. Huruf besar juga digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Allah. keturunan. Huruf besar selalu digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa. ii. Contoh ayat ialah seperti berikut: i. ada yang diambil daripada resepi Cina. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu.penyenaraian sumber rujukan dalam nota kaki. jadikanlah kedua-duanya amalan dalam pergaulan. 21. Selain itu. Dewan BAhasa dan Pustaka. bergurau mengeratkan persahabatan. serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung.W Profesor Ahmad Hashim. dan keagamaan yang diikuti oleh nama orang. Seminar Etika akan diadakan tidak lama lagi. Nik Safiah Karim et al. Digunakan juga sebagai huruf pertama gelaran kehormatan. Bangsa India . Hotel Holiday Inn tetap dibuka. vii. iii. oleh itu. semua AJK dikehendaki menyiapkan kerja masing-masing. Berbual memesrakan perhubungan. Restoran Rozie ditutup pada bulan puasa. Masakan ini dihasilkan daripada berbagai-bagai resepi. ada yang berasal dari Siam. Rumah itu di atad bukit. Tinta Kenangan. v.. iv. iii. vi. ii. 1993. iv. Nabi Muhamad S. Nik Safiah Karim (ed). suku bangsa. Contoh ayat yang menggunakan tanda baca jenis semikolon ini ialah: i. Huruf Besar Huruf besar biasanya digunakan pada huruf pertama pada awal setiap ayat dan juga sebagai huruf pertama petikan langsung. dan bahasa. digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang serta digunakan pada awal kata nama khas. v. digunakan juga sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan. Semoga Engkau mendengar doa kami. lembaga pemerintah. Yang Maha Pengasih. termasuk kata ganti nama Allah.

Komaruddin. majalah dan surat khabar. India.Huruf Condong Huruf condong digunakan untuk menulis nama buku. huruf condong ini juga digunakan dalam ungkapan menyatakan sambungan. Apabila menyelitkan perkataan asing seperti bahasa Inggeris. 1998. huruf condong juga berperanan untuk menulis nama ilmiah atau ungkapan asing kecuali yang telah disesuaikan ejaannya. Rujukan Md. et al. Kamus Istilah: Karya Tulis Ilmiah. Sidin Ishak. Contohnya. atau kelompok perkataan. Cina dan sebagainya. di bawah teks: Bersambung ke hlm. . huruf condong perlu digunakan bagi perkataan tersebut. Di samping itu. 2000. Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan. Yooke Tjuparmah S. pelakon itu menuturkan kata-kata Hamlet: To be or not to be. Universiti Malaya: Kuala Lumpur. PT Bumi Aksara: Jakarta. bahagian perkataan. Huruf condong juga digunakan untuk menegaskan atau mengkhususkan huruf. Prof. Selain itu. Komaruddin Dra. 23.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful