P. 1
Al-farabi

Al-farabi

4.0

|Views: 318|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
al-farabi
AFIFAH BINTI MOHD AJIS
falsafah dan logika melayu
al-farabi
AFIFAH BINTI MOHD AJIS

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104

)

TAJUK : TOKOH FALSAFAH AL-FARABI

NAMA NO. MATRI

: AFIFAH BINTI MOHD AJIS : JEA 080001

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MOHAMMAD

SESSI 2008 / 2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

FALSAFAH AL-FARABI TENTANG AKHLAK DAN KEPIMPINAN.

Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau dilahirkan di Bandar Wasij di Turki dalam daerah Farab, Transoxiana pada tahun 874M (260H). Gelaran Al-farabi diambil sempena nama tempat kelahirannya iaitu Farab. Al-Farabi turut digelar sebagai Aristotle kedua. Beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga merupakan ahli falsafah yang terulung bahkan kehebatannya dalam bidang falsafah mengatasi ahli falsafah islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Al-Farabi banyak mengemukakan tentang teori serta konsep dalam bidang falsafah. Antaranya ialah mengenai akhlak dan kepimpinan. Definisi falsafah menurutnya ialah ilmu yang memiliki hakikat yang sebenarnya dari segala sesuatu yang ada ini. Boleh dikatakan Al-Farabi telah menyertai dalam semua perbahasan ilmu sama ada bersifat nazariah atau amaliah. Selain itu,terdapat hasil karyanya yang amat popular iaitu falsafah tentang politik dan kenegaraan dan hasil karyanya yang mashyur berjudul “ Madinah al-Fadhilah ”. Apabila Al-Farabi membicarakan tentang politik dan kenegaraan, maka secara langsung akan membicarakan soal akhlak dan kepimpinan. Dalam membicarakan tentang teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Jika dipisahkan keduanya akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau.

Kupasan yang boleh dibuat melalui falsafah beliau ialah tentang akhlak dan kepimpinan. Akhlak ialah tabiat, perangai dan tingkah laku. Akhlak juga merupakan intipati daripada akidah islam. Kajian dan huraian tentang akhlak berkait rapat dengan kajian dan huraian tentang hakikat diri manusia iaitu yang terbentuk daripada dua unsur; unsur jasmani dan rohani yang bercantum di dalam satu kesatuan padu. Oleh kerana akhlak memainkan peranan yang penting di dalam ilmu islam, maka kebanyakkan para ulama’ dan ilmuan islam tidak terkecuali daripada membincangkannya di dalam kitab dan tulisan mereka. Pendapat Al-Farabi tentang akhlak secara am merujuk kepada teori akhlak Yunani iaitu kebahagiaan adalah kebaikan tertinggi bagi kehidupan manusia.

Selain itu, hasil kupasan daripada falsafah Al-Farabi akan menemui tentang konsep keadilan kerana dalam kitab ‘Madinah al-Fadhilah’ ada menyebut tentang konsep ini. Adil merupakan akhlak yang baik dan sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin. Al-Farabi turut mengatakan bahawa ada dua jenis keadilan iaitu keadilan pada allah dan keadilan sosial. Keadilan allah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan hakikat allah dan sifat-sifat yang lain. Manakala keadilan sosial dilihat dalam perbicaraan mengenai ummah bagi negara terbaik dan betapa pentingnya prinsip-prinsip keadilan diamalkan secara sempurna.

Teori falsafah kenegaraan Al-Farabi yang terbesar ialah falsafah mengenai negara terbaik (Al-Madinah al-fadhilah). Falsafah ini wujud berdasarkan teori kemasyarakatan yang menyatakan bahawa manusia ini tidak dapat hidup secara bersendirian. Perkara ini bermaksud bahawa manusia secara semulajadi perlu kepada masyarakat yang hidup bermasyarakat.

Contohnya melalui sikap saling menolong antara satu sama lain dan mengamalkan sikap prihatin menyebabkan sesebuah kebahagiaan dapat dicapai bersama.

Al-Farabi juga sentiasa menumpukan perhatiannya kepada persoalan tentang ketua negara. Perkara ini kerana ketua negara merupakan sebab dan penggerak kepada keteguhan dan kebahagiaan dalam sesebuah negara. Selain itu, seseorang pemimpin juga haruslah mempunyai sikap kepimpinan iaitu mengikut kamus dewan keupayaan atau kebolehan memimpin. Pemimpin juga mempunyai tanggungjawab yang besar dan memikul tugas yang berat untuk mentadbir negara dengan aman. Pimimpin mestilah bijaksana dan berilmu kerana dengan kebijaksanaan ia dapat mencetuskan pemikiran serta pandangan yang mendalam dan masalah akan dapat dikaji. Pemimpin juga adalah harapan masyarakat dan menjadi tunjang sesebuah negara yang aman. Jika sesebuah institusi kepimpinan sesebuah negara tidak baik, hal ini turut mengakibatkan ekonomi negara dilanda masalah dan rakyat akan mengalami kesan buruk.

Daripada teori Al-Farabi jelaslah matlamatnya untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan individu dan masyarakat seluruhannya. Dari situ kita dapat melihat bahawa akhlak mempunyai hubungan yang penting dalam proses kepimpinan. Akhlak tidak dapat dipisahkan lagi dengan soal kepimpinan. Unsur utama dalam kepimpinan ialah pemimpin dan pengikut iaitu digelar sebagai negara dan rakyat. Mereka haruslah mempunyai interaksi yang baik supaya matlamat boleh dicapai bersama. Seorang pemimpin haruslah mempunyai akhlak yang unggul seperti bijaksana, adil atau merendah diri serta mempunyai budi pekerti yang baik melebihi rakyat. Pada pendapat Al-Farabi masyarakat perlu kepada negara dan bernegara. Hal ini telah melahirkan teori negara terbaik iaitu disebut sebagai ‘al-madinah al-fadhilah’.

Berdasarkan dengan teori Al-Farabi, kita mendapati bahawa akhlak menjadi pekara yang penting dalam sesebuah negara. Hal ini boleh dilihat melalui keadaan masyarakat sekarang. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja amat membimbangkan kerana mereka merupakan pelapis negara yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Jika akhlak sesebuah negara itu runtuh, maka hancurlah hubungan baik antara mereka dan masyarakat akan berpecah belah. Hal ini akan mengakibatkan sesebuah negara itu musnah dan berlaku peperangan antara mereka. Selain itu, kia boleh melihat bahawa masyarakat di negara kita ini mula mengenepikan akhlak semata-mata demi kepentingan peribadi. Mereka sanggup bermusuh dan menuduh antara satu sama lain hanya untuk memilih atau menjadi seorang pemimpin negara. Dimanakah kerjasama dan sikap sayang-menyayangi antara satu sama lain?

Bagi Al-Farabi, agama dan falsafah merupakan dua pekara yang tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya itu mencari dan menuju kepada kebenaran. Hal ini selaras dengan makna falsafah iaitu cinta kepada kebenaran dan mencari makna disebalik kata. Perbezaan antara agama dan falsafah hanyalah dari segi pendekatan dan cara sahaja. Agama menentukan kebenaran dengan jalan wahyu dan kebersihan diri. Daripada sudut penggunaan akal sebagai asas berfalsafah, tidak ada agama manapun yang meletakkan akal manusia begitu tinggi kecuali agama islam. Agama turut membuahkan kebenaran unruk semua manusia. Manakala falsafah menggunakan metode pemikiran dan logik untuk membentuk hakikat sesuatu golongan ahli falsafah.

Kesimpulannya.teori akhlak dan kepimpinan yang dikemukakan oleh tokoh falsafah AlFarabi amat iedial dan tidak menyimpang daripada ajaran dan dasar-dasar islam. Pendekatan beliau menggunakan akal dan logik serta menjadikan agama sebagai landasan falsafahnya. Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih releven dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Al-Farabi tentulah tidak lepas dari salah dan silap dalam falsafah. Namun sumbangannya itu amat besar dan memperkayakan lagi alam pemikiran islam. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencapai penyelesaian dan sentesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

Sekian.

SUMBER RUJUKAN.
Hashim Bin Haji Musa, phd. ( Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan) Hasnan Bin Abu Bakar. ( Falsafah Al-Farabi Tentang Akhlak Dan Kepimpinan ) Prof. Dr. Awang Sariyan. ( Falsafah Dan Logika Melayu ) Yaacob Harun. ( kosmologi Melayu )

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->