P. 1
HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT

5.0

|Views: 2,441|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
hikayat musang berjanggut
SITI HAJARIAH BINTI ABD RAZAK
falsafah dan logika melayu
hikayat musang berjanggut
SITI HAJARIAH BINTI ABD RAZAK

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

NAMA: SITI HAJARIAH BINTI ABD RAZAK NO.MATRIK: JEA080177 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

SESI 2008/2009 SEMESTER SATU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT PENULIS : ABDULLAH HAJI MUSA LUBIS BAB : KELUAR MENGEMBARA “Shahadan selang antara tiada berapa lamanya, maka pada sa’at dan ketika yang baik Kamarul Ariffin pun bermohon-lah kepada kedua orang tua-nya suami isteri buat meneruskan chita-chitanya untuk berjalan keluar negeri kerana mendapat sa-orang......Maka biaperi suami isteri pun lalu memelok dan menchium anak-nya itu, sambil kedua-nya berdo’a kapada Ilahi sa-moga selamat hendak-nya Kamarul Ariffin pergi dan kembali. Ada pun akan Kamarul Ariffin keluar berjalan sambil mengembara itu, ia ada membawa pembekalan yang sudah di-sediakan-nya ia-itu kachang, gula, beras dan anak-anak ikan halus ( ikan bilis). Maka kesemua-nya barangbarang yang tersebut itu di-simpan-nya sahaja ka-dalam satu bekas; kerana itu-lah maka sakalian mata benda yang tersebut telah bercampur gaul sakali dengan beras itu” Cerita Hikayat Musang Berjanggut ini merupakan hasil penulisan

Abdullah Haji Musa Lubis menyampaikan sebuah kisah klasik yang mengisahkan seorang putera raja keluar menggembara bertujuan untuk mencari “perempuan” sebagai dijadikan seorang isteri. Watak utama dalam kisah ini iaitu Kamarul Ariffin meminta keizinan kedua orang tuanya untuk keluar menggembara bagi memenuhi cita-citanya itu. Walaupun pada dasar ibubapanya berat untuk

melepaskan ia pergi menggembara. Sebelum pergi menggembara Kamarul ada membawa bungkusan beras yang bercampur dengan kacang, gula dan ikan bilis untuk diberikan kepada sesiapa sahaja tuan rumah disinggahi nanti yang sudi memasak bahan-bahan tersebut. Ia berbuat demikian bertujuan untuk menilai dan melihat sesiapa yang memiliki sifat-sifat seorang wanita dalam Islam yang dicarinya itu.

Dari sudut pandangan

masyarakat melayu sekiranya seseorang pemuda

ingin mencari calon isteri ia seharusnya melihat dari sudut agama, keturunan, rupa paras, dan harta. Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh nikmat dari Allah s.w.t. Mereka hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu taat kepada Allah dan RasulNya dan taat kepada suami. Perincian dari dua syarat diatas taat kepada Allah dan RasulNya iaitu mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah melibihi dari segala-galanya, wajib menutup aurat, tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah, tidak bermusafir atau bersama lelaki dewasa kecuali ada mahram bersama, sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa, berbuat baik kepada ibu dan bapa, sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah atau senang, tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa, bersikap baik terhadap tetangga. Taat kepada suami pula iaitu memelihara kewajipan terhadap suami, sentiasa menyenangkan suami, menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah, tidak bermasam muka di hadapan suami, tidak menolak ajakan suami untuk masuk tidur, tidak keluar tanpa izin suami, tidak

meninggikan suara melebihi suara suami, tidak membantah suaminya dalam kebenaran, tidak menerima tamu yang dibenci suaminya dan sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumahtangga.

Oleh itu dalam budaya melayu seseorang perempuan seharusnya menjaga tingkah laku, percakapan dan kehormatannya. Oleh itu, walaupun karya klasik ini nampak seperti sebuah cerita komedi tetapi mempunyai erti yang mendalam iaitu merujuk kepada satu bidang penyelidikan dan kaedah kajian, matlamat asas dan

bahan

kajian

tersendiri. Dalam

karya

ini

penulis

telah

menunjuk

bahawa

kegigihan watak seorang pemuda yang bernama Kamarul Ariffin dalam usaha mencari “perempuan” idamannya. Penggembaraan yang dilalui ia sangat mencabar dan berbahaya mengambil tempoh yang tidak diketahui lamanya. Merupakan sebuah karya yang nampak ringkas tetapi jika direnung kembali sarat dengan falsafah dan sindiran yang tajam. Ia mewujudkan satu cerita yang menjadi sangat sukses daripada aspek mana pun sama ada artistik, penceritaan malah tuntutan pop. Perjalanan dalam zaman muda yang diharungi oleh Kamarul Ariffin sebagai titik penentu kepada destinasi masa depan tidak diangkat dengan baik. Beberapa plot yang dibina hanya sekadar menjadi pemanjang cerita itu sahaja. Cerita ini dimulakan dengan penggembaraan Kamarul Ariffin ke hutan belantara untuk tujuan merantau mencari seorang “perempuan” yang dihajati. Mendapat restu daripada kedua orang tuan dan memohon supaya ia selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan ibubapanya. Telah menjadi adat melayu sebagai seorang anak seharusnya memohon restu apabila ingin keluar rumah kepada kedua orang tua mereka sekiranya mereka masih hidup di muka bumi ini. Sekiranya ibu dan bapa tidak mengizinkan anak tersebut tidak boleh membantah, jika membantah akan dianggap sebagai anak derhaka. Oleh itu, budaya orang Melayu sangat menitikberatkan tentang akhlak seseorang anak yang telah diasuh dan dijaga sejak dari kecil lagi supaya hormat kepada orang tua. Dengan berkat dan restu daripada orang tuanya Kamarul Ariffin semoga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali hanya keletihan sahaja sebelum

menjumpai tempat untuk berteduh. Sifat yang ada padanya haruslah diambil sebagai teladan kepada anak-anak muda pada zaman sekarang supaya tidak

mudah berputus asa apabila menghadapi sebarang musibah atau bencana dan cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Apabila ia sampai di sebuah rumah berdekatan dengan dusun ia cuba memberanikan diri untuk memberi salam kepada tuan rumah tersebut. Dalam konteks Islam, sebagai seorang muslim dan muslimah seharusnya kita memberi salam iaitu “Assalammualaikum Warahmatulallah Hiwabarokatull” sebagai tanda pertama memperkenalkan atau menegur seseorang Islam sama ada yang dikenali atau yang tidak dikenali. Lalu tuan rumah tersebut menyambut salam yang diberikan oleh Kamarul itu tadi sambil mempelawa masuk ke rumah. Tuan rumah itu melayani Kamarul Ariffin dengan begitu baik sekali, ia meminta izin untuk pergi ke perigi mengambil air sembahyang sesudah selesai sembahyang Kamarul mengeluarkan bungkusan yang bercampur beras dengan kacang, gula dan ikan bilis itu untuk diberikan kepada tuan rumah itu supaya bahan-bahan tersebut dibuat masakan. Lalu orang tua itu memberikan bungkusan tersebut kepada isterinya dan disuruh anak iaitu Maimunah untuk memasak bahan-bahan tersebut. Alangkah terkejut Maimunah apabila mendapati bekalan tersebut bercampur beras dengan kacang, gula dan ikan bilis. Sebenarnya ini merupakan satu muslihat Kamarul Ariffin untuk menilai seseorang perempuan itu sama ada sanggup bersusah payah menempuh ranjau kehidupan sekiranya berkahwin dengannya nanti. Oleh itu ia dapat mengetahui sejauh mana tahap atau sikap seseorang perempuan tersebut melalui kaedah tersebut.

Dengan demikian ini, persepsi untuk mencari isteri pada zaman dahulu dan zaman sekarang sangat berbeza sekali kerana pada zaman dahulu

kebanyakan calon isteri yang akan dinikahkan dengan seseorang pemuda dicari oleh kedua orang tua pemuda tersebut. Pada masa kini, majoriti pasangan yang berkahwin dalam umur muda kebanyakan atas dasar cinta, suka sama suka dan saling mengenali antara satu sama lain tanpa bantuan daripada pihak keluarga masing-masing. Hal ini menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga yang dilihat bahawa kebanyakan pasangan berkahwin pada usia muda akan bercerai kerana kurang mempunyai ilmu pengetahuan yang khusus tentang kehidupan berkeluarga atau rumahtangga. Setelah selesai makan orang tua itu mengajak Kamarul Ariffin bersembang sambil makan kapur sireh iaitu sejenis makanan orang tua-tua dahulu dimakan bertujuan untuk kekalkan gigi yang kuat dan tidak mudah reput. Orang tua itu bertanyakan kepada Kamarul tentang latar belakang dan tujuan sebenar datang menggembara. Lalu Kamarul secara serba sedikit menjelaskan tujuan sebenar ia menggembara. Selepas itu mereka tidur apabila hari menjelang siang, ia bersiap-siap untuk meneruskan perjalanannya tanpa arah tujuan. Sebelum berangkat keluar meninggalkan tempat tersebut ia sempat memberikan sedikit sumbangan sepuluh dinar tanda terima kasih kepada tuan rumah itu. Kesudahannya setiap rumah yang dikunjungi Kamarul Ariffin akan memasak nasi menggunakan beras mereka sendiri kerana melihat beras yang

dibawa oleh ia bercampur dan mereka beranggapan bahawa Kamarul Ariffin seorang yang gila kerana telah mencampurkan beras tersebut. Walaupun begitu Kamarul Ariffin seorang yang sangat berbudi bahasa kerana setiap rumah yang ia pergi menumpang bermalam sekiranya tiba masa untuk berangkat ia akan sumbangan sepuluh dinar sebagai tanda terima kasih. Kamarul Ariffin tidak menunjukkan sedikit pun perasaan marah dan sentiasa

bersikap rasional apabila bekalan itu ditolak dan walaupun ada beranggapan ia seorang yang gila kerana mencampurkan beras dengan bahan-bahan tersebut. Dalam penggembaraan selama enam bulan ia tidak menemui “perempuan” yang dicarinya itu. Karya klasik ini memang pernah terjadi dahulu, sekarang dan masa akan datang kelak. Oleh itu, penulis cuba menunjukkan kemahiran isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus berseni sekali. tetapi secara

Kesimpulannya, satu karya yang begitu klasik ditulis oleh penulis Abdullah Haji Musa Lubis bersifat komedi sinikal yang berprofil tinggi dihasilkan oleh beliau. Beliau sebenarnya mengajak orang melayu berfikir , melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tidak ramai yang dapat menilai pengajaran yang berguna dalam cerita ini bagi mereka yang faham akan terasa sendiri tetapi bagi yang tidak faham cuma gelak terbahak-bahak kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri. Kita seharusnya berusaha tanpa mudah berputus asa dengan usaha kita sendiri untuk mengubah kehidupan di masa akan datang supaya lebih berjaya sama ada di duniawi mahupun akhirat.

Bibliografi

Abdullah Haji Musa bin Lubis. 1965. Hikayat Musang Berjanggut. Penerbitan Pustaka Antara. Akademi Pengajiaan Melayu. Universiti Malaya.

Hashim bin Haji Musa. Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Etika Melayu. Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Jaafar Salleh. 2008. Falsafah Hadhari Dalam Islam: Relevan Sepanjang Zaman. Batu Caves, Selangor: Thinker’s Library. Kamus Bahasa Melayu. Kumpulan Rusa, 1999. Petaling Jaya. Peringatan Za’ba. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->